Bab 10

Romance Series 50765

Dzafri menghembus nafas sebelum masuk ke dalam ruangan pejabat ayahnya.Dato Mukhriz menyuruh Dzafri duduk di hadapannya sebelum berbincang.Di sisi lain,Dzafri masih mengkhuatirkan Lysa kerana tidak kunjung tiba di pejabat.Dato Mukhriz memulakan perbualan mereka dengan bertanyakan sesuatu kepada Dzafri.

"Boleh beritahu papa apa yang jadi semalam Irfan Dzafri?"

"Pa i can explain about that Dzaf tak sengaja buat macam tu pa lagipun Lysa dah balik masa Dzaf nak cari dia,".

Dato Mukhriz kemudian memberikan sepucuk surat kepada Dzafri yang membuat Dzafri kehairanan.Ternyata isi surat tersebut adalah urusan projek yang akan dilaksanakn oleh Dzafri di luar negeri.Dzafri agak terkejut melihat surat tersebut dan berkata kalau boleh dia tidak ingin untuk pergi ke sana.Dato Mukhriz berkata dia perlu menguruskan projek tersebut kerana Dzafri pergi ke sana bukan sahaja untuk bekerja tetapi juga berbulan madu bersama Lysa.Dzafri terkejut setelah mendengar hal itu dan beranggapan Dato Mukhriz berkata bohong.

"Pa, kitorang baru je kahwin pa Dzaf masih ada banyak lagi kerja yang Dzaf kena buat lagipun Lysa baru je mula kerja kat sini takkan nak bagi dia cuti lagi pa,"

"Apa masalahnya sebab kamu baru kahwin dengan dialah papa nak kamu pergi berbulan madu dengan Lysa kalau Dzaf tak boleh anggap ini bulan madu tolong anggap ini adalah satu percutian," kata Dato Mukhriz kepada anaknya itu.

Dzafri kemudian meminta diri untuk keluar dari situ dan pergi ke ruangannya.Dzafri masuk ke dalam ruangannya sambil menghempas badan ke kerusi.Dzafri buntu dan tidak dapat berfikir dengan tenang untuk membuat keputusan.Lebih membuatkan Dzafri tidak tenang,Lysa masih belum tiba juga di pejabat untuk bekerja.

"Akak ni kenapa tak beritahu Lysa dulu akak nak balik sini abang Ameer mana kak?" tanya Lysa kepada Kak Raisya.

"Oh abang Ameer kerja lagi akak balik ni pun sendiri Lysa insya-Allah nanti kerja dia dah habis dia baliklah sini,".

Setelah berbual pendek bersama Kak Raisya Ibu Faz datang membawa sarapan yang sudah dibuat.Mereka makan bersama menikmati masakan air tangan Ibu Faz.Kak Raisya bertanya kepada Lysa bilakah dia akan berkahwin dan Kak Raisya boleh merasa air tangannya pula.Lysa tersedak sewaktu mendengar usikan dari Kak Raisya.

Ibu Faz mengalih topik bual setelah memberikan Lysa secawan air untuk diminum.Lysa kemudian sambung makan ditemani oleh ibu dan kakak iparnya itu.Usai makan Lysa meminta diri kepada Ibu Faz dan Kak Raisya untuk pergi ke pejabat.Kak Raisya yang hairan melihat Lysa tergesa bertanya kepada Ibu Faz ada apa dengan dirinya.

"Ibu kenapa dengan Lysa tu tergesa je jauh sangat ke tempat kerja dia tu?"

"Kamu macam tak kenal je adik ipar kamu tu kan macam abang dia asyik fikir kerja je tak habis-habis tak pernah nak rehat ibu pun risau dibuatnya,".

Dzafri keluar dari ruangannya bertanya kepada Lidia ke mana perginya Lysa sehingga dia belum datang lagi ke pejabat.Lidia tidak tahu sedikit pun ke mana Lysa pergi kerana tidak diberitahu oleh Lysa.Dzafri kemudian pergi mencari Lysa setelah puas menunggu dengan kerisaun.Lidia memerhati Dzafri dari jauh melihat emosi Dzafri yang kian mendadak kerana Lysa tak kunjung tiba di pejabat.

Setelah beberapa minit memandu Lysa akhirnya tiba di pejabat.Dia memarkir keretanya tepat berhadapan pintu masuk bangunan.Sewaktu dirinya tiba di situ,Dzafri sudahpun mencari Lysa ke rumah ibunya.Lysa naik ke atas untuk memulakan kerja di ruangannya.

Dzafri yang menuju ke rumah Ibu Faz terhenti memandu sewaktu melihat sosok seakan Stella berhampiran pinggir jalan.Dzafri cuba untuk memanggil Stella namun dia hanya menyangka bahawa itu adalah kelibat insan yang lain.Dzafri kemudian kembali ke pejabat setelah Lidia memberitahu Lysa sudah tiba di pejabat.Dzafri seakan marah kepada Lysa yang tidak memberitahunya bahawa dia sudah tiba dan memulakan kerjanya.

"Hishhh dia ni kan dah datang bukannya nak beritahu aku ke apa ke dia tak fikir ke aku baru lepas kena tegur dengan papa tunggu Irlysa Dzulaika kena kau dengan aku nanti,".

Stella yang baru sahaja pulang dari kedai duduk di sofa sambil mengerut dahinya dan memikirkan sesuatu.Ternyata sewaktu Dzafri melihat Stella,Stella juga melihat kereta Dzafri seakan sedang melihat ke arahnya.Stella menyangka bahawa itu hanyalah kereta orang lain namun dia amat yakin bahawa itu adalah kereta Dzafri.Stella masih menyayangi Dzafri namun tidak mungkin dia mendapatkan Dzafri kembali setelah meninggalkannya.

Dzafri tiba di pejabat dan menoleh ke arah kereta Lysa yang membuat dia berasa geram.Dzafri naik kemudian menuju ke ruangannya untuk berbincang bersama Lysa.Lidia masuk menemui Dzafri dan berkata bahawa Lysa sudah keluar semula bersama rakannya untuk makan tengahari.Lidia berkata beberapa minit sebelum Dzafri tiba, Lysa sudah dijemput oleh Amin dan Miera.

"Encik Dzaf sebenarnya Lysa baru je keluar dengan kawan dia yang jemput tadi dekat bawah dia kata dia malas nak bawa kereta saya pun ye kan ajelah,"

"Awak boleh biarkan dia pergi kan saya dah kata saya nak jumpa dia dekat dalam bilik saya then sekarang saya nak buat apa and saya nak tanya dia keluar dengan siapa?"

"Tu saya tak tahu yang saya tahu dia keluar dengan kawan lelaki dia dekat office lama dulu,"

"What?," Dzafri kemudian bersandar di kerusi sambil mengerutkan dahinya bengang kepada Lysa.

Lidia kemudian keluar dari ruangan Dzafri dan menyambung semula kerjanya.Dzafri membiarkan sahaja Lysa dan akan mengurusnya nanti.Dzafri telah cuba menelefon Lysa namun tidak diangkat olehnya.Ternyata telefon Lysa sudahpun kehabisan bateri kerana terlupa untuk dicas.

Adib yang baru sahaja pulang dari sekolah masuk ke rumah mencari keberadaan Stella. Sewaktu Adib membuka pintu bilik Stella terlihat Stella sudah tertidur di atas katil.Adib menghampiri Stella dan duduk di sebelahnya.Adib mengucup dahi Stella sewaktu dirinya tertidur dan tidak sadar akan keberadaan Adib yang menghampirinya.

Lysa yang baru sahaja tamat waktu kerjanya singgah sebentar ke kubur untuk menziarahi Pak Hamid.Lysa mengadu kepada arwah ayahnya itu tentang hidupnya yang baru.Lysa berkata dia masih belum menemui kebahagiaan dalam hidupnya selepas berkahwin.Lysa kemudian menahan sebak sewaktu mengadu kepada arwah ayahnya itu.

Dzafri yang baru sahaja pulang bergegas naik ke atas menuju ke bilik untuk bertemu Lysa.Sewaktu dia membuka pintu ternyata Lysa tiada di dalam.Dzafri tidak berhenti merisaukan Lysa yang masih belum pulang sehingga sekarang.Dzafri turun dan menunggu Lysa di ruang tamu.

Ketika Dzafri duduk di ruang tamu akhirnya Lysa pulang dengan menaiki teksi.Lysa kemudian masuk ke dalam rumah dan naik ke atas.Dzafri mengekori Lysa dari belakang kemudian masuk ke bilik dan mengunci pintu setelah Lysa masuk ke dalam.Dzafri kemudian menahan Lysa yang ingin masuk ke dalam bilik air.

"Kau buat bodoh je kan aku ada kat sini aku ni tunggol ke kau tak nampak hah?"

"Hai awak ni kenapa saya nak mandilah berlengas dah ni lepas tu saya nak solat saya dah ngantuk ni,"

"Lepas solat aku ada benda nak bincang dengan kau kalau kau terus tidur kejap lagi kau tengok apa aku buat dekat kau Irlysa Dzulaika got it?" kata Dzafri kepada Lysa dengan nada yang marah.

Sebaik sahaja Lysa selesai solat, Dzafri menunggunya di dapur setelah yang lain sudahpun tidur.Lysa duduk di sebelah Dzafri yang sedang membelakanginya.Setelah Lysa duduk Dzafri berpaling ke arah Lysa.Lysa yang sudah duduk di atas kerusi kemudian mula bertanya kepada Dzafri.

"Awak nak cakap apa ni saya nak tidurlah ngantuk," kata Lysa sambil menundukkan kepalanya dari Dzafri.

Dzafri kemudian berkata kepada Lysa bahawa dia akan memecat Lysa sekiranya keluar dari rumah mahupun pejabat tanpa pengetahuannya.Lysa hanya mampu melopong setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Dzafri itu.Dzafri kemudian bangun sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar dan menyambung kata-katanya.

"Kau jangan tanya kenapa aku buat macam ni kau kena ingat ni last warning lepas ni kau jangan memandai nak keluar ikut suka hati kau je kalau tak siap kau,"

"Awak ni kenapa saya terlupa masa tu nak beritahu lagipun telefon saya dah habis bateri tadi dan ya kalau saya jadi awak saya takkan marah lagi-lagi bila dah tinggalkan orang dekat tepi jalan," Lysa menyindir Dzafri.

"Hei kau sindir aku ke hah kau marah ke aku tinggalkan kau ke... kau suka sebab kau boleh merayap lagi lepas ni?"

"Kalau saya ni nak merayap saya tak balik tau Dzafri baik saya pergi jauh-jauh je dari awak maklumlah hidup dengan awak agak membosankan,".

Kata-kata Lysa yang didengari oleh Dzafri menusuk ke dalam hatinya.Dzafri kemudian pergi dari situ dan naik ke atas.Lysa juga naik setelah Dzafri tiba di bilik.Baru sahaja Lysa menutup pintu Dzafri membaling bantal tepat ke arahnya.Hal itu membuat Lysa terkejut dan berasa geram dengan tindakan Dzafri itu.

"Malam ni kau tidur kat sofa tu aku tak sudi tidur dengan kau malam ni Lysa,"

Setelah Dzafri selesai memberi aturan pada malam itu kepada Lysa,Lysa menurut dan baring di sofa.

"Sukalah tu jadi dayus," Lysa membalas Dzafri dengan selamba.

Dzafri yang mendengar empat patah perkataan dari mulut Lysa tercangang seketika.Dia tidak menyangka Lysa berani berkata seperti itu kepada dirinya.Dzafri hanya mampu menahan kemarahannya kerana tidak mahu menganggu Dato Mukhriz,Datin Masriza dan Mak Jah yang sudah tidur.Dalam hati Dzafri ingin sahaja dia membaling segala benda yang ada di bilik itu ke Lysa tapi dia hanya melelapkan sahaja matanya kerana tidak mahu membuat keributan di malam hari.

Pada paginya,Stella bersiap untuk pergi ke suatu tempat.Sam yang baru sahaja selesai menyiapkan Adib masuk ke dalam bilik untuk mengambil tas kerjanya.Stella meminta izin kepada Sam untuk keluar sebentar.Sam tidak mengizinkan Stella lagi sekiranya dia hanya akan berbuat hal yang bermasalah.

"Ok you boleh pergi but promise me Stella jangan buat masalah lagi kalau tak I tak lepaskan you lepas ni,"

"Cara you cakap ni kan macamlah I ni selalu buat masalah dalam hidup you well, I rasa hidup kita ni masalahnya ialah sebab kita kahwin you tak rasa ke macam tu Sam?"

"Masalah datang dari you jugak kan siapa suruh tak reti sabar kan dah terkahwin dengan I," sindir Sam kepada Stella sambil memakai jam di tangannya.

Sam kemudian pergi menghantar Adib ke sekolah.Stella yang berasa geram di atas ucapan Sam kepadanya hanya mampu menahan amarahnya.Stella kemudian meninggalkan rumah dan pergi untuk bertemu zetti.Stella menghidupkan enjin keretanya dan beredar dari situ.

*****************************************

Paan yang sedang termenung diterjah oleh Meira.Paan terkejut dan menegur sikap buruk Meira itu.Meira ketawa kecil melihat reaksi Paan yang terkejut.Meira lalu bertanya kepada Paan ada apa dengannya.

"Wei kau ni dah kenapa putus cinta ke atau tengah fikir bajet nak kahwin hah Zul Farhan?" usik Meira sambil mengangkat keningnya.

"Banyaklah kau putus cinta aku tengah fikir pasal Lysa ni semalam kan kau kata kau teman dia lunch Dzafri tak ada masa ke nak teman Lysa kau rasa kan Dzafri tu kahwin dengan dia ikhlas ke tak eh?"

Tangan Meira dengan pantas menarik telinga Paan yang sedang berkata hal remeh soal hubungan rumah tangga Lysa dan Dzafri.Meira berkata Paan tidak perlu memikirkan semua itu kerana itu bukanlah urusannya.Paan kemudian berkata dia hanya khuatir akan sahabatnya itu memandangkan mereka bertiga sudah lama mengenali antara satu sama lain.Meira kemudian pergi dari situ dan memulakan kerjanya kerana malas untuk melayan Paan dengan teorinya.

Lysa yang baru sahaja bangun mula bersiap untuk pergi bekerja.Dia memandang ke arah Dzafri sebelum bertolak pergi.Lysa tidak mahu mengganggu Dzafri yang sedang tidur.Memandangkan Dzafri merupakan majikan di pejabat maka Lysa tidak hairan sekiranya Dzafri masih belum bangun untuk siap dan pergi bekerja.

Baru sahaja sejenak Lysa pergi dari rumah dan menuju ke pejabat,Dzafri tersadar setelah mendengar bunyi enjin kereta Lysa.Dzafri menyelak tingkap biliknya melihat apakah itu betul bunyi dari kereta Lysa.Dzafri berasa marah kerana Lysa tidak mengejutnya untuk pergi bekerja pada pagi itu.Dzafri kemudian bergegas mandi untuk pergi ke pejabat.

Lysa yang sudah tiba di pejabat menerima panggilan dari Paan.Dengan teruja dan senang hati Lysa mengangkat panggilan dari sahabatnya itu.Paan kemudian bertanya khabar Lysa dan bertanya apakah dia sudah mula bekerja.Lysa ketawa kecil kerana tidak menyangka Paan terlalu prihatin pada dirinya.

"Hai kau ni tak pernah-pernah tanya aku macam ni asal nak aku belanja lunch ke oh boleh-boleh no problem,"

"Hishh kau ni mana ada aku saja je tanya yelah bukan boleh selalu jumpa kau kan sekarang maklumlah tengah bahagia,".

Kata-kata Paan mengubah emosi gembira Lysa pada ketika itu.Dia kemudian mencari alasan menamatkan panggilan dari Paan.Paan yang tanpa rasa curiga kemudian mengakhiri perbualan mereka.Lysa kemudian berpaling ke belakang untuk naik ke pejabat.

Tiba-tiba...

Bunyi hentakan kaki yang kuat diperhati oleh seluruh staf di pejabat.Sebaik sahaja Lysa berpaling ternyata itu adalah Dzafri yang melangkah ke arahnya lalu tangan Lysa ditarik oleh Dzafri sambil diperhati oleh staf yang berada di situ.Lysa yang segan dengan situasi itu hanya bisa menahan malu dengan tingkah Dzafri.Dzafri kemudian melepaskan tangan Lysa setelah mereka masuk ke ruangannya.

"Puas dah menayang sana-sini awak tak reti malu ke semua tengok tadi sukalah tu malukan saya," marah Lysa kepada Dzafri.

Dzafri kemudian memalingkan wajahnya ke arah Lysa dan memetik jarinya tepat ke muka Lysa.

"Hei kau kenapa beria sangat jangan perasan boleh tak diorang bukan tahu pun kau tu bini aku," ujar Dzafri tepat ke arah mata Lysa.

"Dzafri masalah kita jangan pernah awak bawa ke pejabat atau saya akan beritahu papa apa yang awak buat," Lysa membalas sambil menaikkan jari telunjuknya ke muka Dzafri.

Setelah mereka bergaduh kecil Lysa keluar dari situ dan menyambung kerjanya.Lysa duduk dan mencapai telefon setelah menerima pesan dari Dzafri. Dzafri meminta Lysa pergi ke rumah baru mereka untuk berbincang di sana.Lysa hanya melihat pesannya itu dan meletak kembali telefon sebelum menyambung kerjanya.

Stella yang sudah tiba di gedung miliknya menyamar menjadi seorang pembeli sebelum identiti penyamarannya diketahui oleh Zetti.Zetti yang menyadari Stella terkejut sewaktu Stella berpaling dan membuka cermin mata hitam yang dipakainya.Zetti menghampiri Stella dan memeluk erat temannya itu.Stella kemudian menarik Zetti keluar untuk berbincang sebentar.

Ibu Faz membelek album gambar untuk melepas rindu pada Ameer yang masih sibuk bekerja dan jarang menemuinya.Jauh di sudut hati seorang ibu dia amat merindui anaknya itu.Kak Raisya masuk ke dalam bilik Ibu Faz dan cuba menenangkannya.Raisya berkata suaminya itu akan tiba tidak lama dan akan berjumpa dengan mereka.

Zetti memandang Stella yang asyik termenung sendiri sehingga membuat dia kehairanan.Zetti kemudian menepuk bahu Stella untuk menceritakan apa yang dia fikirkan.Stella menghela nafas panjang sebelum memberitahu Zetti tentang segalanya.Zetti agak terkejut setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Stella.

"Babe seriously kau tak tipu aku kan macam mana boleh jadi macam ni Stella sampai hati kau buat Dzaf macam tu?"

"Aku pun tak tahu macam mana benda ni boleh jadi and kau tahu bukan kena kahwin je aku kena jadi mak anak dia pulak hmm nonsense,"

"Tapi macam mana korang boleh kahwin apa yang jadi sebenarnya?"

Stella terdiam mendengar hal itu dari mulut Zetti.Mereka kemudian beredar dari situ sebelum ada yang melihat Stella termasuk yang mengenalinya.Zetti masih tidak puas mengkaji soal kembalinya Stella dan berharap dia masih boleh memperbaiki hubungannya bersama Dzafri.Dari sudut hati Stella tujuannya cuma satu untuk pulang ke Malaysia tidak lain tidak bukan adalah untuk merebut hati Dzafri kembali.

Lysa masih belum meredakan kemarahannya pada Dzafri.Dia kemudian mencapai telefon untuk menghubungi Meira.Lysa ingin mengajak Meira berjumpa untuk bercerita dengannya.Meira juga mengajak Farhan kerana hanya dia dan Farhan sahaja yang lebih memahami Lysa.

Dzafri duduk memikir perbuatannya terhadap Lysa yang baru ia lakukan tadi.Dzafri tidak menyangka Lysa boleh marah begitu sekali terhadapnya.Dzafri kemudian bangun dan memandang tingkap melihat ke arah jalan.Dzafri teringat kembali bagaimana dia boleh mengahwini Lysa melalui ulahnya sendiri yang telah melanggar arwah Pak Hamid ketika itu.

Lysa menceritakan semua yang terjadi kepada dua sahabatnya itu.Meira berkata mungkin kerana Dzafri terlalu marah maka dia berbuat demikian. Farhan pula seakan tidak senang atas apa yang telah Dzafri lakukan kepada Lysa.Lysa berkata kepada mereka mungkin Dzafri masih belum boleh menerima Lysa sebagai isterinya lagi sehingga dia mempermalukan dirinya kepada para staf yang lain hanya kerana Lysa tidak mengejutnya untuk ke pejabat.

Setelah Lysa berjumpa bersama Meira dan Paan dia pulang ke rumah.Lysa perlahan menaiki tangga untuk masuk ke dalam biliknya.Lysa hairan kerana tidak melihat Dzafri di dalam bilik tersebut.Meskipun begitu Lysa tidak menghiraukannya apatah lagi amarahnya kepada Dzafri masih belum hilang.

Dzari memandu keretanya dan berhenti di sebuah kedai.Ternyata itu adalah cawangan Stella bekas tunangnya dahulu.Dzafri masih belum melupakan apa yang Stella pernah lakukan pada dirinya.Dzafri kemudian pandu pulang ke rumah setelah melihat Zetti keluar dari pintu masuk.

"Eh tu macam Dzaf je aku salah nampak ke hah tapi tu memang kereta dia pun," kata Zetti dalam hatinya.

Zetti kemudian masuk kembali dan duduk memikirkan apa yang dilihatnya sebentar tadi.Zetti benar-benar yakin kalau itu adalah Dzafri.Namun begitu Zetti tidak mengendahkannya memandangkan Stella dan Dzafri sudah lama putus tunang semenjak Stella membawa diri.Tidak lama selepas itu Stella masuk ke dalam lalu Zetti bertanya padanya.

"Habis tu sekarang kau nak buat apa?"

"Aku kena tunggu masa yang sesuai untuk aku jumpa dan explain dekat Dzaf sebab aku kesal dengan apa yang aku dah buat dekat dia sekarang ni,".

Zetti hanya boleh menyemangati Stella sahaja memandangkan dia juga bukanlah siapa-siapa untuk masuk campur dalam hal mereka.Stella kemudian pulang untuk mengambil Adib yang baru sahaja pulang dari sekolah setelah disuruh oleh Sam.Zetti kemudian mengingatkan Stella walaupun apapun yang terjadi jangan pernah melepaskan amarahnya kepada Adib.Stella hanya memandang ke arah Zetti sebelum menarik pintu kedai kemudian keluar dari situ.

Memandangkan pada hari ini adalah hari minggu Dzafri membawa Lysa pergi ke rumah baharu mereka.Lysa hanya duduk sahaja di sofa kerana tiada apa yang ingin dia bicarakan bersama Dzafri.Dzafri kemudian duduk semeter jauh dari Lysa dan meminta maaf atas apa yang telah dia lakukan kepada dirinya.Lysa hanya mengangguk sambil membuat memek muka kepada Dzafri.

"Memandangkan harini hari minggu, aku benarkan kau keluar sampai malam but not lewat malam,"

"Macam tak ikhlas je bagi izin baik tak payah keluar," sindir Lysa kepada Dzafri.

"Puan Irlysa Dzulaika awak kena ingat kalau awak keluar sampai lewat malam bukankah satu benda yang tidak elok bagi orang yang bergelar isteri?" Dzafri bergurindam kembali kepada Lysa.

Lysa kemudian mengalah dan akur dengan apa yang dikatakan Dzafri sambil tersenyum hanyir.Dia kemudian meminta izin untuk pergi ke rumah ibunya.Dzafri kemudian memberitahu untuk mengirim salam kepada Ibu Faz kerana dia tidak dapat untuk menemani Lysa kerana kepenatan dan ingin berehat di rumah.Lysa keluar mencapai kunci kereta Dzafri dan bergegas pergi ke rumah Ibu Faz.

Setibanya di jalan, seperti biasa Lysa perlu menghadap jalan yang penuh dengan lampu isyarat.Dari belakang,terlihat Stella yang mula mendekati setelah sadar bahawa itu adalah kereta milik Dzafri yang sering menjemputnya.Stella kemudian mengikuti kereta Dzafri yang dipandu oleh Lysa untuk mengetahui ke mana perginya Lysa.Sebaik sahaja ingin mengikuti Lysa,telefon Stella berbunyi menerima panggilan dari Sam yang mengingatkannya untuk menjemput Adib pulang sekolah.

"Ish melepas aku baru jer aku nak jejak Dzaf lupa pula nak ambil Adib,is okay Stella you know Dzaf never change the car you choose right so don't worry," ujar Stella sambil tersenyum sinis memandu pulang untuk menjemput Adib.

Pada malamnya setelah pergi ke rumah Ibu Faz Lysa kembali pulang ke rumah mereka.Lysa masuk ke dalam dan terlihat Dzafri yang sudah tertidur di sofa.Lysa menghampiri Dzafri dalam diam kerana tidak ingin menganggu Dzafri yang sedang tidur.Lysa mengusap kepala Dzafri perlahan tanpa mengetahui Dzafri sadar akan hal itu.Setelah lama termenung Lysa tanpa sedar terlena di pangkuan Dzafri sehingga membuat Dzafri tersadar dari tidurnya itu.

Paginya, Lysa terbangun dan terkejut kerana dia berada di atas katil.Lysa lantas bangun dan mencari keberadaan Dzafri di bawah.Ternyata Dzafri menyediakan sarapan buat mereka sebelum pergi bekerja.Lysa tidak ingin bertanya mengapa dia berada di bilik kerana beranggapan mungkin memang dia tertidur di situ.

"Harini kau cuti tak payah kerja lagipun staf aku banyak tak ada ramai pergi kursus dan ada yang handle meeting sekali,"

"Kenapa awak tak pergi sekali awak kan bos?"

"Aku kan bos suka hati akulah aku nak pergi ke tak banyak betul tanya orang bagi cuti tu,cuti jelah,".

Lysa hanya mampu bersabar mendengar ayat Dzafri itu.Lysa menarik nafas sedalam dalamnya untuk menahan amarah.Dzafri kemudian bangun dan pergi bilik untuk bersiap pergi bekerja.Lysa mengekor Dzafri dari belakang setelah dipanggil oleh Dzafri.

Lysa duduk di katil setelah disuruh oleh Dzafri.Dzafri kemudian mengambil tali leher miliknya untuk menguji Lysa.Dzafri memberikan kepada Lysa dan hal itu membuatkan Lysa tercangang seketika.Dzafri hanya tersenyum melihat kebengungan Lysa itu.

"So since you are my wife can you help me Irlysa Dzulaika?" minta Dzafri sambil melenggokkan kepalanya kepada Lysa.

Lysa kemudian mencapai tali leher tersebut dan memasangkannya pada Dzafri.Dzafri memerhati kemahiran Lysa dalam melakukannya.Ternyata selain cantik Lysa juga pandai untuk memasangnya.Mata Dzafri tidak berpaling dari Lysa yang terlihat khusyuk memasang tali leher di lehernya.

"Ok done, happy work Irfan Dzafri,"

Dzafri hanya diam dan pergi bekerja kemudian membelek ikatan tali leher yang telah diikatkan oleh Lysa sambil tersenyum sebelum memandu pergi ke pejabat.

Di sisi lain,Stella berasa kesal terhadap Sam kerana meminta dia tidak keluar pada hari ini untuk pergi ke rumah keluarga Dzafri.Andai sahaja Stella tahu bahawa sepupu Sam itu adalah Dzafri maka pasti dia akan berasa senang hati.Stella cuba lagi untuk mencari alasan mengelak dari mengikuti Sam.

Sam mencapai telefonnya menerima panggilan.Ternyata itu dari Mak Jah pembantu rumah Dzafri.Mak Jah memberitahu kepada Sam bahawa pada malam ini Dzafri meminta dia untuk datang lewat sedikit kerana Dzafri masih belum pulang dari rumah mentuanya.Sam mengerti akan hal itu dan menamatkan panggilan mereka.

Di rumah Ibu Faz, ketika Dzafri sibuk di luar rumah Ibu Faz menarik tangan Lysa pergi ke dapur.Lysa yang hairan melihat tingkah ibunya itu bertanya ada apa dengan ibu Faz.Ibu Faz bertanya sama ada Lysa sudah memberitahu soal abangnya atau belum.Lysa berkata Ibu Faz tidak perlu khuatir kerana lambat laun Lysa akan memberitahu juga kepada Dzafri.

"Alah ibu ni nanti Lysa beritahulah Dzafri tentang abang lagipun Kak Raisya pun dah balik sana lambat lagi diorang nak datang sini,"

"Hei ibu risaulah kalau nanti dia salah faham macam mana Lysa?"

"Ibu jangan risau semua akan baik-baik sahaja Lysa jamin ok,".

Ibu Faz hanya mampu menghela nafas setelah mendengar jawapan dari Lysa.Lysa kemudian pergi mengambil air dan meminumnya seteguk demi seteguk.Tidak lama kemudian Dzafri masuk dan meminta izin untuk membawa Lysa pulang.Ibu Faz mengajak mereka untuk makan malam di sini memandang hari sudah mulai gelap.

"Tak apalah ibu sepupu Dzaf nak datang malam ni nak kenalkan keluarga baru dia diorang baru je kahwin,"

"Lah ye ke kalau macam tu kejap ye ibu bungkuskan sikit lauk boleh keluarga Dzaf makan sama-sama,".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience