Bab 21

Romance Series 50765

Permintaan Datin Adiba sehingga kini masih merunsingkan Dzafri.Dia juga masih belum ke hospital untuk menjenguk Stella yang sudah sedar dari koma.Baginya,kalau setakat melawat bukanlah satu masalah tapi jika dia perlu menyamar sebagai tunang Stella hal itu sukar untuk Dzafri lakukan.Amin yang melihat Dzafri termenung di ruangannya mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bertanya kepada Dzafri.

"Ada apa ni Dzaf kau fikir tentang Stella ke?"

"Stella dah sedar min," ringkas Dzafri menjawab.

"Hah baguslah tu.Jadi,apa lagi masalahnya?"

"Dia.....amnesia,"

"Hah? jadi......,"

"Jadi dia masih ingat aku ni tunang dia,".

Amin terkedu mendengarnya.Dia sendiri tidak tahu untuk memberi reaksi apa yang dikatakan oleh Dzafri.Amin lalu keluar dari situ tidak mahu menambahkan lagi kerunsingan Dzafri.

Dzafri mengeluh berat. Kepalanya berserabut memikirkan permintaan Datin Adiba dan keadaan Stella yang masih menganggapnya sebagai tunang. Dia tahu lambat laun dia perlu menghadapi Stella, tetapi dia bimbang jika sandiwaranya nanti hanya akan menambahkan luka pada Stella.

Beberapa minit kemudian, telefon Dzafri bergetar. Nama Datin Adiba tertera di skrin. Hatinya berbelah bahagi untuk menjawab atau tidak, tetapi akhirnya dia menghela nafas panjang dan menekan butang hijau.

"Assalammualaikum, aunty," sapanya perlahan.

"Waalaikumsalam, Dzaf. Kenapa kamu masih belum ke hospital? Stella asyik bertanya tentang kamu," suara Datin Adiba kedengaran tegas.

Dzafri menggigit bibir. "Aunty... Dzaf"

"Dzafri, tolonglah. Stella baru sedar daripada koma, dan dia mengalami amnesia. Kalau dia percaya kamu masih tunangnya, maka itulah kenyataan yang perlu kita pegang buat masa ini.Aunty tak nak dia tertekan Dzaf," Datin Adiba merayu.

Dzafri terdiam. Dia tahu Datin Adiba benar-benar mengambil berat tentang anak perempuannya. Namun, dia juga sedar bahawa ini bukanlah keputusan yang mudah baginya. Berpura-pura menjadi tunang Stella bererti dia perlu berbohong setiap hari. Dan entah sampai bila dia perlu bertahan dengan sandiwara ini.

"Baiklah, aunty.Dzaf akan datang petang ni,". Akhirnya dia bersuara, menyerah kepada permintaan itu.

Selepas talian dimatikan, Dzafri meraup wajahnya. Amin yang dari tadi memerhatikannya kembali mendekat.

"Kau yakin dengan keputusan ni, Dzaf?"

"Entahlah, Min. Aku tak ada pilihan lain," Dzafri bangkit dari duduknya. "Aku cuma harap aku takkan melukakan Lysa lebih dari hati aku yang terluka,".

Tanpa menunggu lebih lama, Dzafri mencapai kunci kereta dan melangkah keluar dari pejabat. Perjalanan ke hospital terasa lebih panjang daripada biasa. Hatinya berdegup kencang, memikirkan reaksi Stella nanti.

Setibanya di hospital, Dzafri menapak ke wad Stella dengan langkah berat. Dia berhenti seketika di depan pintu, menarik nafas panjang sebelum mengetuk perlahan.

"Masuklah," kedengaran suara lemah dari dalam.

Dzafri menolak daun pintu dan matanya bertemu dengan sepasang mata yang sedang merenungnya penuh harapan. Stella tersenyum, dan dalam sekelip mata, air matanya mengalir.

"Dzaf... you datang juga," suara Stella bergetar, seolah-olah kehadiran Dzafri adalah satu kelegaan yang amat dinantikan.

Dzafri tersenyum hambar, melangkah perlahan mendekati katil Stella.

"Ya, I datang," balasnya, menyembunyikan kegelisahan yang bersarang di hati.

Ketika Stella menghulurkan tangannya untuk menggenggam tangan Dzafri,Dzafri terkedu ketika Stella memegang tangannya.

LYSA melangkah ke dalam rumah dengan dahi berkerut. Kasut Dzafri tiada di rak seperti biasa, dan biliknya juga kosong. Telefon Dzafri yang selalu terbiar di atas meja juga tiada.

"Mana pulak dia pergi ni?" gumam Lysa sambil mencapai telefonnya untuk menghantar mesej. Namun, belum sempat dia menaip, satu suara dari luar menarik perhatiannya.

"Lysa!"

Dia berpaling dan melihat jiran sebelah, Makcik Rohana, berdiri di pagar dengan wajah cemas.

"Kamu cari Dzafri ke?" tanya Mak Cik Rohana.

"Ya, makcik. Dia ada beritahu apa-apa tak?"

Makcik Rohana menggigit bibir sebelum berkata, "Tadi makcik nampak adalah dia balik sekejap lepastu dia keluar balik ."

"Keluar balik?"

Makcik Rohana mengangguk. "Ya, nampak macam tergesa je tadi mak cik tengok,".

Lysa terdiam. Ada sesuatu yang tak kena. Kenapa Dzafri begitu?Adakah ada yang Dzafri sembunyikan darinya?

Tanpa berfikir panjang, Lysa berlari masuk ke dalam rumah, mencapai kunci kereta, dan bersiap untuk mencari Dzafri.Dalam keadaan Lysa yang resah,panggilan Lidia berbunyi di telefonnya.Lysa lega ketika diberitahu oleh Lidia sebenarnya Dzafri ke hospital untuk menjenguk Stella yang sudah sedar.Dia bergegas menyusuli Dzafri ke hospital setelah panggilan dari Lidia ditamatkan.

Setibanya Lysa di hospital dia terkejut Stella yang baru sadar dari koma memeluk Dzafri.

Lysa berdiri terpaku di depan pintu bilik hospital. Matanya membesar, hatinya berdegup kencang melihat Stella,wanita yang baru saja sadar dari koma memeluk erat Dzafri, suaminya.

Perasaan Lysa bercampur aduk. Dia tahu Stella adalah cinta pertama Dzafri, tetapi kini Dzafri sudah menjadi miliknya .Adegan di hadapannya sekarang seakan-akan menghancurkan semua keyakinan itu.

Dzafri tampak kaku dalam pelukan Stella, tetapi dia tidak menolak. Lysa menelan liur, berusaha menahan air mata yang mula berkaca di matanya.

“Dzafri...” Suaranya serak, hampir berbisik.

Dzafri segera menoleh, matanya membulat saat melihat Lysa berdiri di sana. Dengan perlahan, dia melepaskan pelukan Stella.

“Ly....Lysa,” Dzafri bersuara cemas, melangkah ke arah Lysa.

Stella memandang mereka berdua dengan wajah bingung. “Lysa?” Dia menyebut nama itu dengan nada penuh tanda tanya. “Kau... siapa?”

Lysa mengerutkan dahi. Hatinya makin tak menentu. Dia baru hendak menjawab, tetapi Dzafri terlebih dahulu bersuara.

“Dia kawan office I,".

Lysa terdiam. Matanya berkedip beberapa kali seakan cuba memproses kata-kata itu. Tiba-tiba, dia menggeleng dengan panik tidak menyangka Dzafri berkata begitu.

Kata-kata Dzafri itu bagaikan petir yang menyambar Lysa. Dadanya terasa sesak, tidak tahu reaksi apa yang patut dia berikan. Lysa kemudian keluar dari situ dalam keadaan hati yang pilu.

Dzafri hanya membiarkan sahaja Lysa pergi walaupun dia tahu betapa sakitnya hati Lysa.Di sisi lain,Dzafri terpaksa meneruskan peran tunang palsu Stella ketika dia berada di situ.Dia berpura melayan Stella sebagai tunangnya kerana tidak mahu mengganggu emosi Stella.Dzafri terus berpura sambil menahan rasa bimbangnya terhadap perasaan Lysa.

DATO Azri berpeluk tubuh di ruang tamu, wajahnya tegang menahan marah. "Kenapa awak suruh Dzafri pergi jenguk Stella? Sepatutnya Sam yang pergi!" suaranya kedengaran keras, membuatkan Datin Adiba tersentak.

Datin Adiba mengeluh perlahan, cuba mengawal emosinya. "Saya tahu awak nak Sam yang pergi, tapi awak tahu kan keadaan Stella macam mana. Lagipun, Dzafri lebih sesuai dalam situasi macam ni," jawabnya tenang.

"Tapi Sam suami dia bukannya Dzafri Adiba!" bentak Dato Azri.

Datin Adiba menggeleng. "Azri, awak kena faham. Stella baru je lepas sedar. Dia masih lemah. Kalau Sam yang datang, keadaan mungkin jadi lebih buruk."

Dato Azri merengus, matanya tajam memandang isterinya. "Dan awak fikir Dzafri boleh tenangkan dia?"

"Dzafri dah setuju nak menyamar jadi tunang dia sampai dia ingat siapa diri dia yang sebenarnya,"

Tiba-tiba, telefon Dato Azri bergetar. Dia segera melihat skrin mesej daripada Lidia.

"Stella okay Dato, tapi Sam asyik tanya tentang Stella. Dia tak sanggup anggap Stella bukan isteri dia Dato,".

Dato Azri menggenggam telefon erat, hatinya semakin panas. "Tengok? sampai Sam pun kena menyamar jugak! Awak tak fikir kesan keputusan awak ni Adiba!"

Datin Adiba mengeluh lagi, kali ini lebih panjang. "Dia kena buat macam tu.Sekarang ni itu sahaja cara yang terbaik untuk kita semua,".

Suasana menjadi senyap seketika. Masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri.

Di hospital, Stella termenung di katilnya, wajahnya sugul. Dzafri pula sibuk mengemas barang-barang Stella untuk dibawa pulang.

"Mama mana Dzaf?" soal Stella dengan suara perlahan.

"Mama dekat rumah,I yang akan hantar you balik,".

Stella tersenyum senang.Padahal dia tidak tahu itu hanyalah sekadar bayangan hubungan sahaja antara dia dan Dzafri.Usai berkemas,Dzafri membawa Stella ke rumahnya kerana disuruh oleh Datin Masriza.

Mata Dzafri redup. Hatinya terasa berat. Sejak dahulu, dia tahu Stella menyayanginya lebih daripada segalanya. Tapi kenapa dia sanggup melukai hatinya sekarang.Sungguh sejak hal itu Dzafri terus tawar hati pada Stella.

Lidia melangkah keluar dari pejabat dengan langkah perlahan, matanya melilau melihat Sam yang duduk di sofa tingkat bawah pejabat. Dia cuba menenangkan Sam kerana dia tidak dapat untuk menjenguk Stella.Lidia menghampiri Sam lalu duduk di sampingnya.Sebelum menegur,Lidia meratap Sam yang dalam keresahan.

Dahi Lidia berkerut.Sam nampak tidak senang duduk. Lidia menimbang sama ada mahu bertanya atau hanya berlalu pergi. Namun, rasa ingin tahunya mengatasi segalanya. Dia terus bertanya kepada Sam.

"Sam, kenapa bukan kau yang jemput Stella hari ni?" soalnya, cuba bersikap santai.

Sam dan Lidia berpandangan sebelum Sam menjawab.Suaranya tenang, tetapi ada sesuatu dalam matanya yang sukar ditafsirkan. "Aku tak boleh jemput dia Lidia,dia masih ingat Dzafri tunang dia,".

Jawapan itu membuat Lidia berasa kasihan pada Sam.

"Kau kena banyak bersabar Sam,".

Sam menghela nafas. "Aku dah banyak bersabar dengan Stella tu Lidia cuma sekarang ni aku kesiankan Lysa, boleh ke dia hadap semua ni,".

Lidia memerhatikan Sam yang penuh kerisauan.Dia tahu sukar untuk Sam dan Lysa hidup dalam kepuraan yang diminta oleh Datin Adiba dan Datin Masriza.

Sambil melangkah ke tempat parkir, Sam mencapai telefon bertanya tentang Stella kepada Dzafri.

"Dzaf, kau kat mana? Stella ok ke?"

Namun, mesej itu hanya satu centang tidak dibaca oleh Sam memandangkan dia dalam perjalanan membawa Stella pulang.


Dato Mukhriz yang bengang terhadap rancangan Datin Masriza menyuruh Stella menginap di rumah mereka membantah kehendak isterinya itu.

“Abang, kesian Stella. Dia masih keliru dan tak tahu apa-apa tentang dirinya. Mungkin dengan tinggal di sini, dia boleh ingat semula.”

Dato Mukhriz menggeleng perlahan, matanya redup dengan kebimbangan. “Mas, ini bukan idea yang baik. Awak tahu kan Dzafri dengan Lysa dah kahwin.Kalau dia duduk di sini macam mana dengan Lysa....,”.

Datin Masriza menghela nafas. “Tapi abang, mungkin dengan cara ni dapat kembalikan ingatan dia dengan cepat. Kalau kita biarkan dia sendiri, macam mana dia nak cepat ingat?”

Dato Mukhriz menggeleng lagi. Hatinya berbelah bagi. Dia tahu bukan itu sebenarnya niat dari isterinya itu.Dato Mukhriz tidak sanggup melihat Lysa yang juga perlu berkorban dalam situasi Stella yang sebegitu.

Tiba-tiba, pintu rumah terbuka perlahan, dan Stella dan muncul dengan wajah kebingungan di samping Dzafri. "Dzaf kita kat mana ni ?”

Datin Masriza cepat-cepat menghampiri Stella dan memegang bahunya dengan lembut. “Stella,Stella dekat rumah aunty mulai harini kami bersepakat Stella akan tinggal di sini sampai Stella sembuh,".

Stella hanya mengangguk.Datin Masriza lalu membawa Stella naik ke atas menuju ke bilik yang sudah disiapkan untuk Stella.Dzafri pula meminta izin dari Dato Mukhriz untuk berpamit menemui Lysa di rumah mereka.Dato Mukhriz membiarkan Dzafri pergi kerana itu adalah hal yang sewajarnya dilakukan oleh Dzafri.

Pada malamnya,Lysa bertanya kepada Dzafri sampai bilakah mereka akan terus berpura demi Stella.

Dzafri meletakkan cawan kopinya di atas meja dengan bunyi berdenting kecil. Matanya membulat memandang Lysa.

"Sampai dia ingat apa yang dia buat dekat aku Lysa,".

Lysa tidak terima dengan jawapan itu.Baginya Dzafri seakan mahu berbuat demikian kerana hatinya masih mahu bersangkut paut bersama Stella.Dia yang tidak terima dengan jawapan Dzafri meminta Dzafri memberi jawapan yang lain untuk soalannya itu.Walaupun jawapan Dzafri tidak diterima, itulah kenyataan yang perlu diterima oleh Lysa.

Dzafri menghela nafas panjang. "Itu sahaja jawapan yang aku perlu jawab untuk soalan kau Lysa,".

“Ini tak masuk akal,” gumamnya sambil menggeleng. “Macam mana kalau mama sengaja?”.

Lysa bersandar di sofa, menyilangkan tangan di dada. “Itulah yang saya fikir Dzafri,awak tahu kan mama masih berharap Stella yang kahwin dengan awak,".

Dzafri mengetap bibir. Dia tidak tahu bagaimana lagi untuk memberi jawapan.

“Aku tahu memang dah lama mama rancang,".

Lysa mengerutkan dahi. “Maksud awak?”

Dzafri mendiamkan diri seketika sebelum bersuara perlahan, "Aku kenal mama Lysa dia takkan berhenti untuk dapatkan apa yang dia nak sebab tu aku setuju untuk tengok sejauh mana rancangan yang mama dah buat,"

Lysa tersentak. “Awak pun sengaja ke?”

Dzafri bangkit dari sofa. “Yup.Sekarang aku nak tengok sejauh mana rancangan mama boleh pergi,".

Lysa kemudian bangun dari sofa masuk ke bilik.Dzafri menghela nafas melihat Lysa kerana dia tahu Lysa turut terkesan dalam penipuan itu. Malam itu, Dzafri tidak dapat melelapkan mata. Di kepalanya,dia tidak tahu sampai bila dia perlu menanggung segala beban yang melibatkan perkahwinan dia dan Lysa.

Bukan sahaja Dzafri yang dikelilingi kebebanan,Dato Azri juga dikelilingi kebengangan di atas tindakan Datin Adiba yang membelakanginya.

"Tak cukup besar ke rumah kita sampai awak nak suruh Stella duduk dekat rumah Mas tu!"

"Itu sahaja cara untuk cepat ingatan Stella kembali,awak kena setuju dengan saya Azri!"

Dato Azri tahu dia perlu berbuat sesuatu menghalang rancangan isterinya yang sengaja dibuatnya itu.

Silalah komen selepas membaca bab ini>3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience