BAB 21

Romance Completed 6961

Sebaik Adrian masuk ke dalam bilik,dia telah melihat Aisy yang masih leka bermain telefon bimbit.

"Aisya.Kenapa tak tidur lagi ni?"

"Awal lagi lah"

Hilang kata mengantuk tadi??

"Apa yang awal? Dah lambat sayang.Dah pukul 10 lebih dah ni.Ibu mengandung mana boleh tidur lewat.Tak elok untuk kandungan lah.Tadi bukan main lagi cakap dah penat,nak tidur" Adrian menjongketkan keningnya beberapa kali ke arah Aisy.

"Yelah.Nanti saya tidur lah.Saya nak habiskan ni sekejap"

Adrian mendekati Aisy.

Adrian ketawa terbahak-bahak apabila melihat gelagat Aisy yang bermain game.

"Apa awak ni? Ketawa macam orang gila?....Arghh! Ihh! Awaklah ni! Kan dah kalah!" Kembang kempis hidungnya menahan marah.

"Sayang ni! Comel lah.Ingat budak kecik ke main game didi ni?! Hmm?"

"Awak diam.Dah saya suka dengar lagu dia.Game dia pun best.Tak bosan pun"

Adrian ketawa lagi.

"Eii! Gelakkan orang ya! Nah!" Aisy mencubit lengan Adrian dengan sedikit kuat sehingga Adrian mengaduh sakit.

"Au! Sakitlah,sayang ni! Tak baik lah!" Adrian menggosok bahagian yang terasa sakit itu.

"Padanlah dengan muka tu.Nak kena lagi,gelak lah!"

Adrian hanya senyum menahan dari tawanya keluar.

"Awak ni kenapa erk? Sekejap panggil Aisya,pastu saya awak,tak pun panggil saya sayang? Sayang sangat kat saya ke?"

"Eh,mestilah sayang.Gila tak sayang isteri comel macam ni?!" Adrian berkata dengan nada teruja.

"Eleh.Sayang lah sangat.Bukan awak tak mengaku ke saya ni isteri awak? Bukan awak benci sangat ke tengok muka ni? Nak pegang perut saya pun sebelum ni jijik. Anak dalam kandungan saya pun pun awak tak mahu mengaku anak awak juga.Kenapa tiba-tiba pula berubah?"

Adrian menggenggam erat tangan Aisy.Dia agak tersentak dengan pernyataan Aisy itu dan dia mengaku bahawa dialah yang bersalah dalam semua hal itu.

"Aisya.I'm sorry.Maafkan abang sebab dah buat macam-macam pada Aisya selama ni.I know! Kesalahan abang memang susah untuk dimaafkan.
But i hope you will forgive me.I will try my best to fix our relationship"

Aisy tak boleh.Dia terlalu lemah tika Adrian mengucap tutur katanya dengan sangat lemah lembut.Tutur kata Adrian lah salah satunya cara membuatkan jantungnya tidak berhenti berdetak kencang sejak dari dulu lagi.

Aisy hanya diam dan memandang ke arah skrin telefon bimbitnya semula.

"Sayang.Jom,tidur.Dah lewat malam ni.Game ni pun esok boleh main lagi kan?"

Aisy hanya menurut sahaja.Kalini dia betul-betul penat.

Skip ⏮️...................

"Aisya.Bangun! Solat subuh dulu.Nanti sambung balik tidur ya?"

Aisy bangun sebaik sahaja ada tangan yang menyentuh kulitnya.

Adrian membantu Aisy bangun perlahan-lahan untuk ke tandas.

Seusai mereka siap solat subuh,Aisy bangun dengan tergesa-gesa.

"Hey! Kenapa nih?! Elok-elok sayang.Jatuh nanti"

"Tak tahan! Nak kencing!"

Adrian hanya mampu tersenyum lebar dengan gelagat isterinya.

Setelah siap mandi........

"Aduhh! Lupa lah pula! Kau ni nyanyuk lah Aisy!"

"Awak! Oh awak! Adrian! Oohhhh Adrian" Aisy menjerit dari dalam tandas.

Adrian yang mendengar segera mendapatkan Aisy.

"Ya! Ada apa sayang?" Laung Adrian dari luar.

"Awak.Saya lupa lah nak ambil kain tuala.Awak tolong ambilkan boleh?"

"Boleh.Panggil saya abang dulu"

"Tak nak"

"Okay,then tak yah lah towel erk? Berani ke keluar ambil sendiri?"

"Ihh! Cepatlah! Abang! Ambilkan tuala untuk saya sekejap.Boleh?!" Aisy berkata dengan nada yang menekan-nekan.

"Apesal kasar sangat?! Cakap tu biar lembut sikitlah"

Aisy menarik nafas sedikit dalam.Geram juga dia dengan Adrian tu.

"Abang.Tolong ambilkan tuala untuk saya boleh? Cepat sikit.Dah sejuk ni" katanya dengan suara yang paling lembut dibuat-buat.

"Alright.Sat na ambil towel"

Setelah tuala diambil,Aisy terus mengunci pintu semula dengan kasar.

"Thanks!"

"Robohkan pintu tu sekali!"

Skip ⏮️.....................

"Aisy.So,baby macam mana? Sihat?"

"Alhamdulillah.Sihat,daddy"

"Berapa bulan lagi?"

"Dah tak lama,daddy.Beberapa minggu je lagi.Due date dah dekat nak masuk wad"

T. Adnan mengangguk tanda faham.

"Ni cuti sem ke,kamu berdua?"

"Haah,daddy.2 weeks"

Mereka pun sambung makan semula.

"Mummy" Aisy menghadiahkan senyuman manis kepada T. Maria apabila dia melihat T. Maria sedang leka bermain telefon dengan televisyen yang terbuka.

"Boleh Aisy duduk sini?"

"Duduklah! Ada aku tak bagi ke?!"

Agak kasar tapi Aisy sedikit pun tidak mengambil hati.

Sebenarnya Aisy mahu menonton televisyen kerana telefon bimbitnya telah dicas.Bosan juga.Nanti kalau dia tak keluar dari bilik,apa pula T. Maria kata.

Setelah leka dia menonton,dia menghantar pemergian T. Maria di ekoran mata.

Aisy apa lagi? Mulalah meliar mencari alat kawalan untuk mengalih cerita kegemarannya.

"Hmm~nak tengok cerita apa dulu erk?!"

Dia mengalih satu per satu saluran yang ada.Ternyata cerita kegemarannya tiada di dalam televisyen itu.

"Ihh! Tv dah lah besar gedabak.Channel kartun pun takde.Apa punya tv laa ni!" Omel Aisy sendirian.

Adrian yang curi-curi melihat terus menahan tawanya dari meletus jua.

"Aii! Bebel apa ni sorang-sorang?"

"Ni lah.Tv awak ni.Dah lah besar gedabak.Channel kartun takde langsung pun.Bosanlah macam ni.Nak keluar lah"

"Eh,nanti dulu.Duduk balik"

"Apa?"

"Apalah sayang ni.Mengeluh pula.Nanti mummy dengar baru tahu.Nak suruh dia dengar ke?!"

Aisy mula gelabah teruk.

"Haa,tahu takut!"

"Dahlah.Saya pergi tengok dalam phone je lah"

"Tak payahlah.Tengok je dalam tv ni"

"Eii! Kan dah cakap tv ni takde channel tu"

"Eh eh dia nih! Tv ni bukan saja besar tau, dalam dia tu lagi canggih tau!"

Adrian membuka aplikasi YouTube di dalam televisyen itu.

"Uyoo.Macam mana awak buat?!"

"Abang.Panggil abang!" Adrian berkata tegas.

"Ye lah.Abang buat macam mana ni boleh buka YouTube pula dalam ni?!!"

"Haa,itulah.Tadi bukan main lagi dia kutuknya tv kita"

"Manalah nak tahu yang tv ni ada macam-macam.
Cepat abang! Cepat! Tak sabar nak tengok ni! Pasang cepat!"

"Sabar,sayang.......Haa,nak tengok cerita apa?"

"Banyak sangat lah cerita best ni!........Haa! Buka cerita The lion king lah! Nak tengok mufasa.Handsome!"

"Abang tak handsome ke?!"

"Tak"

Dush! Satu patah perkataan yang keluar dari mulut Aisy mampu membuatkan Adrian sentap.

"Faham.Kesian sayang kan.Dah lah kahwin dengan laki tak guna.Muka pun tak helok.Mesti sayang malu kan? Ada suami macam ni?" Adrian bersuara seakan berjauh hati.

"Eyy,awak! Saya gurau je lah! Kalau awak tak handsome,takde maknanya lah jantung saya nak berdegup bagai nak pecah bila tengok muka awak!"

Adrian senyum.Baru kalini pipinya memerah apabila Aisy memujinya begitu.

"Tahu takpe.Ada pula sayang bandingkan abang dengan binatang,yang menangnya binatang?"

Aisy hanya sengih.

"Meh,sandar!"

"Tak nak"

"Takpelah.Kalau macamtu ~abang tutup lah cerita ni. Sayang okay je kan?"

"Ihh! Sukalah memaksa orang awak ni!"

Adrian hanya mengangkat kedua-dua keningnya acah macho.

"Haa,ni awak! Mak Mah dengan Pak Mat mana? Takkanlah dah berangkat ke sana? Majlis tu kan esok? Awak kata minggu depan diorang pergi.Abang tipu saya er?!"

"Satu satu,lah! Suka betul ya,menuduh orang! Mak Mah dengan Pak Mat balik kampung.Dia nak bawa saudara mara diorang ke sini,sempena majlis esok hari lah.Petang ni kut sampai sini"

"Ouuuuuuuu.Habis kak long dengan abang long tak datang?"

"Tak.Diorang sekarang ada kat US.Pergi bercuti dengan family kak long.Minggu depan juga balik sini.Diorang tak tahu pun nak buat majlis ni sebab daddy plan last minute"

Aisy mengangguk sahaja.

Dia pun sambung menonton televisyen.

Sesekali dia bergelak tawa menonton kartun itu sampai Adrian pun turut menikmati.

Syokkkk!

Lama-kelamaan,Aisy telahpun terlelap.Penat sangat kot bergelak ketawa tadi.

Adrian membiarkan kepala Aisy berada di ribanya.
Dia pula bertindak menggosok perut Aisy perlahan-lahan sambil menikmati kartun yang masih belum ditutup.

Beberapa minit kemudian..........

"Haa,mummy.Nak pergi mana pula ni?"

"Nak keluar sekejap.Nak jumpa kawan mummy"

"Mummy balik lewat jugak ke?"

"Haah.Ni kalau Iyan nak makan,Iyan order jelah erk. Daddy pun tak balik lunch nanti.Dia nak lunch dengan staff dia.So,mummy pergi dulu.Bye!"

"Eh mumm....."

T. Maria sudah jauh dari ekoran matanya.

Skip ⏮️...............

Seusai siap solat zohor.........

"Sayang.Nak keluar tak?"

"Tak nak lah.Kaki malas nak jalan"

"Kalau macamtu ~abang order jelah makanan"

"Kenapa pula?"

"Ouh, mummy dia pergi jumpa kawan dia.Mummy cakap dia balik lambat sikit.Jadi dia suruh order je.
Lagipun daddy tak balik juga lunch ni"

Aisy mengangguk tanda faham.

"Kalau saya nak suruh abang masak boleh?"

Kening Adrian terangkat sebelah.

"Sayang serious lah nak suruh abang masak?"

Aisy mengangguk seraya tersenyum lebar pada Adrian.

"Apa-apa je yang abang pandai masak.Baby teringin nak makan masakan daddy diorang.Hehehehe"

Comel mak buyung nih!

"Sayang,sorry.Tapi abang tak pandai masak lah.Kita order je lah erk? Boleh je kan?"

"Kalau macamtu,order je lah.Lagi senang kan?!Saya pergi depan dulu" Aisy hanya tersenyum kelat pada Adrian sebelum dia menuju ke ruang tamu.

Adrian mula berasa serba salah.

Setelah lama duduk di ruang tamu,Aisy mengesan sesuatu bau datang dari ruangan dapur.

"Siapa pula masak ni? Nak cakap makanan dah sampai~ takde pula dia pergi ambil tadi?!"

Aisy pun bangun perlahan-lahan untuk ke dapur.

"Suprise!"

Rupanya Adrian yang tengah memasak.

"Eh! Aw-abang ke masak ni? Cakap tak reti?"

"Saja je lah.Nak gurau dengan sayang sikit.Dah hampir dua bulan sayang tinggal abang dekat rumah sana. Takkanlah abang asyik keluar makan dekat luar je kan?"

Aisy menjungkit bahu tanda tidak tahu.

"Nah.Rasa sikit kuah ni.Dah ok ke?"

Adrian membuat lauk ayam butter milk.

"Erm,sedap.Tak sabar nak makan.Cepat sikit tau abang!"

Adrian tersenyum manis apabila Aisy memuji masakannya.

"Sekejap ya.Sikit lagi ni nak masak.Nanti abang hidang, then kita makan sama-sama ya.Ni sayang nak air apa? Biar abang buatkan"

Aisy berbisik di telinga Adrian.

"Nak air strawberi.Boleh?!"

"Hmm~nanti abang tengok dalam fridge.Kalau ada abang buatkan.Kalau takde~abang buat air lain.Ke nak strawberi jugak?!"

Aisy mengangguk sahaja.

"Yelaa ii"

Skip ⏮️...................

Pada petang itu,Mak Mah dan Pak Mat telah pulang ke rumah T. Adnan.

Aisy sangat gembira apabila dia dapat bertemu juga dengan Mak Mah dan Pak Mat yang dianggap seperti ibu bapanya juga.

"Ihh! Budak bertuah ni.Orang kata jangan buat,dia nak juga buat.Nanti suami awak tu marah kita pula"

"Mana ada dia nak marah pula,Mak Mah.Beranilah dia nak marah? Nanti Aisy jerkah kat dia dulu!"

"Apa? Ulang sekali lagi Aisya Anneliese Andrea! Tak dengar?!"

"Aisy cakap~ biar Aisy yang mar-........"

Tersentak Aisy apabila dia baru sedar siapa yang menyuruhnya ulang percakapannya tadi.Mukanya gelabah teruk apabila Adrian mencerlung tajam ke arahnya.

"Cakaplah.Kenapa? Berani sangat kan nak marah orang?"

Aisy hanya menundukkan pandangannya.

Dia sambung mengupas bawang itu.Sesekali dia cuba mengintai sekiranya Adrian masih mencerlung tajam ke arahnya.Mak Mah hanya senyum menahan tawa.

Entah bagaimana dia tak sedar,dia telah terhiris jarinya sedikit, menyebabkan dia meringis sakit.

"Au! Ergh sakit!"

"Ya Allah.Sayang! Kenapa ni?! Sini!"

Laju sahaja Adrian mendekati Aisy yang jarinya baru sahaja terkena pisau.

"Kan dah cakap jangan buat.Biar Mak Mah yang buat.Kan tangan ni luka dah.Nasib tak dalam tau luka ni!" Nada suara Adrian jelas kedengaran marah tetapi masih lagi berlembut.

"Dahlah,Iyan.Jangan marah kat Aisy tu.Dia bosan tu, takde nak buat apa.Itu yang dia tolong Mak Mah kat dapur.Mak Mah tak suruh.Dia yang nak sangat tolong"

"Mak Mah dah siap ke belum ni? Kalau banyak lagi~ Mak Mah tinggal ajelah.Nanti esok-esok Iyan tolong"

"Eh, takpelah sikit lagi ni.Dah nak siap"

Adrian hanya mengangguk.

"Jom,Aisya.Naik atas"

Adrian menolong Aisy naik ke tingkat atas.

"Abang dah siap balut jari ni.Sekarang rest.Tangan tu tak yah gatal sangat.Nak tolong pun biar berpada-pada lah.Benda tu tajam tau"

Sedar tak sedar,mata Aisy mula berair.

"Hey! Kenapa? Sakit sangat ke?!"

"A-abang marah.Tak sayang lah tu!" Terus lebat air mata jatuh mengalir membasahi pipi.

"Hey! Mestilah sayang.Orang kalau marah tanda nya sayang.Ish ish ish dia nih!Sorry,kalau abang marah kasar sangat.Abang tak buat lagi dah"

Aisy hanya mengangguk lalu dia mengelap air matanya.

Skip ⏮️...................

"Aisy.Kenapa jari tangan tu?!"

"Ouh.Kena pisau tadi"

"Haa,Iyan.Bagi je isteri tu buat kerja rumah? Nak ken..."

"Tak.Jangan salahkan abang.Aisy yang nak sangat buat.Abang dah cakap tak payah,itulah mendapat tu"
Aisy tersengih seketika ke arah T. Adnan.

"See! Ramai yang risau?!" Bisik Adrian di telinga Aisy.

Aisy hanya sengih.

"Ni,Iyan.Mummy kamu ke mana? Batang hidung pun tak nampak lagi ni"

"Itu lah tu.Mummy memang ada cakap yang dia keluar lambat sikitlah balik.Tapi ni dah tak sikit.Lambat sangat dah ni.Daddy tak try call ke?"

"Tak payah.Risau juga orang dalam rumah ni ya kalau mummy balik lewat? Ingat kan dah tak risau.Ye lah! Asyik teringat pada perempuan tu je!"

Panjang umurnya.

"Yang awak ni dah kenapa? Balik je tiba-tiba beremosi pula"

"Takde apa.Saya naik dulu lah.Panas sangatlah duduk sini.Semua tak rasa panas ke?!"

T. Maria pun naik ke tingkat atas selepas menayangkan muka menyampah pada Aisy.

"Aisy.Jangan ambil hati dengan apa mummy cakap tu ya.Daddy nak minta maaf bagi pihak mummy"

"Eh,takpe daddy.Aisy faham.Mummy masih belum terima Aisy lagi.Tapi nanti mummy terima juga Aisy"

'mummy akan terima Aisy bila Erin dah selamat jadi menantu mummy,kan?!'

Skip ⏮️..............

"Sayang.Tidur jom!"

"Alaa,nantilah kejap.Nak tengok tv ni"

Adrian menggelengkan kepalanya.

"Tv tu tak lari pun.Esok boleh tengok lagi lah"

Aisy tidak menghiraukan kata-kata Adrian.

Akibat geram,Adrian bertindak memeluk Aisy dari belakang.

Dia mengusap perut Aisy lembut sambil dagunya ditongkat pada bahu Aisy sebelah.

Sangkanya Aisy akan rimas atau menepis tangannya, namun,perkara itu sama sekali tidak berlaku.Sedar sahaja dia bahawa Aisy terlalu leka menonton televisyen.

Setelah cerita itu habis,Aisy menutup televisyen.

Dia baru sedar yang Adrian telah tidur sambil memeluknya erat.

Aisy senyum seketika.

"Abang.Bangunlah.Jom kita tidur atas"

Adrian tersedar apabila Aisy melepaskan tangannya dari memeluk pinggang Aisy.

"Sian dia.Mesti penat layan karenah saya kan? Sampai tertidur!"

Adrian menggelengkan kepalanya sahaja sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience