Aisy termenung jauh memikirkan hal tadi.
Flashback............
Seusai Aisy habis kelas,dia telahpun berjumpa dengan Adrian.
"Aisy.Aku nak cakap dengan kau sekejap.Boleh?"
Aisy memberi isyarat muka kepada Irfan agar dia pergi terlebih dahulu. Irfan hanya menurut,tidak membantah.
"Hal apa ya?"
"Jom.Kita bincang kat cafe jap"
Aisy hanya mengangguk tanda setuju.
Di kafe..............
"Awak nak cakap apa? Boleh cepat tak? Saya perlu ke klinik untuk buat check up" Bukan apa.Aisy takut dia perlu menunggu lama pula nanti.
"Ouh.Maaf.Aku hanya nak sampaikan salam pada kau dari daddy.Daddy ajak kau datang rumah lusa. Mak Mah dan Pak Mat akan buat umrah minggu depan.Jadi daddy buat makan-makan sikit sempena tu.Aku nak dapatkan kepastian dari kau.Sama ada kau boleh pergi atau tak? Daddy,Mak Mah dan Pak Mat harap sangat yang kau boleh datang.Tapi kalau kau betul-betul ada sebab penting yang tak boleh dielakkan,aku faham.Aku akan bagitahu diorang yang kau tak boleh datang. So,macam mana?"
"Tengoklah dulu.Saya tak sure ada kerja atau tak lusa.
Pukul berapa majlis tu?"
"Lepas solat Jumaat daddy kata.Tapi kalau kau ada kerja petang,then kau boleh je pergi pagi tu kan? Jumpa diorang walaupun sekejap"
"In Syaa Allah.Kalau takde sebarang halangan saya akan pergi.......Dah takde apa-apa lagi kan? Saya pergi dulu"
Aisy baru sahaja ingin pergi,tetapi tangannya telah dipegang oleh Adrian lembut.
"Aisya.I'm sorry"
Serentak itu jantung Aisy berdegup dengan kencang.
"Apa awak kata?" Aisy sengaja pura-pura tidak dengar dengan jelas apa yang Adrian katakan padanya.
Adrian menggelengkan kepalanya lalu menghadiahkan senyuman manis kepada Aisy.
"Sorry" Adrian melepaskan tangannya dari memegang tangan Aisy.
Aisy menjadi kaku seketika,lalu dia cepat-cepat pergi dari situ.
End flashback..........
'Apa Adrian maksudkan? Sorry?'
Aisy menggosok perutnya seketika.
Tuk tuk tuk!
Seseorang telah mengetuk pintu biliknya.
"Masuklah"
"Aik! Bila along balik? Tak perasan pun"
"Mana nak perasan,adik duk terperap dalam bilik aja?!"
Aisy hanya sengih.
"Nih.Jadi ke adik nak ke rumah T. Adnan tu lusa?"
"Jadilah kot.Adrian kata Mak Mah nak sangat jumpa dengan adik.Lagipun lepas-lepas ni dah susah lah kitorang nak jumpa.Jadi,apa salahnya kalau adik pergi kan?!"
"It's up to you.Adik nak along hantarkan? Kalau tu alang-alang bolehlah along singgah sana juga kan?"
"Boleh sangat.Adrian dah kata daddy dia ajak semua siapa je yang Aisy nak ajak"
"Haa! Korang borak apa tu haa?!"
Irfan menyergah di depan pintu bilik Aisy sebelum dia turut masuk ke dalam.
"Takk.Ni pasal majlis dekat rumah Tengku Adnan tu lah.
Along ingat nak pergi sekali dengan Aisy lepas balik dari solat Jumaat"
"Ouh,elok juga tu.Kalau macamtu,Irfan ikut juga.Senang cerita semua lah pergi.Mummy and daddy memang kena hadir pun sebab diorang dah dijemput awal lagi.At least tak perlu mummy bergegas pula siapkan lunch sebab kita semua dah makan kat sana kan?!"
"Hmm,betul juga tu.Kau bagitau laa mummy semua orang dalam rumah ni pergi"
"Tak payah pun.Ni Irfan datang bilik ni nak tanya pasal ni juga.Memang mummy ajak kita ke sana pun"
Hafiz mengangguk tanda faham.
Skip ⏮️...................
"Aeliese ni nak kena,ya! Dah berapa kali Mummy pesan. Biar je pinggan mangkuk ni mummy yang cuci.Awak tu tak boleh berdiri lama.Nanti kaki tu kejang pula"
"Alaa takpelah mummy.Sikit je pinggan tu.Kalau banyak baru lah Aelise tinggal je"
T. Aida hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Sesekali dia mendengar seperti seseorang telah menekan butang loceng rumahnya.
"Aeliese,mummy ke depan sekejap ya.Mummy rasa ada orang tekan loceng lah kat luar"
"Okay"
Seusai siap membasuh kesemua pinggan mangkuk, Aisy mengelap tangannya terlebih dahulu sebelum ke ruang tamu untuk melihat siapa tetamu yang T. Aida telah jemput tadi.
"Siapa datang mumm-........." Kata-katanya tergantung tatkala melihat gerangan yang datang ke rumah T. Aida.
"Mummy.Aelise pergi dapur jap,buat air"
"Eh,takpe.Biar mummy yang buat.Aelise tunggu je di sini ya"
"Takpe, Aelise boleh buat..."
"No, it's okay"
T. Aida menghampiri Aisy lalu berbisik di telinga Aisy sebelum dia ke dapur.
"Aelise layan Iyan elok-elok ya.Mummy tahu semua yang dia dah pernah buat pada Aeliese tu.Mummy tahu sukar untuk Aelise lupa.Tapi ingat! Iyan masih suami Aelise.Seorang isteri tak boleh berkasar dengan suaminya.Nanti tak bau syurga,nak.Dengar cakap mummy,ya" T. Aida mengusap kepala Aisy seketika lalu dia pun menuju ke dapur.
Aisy pun terus mengambil tempat untuk duduk.Nak tak nak dia perlu layan Adrian dengan baik.Dia tidak mahu digelar sebagai isteri yang derhaka.
"Awak datang sini nak jumpa mummy ke?" Tanya Aisy bagi menghilangkan perasaan janggal di dalam hati.
"Yup.Nak jumpa tu memang betul tapi tujuan saya datang ke sini bukan nak jumpa mummy sangat pun"
Sah! Dia tak salah dengar kan? Adrian telah bercakap dengan suara yang sangat lembut padanya?!
Aisy hanya mengangguk tanda faham.
"Tak nak tahu ke siapa yang saya nak jumpa sangat-sangat?"
"Siapa?" Tanya Aisy tatkala dia berdiam buat seketika.
"Aisya Anneliese Andrea"
Gila! Adrian membuatkan hati Aisy gundah gulana jadinya.
Sebaik itu,T. Aida turut sampai ke ruang tamu sambil menatang dulang yang berisi minuman.
"Erm,mummy.Aelise naik atas dulu,ya.Aelise lupa yang Aeliese belum solat asar lagi"
"Haa,ye lah.Nanti lepas solat asar,turun balik tau"
Aisy hanya mengangguk sambil menghadiahkan senyuman manis kepada T. Aida.
"Hey! Amboi! Tengok isteri sendiri sampai tak berkedip.Kenapa? Angau ke?"
"Maybe"
"Angau lah sangat.Bukan Iyan dah buang dia?!"
Air muka Adrian terus berubah tatkala mendengar perlian ibu saudaranya itu.
"Mummy.Iyan tahu Iyan dah buat salah dengan dia. Banyak sangat hingga tak terkira.Sekarang Iyan nak tebus balik kesalahan yang Iyan lakukan.Iyan terima je apa pun hukuman yang Iyan kena hadap.Iyan nak berbaik semula dengan Aisya.Iyan tak nak menyesal di kemudian hari"
Sesenang kari adabi?
"Hmm,eloklah tu kalau Adrian dah mengaku salah dan ada usaha nak perbaiki hubungan ni.Mummy rasa hubungan korang masih ada harapan.Kalau Aelise bagi lagi satu peluang pada Iyan,mummy harap sangat Iyan tak persiakan peluang tu.Iyan tahu kan macam mana kalau perempuan tu bila dia dah tawar hati kan?"
Adrian mengangguk faham.
"Mummy sokong apa yang Iyan nak buat sekarang ni.Janji dengan diri Iyan sendiri yang Iyan takkan khianat lagi Aelise.Iyan takkan berkasar lagi dengan dia.Aelise tu.Dia dah banyak kali terseksa disebabkan Iyan,serta orang sekeliling dia yang lain........ kalaulah mummy ada di tempat Aeliese sekarang,mummy tak rasa yang mummy boleh layan Iyan elok-elok lagi lepas apa yang Iyan dah buat pada Aeliese"
"In Syaa Allah, mummy.Iyan memang tak akan persiakan kalau Aisya bagi Iyan satu lagi peluang.......... Thanks mummy sebab tak benci Iyan lepas apa yang Iyan dah buat pada Aisya"
"Dahlah.Minum air tu.Nanti kan sejuk pula"
T. Aida memandang anak saudaranya.
Kalau ikutkan hatinya,memang dia marah pada anak saudaranya setelah apa yang berlaku yang menyebabkan kesihatan Aisy terjejas.Namun,dia sedar amarahnya tidak mampu berbuat apa.
Dia juga manusia.Tidak mempunyai hak untuk menghukum.Bukan niat untuk membela Adrian hanya disebabkan alasan mempunyai pertalian darah.
Skip ⏮️................
Waktu makan malam..............
Aisy hanya termenung jauh.Banyak benda yang difikirkannya sehingga dia tidak perasan semua yang ada di situ telah memerhatikan dia yang hanya menguis sahaja nasi nya.
"Dik! Amboi.Termenung jauh betul.Teringatkan apa je?"
Aisy tersentak lalu dia hanya tersenyum kekok.
Lalu mereka sambung makan.
Di bilik..............
"Dik.Dah kemas ke baju-baju tu?" Tanya Hafiz sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Aisy.
"Haah.Dah siap kemas dari petang tadi lagi"
"Eh wah! Excited la tu nak tinggal dengan laki dia kan?!"
Aisy menjegilkan mata seketika.
Tujuan Adrian datang adalah untuk membawa isterinya tinggal di rumah keluarganya oleh kerana atas permintaan T. Adnan sendiri.Aisy tidak membantah.
Kali ini adalah betul-betul kali terakhirnya Aisy akan berjumpa dengan mertuanya.
"Eh! Mana ada.Ni adik excited nak jumpa dengan Mak Mah,Pak Mat halah,semua la.Lama tak makan masakan Mak Mah.Best juga ni kalau adik pergi sana nanti lepastu dapat rasa masakan Mak Mah terus!"
"Dik! Kau nak pergi sana semata-mata nak makan masakan Mak Mah ke? Teruk bebeno perangai.Mak Mah tu rindu dia.Boleh pula dia rindu masakan je"
Sampuk Irfan pula.
"Eii! Mana ada"
"Dah dah.Karang duk bahan adik sangat, menangis nanti baru tau.Nak ke laki dia tumbuk muka sebelah lagi?"
"Berani dia buat long? Biar Irfan balas balik lah!"
Hafiz hanya menggelengkan kepalanya apabila adiknya berkata begitu.
Di luar rumah...............
"Iyan.Jaga isteri ni baik-baik.Kalau mummy dapat tahu yang Iyan buat apa yang boleh buat Aelise marah ke,sakit hati ke, mummy minta dia balik.Ingat tu!"
T. Aida memberi amaran yang keras kepada Adrian.
"Baik mummy.I will!"
Adrian menyalami tangan Hafiz.Selepas itu,dia bersalaman dengan Irfan juga.Nasib sahaja Irfan masih lagi memaafkan dia.
"Aelise jaga diri kat sana ya.Tunggu lah kitorang ke sana pula lusa"
Aisy mengangguk seraya menghadiahkan senyuman manis kepada T. Aida.
"Dik.Kalau dia ada buat apa-apa kat kau,kau buli je dia erh!" Bisik Irfan.
"Abang.Jangan ajar anak mummy yang bukan-bukan"
"Eh! Takde apa lah.Saja je berbisik"
Aisy ketawa kecil melihat abangnya.Tahu pula takut.
Skip ⏮️.............
Di dalam kereta...........
"Aisya.Are you okay?"
Aisy mengangguk.
"Habistu kenapa saya tengok awak gelisah je?"
'Eii! Dah kenapa dengan dia nih? Saya awak pula?' Getus di hati Aisy.
Baik semacam sahaja? Ada apa-apa ke?!
"S-saya takut kalau mummy tak suka saya datang rumah"
"Takde hal lah.Saya kan ada.Berani ke mummy nak marah isteri saya?"
Makin seram sejuk Aisy dibuatnya.
"Awak"
"Yes,sayang? What do you want?"
Mampus! Hatinya bagai nak pecah sahaja di dalam.
"Err~a-awak ok ke? Tak demam ke apa?" Tergagap-gagap Aisy bertanya.
"Kenapa tanya saya macam tu? Okay je?! Dah buah hati ada depan mata.Takkanlah sakit pula?"
Aisy mengangguk perlahan lalu dia melihat ke luar tingkap.
Sesampainya mereka di rumah...........
Aisy sudah tidur nyenyak.Adrian tidak mahu mengganggu lena Aisy.Dia berfikir untuk mencempung sahaja tubuh isterinya itu.
Tetapi tidak jadi apabila Aisy tersedar.
"Eh! A-awak nak buat apa ni?" Tersentak Aisy apabila melihat jaraknya dengan Adrian sangat dekat.
"Aisya tidur nyenyak sangat.Saya tak nak lah kacau"
"Takpe.Saya boleh bangun sendiri"
Aisy pun keluar dari kereta.Dia ke belakang untuk mengambil begnya di dalam bonet kereta.
"Hey.Nak gi mana tu?"
"Ambil beg lah"
Adrian melambaikan tangannya yang sedang memegang beg Aisy.
"Terima kasih" Aisy mahu mengambil beg itu tetapi Adrian menghalang.
"Ini beg kesayangan Aisya ke?"
Aisy mengangguk perlahan.
"Kenapa kartun juga yang dipilih? Mufasa pula tu. Takde beg lain ke?" Tanya Adrian bersahaja.
"Awak ada masalah hati ke kalau saya suka beg Mufasa ni? Tengok tu! Comel je Mufasa tu dari awak" Jelingan sekilas diberikan kepada Adrian.
"Sayang saya~Mufasa tu character kartun.Abang ni your husband in real life.Got it?!"
Aisy hanya memandang ke arah lain.
"Jom,kita masuk dalam"
"Saya takut lah"
"Takde apa lah"
"Awak.Boleh tolong saya tak?"
Adrian menjongketkan keningnya sebelah.
"Awak masuk dulu.Tengok mummy ada kat mana.
Lepastu~kalau dah clear,baru saya masuk"
Adrian menurut arahan yang Aisy berikan.
"Aisya.Sini!" Kata Adrian sedikit berbisik.
"Apa?! Mummy ada ke?"
Adrian mengangguk.
Aisy pun turut meninjau dan ternyata T. Maria memang ada.Dia sedang menonton televisyen bersama T. Adnan.
"Awak! Macam mana nih?!"
Gelabah teruk Aisy di situ membuatkan Adrian berasa perlakuan Aisy sangat comel.
Adrian mula berfikiran nakal.
"Macam ni.Biar abang cempung Aisya sampai ke atas.
Takde lah mummy marah Aisya"
'Mummy,you are the best! Kalau mummy takde kat sana~ terlepas peluang Iyan nak angkat isteri Iyan yang comel nih!'
"Eii! Awak saja kan! Gatal! Nak angkat orang pula"
"Suka hati lah.Saya masuk dulu.Awak masuk seorang diri lah,ya" Adrian berura-ura ingin masuk tetapi cepat-cepat Aisy menarik lengannya.
"Okay! Okay.Eii! Saya tak nak awak cempung saya sebab saya berat lah!"
Adrian terus mencempung tubuh Aisy membuatkan Aisy turut berdebar. Mujur sahaja dia tidak menjerit akibat terkejut.
"Siapa kata berat?........Tak lah.Sikit je"
Adrian pun masuk ke dalam rumah.
"Pura-pura tidur sayang.Senang nak bagitahu daddy nanti.Ke nak kena cium dulu?"
Aisy mencubit lengan Adrian sebelum dia pura-pura tidur.
"Aduh! Ss-sak......"
"Haa,Iyan.Kenapa pula tu?!" Terkejut T. Adnan apabila mendengar jeritan yang agak kuat dari luar rumah.
"T-tak daddy.Rasa macam ada semut gatal gigit lah dekat kaki ni!" Adrian menjegilkan matanya ke arah Aisy walaupun isterinya itu sudah berpura-pura memejamkan matanya.
"Eh! Menantu daddy dah sampai?!" Teruja T. Adnan apabila melihat susuk tubuh menantunya itu.
"Daddy jumpa dengan Aisya esok je lah ya.Dia tidur ni. Itu sebab Iyan angkat dia"
"Tch! Mengada! Saja lah tu nak menyusahkan anak orang" kata T. Maria bersahaja.
"Apa pula mummy? Aisya tak susahkan siapa-siapa pun.Iyan sendiri nak angkat isteri Iyan ni"
"Whatever.Ni,Iyan! Lepas angkat dia tu~turun balik.
Erin cakap dia nak datang ke sini nanti.Iyan layan lah dia"
'Aduu! Dia tu buat apa pula nak datang sini?'
"Untuk apa dia nak datang sini?"
"Hish! Dia nak cakap dengan Iyan lah.Dia cakap dah berminggu minggu dia call,text Iyan.Iyan tak pernah nak angkat.Balas text dia pun tak.Erin cakap Iyan macam mengelak dari dia.Dia cakap kalau terserempak,mesti Iyan jauhkan diri dari dia.Kesian dia tahu tak? Kenapa Iyan buat dia macamtu?!"
"Eh,awak nih! Baguslah Iyan buat macam tu.Kenapa pula si Erin nak kena kacau Iyan ni? Dia dah sedar ke belum yang anak kita ni dah kahwin?Ada isteri.Haa, alang-alang dia datang sini nanti,awak pesan pada dia.Jangan sibuk duk menggatal sangat dengan laki orang. Sekarang ni dah banyak sangat kes perempuan suka sangat nak memecah belahkan rumahtangga orang" kata T. Adnan panjang lebar.
Dia sendiri tidak tahu mengapa isterinya sangat berkenan dengan Aireen Erina untuk dijadikan menantu.Walhal,mereka sudah pun mempunyai menantu sebaik Aisy.
"Daddy, mummy.Iyan naik dulu" Adrian berkata bagi memecahkan keadaan yang hampir tegang.
"Yelah "
T. Maria menghantar pemergian Adrian dari ekoran mata sebelum dia kembali bersuara.
"Abang nih! Abang lupa ke Erin tu bakal menantu kita juga haritu kan?!Saya tak faham lah.Apa yang abang
benci sangat dengan Erin tu?!Apa baiknya tentang perempuan tu sampai abang tak pandang Erin langsung?!"
"Awak nak tahu kenapa saya tak suka si Erin tu? Sebab macam ni lah! Malam-malam buta nak jumpa suami orang.Ingat bagus sangatlah tu.Kalau jiran mengata belakang takpe pula?! Sudahlah. Malas lah saya tengok tv ni.Hilang mood saya nak tengok lepas awak kata dia nak datang.Lebih baik saya pergi berehat dalam bilik aja"
"Abang! Tak baik lah buat tetamu macam tu.Dah orang penat-lelah datang, boleh pula tuan rumah buat macam tu"
"Apa saya nak heran?Kalau dia tu berpengetahuan luas, dia segan lah nak datang rumah kita ni malam-malam buta macam ni! Nak-nak pula jumpa dengan suami orang" Lantas T. Adnan bergegas ke tingkat atas tanpa menghiraukan T. Maria yang masih tidak puas hati dengan pernyataannya.
Di bilik Adrian............
"Thanks"
"Aisya.I'm really sorry.Saya tahu mummy tak sepatutnya kata macam tu pada Ai..."
"Takpe.Saya faham.Awak dah boleh keluar.Saya dah nak tidur ni.Lagipun buah hati awak kan nak datang?"
Laju Aisy mencantas.
"Siapa lagi buah hati abang kalau bukan Aisya?" Tanya Adrian dengan suara yang lembut.
"Suka hati lah"
Aisy berjalan menuju ke sofa.
Adrian memegang tangan Aisy lembut.
"Tidurlah atas katil sayang.Abang izinkan"
Aisy hanya menurut kerana dia tidak mahu bertengkar.
Apatah lagi dia sangatlah penat dan perlu berehat sekarang juga.
Sebaik Aisy merebahkan badannya di atas katil,Adrian bertindak menyelimuti seluruh badan Aisy.
Adrian mengusap perut Aisy lembut.
"Good night baby"
Lalu Adrian menghadiahkan kucupan di dahi Aisy buat seketika.
"Goodnight sayang saya! Nanti abang naik tau"
Aisy hanya kaku di situ membuatkan Adrian ketawa kecil.
Dia dapat rasa jantung Aisy berdebar hebat.Namun apalah nak dibandingkan dengan jantungnya? Sama juga.Berdegup bagai mahu meletup sekarang itu juga.
Skip ⏮️...................
Di ruang tamu.........
Adrian melihat yang Erin sudah tiba ke rumahnya.
Terasa menyampah pula dia melihat muka Erin sekarang ini.
"Erin.You nak cakap apa? Boleh cepat sikit? I dah ngantuk,nak tidur" kata Adrian,dingin.
"Iyan! Apa hal yang tergesa-gesa sangat? Erin baru je sampai,tahu tak? Kesian dia.Datang sini nak jumpa Iyan.Boleh pula Iyan layan Erin macam ni" kata T. Maria.
"Apa-apa je lah mummy.Erin,better you cepat.You nak cakap apa je sampai tak boleh nak tunggu esok?"
Adrian ke luar rumah.
"Sekejap ye mummy.Erin pergi cakap dengan Iyan kat luar ya"
"Ye lah.Mummy nak masuk tidur dulu.Jangan berdua-duaan lama sangat.Nanti jiran-jiran nampak pula"
"Biyy!"
Adrian bertindak menjauhi apabila Erin tiba-tiba sahaja ingin meragut lengannya.
"Kenapa dengan you nih? Tak takut dosa ke apa?!"
"Alaa selama ni I pegang, you tak marah pun.Kenapa sekarang baru you nak marah?"
"Erin! Can you be more faster? I dah cakap i mengantuk nih! Jangan sampai i biar je you cakap sorang-sorang kat sini"
"You ni kenapa haa? Marah i pada you belum reda lagi tau! You kena ingat you buat Aisy pregnant.You dah mungkir janji dengan I.You know what? It's hurt me a lot"
"You just nak cakap hal tu? Okay,i mengaku i dah mungkir janji dengan you.So what? You nak break? Then,kita putuskan hubungan ni sekarang juga"
"Iyan! Kenapa you jadi macam ni? Sebulan lepas kita dah berbaik kan? Kenapa pula you sanggup nak putuskan hubungan kita ni? Sampai hati you kan? Tak jaga perasaan i langsung! Ini semua sebab pompuan tu ke?!" Bentak Erin.
"Perempuan mana pula nih?!"
"Siapa lagi kalau bukan orang you benci sangat? Entah-entah dia dah pakai guna-guna untuk buat you tunduk pada dia kan?!"
"You cakap elok-elok sikit! Perempuan yang you cakap tu~isteri i!" Adrian bernada keras.
"Sah! Dia dah main bomoh supaya you dekat dengan dia kan? Dia buat hubungan kita berpisah kan? Kurang ajar pompuan tu!"
"Eh Erin! Aisya tak perlu guna bomoh lah untuk dapatkan i.Entah-entah you yang gunakan untuk i? You dah buat i terlampau benci dia.You buat i hina dia macam dia tu takde perasaan.Betul kan?!" Adrian berkata dengan sinis.
"S-sayang! Apa you nih? Why i kena main bomoh pula nak dapatkan you? Sayang! You yang confess pada i waktu dulu.Takkanlah i nak buat macam tu? I tahu you ikhlas cintakan i.Kalau betul pun i guna bomoh,ia dah terbukti.Perbuatan i akan buat you sedar betapa besarnya cinta i pada you.You tak fikir ke? I sayangkan you sangat-sangat.I tak nak ada sesiapa pun ada dalam hati you kecuali i sorang saja!"
"So betul lah ya? Kau guna bomoh? Erin kau tahu tak benda tu syirik?! Kau tak takut dosa ke haa?!"
Suara berubah menjadi dingin.
"Alaa.You apa kurangnya ? You janji dengan i macam-macam.You pun dah dera Aisy.Tak payah pura-pura baik lah.Nampak munafik sangat!"
"At least aku dah usaha untuk bertaubat.Aku dah insaf dengan apa semua dosa yang aku dah buat.Aku tahu waktu tu aku sangat jahil.Kau tu bila lagi?!"
"Eh stop lah! Tak payahlah acah baik sangat!
Whatever you said,kita akan tetap berkahwin.No matter how much you hate me,kita akan kahwin. Mummy dah setuju untuk jadikan i menantu dia lah! I tak perlu main bomoh juga untuk dapatkan you lah! You yang tergila-gilakan i"
Erin pun berlalu pergi dari situ.
"Gila punya pompuan!"
"Entah-entah dia yang perangkap Aisy malam tu!"
Share this novel