Seperti yang Lidia katakan,Dzafri yang dikatakan bermesyuarat di luar amatlah benar, tetapi..... di pasaraya.
Ternyata Dzafri sengaja membawa Lysa ke situ kononnya ingin mencari barang padahal ingin menghindar dari mamanya itu.Lysa seperti biasa hanya menuruti bak kuli kepada majikannya.Dzafri selamba berjalan sambil tangan diseluk ke dalam poket seluar meninggalkan Lysa di belakang.Lysa berhenti seketika dan datang akalnya untuk lari dari Dzafri dengan perlahan berpaling dan membuka langkah ingin pergi dari situ.Tidak sempat menghindar meskipun sedetik,helah Lysa diketahui oleh Dzafri.
"Where you want to go Irlysa Dzulaika?" pantas Dzafri bertanya.
Lysa yang terkejut perlahan berpaling ke arah Dzafri setelah dirinya disadari.Mereka kemudian saling berjalan namun kali ini Lysa pula yang di hadapan Dzafri.Dzafri terus memerhati Lysa agar dirinya tidak hilang ditelan zaman di dalam pasaraya itu.Langkah Lysa terhenti di saat dia menoleh ke arah satu kedai yang terlihat terdapat dua pasang baju gaun yang sama warna dengan jenis yang berbeza diletakkan di hadapan kedai.Sepertinya ada sesuatu yang Lysa kenang dibalik gaun yang dia lihat di kedai itu.
Lama-kelamaan air mata kecil Lysa mula mengalir perlahan terkumpul di matanya namun tidak dititiskan.Dzafri yang bermain telefonnya hairan melihat Lysa yang hampir menitiskan air mata hanya kerana sepasang baju.Dia menyangka Lysa ingin meminta dengan cara begitu kepadanya.Dzafri menghampiri Lysa dengan selamba lagi melontar kata tanpa mengetahui apa sebenarnya membuat Lysa berasa sebak.Lysa kemudian mengesat matanya usai dilihat oleh Dzafri.
"Kau dah kenapa Lysa kalau kau nak baju tu aku boleh belikan tak payahlah nangis,"
"Ma...mana ada Dzafri saya cuma ingat masa ayah nak belikan saya dulu," Lysa beralasan kepada Dzafri.
Dzafri kemudian beralih topik mengajak Lysa pamit dari situ setelah yakin Datin Masriza sudah beransur pergi dari pejabat.Lysa mengikuti Dzafri sehingga mereka tiba di rumah.Lysa langsung turun sebaik tiba di rumah masuk ke biliknya sambil diperhati Dzafri namun dia hanya membiarkan Lysa sendiri.Lysa merangkul bantal peluknya mengingat memori bersama Pak Hamid yang dicipta sebelum Pak Hamid tenang di alam sana.Takdir tidak disalahkan Lysa angkara ketentuan illahi yang maha kuasa dan lebih menyayangi Pak Hamid dari dirinya.
******************************************
Pada paginya,Datin Masriza menelefon Dzafri usai dirinya tidak pulang ke rumah.Mungkin kerana sudah "muda" Datin Masriza lupa bahawa anaknya sudah berumah tangga.Puas Datin Masriza menelefon,kali ketiga baru diangkat oleh Dzafri.Dzafri mencari akal dengan berkata masih menginap di rumah mentuanya.Jujur, Dzafri membeli rumah itu adalah untuk menghindar dari mamanya.
"Hello Dzaf puas mama cari dekat office Dzaf tak ada semalam Dzaf pergi mana?"
"Dzaf masih dekat rumah ibu ma,nanti Dzaf baliklah sebab Lysa tak berapa sihat," Lysa pula yang kena tempiasnya.
"Hmm yelah nanti jangan pula asyik melekat je kat situ kamu buat apa dekat dia sampai dia sakit," rungut Datin Masriza
Pertanyaan itu membuatkan kening Dzafri terangkat sambil tertawa kecil selepas itu.
"Ok lah ma Dzaf nak gerak ni bye ma," Dzafri menamatkan panggilan.
Datin Masriza mengomel sendiri terhadap anaknya itu yang selamba menamatkan panggilan sebelum habis dibebelkan.Dato Mukhriz menghampiri dan menasihati agar membiarkan sahaja Dzafri yang sudah dewasa dan sudah berumah tangga kerana dia cukup matang berbuat sesuatu dalam hidupnya.Datin Masriza mengendahkan lalu masuk ke dalam dan naik ke atas.Mak Jah yang melihat tidak berasa aneh kerana sudah terbiasa dengan sikap majikannya itu.
Dzafri yang berada di biliknya membuka laci cermin mengambil seutas jam tangan lalu dibelek sepertinya amat beharga.Dzafri memasukkan jam itu ke dalam kotaknya dan dibungkus seperti baru.Dzafri turun mencapai kunci kereta lantas pergi meninggalkan rumah.Lysa yang baru sahaja keluar dari bilik sadar akan Dzafri namun hanya melihat di hadapan pintu sahaja memerhati Dzafri.
*****************************************
"Boleh tak I naik you and hantar I pergi kedai I Sam kereta I rosaklah,"
"Boleh jer nanti I ambil you kalau you nak," balas Sam sambil memakai jam tangannya.
"Eh tak apa you hantar je nanti I balik sendiri,"
"I nak ajak you dengan Adib pergi Terengganu I ada urusan dekat sana nanti you tutup kedai you and ikut I,"
"I tak nak, you pergi jelah dengan adib," ujar Stella ketika memakai maskara di mata.
"Ok,as you will but stay in here and not stay in your parents house Syatilla,"
Stella berhenti dari menyisir rambutnya.Dia hanya terdiam dan kata-katanya tidak boleh diputar kembali.Stella terpaksa menerimanya kerana tidak mahu berjauhan dari Dzafri dan masih giat mengejarnya. Sam berhak membenarkan untuk menginap di rumahnya jikalau tidak,harus menetap di tempat lain.Tujuan Sam berbuat demikian adalah untuk memerhati Stella sepanjang ketiadaannya dari kamera litar tertutup yang telah dipasang olehnya.Stella yang tidak tahu akan hal itu hanya bisa menurut kerana menganggap Sam ingin Stella menjaga rumahnya.
Usai Stella dihantar oleh Sam,dia mula membuka cawangannya sambil menunggu ketibaan Zetti.Stella masuk mengemas segala dokumen dan mengira stok barangannya dengan penuh teliti. Sedang sibuk mengira,kelihatan pintu dibuka dari belakang lalu Stella berfikir itu adalah Zetti namun ia adalah Dzafri.Stella yang tidak menyangka Dzafri di situ tercangang seketika tanda tidak percaya.Dia juga merasakan Dzafri sudah memaafkannya.
Sewaktu di jalan,Sam terpandang ke arah beg tangan Stella yang ternyata tertinggal di dalam keretanya.Sam berpatah balik untuk menghantarnya kepada Stella.Setelah tiba di sana,Sam seakan hairan mengapa Dzafri turut di situ setelah melihat kereta Dzafri di hadapan cawangan Stella. Sam melangkah keluar dari kereta mencapai beg tangan Stella lalu dia menuju ke dalam.Sebaik sahaja dirinya tiba di hadapan kedai Sam tidak menyangka apa yang dilihatnya.Stella merangkul tangan Dzafri dan merayu agar dia dimaafkan.
"Dzaf I minta maaf sangat dekat you kita masih boleh contact kan I tahu you masih sayang kat I sebab tu you datang sini kan?"
"Enough Syatilla!," Dzafri membantah lalu melepas tangannya.
Dzafri memulangkan kembali jam tangan yang pernah diberikan Stella sempena ulang tahunnya.Dzafri menghempas kuat pemberian Stella itu di atas kaunter di samping mereka.Stella tidak menyangka bukannya kata balikan yang dia dapati malah hasil pemberian yang pernah diberi pula dipulangkan kembali.Sam hanya melihat dari kejauhan sambil meneyelidiki apa yang berlaku.Sewaktu Sam gigih memerhati,Zetti pula memerhatinya usai baru turun dari kereta dan ingin menutup pintu.Buat dia yang tidak mengenali Sam,Zetti menyangka itu adalah pelanggan yang ingin mengunjungi cawangan Stella namun teragak untuk masuk ke dalam.Sekilas selepas itu,Zetti terarah kepada insiden Stella dan Dzafri di dalam yang terlihat sedang berbalah sesama sendiri.
Zetti terlihat senang namun seketika aneh mengapa hubungan mereka sudahpun berakhir setelah menguping semakin dekat dari luar usai Sam pamit dari situ.Zetti terus menghimpit di sebalik dinding sebaik sahaja Dzafri keluar dalam keadaan bengang terhadap Stella.Dia kemudian masuk menghampiri Stella yang terlihat menangis sambil membelek jam pemberiannya kepada Dzafri.Stella bersandar di bahu Zetti lalu Zetti memujuknya membiarkan Dzafri sendirian buat seketika setelah apa yang Stella pernah lakukan padanya.
Stella yang bersifat keras kepala bangun mengesat air matanya dan mengungkap satu kata ibarat sumpah cinta yang akan dia lakukan.
"Selagi Dzafri tak jadi milik aku,aku akan kejar dia Zetti aku akan kejar dia dan dapatkan dia balik dari perempuan tu,".
Dzafri yang baru sahaja selesai mandi turun ke bawah ingin memanggil Lysa untuk berkemas kerana akan pulang ke rumahnya.Sebaik sahaja Dzafri turun tidak terlihat kelibat Lysa di situ.Dzafri mencarinya di sekeliling rumah dan menemui Lysa yang sedang duduk di taman hadapan rumah.Dzafri melangkah keluar menghampiri Lysa untuk mengajaknya pulang.
"Kat sini rupanya kau puas aku cari kau Lysa,"
"Saya saja je duduk dekat sini Dzafri pagi ni rasa nak hirup udara segar pula,".
"Jom masuk kita nak balik rumah mama,"
"Kita balik lambat sikit boleh tak?"
Dzafri hanya mengangguk kemudian berlalu pergi meninggalkan Lysa di situ.Sebelum ingin masuk ke rumah,Dzafri sekali lagi memandang ke arah Lysa yang terlihat seakan penuh dengan kegusaran.Tidak mahu bertanya Dzafri terus masuk bersiap untuk pergi bertemu Sam di rumahnya.Tidak lama selepas Dzafri pergi,Lysa juga masuk untuk bersiap berjumpa Meira dan Paan.
"Kau janganlah fikir sangat tentang kakak kau tu aku yakin suatu saat nanti kakak kau mesti balik punyalah,"
"Macam mana aku tak fikir Meira dah tujuh tahun kakak aku tak balik,dari hari pertama dia pergi menghilang sampai ayah kami dah mati pun dia tak balik," ujar Lysa.
Paan hanya mampu terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Lysa kepada dia dan Meira.Meira dan Paan hanya mampu bersimpati terhadap Lysa yang amat menginginkan kakaknya yang bernama Arina untuk kembali semula ke pangkuan keluarga mereka usai sekian lama menghilang.Lysa masih gigih mencari keberadaan Arina namun sehingga kini dirinya,Ibu Faz dan Ameer tidak menemuinya.Lysa tidak berhenti berdoa berharap tuhan akan membuka jalan untuk mencari kakaknya itu.
"Tak apalah korang terima kasih tau sudi jumpa aku harini korang tahu kan dah lama sangat aku cari kak Arin tapi tak pernah aku jumpa dan dia pun tak pernah balik,"
"Sabarlah Lysa aku dengan Meira yakin lambat laun kau dengan keluarga kau mesti dapat jumpa balik dengan kak Arin,".
Tidak lama lepas itu Lysa pun pulang kembali ke rumah.Sebaik sahaja dia tiba di rumah terlihat pintu rumah terbuka luas lantas Lysa masuk untuk memeriksanya.Lysa melangkah dengan penuh perlahan takut jikalau ada perompak yang memecah masuk ke dalam rumah mereka.Apabila Lysa naik ke atas dia terdengar bunyi dari bilik air sepertinya ada seseorang yang sedang menggunakannya.
Lysa mencapai batang penyapu lalu bersiap sedia untuk memukul gerangan tersebut.Sebaik sahaja pintu bilik air terbuka Lysa pantas mengetuk dan ternyata itu adalah Dzafri yang menumpang di bilik air Lysa.Lysa terkejut akan hal itu kerana sudah mengetuk kepala Dzafri dengan kuat sehingga Dzafri berasa kesakitan.
"Aduh!!! kau ni kenapa ketuk-ketuk ingat tak sakit ke,"
"Lahhh awak ke saya ingat siapalah tadi dengan pintu terbukanya dengan awak kat dalam bilik air saya hah kenapa awak kat sini rumah tak ada bilik air ke,"
"Hei aku tak tahanlah yang kau tu kan dah terang-terang kereta aku kat depan tu means akulah dalam rumah ni,"
"Manalah saya tahu saya ingat perompak tadi dahlah awak keluar sana saya nak kemas barang kata nak balik rumah mama,".
Dzafri kemudian keluar sambil memegang kepalanya yang kesakitan dihempuk Lysa.Lysa berasa malu dengan tindakannya kepada Dzafri sebentar tadi.Dengan pantas Lysa mengemas setelah melihat jam sudah lebih dari pukul sebelas pagi.Lysa turun membawa bagasinya untuk dimasukkan ke dalam kereta.Dzafri membantu Lysa meskipun Lysa baru sahaja habis mengetuk kepalanya.
Dalam perjalanan pulang,Lysa meminta maaf kepada Dzafri di atas perbuatannya.
"Dzafri saya minta maaf tau saya tak sengaja sebab saya ingat siapalah tadi,"
"Hmmm yelah nasib baik kau pukul kepala kalau tangan memang kaulah yang bawa kereta sekarang ni," ujar Dzafri.
Di pertengahan jalan Dzafri teralih pandangannya ke arah sebuah kereta yang kecelakaan sepertinya berlaku insiden kemalangan di situ.Dzafri terus tertumpu setelah sadar bahawa itu adalah kereta milik Sam lantas bergegas pusing untuk membantunya.Lysa turut turun untuk melihat apakah benar itu adalah Sam Aqil seperti yang dikatakan Dzafri.Benar sahaja ,sebaik Dzafri mengintip di balik tingkap kereta, bukan hanya Sam di dalam namun juga Syatilla yang turut ada di situ.
Lysa mencapai telefonnya menelefon pihak ambulans untuk membawa mereka ke hospital dengan segera.Dzafri membuka pintu mengeluarkan Stella dan Sam yang tercebak di dalamnya.Dengan pantas ambulans tiba lalu mereka berdua bergegas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Mereka berasa lega setelah Sam ternyata hanya mengalami pendarahan normal namun perlu ditahan di wad buat sementara waktu.Tidak dengan Stella yang mengalami pendarahan teruk di kepalanya sehingga dirinya koma setelah dirawat oleh doktor.
Dzafri dan Lysa masuk ke dalam wad Stella untuk melihat keadaannya.Lysa kemudian keluar sewaktu ibu Faz menelefon untuk bertanya keberadaan dirinya dan Dzafri.Ibu Faz terkejut mendengar hal itu dan berharap semoga Stella baik-baik sahaja.Tidak lama selepas itu Dzafri keluar dari wad Stella lalu duduk di kerusi untuk menelefon mama Stella yang berada di rumah sedang menikmati hidangan makan siang.
"Hello Dzaf dah lama Dzaf tak telefon aunty ada apa ni?"
"Ermmm aunty Dzaf ada benda nak beritahu ni sebenarnya Syatilla kemalangan dengan Sam aunty,"
"Hah!!!!! ," balasnya dengan penuh terkejut.
Datin Adiba dan suaminya bergegas ke hospital untuk menjenguk Stella anaknya itu.Sebaik sahaja mereka tiba di sana terlihat Dzafri dan Lysa sedang berada di hadapan wad Stella ditempatkan.Datin Adiba menghampiri Dzafri dan memintanya untuk menceritakan kejadian kemalangan yang dilihat oleh mereka.Dzafri duduk di samping Datin Adiba lalu menceritakan kejadian tersebut sementara Lysa melulu pergi untuk turun bagi menelefon Ibu Faz kembali.
"Hah Lysa macam mana keadaan Stella dengan Sam diorang baik-baik sahaja ke?"
"Sam ok je ibu cuma ada sikit pendarahan tapi Stella, doktor kata dia mungkin akan koma untuk waktu yang singkat,".
Ibu Faz terkejut mendengar hal itu dan berharap semoga Syatilla bisa kembali sedar dan ingatannya kembali pulih seperti biasa.Lysa menamatkan panggilan telefon lantas dia terkejut sewaktu tangannya dirangkul oleh Dzafri sebaik sahaja dirinya berpaling ke belakang.Belum sempat Lysa bertanya Dzafri menarik tangannya dan menyuruh Lysa masuk ke dalam kereta.Lysa yang hairan memakai tali pinggang kaledar lalu bertanya kepada Dzafri ada apa dengannya.
"Lysa kau kena tolong aku kau kena ambil Adib dekat sekolah dia and aku nak kau tolong jaga dia untuk sementara ni boleh?" minta Dzafri kepada Lysa.
"ooo....ok saya tolong awak jaga Adib," balas Lysa yang penuh dengan cengang itu.
Lysa memandu keretanya menuju ke alamat sekolah Adib yang telah dikirim oleh Dzafri.Dia memandu dengan segera sebelum Adib kelamaan menunggu seseorang menjemput dirinya di sana.Sebaik sahaja tiba Lysa membawa Adib masuk ke dalam kereta dan segera pulang ke rumah membawa Adib menginap sebentar di sana.Adib yang bingung kerana Lysa yang mengambilnya pada hari ini bertanya kepada Lysa di manakah keberadaan Sam papanya itu.
"Adib, harini Adib duduk rumah dengan aunty dulu eee nanti aunty masakkan untuk Adib ok," kata Lysa sambil memegang pipi Adib.
Adib bersandar lalu Lysa memandu segera pulang ke rumah.Usai tiba Lysa menyuruh Adib naik ke atas dahulu untuk dia menghubungi Dzafri.Lysa pergi ke luar rumah setelah panggilannya diangkat oleh Dzafri sewaktu Dzafri berada di hospital.Belum sempat Lysa bertanya Dzafri dahulu bersuara menanyakan keadaan Adib yang baru sahaja pulang dari sekolah.
"Hello Lysa Adib macam mana ok tak? aku nak kau tolong jaga dia sekejap aku rasa aku lama dekat sini,"
"Ish awak ni kot ye pun bagilah saya cakap dulu,ye saya tolong awak jaga Adib tapi nanti kalau dia tanya tentang ayah dia saya nak jawab apa?" ujar Lysa sambil menoleh ke arah Adib yang sedang menuruni tangga.
"Kalau dia tanya cakap je Sam ada dengan aku nanti biar aku sendiri yang cakap tentang keadaan Sam dengan Stella mungkin lepas Sam dah stabil,".
Lysa mengerti akan apa yang dikatakan oleh Dzafri lalu menamatkan panggilan telefon.Sebaik sahaja Lysa berpaling ke belakang, Adib dengan erat memeluk Lysa ingin meminta untuk menemaninya bermain di taman hadapan rumah mereka.Lysa mengangguk tanda sudi lalu membawa Adib ke situ untuk dia bermain sebentar.Lysa duduk di atas kerusi batu memerhati Adib yang sedang bermain buaian.
Sedang memerhati Adib,abangnya menelefon Lysa untuk bertanyakan khabar Lysa.Lysa segera mengangkat panggilan dari Ameer membalas pertanyaan khabar darinya.Ameer berkata bahawa kak Raisya meminta Lysa membawa ibu dan Dzafri untuk makan bersama di rumah mereka.
"Hah abang,Lysa tak pastilah Dzaf nak ikut ke tak maklumlah dia kan pernah tumbuk abang," kata Lysa.
"Ooo alah Lysa ni cakap dekat dia abang tak berdendamlah lagipun dah ok dah muka abang ni," balas Ameer.
Lysa mengiakan abangnya lalu berkata dia akan memujuk Dzafri untuk pergi ke rumah mereka.Lysa dan Ameer menamatkan panggilan sebaik sahaja Lysa menyedari Adib yang hilang dari pengawasannya.Lysa dengan cemas berlari mencari Adib di sekitar taman.
Akhirnya dengan seribu rasa resah dan gelisah Lysa mencari keberadaan Adib,ternyata Adib tertidur di atas sebuah bangku usai dia bermain buaian.Lysa menghampiri Adib dan mengusap kepalanya tanda lega Adib sudah ditemukan.Lysa mengangkat Adib pulang ke rumah lalu membaringkannya di atas sofa.Lysa kemudian duduk di sofa yang lain lalu menghembuskan nafas lega setelah resah seketika sewaktu leka menjaga Adib sebentar tadi.
Lysa pergi ke luar rumah menelefon Meira untuk mengajaknya berjumpa.Meira mengiakan sahaja ajakan Lysa untuk berjumpa sebaik sahaja Meira selesai bekerja pada esok hari.Meira juga mengajak Paan untuk berjumpa Lysa memandangkan mereka bertiga jarang berjumpa semenjak Lysa berkahwin.Paan yang aneh dengan ajakan Meira mengusiknya mengatakan bahawa Meira meminati dan merinduinya.
"Aikkk tiba-tiba je kau ajak aku keluar ni minat ke rindu,"
"Banyaklah kau punya rindu aku ajak sebab ada Lysa sekali lagipun kita kan dah jarang jumpa dia sejak dia kahwin dengan ceo lah katakan,"
"Ooo kau ada udang di sebalik mi ye selama berkawan dengan Lysa teruk perangai kau ni Meira,"
"Eh gila kau kalau dekat dah lama kau aku sekel tau akulah eeee dah ingat eee esok lepas kerja kau kena ambil aku ok Farhan bubyeee,"
"Eh Meira kau ni kan....," belum sempat Paan menghabiskan ayatnya panggilan sudahpun dimatikan oleh Meira.
Paan kemudian berjalan menuju ke keretanya.Baru sahaja dia ingin menutup pintu,terlihat Dzafri yang memarkir keretanya di hadapan cawangan Stella lalu masuk ke dalam.Paan memerhati dari dalam keretanya aksi masuk dan keluar Dzafri dari kejauhan.Sebaik sahaja Dzafri masuk kembali memandu keretanya ke hospital bersama Zetti dengan segera.Ternyata Dzafri memaklumkan keadaan Stella kepada Zetti lantas Zetti bergegas meminta Dzafri membawanya ke sana.
Paan ikut masuk ke dalam hospital secara senyap tanpa diketahui oleh Dzafri dan Zetti.Paan turut memerhati dari luar wad Stella yang dimasuki oleh mereka berdua melihat keadaan Stella yang agak parah.Paan tidak menyangka dia juga melihat satu adegan di mana Dzafri memegang erat tangan Stella yang masih koma sebagai tanda masih cinta terhadap bekas tunangnya itu.Paan terkejut seketika tindakan Dzafri yang seakan sanggup menduakan Lysa dari belakang.
Paan kemudian meluru pergi sebaik sahaja terilhat Dzafri yang terpandang dirinya dari dalam wad Stella.Dzafri yang tidak mengenali Paan dengan segera bangun membuka pintu untuk mendapatkan Paan namun tidak kesampaian.Amin yang baru sahaja tiba memandang Dzafri dan menegurnya tanda hairan mengapa dia tercangak di situ dan tidak masuk ke dalam.Dzafri aneh dengan Paan yang seakan mengenali dirinya meskipun kenyataannya Dzafri lah yang tidak mengenali bahawa Paan ialah orang yang digantikan oleh Lysa sewaktu pertama kali mereka berjumpa yang disuruh oleh Encik Amri.
"Eh Dzaf apa kau buat kat sini kenapa tak masuk dalam?"
"Aku ada nampak sorang mamat tu tadi dia pandang wad ni lain macam je tadi macam dia kenal aku,"
"Tak ada siapa pun dahlah jom masuk nanti kang kalau ada orang yang tengok kita diorang pulak yang pelik,".
Mereka berdua masuk kembali ke dalam wad Stella untuk melihat dan menanti perkembangan tentang keadaan Stella.Dzafri yang sudah lama di situ meminta Zetti dan Amin untuk menjaga Stella sebentar untuk dia melihat pula keadaan Sam.Dzafri masuk ke dalam wad Sam namun tidak kelihatan sepupunya baik di atas katil mahupun di wad itu.Dzafri puas mencari keberadaan Sam di dalam wad itu sehingga akhirnya dia terdengar bunyi bukaan pintu bilik air tanda Sam berada di dalam.
"Haihhh kau ni Sam aku ingatkan mana lah kau pergi cuba duduk diam-diam jangan gerak-gerak ingat sikit kau tu sakit,"
"Kang kalau aku melepas kat situ kang satu kerja kau kena bersihkan,".
Dzafri ketawa kecil mendengar hal itu lalu memapah Sam duduk kembali di atas katilnya.Dzafri menuang air putih ke dalam gelas kemudian diberi kepada Sam untuk diminum.Seteguk demi seteguk diminumya perlahan sehingga habis.Dzafri kemudian membuka pula bekas makanan yang terhidang di atas meja Sam untuk dimakan segera sementara masih panas.Dzafri menghulurkan sudu kepada Sam untuk dijamah makanan itu olehnya sebelum memakan ubat dari doktor.
"Dzaf Stella macam mana?" tanya Sam setelah satu suapan diambilnya.
"Masih tiada perkembangan Sam tapi aku harap dia cepat sedar,"
"Kenapa kau tanya?"
"Tak pelik pun Dzaf kalau aku tanya pasal bini aku yang pelik kalau ada orang yang lebih peduli pada Stella dari aku suami dia," kata Sam seolah menyindir Dzafri.
Dzafri tercangang seketika mendengar hal itu lantas terus meminta maaf kepada Sam andai dirinya tidak gemar kepedulian yang dianggap beria oleh dirinya terhadap Stella.Sam kemudian tersenyum sinis geli hati terhadap kata maaf yang dibuat oleh Dzafri.Sam hanya sekadar tidak mahu Dzafri memutikkan cintanya kembali kepada Stella dengan begitu mudah dan mengkhianati Lysa yang sudah hidup bersamanya.Dalam keadaan Stella yang seperti sekarang Sam takut jikalau Dzafri dengan mudah mengembalikan rasa cintanya setelah dikhianati oleh Stella.
Dzafri kemudian pergi dari hospital untuk pulang ke rumahnya menemui Lysa dan melihat keadaan Adib.Dzafri memandu dengan segera kasihan kepada Lysa yang menjaga Adib sendirian.Tiba sahaja di lampu isyarat,Dzafri terlihat kereta Paan yang mengintip dirinya sewaktu di wad Stella semasa di hospital tadi.Dzafri mengejar kereta milik Paan untuk mengetahui siapa dirinya lalu Paan yang menyedari hal itu gegas memandu keretanya secepat yang mungkin supaya Dzafri kehilangan jejaknya.
Untung sahaja Paan dapat menghilangkan jejaknya dari Dzafri dengan cara dia mengikuti jalan lain yang tidak diketahui oleh Dzafri.Dzafri berasa agak bengang setelah dia gagal mendapatkan Paan untuk mengetahui siapakah dirinya.Dzafri terus memandu kembali untuk pulang ke rumah setelah Paan terlepas dari pandangannya.Tidak lama selepas itu Dzafri pun tiba di rumah lalu masuk ke dalam namun,tidak kelihatan Lysa dan Adib sewaktu dirinya melangkah masuk.
Dzafri mencari Lysa di seluruh pelosok rumah namun tidak terlihat olehnya kelibat Lysa apatah lagi Adib anak saudaranya itu.Dzafri pun mencapai telefon menelefon Lysa untuk bertanya akan keberadaannya.Lysa mengangkat dan berkata bahawa dia berada di rumah Ibu Faz membawa Adib sekali untuk pergi bersamannya.Dzafri kesal mendengar hal itu kerana Lysa tidak memaklumkan kepada dirinya sebelum pergi sedangkan Lysa sudah meminta izinnya untuk pergi ke rumah Ibu Faz memandangkan abangnya Ameer pulang ke sana bersama Kak Raisya.
"Kau boleh tak jangan main pergi je bawa anak orang tanpa izin aku?"
"Irfan Dzafri Dato Mukhriz kan saya dah minta izin awak semalam awak dah lupa ke yang saya ajak awak pergi sekali tapi awak tak nak jadi awak suruh saya bawa Adib, kan?"
"Ooo ye aku lupa ni kau balik pukul berapa jangan balik lambat sangat pulak,"
"Sebenarnya saya nak balik dah ni tapi abang Ameer kata dia nak guna kereta saya sebab kereta dia rosak jadi nanti petang sikit saya mintalah tolong Arif hantar saya dengan Adib balik,".
Belum sempat Dzafri bertanya mengapa Arif yang menghantar mereka pulang Lysa sudah menamatkan panggilan.Dzafri yang tidak senang duduk memandu kembali untuk pergi ke rumah Ibu Faz.Dzafri seakan tidak mahu Lysa menaiki kereta bersama Arif jiran Lysa itu mungkin kerana rasa cemburunya.Tidak lama kemudian Dzafri tiba di rumah Ibu Faz dan kehadirannya agak mengejutkan Lysa.
"Eh Lysa tu Dzafri kan?" kata kak Raisya kepada Lysa.
"Haahlah tu Dzafri tapi dia kata dia dah sampai rumah tadi tak apalah Lysa pergi tengok jap,".
Lysa menghampiri Dzafri di luar rumah untuk menjemputnya.Tepat sahaja Lysa berada di hadapan matanya Dzafri terus menarik tangan Lysa untuk masuk semula ke rumah Ibu Faz.Lysa yang hairan dengan tingkah Dzafri hanya mampu berkerut sehingga tangannya dilepas setelah masuk ke dalam.Arif yang juga melihat keberadaan Dzafri turut menyambutnya dengan berjabat tangan bersama.
"Uncle Arif ni lah uncle Dzaf husband aunty Lysa yang baik ni," kata Adib sambil tersenyum imut memandang ke arah Lysa.
Sebaik sahaja Dzafri menyalam Ibu Faz Lysa pula menarik tangan Dzafri untuk naik ke biliknya.Lysa menutup pintu dan mengunci pintu bilik supaya tidak didengari perbualan mereka.Dzafri pula menyuruh Lysa agar pulang bersamanya pada petang nanti kerana tidak mahu mereka dihantar oleh Arif.Lysa hanya mengiakan sahaja lalu membuka pintu kembali untuk turun ke bawah.Dzafri pun turun bersama untuk berjumpa dengan Adib yang sedang dipangku oleh Arif di ruang tamu.
Share this novel