BAB 5

Romance Completed 6961

Skip ⏮️............

Seminggu kemudian..............

"Assalamualaikum Mummy........ Haa.........Ya ya.Esok kami balik ke sana.........ok....... waalaikumussalam "

Adrian mematikan panggilan telefon.

"Awak.Mummy call ke?" Soalan yang agak tidak cerdik Aisy bertanyakan pada Adrian.

"Takde.Orang Bangla mana tah yang call" Balas Adrian sinis.

"Tak kelakar"

"Siapa cakap aku buat kelakar?"

Aisy hanya menjeling sekilas.

"Aku nak kau packing baju kau.Esok kita balik rumah parents aku.Ada nak buat majlis kesyukuran sempena kak long mengandung anak sulung"

Aisy hanya mengangguk.

"Baju awak? Nak saya kemaskan?"

"Tak perlu"

Aisy hanya mengangguk tanda faham.

Pada petang itu.............

"Weh, Assalamualaikum Pan! Kau hadir tak majlis esok? Rumah parents Mikha?"

"Yaa waalaikumussalam........Siapa Mikha,dho?"

"Ihh! Sepupu kau lah! Siapa lagi?" Aisy menjeling tajam walaupun Irfan tidak nampak.

"Eh serious,serious! Siapa Mikha? Sepupu aku? Rasanya takde yang nama Mikha.Kau makan apa ni mengigau sampai ke sini?"

"Ihh kau nih! Habis Tengku Adrian Mikhail Ar-Rayyan tu sepupu siapa? Bongok punya sepupu!"

"Ouh! Tengku Adrian Mikhail Ar-Rayyan! Tu sepupu aku tu............eh!! Haa.... sepupu aku? Weh sorry! Aku tak ingat pula nama Adrian tu ada Mikhail.Itu aku blank kejap kau panggil Mikha tu.Tapi jap! Asal kau panggil dia Mikha? Nama panggilan istimewa ke?"

"Entah! Aku saja je panggil dia dengan nama tu......Nih! Kau pergi ke tak? Kau kan sepupu dia?!"

"Eh, mestilah pergi.Takkan lah aku tak pergi.Di mana ada majlis,disitu ada Irfan Hanif! You get it?Jangan risau sebab aku dengan Ad ok je.Takde gaduh pun. Hubungan korang sekarang macam mana? Dia ada marah kau? Ada dera kau?"

"Haa? Takdelah.Dia takde buat apa-apa pun.Dah benda jadi kan? Nak tak nak aku dengan dia kena terima juga"

Jeda seketika.

"Baguslah kalau korang tak bergaduh. Aku harap kau dengan dia kalau bergaduh sekalipun bukan sebab alasan kau nak pertahankan aku.Tak perlu Pan.Kau ada masa susah senang aku pun,aku dah happy sangat.Kau tak perlu buktikan aku ni betul pada sesiapa pun ya?! Ok lah. Aku tutup dulu. Assalamualaikum "

"Yaa, waalaikumussalam "

"Kau bercakap telephone dengan siapa?" Tersentak Aisy apabila Adrian tiba-tiba sahaja muncul.

"Haa?Takde.Takde siapa pun"

"Kau dah siap ke belum? Kita kena bertolak sekarang juga"

"Erm,dah.Beg saya pun dah letak dalam bonet kereta awak.Tinggal awak punya beg jelah.Awak dah letak ke bel....."

"Dah! Aku tanya satu nak jawabnya 10 patah.Bila aku tanya panjang berjela elok pula kau jawab sepatah"

Adrian memasuki kereta mewahnya.

"Ihh! Aku kata sikit melenting.Melenting,
melenting dan melenting! Macam takde kerja lain je!"

Hon ditekan beberapa kali.Sudahlah kuat bunyinya.

"Ihh, sabar laaaaaaah!!"

Skip ⏮️..............

Adrian dan Aisy selamat sampai di rumah keluarga Adrian.

"Assalamualaikum, mummy" Adrian menyalami tangan T. Maria.

"Waalaikumussalam.Dah sampai pun anak mummy nih.Ingatkan dah lupa jalan balik ke sini"

"Eh, takdelah mummy.Tadi jalan jammed gila-gila.Itu sekali sampai malam terus"

"Assalamualaikum mummy.Apa khabar?
Mummy dengan yang lain sihat?"
Aisy menghulurkan tangan ingin menyalami tangan ibu mertuanya tetapi hulurannya tidak disambut.

Aisy menarik tangannya kembali.Seraya hanya memberikan senyuman manis.Mungkin sebelum ini dia fikir T. Maria akan menganggapnya seperti seorang anak,tapi semuanya telah berubah.Ternyata tiada siapa suka akan kehadirannya dalam hidup Adrian.

"Eh! Jomlah kita masuk.Mummy ada buat lauk favourite Iyan.Tom yam ala-ala Thai punya"

"Hmm,sedap tu.Tahu-tahu aja mummy ni Iyan nak makan tom yam"

"Mestilah.Naluri seorang ibu kan?"

Lalu dua beranak itu masuk ke dalam tanpa menghiraukan kewujudan Aisy.

Di meja makan.............

"So how's your day in college,Aisy?" Tanya T. Adnan.

"Erm,ok aja Tengku" kata Aisy agak kekok.

"Apa pula panggil tengku? Panggil daddy lah.Aisy ni sebahagian daripada keluarga daddy sekarang"

"Baik,daddy" Seraya Aisy tersenyum manis.

"Orang kat dalam rumah ni dah takde adab ke apa? Masa makan,makan ajelah.Ni,sibuk pula bercakap-cakap depan rezeki.Elok sangatlah tu" Perli T. Maria membuatkan ruang itu kembali sunyi.

Habis sahaja makan malam tadi,Aisy membantu Mak Mah selaku pembantu rumah T. Adnan di dapur.

"Eh,cik Aisy.Tak payahlah buat.Tinggal aja.Ini semua kerja Mak Mah"

"Dah kenapa dia tak perlu buat kerja? Dia tu orang luar.
Datang rumah orang tu,kena lah reti bahasa sikit.Kalau semua kerja Mak Mah tak bagi buat,naik lemak lah dia nanti" Kata T. Maria yang tiba-tiba sahaja masuk ke ruang dapur.Lalu dia keluar balik dari ruang itu selepas minum air kosong.

"Haa, dengar tu Mak Mah.Aisy ni orang luar aja.Betul lah cakap tengku tu.Datang rumah orang kena berbudi bahasa.Lagipun kesian pula pada Mak Mah.Dah penat penat masak,basuh pinggan mangkuk lagi,kemas dapur lagi apa semua,penat tu"

"Mak Mah dah biasa.Ini kan kerja Mak Mah.Lagipun kerja ni sahaja yang boleh diharapkan untuk menampung hidup Mak Mah dengan suami Mak Mah.
Lain lah cik Aisy.Cik Aisy kan dah jadi sebahagian daripada keluarga ni"

"Mak Mah.Janganlah panggil cik Aisy.Malu lah pula saya.Saya ni bukanlah orang yang dibanggakan pun"

"Ye lah.Nama penuh Aisy apa?"

"Nama penuh Aisy,Nurul Aisya Anneliese Andrea binti Dato' Rashid"

"Uih,sedapnya dengar nama penuh Aisy ni.Kamu ni ada keturunan mana-mana negara lain ke?"

"Haah.Mix Melayu-jerman.Arwah atuk Aisy orang Jerman.Nenek Aisy asal Tanah Melayu ni"

"Ouh.Patutlah putih melepak kulit Aisy.Muka pun ada nampak macam orang luar negara macam mat Salleh tu.Mata pula mata Hazel.Comel sangat.Untung Adrian dapat isteri cantik macam Aisy ni.Adrian pun apa kurangnya? Handsome juga.Sepadanlah kamu berdua"

"Cantik tu kelebihan je Mak Mah.Tapi saya ni tak dipandangnya.Ye lah.Kitorang kahwin bukan atas sebab suka sama suka Mak Mah.Kahwin sebab kena tangkap khalwat.Itupun Adrian masih tak dapat terima semua ni"
Aisy tersenyum kelat.

"Aisy kena sabar ya.Ini semua ujian dari Yang Maha Esa.Ada sebab semua ni berlaku.Aisy atau Adrian tak minta pun kan semua ni jadi.Percayalah.Perkara ni berlaku ada hikmahnya.Mana tahu memang ditakdirkan Aisy ni adalah jodoh Adrian? Kalau tak jadi macam ni pun,kalau jodoh korang,tak kemana juga kan?"

"Entahlah Mak Mah.Semua orang benci Aisy disebabkan hal yang terjadi ni.Kawan-kawan Aisy pun dah putus sahabat dengan Aisy.Kata diorang,Aisy sanggup khianat dan nak hidup bahagia atas penderitaan Erin.Muka Aisy ni memang jelas ke nampak yang Aisy jahat? Aisy berani sumpah pada sesiapa sahaja yang Aisy tak buat rancangan ni.Lagipun
Mak Mah pun tahu kan tujuan Aisy masuk bilik tu?"

"Iyaa.Tapi memang masatu Mak Mah tak tahu yang Adrian pun masuk juga dalam bilik tu.Sebabtu Mak Mah suruh aja Aisy masuk.Jangan risau lah Aisy. Nanti kebenaran akan terbongkar juga.Cuma kita sahaja perlu sabar tunggu kebenaran terbongkar.Mak Mah dah bagitahu T. Adnan dan T. Maria juga pasal ni.Tapi tu lah.Hanya T. Adnan nak percaya cakap Mak Mah"

"Takpelah Mak Mah.Semua hal kena ambil masa untuk kita atau sesiapa pun terima.Aisy harap sangat,nanti mummy juga boleh terima Aisy.........Eh dahlah.Cerita pasal Aisy aja.Ceritalah pasal Mak Mah pula.Mak Mah kahwin dah berapa lama? Anak Mak Mah berapa orang?"

"Mak Mah kahwin dengan Pak Mat dah 25 tahun.Kami takde zuriat.Masa umur Mak Mah masatu 30 tahun,Mak Mah mengandungkan anak sulung,tapi nak buat macam mana? Allah lebih sayangkan anak Mak Mah. Anak Mak Mah mati dalam perut.Sejak tu,Mak Mah dah tak lekat perut.Tapi ada hikmah juga.Masatu hidup Mak Mah dengan Pak Mat susah sangat sebab dulu ekonomi tak stabil.Ada juga kami berfikir kalau anak kami keluar,mampu ke kami nak besarkan anak kami kan? Mampu ke kami beri kemewahan padanya? Bila anak Mak Mah meninggal dunia lepastu Allah kurniakan rezeki pada kami.Kami dapat bekerja di sini.Dan alhamdulillah kami tidaklah susah macam dulu.Tempat tinggal pun T. Adnan dah sediakan pada kami.Makan minum pun.Gaji suku, perbelanjaan suku.Alhamdulillah, syukur sangat-sangat"

"Ouh, maafkan Aisy.Aisy tak tahu kisah hidup Mak Mah ni" Serba salah pula jadinya.

"Takpelah Aisy.Kalau kamu tak tahu, sekarang kan dah tahu?! Haa ni Mak Mah nak tanya Aisy pula.Mak Aisy meninggal sakit apa?"

"Arwah umi meninggal dunia sebab ada penyakit kanser rahim.Umi hidap tu masa Aisy umur 13 tahun. Masatu baru tahap 1.Dia ada buat pembedahan sekali and bebas, lepastu Umi tak nak buat pembedahan dah bila dia dapat tahu yang kanser tu datang balik masa umur Aisy 16 tahun,dan Aisy tahu sahaja pasal tu pun lepas umi dah tinggalkan kami sekeluarga,masa umur Aisy 17 tahun"

"Ouh.Habis ayah Aisy sekarang macam mana? Sihat?"

Aisy tersenyum kelat.

"Sihat kot.Aisy dah lama tak jenguk papa"

"Kenapa pula?"

"Eh? Haa,t-takde apa pun.Aisy cuma dah lama tak jenguk papa and message mahupun call dia.Sebabtu Aisy cakap tak tahu" Aisy berkata dengan gugup sedikit.

Walaupun Dato' Rashid berkasar bahasa dengannya, tapi Aisy masih menjaga aib papanya itu.Cukuplah dia telah tidak sengaja mengatakan aib itu kepada kawan-kawannya sahaja.

"Hmm,ye laa.Aisy masuklah tidur.Kerja ni pun dah siap.Berehatlah ya.Esok kan ada majlis.Nanti tak cukup rehat pula"

"Baik! Aisy masuk dulu Mak Mah. Selamat malam. Assalamualaikum"

"Yaa, waalaikumussalam"

Di depan pintu bilik Adrian.................

'Aduh.Macam mana nak masuk haa? Nanti kan dia marah pula.Aci tak aci kalau aku tidur dalam bilik game dia?Tapi bag aku dalam bilik dia! Aduu Ar stegheh!'

Sebaik sahaja melihat T. Adnan menaiki tangga untuk ke tingkat atas,Aisy dengan cepat membuka pintu bilik lalu menutupnya supaya T. Adnan tidak melihatnya dan entah ke berapa kalinya dia terlanggar Adrian sehingga kepalanya melekap pada dada bidang milik Adrian.

Dapat dia rasakan denyutan jantung Adrian semakin kuat.Tidak semena-mena Adrian menepisnya kasar.

"Kau ni dah takde benda lain ke nak langgar? Asyik langgar aku aja! Kau ingat aku ni dinding? Pintu?"
Bebel Adrian.

"S-sorry.Bukannya sengaja.Saya nak lari dari daddy. Awak nak ke kalau nanti daddy terserempak dengan saya, lepastu dia tanya macam-macam pasal awak. Awak nak saya bagitahu pasal perangai baran awak tu pada daddy?"

"Kalau kau berani buat lah!" Adrian menarik tudung sarung yang masih menutupi rambut Aisy sekali sebelum dia menuju ke bilik air.

Aisy berdecit geram.

Dia pun mengemas bagasinya supaya kedudukan teratur.

Memandangkan dia dan Adrian tidur sebilik,sudah tentu Aisy tahu di mana kedudukan tempat tidurnya.Di atas sofa lah!

"Awak! Nak bantal satu.Saya ambil erk?" Tanya Aisy apabila melihat Adrian yang elok berbaring di atas katil sambil bermain telefon.

Adrian tidak berkata ya mahupun tidak.Jadi Aisy pun mengambilnya sahaja.

Dia meletakkan bantal itu di atas sofa lalu dia pun merebahkan badannya perlahan.

Adrian menutupi telefonnya lalu dia bangun dari perbaringannya.

"Siapa bagi kau tidur atas sofa? Aku tak izinkan pun?"
Tanya Adrian dingin.

"Lahh! Bukan awak tidur di sini pun.Katil saiz king tu juga kan awak tidur? Habis kalau saya tak boleh tidur sini,saya nak tidur mana? Sebelah awak?" Aisy juga bangun dari perbaringannya.

"Jangan mimpilah kau boleh tidur sebelah aku.Sebelah aku ni hanya Erin yang layak duduk!"

'Aii! Asyik Erin,Erin,Erin saja!'

"Boleh tak kalau awak tak sebut nama dia depan saya sehari? Saya dah muak la dengar nama dia!"

Adrian bangun lalu menuju ke tempat Aisy.Ditariknya tudung Aisy.

"Kenapa aku tak boleh sebut? Kau jealous?"

Adrian bertanya dingin.

"Kau memang tak pernah nak sedar diri tentang kedudukan kau ni,kan? Kau cakaplah macam mana sekalipun,kau akan tetap kalah dengan Erin! Kau dengan Erin jauh beza! Macam langit dengan bumi! Bezanya Erin dia mempunyai hati yang baik dan tulus. Bukan macam kau! Hati dahlah busuk! Tak pandai jaga maruah diri! Kau tak tahu,dia sanggup jauh dari aku sebab mulut puaka kau tu! Apa kau kata pada dia? Kau nak dia jauhkan diri dari aku? Eh kau siapa nak arah macam-macam pada dia? Kau dah cermin ke diri kau ni? Kalau tak biar aku yang tolong!"

Adrian melepaskan tarikan tudung sarung itu.

"Memang! Kalau saya dengan Erin,saya akan kalah! Awak nak tahu kenapa? Sebab dimata awak~semua ni salah saya! Yang jahatnya saya! Yang murahannya saya! Bila awak tengok Erin,awak nampak dia baik! Jujur! Sebab awak cintakan dia! Awak sayangkan dia! Bukannya saya!Awak tak pernah bagi peluang pada saya. Betullah orang kata.Demi cinta kita sanggup jadi buta!"

"Baguslah kalau kau dah sedar yang kau ni jahat! Ini semua salah kau! Eh kalau betul kau tak buat semua ni, takde maknanya kau luah pada aku tentang perasaan murah kau pada aku waktu tu lah! Kau boleh aja bagitahu sebelum tu. Kenapa kau kena luah masatu juga? Sebab kau dah rancang segalanya kan? Kau ingat,bila kau kata macam tu aku akan jatuh suka pada kau dan perkahwinan antara aku dan Erin dibatalkan? Kau silap besar!"

Adrian makin menyinga.Dia menolak Aisy supaya jatuh tersungkur ke lantai.Kemudiannya dia mencekik leher Aisy kuat.

"S-stop! Ss-sakit.Please!" Rayu Aisy dengan keadaan lemah longlai.

Melihat mata Aisy kian memerah dan tidak berdaya, Adrian menghentikan perbuatannya.

"Kau mengalah saja lah,Aisy! Kau dah kalah.Kau minta untuk masuk neraka aku,Aisy! Kau bukan saja buat aku derita.Kau juga buat diri kau sendiri derita! Kau yang nak sangat benda ni jadi kan!"

Aisy perlahan-lahan bangun dengan tangan kanannya mengusap lehernya akibat kesan dicekik oleh Adrian.

"Awak nak suruh saya mengalah? Masih awal untuk saya menyerah kalah, Adrian. Hampir sebulan dah saya bertahan.Masih ada kurang 9 bulan lagi untuk saya buktikan pada awak"

"Mungkin awak lupa saya ada cakap yang saya cabar diri saya sendiri untuk bertahan dengan awak selama 10 bulan. I'm on my way now! Visi misi hidup saya,saya tak akan menyerah kalah selagi saya tak usaha habis-habisan untuk dapatkan hasilnya. Macam tu juga lah saya cuba mengemis cinta awak.Awak jangan risau sebab saya yang tetapkan janji tu.Walau saya gagal juga akhirnya,at least,saya dah usaha sehabis baik saya.Saya dah cuba pertahankan hubungan kita ni walaupun pengakhirannya perpisahan yang menang"

Aisy bangun perlahan-lahan sambil bertongkat pada sofa.

'Awak dah lupakan saya Adrian.Kalau awak ingat siapa saya sebelum awak rapat dengan Erin,saya rasa awak akan pertimbangkan perasaan saya kan? Tapi takpe. Saya tak ambil hati walaupun awak lukakan saya sebab saya tahu hanya saya saja yang terhegeh-hegeh nak kan cinta awak'

Aisy mengambil semula bantal di atas sofa itu lalu diletakkan di atas katil. Kemudiannya dia merebahkan dirinya di atas lantai tanpa berlapik apa-apa pun.
Lengan kanannya dijadikan alas kepada kepalanya.

'Andai kau tahu sakitnya hati ni memendam perasaan terhadap kau sudah lama.Adakah kau akan ada secebis rasa sayang,suka mahupun cinta untuk aku?'

Tidak menunggu lama,Aisy sudah pun terlelap dengan baki air matanya mengalir.Lehernya yang sakit tidak dihiraukan kerana dia sudah penat.Tiba masa untuk dia berehat.

Adrian meraup mukanya.Dia naik semula ke atas katilnya.Sakit pula kepalanya memikirkan semua masalah yang dihadapinya.

Aisy terjaga dari lenanya apabila dia tidak tahan untuk membuang air kecil.Dia melihat jam pada telefon pintar miliknya.Jam menunjukkan pukul 6.20 pagi.Bermakna azan subuh sudahpun berkumandang.Alang-alang tu,dia memutuskan untuk mandi terlebih dahulu sebelum menunaikan solat subuh.

Seusai dia telah menunaikan solat subuh,dia pun melipat kain sembahyangnya.

Dia mengambil pula telefon bimbitnya untuk mengunci jam.Dia berbuat demikian supaya Adrian terjaga dari tidurnya dan menunaikan solat subuh.Tidaklah dia yang mengejutkan Adrian.Lagipun dia ingin menuju ke tingkat bawah.Manalah tahu dia boleh membantu Mak Mah menyediakan sarapan pagi.

Setelah mengunci jam,dia keluar dari bilik tersebut.

Bunyi deringan dari telefon milik Aisy sangat kuat membuatkan Adrian menjadi rimas.Terpaksalah dia bangun dari tidurnya dan tutup deringan itu.

Setelah dia menutup,label alarm itu dibaca.
'TEKAN NOTE'

Entah mengapa Adrian ingin tahu.Jadi dia ikut seperti label alarm yang Aisy tulis.

Note dibuka.

❤️Maaf ganggu lena awak.Kalau awk nak campak handphone saya ni,awk buat je.Saya tak kesah.phone saya ni takdelah kelas tinggi macam awak pun.Asalkan awak puas.Bangun tau solat subuh.Saya masih nk awk jdi bidadara syurga saya.Saya takdelah baik sangat tapi sbg. Muslim,tak salah kan kita saling memperingati?(nk cakap sbg. isteri kan,saya belum diiktiraf. So,ya)! ❤️

Yang ikhlas benar,
AISYA ANNELIESE ANDREA ?
(ISTERI YANG TIDAK DIIKTIRAF)

Boleh pula Aisy menaip benda mengarut pada pagi itu.Adrian hanya menutup telefon itu dan diletakkan di atas sofa semula.Lalu dia memasuki bilik air untuk mengambil wudhuk.

Di dapur pula...............

"Uih! Mesti sedap punya nasi goreng kampung nih! Tak sabar Pak Mat nak rasa.Dah kecur air liur nih!"

"Amboi abang~ Memuji nampak! Kalau masakan saya takde pula teruja nak rasa macam ni" perli Mak Mah.

"Awak punya masakan saya dah biasa rasa.Ni isteri Iyan yang buat.Mana tak terliurnya?"

"Ehh! Ada-ada je Pak Mat ni.Over je! Takdelah. Masakan Aisy ni biasa-biasa saja.Kalau nak dibandingkan dengan masakan Mak Mah memang Aisy dah mengaku kalah awal-awal lah.Mana boleh lawan sifu kan?" Kata Aisy.

"Haa ye laa.Haa,nih! Pak Mat keluar dulu.Nak menyiram pokok bunga tengku sekejap,ya!"
Aisy hanya mengangguk.

"Bila Aisy belajar masak dengan Mak Mah pula?Ini semua Aisy buat tak tanya Mak Mah pun.Dah terer ni! Siapa ajar masak?"

"Takdenya terer.Masih dalam proses pembelajaran.Aisy pandai masak sikit-sikit ni,sebab arwah umi.Kalau haritu umi tak paksa Aisy masak,Aisy rasa sekarang ni nak goreng telur pun tak lepas!"

"Iyaa? Bertuahnya arwah umi Aisy"

"Kenapa?" Tanya Aisy sambil menjongketkan keningnya sebelah.

"Iyelah.Aisy dah lah cantik,baik,berbudi bahasa,mudah beramah mesra dengan orang,pandai masak lagi di usia muda nih! Tak macam anak dara lain.Lebih suka belanjakan duit untuk makan makanan mewah dari belajar memasak sendiri.Tapi kalau Aisy, serba serbi pandai.Haa senang kata pandai semua lah hal berumah tangga ni! Ini kalau Mak Mah ada anak teruna,Mak Mah cepat-cepat jodohkan dia dengan Aisy.Takut nanti lambat,terlepas pula!"
Mak Mah tergelak kecil.

"Kalau anak Mak Mah handsome, baik, jujur,pandai jaga solat,boleh bimbing Aisy~ Insyaallah,Aisy onz je!"

Mereka bergelak ketawa bersama tanpa mereka sedar ada orang memerhatikan mereka dari jauh.

Ya! Itu Adrian.

Adrian ke ruang tamu untuk menonton televisyen setelah melihat Aisy bergelak tawa dengan Mak Mah di dapur.

Aisy menghidang makanan di ruang makan.Agak tersentak dia apabila dia melihat Adrian yang berada di ruang tamu memandangnya bagai nak tembus.Mungkin Adrian masih tidak puas hati kerana dia mengunci jam dan telah mengganggu lena Adrian.

Aisy buat tidak peduli ketika Adrian memandangnya.Sebaliknya dia terus ke dapur untuk mengambil pinggan pula.

Setelah semua berkumpul di ruangan makan,Aisy berura-ura ingin ke dapur.

"Aisy! Nak pergi mana?" Tanya T. Adnan. Naik hairan apabila menantunya tidak duduk sekali makan.

"Nak makan dekat dapur dengan Mak Mah Pak Mat sekali" kata Aisy dengan menundukkan pandangannya sedikit.

"Kenapa pula? Jom sarapan sekali dengan kami"

"Yang you ni dah kenapa? Biar sajalah dia nak makan dengan Mak Mah sekali!" Kata T. Maria.Pagi-pagi sudah nak buat dia sakit hati ke apa?

"Takpe daddy.Aisy dah bagitahu Mak Mah dengan Pak Mat nak makan sekali tadi" kata Aisy lagi.

T. Adnan hanya mengangguk tanda faham.

Aisy ke dapur tetapi lengannya tiba-tiba disambar oleh Adrian.

"Eh,apa awak ni? Lepaslah.Pergilah makan" Mujur sahaja Mak Mah sudah berada di luar rumah dengan Pak Mat.

"Yang kau degil sangat kenapa? Daddy suruh kau makan kat depan kan? Apa yang susah sangat nak ikut?"

"Tengku Adrian Mikhail Ar-Rayyan.Saya rasa awak masih belum pekak untuk dengar apa alasan yang saya bagitahu pada daddy tadi kan?!"

"Aku tak pekak.Tapi aku rasa kau tu yang dah buta.Mak Mah tu nak makan dengan suami dia.Biarlah dia! Yang kau gatal nak kacau daun tu kenapa? Diorang suami isteri nak juga ada privacy.Lagipun isteri kena teman suami dia makan.Pemikiran kau tu biar terbuka sedikit boleh tak?"

Aisy menayangkan muka tidak puas hati.

"Okay,fine! Saya tak kacau diorang.Biar diorang makan bersama.Kalau macam tu saya makan sorang-sorang sahaja di dapur.Puas?" Aisy menarik kerusi untuk duduk tetapi Adrian menarik lengannya sekali lagi.

"Eh kau tak dengar ke apa aku kata tadi?"

"Apaa? Dah dengar lah! Kan dah cakap saya tak kacau diorang makan! Ni saya makan sorang diri saja!"

"Aku cakap isteri kena teman suami dia makan.Tak faham bahasa ke?"

Aisy menghembuskan nafas ringan.

"Awak maksudkan pada siapa ni? Dahtu Mak Mah dah teman kan suami dia makan.Apa yang tak kena lagi dengan awak?" Tanya Aisy.Naik bengang dia bila bercakap dengan Adrian.

"Habis kau tu bukan isteri orang ke? Dah takde rasa hormat? Kau tak nak cium bau syurga ke?"

"Ouh! Kalau bab macam ni,pandai pula! Bukan lagi bagus ke saya takde kat sana? Ye lah! Muka saya ni kan murahan.Saya ni kan jahat.Awak nak lagi ke tengok muka ni? Bukan awak tak pandang ke? Nak makan pun tak lalu bila saya ada depan mata awak dekat rumah sana!"

Adrian terdiam.

"Awak label saya isteri orang? Betulke saya dah kahwin? Saya dah jadi seorang isteri? Isteri pada siapa ya? Saya rasa tiada orang pun yang mengaku saya ni isteri dia?!"

Aisy berkata-kata dengan berani.Sakit juga hatinya.Ada sahaja yang tak kena tentang dirinya di mata Adrian.

"Dahlah! Pergilah sana sarapan.Saya malas nak bergaduh dengan awak. Lagipun baru awak puas hati kan saya takde depan mata awak setiap jam, kan?" Aisy menolak badan Adrian lembut supaya Adrian tidak menghalangnya dari duduk di atas kerusi.

Baru sahaja dia ingin menyuakan nasi goreng ke dalam mulut,Adrian menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.
Terpaksalah dia meletakkan sudu ke dalam pinggan kembali.

"Awak tak payah buat perangai boleh tak?" Aisy bersuara semula.

"Aku tak buat perangai"

"Habis apa ni? Kenapa duduk di sini pula?"

"Saja" Jawab Adrian selamba.

Aisy berdecit geram.

"Pergilah awak,makan kat sana.Nanti perut awak kosong kan sakit pula. Dahlah ada gangstrik!"

"Mana kau tahu aku ada gangstrik?" Aisy sudah cuak.

"Tahu dekat mana? S-saja lah cakap. Awak ada gastrik betul ke? Haa,pandailah saya teka tu kan?!"
Kata Aisy sedikit gagap.

Tak mahu dia bagitahu Adrian bagaimana dia mengetahui tentang Adrian yang mempunyai gastrik.

Sebenarnya dia tahu dah lama.Semasa keluar bersama dengan yang lain,dia selalu perhatikan Adrian cuba sembunyikan sakit di perutnya akibat gastrik.Tapi tu lah! Boleh pula Erin tidak tahu tentang hal itu.Terpaksalah dia memberikan roti di dalam begnya kepada Adrian waktu itu,walaupun Adrian bersikap dingin dengannya.

"Kalau kau tahu aku ada gastrik, cepatlah sendukkan nasi tu.Aku dah lapar ni"

Agak terkejut Aisy apabila Adrian berubah sikap.

'Dah kenapa dengan dia ni? Biasa setiap hari kalau kat rumah sana,duduk sebelah aku pun tak ingin.Apatah lagi nak makan bersama?'

"Oi! Kau dah kenapa tenung aku macam tu? Aku tahu aku handsome" Kata-kata Adrian membuatkan Aisy tersedar dari lamunan.

"Ye lah handsome! Sampai saya tak reti beza antara muka awak dengan kambing.Sebab saya tengok serupa"
Kata Aisy dengan terlebih selamba.

"Apa? Kau bezakan muka aku dengan kambing? Dah cukup amal ke hina suami sendiri?" Adrian memegang lengan milik Aisy.

Terketar-ketar Aisy dibuatnya.

"Err~haa suka hati lah awak nak duduk mana.Tak kesah.Nah! Nasi goreng awak"

Aisy memberi pinggan berisi nasi goreng itu kepada Adrian tetapi ditolak.

"Suka hati lah!" Aisy mengambil kembali pinggan itu dan diletakkan dihadapannya.

Dia sekali lagi menyuakan sudu ke mulutnya sekali lagi tetapi nasi itu sudah selamat masuk ke dalam mulut Adrian kerana Adrian bertindak menarik tangan Aisy untuk menyuakan ke mulutnya.

"Apa masalah ni haa?? Orang dah bagi dia tolak.Orang nak makan sibuk pula berebut orang punya! Ihh!"

Kembang kempis hidungnya menahan marah.

"Ini denda kau sebab samakan aku dengan kambing"
Kata Adrian sambil mengunyah nasi goreng itu dengan berselera.

"Suapkan aku lagi" Arah Adrian membuatkan Aisy mampu pasrah.

Sikap Adrian yang berubah sedikit ini membuatkan Aisy tidak jadi untuk bermasam muka dengan Adrian.Kalau ikutkan sakit sangat hatinya tentang kejadian semalam di mana Adrian membandingkan dirinya dengan Erin seolah-olah Erin sempurna di mata Adrian manakala dia pula sebaliknya.

Suapan demi suapan tanpa mereka sedar yang Mak Mah masuk ke dalam rumah.

"Lahh! Budak bertuah ni! Ada pula makan di dapur. Punyalah besar ruangan makan kat luar tu,dapur juga dia pilih"

Aisy tersentak dengan kehadiran Mak Mah ke dapur.

"Mak Mah dah siap makan ke?" Tanya Adrian selamba.

"Belum.Pak Mat minta air kosong suam. Itu Mak Mah ke dapur ni.Haa, sambung sambung.Maaflah Mak Mah ganggu korang berdua dating pula.Mak Mah keluar dulu"

Muka Aisy terasa membahang sedikit apabila Mak Mah berkata begitu tetapi cepat-cepat dia sembunyikan supaya Adrian tidak perasan.

"Ihh~awak punya pasal lah ni! Mak Mah dah fikir bukan-bukan dah!" Marah Aisy.

"Yang kau gelabah kenapa? Kita bukannya buat benda tak elok yang boleh mencemar dulikan mata Mak Mah tadi.Makan je pun!" Kata Adrian selamba.

'Pala dia mencemar duli!' kata Aisy di celah-celah gigi sahaja namun jelas dapat didengari oleh Adrian kerana jaraknya yang dekat itu.

"Kau mengata aku? Nak aku denda kau lagi?"

Aisy menjeling tajam sebelum dia pula makan.

"Haa,jeling! Jeling lagi sampai kau juling!" Kata Adrian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience