Bab 12

Romance Series 50765

"Aku minta maaf sebab tak beritahu awal-awal tentang aku dengan Stella," kata Sam kepada Dzafri yang sedang berdiri melihat ke luar tingkap pejabat.

Dzafri kemudian berpaling lalu duduk di kerusinya di hadapan Sam.Dzafri menghela nafas panjang sebelum menyambut kata maaf dari Sam itu.Sam hanya mampu menunduk sebelum Dzafri menjawab maaf daripadanya.Setelah menyangka Dzafri tidak ingin bercakap dengannya maka Sam pun bangun ingin keluar dari ruangan Dzafri.

"Kenapa Syatilla?"

Pertanyaan dari Dzafri itu membuatkan langkah Sam terhenti sebelum menuju ke arah pintu.

"Kalau aku boleh cerita mesti kau tak sangka apa yang kau dengar betul ataupun tak,".

Setelah itu Sam pun terus keluar pergi meninggalkan pejabat.Dzafri tidak ingin menahan Sam untuk pergi kerana masih belum terima kenyataan bahawa Stella sudah dimiliki oleh sepupunya sendiri.Dzafri cuba untuk menahan amarahnya bagi menerima semua yang sudah terjadi antara mereka.Usai dirinya tenang,Dzafri memanggil Lysa untuk masuk ke ruangannya.

"Ada apa awak panggil saya ni?"

Dzafri diam tanpa menjawab sepatah pun.Dia kemudian bangun dari kerusinya lalu menarik tangan Lysa untuk turun ke bawah.Lysa yang hairan akan hal itu hanya berdiam mengikut ke mana Dzafri ingin membawanya. Dzafri kemudian menghidupkan enjin kereta miliknya tanpa sempat Lysa bertanya ke mana mereka ingin pergi.Dzafri terus meluru memandu kereta menuju ke suatu tempat sehingga tiba di sana.

Kebingungan Lysa akhirnya terungkap setelah mereka tiba di sebuah taman yang indah sehingga membuatnya tercangang dan hairan mengapa dia dibawa ke situ.Dzafri berdiri menutup mata sebelum berpaling ke arah Lysa yang semakin hairan akan tingkah Dzafri yang membawanya ke situ.Dzafri menghela nafas kecil sebelum memulakan perbicaraannya untuk menceritakan kepada Lysa tentang keberhargaan taman itu buat dirinya.

"Dulu aku suka pergi taman ni lagi-lagi bila aku pergi dengan dia hari aku jadi lebih indah," ujar Dzafri sambil menyelukkan tangannya ke dalam poket.

"Jadi kenapa awak bawa saya ke sini kenapa awak tak bawa "dia" tu dengan awak?"

"Dia sekarang dah jadi sepupu kita Irlysa Dzulaika Sam rampas dia dari aku," Dzafri berkata sambil menahan sebak pilu di hatinya.

Lysa terkejut mendengar hal itu ternyata Syatilla ada sangkut pautnya dalam kehidupan Dzafri.Tanpa bercakap panjang Dzafri pergi meninggalkan Lysa sendiri namun mata Lysa tertumpu ke arah sebatang pohon yang terukir nama Dzafri dan Stella yang pernah diukir oleh mereka.Lysa masuk juga ke dalam kereta melihat Dzafri yang resah cuba untuk menenangkan dirinya.Dzafri kemudian memandu kereta kembali semula ke pejabat tanpa sebarang kata dibualkan bersama Lysa.

"Kenapa Dzaf tak beritahu mama kalau Stella dah kahwin dengan Sam?" tanya Datin Masriza kepada Dzafri dalam keadaan marah.

Dzafri hanya mampu berdiam sahaja ketika ditanya oleh mamanya itu.Diamnya ibarat seribu bahasa kerana masih sukar untuk menerima segala apa yang telah terjadi.Datin Masriza pergi meninggalkan anaknya itu setelah tidak dijawab pertanyaannya.Lysa yang memerhati dari tangga duduk di sofa lalu Dzafri bertanya tentang dirinya.

"Kalau ada apa-apa awak nak cerita saya boleh dengar tu pun kalau awak nak ceritalah,".

Tanpa menjawab Dzafri naik ke atas terus menuju ke bilik mereka.Lysa kemudian ikut naik ke atas terus baring dan memikirkan ukiran di pohon taman itu.Dalam hatinya berkata apakah Stella dan Dzafri saling mengenali suatu ketika dahulu ataupun mereka mempunyai sebarang hubungan.Lysa mengambil langkah mempedulikannya dengan menutup mata menenangkan fikiran sehinggalah hari kembali siang.

"Apa? Sam dengan Dzaf sepupu maksudnya diorang family lah kan?" tanya Zetti kepada Stella.

Stella hanya mampu diam sambil menghela nafas panjang setelah apa yang telah ia ketahui.Stella kecewa pada Sam kerana menyembunyikan hal seperti itu dari nya.Dia tidak menyangka Sam merupakan sepupu kepada bekas tunangnya itu.Zetti hanya meminta Stella untuk menerima apa yang telah berlaku dengan seikhlas hati.

Stella yang bengang keluar dari kedainya lalu menelefon Sam di luar untuk berbincang bersama di rumah.Puas dia menelefon Sam tidak mengangkat juga panggilan dari nya dan hal itu menambahkan lagi kebengangan Stella.Stella kemudian kembali masuk mencapai tas nya lalu pulang ke rumah menunggu kepulangan Sam.Zetti hanya mampu melihat sahaja temannya itu tanpa mengucapkan sebarang kata kepadanya.

Berbeza dengan Sam yang sudah lama pasrah dan reda dengan segala ketentuan illahi.Dirinya ikhlas menerima segala ketentuan meskipun sangat sulit untuk melupakan Tasneem yang sangat dia sayangi.Pagi ini, dia ke tanah perkuburan melawat bidadarinya itu yang telah tenang di alam abadi.Sam meninggalkan telefon miliknya di kereta untuk fokus berdoa mendampingi bekas isterinya itu.

"Aneem abang rindu sangat dengan Aneem abang harap Aneem tenang di sana abang akan jaga Adib macam mana Aneem jaga abang dulu," kata Sam dalam hatinya.

Usai pulang dari tanah perkuburan Sam mengambil Adib pulang sekolah.Dek kerana kelewatan Adib sudahpun tertidur menunggu Sam sewaktu ingin mengambilnya.Mereka pulang ke rumah dan Sam mengangkat Adib ke biliknya setelah tiba di rumah.Sewaktu Sam turun ternyata Stella sudah berada tepat di hadapan matanya ketika dia menuruni anak tangga yang terakhir.

"Kenapa you tak beritahu I yang Dzaf tu cousin you," kata Stella dalam keadaan marah.

Sam hanya mempedulikan sahaja Stella lalu dia duduk di sofa dengan raut muka yang seakan tidak bersalah.Stella yang bengang kemudian mencapai kusyen di sebelah Sam lalu membaling ke arahnya.Sebelum kusyen tersebut terkena pada Sam,,Sam sempat menerkam dan bangun menahan tangan Stella untuk meghentikannya.Sam menunjukkan raut muka yang bengis kepada Stella menandakan dirinya dalam keadaan marah dengan perbuatan Stella itu.

"Kalau you terus macam ni I akan cerita apa yang jadi masa kita dekat London dulu dekat media biar padan muka you bila ramai orang yang tahu nanti," ugut Sam dalam keadaan marah kepada Stella.

Stella kemudian menarik lepas tangannya dari pegangan Sam.Sam kemudian mencapai telefonnya untuk menghubungi Dzafri mengajaknya untuk berjumpa.Dzafri yang sedang menandatangani fail di atas meja mengangkat panggilan dari Sam tanpa sebarang kata.Sam meminta mereka berjumpa di rumah keluarganya untuk menjelaskan soal hubungannya dengan Stella.Dzafri meletakkan panggilan dalam keadaan yang masih bengang terhadap Sam.Tidak lama selepas itu,Datin Masriza datang ke pejabat lalu masuk ke ruangan anaknya.

Sebaik sahaja Lysa melihat Datin Masriza di hadapan pintu masuk,dia terus memberitahu kepada Dzafri akan kehadiran mamanya itu.Dzafri yang terkejut keluar dengan segera menghampiri mamanya.Baru sahaja Datin Masriza ingin masuk,Dzafri dengan pantas menarik tangan mamanya untuk berbincang di tempat lain.Lysa berasa lega Dzafri berbuat demikian dengan itu dia tidak perlu berhadapan dengan Datin Masriza.

"Mama kenapa mama tak cakap nak datang,mama boleh je kan bincang dekat rumah kalau ada apa -apa,"

"Memang mama nak bincang dengan Dzaf tapi mama datang sini nak jumpa dengan Sam dulu and i want to ask him about Stella Irfan Dzafri," ujar Datin Masriza dengan lantang kepada anaknya itu.

Dzafri meminta mamanya untuk pulang kerana Sam tidak berada di pejabat.Datin Masriza kemudian meminta alamat rumah Sam untuk berjumpa di sana.Dzafri tidak memberikannya kerana tidak pernah tahu soal itu dan berkata Sam akan datang untuk berbincang di rumah.Datin Masriza kemudian pergi meninggalkan anaknya itu dalam keadaan bengang dan marah.

Pada malamnya,Dzafri menelefon Sam untuk berjumpa dengannya di luar sahaja dengan beralasan dia tiada di rumah.Mereka berjumpa empat mata di alamat restoran yang telah dikirim oleh Dzafri kepada Sam.Tidak lama kemudian Sam tiba untuk berjumpa dengan Dzafri.Meskipun emosi Dzafri masih lagi tidak stabil namun dirinya bersikap profesional sewaktu berada di situ.

"Dzaf aku tahu kau masih marah pada aku tapi dengar dulu apa yang aku nak cerita dekat kau ni,"

"Kau kata kau sayang Aneem tapi kenapa kau pilih Stella dari setia dengan Aneem,".

Ayat itu membuatkan Sam seakan dituduh sebagai seorang pendusta cinta terhadap Aneem.Sam cuba bertenang meskipun tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh Dzafri.Sam mula menceritakan satu persatu titik pertemuan hingga kelanjuran pernikahannya bersama Stella.Usai sahaja bercerita tentang intipati permulaan hidupnya bersama Stella,Dzafri seakan tidak percaya semua itu boleh berlaku.

"Macam mana kau dengan Stella boleh kena tangkap basah how it could be Sam Aqil?" tanya Dzafri dalam keadaan marah.

"Aku tak tahu Dzaf aku tak pernah kenal dan tahu siapa Stella tu tapi aku tahu dia tu ada affair dengan kau dari gambar yang asyik dia pegang dan simpan dekat rumah aku tu," jawab Sam dengan penuh emosi.

Dzafri kemudian bangun untuk pergi dari situ.Sebelum Dzafri pergi Sam menahan tangannya.Sam berkata bahawa dia perlukan pertolongan dari Dzafri.Dzafri seakan hairan mendengar permintaan dari Sam yang dimintanya.

"Kau kena tolong aku Dzaf aku rasa masa Stella pergi sana semua benda ni dah dirancang tapi aku rasa ada orang yang nak perangkap dia tapi mungkin aku yang kena,".

Dzafri kembali duduk setelah mendengar hal itu.Dirinya kembali bingung kerana tidak tahu apakah benar semua itu dirancang.Sam mencadangkan Dzafri untuk berjumpa dengan Stella pula mendengar cerita daripadanya.Dzafri berkata dia masih tidak mahu berjumpa dengan bekas tunangnya itu setelah mereka bertembung di rumahnya semalam sewaktu mengetahui dia adalah isteri kepada Sam.

Keesokan paginya Lysa bersiap untuk pergi ke pejabat seperti biasa.Dia puas mencari keberadaan Dzafri namun tidak ditemuinya.Lysa turun ke bawah untuk bertanya kepada Mak Jah ternyata Dzafri sudahpun keluar awal pagi untuk ke pejabat.Lysa yang baru sahaja ingin keluar disapa oleh Datin Masriza sebelum meneruskan langkahnya.

"Lysa nak ke mana tu?"

"Lysa nak pergi kerja mama tadi cari Dzafri tapi Mak Jah kata dia dah pergi dulu jadi Lysa kena pergi sendiri,".

"Harini Lysa tak payah kerja ye, jom ikut mama keluar jumpa kawan mama,"

Ajakan Datin Masriza itu membuatkan Lysa bingung mahu menolak atau menerimanya.Lysa hairan mengapa hari ini Datin Masriza bertingkah baik sekali pada dirinya yang tidak pernah dianggap menantu di rumah itu.Lysa yang berasa ajakan itu ikhlas pun lantas menerima ajakan Datin Masriza tanpa sebarang bantahan.Datin Masriza kemudian tersenyum sinis tanda bahawa ada sesuatu yang direncanakan olehnya terhadap Lysa.

Mak Jah dari kejauhan berasa aneh dengan sifat majikannya itu.Dengan pantas dia menelefon Dato Mukhriz untuk memaklumkan tentang kepergian Lysa yang dibawa oleh Datin Masriza.Dato Mukhriz juga berasa hairan lalu segera menelefon Dzafri namun tidak diangkat oleh anaknya itu.Lidia ditelefon pula untuk memaklumkan kepada Dzafri akan hal yang diberitahu oleh Mak Jah kepada Dato Mukhriz.

Setelah beberapa minit Lidia menerima panggilan dari Dato Mukhriz,Dzafri keluar dari ruangannya untuk bertanyakan keberadaan Lysa.

"Lidia kalau Lysa dah sampai suruh dia masuk ruangan saya,"

"Tapi Encik Dzaf tadi Dato telefon katanya Lysa ikut Datin pergi mana entah saya tak tahu pula,".

Hal itu membuatkan Dzafri terkejut seketika dan berasa curiga ulah apakah yang direncanakan oleh mamanya.Dzafri dengan segera mencapai kunci keretanya lalu dengan cepat memandu ke suatu tempat.Dzafri yang berasa curiga sepertinya seakan tahu ke mana Lysa dibawa pergi oleh Datin Masriza.Dia kemudian cuba menelefon Sam menyuruhnya pergi ke lokasi yang sudah dikirim olehnya.

Lysa dan Datin Masriza tiba di sebuah restoran berhampiran cawangan Stella yang tidak jauh dari situ.Langkah Lysa terhenti sewaktu melihat sosok seorang wanita berkaca mata sambil meminum air kopi di hadapan matanya.Sebaik sahaja kaca matanya dibuka ternyata itu adalah Syatilla yang duduk di sebelah mamanya iaitu Datin Adiba yang memandang sinis ke arah Lysa.Lysa dengan tenang mengambil tempat di sebelah Datin Masriza meskipun mula berasa curiga.

"Hah Lysa ni Datin Adiba dan yang ini bakal menantu mama tak lama lagi," dengan selamba Datin Masriza berkata.

Lysa cuba menahan sedikit sebak yang mula datang sambil berasa dalam kegelisahan.Stella kemudian memandang ke arah Lysa lalu memesankannya air minuman jus oren untuk diminum oleh Lysa.Lysa yang belum sempat untuk meminumnya ditumpahkan dengan sengaja air tersebut oleh Stella.Datin Masriza dan Datin Adiba senang akan hal itu memandangkan itu adalah sebahagian dari rencana mereka untuk menganiaya Lysa.Lysa mencapai tisu mengelap yang dengan perlahan menahan kesabarannya.Stella kemudian menumpahkan makanan yang masih panas kepada Lysa membuatkan Lysa berasa kesakitan.

Sam yang terlihat dari kejauhan Lysa dilakukan sebegitu rupa dengan segera menghampirinya setelah melihat Stella ingin menumpahkan pula air panas kepada Lysa.Sam menepis cawan tersebut sehingga membuat semua yang berada di situ terkejut akan kedatangannya termasuk Lysa.Datin Adiba bertanya kepada Sam siapakah dirinya kerana masih tidak tahu itu adalah menantunya.Stella yang berasa cemas segera bangun untuk pergi dari situ namun dikejutkan dengan kehadiran Dzafri tepat di hadapannya.

Dzafri hanya menjeling Stella lalu menarik tangan Lysa untuk dibawa pergi dari situ.Usai mereka keluar Sam juga mengekori dari belakang.Stella mencapai tas nya untuk segera pulang ke rumah.Datin Masriza dan Datin Adiba juga terkejut atas apa yang telah disaksikan mereka sebentar tadi.

Stella yang berasa bengang dengan situasi tadi menghempaskan beg tangannya ke arah sofa di dalam kedai miliknya.Zetti yang melihat akan hal itu menggeleng namun tidak mahu bertanya sebarang pertanyaan.Datin Adiba turut marah kepada Datin Masriza mengapa tidak memberitahu bahawa anak saudaranya itu ternyata merupakan menantunya.Datin Masriza meminta maaf kerana menyangka Stella sudah menceritakan semuanya kepada Datin Adiba.

Datin Adiba dan Datin Masriza berhenti berjalan seketika untuk Datin Adiba menelefon Stella meminta dia segera pulang ke rumah.Datin Masriza meminta maaf sekali lagi dan berkata bahawa Datin Adiba tidak perlu khuatir kerana akan tetap menjadikan Stella sebagai menantunya.Mereka berdua pulang beriringan menaiki kereta yang sama.

"Sekali lagi I minta maaf ok Adiba I ingatkan Stella dah ceritakan semuanya pada you,"

"Tak apalah lah Mas I cuma tak sangka Stella rupanya kahwin dengan anak sedara you tu and tinggalkan your son macam tu je,"

"The past is past Adiba sokay I akan bincang semula dengan Dzaf balik nanti,"

"Habis menantu you tu macam mana takkanlah Dzafri tu nak lepaskan dia pula,"

"He need to,sebab I tak pernah terima perempuan tu sebagai menantu dari hari pertama dia jejakkan kaki dekat rumah I," kata Datin Masriza kepada Datin Adiba.

Lysa dibawa Dzafri menginap di kediaman yang telah dibelinya sebagai rumah buat dia menyendiri.Lysa berdiri menyandar di pintu meratap kesedihan yang telah dia hadapi siang tadi oleh mentuanya sendiri.Dzafri datang membawa segelas air putih untuk diberi kepada Lysa.Lysa ambil dan minum sambil bertanya kepadanya.

"Betul ke awak nak kahwin dengan Stella Dzafri?"

"Aku dah agak dah mesti ni jelah mama akan buat untuk sakitkan hati kau dan untuk kacau hidup aku dengan sebut nama perempuan tu setiap hari,"

"Perempuan tulah yang awak sayang kan?"

Dzafri terdiam setelah mendengar itu.Lysa kemudian melangkah pergi ke biliknya lalu menelefon Ibu Faz.Dzafri mengekor untuk mendengar perbualannya secara senyap.Lysa cuba menahan sebak dari menitiskan air mata padahal dalam dirinya sedang meratap kesedihan.Ibu Faz amat gembira di saat Lysa berkata dia akan pulang untuk melawatnya meskipun tidak tahu sebenarnya Lysa telah dianiaya.Dzafri berdiri tepat di hadapan mata Lysa sebaik sahaja dia membuka kembali pintu biliknya untuk keluar pergi ke dapur mencuci gelas.

"Mengadu dekat ibu ke?"

"Tak ada kerja saya lebih baik saya diam bukannya baru sekali saya kena dengan mama,".

Kata-kata Lysa itu membuatkan Dzafri berasa serba salah.Dirinya tersentak mengenangkan apa yang telah berlaku kepada Lysa angkara mamanya sendiri.Dzafri jalan ke dapur menghampiri Lysa dan meringankan mulut merendahkan egonya meminta maaf kepada Lysa.Lysa berpaling ke arah Dzafri lalu memaafkannya.

"Awak tak salah dan saya tak salahkan sesiapa,saya terima nasib saya Dzafri dan saya terima kalau macam ni jalan hidup kita selama kita berkahwin,".

Sebaik sahaja Lysa ingin masuk ke dalam biliknya Dzafri berkata sesuatu sebelum tombol pintu dibuka oleh Lysa.

"Mulai hari ni kita akan duduk sini, hanya kau dan aku Irlysa Dzulaika, hanya kita,".

Lysa kemudian masuk ke dalam biliknya tanpa sebarang respon dari apa yang dikatakan oleh Dzafri kepadanya.Lysa duduk dan berfikir apakah dia menjadi penyebab Dzafri perlu keluar dari rumahnya secara tiba-tiba.Lysa menghela nafas panjang lalu baring mengenang insiden yang telah berlaku pada pagi tadi.Lysa perlahan menitiskan air matanya menahan rasa sebak di dada yang penuh kesakitan.

"Lepas apa yang jadi semalam takkan kau nak biar je Dzaf ni dah teruk tau kesian Lysa,"

"Aku tahu Min sebab tu aku suruh dia duduk dekat rumah tu,"

"Baguslah tapi jangan sampai Stella tahu mana alama rumah kau silap hari bulan dia serang Lysa dekat rumah tu je,"

"Aku maafkan dia atas apa yang dia buat dekat aku tapi kalau dia buat pada Lysa tiada erti lagi maaf aku pada dia,"

"Ikut kau lah Dzaf ni hidup kau dan hal kau so kau settle sendiri tapi kalau ada apa-apa kau nak aku tolong kau beritahu je,".

Amin kemudian keluar dari ruangan Dzafri menyambung semula kerjanya.Dzafri mencapai telefon untuk menelefon Lysa ingin bertanya keadaannya di rumah.Baru sahaja ingin ditelefon,terlihat segelas cawan berisi kopi panas diletakkan di atas meja Dzafri.Ternyata itu adalah Lysa yang baru sahaja tiba di pejabat.

"Kenapa kau kerja kan aku suruh kau rehat aku tak nak kau bawa emosi dalam kerja kau," kata Dzafri sambil minum kopi tersebut.

"Yang patah tumbuh hilang berganti,jiwa yang disentuh hanya sehari tersakiti Dzafri,".

Dzafri bangun setelah memahami apa yang disampaikan oleh Lysa.Dia akui berasa malu dengan apa yang telah dilakukan oleh Datin Masriza terhadap dirinya.Lysa hanya tersenyum kemudian keluar dari situ tanpa sebarang kata tanda dirinya sudah masak dengan tingkah dari ibu mentuanya itu.Dzafri melihat semula potret keluarganya sewaktu dirinya masih kecil merindui zaman kecilnya tanpa tertekan oleh masalah dan kisah cinta yang penuh nostalgia.

Lysa kembali menyiapkan kerjanya setelah keluar dari ruangan Dzafri.Dalam beberapa minit kemudian,Amin melangkah masuk ke pejabat dan terus ke arah Lysa.Di saat Lysa sedang sibuk menaip menghadap komputer,Amin berkata kepadanya Sam ingin berjumpa dengan Lysa di bawah.Lysa yang tanpa respon hanya mengangguk lalu lekas turun untuk menemui Sam di bawah.

Sebaik sahaja melihat Lysa,Sam bangun untuk menyambutnya.Mereka duduk berhadapan lalu Sam terus bertanya kepada Lysa keadaan dirinya.Lysa menghela nafas sebelum menjawab bahawa dia baik-baik sahaja meskipun di lubuk hatinya merasa perit yang amat sakit.

"Saya ok je Sam tak apa saya dah biasa,"

"Saya minta maaf sebab lambat datang semalam kalau saya lebih awal mesti awak tak kena macam tu semalam,"

"Tak apalah Sam saya dah biasa terima kasih tau sebab tolong saya semalam dengan Dzafri,".

Sam kemudian menundukkan wajahnya ke arah Lysa yang sedang menundukkan pandangannya masih sedih akan hal semalam.

"Hei,kalau awak ada apa-apa nak cerita,saya boleh jadi pendengarnya," kata Sam sambil menghulurkan nombor telefonnya kepada Lysa.

Lysa kemudian tersenyum kecil tanda senang akan keprihatinan yang ditunjukkan dari Sam buat dirinya.
Mereka kemudian bangun untuk naik ke atas kembali bekerja.Sebaik sahaja tiba dia ruang lif untuk naik ke atas,Lysa dan Sam terkejut melihat sosok yang berdiri di hadapan lif sambil menyilangkan tangannya.Sebaik sahaja mukanya dihadapkan ke arah mereka ternyata itu adalah Dzafri yang rupanya sudah mendengar dan melihat segalanya.

"Apa yang kau borak dengan Sam tadi?"

"Perlu ke saya beritahu awak saya rasa awak dah nampak dan mesti awak dengar tadi kan Irfan Dzafri?".

Dzafri dapat merasakan tingkah Lysa yang mulai berubah melalui pertanyaan itu.Lysa kemudian bangun dan menghampiri Dzafri mengatakan sesuatu.Lysa berkata dirinya sudah penat dengan pernikahan dan kehidupan yang sebegini rupa tanpa ada kesudahannya.Lysa seakan tidak sanggup lagi dibenci dan tidak diterima oleh seorang yang sudah memiliki raganya.Dzafri hanya terdiam sehingga Lysa membuatkan dirinya seakan terkejut mendengar satu kata yang dikeluarkan oleh Lysa.

"Jangan buang masa Dzafri lebih baik awak ceraikan saya," ujar Lysa kepada Dzafri.

"No and never Irlysa Dzulaika kau tahu kenapa aku kahwin dengan kau so once I do something I never let that fail only just like that,".

Lysa kemudian keluar melangkah dari ruangan Dzafri tanpa sebarang palingan terhadapnya.Dzafri duduk di kerusi memikirkan apa yang dikatakan oleh Lysa.Sulit buat Dzafri meneruskan perjalanan hidup mereka yang tanpa cinta ini namun manakah mungkin dia menjilat kembali ludahnya setelah apa yang dia katakan kepada Lysa.Dzafri masih mempertahankan ikatan suci tanpa cinta mereka kerana ayah Lysa yang telah mengamanahkannya.

Lysa termenung ketika makan bersama Meira di sebuah kedai.Meira makan dengan riang kerana telah dibelanja oleh Lysa dengan seikhlas hati.Meira terhenti makan seketika sewaktu melihat Lysa yang termenung tanpa arah tuju.Meira kemudian mengambil tisu mengelap mulutnya lalu menyapa Lysa.

"Lysa kau ni kenapa makanlah jangan buat aku serba salah dahlah kau belanja lepas tu kau tak makan,"

"Tak apalah Meira kau makanlah aku tak ada selera,"

"Haaa kau mengandung ke?" tanya Meira dengan penuh senang.

"Eh bukanlah kau ni lain kau pikir ye belum lagilah, lagipun aku..... tak nak anak aku dilahirkan tanpa cinta,".

Meira tergamam mendengar akan hal itu dari Lysa.Meira dapat merasakan Lysa dan Dzafri mempunyai masalah dalam rumah tangga mereka.Lysa kemudian pergi ke tandas meninggalkan Meira yang sedang makan menghabiskan makanannya.Lysa menelefon Ameer untuk mengambilnya di rumah Dzafri kerana keretanya sedang diservis.

"Lysa kalau ada apa-apa masalah boleh bincang dengan abang jangan murung macam ni," tanya abangnya kepada Lysa.

"Tak ada apalah abang Lysa cuma tak tahu macam mana nak cakap dengan Dzafri kalau Lysa ada abang sebenarnya hehe,"

"Ya Allah budak ni jadi selama korang kahwin Dzaf memang tak pernah tahulah Lysa ada abang?"

"Lysa bukan tak nak beritahu cuma tak penting pun," selamba sahaja Lysa berkata.

"Ooo jadi abang ni tak penting lah yer faham,"

"Eh bukan macam tu nanti Lysa beritahulah tunggu dia habis kerja nanti,"

"Hmm yelah jangan dia salah faham je nanti sudahlah,".


Lysa kemudian mencapai telefonnya menelefon Dzafri untuk ke rumah ibu Faz untuk makan bersama di sana.Dzafri mengiakan ajakan Lysa dan akan ke sana selepas mesyuarat habis dibincangkan.Sebelum Lysa dan abangnya ke rumah Ibu Faz,mereka singgah melawat makam arwah Pak Hamid untuk mengubat rindu di hati.Perjalanan mereka diteruskan sehingga tiba di hadapan rumah Ibu Faz namun, sebaik sahaja abang Lysa menutup pintu kereta dan ingin masuk ke dalam secara tiba-tiba ada tangan yang menumbuk mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience