BAB 9

Romance Completed 6961

Pada pagi itu...............

"Aisy kau demam lagi ke?"

"Takdelah.Saya okay je ni.Kenapa?"

"Semalam aku terjaga nak masuk toilet.Pastu aku rasa badan kau panas sangat.Bila aku kejutkan nak suruh kau makan ubat,kau tak nak bangun"

"Saya memang macamtu.Biasa kalau saya demam, malam macam tu saya rasa tak sedap badan and tak larat nak buat apa-apa.Malam je tubuh saya panas macamtu kalau siang kadang-kadang je"

Adrian hanya mengangguk tanda faham.

"Ada apa-apa lagi? Saya nak buat breakfast ni"

"No.Tak perlu buat breakfast.Aku nak bawa kau pergi jogging di taman.Breakfast lepas kita habis jogging"

"Awak nak bawa saya pergi jogging? Serious lah? Saya dah lama tak pergi jogging" kata Aisy teruja.

"Dahtu, jomlah pergi.Kau bersiap pakai baju and seluar yang sesuai.Aku tak nak tengok kau pakai seluar ketat erh"

"Iyaa"

Skip ⏮️....................

Setelah 3 pusingan,Aisy telahpun berhenti rehat di sebuah bangku yang menghadap ke tasik.

Adrian yang perasan Aisy sudah tiada di belakangnya cepat-cepat mencari di mana kelibat Aisy sekarang.

Baru dia nampak yang Aisy duduk di sebuah bangku dengan nafas tercungap-cungap membuatkan dia tersenyum seketika.

"Awal kau berhenti" Perli Adrian.

"Penatlah hah huh hah huh a-awak!" Kata Aisy dengan nafas tercungap-cungap.

"Kau baru 3 round,Aisy.Aku dah 5 round"

"Ihh! Tak payahlah banding banding pula.Awak tu lelaki.
Saya ni perempuan.Kudrat kita tak sama,okay!"

"Tadi kan aku perasan ada sorang ni nak tersembam menyembah bumi.Nasib saja aku ada tolong sambut kan!" Adrian berkata selamba.

"Eyyy! Benci! Awaklah yang salah.Saya tengah syok syok tengok ada abang tu main rollerblade,awak pergi tercegat macam tunggul depan saya tu dah kenapa?"

"Eh wah! Salahkan orang pula.Habis awak tu pergi tengok orang jalan tak tengok depan salahkan orang? tempuk satgi muka tu baru tau!"

"Apa? Awak sebut perkataan 'awak' tadi kan? Serious?"
Tanya Aisy teruja.Bukan dia tak dengar apa yang Adrian bahasakan tadi.

"Tak.A-aku cakap 'aku' lah tadi" Tergagap Adrian di situ.

"Elelelele.Kalau cakap tu biar jelah.Saya lagi suka kalau awak panggil 'saya awak' daripada 'aku kau'. Boring lah.Kalau orang lain takpe.Tapi bila saya dengan awak, saya nak kita gelar awak saya atau dengan nama kita. Barulah nampak macam sua... Eh,bukan! Baru nampak macam kawan istimewa sikit.Lagipun ia mengingatkan balik kisah mula-mula kita kenal.Kan awak panggil 'saya awak' dengan saya kan?"

Adrian hanya diam.

"Tak boleh er? Okay,takpe.Tak paksa pun.Sorry kalau awak rasa saya ni suka memaksa.Saya memang......."

"No,Aisya.I'm okay" Adrian tersenyum kekok.

Tersentak Aisy apabila Adrian memanggilnya dengan nama itu.Jujur rasa nak mengalir air matanya.

"Kenapa? Aku salah cakap ke?"

Aisy menggelengkan kepalanya seraya tersenyum manis ke arah Adrian.

"Dah lama saya tak dengar orang panggil saya dengan nama 'Aisya'.Arwah umi saya saja yang panggil saya Aisya.Kadang-kadang panggil Aelise.Kalau ahli keluarga saya yang lain pula panggil saya Aeliese takpun Aisy"

"Kau sebenarnya orang mana?"

"Saya berdarah kacukan Melayu-jerman.Atuk,ayah kepada umi saya orang Jerman.Nenek saya pula asal sini"

'Patutlah kulit dia putih semacam aja.Mata hazel dia lawa gila!' Omel Adrian dalam hati.

"Awak.Saya nak pergi beli air bandung kat kedai situ boleh? Dahaga lah" Aisy menunjukkan arah kedai itu dengan tangannya.

"Kita baru habis bersenam kan? Dah minum air manis?
Takde takde.Air mineral boleh la"

"Ok,fine! Air mineral je.Saya pergi beli dulu ya"
Bibirnya dijuihkan.

"No.Duduk sini biar aku pergi beli"

Lalu Adrian pergi meninggalkan Aisy yang masih sengih seorang diri.

Dia rasa sangat gembira sebab Adrian melayannya dengan baik beberapa hari ini dan bersyukur sebab Adrian cuba untuk bukakan hati untuk dirinya.

Dia harap hubungan dia dan Adrian masih kekal begini dan tidak akan ada apa kejadian buruk berlaku pada mereka.

Selepas dahaganya hilang,Aisy dan Adrian ditegur oleh beberapa pemuda.

"Hai" Sapa salah seorang dari tiga pemuda itu.

"Waalaikumussalam" Perli Aisy.

"Erm~my name is Aiman.So~what's your name,sweetie girl?" Tanya Aiman selamba.Adrian yang ada disitu hanya dianggap tunggul kayu.

"Kau siapa nak tanya nama dia?" Tanya Adrian apabila Aisy baru ingin membuka mulut.

"Kau ni siapa pula? Abang dia? Atau boyfriend dia?"

Adrian yang tiba-tiba berasa panas bangun dari duduknya.

"Aku suami dia.Asal? Nama aku kau tak nak tahu juga ke?"

Aisy yang melihat Adrian berdiri dengan muka seperti menahan amarah terus bangun dari duduknya juga lalu menggosok belakang badan Adrian.

Melihat Adrian begitu membuatkan tiga pemuda itu berasa cuak.Lalu mereka beransur pergi.

'Euish! Garang juga dia ni' Aisy berkata perlahan namun masih dapat didengari oleh Adrian.

"Apa kau cakap?"

"Awak jealous er?"

"Nope.Kenapa nak jealous?"

"Eleh! Tengah berlari nampak bayang-bayang, habis berlari,terasa lelah,kalau hati dah mula sayang, mengaku je lah!"

"Sorry,tak sampai ke jiwa"

Kena reject kah??

"Ouu,t-tak sampai erk?Haa,jom balik" Aisy menarik lengan Adrian untuk beredar dari situ.

Tersengih suka Adrian dengan Aisy.

Pantun apooo gitu?!

Semasa makan tengahari..................

Telefon milik Adrian berdering dari dalam ruang tamu membuatkan Adrian terpaksa mengangkatnya walaupun tengah makan.

"Hello............... Waalaikumussalam.........Ya,daddy.
Iyan dengan Aisy ada kat rumah.Kenapa?..............
Serious? .......Okay kami on the way..... waalaikumussalam"

"Kenapa tu?"

"Kak long jatuh dalam bilik air.Sekarang ada dalam labour room.Baby dah nak lahir.Kita pergi lepas habis makan,ya"

Aisy hanya mengangguk.

Sesampainya mereka di hospital...........

"Assalamualaikum akak" Aisy menyalami tangan kakak iparnya.

"Waalaikumussalam" Balas Amylia seraya tersenyum manis.

"Along mana? Ambil baby?"

"Tak.Along pergi outstation.Harini sepatutnya baru balik balik.Rasanya petang nanti kot,baru sampai sini.Baby doktor ambil"

Aisy hanya mengangguk tanda faham.

"Mummy daddy mana?" Tanya Adrian pula.

"Daddy kata bawa mummy pergi lunch.Diorang baru je pergi.Iyan dengan Aisy tak serempak ke?"

Adrian menggelengkan kepalanya.

"Assalamualaikum puan.Macam mana? Okay ke?"
Tanya nurse yang baru masuk ke dalam bilik menolak bayi yang tidur itu.

"Waalaikumussalam.Alhamdulillah,ok je"

"Saya keluar dulu,ya.Baby dah siap mandi.Nanti kalau ada pemeriksaan lagi,saya akan beritahu,ya"

"Okay.Terima kasih nurse"

Jururawat itu keluar dari bilik.

"Akak.Kalau Aisy nak pegang baby sekejap boleh?"

"Boleh.Nah!"

Amylia menghulurkan baby pada Aisy.

"Alolololo~ comelnya dia!" Kata Aisy teruja.

Adrian mencubit pipi kiri bayi itu kerana geram.

"Ey! Pehal awak pergi cubit pipi baby? Sakitlah dia.Apa awak ingat dia diam dia tak rasa apa-apa ke?"

Adrian tidak menghiraukan kata-kata Aisy.Dia mencubit pipi kanan pula.

"Ihh! Tangan tu duduk diam-diam lah! Sana lah!"

Mendengar suara yang sedikit kuat membuatkan bayi itu terjaga dan merengek kecil.

"Aaa.Nah,akak! Baby nangis.Aisy tak reti pujuk" kata Aisy gelabah.Takut pula dia jika bayi itu menangis lebih kuat.Lalu dia menyerahkan bayi itu kepada Amylia.

"Itulah kau.Bising lagi"

"Mana ada! Saya tak marah dia.Ni salah awak lah! Dah cakap jangan cubit pipi dia~nak juga cubit.Kan dia dah nangis tu"

"Eh eh,korang ni! Gaduh pula.Kalau macamtu apa kata Iyan pula pegang baby ni.Mana tahu dia diam?!" Cadang Amylia membuatkan Adrian terkejut.

"Iyan pegang baby? Serious lah kak? Nak pegang anak beruk pun tak reti,apatah lagi pegang baby? Tak nak lah.Kalau jatuh macam mana?"

"Macam mana nak jadi bapak orang? Pegang baby pun tak pandai,hmm?" Bisik Aisy di telinga Adrian.

"Kau nak baby ke?" Aisy tersentak dengan kata-kata Adrian.

"Gila tak nak? Sekurang-kurangnya kalau kita dah takde apa-apa ikatan,saya masih ada baby yang boleh buat hari-hari dalam hidup saya bahagia.Kalau saya rindu bapak diorang, sekurang-kurangnya saya boleh peluk anak,buat lepas rindu.Awak kan handsome.Mesti nanti bila diorang dah besar,kalau ni anak lelaki,nak-nak pula ikut muka awak, pasti ramai anak dara nak goda dia. Macam awak~" Aisy tersenyum kecil.

Kata-kata Aisy membuatkan Adrian sedikit terpana seketika.

"Sudah.Dia main bisik-bisik pula!" Kata Amylia sambil tangannya sibuk mendodoi baby.

"Erm~ akak.Iyan keluar dulu nak ambil angin.Korang berdua berbual lah dulu"

Sebelum Adrian berura-ura ingin keluar,Aisy terlebih dahulu memegang tangannya.

"Kita balik lambat sikit ya.Saya nak jumpa Mummy dan daddy dulu sebelum balik"

Adrian hanya mengangguk lalu keluar dari bilik wad.

Di dalam kereta............

"Aisy kau okey?"

"Okey je.Kenapa?"

"Aku minta maaf bagi pihak mummy.Aku tahu kata-kata dia tadi buat kau terasa.And tak patut mummy kata kau macamtu" kata Adrian dengan penuh rasa serba salah dengan atas apa yang T. Maria ungkapkan pada Aisy tadi.

Flashback............

"Sini kau!" T. Maria mengheret Aisy supaya keluar dari bilik wad Amylia.

"Argh! S-sakit tengku"

"Kenapa kau datang sekali haa? Aku tak suruh pun anak aku bawa kau juga ke sini!" Bengang T. Maria apabila dia tiba di hospital tadi dia telah melihat menantu yang dia tak iktiraf berada sekali di hospital.Bukannya dia tidak pesan supaya Adrian tidak perlu membawa Aisy ke sini.

"Salah ke saya nak melawat,tengku?"

"Kau kalau datang nak melawat, buat cara nak melawat je lah! Aku tak nak kau sentuh pun cucu aku.Jijik tahu tak? Tangan kau tu!"

Aisy sedikit tersentak.

"Eh pergi berhambus lah! Kau tak dengar ke apa yang aku kata?" Sebaik T. Maria menolak Aisy hingga Aisy hampir jatuh, kebetulan Adrian sempat menyambut.

Agak terkejut dia mendengar apa yang mummy nya kata pada Aisy tadi.


"Mummy! Apa mummy buat nih? Sini hospital,bukan tempat bergaduh!" Bengang Adrian dengan perlakuan T. maria.

"Dia ni lah! Siapa suruh dia datang,haa? Mummy dah tak nak tengok muka dia lah.Cukup dia dah jadi penyebab keluarga kita kena tanggung malu.Keluarga Erin tanggung malu.Iyan dah lupa ke?"

"Iyaa,mummy.Iyan tak lupa.Tapi ni hal lain.Sampai tak bagi Aisy sentuh baby kak long.It's too much,mummy! Kenapa mummy hina Aisy?"

"Eh perempuan! Kau dah bagi anak aku makan apa haa? Sampai dia dah lupa yang dia ni dah kahwin dengan pelac..."

"Sudah! Awak dah melampau Maria! Iyan! Bawa Aisy balik.Nanti kalau nak melawat lagi,datang aja.Jangan pedulikan mummy kamu!" Tegas T. Adnan berkata.
Sudahlah baru tadi jururawat melalui kawasan itu. Jangan sampai dia sekeluarga dihalau oleh pengawal keselamatan kerana membuat kacau-bilau di situ.
Tidak ke lagi malu?!

Adrian hanya mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang daddy nya arahkan.

End flashback...........

"Awak.Saya okey aja lah.Betul lah apa mummy kata tu.
Disebabkan saya lah keluarga awak dan keluarga Erin menanggung malu.Saya sedar,saya tak layak hidup bersama dengan awak.Dah jelas yang nampak mummy awak tak boleh terima saya jadi menantunya.Erin adalah pilihan yang paling tepat.Dan saya pasti hubungan awak dengan Erin akan direstui.Sampai bila-bila.Hanya Erin"
Aisy hanya menayangkan senyuman lebar.Walau sakit di hatinya kerana terasa dengan apa yang T. Maria mencemuhnya,dia tidak mahu menunjukkan bahawa dia lemah di depan Adrian.

Adrian hanya mampu terdiam dengan kata-kata Aisy.

Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati.Sepatutnya dia gembira kerana Aisy ingin berundur dari hidupnya.
Dan dia akan kembali kepada Erin, tetapi sekarang.
Entah! Hatinya seakan sakit apabila Aisy berkata demikian.

Di rumah........

Aisy terus membuka pintu pagar automatik apabila dia mendengar deringan loceng tadi.

"E-erin?"

"Adrian mana?" Tanya Erin dengan angkuhnya.

"Dah kenapa kau cari laki aku?" Tanya Aisy dengan nada sedikit sarkastik.Kalau Erin ingin bersifat angkuhnya,jadi
dia boleh tunjukkan perangai angkuhnya juga.

"Excuse me? Laki kau? Dasar perampas! Berani kau panggil Adrian tu suami kau? Huh! Adrian nak mengaku kau isteri dia pun dia malu! Tak sedar diri kau nih!"

"Mana kau tahu dia malu nak gelar aku isteri dia? Better kau diam! Tak perlu jaga tepi kain rumah tangga orang lah kalau tak tahu apa-apa.Kau tahu tak~ selama beberapa hari ni kami hidup bahagia je tanpa kau. Adrian takde pula nak fikirkan pasal kau ke apa! Sedih tau tak? Sedih! Kau ni yang sebenarnya nak menagih perhatian dari laki orang.Kau lagi tak tahu malu!" Balas Aisy dengan selamba.

Pap!

Erin menampar pipi mulus milik Aisy sebelah kanan.
Terteleng kepala Aisy.

"Kenapa kau koyak sangat ni haa? Jealous ke Adrian layan aku baik-baik? Haa?"

Erin ingin menampar sebelah kiri pula tetapi Aisy lebih pantas menangkap tangan Erin dari meneruskan perbuatannya.

"Melampau lah kau ni.Dah tampar satu,nak satu lagi? Then,fine! Cuba kau rasa dari tangan aku sendiri pula!"

Aisy pula yang menampar pipi Erin.Tidaklah terlalu kuat tetapi cukup buat Erin makin menyinga.

"Kau diamlah! Dasar pompuan sundal! Masih tak serik kau ni,ya! Kau cermin sikit diri kau tu! Yang buat semua ni engkau! Yang rampas Adrian dari aku tu kau! Kenapa aku pula yang tak tahu malu?!" Erin menarik pergelangan tangan Aisy hingga hampir ke atas jalan raya.

"Kalau aku yang rampas Ad dari kau pun ~ aku ada hak! Selagi dia belum bergelar suami yang sah pada kau~ bermakna aku masih ada peluang! Kau kena terima hakikat yang aku dan Adrian memang dah ditakdirkan untuk bersama!" Agak kasar ayatnya tetapi dia tiada niat untuk membuat Erin marah.Keadaan sekarang yang memaksa dia berkata demikian.Dia geram!

"Tch! Ditakdirkan untuk bersama? Bodohnya kau ni pompuan! Kalau bukan sebab rancangan sundal kau nih~takde maknanya Ad nak terima untuk bernikah dengan kau lah! Habis kenapa Adrian masih terhegeh-hegeh pada aku kalau betul dia dah jadi milik kau haa? Kesian! Asyik syok sendiri kau nih!"

Erin menarik Aisy sehingga mereka tidak sedar yang mereka sudahpun berada di atas jalan.Tunggu masa sahaja kereta akan melalui kawasan itu.

"Aku tak syok sendiri lah! Kau tak tahu ke kenapa Adrian tak pergi kem tu? Dia jaga aku tau! Aku dah pesan pada dia tak payah pergi supaya kau tak menggedik dengan dia.Kau tak tahu erk? Kesian" Dia berpura-pura ketawa galak untuk menyindir Erin.

"Kurang ajar punya pompuan!" Erin mencekik leher Aisy dengan kuat.Dia tidak hirau kalau ada yang melihat pertengkaran itu.

Aisy meronta-ronta untuk dilepaskan namun Erin tidak menghiraukannya.

Kebetulan ada sebuah kereta mewah laju meluncur.

"Erin,kau nak jadi pembunuh ke? Apa kau dapat?" Tanya Aisy selamba supaya Erin tidaklah melihat sisi lemahnya.

"Mungkin.Kalau itu yang boleh buat kau jauh dari hidup aku dan Adrian?! Keluarga kau pun semua dah buang kau.Tiada siapa yang sayang kau lagi.Kalau kau dah mati,aku nak sangat tengok reaction Adrian dengan jasad yang tidak bernyawa kau! Kematian kau tak akan menjejaskan orang lain pun sebaliknya kematian kau yang orang nantikan! Kau hidup pun takde guna,Aisy!" Kata Erin sinis.

Aisy menggagahkan dirinya.Dia menggunakan kesemua tenaganya menolak Erin supaya tidak menghalang kereta yang ingin melintas.

Perbuatan Aisy membuatkan mereka berdua terjatuh ke tanah.

Di atas kening sebelah kiri Aisy tercalar akibat mukanya tersembam dahulu.

Manakala Erin pula sisi badannya yang jatuh dahulu menyebabkan lengan sebelah kanannya luka kerana dia menahan dengan lengan.

Aisy perlahan-lahan bangun.Dia cuba untuk membantu Erin bangun.Dia tahu di bahagian siku Erin pastinya sangat sakit.

"Korang berdua buat apa ni haa?" Jerkah Adrian yang baru sahaja keluar dari rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience