Bab 26

Romance Series 50765

Dzafri menekan pedal minyak dengan kuat, membawa keretanya menyusuri jalan raya yang sunyi pada waktu malam. Hatinya bergelora dengan pelbagai perasaan marah, kecewa, dan keliru. Dia tidak menyangka mamanya sanggup bertindak sejauh itu untuk memastikan dia berkahwin dengan Stella.

"Apa sebenarnya yang mama fikir?" Dzafri merungut sendiri, mengetap bibirnya.

Telefon bimbitnya bergetar di tempat duduk penumpang. Nama Lysa tertera di skrin, membuatkan dadanya sedikit berdebar. Dia mengambil telefon itu dan menjawab panggilan melalui sistem Bluetooth di dalam kereta.

"Dzafri, awak kat mana?" suara Lysa kedengaran tenang tetapi jelas ada kebimbangan di sebaliknya.

"Aku baru balik dari rumah Sam. Ada apa?"

"Saya cuma nak tahu… awak masih nak teruskan perkahwinan kita?"

Dzafri tersentak. Soalan itu datang tiba-tiba, tetapi dia tahu ia pasti bersangkut-paut dengan berita pertunangannya yang tersebar di media.

"Lysa… Aku tak pernah minta semua ni jadi," kata Dzafri dengan nada perlahan.

"Tapi ia tetap berlaku," Lysa membalas dengan suara yang sedikit bergetar. "Dan saya tak tahu berapa lama saya boleh bertahan dalam keadaan macam ni, Dzaf."

Dzafri terdiam. Dia tidak boleh menyalahkan Lysa atas perasaan yang dirasainya. Perkahwinan mereka sendiri sudah cukup rumit, ditambah pula dengan isu Stella dan desakan Datin Adiba.

"Lysa, percayalah… Aku takkan biarkan mereka paksa aku. Aku tetap suami kau, dan aku takkan khianat kau," Dzafri akhirnya bersuara.

Lysa tidak segera membalas. Hanya bunyi hembusan nafasnya kedengaran sebelum talian dimatikan.

Sementara itu, Datin Masriza masih tidak berpuas hati dengan keputusan Dato Mukhriz yang mahu membatalkan majlis pertunangan Stella dan Dzafri. Dia berjalan mundar-mandir di dalam bilik, fikirannya ligat mencari jalan untuk memastikan rancangannya tetap berjalan.

"Kenapa susah sangat semua orang nak ikut rancangan aku?" rungutnya sendiri.

Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor seseorang. Tidak lama kemudian, suara di hujung talian menjawab.

"Datin Masriza?"

"Ya, saya perlukan bantuan awak," kata Datin Masriza tanpa membuang masa.

"Apa yang Datin nak saya buat?"

Datin Masriza tersenyum sinis. "Saya nak awak cari sesuatu tentang perkahwinan Dzafri dan Lysa. Apa saja yang boleh buat perkahwinan mereka tak sah."

Individu di hujung talian itu ketawa kecil. "Itu mungkin boleh diusahakan, Datin."

"Bagus. Saya tak kisah berapa banyak yang awak mahu, asalkan kerja itu selesai."

Selepas mematikan panggilan, Datin Masriza tersenyum puas. Jika dia tidak boleh memaksa Dzafri untuk menerima Stella secara sukarela, dia akan pastikan perkahwinan Dzafri dan Lysa terbatal secara sah.

Keesokan paginya, Lysa duduk termenung di meja makan, mengacau secawan kopi yang sudah hampir sejuk. Dia tidak tidur lena malam tadi, memikirkan masa depannya dengan Dzafri.

Ibu Faz duduk di hadapannya, memerhatikan wajah Lysa yang sugul.

"Kenapa ni, Lysa? Masih fikirkan pasal majlis tu?" tanya Ibu Faz dengan lembut.

Lysa mengangguk perlahan. "Lysa takut ibu. Takut kalau Dzafri berubah hati."

Ibu Faz menggeleng. "Kalau betul dia lelaki yang baik, dia takkan biarkan saja Lysa,".

"Tapi kalau keadaan terus macam ni, sampai bila Lysa nak bertahan?"

Ibu Faz tidak terus menjawab. Dia menggenggam tangan Lysa dengan erat. "Dengar sini, nak. Dalam perkahwinan, akan ada banyak ujian. Kalau Lysa betul-betul yakin dengan Dzafri, jangan mudah menyerah,".

Lysa mengeluh perlahan. "Lysa tak pasti apa yang Lysa rasa sekarang, ibu…"

Sementara itu, Dzafri duduk di pejabatnya, masih memikirkan tentang perbualan malam tadi. Dia tahu Lysa terluka, dan dia benci melihat Lysa menderita kerana masalah yang berpunca daripadanya.

Tiba-tiba, pintu pejabatnya diketuk sebelum terbuka.Amin melangkah masuk dengan wajah serius.

"Dzaf, kau dah baca berita terbaru?"

Dzafri mengangkat kepala, dahinya berkerut. "Berita apa?"

Amin meletakkan telefonnya di atas meja Dzafri, menunjukkan satu artikel di skrin.

"Irfan Dzafri menolak pertunangan kerana sudah berkahwin?"

Dzafri terkaku.

"Benda apa ni?" suaranya mendatar.

"Aku pun tak tahu. Tapi sekarang dah viral," kata Amin.

Dzafri mencapai telefonnya sendiri dan mula membaca artikel tersebut. Ia mendakwa bahawa perkahwinannya dengan Lysa mungkin disebarkan secara sengaja. Dakwaan itu datang daripada ‘sumber yang rapat dengan keluarganya dan Dzafri tidak perlu meneka dua kali untuk tahu siapa dalangnya.

Datin Masriza.

Dia menghempas telefon ke meja.

"Mama memang dah melampau!"

Amin melepaskan keluhan panjang. "Aku rasa kau kena buat sesuatu sebelum keadaan jadi makin teruk."

Dzafri bangun, matanya dipenuhi kemarahan. "Aku takkan biarkan mereka buat Lysa macam ni. Aku akan selesaikan semuanya hari ini juga."

Di rumah, Datin Masriza tersenyum puas membaca artikel itu.

"Tinggal satu langkah saja lagi," bisiknya sendiri.

Tiba-tiba, pintu rumahnya ditolak kuat. Dzafri melangkah masuk dengan wajah merah padam.

"Mama, apa yang mama dah buat?" suaranya bergetar menahan marah.

Datin Masriza tetap tenang. "Apa maksud kamu, Dzafri?"

"Jangan pura-pura tak tahu, mama! Mama yang sebarkan cerita palsu tentang perkahwinan Dzaf dengan Lysa, kan?"

Datin Adiba mengangkat bahu. "Kalau itu yang perlu dibuat untuk selamatkan masa depan kamu, mama sanggup buat,".

"Selamatkan? Mama sedar tak benda mama buat ni salah!"

Datin Masriza berdiri dan mendekati anaknya. "Dzafri, kamu kena faham… Stella adalah wanita yang sepatutnya jadi isteri kamu, bukan Lysa. Mama cuma membetulkan kesilapan."

Dzafri menggeleng dengan kecewa. "Mama tak sedar ke yang mama tengah menyusahkan hidup semua orang? Sam, Stella, Dzaf, Lysa.Semuanya jadi mangsa permainan mama!"

Datin Masriza mula hilang sabar. "Dzafri! Mama cuma buat apa yang terbaik untuk kamu!"

"Tak, mama cuma buat apa yang mama nak!" Dzafri membalas dengan tegas. "Dan Dzaf takkan biarkan mama terus mengawal hidup Dzaf,".

Dzafri berpaling dan melangkah pergi, meninggalkan Datin Adiba yang berdiri kaku di ruang tamu.

"Tak guna kalau aku halang dia lagi," kata Datin Masriza perlahan. "Tapi aku masih ada satu cara terakhir…"

Dia mencapai telefonnya sekali lagi.

"Kalau cara baik tak berkesan, aku terpaksa gunakan cara yang lebih drastik."

Datin Masriza tersenyum tipis.

Dan kali ini, dia tidak akan gagal.

DZAFRI melangkah keluar dari rumah Datin Masriza dengan dada yang masih berombak menahan marah. Dia menekan kunci kereta dan masuk dengan kasar sebelum menghempas pintu. Nafasnya berat, fikirannya berserabut.

Dia tahu mamanya seorang yang licik, tetapi kali ini, dia sudah melampaui batas.

Telefon bimbitnya berdering, mengejutkan lamunannya. Lysa.

Dia segera menjawab.

“Dzafri, apa semua ni?” Suara Lysa kedengaran cemas, jelas dia sudah membaca berita tentang penyebaran perkahwinan mereka kepada media.

“Aku tahu, Lysa. Aku akan uruskan,” kata Dzafri pantas, cuba menenangkan isterinya.

"Tapi macam mana kalau hal ni jadi besar?” Lysa bersuara, suaranya sedikit bergetar.

Dzafri mengetap bibir. “Jangan fikir yang bukan-bukan. Aku akan pastikan aku tak akan tunang dengan dia,".

Lysa diam seketika sebelum menarik nafas panjang. “Awak kena selesaikan ni cepat, Dzafri. Saya tak nak benda ni berpanjangan.”

“Kau jangan risau Lysa aku tak akan biar mama buat kau macam ni," kata Dzafri dengan tekad.

"Okey… saya percaya awak,".

Panggilan dimatikan, tetapi perasaan gundah masih menghantui hati Lysa.

Di satu sudut lain, Datin Masriza duduk bersilang kaki di dalam pejabat guamannya. Dia bertemu dengan peguam peribadinya untuk memastikan rancangan ini berjalan lancar.

"Saya nak awak cari cara perkahwinan Dzafri dan Lysa sebenarnya salah di sisi agama,” katanya kepada peguamnya, Encik Johan.

Encik Johan mengangguk sambil membaca beberapa dokumen yang sudah dikumpulkan. “Saya akan semak.Kalau betul ada kesilapan, maka perkahwinan mereka boleh dianggap tidak sah.”

Datin Masriza tersenyum puas. “Bagus. Saya nak kepastian secepat mungkin.”

Encik Johan mengangguk. “Saya akan hubungi Datin semula selepas semuanya disahkan.”

Datin Adiba melangkah keluar dengan penuh keyakinan. Jika perkahwinan Dzafri dan Lysa tidak sah, maka dia akan memastikan Dzafri tidak punya pilihan selain berkahwin dengan Stella padahal tiada apa pun yang salah dari perkahwinan mereka.

Sementara itu, Dzafri sudah sampai di pejabat agama. Dia menemui Tok Kadi yang menguruskan pernikahannya dahulu, Haji Murad.

"Assalamualaikum, Haji,” sapa Dzafri sambil berjabat tangan.

“Waalaikumussalam, Dzafri. Ada apa kamu datang ke sini?”

Dzafri menarik nafas dalam. “Saya nak periksa sesuatu tentang pernikahan saya dengan Lysa.Ibu saya tak terima perkahwinan saya dan isteri sebab dia anggap tidak sah,".

Haji Murad mengerutkan dahi. “Itu tuduhan yang berat Dzafri. Setahu saya, akad nikah kamu sah dari segi hukum.”

“Saya perlukan bukti tu ustaz sebelum apa-apa jadi,” kata Dzafri tegas.

Haji Murad mengangguk dan mula membuka fail perkahwinan Dzafri. Beberapa minit kemudian, dia membelek satu dokumen dengan keadaan tenang.

“Ini dia Dzafri tunjuklah pada dia," katanya perlahan.

Dzafri mengambil fail itu."Terima kasih haji,".

“Bawa bersabar Dzafri.Ini sebahagian ujian dalam perlahwinan kamu,".

“Terima kasih Haji.Saya minta diri dulu," balas Dzafri.

Di rumah, Lysa duduk termenung di balkoni sambil melihat langit petang yang semakin gelap. Fikirannya bercelaru, hatinya gelisah.

Tiba-tiba, pintu rumah diketuk kuat.

Dia bangun dengan cepat dan membuka pintu. Seorang lelaki tidak dikenali berdiri di hadapannya.

"Cik Lysa?”

“Ya, saya. Siapa awak?”

Lelaki itu tersenyum nipis sambil menyerahkan satu sampul surat kepadanya. “Saya cuma menjalankan tugas. Ini surat untuk Cik.”

Lysa mengambil surat itu dengan perasaan tidak sedap hati. Setelah lelaki itu berlalu pergi, dia membuka sampul tersebut dan membaca isi kandungannya.

Matanya membesar.

Surat tuntutan fasakh.

Tangannya menggigil. Siapa yang memfailkan ini?

Dalam kekeliruan, telefonnya berbunyi. Nombor tidak dikenali.

Dia menjawab dengan tangan yang masih terketar.

“Hello?”

"Lysa…”

Suara itu.

Datin Masriza.

“Apa semua ni mama?” Lysa bertanya, suaranya hampir tersekat.

Datin Adiba ketawa kecil. “Kau fikir aku akan biarkan kau terus dengan Dzafri? Ini baru permulaan, Lysa. Aku akan pastikan kau dengan dia berpisah,".

Lysa merasakan seluruh dunianya runtuh.

Di pejabat agama, Dzafri baru sahaja keluar dari bilik Tok Kadi apabila telefonnya berbunyi. Nama Lysa tertera di skrin.

Tanpa berlengah, dia menjawab.

“Lysa?”

“Dzafri… saya...” suara Lysa tersekat-sekat, jelas dia sedang menangis.

“Apa yang jadi Lysa kau kenapa ni?”

Lysa menarik nafas dalam, cuba menenangkan diri. “Saya dapat surat tuntutan fasakh, Dzaf.”

Dzafri kaku di tempatnya. “Apa? Siapa yang failkan?”

“Saya tak tahu… Tapi saya rasa mama ada kaitan dengan ni.”

Tangan Dzafri mengepal. Ini sudah melampau.

“Jangan risau, Lysa. Aku takkan biarkan benda ni berlaku.”

“Dzafri…saya takut.”

Dzafri mengetap rahang. “Percayalah, aku akan betulkan benda ni,".

Tetapi jauh di sudut hatinya, dia tahu perjuangan mereka baru saja bermula.

LYSA duduk di ruang tamu, tangannya masih menggenggam surat tuntutan fasakh itu. Dadanya terasa sesak, fikirannya bercelaru. Dia tidak pernah terfikir bahawa hidupnya akan menjadi begini diancam, dihina, dan kini, perkahwinannya dipertikaikan.

Dzafri tiba kurang dari setengah jam kemudian. Pintu rumah terkuak kasar, dan dia melangkah masuk dengan wajah tegang.

"Lysa!" panggilnya, matanya terus menangkap wajah isterinya yang pucat.

Lysa mengangkat kepala, air matanya masih bersisa di pipi. "Dzafri…"

Dzafri segera melangkah ke arahnya, duduk di sebelahnya dan meraih surat yang berada di genggaman Lysa. Dia membaca setiap perkataan dengan rahang mengetap.

"Sial," desisnya, matanya membara dengan kemarahan. "Aku pasti ini kerja mama."

Lysa mengangguk perlahan. "Tadi… mama telefon saya. Mama cakap ini baru permulaan."

Dzafri menutup matanya seketika, cuba menenangkan dirinya. Dia tahu mamanya licik, tetapi ini sudah melampaui batas.

"Aku akan uruskan ini," katanya akhirnya.

Lysa memandangnya dengan mata berkaca. "Macam mana kalau kita betul-betul dipisahkan, Dzafri?" suaranya bergetar.

Dzafri mencapai tangan Lysa dan menggenggamnya erat. "Tak akan. Aku akan pastikan kita tetap bersama,".

Lysa menarik nafas dalam, cuba menenangkan hatinya. Namun, ketakutan itu masih menghantuinya. Dia tidak pernah menyangka perkahwinannya akan menjadi sebegini rumit, seolah-olah dia sedang berperang dengan seseorang yang tidak mahu melihatnya bahagia.

Dzafri bangun dari sofa dan mencapai telefonnya. “Aku akan jumpa peguam sekarang. Kita akan lawan benda ni.”

Lysa mengangguk perlahan, walaupun hatinya masih dibebani keraguan. “Dzafri, kalau mama dah sampai tahap ini, apa lagi yang dia akan buat selepas ni?”

Dzafri mengetap bibir. Dia tahu ibunya tidak akan berhenti selagi tidak mendapatkan apa yang diinginkan. Tapi dia tidak akan membiarkan ibunya mengawal hidupnya lagi.

“Aku tak peduli, Lysa. Aku dah buat keputusan aku tak akan biar benda lebih teruk lagi jadi,” katanya tegas.

Lysa menatap wajah suaminya, mencari keyakinan dalam kata-katanya. Akhirnya, dia mengangguk. “Okey. Saya percaya awak.”

Lysa duduk di atas sofa, menatap surat tuntutan fasakh itu dengan pandangan kosong. Hatinya serba salah, perasaannya bercampur-baur antara marah dan takut.

Telefonnya berdering lagi. Kali ini, Ameer. Tanpa berfikir panjang, Lysa mengangkat panggilan itu.

“Lysa,apa lagi yang dah jadi ni, abang nak cakap dengan Dzafri," suara Ameer kedengaran tenang.

Lysa mengeluh panjang. "Lysa tahu abang terkejut,Lysa pun sama abang," .

“Abang tak kira hari ni jugak Lysa minta cerai dengan Dzafri,".

Lysa terlepas telefon yang dipegangnya.Dia buntu antara perkahwinan dan maruahnya mana yang perlu dia pertahankan dalam keadaan sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience