"Bukan main eee kau dengan si Arif tu tadi macam orang tak ada suami," kata Dzafri yang sedang memandu pulang bersama Lysa dan Adib.
"Ishhh awak ni kenapa dah orang datang rumah kita sambutlah dengan penuh keikhlasan Dzafri," balas Lysa dengan selambanya.
Dzafri kemudian hanya menjeling sahaja Lysa yang ada di sebelahnya.Lysa juga hanya diam sambil memandang ke arah tingkap kereta sementara menunggu untuk tiba di rumah.Usai tiba,Dzafri mengangkat Adib yang sudah tertidur untuk membawanya masuk ke dalam bilik.Lysa juga masuk ke dalam biliknnya menukar pakaian lalu keluar semula untuk menemui Dzafri.Lysa yang keluar dari biliknya hairan ke mana perginya Dzafri setelah mendengar enjin kereta milik Dzafri meluru pergi dari perkarangan rumah mereka.
"Dia suruh balik lepas tu dia keluar balik dia ingat aku ni tunggol ke kat rumah ni," ujar Lysa yang duduk di sofa bengang dengan tindakan Dzafri.
Lysa kemudian naik ke atas menuju ke bilik Adib untuk tidur bersamanya.Lysa memeluk Adib dengan erat sambil menitiskan air matanya tanda tidak terima dengan apa yang Dzafri telah lakukan.Bagi Lysa Dzafri menganggapnya masih seperti orang luar meskipun sudah agak lama mereka berkahwin.Lysa masih bersabar sehingga kini kerana memikirkan arwah ayahnya yang ingin mereka disatukan.Lysa tertidur lena di sebelah Adib sambil memeluknya hinggalah ke siang hari.
Pada paginya,Dato Mukhriz tiba di pejabat untuk menemui Dzafri bertanya akan keadaan Adib yang dijaga oleh Lysa.Sewaktu Dato Mukhriz masuk ke pejabatnya tidak kelihatan Lysa dan Dzafri di dalam.Dato Mukhriz bertanya kepada Lidia lalu Lidia memberitahu bahawa Dzafri dan Lysa masih belum tiba di pejabat.Dato Mukhriz pun menelefon Dzafri untuk bertanya di mana keberadaan mereka yang tak kunjung tiba di pejabat.
Dzafri yang tertidur di sofa di dalam wad Stella itu tersedar setelah menerima panggilan dari Dato Mukhriz.Dzafri berkata bahawa dia berada di hospital dari malam tadi sehingga terlena sampai terlupa untuk pulang.Dato Mukhriz yang hairan bertanya kepada Dzafri apa tujuannya berada semalaman di situ.Dzafri dengan kial memberitahu bahawa Stella dan Sam terlibat dalam kemalangan pada tempoh hari.Dato Mukhriz yang mendengar itu terkejut lantas bertanya bagaimana keadaan mereka di sana.
"Apa Dzaf, Sam dengan Stella kemalangan habis tu macam mana keadaan mereka sekarang?"
"Sam stabil sekarang pa tak teruk pun cuma Stella koma dan tak tahu bila dia akan sedarkan diri,"
"Habis tu Adib siapa jaga?"
"Dzaf dah suruh Lysa jagakan Adib pa jadi papa tak perlu risau,"
"Kamu suruh Lysa jaga Adib dan kamu dekat situ jaga bekas tunang kamu apa kamu ingat Lysa tu bibik ke?"
Ayat dari Dato Mukhriz itu membuat Dzafri tercangang seketika setelah sahaja mendengarkannya.Dato Mukhriz kemudian meminta Dzafri untuk pulang dan membawa Adib ke rumahnya bersama Lysa.Dzafri hanya mampu menurut sahaja kata ayahnya itu tanpa membantah meskipun berat hati untuk meninggalkan Stella.Sam kemudian masuk ke dalam wad Stella lalu menepuk bahu Dzafri kemudian menyuruhnya untuk pulang ke rumah dengan segera menemui Lysa dan Adib.
"Kau balik jelah aku kan ada kat sini untuk jaga Stella lagipun misi kat sini ramai boleh jaga dia dah jangan risau," katanya.
Dzafri pun pergi dari situ untuk pulang ke rumah menemui Lysa dan Adib.Sebaik sahaja Dzafri tiba di rumah terlihat pintu rumahnya terbuka luas dan hal itu membuatkan Dzafri berasa khuatir.Dzafri bergegas turun lantas perlahan dia berjalan untuk melihat mengapa pintu tersebut dibiarkan terbuka.Sebaik sahaja Dzafri menjenguk ke dalam dia terkejut setelah disergah oleh Adib.Ternyata pintu rumahnya
sengaja dibuka oleh Adib untuk memeranjatkan Dzafri.
"Ishh Adib ni terkejut uncle tau,"
"Hehe Adib saja je uncle Dzaf papa mana uncle?"
"Papa Adib ada kerja sikit jadi Adib duduk dengan uncle and aunty Lysa ok,".
Meskipun Adib agak murung mendengar hal itu namun dia tetap mengangguk tanda patuh kepada Dzafri.Lysa yang baru sahaja keluar dari dapur terlihat membawa bagasi dan beg milik Adib ke ruang tamu.Dzafri kemudian bertanya kepada Lysa ke mana ingin perginya dia dengan membawa beg yang sebesar itu beserta dengan beg Adib.Lysa mengajak Dzafri untuk berbincang bersama Dzafri di luar rumah.
"Awak tadi papa telefon papa kata minta kita balik sana sekejap ada hal nak bincang,"
"Kau tahu kan mama tak suka kau jadi kenapa dengar cakap papa kalau ada hal nak bincang biar aku je pergi kau tak payah,"
"Saya pun tak nak tapi papa kata awak ada projek kena handle dekat terengganu jadi papa suruh kita balik kejap,"
"Hah???" bingung Dzafri dalam kehairanannya.
Mereka pun pergi ke rumah keluarga Dzafri untuk menemui Dato Mukhriz di sana.Setibanya di sana terlihat kereta Datin Adiba dan suaminya yang ada di perkarangan rumah.Lysa yang tidak tahu itu adalah kereta milik orang tua Stella bertanya kepada Dzafri milik siapakah kereta itu.Dzafri hanya menghela nafas sahaja sebaik Lysa bertanya akan hal itu lalu keluar untuk masuk ke dalam bersama Adib.
"Haishhh aku tanya bukan nak jawab dahlah tinggalkan aku semalam pastu main masuk je tak ajak sekali," rungut Lysa sambil membuka pintu untuk masuk ke dalam.
Sebaik sahaja kaki Lysa melangkah masuk Adib terus berlari memeluknya dengan erat.Lysa yang hairan akan hal itu berlutut bertanya kepada Adib ada apa dengannya yang sedang menangis di pelukannya.Adib meminta kepada Lysa untuk membawanya bersama pergi ke terengganu bersama Dzafri sambil teresak.Lysa yang aneh mendengar itu bangun mendukung Adib membawanya pergi berjumpa Dzafri dan keluarganya yang terlihat ada juga keluarga Stella di situ.
"Kenapa dengan Adib ni papa tiba-tiba je menangis macam ni,".
Dato Mukhriz kemudian mengajak Lysa untuk duduk bersama di sebelah Dzafri yang hanya duduk terdiam sambil merangkul tangannya.Dato Mukhriz memperkenalkan Lysa kepada Datin Adiba dan suaminya Dato Azri yang merupakan orang tua kepada Stella.Dato Mukhriz kemudian berkata mulai hari ini Datin Adiba dan suaminya akan menjaga Adib sepanjang Lysa mengikuti Dzafri pergi ke terengganu atas urusan kerja di sana.
Lysa hanya mampu terdiam setelah mendengar hal itu dan berat hati untuk meninggalkan Adib bersama Datin Adiba dan Dato Azri.Lysa kemudian menjelaskan kepada Adib bahawa Dato Azri dan Datin Adiba ialah datuk dan neneknya yang akan menjaga Adib sepanjang Lysa dan Dzafri pergi ke terengganu.Adib bangun sebaik sahaja Dato Azri memanggilnya untuk duduk di pangkuannya setelah dijelaskan dengan teliti oleh Lysa.Dato Azri terlihat menyayangi Adib setulus hatinya namun tidak dengan Datin Adiba yang tidak menerima Adib sebagai cucunya.
Lysa dan Dzafri kemudian pulang ke rumah sebelum bergerak ke terengganu pada esok hari usai berpamit bersama Adib yang mengikut Datin Adiba dan Dato Azri ke rumah mereka.Setelah tiba di rumah Lysa dan Dzafri masuk ke dalam untuk berehat.Baru sahaja Lysa ingin menutup pintu biliknya Dzafri pantas menahan untuk mengucapkan terima kasih kepada Lysa di atas kesudiannya menjaga Adib.Lysa membalas tanda terima kasih dari Dzafri itu lalu Dzafri pun masuk ke dalam biliknya setelah mengucapkan selamat malam kepada Lysa.Lysa yang hairan sambil tersenyum menutup pintu kemudian berbaring di katilnya.
"Kenapalah awak ni sekejap ok sekejap tak Dzafri kadang saya rasa awak tak normal macam ada dua orang yang jadi suami saya tapi saya harap lama-kelamaan awak boleh terima cuma saya sahaja sebagai isteri awak,".
Sebelum mereka berangkat pergi ke terengganu,Dzafri mengajak Lysa pergi ke hospital untuk menemui Sam di sana.Dzafri ingin memaklumkan pemergiannya kepada Sam dan memberitahu soal Adib yang dijaga oleh Dato Azri dan Datin Adiba.Setibanya di sana Lysa hanya meminta untuk tunggu di dalam kereta memandangkan Dzafri hanya sebentar sahaja menemui Sam di wadnya.Dzafri kemudian masuk ke dalam wad Sam untuk memaklumkan kepadanya.
Dzafri masuk lalu terlihat Sam yang sedang mengemas beg pakaiannya untuk pulang ke rumah.Sam yang sadar akan kehadiran Dzafri berhenti seketika untuk menyambut kedatangan sepupunya itu.Mereka berdiri di hadapan tingkap wad tersebut lalu Dzafri pun mengatakan apa yang ingin dikatakan oleh dirinya.Sam pula mengucapkan terima kasih kepada Dzafri kerana menjaga Adib sepanjang dia berada di hospital.
"Ooo kalau macam tu sebelum kau dengan Lysa gerak pergi sana aku nak ucap terima kasih sebab korang jaga Adib," kata Sam kepada Dzafri.
Dzafri kemudian memberitahu kepada Sam bahawa Adib dijaga oleh Dato Azri dan Datin Adiba di rumah mereka.Sam yang agak terkejut mendengar hal itu sedikit marah kepada Dzafri kerana tidak memberitahu kepadanya terlebih dahulu.Dzafri meminta maaf kepada Sam kerana mengetepikan dirinya sedangkan Adib merupakan anak kepada Sam.Sam lalu meminta kepada Dzafri alamat rumah Stella untuk dia menjemput Adib dan membawanya pulang bersama.
"Hah! kau biar orang lain jaga anak aku tanpa beritahu aku dulu?"
"Sorry Sam tapi kau jangan risau aku kenal Dato Azri aku yakin dia boleh jaga Adib sama macam dia jaga aku macam anak dia dulu,"
"Aku percaya kau Dzaf tapi kau lain dan Adib lain,"
"Aku faham maksud kau so i give you this," Dzafri menghulurkan alamat rumah Stella kepada Sam.
Sam mengambilnya lalu Dzafri berpamit dari situ kerana Lysa sudah menunggu di dalam kereta.Sebelum Sam juga pulang ke rumah dan ingin pergi ke alamat yang diberikan Dzafri,Sam menjenguk Stella di wadnya.Sam merenung ke arah Stella dan berharap agar Stella segera sadar dari komanya.Usai itu,Sam pun berlalu pergi beredar dari hospital dengan menaiki teksi.
Setelah beberapa jam memandu dari Kuala Lumpur ke Terengganu akhirnya Lysa dan Dzafri tiba juga di hotel yang terletak di sana.Mereka turun untuk masuk ke dalam namun Lysa seakan pilu sebaik sahaja melirik pantai yang ada di hadapannya yang ternyata dia pernah berkunjung ke situ bersama Kak Arin sebelum kakaknya itu menghilang.Lysa dan kakaknya pernah bercuti di situ untuk meluangkan masa bersama dan itu adalah luangan masa terakhir dia bersama Arin sebelum dia memilih untuk pergi meninggalkan mereka.
Dzafri yang melihat Lysa tercangang di situ memanggilnya untuk naik segera kerana dia ada hal yang perlu diselesaikan.Lysa dan Dzafri masuk ke dalam bilik hotel mereka lalu Dzafri dengan segera menukar pakaian untuk berjumpa klien yang sudah menunggu.Sebelum Dzafri segera pergi dia teralih kepada Lysa yang seakan sedih sambil duduk di atas katil melihat pantai yang berada tepat di hadapan matanya dibalik tingkap yang ada bersebelahan meja lampu bilik hotel tersebut.Dzafri yang bingung dengan Lysa memanggilnya dan bertanya ada apa dengan dirinya semenjak tiba di situ.
"Kau dah kenapa Lysa asyik tenung jer pantai tu kalau kau nak aku boleh bawa kau nanti jalan kat situ," kata Dzafri sambil membelek jam di tangannya.
"Tak ada apalah Dzafri saya cuma teringat sebab dulu saya dengan Kak Arin pernah pergi sini,".
Dzafri hanya terdiam mendengar itu lalu hanya keluar meninggalkan Lysa di bilik hotel.Lysa kemudian mencapai telefon miliknya untuk menelefon Meira memaklumkan ketibaannya.Meira laju menyambut panggilan dari Lysa sebaik sahaja dia dihubungi.Lysa tidak dapat memulakan kata kerana menahan sebak di dada mengingat kembali memori bersama kakaknya.Meira yang amat mengenali Lysa tidak bertanya kerana dia sudah mengetahui apa sebabnya.
"Siapa suruh kau pergi sana lagi Lysa kan aku dah kata jangan ingat lagi kalau kau tak mampu tahan sedih kau,"
"Aku tahu tapi aku cuma teman Dzafri je kat sini tak tahu pula dekat sini juga dia nak bawa aku Meira,".
Meira hanya menghelakan nafas panjangnya setelah dijelaskan oleh Lysa sebab dia berada di situ setelah beberapa tahun tidak pergi kembali ke sana.Mereka akhirnya menamatkan panggilan lalu Lysa keluar dari biliknya untuk menghirup udara segar di hadapan pantai yang indah itu.Dirinya termenung mengenang nasib hidupnya bersama Dzafri yang kian membuat Lysa runsing.Baru beberapa minit Lysa berdiri di situ panggilan dari Kak Raisya membuatkan dia berhenti mengelamun seketika untuk menjawab panggilan.
"Hah Lysa,Lysa kat mana kata nak datang sini jumpa akak dengan abang?,"
"Lysa teman Dzafri dekat sini akak dia ada kerja sikit,"
"Ooo ye ke dekat mana?"
"Tempat di mana Lysa bertemu dengan Kak Arin buat kali terakhir,".
Kata-kata Lysa itu membuatkan Kak Raisya sebak dan tahu akan keberadaannya meskipun hanya sekadar diberitahu melalui kiasan yang mendalam.Lysa menamatkan panggilannya lalu terus berjalan sendirian di pantai itu menggamit memori dirinya bersama Kak Arin.Entah hidup entah mati kakaknya itu dia pun tidak tahu namun Lysa masih berharap setidaknya andai Arin sudah pergi tuhan akan mempertemukan jasadnya kepada seluruh ahli keluarga.
Setelah Dzafri kembali bilik hotel dia hairan kerana Lysa tidak ada di dalam.Dia mencari di seluruh pelosok bilik namun dia tidak menemui Lysa baik di bilik mahupun di bilik air.Baru sahaja ingin menelefonnya Dzafri tertoleh ke arah tingkap yang terliha Lysa sedang duduk bertekup lutut melihat ke arah laut diiringi angin yang sepoi-sepoi bahasa.Dzafri keluar menghampiri Lysa lalu duduk di sebelahnya sambil menyemangati Lysa agar tidak bersedih.
"Kau jangan risau kalau ditakdirkan Kak Arin tu hidup lagi aku yakin kau boleh jumpa dia lagi,"
"Kalau kak Arin mati pun saya tak kisah Dzafri yang penting dia kembali walaupun dia tak bernyawa lagi,".
Ungkapan itu membuat Dzafri sedikit tercangang namun simpati setelah men dengarnya.Melihat Lysa yang asyik termenung Dzafri pun bangun kembali ke bilik meninggalkan Lysa di situ untuk memberi ruang dia bersendirian.Semakin perlahan langkah Dzafri ke hadapan semakin banyak air mata Lysa terjurai mengingatkan sosok kakaknya itu.Setelah puas berjurai air mata Lysa pun menyusuri Dzafri di bilik mereka.
Sebaik sahaja pintu dibuka oleh Lysa dia tercangang sewaktu melihat Dzafri yang sedang bersiap di hadapan cermin.Dia menutup pintu lalu bertanya kepada Dzafri siapa pula yang akan dia temui di waktu petang yang sudah larut pada jam sebegini.Dzafri menunjukkan waktu pada jam dinding kepada Lysa yang menunjukkan jam enam petang bukan petanda dia ingin menemui kliennya tetapi ingin mengisi perut untuk makan malam.Lysa yang sudah diberitahu pun lantas bersiap untuk mereka makan bersama.
Mereka kemudian turun untuk menjamu selera di meja yang sudah tersedia menu makanan untuk dipesan.Lysa keliru ingin memesan yang mana satu kerana ada yang enak namun dia tidak berkenan juga ada yang dia berkenan tetapi harganya mahal.Dzafri kemudian menyuruh Lysa memesan apa sahaja yang diingini olehnya memandangkan dia yang membawa Lysa ke sana.Lysa dengan senang hati memesan menu dari pembuka selera sehingga pencuci mulut memandangkan Dzafri yang akan membayarnya dan dia hanya perlu memesan dan makan sesuka hati sehingga kenyang.
Usai makan Dzafri berkata kepada Lysa dia ingin pergi ke tandas sebentar dan menyuruh Lysa pergi dahulu naik ke bilik.Lysa yang ingin membalas jasa Dzafri yang sudah membuatnya kenyang ingin menunggu sehingga Dzafri selesai pergi ke tandas.Dzafri lalu pergi dari situ meninggalkan Lysa sendirian di sana.Setelah Dzafri masuk ke tandas,Lysa mencapai kek coklat yang dipesan olehnya sementara menunggu Dzafri.Baru sahaja satu suapan dirasmikan lampu di situ tiba-tiba sahaja terpadam yang membuatkan Lysa ketakutan lalu dirinya bergegas pergi sebaik sahaja Dzafri tidak mendengarkannya setelah dipanggil oleh Lysa.
Tidak sampai beberapa minit Lysa menuju ke biliknya,Dzafri keluar sambil tertawa melihat tingkah Lysa yang gelabah pada saat itu.Ternyata itu adalah ulah Dzafri sehingga membuatkan Lysa merasa ketakutan.Dzafri kemudian naik juga ke atas sambil berpura seolah ditinggal oleh Lysa sewaktu dirinya berada di tandas.
"Kau dah kenapa cepat sangat naik tak reti nak tunggu aku ke kata nak tunggu tadi?"
"Saya kena kacau lah tadi, lepas awak pergi terus lampu tu terpadam tau awak ni tak pandai pilih hotel ker?" selamba Lysa bertanya begitu pada Dzafri.
"Kau jangan mengarutlah aku ok je naik tadi dah aku nak mandi dari layan kau buat tambah rimas badan aku je,".
Dzafri membuka almari mencapai tuala miliknya sambil mengukir senyum dengki kerana berjaya mengusik Lysa dengan helahnya itu.Lysa yang berasa kesal kepada Dzafri menepuk bantal yang dirangkulnya kerana bengang Dzafri tidak mempercayainya.Lysa pun berbaring dalam sambil merungut tetang kejadian yang sudah menakutkan dirinya itu.
Genap seminggu, Sam akhirnya dibenarkan keluar pada hari ini memandangkan dia sudah pulih dari kecederaaannya.Sam mengemas barang-barang miliknya untuk dibawa pulang.Usai berkemas langkah kaki terus keluar dari wadnya menuju ke pintu keluar hospital yang tidak jauh jaraknya.Sebelum Sam beredar,dia menjenguk Stella yang masih teruk keadaannya ditambah lagi Stella yang masih belum menyedarkan diri dari komanya.
Sam duduk menggenggam erat tangan Stella meratapi isterinya yang tertidur lama berbaringkan katil hospital disertai pembalut yang dibaluti di kepalanya.Sam akui tidak ada lagi sosok lain yang boleh menggantikan Tasneem namun pada saat ini dia perlu menerima bahawa Stella sudah menjadi tanggungjawabnya.Sam sedih melihat Stella yang masih belum sadarkan diri dari komanya sehingga saat ini.Usai beberapa minit Sam pun keluar dari situ untuk menjemput Adib di rumah Dato Azri yang sudah dikirim alamatnya oleh Dzafri.
"Bila kau nak balik sini Lysa aku rindu nak ajak kau lepak ni,"
"Aku pun tak tahu apa Dzafri buat kat sini lama sangat nanti aku baliklah kalau kerja dia dah habis kat sini,"
Sebaik sahaja Lysa menamatkan panggilan bersama Meira dia terkejut melihat Dzafri yang berada di belakangnya.
"Ish awak ni cuba bagi salam ni tak berdiri macam tunggul kat sini,"
"Kau kata aku tunggul how dare you Irlysa Dzulaika kau tahu tak aku tunggu kau nak ajak kau sarapan bukan main lama betul bergayut dengan telefon tu dah cepat aku lapar ni kang kau aku makan," rungut Dzafri di hadapan Lysa.
Lysa hanya mampu menahan Sabar terhadap Dzafri dek kerana tidak ingin beremosi pada pagi hari yang begitu indah.Dia menghampiri Dzafri lalu mereka makan bersama makanan yang sudah disediakan sebagai menu sarapan di hotel itu.Dzafri hanya makan tanpa mempedulikan Lysa yang ada di hadapannya.Lysa juga begitu tidak sama sekali mempedulikan Dzafri yang tidak mempedulikannya meskipun duduk semeja memandangkan dia sudah terbiasa dengan layanan yang sebegitu dari seorang Irfan Dzafri.
Sebaik sahaja Sam tiba di perkarangan rumah keluarga Stella dia memberhentikan keretanya sebelum menjemput Adib dari rumah itu.Sam agak khuatir ingin berjumpa keluarga mentuanya itu memandangkan pernikahan mereka tidak direstui oleh keluarga Stella terutama Dati Adiba.Dia memberanikan dirinya turun dari kereta lalu tangan mengetuk pintu rumah tersebut.Pintu dibuka oleh pembantu rumah di situ yang bernama Kak Kiah.Kak Kiah menyambut kedatangan Sam menyuruhnya masuk ke dalam sementara Kak Kiah memanggil Dato Azri.
Dato Azri menemui Sam setelah dipanggil oleh Kak Kiah.Sam yang masih kaku walaupun sudah bergelar menantu menghulur tangan memberi salam penuh hormat kepada ayah mentuanya itu.Mereka duduk saling bertatapan di sofa yang ada di ruang tamu sebelum Sam menjemput Adib.
"Macam mana keadaan kamu?"
"Alhamdulillah Dato,much better",
Dato Azri yang mendengar panggilan dato Azri ketawa kecil mendengar Sam memanggilnya Dato untuk menjawab soalannya.
"Sam kamu tak perlu panggil Dato,panggil papa sahaja dan Datin Adiba kamu boleh panggil mama mulai harini,"
"Ba...baik papa Sam minta maaf sebenarnya sebab Sam takut mama dan papa tak terima Sam sebagai menantu mama dan papa,".
Lepas sahaja Dzafri membalas, muncul Datin Adibah melontarkan ayatnya.
"Baguslah kalau kau sedar jadi tak payah aku jujur pasal kau,"
Ayat itu dilontarkan dan sangat menusuk di hati Sam.
Dato Azri berpaling setelah Sam dikata sebegitu oleh Datin Adiba yang tidak memikirkan tentang kesalahan anaknya yang juga bersalah dalam perkahwinan mereka.
Belum sempat Sam ingin beredar pergi,tangan Datin Adiba laju menampar mukanya.
"Panggg!!!"
Dato Azri lantas menarik tangan isterinya itu dari terus bertindak melulu kepada Sam lalu Sam membawa Adib pulang dengan mendukungnya setelah insiden tamparan itu turut dilihat oleh Adib.
sorry for late update please write your comment for this chapter tq^^
Share this novel