Bab 22

Romance Series 50765

Pada paginya di pejabat,Lysa meminta izin kepada Dzafri untuk pergi ke rumah ibu Faz.

"Harini saya nak pergi rumah ibu boleh?"

"Kau nak lari dari aku ke?" Dzafri bertanya sambil membelek fail kerja di tangannya.

"Saya nak pergi sekejap je lepas tu saya nak minta izin balik rumah awak pulak boleh kan?"

"Kau ni mabuk ke kan aku dah kata tu rumah kita nanti aku bagi kau kunci barang kau dekat rumah mama aku yang bawak,".

Lysa mengangguk lalu ke luar dari ruangan Dzafri.Dia duduk di meja sambil diperhati Lidia dari kejauhan.Lidia tahu sebenarnya Lysa sedang merenung penipuan yang perlu dia lakukan demi kesembuhan ingatan Stella.Lidia yang tidak mahu menganggu Lysa menyambung kerjanya dan memilih untuk tidak menegur Lysa.

"Assalammualaikum pa Stella macam mana dia dah balik ke?"

"Dah Sam tapi.....papa tak tahu kenapa mama suruh Stella duduk dekat rumah Datin Mas papa kesiankan Lysa,"

"Sam pun sama pa kesian Lysa dia terlibat sekali tapi kenapa kena duduk sana tak boleh ke duduk je rumah papa?"

"Katanya biar Stella tu cepat ingat Dzafri tu bukan tunang dia tapi papa rasa ada benda lain yang mama kamu rancang,"

"Tak apalah pa nanti Sam bincang dengan Dzaf,".

Selepas menamatkan panggilan Sam terus bersiap untuk ke pejabat.Kunci kereta dicapai oleh Sam setelah bersiap.Dalam perjalanan ke pejabat,Sam memikirkan cara untuk mengembalikan semula ingatan Stella.Akhirnya Sam memilih untuk ke cawangan Stella memandangkan kunci pendua diberikan kepadanya oleh Dato Azri.

Sedangkan Stella yang di rumah Dzafri dijaga bak puteri oleh Datin Masriza.Stella sahaja tetamu tak diundang dalam dunia ini yang dilayan dengan baik meskipun telah melukai hati seorang lelaki.Datin Masriza memang sudah gila.Gila kerana membiarkan pembawa luka di hati Dzafri tinggal bersamanya di rumah itu.

Stella yang duduk termenung di atas katil didatangi Datin Masriza membawa makanan untuknya.Stella seakan terharu pada hari pertama dia keluar dari hospital layanan yang mulia diberikan oleh Datin Masriza buatnya.Padahal dia tidak tahu betapa buruknya layanan Datin Masriza kepada Lysa.

"Hah Stella makanlah Mak Jah ada masak bubur untuk Stella,"

"Aunty......Dzafri mana aunty?"

"Dzafri dekat pejabat nanti dia balik aunty suruh dia jumpa Stella ya,".

Stella mengangguk lalu menerima suapan dari Datin Masriza.Selang beberapa suapan telefon rumah berbunyi di bawah.Datin Masriza meninggalkan Stella di bilik untuk menjawab panggilan.Setelah panggilan diangkat rupanya yang menelefon ialah Datin Adiba.

"Hah Mas,Stella macam mana ok dia kat situ?" tanya Datin Adiba sambil tangan disilangkan.

"You jangan risau Adiba I akan jaga Stella dengan baik sepanjang dia ada dekat sini.Petang nanti I nak you datang sebab nanti Dzafri pun ada kita boleh makan sekali,"

"Tak nak lah I kalau ada Dzafri mesti Lysa ada sekali lah kan maknanya?"

"Heh biarlah kalau dia ada pun lagi bagus sebab I ada benda yang I nak buat dia terkejut nanti,"

"Ikut you lah masa jangan jadi macam haritu sudahlah.Petang nanti I datang dengan Azri jangan Dzaf tak ada pulak bila I datang nanti,"

"You jangan risau dia mesti datang punya,".

Perbualan itu jelas menunjukkan ada sesuatu yang dirancang oleh Datin Masriza.Dia sudah lupa agaknya dalam banyak-banyak rancangan yang dibuat tiada satu pun rancangannya yang berjaya.Sebab itulah Dato Mukhriz tidak pernah takut dengan rancangan Datin Masriza kerana buatlah apa sekalipun penyudahnya tetap sama.....gagal.

Datin Adiba yang melihat Dato Azri baru sahaja ingin ke pejabat menahannya untuk memaklumkan mereka akan menjenguk Stella pada petang nanti.

"Hah abang petang nanti kita ke rumah Mas dia ajak makan sekali,"

"Kalau pergi ke sana ada benda lain sebenarnya nak dibuat saya tak nak pergi awak berdua bukannya boleh percaya,"

"Abang merepek apa ni kan saya kata nak tengok Stella awak tak nak jumpa anak sendiri ke?"

"Kalau macam tu kita tengok dan kita bawak Stella balik harini jugak kalau awak tak nak saya sendiri akan buat!".

Datin Adiba terkedu mendengarnya.Dia tahu apa yang Dato Azri katakan akan dibuat lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan Stella.Dato Azri kemudian pergi ke pejabat malas melayan Datin Adiba.Datin Adiba pula timbul rasa cemas memikirkan cara bagaimana Stella boleh tetap tinggal di rumah Datin Masriza.

Di pejabat Dzafri.....

"Ada apa kau nak jumpa aku ni Dzaf?"

"Aku sebenarnya nak ajak kau sekali balik rumah nanti papa ajak makan sama,"

"Apa pulak kata mak kau nanti,kau lupa ke aku kena menyamar jugak pura-pura tak kenal Stella?"

"Aku tahu tapi papa nak kau datang jugak aku pun tak tahu kenapa,".

Sam melirik Lysa yang berada di mejanya lalu berpaling semula kepada Dzafri.

"Lysa kena ada jugaklah maknanya ni......,"

"Aku tak nak dia ada sebenarnya tapi papa suruh dia ada sekali,".

Sam mengangguk tanda sudi untuk mengikuti Dzafri setelah pulang dari pejabat.Walaupun dia tidak mahu namun kerana memikirkan Stella dia terima pelawaan Dzafri.Dia tidak mahu bukan kerana Stella itu adalah haknya sebagai seorang suami tapi dia tidak mahu berhadapan dengan Datin Adiba.Bukan kerana takut namun tidak mahu mencetuskan perbalahan di sana.

Dzafri memanggil Lysa pula selepas Sam keluar dari ruangannya.

"Ada apa awak nak jumpa saya,"

"Petang ni kau tak boleh pergi rumah ibu papa suruh balik makan sekali,"

"Makan sekali......dengan Stella kan?"

"Kalau dah tahu buat apa kau tanya,"

"Saya tak nak nanti jadi tunggol jenkat sana lagipun saya dah beritahu ibu nak balik,"

"Lysa aku pun tak nak kau ada tapi papa yang nak jadi tolonglah ikut aku,"

"Baik,saya ikut maklumlah walaupun menyamar sebagai officemate saya tetap isteri awak yang kena dengar cakap awak jadi saya keluar dulu ye,".

Dzafri terdiam mendengarnya.Sebolehnya Dzafri pun tidak mahu untuk Lysa terlibat sekali dalam kepuraan yang perlu dia lakukan demi seorang pengkhianat cintanya.Dzafri juga akui walaupun mereka berkahwin kerana terpaksa,dia boleh melihat ketulusan Lysa dalam perkahwinan mereka.Sekalipun Lysa tidak mengungkit tentang perbuatan Dzafri yang mengakibatkan kematian Pak Hamid sebelum mereka disatukan secara tiba-tiba.

"Hello ibu......Lysa balik lain kali yer Dzafri kata papa suruh balik makan sekali,"

"Lah ye ke tak apa lah kalau macam tu nanti lain hari kamu dengan Dzafri makanlah kat sini pulak boleh ibu ajak Ameer sekali,"

"Lysa minta maaf ye ibu.Lysa lupa,"

"Tak apa Lysa ibu tak kisah pun nanti ada masa kita jumpa ye,"

"Baik ibu,assalammualaikum,"

"Waalaikummussalam,".

Lysa meletak panggilan dalam keadaan serba salah kepada Ibu Faz.Lysa juga bengang kepada Dzafri kerana tidak memberitahu kalau Dato Mukhriz meminta mereka untuk pulang ke rumah dan makan bersama.Tidak ada perlu bagi Lysa untuk dia ke sana.Lysa terima kalau dia perlu menyamar seperti orang luar tapi dia tidak mahu melihat asmara Dzafri dan Lysa yang boleh menambahkan lagi sakit hatinya.

Selepas tamat waktu kerja Lysa turun menaiki kereta Dzafri dalam keadaan tidak puas hati.Selang beberapa minit Dzafri juga masuk ke dalam.Lysa memalingkan pandangan ke luar sebaik sahaja Dzafri masuk ke dalam kereta.Dzafri yang sedar Lysa sengaja buat begitu mengusik Lysa.

"Daripada kau tengok luar tu baik kau tengok aku ni hah,"

"Awak bawak jelah kereta tu diam-diam dah lah beritahu saya last minute kesian ibu tau,"

"Aku dah beritahu kan tadi apa kau ingat aku nak sangat ke makan kat rumah kalau bukan sebab papa,"

Pandangan Lysa teralih kepada kereta Sam yang dilihat di belakang kereta Dzafri ketika dalam perjalanan.

"Eh awak tu bukan kereta Sam ke?"

"Haah papa ajak dia sekali,"

"Untuk apa?" tanya Lysa sambil mengerutkan keningnya.

"Entah.Adalah tu kita tengok je lah,".

Selepas mereka sampai Dzafri,Lysa dan Sam terus masuk ke dalam rumah dalam keadaan teragak.Di dalam rumah, suasana terasa tegang sebaik sahaja mereka melangkah masuk. Dato Mukhriz sudah sedia menunggu di ruang tamu bersama Dato Azri dan Datin Adiba, sementara Datin Masriza sibuk menguruskan sesuatu di dapur. Namun, kelibat Stella tidak kelihatan.

“Duduklah dulu, nanti kita makan sekali.” Dato Mukhriz bersuara sambil meneliti wajah mereka satu per satu.

Dzafri dan Sam duduk bersebelahan begitu juga dengan Lysa.

Tidak lama kemudian, Datin Masriza muncul dengan senyuman penuh kepura-puraan setelah terkejut melihat Sam juga ada di situ.

“Sam pun ada juga.Duduklah dulu kita tunggu Stella,” katanya sambil duduk bersebelahan Datin Adiba menahan muka terkejutnya.

Seketika kemudian, Stella turun dari tangga dengan langkah perlahan. Wajahnya sedikit pucat, tetapi ada senyuman manis terukir di bibir. Matanya mendarat pada Dzafri terlebih dahulu sebelum beralih kepada Sam.

“Dzafri…” suaranya lembut, penuh pengharapan.

Lysa terdiam seketika.Hatinya tidak menerima melihat cara Stella memandang Dzafri.

Dzafri hanya mengangguk, tiada sebarang reaksi mesra.

“Stella, duduklah sini,” pelawa Datin Masriza, menepuk tempat duduk di sebelahnya.

Makan tengahari berlangsung dalam suasana yang tegang. Sesekali Datin Adiba dan Datin Masriza bertukar pandangan seolah-olah sedang menunggu masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu.

Tiba-tiba, Datin Masriza bersuara.

“Sebenarnya, ada satu pengumuman nak dibuat memandangkan semua ada kat sini,” katanya sambil tersenyum lebar.

Semua mata tertumpu padanya.

“Memandangkan Stella dah pun sedar jadi rasanya Dzafri dan Stella boleh buat majlis pertunangan sebagai hebahan tentang kamu berdua yang dah lama bertunang,".

Suasana di meja makan serta-merta menjadi tegang.

Lysa membatu. Sam mengerutkan dahi. Dzafri pula langsung tidak memberikan sebarang reaksi.

Dato Azri menghela nafas panjang, sementara Dato Mukhriz terus bersuara tegas.

“Masriza, apa yang awak mengarut ni?”

“Apa yang saya cakap ni masuk akal.Kita kena buat majlis untuk sebarkan hubungan mereka pada kenalan kita,".

“Sebarkan?” Lysa akhirnya bersuara, matanya menikam ke arah Datin Masriza.

Lysa menggenggam tangannya erat di bawah meja.

Sebelum keadaan semakin buruk, Dzafri akhirnya bersuara.

“Cukup.”

Dzafri berdiri dan memandang tepat ke arah Datin Masriza.

“Dzaf dah penat dengan semua ini. Stella boleh tinggal di mana saja dia mahu, tapi Dzaf tak nak buat majlis tu,".

Lysa tersentak. Dia menoleh ke arah Dzafri, cuba membaca reaksi di wajahnya.

Stella pula kelihatan tergamam, matanya berkaca.

“Tapi Dzaf…”

“Tak ada tapi.” Dzafri memotong. “Dzaf takkan ulang lagi.Keputusan Dzaf muktamad,".

Datin Masriza terdiam, wajahnya berubah tegang.

Dato Azri, yang sejak tadi menjadi pemerhati, akhirnya bersuara.

“Kalau dah selesai, aku rasa lebih baik Stella balik dengan aku dan Adiba,".

“Tidak!” Datin Adiba menyampuk. “Stella masih perlu tinggal di sini,"

“Dia anak saya jugak bukan anak awak sorang je Adiba,". Dato Azri bersuara keras, memotong kata-kata isterinya.

Datin Adiba terdiam.

Stella menggigit bibir, jelas dilema. Namun, akhirnya dia mengangguk perlahan.

“Stella… Stella ikut papa.”

Datin Masriza terkedu. Rancangannya sekali lagi gagal.

Lysa, yang sejak tadi menahan sebak, akhirnya menghela nafas lega.

Setelah itu, tanpa perlu banyak perdebatan lagi, Stella meninggalkan rumah itu bersama Datin Adiba dan Dato Azri.

Lysa dan Dzafri juga segera beredar tanpa banyak bicara.

Di dalam kereta, suasana sunyi.

Namun, tiba-tiba, Dzafri bersuara perlahan.

"Aku harap kau tak ambil peduli pasal tadi,".

Lysa tersentak. Dia menoleh, tetapi Dzafri hanya memandang ke hadapan, fokus pada jalan raya.

Jantungnya berdegup lebih laju dari biasa.

Mungkin, hanya mungkin… ada harapan untuk perkahwinan mereka.

Malam itu, setibanya di rumah, Lysa terus masuk ke dalam bilik tanpa sepatah kata. Dia masih cuba mencerna apa yang berlaku di rumah Datin Masriza tadi. Walaupun dia lega kerana Stella akhirnya pergi, hatinya tetap rasa terguris dengan permainan yang cuba dibuat oleh Datin Masriza.

Dzafri masuk beberapa minit kemudian. Dia melihat Lysa duduk di birai katil, memeluk tubuh sendiri, matanya merenung lantai.

"Kau masih marah?" Dzafri bertanya perlahan, menyandarkan badan ke dinding.

Lysa menghela nafas, cuba menahan emosinya. "Saya tak marah... cuma penat."

Dzafri diam. Dia tahu Lysa tidak akan mengaku kalau dia benar-benar terluka.

"Aku tahu kau tak suka semua ni. Tapi aku nak kau tahu, aku takkan biarkan sesiapa paksa aku buat keputusan yang aku tak nak."

Lysa mengangkat wajahnya, menatap mata suaminya yang kelihatan serius. "Maksud awak?"

Dzafri bergerak menghampirinya, berdiri betul-betul di hadapan Lysa. "Aku takkan tunang dengan dia,".

Jantung Lysa hampir terhenti.

"Macam mana kalau awak kena buat jugak?" soalnya dengan suara yang hampir berbisik.

Dzafri tunduk sedikit, merenung wajahnya dengan tajam. "Aku akan lepaskan kau Lysa.Aku tak nak kau terseksa.Cukup aku sahaja tanggung semua ni bukan kau,".

Lysa terpaku. Dia tidak tahu bagaimana mahu membalas kata-kata itu.

Dzafri terus keluar dari bilik Lysa.Terjurai air mata Lysa setelah mendengarnya.Tergamak Dzafri berkata begitu padahal Lysa menerimanya setulus hati.

Silalah komen selepas membaca bab ini>3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience