Dzafri pulang ke rumah setelah seharian bekerja di pejabat. Sesampainya di rumah, dia disambut oleh Mak Jah, pembantu rumah yang sudah lama mengenalnya. Melihat Dzafri menaiki tangga dengan wajah risau, Mak Jah turut bersimpati. Dia tahu Dzafri masih terluka setelah ditinggalkan oleh Stella, tunangnya.
Sesampainya di dalam bilik, Dzafri menyelak langsir tingkap dan menatap mesej yang dikirim kepada Stella, namun masih belum dibalas. Dia merasakan kekosongan yang mendalam. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Amin menelefonnya dan mengajak keluar bersama pada sebelah malam. Dzafri menerima ajakan itu setidaknya dapatlah dia merasa sedikit lega untuk melepaskan kebosanan dan mencari ketenangan dari luka yang ditinggalkan oleh Stella.
Di rumah Lysa, dia kelihatan letih setelah keluar bersama majikannya, Encik Amri. Wajahnya penuh tanda tanya, terfikir siapa lelaki yang ditemui mereka di kedai tadi. Lysa tidak mengenali Dato Mukhriz, hanya mendengar namanya disebut-sebut. Namun, dia cuba melupakan perkara itu sejenak, lalu bersiap untuk bertemu Meira yang mengajaknya membeli-belah. Sebelum pergi, Ibu Faz berpesan agar Lysa tidak pulang terlalu lewat malam ini.
Sementara itu, Dzafri dan Amin tiba di restoran di pusat membeli-belah dan duduk bersama. Sambil menunggu makanan, Amin bertanya dengan penuh perhatian,
"Kau masih fikirkan Stella?" tanya Amin.
"Aku hanya tunggu dia balas mesej aku. Aku nak dia balik sini semula... Aku nak dia tahu betapa pentingnya dia dalam hidup aku,". Amin hanya mendiamkan diri, merasa kasihan pada sahabatnya itu.
Di luar pusat membeli-belah, Meira memarkir keretanya. Lysa, yang baru saja turun dari kereta, melihat kereta Dzafri di sebelahnya. Jantungnya berdegup kencang. Tanpa berlengah, Lysa mengajak Meira masuk ke dalam kedai. Dia ingin segera tahu siapa pemilik kereta tersebut, yang sudah beberapa kali dilihatnya. Meira mengajak Lysa makan dulu, dan meskipun Lysa sudah kelaparan, hatinya masih terfokus pada kereta itu.
Sementara itu, Dzafri dan Amin keluar dari kedai makan dan berjalan menuju kereta. Amin mengajak Dzafri untuk cuci mata dan membeli sesuatu, namun Dzafri yang merasa letih menolak.
"Aku dah penat, Min," jawabnya. Amin akhirnya mengalah dan mengajak Dzafri pulang.
Lysa dan Meira menikmati hidangan mereka, namun Lysa terasa terburu-buru. Dia ingin segera pulang untuk mengetahui siapa sebenarnya pemilik kereta itu. Namun, apabila mereka keluar, Dzafri sudah pun pergi.
Pada keesokan pagi, Dzafri bersiap untuk pergi ke pejabat. Tali leher yang diambil dari meja cermin dipasangnya dengan rapi. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. Datin Masriza, ibunya, bertanya dengan penuh harapan,
"Ada jawapan dari Stella?" Dzafri hanya menghela nafas panjang dan menuruni tangga tanpa menjawab.
Datin Masriza tidak berdiam diri. Dia mengikuti Dzafri ke meja makan, bertanya lagi tentang hal itu.
"Kenapa Dzaf macam tak peduli dengan Stella? Kita kena jumpa keluarga Stella dan selesaikan perkara ini Dzaf," katanya dengan nada keras. Dzafri hanya mengeluh, berasa semakin tertekan.
Lysa, di pejabat, merasa bingung dengan tugas yang baru diterima. Meira yang melihat tingkah Lysa, membaling pemadam di atas meja tepat mengenai wajah Lysa.
"Jangan gopoh, Lysa," Meira mengingatkan. Lysa mengeluh.
"Aku nak cepat, Meira. Aku janji nak teman ibu dan ayah ke hospital."
Akhirnya, Lysa menerima bantuan daripada Paan yang datang menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan tugasnya. Lysa berterima kasih dan segera keluar dari pejabat untuk menemani ibu dan ayahnya.
Di pejabat Dzafri, Lidia memberitahu bahawa Dzafri perlu pulang lebih awal. Datin Masriza menginginkannya untuk menemani beliau bertemu keluarga Stella. Dzafri mengangguk dan melangkah masuk ke ruangannya, tetapi Amin tetap tidak berhenti bertanya tentang Stella.
"Haa kau tak habis-habis lagi nak tanya pasal Stella?" Dzafri bertanya tegas.
Amin mengangkat bahu, "Aku cuma nak tahu je mana tahu dia dah balik sini, nak kahwin dengan kau."
Dzafri hanya diam, menatap telefon bimbitnya yang masih tidak menerima balasan dari Stella.
Di luar pejabat, Lysa merasakan kekosongan dalam hatinya. Dia ingin menemani ibu dan ayah ke hospital, namun pekerjaan di pejabat terlalu mendesak. Tiba-tiba, panggilan telefon datang dari ibunya, memberitahu bahawa mereka sudah sampai di hospital. Lysa yang panik segera memandu menuju ke hospital, takut terlewat.
Namun, takdir berkata lain. Di hospital, Lysa mendapat berita yang mengejutkan. Pak Hamid, ayahnya, dilanggar kereta. Semua kejadian itu berlaku dengan pantas.Dan semuanya berpunca dari Dzafri.Sewaktu pulang dari pejabat,Dzafri tidak sengaja melanggar Pak Hamid dan hal itu membuat dirinya berasa sangat bersalah. Ibu Faz, dengan air mata yang mengalir, memaksa Dzafri untuk bertanggungjawab.
Dzafri yang cemas menelefon Dato Mukhriz.Dato Mukhriz yang terkejut mendengarnya terus menghampiri Dzafri di hospital.Setibanya di sana satu tamparan dari Dato Mukhriz singgah di pipi Dzafri.Hal itu membuat Lysa dan Ibu Faz terkejut melihat insiden itu.Hal yang membuat Lysa lebih terkejut ialah Dato Mukhriz ternyata merupakan ayah kepada Dzafri.
Lysa menghentikan perbalahan mereka di situ.Ibu Faz kemudian menyuruh Dzafri dan Dato Mukhriz melawat Pak Hamid di dalam setelah diminta oleh Pak Hamid.Dato Mukhriz dan Dzafri lalu masuk ke dalam dengan keadaan yang penuh kekesalan.Dzafri menundukkan wajahnya kerana masih dibelenggu kesalahan yang baginya tidak boleh untuk dia diampuni.
Di wad, Pak Hamid dalam keadaan kritikal. Doktor mengesahkan bahawa hayatnya semakin pendek, namun ada satu permintaan terakhir dari Pak Hamid kepada Dato Mukhriz.Dato Mukhriz merapatkan telinga mendengarkan Pak Hamid.
"Saya mahu anak Dato jaga anak dan isteri saya. Pastikan Lysa hidup bahagia bila saya tiada nanti," ujar Pak Hamid dengan suara lemah.
Dzafri yang terkejut mendengar permintaan itu, keluar dari wad dengan hati yang berat. Dato Mukhriz, ayahnya, mengambil kesempatan itu untuk menyarankan perkahwinan antara Dzafri dan Lysa sebagai cara untuk Dzafri menebus kesalahnnya.Selepas Dato Mukhriz,Lysa pula diminta oleh ayahnya untuk hidup bersama Dzafri.Lysa tidak menyangka dalam keadaan sekarat,ayat itu juga yang disebut oleh Pak Hamid selain dari hal lain yang ingin didengar oleh Lysa.
Sebaik sahaja Pak Hamid menyatakan hasrat di saat nyawa di akhir hayat,takdir mengubah segalanya. Pak Hamid yang sudah ditakdirkan untuk pergi menghembuskan nafas terakhir, dan dalam kesedihan yang mendalam, Dzafri terpaksa menerima perjanjian tersebut. Lysa yang tidak bersedia menerima kenyataan itu, terpaksa berdepan dengan situasi yang paling sukar dalam hidupnya.
Share this novel