Setelah pukul 10.15 malam,Aisy baru tiba di rumah.
Masuk sahaja dia terus ke biliknya untuk membersihkan dirinya.
Malam itu Aisy belum mengantuk.Jadi dia mengambil keputusan untuk ke ruang tamu menonton televisyen.
Sempat dia ke dapur membancuh air teh panas beserta beberapa keping biskut kering untuk dibawa ke ruang tamu.
Pukul 12 tengah malam.............
Adrian yang berasa haus terus turun ke tingkat bawah.
Terkejut juga dia apabila mendengar bunyi televisyen di ruang tamu.Orangnya tiada pula di situ.Lantas dia ke dapur untuk meminum air sebelum dia bergerak ke ruang tamu untuk menutup televisyen.
Baru sahaja ingin menutup televisyen,hati Adrian mulai berasa lega kerana Aisy sudah berada di depan matanya.Takut sahaja dia Aisy tidak pulang ke rumah. Sudahlah dia tidur tanpa mencari Aisy dalam tempoh yang lama.
"Aisya,hey! Kenapa tidur sini?!" Melihat Aisy yang sedang nyenyak tidur,tidak jadi untuk Adrian naik angin.
Mana taknya? Muka Aisy dalam keadaan yang sangat comel waktu dia tidur.
Adrian menyimpan dulang yang berisi air teh panas dan biskut kering itu ke dapur.Sejurus selepas itu,dia bertindak mencempung tubuh Aisy ke tingkat atas.
Skip ⏮️....................
Pukul 7.30 pagi..............
"Aisya. Semalam kau pergi mana? Puas aku cari kau. Kenapa aku call, text,semua tak reply?"
"Saya minta maaf.Petang semalam saya rasa sakit kepala dan loya.Malam tu saya tengok jam,awak tak balik lagi jadi saya pergi sorang saja ke klinik.Kata doktor saya terkena poison food"
Adrian hanya mengangguk.
"Dahtu kenapa tak text bagitahu? Aku call kau kot. Pun tak angkat"
"Saya minta maaf" Aisy ingin berlalu untuk bersiap ke kolej tetapi tangannya terlebih dahulu disapa oleh Adrian.
"Aisya.Okay, i'm sorry.Aku tahu apa yang kau nampak kelmarin tu buatkan kau marah.But now,aku tak nak Erin tahu tentang hal kita sekarang ni.Aku masih sayangkan dia.Kalau dia dah tahu hubungan kita dah terlebih rapat,aku tahu dia akan tinggalkan aku bila-bila masa saja"
"Takpelah.Saya faham.Hati saya kalau sakit pun,saya juga yang tanggung sendiri.Takde orang lain pun boleh tolong" Aisy pun berlalu pergi.Nada dia bercakap lembut sahaja supaya Adrian tidak lah rasa tujuan dia berkata begitu adalah untuk memerli.
'Awak memang bukan hak milik saya kan? Hati saya langsung awak tak jaga.Awak bagitahu awak bagi saya peluang.Awak nak bukakan hati awak untuk saya. Tapi ni apa, Adrian?'
Seminggu kemudian............
"You! Asal i ajak you keluar you asyik mengelak nak jumpa haa? You ada buat apa-apa ke belakang i yang i tak tahu?"
"Takde lah.I cuma busy beberapa hari ni. Assignment i banyak lagi yang tak buat.Tolong faham i, Erin"
"Busy nak siapkan assignment ke or busy melayan perempuan tu?"
"Yang you ni apa hal tiba-tiba keluar topik pasal orang lain nih?! I dah cakap i busy buat assignment.You tak faham ke?!" Bengang dia apabila Erin seakan tidak memahami dirinya.
"Ok,fine! Baguslah kalau you tak menggatal dengan perempuan tu.I tak nak you boleh rasa terpikat dengan dia sikit pun.Kalau you nak tahu,perempuan tu dah tak suci"
Kata-kata Erin telah membuatkan tangan Adrian berhenti dari menaip di papan kekunci komputer.
"Apa maksud you nih?"
"Huh! You tak tahu apa-apa ke? Benda dah viral! Satu kolej ni tahu yang perempuan tu dah tak suci!"
Menyirap darah Adrian apabila Erin berkata begitu tentang Aisy.Tambahan pula dia tidak tahu apa Erin ingin katakan.
"Apa you merepek ni? Viral apa?"
Erin menghulurkan telefonnya kepada Adrian.
Adrian terus menyambut huluran itu lalu dia melihat apa yang terpapar di skrin telefon.
Gambar di mana Aisy dan Irfan berpelukan di restoran.
Skrin diseret ke kanan untuk melihat gambar seterusnya.
Gambar itu menunjukkan Irfan melutut di hadapan Aisy dengan memegang sebuah kotak merah seperti ingin melamar.
Lagi menyirap darah Adrian.
"Mana you dapat gambar ni?" Dia bertanya dingin.
"Well,i ternampak diorang haritu.You ingat kan,kita pergi mall haritu and then you balik awal dari i sebab kita gaduh?"
Adrian mengangguk tanda ingat.Setahunya dia,Aisy berkata dia telah ke klinik kerana mengalami keracunan makanan.Tidak pula Aisy katakan pada dia ingin jumpa Irfan.
'Maknanya Aisy tipu aku lah?!'
"Diorang buat apa kat restaurant tu? Irfan betul-betul melamar dia ke?!" Jelas suara kedengaran seperti cemburu dan menahan marah.
"You~! Of course lah melamar.You tak nampak Irfan tunjuk rantai depan Aisy tu?! Kalau tak takde maknanya diorang nak berpeluk bagai kan? Alaa macam lah you tak biasa? Haritu sebelum kita decide nak kahwin,you yang melamar i macam tu juga kan? How sweet is Irfan. Lepasni senang lah kerja you,kan?!"
"What?"
"Ye lah.Nanti kalau you bercerai dengan perempuan tu, at least mummy and daddy you dah tahu perangai sebenar Aisy tu and diorang akan fikir tindakan you tu betul.Buat apa lagi nak simpan perempuan tu dalam keluarga you kan? Menyemak aja.You pun bukannya sayang dia.You kan dah ada i!"
"Erin you kena ingat yang you juga dah reject i haritu. You beria sangat tak nak i ceraikan Aisy.I dah cakap you tak boleh nak move on dari i.You tengoklah sekarang.We still a couple right?!"
Adrian tersenyum sinis.
"Biy! No lah! I cakap macamtu sebab i kecewa dengan Aisy lah.I tak sangka dia boleh buat macamtu.Lagipun you tahu kan bila orang marah tak boleh nak tahan sabar!"
"So siapa yang viralkan cerita ni? You yang buat?"
"Nope! Kebetulan budak satu kolej dengan kita ada kat situ.Dia yang ambil gambar and share this.I just ambil gambar sebagai bukti.I nak tunjuk perangai sebenar Aisy pada you.Ni masa dia kahwin dengan you.Kalau sebelum kahwin dengan you pun,Aisy tu dah liar.Dia asyik menggatal dengan Irfan almost all day,straight!"
Erin membatu apikan Adrian.
"Apa you cakap ni betul ke? I tak percaya lah. Dia tu pakai tudung tutup semua"
"That's why,don't judge a book by its cover.Orang yang bertutup lingkup tak semestinya baik.Tak semestinya dia pandai jaga maruah diri dia.Baik tak payah pakai lah tudung tu! Free hair je senang.Tutup pun tak guna kalau perangai haram jadah macamtu!Fasik sangat!"
"Erin! Tak baik cakap macamtu.I know you hate her but please don't tell like that.Nih,you bila nak start pakai tudung? I know i still takde hak nak tegur sebab i belum sah jadi suami you,but i nak you tutup aurat.Nanti kalau dah jadi isteri i,aurat you hanya i saja yang boleh tengok.I tak suruh you berubah secara drastik terus. Slowly je. You boleh buat kan? Ni adalah satu cara yang boleh i tolong.Kalau you still tak pakai,and i tak tegur boleh jadi i berdosa sekali"
"Nantilah i fikir" Erin menyedut minumannya dengan rakus.Terasa panas pula tiba-tiba di situ.
Skip ⏮️....................
"Awak dah balik? Nak makan tak? Kalau nak,saya hidangkan sekarang"
Adrian tidak menghiraukan kata-kata Aisy.
Sebaliknya dia menuju ke ruang tamu lalu merebahkan badannya ke sofa.
'Dah kenapa dengan dia tu? Buat aku macam tunggul pula?!'
Lalu Aisy menuju ke tempat Adrian berada.
Aisy cuba memegang tangan Adrian perlahan-lahan untuk bersalaman.
Adrian menepis kasar apabila Aisy ingin mencium kekura tangannya.
"Apa nih? Aku jijik lah dengan tangan kotor kau nih!"
Adrian menengking pada Aisy membuatkan Aisy sedikit terkejut dengan perubahan pada diri Adrian.
"A-awak kenapa ni? Ada masalah? Share lah dengan saya.Mana tahu saya boleh tolong?"
"Eh aku tak perlukan pertolongan kau lah! Kalau aku ada masalah sekalipun bukan kau lah tempat untuk aku rujuk,tempat untuk aku luah! Sebab kau tak layak!"
"Apa yang buat awak berubah jadi macam sebelum mula-mula pernikahan kita? Saya isteri awak, Adrian! Apa yang tak layaknya?" Tiba-tiba sahaja balik,dirinya ditengking begitu.
"Isteri kau cakap? Aku lebih rela tak mengaku kau tu isteri aku lah pada orang ramai! Dengan perangai tak ubah macam setan! Ada hati nak gelar diri tu isteri aku?"
"Saya tak faham.Apa yang saya dah buat sampai awak tuduh saya macam ni?"
Adrian mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dihulurkan pada Aisy.
Aisy sangat terkejut apabila melihat gambar itu ada dirinya bersama Irfan.Posisi melutut,memeluk satu sama lain, dan makan bersama-sama.
"M-mana awak dapat gambar ni?" Sedikit gugup dia berkata.
"Tch! Asal kau gagap? So betullah ya,Irfan melamar kau? Dia nak kahwin dengan kau?!"
Aisy sedikit tersentak.Benda merepek apa yang Adrian katakan padanya?
"Apa awak ni? Melamar apa bendanya?"
"Kau ni memang tak serik kan? Dah berapa kali aku cakap yang aku tak suka kalau ada orang tipu aku, khianat aku!"
Adrian menarik rambut Aisy membuatkan kepala Aisy terdorong mendongak ke atas.
"S-sakit awak! Ke-kenapa awak ni? S-saya takde buat apa-apa pun dengan Irfan malam tu" Aisy sudah meringis sakit disebabkan tarikan yang agak kuat dari Adrian.
"Kau masih nak nafikan? Bodohnya kau nih! Dah terang-terang dalam gambar tu kau berpegangan tangan dengan si jantan bodoh tu siap peluk melutut bagai lagi! Kau masih kata tak buat apa-apa? Mana kau letak maruah diri kau ni haa, pompuan? Bawah tapak kaki kau ke? Benda ni dah tersebar! Satu kolej dah tahu apa yang kau buat dengan jantan tu lah!"
Tempik Adrian di telinga Aisy.Sudah tidak dihiraukan waktu yang sudah lewat malan itu.
"A-awak,percayalah! Kitorang betul-betul takde buat apa-apa pun malam tu.Gambar tu diedit!" Bohong Aisy.
Ya! Gambar yang ditangkap itu memang semuanya betul dan tiada siapa pun tahu bahawa Aisy dan Irfan ialah sepasang kembar yang terpisah.Jadi tak salah lah jika mereka berpelukan atau sebagainya dan mereka masih tahu batas dalam pergaulan adik-beradik.
"Apa yang edit? Kau ingat aku ni bodoh sangat ke tak boleh cam mana satu gambar real atau edit?!"
"Okey, fine! Saya mengaku Irfan ada peluk saya di tempat kejadian!" Kini tiba giliran Aisy untuk menengking Adrian pula.
Kata-kata Aisy membuatkan perbuatannya terhenti.Dia perlu mendengar apa yang Aisy ingin sampaikan supaya dia boleh tahu siapa yang bersalah dalam hal ini.
"Irfan cuma nak tolong saya.Ada budak terlanggar saya lepas dia lalu melintas tempat kitorang duduk. Lepastu ada orang kat belakang Irfan tak perasan sebab dia main phone.Irfan dah nak lari tapi disebabkan orang tu, Irfan tertolak ke depan dan terkena saya! Itu sebab awak tengok dalam gambar tu Irfan peluk saya" Kata Aisy tersedu-sedan.
"Kau tak payah menipu lah Aisy! Kau ingat aku percaya? Jantan tu siap melutut bagai depan kau! Suka lah kau kan?!"
"Ya Allah! Boleh tak awak jangan tuduh saya melulu? Dia melutut pun salah ke? Dia nak tunjukkan pada saya rantai yang dia ada.Rantai dia sama dengan rantai yang saya pakai sekarang! Cuba awak tengok nih!" Aisy menunjukkan rantai yang dimaksudkan kepada Adrian.
"Rantai ni peninggalan arwah umi saya.Irfan juga dapat! Dia nak jumpa saya sebab nak bagitahu pasal rantai ni! Ni lah rahsia yang dia maksudkan yang dia nak cerita pada saya kalau saya ikut serta kem haritu.Puas hati awak sekarang?!"
"Penipu! Apa kaitan dia dengan family kau?Takde kan?"
Aisy terfikir seketika.Dia tidak mahu Adrian tahu mengenai hubungannya dengan Irfan buat masa sekarang.Dengan cara tu,dia boleh gunakan Irfan untuk melihat tahap cemburu Adrian jika dia dan Irfan terlalu rapat. Dia tahu jika dia buka mulut sekarang, entah Adrian akan mempercayainya ataupun sebaliknya.
"Ya,memang takde.Tapi satu fakta yang awak belum tahu yang kitorang dah lama kenal sejak dari sekolah rendah lagi.Kitorang just simpan rahsia ni supaya orang lain tak tahu.Kitorang tak nak andai satu hari kalau akan ada pergaduhan besar atau kecil, contohnya saya dan Erin.Kitorang tak nak bila bergaduh dan terbukti bukan salah saya tapi ada juga yang masih menuduh saya lepastu Irfan back up saya.Nanti bila dia dah back up mesti semua orang kata tak adil lah back up kawan baik sendiri.Orang akan anggap Irfan back up saya sebab dengan alasan kawan yang dah lama kenal"
Jeda seketika.
"Kau ingat aku nak percaya ke dengan kata-kata kau nih? Eh kalau betul lah Irfan tu tak sengaja terpeluk kau takde maknanya kau beria sambut balik lah! Kau boleh lagi gelak ketawa dengan dia! Kau nak tipu aku apa lagi haa? Menyesal lah aku bagi kau peluang! Kau memang tak layak walau secebis pun untuk masuk dalam hati aku!"
Adrian ingin berlalu pergi naik ke tingkat atas dengan darahnya masih mendidih dengan apa yang Aisy katakan padanya.
"Saya pregnant, Adrian" kata Aisy dengan perlahan.
Adrian datang mendekati Aisy.Walaupun perlahan sahaja,namun masih didengari oleh Adrian.
"Apa kau cakap?!"
"Ya! Saya mengandung"
Adrian menarik rambut Aisy dengan kuat.
"Kau dah mengandung anak siapa nih? Anak si jantan bodoh tu ke?"
Aisy hanya diam dengan menahan sakit akibat rambutnya yang ditarik.
"Aku tanya ni,jawablah pompuan!" Adrian menunjal dahi Aisy sehingga terdongak Aisy seketika.
"Soalan bodoh apa awak tanya nih? Nih anak kita! Saya masih waras lagi nak buat benda terkutuk atau tak dengan orang lain lah!"
Aisy menarik tangan Adrian supaya berhenti dari menarik rambutnya.
Kata-kata Aisy membuatkan Adrian sedikit tersentak.
Lalu fikirannya menerawang jauh mengingati kata-kata Erin dan juga dirinya.
Flashback........
"You ingat tau! You kena pastikan you betul-betul tak jatuh cinta pada dia and you takkan tergoda langsung dengan dia.If i know you dah buat dia pregnant,better sampai sini je lah our relationship!"
"Hey! No, sayang.I janji dengan you yang i takkan langsung terpikat dengan dia.Datanglah macam mana sekalipun godaan dia terhadap i, i'm really sure yang i akan bagi something yang dia takkan lupakan sampai bila-bila!"
Mereka berdua tersenyum sinis.
End flashback......
Fikirannya menerawang lagi.....
"Aisya.be mine tonight"
"Please,Aisya.Jangan tolak aku please!"
'T-tak.Tak mungkin!' Getus di hatinya.
"Hari awak keluar dengan Erin,saya ada cakap saya pergi klinik.Saya bukan keracunan makanan,but i get to know that I'm pregnant.Tadi lepas kelas saya pergi check up lagi dan kiraannya sekarang dah masuk 2 bulan lebih" Kata Aisy.
Jujur dia katakan yang dia memang mengandung.Dia ingin katakan perkara itu pada malam haritu juga,tetapi
dia kesiankan Adrian.Bukan dia tidak tahu.Balik-balik sahaja dia terus menuju ke bilik Adrian.Ternyata Adrian sudah pulang dan tengah lena tidur.Jadi dia tidak sampai hati untuk kejutkan Adrian yang telah lena.
Dia juga berpura-pura merajuk dengan Adrian disebabkan perlakuan Erin yang membuatkan dia dan Adrian tidak meluangkan masa bersama.
"Tak! Aku tak percaya itu anak aku.Kau saja nak perangkap aku kan? Ini anak Irfan kan?!"
"Terpulang lah Adrian Mikhail! Saya dah cakap benda yang betul.Awak tak nak percaya atau nak percaya itu hak awak.Kalau awak rasa ini anak Irfan then teruslah tuduh saya sebab saya tak rugi apa pun!"
Sebelum Aisy berura-ura pergi dia sempat berkata dengan nada yan lemah.
"Awak boleh cakap apa awak nak.Awak tak fikir ke apa balasan kalau seorang isteri curang dan berzina belakang suami dia? Awak ingat saya tak fikir semua tu ke? Huh! Bukan awak ke yang nak sangat saya malam tu? Bila dah sampai saya mengandung,awak tak mengaku pula? Hebatnya lakonan awak ni kan? Kononnya bagi orang peluang!........Buat sakit seluruh badan saya je lah percaya bulat-bulat kata awak!"
"Eh kalau kau dah penat kau boleh stop lah! Aku ke yang paksa kau bertahan dengan aku? Aku ke yang buat perjanjian untuk bertahan sampai 10 bulan tu? Aku atau kau?!"
"Ya.Memang saya buat.Awak dah ada jawapannya.Saya hampir penat dengan usaha saya ni tapi saya masih ada berbaki beberapa bulan je lagi untuk dapatkan hasilnya.Kalau takdir kata,kita memang akan dipisahkan selepas beberapa bulan ni,saya redha.Dan kalau masa tu saya dah mati rasa, atau apa lah sekali pun! Saya dah tak akan cari awak sampai saya mati! Awak pegang kata-kata saya tu!"
Aisy berlalu pergi meninggalkan Adrian di situ.
Skip ⏮️...............
Dua minggu kemudian...........
Aisy menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa.
Hatinya saat itu seperti hanya sebiji batu berbentuk hati yang berada di dalam tubuhnya.Dia sudah muak dengan gosip murahan tentang dirinya yang tersebar beberapa bulan yang lepas sehingga dia makan pun dia tidak lalu.
Ada beberapa pelajar di kolej yang mengumpat tentang dirinya secara berhadapan dengannya dan ada yang berbisik-bisik.
Tambah lagi ramai juga yang perasan akan perutnya sedikit timbul.
Ramai yang membuat tanggapan salah tentang dirinya.
Apa yang perlu dia hairan? Mulut orang tidak boleh ditutup.Hidup juga perlu diteruskan.Hidupnya bukan bergantung sepenuhnya pada andaian atau tanggapan buah mulut orang.
Walau apapun yang terjadi tentang hubungannya dengan Adrian,dia masih tidak menceritakan kepada abang kembarnya.
Tiada siapapun yang tahu bahawa Aisy adalah orang yang sangat suka berahsia.Senyuman palsu di luaran ditayangkan.Kesedihan yang realiti sebenar dalam hidupnya disembunyikan seolah-olah dia menjalani kehidupannya dengan penuh bahagia tanpa sedikit sangsi oleh orang lain.
Di kafe............
"Aisy kau okey tak ni? Aku nampak muka kau pucat gila.Letih lesu pun ada.Ke kau nak kitorang bawa kau ke klinik?" Tanya Aryan dengan penuh kebimbangan.
Ya.Dia sudahpun berbaik dengan Aisy.Selepas beberapa hari dia pulang dari kem,dia telah berjumpa dengan Aisy dengan bertemankan Irfan untuk meminta maaf.Dia sedar atas apa yang dia dah lontarkan benda buruk tentang Aisy sedangkan memang betul itu bukan salah Aisy.Dia juga telah mendapat tahu bahawa Irfan adalah kembar tak seiras Aisy.Lagilah dia berasa sangat serba salah dengan Aisy.
"Aku okey je lah.Memanglah nampak pucat sebab aku takdelah suka sangat pakai make up.Lagipun harini aku rush sampai kolej sebab aku tak boleh tidur semalam.
Lipstick pun tak sempat nak pakai sampai sini"
Kata Aisy seraya menghadiahkan senyuman yang manis kepada Aryan dan Irfan.
"Dik,kau tak yah tipu kami.Kalau tak ok,bagitahu je tak! Aku dengan Riyan boleh bawa kau pergi klinik lah!"
Hati Irfan juga gusar melihat keadaan Aisy sekarang.
"Aisy aku nampak sekarang kau kurus sangat.Macam takde isi langsung.Kau tak makan ke? Kalau ye pun kau takde selera tapi kau fikirlah pasal kandungan kau tu. Baby perlukan makanan juga.Kau tak boleh ikut suka kau je.Cuba cakap.Ini semua sebab Adrian ke?!"
Sangkal Aryan.
Laju Aisy menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan pernyataan Aryan.
"Cakap kat kitorang.Dia ada dera kau ke? Dia bagi layanan yang baik dekat kau sepanjang kau jadi isteri dia?" Irfan bertanya dengan nada yang tegas.
"Dia layan aku dengan baik jelah.Dia takde sakitkan aku pun.Dia dah banyak kali pesan kat aku yang aku kena makan untuk bagi tenaga pada aku sendiri and untuk baby.Cuma aku yang tak dengar cakap dia. Sebabtu lah semakin hari semakin kurus.Entahlah! Semenjak dua menjak ni aku takde selera sangat nak makan" Bohong Aisy.
Adrian ingin mengambil berat tentangnya sekarang?
Bercakap sahaja jarang, apatah lagi ingin mengambil berat?
"Kenapa kau takde selera? Atau kau masih fikirkan orang yang mengata pasal kau? Aisy kalau sebab hal tu,biar aku dengan Irfan tolong clearkan nama kau.Lagipun takde orang tahu yang korang ni kembar.That's why diorang pakat fitnah korang berdua.Jangan risau.Aku akan jelaskan hal ni pada Adrian dulu sebelum aku sebarkan pada semua orang"
Aisy menggeleng laju.
"Tak.Tak payah.Biarlah diorang nak fikir apa pun.Aku tak kesah dah pasal diorang.Sekarang ni aku tengah fikir pasal masa depan aku je.Kau tak payah bagitahu Adrian sekali.Aku dah decide yang aku nak pergi jauh dari hidup Adrian lepasni.Lantak dia lah kalau dia pun tak percaya cakap aku ke apa"
Aryan dan Irfan saling berpandangan.
"Kau nak pergi mana dik?" Tanya Irfan kehairanan.
"S-sebenarnya.Aku ada buat perjanjian dengan Adrian.
Dalam masa 10 bulan,kalau aku tak berjaya dapatkan hati dia,aku sendiri yang akan pergi.Aku dah janji dan aku dah nampak yang hubungan kitorang takkan kekal sampai bila-bila pun.Memang betul pun apa kau kata pada aku,Riyan.Selamanya hati Adrian hanya milik Aireen Erina.Dia yang berhak dapatkan cinta,kasih dan sayang daripada Adrian.Aku tak berhak.Aku yang masih hadir dalam hidup diorang sekarang hanyalah untuk dikenali sebagai perampas.Ya! Aku dah rampas kebahagiaan Erin.Kawan baik aku sendiri.Aku dah buat hidup diorang menderita sebab masing-masing saling menjauh disebabkan aku yang dah jadi tembok penghalang hubungan diorang" Jelas raut wajah Aisy kecewa.
"Tak,Aisy.Aku salah.Aku minta maaf sebab dah tuduh kau macam-macam.Aku tahu aku dah melampau. Sekarang baru aku sedar betapa berharganya aku ada kawan macam kau.Aku baru tahu sifat sebenar Erin. Hebatnya dia.Langsung tak rasa malu.Dia tahu Adrian tu suami orang dan dia masih berkepit dengan Ad! Aku menyesal sebab dah percaya dengan air mata palsu dia! Sekarang aku dah muak tengok lakonan dia.Kau tak sakit hati ke Aisy,tiap kali terserempak kau tengok Erin berkepit dengan Ad?!"
"Buat apa nak sakit hati? Dia bukan suka aku pun.Dan padanlah muka aku! Nak sangat dekat orang yang memang tak sudi nak pandang aku.Dah mendapat lah ni!" Ketawa dibuat-buat.
"Weh! Kau tengok tu!" Aryan menunjuk ke arah Adrian dan Erin yang sudah hampir dengan mereka.
"Haa,itu lah kau! Seru lagi nama diorang banyak kali! Kan dah lalu depan-depan tu! Okeylah.Aku gerak lu lah! Tak pasal-pasal dia berhenti sini.Tak nak aku bertembung" Aisy baru sahaja bangun tetapi dirinya ditegah untuk duduk semula.
"Eh eh! Kau nak ke mana ni? Tunggu sini dulu lah!"
"Hish! Apa kau ni bang? Aku nak balik lah! Waktu kelas dah tamat.Aku letih lah.Nak balik nak rehat!" Rungut Aisy.Sudahlah kepalanya mula berasa pening.
"Eii! Kau dah lupa ke? Kita jumpa ni sebab aku nak kau jumpa seseorang!'
"Ihh! Lambat sangat lah orang tu! Nak suruh kau berjanggut dulu ke baru dia nak datang?!"
"Fun fact tentang Aisy Anneliese Andrea ya! Baru aku tahu sebenarnya kau ni banyak merungut,manja mencebik, semualah! Kau ni comel lah!"
Aisy mula berasa seram sejuk dengan pujian dari Aryan.
"Seriously kau nak try adik aku?!" Tanya Irfan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang Aryan katakan.
"Alah relaks lah bro.Kalau nanti Adrian tak nak,aku yang nak! Tak salah mencuba.Kan Aisy?!"
Aryan tersenyum miang.
Melihat muka Aisy yang sedikit serious membuatkan Aryan gelabah teruk.
"Err..err..erm,Aisy.Aku gurau je tau.Jangan ambil serious. Kau pun tahu kan perangai aku macam wayar otak putus kan? Alah kau faham-faham jelah erk?!"
Aryan menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal.
Tiba-tiba dia mendengar letusan tawa Aisy keluar membuatkan dia menjuihkan bibir.
"Tahu takut!" Aisy sambung gelak lagi.Aryan mencebik sahaja.
Semasa Adrian dan Erin mahu melintasi mereka, sempat mereka mendengar apa yang Erin katakan dengan nada memerli.
"You,i think kita pergi lunch dekat mall aja lah! I rasa dah muak dengan tempat ni.Orang yang ada dekat kafe ni pun i dah muak juga tengok!" Kata Erin dengan suara kepit sambil membuat gaya tengah loya.
"Okay,then we need to go right now" kata Adrian selamba seolah-olah Aisy tiada disitu.
Aisy yang kena Aryan yang panas hati.
Dia memegang kotak tisu dan bersedia untuk dilempar pada Erin tetapi dihalang oleh Irfan dan Aisy.
"Eii! Eii! Pompuan nih! Gedik nak mampus! Sotong pun tak mengaku lah dia ada keturunan macam nih! Dasar perempuan mulut puaka! Hati dah lah busuk macam bangkai! Kau tunggu lah Adrian! Nanti kalau kau dah tengok perangai sebenar perempuan tu,bukan setakat kentut! Bau mulut perempuan tu pun kau benci nak hadap! Nasib korang halang je ni! Kalau tak dah lama benda kat tangan aku ni melayang kena kepala dia tuh!"
Pfft!
Perlakuan Aryan membuatkan Aisy dan Irfan terbuntai ketawa!
"Weh,dah lah bro! Benci sangat kau ni dengan Erin! Ada ke patut kau bandingkan dia dengan sotong!Hahahaha!" Kata Irfan sambil menahan sakit di perutnya akibat ketawa.
"Kau ni macam baru tahu je?Dia tu memang keturunan sotong! Kau tak nampak ke macam mana cara dia berjalan tadi? Meliuk lentok! Nasib kaki tu tak macam kaki kurita sangat!"
"Weh,korang dah lah.Eih kau nih! Tak baik laa panggil dia macamtu.Tak pasal-pasal bakal suami dia tumbuk muka kau sampai pecah nanti!"
"Siapa je bakal suami dia? Malangnya lahai dapat perempuan macamtu!"
Aisy menggelengkan kepalanya.
"Bang! Lambat lagi ke orang tu nak sampai? Aku dah nak balik lah.Tiba-tiba rasa pening" Jujur Aisy katakan.
"Orang tu cakap dah nak sampai.Kau tunggu sikit lagi boleh? Macam nih! Kalau dalam masa 10 minit ni dia belum datang juga,nanti aku hantar kau balik je lah"
Aisy hanya pasrah dan mengangguk tanda setuju.
"Haa,dia dah sampai.Tengah park kereta.Sabar jap erh!" Kata Irfan setelah melihat mesej masuk.
Seseorang itu telahpun masuk ke kafe.Dia membuat isyarat diam supaya dia boleh membuat kejutan pada Aisy.
Irfan dan Aryan hanya memandang ke lain supaya Aisy tidak mengesyaki apa-apa.
"Bang! Aku balik dulu lah.Kepala ni sakit sangat dah. Boleh tolong hantarkan aku balik tak?"
"Ni betul-betul ke atau alasan? Macam tak nak jumpa je?" Sapa seseorang membuatkan Aisy terkaku di situ.
Tidak percaya apa yang dia lihat sekarang di depan mata.
"A-along?" Air mata mula menitis.
Hafiz mengangkat kedua-dua keningnya apabila Aisy seolah-olah hampir tidak mengecamnya.
"Boleh along......" Belum habis percakapannya,Aisy terus memeluk badannya dengan erat.
"A-along dah balik! Tak bagitahu pun.Dah lah lama tak contact.Hari-hari adik teringat pasal along!" Kata Aisy tersedu-sedan.
Pandangan orang sekeliling sudah tidak dihiraukan.
Ada juga beberapa pelajar kolej yang berada disitu melihat perbuatan Aisy.
"Weh! Lelaki tu siapa dho? Suami Aisy ke? Kalau betul tu laki dia~siapa yang sebar fitnah pasal Aisy dengan Irfan tu, habislah!"
"Weh,laki Aisy tu handsome,bhai! Sepadan gila kalau dengan aku!" Kata seorang lagi.
"Tch! Dengan kau? Perangai pun hauk! Haritu kemain lagi join bawang rangers fitnah bukan-bukan pasal Aisy.Sekarang bila dah tengok laki dia,kau pulak yang miang!"
"Weh! Maknanya tak salah lah kalau Aisy tu pregnant. Dia dah ada laki kan?!" Kata seorang lagi.
"Erm,ya tak ya juga! Tapi aku tertanya-tanya pasal Aisy dengan Irfan tu haa.Apa pula hubungan diorang? Pasal gambar yang tersebar tu betul ke? Tapi lah kan. Nahaslah kepada siapa-siapa yang dah fitnah Aisy macam-macam tu!"
"Eh,korang nih! Jaga tepi kain orang pula! Dah Dahlah ambil tahu hal orang je! Study lah pula! Sem akhir dah nak kunjung tiba.Korang dah ready ke?!"
Kedua orang itu hanya menjuihkan bibir.Sentap dengan kata-kata kawannya sorang lagi.
"Along bila balik? Dah lama ke sampai sini?"
"Takdelah.Along baru je sampai sini,hari ahad lepas"
"Asal tak bagitahu nak balik? Kalau tak adik dah jemput along kat airport sana!" Aisy memuncungkan bibirnya.
"Mana boleh bagitahu.Kalau adik dah tahu,dah tak jadi suprise lah namanya"
Irfan hanya mengangkat bahu apabila Aisy melihat ke arahnya.
"Ni,along dah balik.Kau makan lah sikit,dik!"
Aisy mengangguk seraya tersenyum lebar.
"Along suapkan boleh er?"
Hafiz hanya mengangguk.Mengikut sahaja permintaan adiknya.Sememangnya Aisy sangat rapat dengan Hafiz sejak kecil lagi.Disebabkan telah berpisah selama dua tahun,semakin menjadi-jadi perangai manja milik Aisy timbul.
Tambahan pula dia sedang mengandung. Tahu-tahu sahaja lah.
"Dik! Along tahu adik tengah pregnant sekarang.Ni kenapa kurus sangat,hmm? Muka pun,pucat! Si Adrian tu tak bagi adik makan ke?"
Aisy sedikit tersentak apabila tentang Adrian dipersoalkan.
"Along dah tahu semuanya.Irfan dah bagitau along.Dan along juga dah tahu korang berdua ni kembar"
"Tak.Ni semua salah adik juga.Nak teruskan juga perkahwinan ni.Nak tak nak adik kena hadap juga.Tapi along jangan risau! Adik dah ambil keputusan lepas dua bulan nanti,kitorang nak berpisah.Dia buat hal dia,adik buat hal adik"
"Ni kandungan dah berapa bulan?"
"Dah nak masuk 5 bulan.Kenapa along tanya?"
"Ouh,awal lagi.Dik! Mana boleh bercerai lagi.Adik kan tengah pregnant.Bila dah bersalin nanti baru kita boleh buat keputusan semua.Habistu sekarang ni adik masih duduk dengan Adrian?"
Aisy mengangguk.
"Kalau macamtu minta izin dari dia.Buat masa sekarang biar adik tinggal dengan kami je sampai nak berpisah"
"Kami?"
"Ouh,lupa.Duduk rumah mummy daddy angkat kita lah"
Aisy mengerutkan dahinya tanda tidak faham.
"Jangan risau.Mummy dan daddy dah anggap kita semua dah macam anak kandung diorang.Lagipun rumah tu besar,takde siapa nak duduk.Ni bukan aku pandai-pandai buat keputusan tau! Mummy dengan daddy sendiri yang pelawa.Jomlah tinggal sekali. Lagipun takdelah sunyi rumah sana nanti" Kata Irfan.
Aisy terfikir sejenak.Masih berbaki beberapa minggu.
Dia perlu jayakan usahanya.
'Tak! Masih ada beberapa minggu lagi.Kalau kau keluar dari rumah dia sekarang,dia akan anggap kau lemah dan seorang yang tidak menepati janji! Kau nak jadi munafik?'
"Takpe.Adik duduk dengan Adrian lagi beberapa minggu.Nanti kalau dah ready,adik call along atau Irfan datang ambil,boleh?!"
Hafiz memandang ke arah Irfan.Irfan pula hanya mengangguk tanda setuju.Tidak ada niat untuk memaksa adiknya.
Aryan yang berada disitu hanya mendengar perbualan adik-beradik itu.
'Kau untung sebenarnya,Ad! Dapat isteri sebaik Aisy. Abang ipar pula sebaik ni. Kau rugi Ad,kalau kau lepaskan Aisy.Ramai lelaki yang boleh jagakan dia lepasni.Dan aku tak kesah kalau aku perlu rampas Aisy daripada kau'
Share this novel