Bab 9

Romance Series 50765

Lysa turun setelah bersiap untuk pergi bekerja.Sebaik sahaja dia turun tidak kelihatan Dzafri di bawah.Lysa berfikir Dzafri hanya bergurau namun ternyata benar dia perlu pergi sendiri ke pejabat.Lysa memakai kasut dan menuju ke keretanya lalu dia menghidupkan enjin.Lysa memandu keluar dari kawasan rumah sambil mencapai telefon miliknya.

"Selamat pagi Encik Dzafri Lysa mana tak ikut sekali ke?"

"Dia on the way,boleh tak jangan tanya kuat sangat awak tahu kan cuma awak je yang tahu saya dah kahwin," kata Dzafri kepada Lidia.

Lidia hanya mengangguk sahaja sambil menekup mulutnya.Dzafri tidak ingin semua staf di situ mengetahui status dia dan Lysa yang sebenarnya.Lysa juga dipesan agar tidak mendedahkan siapa dirinya kepada semua staf yang berada di situ.Dzafri masuk ke ruangannya mencapai fail yang ada di atas mejanya.

Tidak beberapa lama kemudian Lysa tiba di hadapan pejabat milik Dzafri.Dia masuk dan menuju ke lif untuk naik ke tingkat pejabat.Ketika hendak masuk ke dalam pejabat,kelihatan Lidia memanggilnya dengan memberi isyarat tangan.Lysa pergi ke meja Lidia untuk bertanya apa yang dia mahukan.

"Lysa datang sini naik apa naik kereta eee?"

"Hai akak ni habis tu takkanlah saya di import dari rumah ke sini tak munasabah betul dahlah saya nak pergi dekat meja lama akak tu,"

Baru sahaja Lysa ingin duduk kedengaran suara Dzafri memanggil namanya.

"Irlysa Dzulaika Binti Hamidi masuk bilik saya sekarang,".

Lysa hanya menurut sahaja sambil memendam rasa geram di dalam hatinya itu.Lysa harus sabar sepanjang bekerja di situ dan perlu mendengar semua arahan dari Dzafri.Dia segera masuk ke dalam ruangan Dzafri dan duduk di kerusi hadapan Dzafri.Sekali lagi ketika dia ingin meletakkan punggungnya di kerusi Dzafri dengan segera menghalangnya.

"Siapa suruh kau duduk aku suruh kau masuk je cuba dengar sikit arahan," kata Dzafri sambil menyelak fail yang ada di tangannya.

"Hishhh dia ni kan saja je bagilah aku duduk aku baru je datang dia dah spoilkan mood aku nasib kau bos aku a.k.a suami aku yang orang tak tahu kat pejabat ni," kata Lysa dalam hatinya.

Dzafri menutup fail dan mencampak fail tersebut dengan bersahaja di atas meja.Lysa terkejut dan hanya menunduk sahaja mendengar bunyi fail itu.Dzafri kemudian bangun dan menghalakan tubuhnya ke dinding membelakangi Lysa.Lysa hairan ada apa dengan Dzafri kerana sikapnya aneh menjelang pagi ini.

"Kau tahu kenapa aku panggil kau masuk sini?"

"Kalau saya tahu tak adalah saya diam je Encik Dzafri oi," ujar Lysa seakan menyindirnya.

Dzafri memalingkan tubuhnya ke arah Lysa dan memajukan langkahnya perlahan ke arah Lysa.Lysa kemudian sedikit mendongak dan perlahan beranjak ke belakang.Dzafri menahan tangan Lysa dan menolak tangannya sehingga Lysa terduduk di atas kerusi yang ada di sebelahnya.Dzafri kemudian menundukkan tubuhnya sambil memandang Lysa tepat ke arah biji matanya.

"Kalau kau tak tahu cakap jelah tak tahu tak payah nak sindir aku jangan sampai aku ajar kau kat sini,".

Lysa kemudian menolak badan Dzafri dan berdiri membetulkan pakaiannya.

"Awak ni betullah saya kata saya tak tahu saya baru sampai awak dah suruh saya jumpa awak kat sini sepatutnya saya yang tanya awak ada apa awak nak jumpa saya," kata Lysa kepada Dzafri.

Dzafri kembali duduk di kerusi dan menyuruh Lysa untuk duduk kembali di hadapannya.Lysa bertanya kepada Dzafri sekali lagi mengapa dia dipanggil olehnya.Dzafri meminta Lysa untuk menemaninya bertemu seseorang ketika waktu makan nanti.Lysa hanya menurut sahaja arahan dari Dzafri dan meminta untuk keluar jika tiada sebarang hal yang ingin dibincangkan lagi.

"Kejap ,aku nak kau buat kerja kau betul-betul atau aku akan potong gaji kau and yeah satu hal lagi jangan beritahu siapapun tentang kita kalau ada yang syak apa-apa kau cakap kau tak tahu atau kau tak pernah kenal aku faham?"

" baiklah bos saya yang menurut perintah saya keluar dulu ye kalau ada apa-apa bos boleh panggil saya ok bos," kata Lysa sambil tersenyum ke arah Dzafri.

Dzafri hanya mengangguk dan menyuruh Lysa untuk keluar dengan mengarah tangannya ke arah pintu.Lysa keluar sambil menjeling setelah berpaling dari Dzafri.Lysa duduk dan menepuk mejanya tanda melepaskan geram terhadap Dzafri.Lidia yang terkejut mendengar bunyi tepukan itu tanpa sengaja terbaling pen ke arah Lysa mujur tidak terkena di matanya.

"Eeee akak ni kenapa kalau terkena mata Lysa boleh buta tau hishhh akak ni lah,"

" Sorry Lysa akak tak sengaja Lysa lah buat akak terkejut je tu nasib akak pegang pen kalau stapler yang akak baling hah kena bibir tu pecah bibir tu nanti hehe,".

Lysa mengembalikan semula pen milik Lidia kepadanya.Lidia ingin bertanya namun dia takut Lysa tidak ingin berkongsi cerita dengannya.Lidia sudah masak dengan sikap Dzafri yang sering berubah terutama pada setiap pagi.Lysa cuba memahami tugasan yang ada di atas mejanya supaya mudah untuk bekerja di kemudian hari.

Sam tiba di hadapan rumah Dzafri untuk menemuinya namun tiada keberadaan Dzafri di situ.Sam menyangka Dzafri masih bercuti setelah dia berkahwin.Datin Masriza yang menyedari ketibaan Sam menyambutnya dengan senang dan mengajak Sam untuk masuk ke dalam rumah.Sam masuk ke dalam dan kebetulan Dato Mukhriz juga berada di situ untuk bertanya tentang khabarnya.

"Hah Sam duduk sini uncle ada perkara nak tanya betul ke kamu sekarang dah kahwin ada masa kenalkanlah isteri kamu tu dekat uncle dan aunty kamu ni hah,".

Sam hanya tergelak kecil mendengar apa yang diminta oleh Dato Mukhriz kepadanya.Datin Masriza duduk di samping suaminya dan bertanya apakah Adib boleh menerima ibu barunya setelah mereka berkahwin.Sam berkata Adib sangat suka setelah dia mencari pengganti Tasneem dan amat menyayangi Stella.Sam masih belum bersedia untuk membawa Stella bertemu dengan mereka kerana takut akan apa yang bakal terjadi setelah Stella mengetahui Dzafri dan dirinya mempunyai hubungan yang dekat.

Sam meminta izin dari Datin Masriza dan Dato Mukhriz untuk menunaikan solat dhuha di rumah mereka.Datin Masriza menyuruh Mak Jah menunjukkan ruang solat kepada Sam.Sam naik ke atas dan menunaikan solat sebelum pulang ke rumah.Dia berterima kasih kepada Mak Jah kerana telah membantunya dan solat setelah Mak Jah turun ke bawah.

Setelah selesai berjumpa klien dan makan tengahari Lysa kemudian pulang pada petangnya.Dzafri duduk sebentar di ruangannya menunggu Amin.Sedang menunggu,satu panggilan masuk dan berdering di telefon Dzafri.Dzafri mengangkat panggilan tersebut dan terbangun dari kerusi setelah mendengar suara pemanggil tersebut.

"He...he...hello," kedengaran suara pemanggil tersebut di talian.

Sebaik sahaja Dzafri ingin memastikan siapa pemanggilnya dengan pantas dia menamatkan panggilan.Dzafri duduk kembali dan menggenggamkan tangannya seakan kenal dengan suara tersebut.Ternyata sang pemanggil ialah Stella bekas tunangnya yang membuatkan Dzafri tawar hati dan hampir kecewa dalam perhubungan.Stella ternyata masih cuba berhubungan bersama Dzafri di dalam talian namun masih takut untuk menemuinya.

DALAM beberapa minit memandu akhirnya Lysa tiba di kawasan rumah.Dia memarkir kereta miliknya dan menutup enjin lalu masuk ke dalam rumah.Mak Jah menyambut Lysa dari luar pintu dan bertanya bagaimana hari pertama dia bekerja bersama Dzafri.Lysa hanya menyengetkan mulutnya dan membuat memek muka kesal seakan tidak gemar bekerja di situ.

Lysa terus naik ke atas dan pergi ke biliknya sambil Mak Jah kelihatan kasihan melihat Lysa yang tidak gembira pada hari pertama dia bekerja.Lysa menghempas beg tangannya di katil dengan kekesalan terhadap Dzafri pada dirinya.Lysa duduk dan menepuk tilam melepas tanda geram terhadap Dzafri yang masih belum pulang.Dengan seketika Lysa terkejut sewaktu dia berpaling ke belakang setelah berkata buruk soal Dzafri ternyata Dzafri ada di belakangnya.

Lysa duduk semula dan berpaling kembali menundukkan kepalanya mengelak dari Dzafri.Dzafri dengan perlahan menutup pintu dan melangkah menuju ke Lysa.Dzafri kemudian tunduk dan memandang tepat ke arah muka Lysa sambil mengangkat wajahnya.

"Hei kau kutuk aku ke macam dah lama je pendam hah Irlysa Dzulaikha?" tanya Dzafri kepada Lysa.

Lysa tidak menjawabnya bahkan dia makin ke belakang sewaktu ditanya oleh Dzafri.Dzafri yang memerhatikan Lysa mengerutkan wajahnya.Melihat Lysa yang semakin mengundur Dzafri juga turut semakin menghampirinya.Tingkah Dzafri membuatkan Lysa terkejut lalu dia bangun untuk keluar dari situ.

Belum sempat Lysa bangun,Dzafri dengan pantas menarik tangan Lysa membuatkan Lysa kembali terduduk.Dzafri menarik Lysa dengan agak kuat sehingga membuatkan mereka saling menatap.Lysa yang dalam hatinya sekarang berasa gementar kerana tidak biasa akan situasi tersebut.Mata Dzafri seakan bergerak nakal setelah menatap mata Lysa dengan memajukannya dari atas hingga ke tangan Lysa yang dipegang olehnya.

"Ya allah apa jadi ni kenapa dengan dia ni," dengan selamba Lysa berkata sebegitu dalam hatinya.

Lysa menyuruh Dzafri melepaskannya kerana dia ingin turun ke bawah.Dzafri dengan segera melepaskannya dan turun dari katil pergi ke bilik mandi.Lysa dengan segera turun ke bawah menemui Mak Jah yang berada di dapur.Mak Jah terkejut sewaktu Lysa menerjahnya sehingga membuatkan dirinya melatah.

"Eh mak kau cepelehem kepeletot makeleheng,"

Mak Jah yang melatah tanpa sengaja mengetuk kepala Lysa menggunakan senduk di tangannya.Lysa yang terkejut lalu mengetuk kepala Mak Jah kembali.Mak Jah memarahi Lysa mengapa dia berbuat demikian dengan menerjah dan mengetuk kepalanya.Lysa yang terkejut meminta maaf kepada Mak Jah dan membantu melakukan kerja di dapur.

Setelah selesai mandi Dzafri mencapai telefon miliknya dan membuat panggilan kepada Sam.Dzafri mengajak Sam untuk bertemu dengannya di pejabat pada esok hari.Dzafri ingin tahu apa keputusan yang sudah dibuat oleh Sam setelah ditawarkan semula jawatannya.Sam berkata jika tiada sebarang kekangan maka dia akan pergi ke pejabat untuk menemuinya.

"Ok nanti kalau tak ada apa-apa aku datang sana lagipun aku tadi pergi rumah kau,kau tak ada pula jadi esok jelah aku beritahu kau apa keputusan aku,"

"Lah ye ke kenapa kau tak datang dekat pejabat je aku dah start kerja kalau kau datang office aku boleh kenalkan kau dengan wife aku,".

Sam tergelak kecil mendengar pernyataan Dzafri yang di telefon.Setelah selesai mereka menelefon,Sam kembali memikirkan soal Lysa yang pernah bertempung dengannya sewaktu ingin pergi dari pejabat Dzafri.Dia memikirkan situasi sewaktu dirinya dan Lysa bertembung ketika ingin menuju ke kereta sebelum pulang.Sam seakan mengenali Lysa dan pernah berjumpa dengannya pada sebelum ini.

"Aku macam pernah nampak dia sebelum ni wajah dia samar-samar dalam fikiran aku ni ," kata Sam dalam hatinya.

Dzafri turun dan melihat Lysa sibuk menghidangkan makanan di atas meja.Dzafri menghampiri Lysa dan bertanya adakah dia yang memasak semua hidangan itu.Lysa menafikannya dan berkata semua lauk itu dimasak oleh Mak Jah.Mak Jah sudah menyiapkan semuanya ketika mereka pergi bekerja.Dzafri duduk mengambil tempat dan menarik Lysa untuk duduk bersamanya membuatkan Lysa terkejut.

"Ishhh awak ni kan cuba suruh elok -elok jangan main tarik je kalau saya jatuh tadi," ujar Lysa kepada Dzafri yang sedang selamba makan di hadapannya.

Dzafri kemudian mendekatkan wajahnya ke arah Lysa dengan memek muka yang agak imut lalu berkata sorry padanya.Lysa langsung tidak mempedulikan Dzafri selain hanya makan sahaja hidangan di atas meja.Dzafri kemudian cuba sekali lagi dengan taktik menyuap Lysa sebagai langkah maaf yang seterusnya.Lysa enggan pada mulanya namun dia sudi makan dari suapan Dzafri itu sebagai tanda memaafkannya.

Usai makan Dzafri naik ke atas dan memikirkan kembali Stella yang telah menelefonnya.Dzafri seakan yakin bahawa itu adalah Stella bekas tunangnya.Lysa yang membuka pintu tercengang seketika sebaik melihat Dzafri yang seakan memikirkan sesuatu.Lysa kemudian duduk di samping Dzafri dan cuba menanyakan ada apa dengannya.

"Awak kenapa ada masalah ke,ada yang awak nak share dekat saya?,"

"Tak ada apalah kalau aku beritahu kau pun bukannya kau boleh tolong,".

Menjelang pagi, Sam seperti biasa bangun di awal pagi dan bersiap.Namun pada pagi ini Stella hairan dengan Sam yang berpakaian serba lengkap setelah dia tersadar dari lenanya.Stella bangun dan menghampiri Sam bertanya ke mana dia ingin pergi.Sam berkata dia ada urusan penting dan meminta Stella untuk mengurus Adib sebentar buat sementara waktu.

Usai bersiap Dzafri turun dan menghampiri Lysa yang termenung di hadapan pintu.Datin Masriza hanya memerhatikan mereka berdua dari jauh.Dzafri menyuruh Lysa untuk mengirim uang kepada Ibu Faz sebelum pergi ke pejabat.Lysa dalam hatinya seakan senang kerana dia boleh berjumpa dengan Ibu Faz dan lewat masuk ke pejabat.

"Tak payah seronok sangat ingat eee kau tak boleh lama dan tak boleh melebihi dua jam atau gaji kau akan ditolak Irlysa Dzulaika,"

"Ishhh awak ni janganlah macam tu,iya saya hantar lepastu saya pergi office terus ok," Ujar Lysa kepada Dzafri.

Datin Masriza melihat jam di dinding setelah Dzafri dan Lysa pergi menaiki kereta masing-masing.Datin Masriza ingin pergi ke rumah kedua orang tua Stella bagi menanyakan keberadaannya.Datin Masriza masih ingin meneruskan hasratnya menjadikan Stella menantu di rumah itu.Dia lekas bersiap dan bergegas pergi tanpa pengetahuan Mak Jah di rumah.

Di pejabat,Lidia yang sudah tiba memerhati dari jauh melihat siapakah sosok seorang lelaki yang seakan dia kenali.Setelah dia menghampirinya ternyata itu adalah Sam bekas pekerja di situ.Lidia lalu menegur Sam dan gembira setelah melihat Sam kembali pulang ke Malaysia.Sam juga turut senang kerana Lidia menyambutnya dan masih ingat akan dirinya.

"Lamanya tak jumpa kau Sam apa cerita sekarang?" tanya Lidia kepada Sam.

Sam hanya tersenyum sambil menjawab bahawa dia hanya berpindah mengambil masa bagi melupakan Aneem.Lidia masih simpati atas kehilangan Aneem bekas isteri kepada Sam.Lidia cukup dekat hubungannya dengan mereka berdua dan turut sama berduka atas kematian Aneem suatu ketika dahulu.Sam kemudian masuk ke ruangan Dzafri dan Lidia memulakan kerjanya.

Dzafri yang menyedari kelibat Sam di hadapannya menyuruh Sam duduk dan ingin mengetahui keputusannya.Sam berkata setelah jenuh dia berfikir Sam merasakan ini adalah waktu yang sesuai untuk memegang kembali jawatannya.Dzafri senang mendengar hal itu lalu bangun dan memeluk erat Sam sepupunya.Sam membalas pelukan Dzafri namun di hatinya Sam ragu jikalau Dzafri mengetahui sebab utama Sam menerima jawatan tersebut.

"Hoo hoo ma friend thanks wei kau sudi lagi kerja kat sini papa aku mesti happy punya dekat kau sebab sudi kerja balik dekat sini,".

Setelah selesai urusan bersama Dzafri Sam berkata dia ingin mengambil barang sebentar di keretanya.Dzafri mencapai telefon untuk menelefon Lysa.Lysa mengangkat panggilan Dzafri lantas berkata bahawa dia hampir tiba di pejabat.Dzafri kemudian berkata kepada Lysa dia harus segera tiba di pejabat kerana ada tugasan yang ingin diberikan olehnya.

Tangan Sam mencapai fail kerja yang berada di sebelah kerusi memandu dan segera naik kembali ke ruangan Dzafri.Baru sahaja Sam beredar naik Lysa tiba dan memarkir keretanya bersebelahan kereta milik Sam.Lysa turun dan memerhati kereta tersebut yang kelihatan sangat cantik di matanya.Lysa terus memerhati kereta tersebut tanpa dia sedari dia diperhatikan oleh Dzafri dari ruangannya.

"Hishhh dia ni kan dahlah datang lambat sempat lagi sibuk tengok kereta Sam tu siap kau nanti Lysa," kata Dzafri sambil memerhatikan Lysa.

Lysa masuk ke dalam lif sambil memakai bedak sementara tiba di tingkat pejabat.Setelah pintu lif terbuka Lysa terkejut sewaktu melihat Dzafri berdiri di hadapan matanya.Gaya Dzafri yang tangannya diseluk ke poket ditambah lagi dengan muka serius menambahkan lagi rasa terkejut Lysa.Dzafri kemudian masuk ke dalam lif dan menekan tombol untuk naik ke tingkat paling atas yang ada di pejabatnya.

"Eh awak nak pergi mana ni kan dah sampai dah jangan macam-macam saya ni nak kerja,"

"Baik kau diam sebelum aku tinggalkan kau dekat tingkat paling atas ni sorang-sorang Irlysa Dzulaika," kata Dzafri yang menatap mata Lysa sambil menunjukkan ruangan atas yang kosong sewaktu pintu lif terbuka.

Lysa kemudian keluar dari lif setelah beberapa saat Dzafri keluar dari lif tersebut setelah mereka turun.Sewaktu Lysa ingin duduk di meja Dzafri memberi tanda isyarat kepada Lysa namun Lysa tidak mengertinya.Tambah lucunya lagi Lysa tidak tahu bahawa ternyata Dzafri memanggilnya.Dia menyangka bahawa Dzafri ingin menghiburkannya.

Dzafri yang berada di ruangannya hairan melihat Lysa yang kelihatan dungu itu.Dia hanya menghela nafas sebelum mencapai telefon menyuruh Lidia memanggil Lysa masuk ke dalam.Lidia pergi ke tempat Lysa dan menyuruh dia berjumpa Dzafri.Lysa pun seakan memarahi Dzafri mengapa menyuruh Lidia namun dia tidak tahu bahawa dia yang tidak mengerti akan isyarat dari Dzafri.

"Ish awak ni kalau nak panggil saya kan awak boleh panggil je janganlah susahkan Lidia,"

"Kau ni memang bebal kan dari tadi aku bagi hint kat kau suruh kau masuk kau buat dek je kan hishh aku lempar ngan fail ni kang,".

Lysa menggaru kepalanya selepas sedar dia sudah tersalah sangka kepada Dzafri.Lysa meminta maaf kepada Dzafri dan bertanya mengapa dia dipanggil olehnya.Dzafri bangun dan menyelak langsir sambil menunjukkan Lysa kereta yang dilihatnya tadi iaitu kereta milik Sam.Lysa mengangkat keningnnya tanda tidak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Dzafri.

"Kau nampak kereta tu kenapa kau asyik usha je kereta tu kalau ada yang suspen macam mana hah?"

"Awak ni berialah tu bukan kereta awak lagipun saya ada mata suka hati sayalah nak tengok apa sibuk je," kata Lysa dengan selamba kepada Dzafri sambil membelek fail yang ingin dibaling ke arahnya tadi.

Dzafi kemudian mengkerutkan mukanya geram kepada Lysa yang sedang duduk membelakanginya.Dzafri kemudian menghampiri Lysa dan memutarkan kerusi yang diduduknya membuat Lysa terkejut.Lysa menelan air liur ketika melihat Dzafri yang sedang menatapnya.Dzafri kemudian berkata kepada Lysa bahawa kereta tersebut adalah milik Sam sepupunya yang akan ditemui olehnya.Dzafri kemudian menyuruh Lysa keluar setelah dia memberitahunya tentang Sam.

Setelah Lysa selesai berbincang bersama Dzafri dia keluar untuk menyambung kerjanya.Lysa kembali duduk sambil memikirkan kereta milik Sam yang seakan samar di fikirannya.Lysa sepertinya pernah melihat kereta tersebut namun dia tidak ingat di mana dan bila dia melihatnya.Dzafri yang melihat Lysa termenung,keluar dan menepuk meja Lysa sehingga membuatkan dia kembali terkejut.

Lysa tanpa sengaja mengetuk kepala Dzafri dengan menggunakan fail yang ada di atas mejanya.Dzafri memegang dahi dan menarik tangan Lysa keluar dari pejabat selepas Lysa mengetuknya.Para staf di situ tertawa kecil melihat Dzafri yang diketuk.Lidia menggelengkan kepalanya sambil turut tertawa dengan apa yang telah dilakukan oleh Lysa kepada Dzafri.

Lysa ditarik hingga masuk ke dalam kereta dan pantas dikunci oleh Dzafri.Dzafri masuk ke dalam kereta duduk di kerusi memandu bersebelahan Lysa.Lysa kemudian bertanya ada apa dengan Dzafri sehingga dia ditarik sehingga ke dalam kereta.Dzafri kemudian menghela nafas sebelum menjawab pertanyaan dari Lysa.

Lysa ditenung oleh Dzafri dengan reaksi muka yang agak marah.Lysa kemudian cuba untuk membuka kunci yang terdapat di sebelah Dzafri.Dzafri dengan pantas menahan tangan Lysa dari membukanya dan menunjukkan benjolan di dahinya yang diketuk oleh Lysa di dalam pejabat tadi.Lysa kemudian berpaling dari Dzafri berpura tidak bersalah sambil berkata bahawa dia tidak sengaja.

"Alah awak ni sa...saya bukannya sengaja lagipun awak tu hah lain kali jangan main tepuk je kan dah kena,"

"Eh kau ingat tak sakit ke merah kau tahu tak, ketuk dahlah kuat,"

"Kata anak jantan saya tampar awak dua tiga kali ok je takkan kena ketuk sikit dah meraung,"

"Meraung? heh kau dah gila ke sejak bila pula aku meraung ni hah aku bukan budak kecil kau tahu tak,".

Lysa kemudian mengalah dan meminta maaf kepada Dzafri.Lysa menyuruh Dzafri untuk membuka kunci kerana dia ingin kembali bekerja.Dzafri senyum sinis kepada Lysa dan menghidupkan enjin kereta miliknya beredar dari situ.Lysa hairan dengan tingkah Dzafri tersebut namun hanya mampu duduk diam sahaja di sisi Dzafri.

"Ni nak bawa saya pergi mana ni hah saya ada banyak kerja lagi tau kat office tu,"

"Dah dah sebab kan kau dah ketuk kepala aku kau kena ikut aku pergi mana aku pergi,".

Setelah beberapa minit Dzafri memandu akhirnya mereka tiba di hadapan rumah yang dibeli oleh Dzafri.Lysa turun dengan senangnya untuk melihat halaman rumah itu.Dzafri hairan mengapa Lysa begitu teruja terhadap rumah yang baru dibelinya.Lysa meminta kunci kepada Dzafri untuk masuk ke dalam dan melihatnya.

"Awak nak kunci," ujar Lysa sambil menghulurkan tangannya kepada Dzafri.

Dzafri yang hanya diam menyerahkan kunci kepada Lysa dan memerhatikan isterinya itu.Lysa kemudian membuka pintu dan bergegas masuk ke dalam.Lysa naik ke atas dan masuk ke dalam sebuah bilik yang kelihatan indah di matanya.Dzafri masuk dan menghampiri Lysa yang berada di dalam bilik itu.

"Kau suka ke bilik ni?" tanya Dzafri kepada Lysa.

"Hmm suka tapi bilik ni kecil je sesuailah untuk anak awak nanti," dengan selamba Lysa berkata tanpa menyedari percakapannya.

Dzafri tercangang mendengar itu dan membuatkan Lysa merasa malu setelah meyadarinya.Dzafri kemudian bisik ke telinga Lysa yang membuatkan Lysa agak terkejut mendengarnya.Bisikan Dzafri membuat Lysa tersentak ketika mendengarnya.

"Do you means our child Irlysa Dzulaika? sorry is not a time yet because have a rose in my heart and that's not you...,".

Dzafri kemudian keluar pergi dari bilik itu meninggalkan Lysa sendirian.Lysa terkilan mendengar ayat dari Dzafri sehingga membuatkan dirinya terduduk di atas katil.Lysa cuba menahan rasa sebaknya sambil mengingat bahawa dia dikahwini hanya kerana amanah arwah ayahnya terhadap Dzafri.Lysa keluar dari bilik itu dan pergi ke bilik air di tingkat bawah menyandar di pintu.

"Kau kena ingat Lysa dia kahwin dengan kau sebab amanah je Lysa kau pun kena ingat kau kahwin dengan dia sebab nak kerja je," kata Lysa dalam hatinya sambil mengesat air mata yang perlahan jatuh dari matanya.

Sebaik sahaja Lysa keluar dari rumah ternyata Dzafri sudahpun meluru pergi.Lysa amat kesal dengan tindakan Dzafri lebih-lebih lagi setelah dia mengungkapkan ayat itu di telinga Lysa.Lysa pergi di taman yang ada di kawasan rumah tersebut.Sebaik sahaja melangkah Lysa terlihat Adib berada di tengah jalan untuk mengambil bola miliknya.

Lysa memerhati sehinggalah terdapat sebuah kereta yang datang menghampiri ke arah Adib.Adib tidak menyedarinya kerana sedang membelek bola di tengah jalan itu.Lysa tanpa ragu menuju ke arah Adib untuk menyelamatkannya dari dilanggar oleh kereta itu.Adib kemudian menangis kerana terjatuh bersama Lysa sehingga lututnya berdarah.

" Ya allah Adib!!!," jerit Sam setelah melihat keadaan anaknya itu.

Lysa membangunkan Adib yang terduduk di jalan dan mengesat air matanya.Sam berterima kasih kepada Lysa kerana telah menyelamatkan nyawa Adib.Lysa senang setelah Sam mengucapkan rasa terima kasih pada dirinya.Lysa juga menasihati Sam agar menjaga Adib dengan lebih teliti supaya tidak berulang lagi.

"Awak lain kali jangan biarkan dia main sorang-sorang bahaya dekat sini,".

Lysa kemudian pergi dari kawasan taman itu setelah megusap rambut Adib.Sam seakan ingat siapakah diri Lysa seakan pernah dia kenali.Lysa sama sekali tidak mengenali siapakah Sam apatah lagi sebagai sepupu kepada Dzafri.Sam membawa Adib pergi dari situ dan pulang ke rumah untuk merawat luka Adib.Rupanya,Dzafri memebeli rumah berhampiran dengan taman yang selalu Adib dibawa untuk bermain di situ.

Lysa pulang ke rumah dan naik ke atas masuk ke dalam bilik.Lysa hairan melihat ketiadaan Dzafri di dalam bilik mereka.Lysa ingin menelefon Dzafri namun setelah mengingati kembali apa yang telah dibisikkan oleh Dzafri dia membatalkan hasratnya.Lysa kemudian berehat setelah seharian bekerja.

Ternyata ketiadaan Dzafri di rumah adalah kerana dia keluar bersama Amin.Amin menanyakan tentang Stella kepada Dzafri yang membuatkan Dzafri teringat kembali apa yang telah dibisikkan kepada Lysa.Amin kemudian memetik jarinya ke muka Dzafri yang melihat dia termenung seketika.Dzafri kemudian memberitahu Amin bahawa dia telah cuba melupakan Stella walau masih mencintainya.Pada saat itu barulah Sam mengetahui hubungan antara Dzafri dan Stella kerana Stella sering melihat fotonya.

Sam yang sudah berada di rumah terlihat sedang merawat luka pada lutut Adib.Stella yang memerhati dari pintu bilik yang terbuka kesal akan tindakan Sam yang gagal mengawasi Adib.Stella kemudian memanggil Sam untuk berbincang dengannya.Setelah Sam menutup pintu,Stella meluahkan amarahnya kepada Sam atas apa yang telah berlaku kepada Adib.

"You ni kenapa tak jaga Adib tu betul-betul kalau ada apa-apa yang jadi kat dia macam mana?"

"Hei I know what I do benda dah nak jadi kita tak boleh nak halang kan lagipun since when you ambil berat pasal Adib ni?" tanya Sam kepada Stella.

Stella kemudian senyum bengis ke arah Sam dan mengatakan sikit pun dia tidak peduli kepada Adib.Stella hanya tidak ingin menyusahkan dirinya dari menjaga Adib hanya kerana luka kecil itu.Sam yang bengang terhadap Stella cuba menahan amarahnya dan keluar dari bilik itu.Sam membawa Adib pergi ke biliknya setelah selesai merawat luka Adib.

Dzafri yang baru sahaja pulang ke rumah tepat jam 10 malam naik ke atas kerana keletihan.Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik,terpalit rasa sesal terhadap Lysa kerana membiarkan sahaja dia pulang sendiri.Dzafri menghampiri Lysa lalu duduk di atas katil di sebelahnya setelah selesai mandi.Dzafri menoleh ke arah Lysa dan berharap Lysa sudah memaafkan dirinya kerana telah meninggalkan Lysa sewaktu di rumah baru mereka.

"Lysa aku harap kau tak kisah dan ambil hati dengan aku,jujur aku cakap aku masih belum dapat buka hati untuk kau tapi aku cuba demi lupakan Stella," kata Dzafri dalam hatinya sambil tangannya yang teragak untuk mengusap kepala Lysa.

Pada paginya Dzafri bangun dan terlihat Lysa tiada di sebelahnya.Dzafri lekas turun dan bertanya kepada Mak Jah di mana keberadaan Lysa.Dato Mukhriz yang melihat anaknya itu berkata bahawa Lysa pergi ke rumah ibunya sebentar. Lysa ingin berjumpa bersama Ibu Faz dan sekali melawat kuburan arwah ayahnya.

"Kenapa dia beritahu papa tapi tak beritahu Dzaf?"

"Papa pun pelik semalam kenapa Lysa balik sendiri you want to tell me something Irfan Dzafri?" pertanyaan itu membuatkan Dzafri terdiam seketika.

Dato Mukhriz meminta kepada Dzafri untuk ke pejabat dan pergi ke ruangannya dahulu sebelum mula bekerja.Dzafri sepertinya sudah tahu inti yang ingin dibincangkan oleh Dato Mukhriz kepadanya.Dzafri naik ke atas mencapai telefon untuk menghubungi Lysa.Dzafri seakan marah terhadap Lysa kerana tidak meminta izinnya.

Lysa meletakkan panggilan tersebut kerana pada waktu itu dia masih berada di kubur.Lysa terbawa telefonnya sewaktu berada di situ.Di rumah,Dzafri menyangka bahawa Lysa sengaja melakukannya tanda marah kepada dirinya.Dzafri lekas bersiap untuk pergi ke pejabat dan menemui Lysa di sana serta berbincang bersama Dato Mukhriz.

Lysa tiba di rumah sebaik sahaja menziarahi makam Pak Hamid. Lysa juga hairan mengapa terdapat seseorang yang membasuh pinggan di dapur sedangkan pada waktu itu Ibu Faz keluar sebentar pergi ke pasar.Lysa melihat di dapur dan alangkah terkejutnya Lysa ternyata Kak Raisya ada di situ.Lysa langsung memeluk erat kakak iparnya itu dan menanyakan mengapa dia kemari.

Kak Raisya, kakak ipar Lysa merupakan isteri kepada abangnya yang bernama Ameer.Mereka berkahwin pada lapan tahun yang lalu dan telah dikurniakan seorang anak lelaki.Abang Lysa Ameer,bekerja sebagai seorang doktor dan dipindahkan di hospital yang lain setelah mereka berkahwin.Abang Lysa jarang pulang ke mari untuk menjenguk mereka kerana jadual kerja yang padat dan kesibukan dalam kerjayanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience