Bab 8

Romance Series 50765

Setelah bertemu Meira, Lysa pulang ke rumah menaiki keretanya. Dzafri yang sudah menunggu di hadapan pintu rumah bertanya ke mana perginya Lysa. Lysa masuk ke dalam rumah dan mengikuti Dzafri menuju ke bilik untuk memberitahunya. Lysa memberitahu dia terlupa untuk memaklumkan Dzafri bahawa dia pergi berjumpa Meira sebentar.

"Kenapa kau tak beritahu aku kau nak pergi mana asal main keluar je kat pejabat tadi?" tanya Dzafri dengan nada sedikit kecewa.

"Alah, saya minta maaflah, bukan sengaja, saya terlupa. Awak tak marah kan?" jawab Lysa sambil berdiri di sebelahnya.

Dzafri mula mengusik Lysa dengan menghampiri tubuhnya sehingga Lysa tersandar ke dinding. Lysa terkejut dan wajahnya terbeliak. Dzafri menatapnya dari atas ke bawah dengan pandangan yang agak merangsang. Lysa segera memalingkan tubuh dan kepalanya ke arah kanan, resah dengan pandangan Dzafri yang begitu intens.

Dzafri kemudian berdiri tegak dan bersandar di pintu, memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Lysa duduk di atas katil cuba menenangkan dirinya. Dzafri berkata kepada Lysa bahawa dia hanya bercanda dan berharap Lysa tidak memandang serius perbuatannya tadi. Lysa kemudian menghulurkan tangannya ke arah Dzafri, yang membuatkan Dzafri merasa hairan.

"Kau ni kenapa, mabuk, hah?" tanya Dzafri.

"Saya nak minta maaf sebab tadi, saya tak nak jadi isteri derhaka," ujar Lysa.

"Tak perlu, aku dah maafkan kau. Aku saja je nak tengok kau tu sedar ke tak apa yang kau buat," jawab Dzafri sambil menolak tangan Lysa dengan perlahan.

Meskipun Lysa merasa bersalah, dia merasa lega kerana Dzafri sudah memaafkannya. Dzafri kemudian mengajak Lysa turun ke bawah untuk minum petang bersama. Lysa turun dan duduk di sebelah Dzafri. Mak Jah menghidangkan teh panas dan dessert kegemaran Dzafri.

Dzafri memberi potongan kek kepada Lysa dan menyuruhnya untuk segera makan. Lysa pada mulanya ingin menolak, namun terpaksa memakannya. Lysa tidak begitu gemar dengan makanan seperti itu kerana ia boleh membuatkan dirinya berasa muak walaupun hanya makan sedikit. Lysa menghulurkan tisu kepada Dzafri setelah melihat krim di bawah bibirnya.

Dzafri tidak mengambil tisu tersebut, sebaliknya mendekatkan wajahnya kepada Lysa untuk dilapnya sambil tersenyum manja. Lysa dengan ragu membersihkan krim tersebut hingga bersih. Entah apa yang merasuki Dzafri, Lysa tidak tahu. Tiba-tiba sahaja Dzafri bersikap seperti itu. Dzafri kemudian berterima kasih kepada Lysa dan naik ke atas untuk mengganti pakaian sambil mencalitkan krim ke muka Lysa. Lysa terkejut dan seakan marah dengan tindakan Dzafri itu.

SAM melihat Adib di biliknya yang sedang tidur melalui celah pintu dan menutupnya kembali setelah pulangnya Stella ke rumah. Sam bertanya kepada Stella ke mana perginya dia sepanjang hari. Stella berkata dia melihat keadaan kedainya yang terletak di kawasan tersebut. Sam memberitahu Stella bahawa mereka akan pergi ke rumah sepupunya untuk makan malam bersama.

"You ni kan, I dah balik baru nak cakap dengan I, malam ni ke?" tanya Stella.

"Nope, malam ni Stella.I inform awal-awal supaya kamu boleh atur masa kamu untuk ikut saya," jawab Sam.

Lysa yang masuk ke dalam bilik hairan melihat Dzafri yang sudah mandi untuk bersiap. Lysa bertanya kepada Dzafri ada apa dengannya. Dzafri berkata dia ingin berjumpa sepupunya Sam pada malam ini. Lysa tidak tahu bahawa Sam yang bertembung dengannya siang tadi selepas Sam ingin pergi ke keretanya selepas bertemu Dzafri di pejabat adalah sepupu Dzafri.

Lysa hanya mengangguk tanpa bertanya apa-apa lagi. Dzafri mengingatkan Lysa untuk tidur awal jika tidak ingin bertembung dengan ibunya. Lysa mengangguk tanda mengerti. Dzafri kemudian mencapai jam tangan miliknya sambil mengusap kepala Lysa dan keluar dari bilik.

Apa yang dilakukan oleh Dzafri itu membuatkan Lysa terkejut dan sedikit terharu. Lysa tidak menyangka Dzafri yang pernah dia benci ternyata peduli akan dirinya. Dzafri menuju ke kereta dan meluru keluar dari kediaman. Lysa melihat Dzafri dari tingkap dan berkata dalam hatinya semoga tuhan melindungi Dzafri sepanjang perjalanan.

IBU Faz yang menunaikan solat pada malam hari berdoa memohon Tuhan memberkati perkahwinan Lysa dan Dzafri. Ibu Faz berasa sedih, namun pasrah setelah Lysa sudah pun berada di bawah jagaan Dzafri. Sedang Ibu Faz termenung, panggilan dari Lysa muncul di telefonnya. Lysa menanyakan khabar ibunya itu dan berkata dia akan meminta izin daripada Dzafri untuk bertemu Ibu Faz.

Setelah lama menunggu, akhirnya Sam tiba di lokasi yang dikirim Dzafri. Dzafri bertanya mengapa Sam lewat menemuinya. Sam berkata dia perlu memastikan Adib tidur dahulu, padahal dia ingin memastikan isterinya ada di rumah dan tidak keluar untuk menjaga Adib. Sam risau kerana biasanya pada malam hari Stella akan keluar, namun Sam meminta Stella untuk menjaga Adib sebentar malam ini.

Dzafri memulakan perbincangannya bersama Sam dengan menanyakan soal makan malam tersebut. Sam berkata dia akan hadir pada malam esok bersama Adib dan Stella. Ternyata Dzafri sudah tahu bahawa Sam sudahpun berkahwin, namun tidak tahu bahawa Stella adalah isterinya. Mereka memesan makanan dan berbincang soal pekerjaan sambil Dzafri menawarkan semula jawatan yang pernah disandang oleh Sam sebelum dia berpindah ke London, lalu mereka pulang setelah berjumpa.

Dzafri pulang ke rumah dan masuk ke dalam dengan keadaan rumah yang gelap. Dia naik ke atas dan terus menuju ke biliknya. Sewaktu Dzafri membuka pintu biliknya, dia terhenti seketika setelah melihat Lysa yang tidur di atas sejadah yang dibentang. Dzafri menghampiri Lysa, seakan ingin mengusap kepala Lysa yang miring ke arahnya.

Lysa tersedar dan Dzafri menarik tangannya kembali yang hampir menyentuh kepala Lysa. Dzafri berpura-pura dengan tegas menyuruh Lysa tidur di atas katil. Lysa akur dan terus tidur kerana dia amat mengantuk setelah terlena sewaktu menunaikan solat. Setelah Lysa terlena, Dzafri berdiri di sebelah almari menatap wajah Lysa.

"Aku minta maaf, Lysa. Sebab aku kita kena kahwin, aku belum boleh bukakan hati aku untuk kau. Aku kahwin dengan kau cuma sebab amanah," kata Dzafri dalam hatinya sambil memandang wajah Lysa yang sedang terlena.

Pada keesokan harinya, ketika Dzafri bangun dari tidur, dia menyedari Lysa tiada di sampingnya. Dzafri turun dan mencari keberadaan Lysa. Mak Jah memberitahu Dzafri bahawa Lysa berada di luar rumah. Dzafri pergi ke arah Lysa dan menyergahnya dari belakang.

"Awak ni terkejut saya tau. Cuba beri salam lain kali, kan elok sikit tu."

"Yelah, aku minta maaf, bukan sengaja pun. Ni hah, malam ni aku nak kau ada kat rumah. Cousin aku nak datang, dia dari London dan baru balik sini."

"Ooo, ok, tapi saya nak jumpa ibu dulu boleh pagi nisebab saya dah lama tak jumpa ibu. Semalam ibu call saya, dia kata dia rindu."

"Dah kalau kau jumpa ibu nanti, kalau aku pulak rindu kat kau macam mana?" usik Dzafri.

"Hah?" Lysa terkedu mendengarnya.

Dzafri kemudian masuk ke dalam dan membiarkan Lysa di luar sendirian. Lysa tersenyum kambing setelah mendengar usikan Dzafri tadi. Dzafri mengintip Lysa dari tingkap bilik, memandangnya dari jauh sambil tersenyum. Dzafri kembali menutup langsir setelah Lysa masuk ke dalam rumah untuk naik ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience