Tatkala Dzafri memandu dia terfikirkan kembali apa yang ditanyakan oleh Sam.Jujur Dzafri sendiri bingung kenapa rasa bencinya terhadap Stella lebih mendekatkan lagi dia kepada Stella.Sejak Stella curang kepadanya dia memang tidak mahu lagi ada kaitan dalam hidup seorang Ros Syatilla.Tapi entah kenapa saban hari rasa ingin menjauhnya terganggu dengan pelbagai perkara seperti sekarang.
Dzafri yang tidak ingin rasa sakitnya kembali melupakan sahaja apa yang dia fikirkan sebentar tadi.Dzafri terus sahaja memandu sehingga sampai di rumah Ibu Faz.Sewaktu dia memarkir kereta rupanya Ameer juga berada di situ.Dzafri lalu turun selepas memarkir keretanya di belakang kereta Bezza Silver milik Ameer.
"Assalammualaikum," salam diberi oleh Dzafri.
"Waalaikummussalam,uncle Dzaf!," Raiyan menjawab lalu laju dia berlari ke arah Dzafri.
Dzafri memeluk erat Raiyan senang melihat anak buahnya itu.Selepas mereka berpelukan Dzafri mencari pula keberadaan Lysa.Raiyan yang mengagak Dzafri seperti mencari Lysa menyuruh Dzafri naik ke atas kerana Lysa berada di biliknya.Setelah Dzafri naik,Lysa menyuruh Dzafri masuk ketika Dzafri mengetuk pintu bilik.
"Awal awak sampai dah selesai ke urusan awak?" Lysa bertanya sambil membelek novel di tangan.
"Dah,aku jumpa Sam je tadi bukan buat apa pun kenapa kau rindu aku ke,"
"Eee awak memang suka perasan kan Irfan Dzafri saya tanya je,"
"Kau ingat aku hadap sangat rindu dari kau ha tadi aku nampak kereta Ameer mana dia?"
"Ada tu dekat taman dengan Arif awak pergi lah sana jumpa Arif jugak,".
Ayat Lysa membuat Dzafri tertoleh ke arah taman.Melihat keakraban Ameer dan Arif dari kejauhan membuatkan Dzafri tertanya adakah Arif atau dia yang merupakan ipar kepada Ameer.Dari lagak mesra Arif di taman dilihat seolah dia sedang mengambil hati Ameer untuk menjadi adik iparnya.Dzafri pula rasa tercabar setelah melihat itu dari tingkap bilik Lysa.
"Awak nak turun ke kalau nak saya boleh tem.....,"
"Tak payah kau duduk je sini," laju Dzafri menolak pelawaan Lysa.
Dzafri tidak mahu Lysa ikut untuk turun ke taman bersama.Bukannya malu ditemani Lysa tapi Dzafri sebenarnya tidak mahu Lysa bertembung dengan Arif.Entah kenapa setiap kali dia melihat Arif bersama Lysa terasa panas hatinya.Nak kata cemburu, sedikit cebisan sayang pada Lysa pun masih belum ada sepanjang mereka berkahwin.
Sepanjang meneliti alam perkahwinan Dzafri hanya menghormati Lysa bukan kerana amanah tapi kerana dia benar menghormati wanita.Dzafri bukan seperti lelaki lain yang menggunakan status dan pangkatnya demi kepentingan peribadi.Buktinya,Sebelum dia dikhianati Stella Dzafri menyayangi Stella sepenuh hatinya.Bahkan kalau bukan kerana amanah untuk mengahwini Lysa sehingga kini Dzafri memilih untuk menjadi CEO bujang yang hatinya telah tersakiti.
Dzafri turun dari bilik Lysa lalu berjalan ke taman mendatangi Ameer dan Arif.Dari jauh Dzafri melihat Arif dia memang tidak menafikan Arif begitu ramah orangnya.Semakin Dzafri hampir ke mereka semakin rancak Ameer dan Arif berbual.Sebaik Dzafri mula mendekat Ameer pun menyedari keberadaan Dzafri.
"Haa Dzaf bila sampai kau dari mana?" Ameer bertanya.
"Ada hal tadi jumpa kawan tu yang aku hantar Lysa dulu,"
"Ouh yeke mana Lysa dekat atas ke?" Arif pula bertanya.
Dzafri yang mendengar Arif menyampuk dipandangnya Arif dari atas ke bawah dengan renungan matanya.Dia hairan kerana tidak semena-mena Arif sibuk menanyakan Lysa.Tak terbayang Dzafri kalau Lysa ikut turun bersamanya tadi entah-entah Arif lebih teruja dari Ameer melihat Lysa di situ.Selepas mereka berbual kosong di taman Dzafri dan Ameer pun masuk ke dalam rumah Ibu Faz manakala Arif masuk ke rumahnya.
"Hah awak mana Arif kenapa tak suruh dia masuk sekali ibu suruh makan sekali," Raisya pula bertanya.
"Dia dah balik rumah dia katanya segan,".
Dzafri yang masih berada di tangga menguping ketika Raisya bertanya tentang Arif kepada Ameer.Agaknya kalau dia tinggal lama di rumah Ibu Faz pasti dia perlu semeja dengan Arif untuk makan bersama.Silap hari bulan dia perlu menjemput Arif untuk diundang makan di situ.Dzafri terus naik ke atas tidak tahan nama Arif asyik disebut saja walau baru berapa minit dia di situ.
"Hai...dari tadi aku tengok kau asyik baca je novel tu seronok sangat ke jalan ceritanya Irlysa Dzulaika," Dzafri bertanya kepada Lysa setelah masuk ke bilik.
"Biasalah perempuan macam saya memang suka berangan maklumlah real life tak dapat jejaka macam watak dalam ni," Lysa berkata seperti menyindir Dzafri.
"Amboi bukan main kau yer eh Lysa mana ada watak novel yang kebal kena tampar berkali-kali macam aku ni," Dzafri pula menyindir Lysa.
Lysa kemudian menjeling Dzafri lalu dia turun ke bawah malas melayan Dzafri yang kuat mengusiknya.Dzafri ketawa kecil melihat tingkah Lysa yang cepat terasa itu.Suka benar dia mengusik Lysa.Kalau dulu sebelum mereka berkahwin Lysa yang sering menamparnya kini, bila sudah disatukan Dzafri pula yang sering mengusik Lysa.
Di saat Dzafri berada di rumah Ibu Faz,Datin Masriza pula masih menahan panas hatinya terhadap Lysa.Terserlah muncung kemarahan Datin Masriza.Agak lama juga dia berdiri di hadapan kolam renang rumahnya.Dato Mukhriz yang sadar Datin Masriza tak kunjung masuk pergi menghampiri Datin Masriza di situ.
"Awak ni kenapa tak habis-habis lagi ke nak cari pasal dengan menantu sendiri,"
"Dia tu yang suka buat saya angin ingat saya suka agaknya tengok dia berkepit dengan Dzafri tu dah lah tak sepadan langsung,"
"Hmm awak cakap macam tu sebab Stella jugak lah yang paling bagus di mata awak kan?"
"Memang pun saya tak akan terima sesiapa selain Stella jadi menantu saya kat rumah ni," Datin Masriza merengus lalu terus masuk ke dalam.
Dato Mukhriz yang melihat Datin Masriza merungut sewaktu melangkah masuk hanya menggelengkan kepalanya.Dalam banyak-banyak anak orang kenapa lah Stella juga yang paling bagus di mata isterinya itu.Kalau bukan kerana menghormati sahabatnya sudah lama Dato Mukhriz mewawarkan pembatalan majlis Dzafri dan Stella.Mujur Lysa menerima lamaran Dzafri kalau tidak malulah mereka sekeluarga jika ada kenalan Dato Mukhriz yang tahu Dzafri tidak jadi untuk berkahwin.
"Papa bila kita nak tengok mama dekat hospital Adib rindu mama," pinta Adib kepada Sam.
"Adib rindu mama ye nanti papa bawa Adib pergi sana ye,".
Adib senang mendengar ajakan Sam ketika mereka sedang makan di meja.Sam tahu Adib tidak masalah menerima Stella sebagai pengganti Aneem.Apa yang Sam risaukan ialah masalah yang akan timbul jika dia ke hospital.Bolehkah mereka ke sana sedangkan Sam tidak diterima oleh Datin Adiba.
Sebelum Sam putuskan untuk membawa Adib,dia mencapai telefon di sofa untuk meminta izin dari Dato Azri.Sam tidaklah bodoh untuk minta izin pada Datin Adiba bukti tamparan itu cukup bagi Sam dia tidak diterima oleh Datin Adiba.Walaupun Dato Azri menerima Sam dia ragu untuk menelefon ayah mentuanya itu.
Sam beranikan juga dirinya untuk mendail nombor yang pernah diberi oleh Dato Azri.Sewaktu panggilan bersambung Dato Azri segera mengangkat.Berat lidah Sam untuk mengajak Dato Azri bicara di talian.Dato Azri yang ditelefon menunggu sahaja Sam memulakan bicaranya sebelum dia putuskan untuk meletak panggilan.
"Helo siapa ni maaf ye mungkin salah nombor ni,"
"Pa...pa ini Sam sebenarnya Sam telefon nak minta izin bawa Adib jenguk Stella dekat hospital boleh yer pa,"
"Kamu buat kelakar apa ni Sam dah terang-terang lah boleh kamu kan suami Stella takkan papa nak halang itu hak kamu," ujar Dato Azri sambil tergelak menjawab permintaan Sam.
Sam yang lega mendengarnya berterima kasih kepada Dato Azri.Dia kemudian masuk ke dalam menyuruh Adib untuk bersiap.Adib yang teruja saat disuruh Sam laju berlari pergi ke biliknya.Sementara menunggu Adib Sam mengemas meja makan sebaik sahaja Adib naik ke atas.
Baru beberapa minit Sam menelefon,Datin Adiba pula mengajak Dato Azri ke hospital untuk menjenguk Stella.
"Hah abang mari teman saya ke hospital kita jenguk Stella sekejap saya pun nak jumpa doktor nak tahu tentang perkembangan dia,"
"Kita tak payah pergi harini biar Sam dan Adib sahaja yang pergi,"
"Hah? awak biarkan dia tengok anak kita tanpa beritahu saya dulu!" marah Datin Adiba.
"Sekarang ni kan saya tengah beritahu awak lagipun takkan saya nak halang Sam pergi tengok isteri dia dah tu biar sahaja lah dia yang pergi awak duduk jelah rumah,".
Datin Adiba yang bengang terus pergi naik ke atas.Dato Azri yang sudah masak dengan tingkah Datin Adiba membiarkannya sahaja.Dato Azri bukan tidak mahu Datin Adiba ke sana tapi kalau dah mentua dan menantu bertembung silap-silap akan ada kekecohan di hospital.Jadi lebih baik Dato Azri menjadi pihak yang menghalang hal itu dari berlaku.
Dzafri yang berada di rumah Ibu Faz pula berpamit kepada Ameer yang akan pulang ke rumah mereka bersama Raisya dan Raiyan.Lysa dan Ibu Faz turut berada di situ.Raiyan memeluk erat Dzafri sebelum masuk ke dalam kereta bersama Raisya.Dzafri tidak menyangka sayang benar Raiyan kepadanya.
"Kami balik dulu esok kami datang lagi," kata Ameer selepas tingkap kereta dibuka.
Mereka kemudian saling melambai sehingga tidak dilihat lagi kereta Ameer dari jarak dekat.Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam Ibu Faz pula bertanya kepada Dzafri bila dia akan membawa Lysa pulang.Niatnya bukan ingin menghalau tapi Dzafri memang tidak pernah menginap di situ.Jadi Ibu Faz beranggapan Dzafri akan pulang selepas Ameer pulang ke rumahnya.
"Hah Dzafri kamu dengan Lysa nak balik bila ibu tanya je,"
"Rasa macam nak tidur sini ibu Dzaf punya penat memandu tak hilang lagi ni,"
"Lah ye ke haa baguslah boleh kita makan malam sama-sama nanti ibu ajak Arif sekali boleh kamu tambah dekat dengan dia,".
Lagi-lagi nama Arif yang disebut di rumah itu naik menyampah Dzafri dibuatnya.Tapi siapalah Dzafri nak menghalang Ibu Faz terus menyebut nama Arif maklumlah itukan mulutnya sendiri.Selagi makan bersama boleh lagilah dia hadap tapi kalau nak suruh dekat memang tidaklah cukup mereka berkenal sahaja.Dzafri yang hairan melihat Lysa yang tidak kunjung masuk ke dalam pergi semula ke luar menghampiri Lysa.
"Kau dah kenapa tercegat kat sini ada rumah tu masuklah jangan sampai aku dukung kejap lagi," Dzafri bisik di telinga Lysa.
"Awak nak suruh saya masuk sebab nak suruh saya ikut awak balik kan taknak lah saya nanti kena hadap mama lagi,"
"Siapa pulak kata nak balik malam ni kita tidur sini tak kuasa aku nak bawak kereta lagi balik rumah,"
"Haa! ye ke ni?"
"Iyelah kau ingat aku main-main ke tak ada kerja aku nak tipu kau,"
"Yeay!!! terima kasih awak," Lysa kemudian masuk dengan kegirangan diikuti Dzafri dari belakang.
"Macam mana dengan isteri saya doktor?"
"Dari pemantauan saya Syatilla sudah ada sedikit perkembangan jadi Encik Sam kena lebih banyak berdoa untuk isteri Encik,"
"Terima kasih doktor saya harap ada lebih perkembangan lagi lepas ni saya minta diri dulu,".
Sam yang keluar dari bilik doktor menghampiri Adib yang sedak duduk di kerusi menunggu.Sam memaklumkan kepada Adib tentang perkembangan Stella dan membuatkan Adib teruja mendengarnya.Mereka pun masuk ke wad Stella untuk menjenguk Stella sebelum pulang ke rumah.Adib mencium dahi Stella lalu dia duduk di sofa yang ada di situ.
Sebaik sahaja Adib duduk Sam pula menggenggam erat tangan Stella dengan harapan Stella boleh merasainya dan akan kembali sedar seperti sedia kala.Sam membelai rambut Stella lalu turut mencium dahi Stella sebelum keluar dari wadnya.Sebelum menuju ke kereta Sam berpampasan dengan Zetti di pintu masuk hospital.Zetti yang tidak mengenali Sam hanya terus melangkah masuk ke dalam menuju ke wad Stella.
Pada malamnya, Ibu Faz,Lysa dan Dzafri menikmati hidangan makan malam ditemani Arif bersama mereka.Dzafri hanya memerhatikan sahaja Arif yang rancak berborak bersama Lysa dan hal itu menambah meluat di hatinya.Dzafri juga bengang kerana dianggap ibarat tunggul oleh Lysa.Ibu Faz jangan dikata,bukan main Dzafri memperhatikan ibu mentuanya bergelak sakan bersama Arif yang hanya sekadar tetamu lebih dari dia yang bergelar menantu.
"Hah Dzafri nanti kalau kamu nak tukar baju pakailah baju Ameer nanti suruh Lysa tengok ada tak Ameer tinggalkan sikit baju dia,"
"Eh ye lah tak apa awak kalau nanti saya tengok tak ada Arif mesti boleh pinjamkan baju kan Arif?".
Dzafri yang meluat mencubit peha Lysa.Sudahlah dia tidak suka Arif berlama di situ sekarang ada pula kemungkinan baju Arif akan dipinjam olehnya.Kalau Ibu Faz yang meminta tak apa juga ini Lysa pula yang beria.Memandangkan bukan rumah sendiri jadi Dzafri hanya pasrah sahajalah sepanjang mereka menginap di situ.
Silalah komen selepas baca bab ini>3
Share this novel