BAB 16

Romance Completed 6961

Seusai selesai mandi,Adrian terus ke tingkat bawah seperti diarahkan oleh Aisy.

"Awak dah siap mandi?......Jom! Saya dah siapkan makanan untuk awak.Makanlah sikit.Nanti awak kena makan ubat" Lembut sahaja Aisy berkata.

Adrian hanya diam dengan mukanya yang dingin sahaja duduk di kerusi meja makan.

Aisy ingin ke dapur untuk ambilkan air,tetapi pergelangan tangannya terus disambar oleh Adrian.

"Duduk sini.Aku nak kau suapkan aku" Kata Adrian.
Matanya langsung tidak memandang mata Aisy.

Aisy senyum kekok.Dia hanya ikut arahan Adrian. Ini sahaja peluangnya untuk meluangkan masa bersama dengan Adrian.Takkan dia sia-siakan peluang yang ada.

"Sekejap.Saya nak ambil sudu kat dapur"

Setelah diambil sudu dari dalam dapur,Aisy terus menyuap Adrian makan.

"Saya minta maaf tau.Lauk ni biasa-biasa saja saya masak.Tapi nanti tengahari saya buat tom yam.Lauk favourite awak kan?!"

Adrian tidak mengangguk mahupun menggeleng

Disebabkan kejadian 2 hari yang lepas,boleh Aisy nampak Adrian hanya murung.Nak bercakap dengannya pun tidak mahu.Yelah,mungkin disebabkan keadaan Adrian sekarang yang demam.

Sesudah Adrian makan ubat,dia terus berbaring semula di dalam bilik.Aisy turut mengikuti Adrian masuk ke dalam bilik.

Adrian berbaring dan terus membaiki postur badannya.
Aisy pula sibuk menyelimutkan badan Adrian.

"Petang nanti kalau demam awak tak kebah,saya ingat nak bawa awak ke klinik or hospital yang berdekatan. Saya tak nak demam awak melarat sampai seminggu"

'Dan hati saya turut gusar nampak awak lemah macam ni.Kalau awak masih tak sihat, macam mana saya nak pergi?Boleh ke saya tinggalkan awak dalam keadaan sebegini?'

Aisy ingin berlalu pergi tetapi dapat dia rasakan haba tangan Adrian mula menyentuh kulit tangannya membuatkan dia menoleh semula ke belakang.

"Jangan tinggalkan aku" Lemah sahaja suara Adrian berkata.Matanya turut berkaca.

"Eh,awak.Kenapa menangis ni? Dah dah dah.Saya ada ni.Saya teman awak,ya" Aisy terus menghampiri Adrian semula.Tiba-tiba Adrian jadi terlebih manja dengannya.

"Saya pergi ambil baju kejap.Saya nak lipat mana yang patut"

Setelah bakul yang berisi penuh dengan baju diambil, Aisy terus naik ke atas katil.

"Awak tidurlah.Saya nak lipat baju ni.Kalau nak apa-apa bagitahu je.Nanti saya tolong ambilkan.Tak payah susah-susah awak turun bawah nanti"

Adrian hanya mengangguk.Dia pun memejamkan matanya sambil tangannya mula memeluk pinggang Aisy.

Perbuatan Adrian telah menyebabkan degupan jantung Aisy jadi tidak terkawal.

Perasaan apakah yang dia alami sekarang ini? Semakin hari perhitungan mereka akan berpisah, sepatutnya Aisy sudah mula jauhkan dirinya dari Adrian.Tapi disebabkan hal yang terjadi membuatkan dia berfikir panjang.

'Ya Allah! Kau permudahkanlah urusanku.Bagilah aku kekuatan untuk pujuk Erin untuk balik pada Adrian. Sesungguhnya aku tak sanggup tengok Adrian menangis hanya disebabkan Erin.Aku tak sanggup Ya Allah.Aku tahu dia hina aku dan buat aku nampak teruk di mata orang,tapi aku sedar manusia tak pernah lari daripada buat kesilapan.Manusia tak sempurna. Aku tak layak tak nak maafkan perbuatan dia.Aku juga ada buat silap padanya.Ya Allah! Kau biarkanlah aku redha dengan apa yang jadi seterusnya nanti.Kau sembuhkanlah penyakit Adrian.Macam mana aku nak tinggalkan Adrian dengan keadaan dia sekarang.Aku tak sanggup'

Aisy tersenyum bahagia apabila Adrian berbuat sedemikian.Dapat juga dia rasakan kandungannya mula aktif seolah suka dengan perbuatan Adrian yang seolah-olah membelai perutnya.

Aisy menyambung kerjanya melipat kain.

Skip ⏮️............

Keesokan harinya........

Pagi itu seperti biasa, Adrian akan ke kolej.

Sebagai tanda dia ingin berterima kasih,dia mengajak Aisy supaya pergi dengannya sekali.

Aisy tidak menolak.Dia hanya ikut.Tambah lagi dengan dia mengandung.Kebelakangan ini,dia mudah letih.
Kadang dia rasa serba salah sebab dia membuat kerja mengemas rumah tidak habis akibat penat.

"Terima kasih" Aisy menyalami tangan Adrian sebelum keluar dari kereta.

Adrian berjalan seiring dengan Aisy.Entah mengapa dia dapat rasakan tarikan magnet apabila berada dengan Aisy.Dia rasa tak mahu berenggang lama-lama dengan Aisy.

Apabila dia melihat Erin,terus dia menekur lantai.Tidak sanggup dia melihat wajah yang dia sayang telah benci dengan dirinya.

Melihat Adrian begitu,Aisy terus membisik sesuatu pada Adrian.

"Awak jangan risau.Kan saya dah janji,nak satukan awak dengan Erin semula.Saya bukan main cakap aja tau.Saya akan buat benda tu.......Takpe.Kita bagi Erin masa sedikit,ya" Aisy menghadiahkan senyuman kecil.

Dia bukan sekadar melaksanakan janji yang biasa,tetapi janji yang berisi.

Dihatinya ada rasa sakit.Tipu jika dia kata tidak.Tapi dia melakukan semua ini hanya disebabkan ingin melihat Adrian hidup bahagia dengan pilihannya sendiri. Dia sememangnya mencintai Adrian,tetapi dia tidak boleh memaksa supaya Adrian perlu menerimanya setelah Erin memutuskan hubungan tersebut.

Skip ⏮️.............

Aisy mengemas rumah setelah selesai memasak hidangan untuk berbuka nanti.

Datang pula Adrian ke ruang tamu menyebabkan Aisy berhenti mengemas seketika.

"Awak.Saya nak cakap sikit,boleh?!"

Adrian yang menonton televisyen terus mengalihkan pandangan melihat muka Aisy.

"Saya nak minta kita berbuka di rumah family awak sebelum saya pergi.Boleh ke? Saya nak jumpa Mak Mah, Pak Mat and mummy daddy awak untuk kali terakhir. Lepasni saya dah tak jumpa diorang.Lagipun nanti kita dah buat haluan masing-masing" Aisy senyum kekok.

"Kau tahu mummy aku tak sukakan kau.Kenapa kau masih berdegil nak pergi sana?"

Kata-kata Adrian dibalas dengan sengihan oleh Aisy.

"Saya tahu tengku tak marah and benci saya pun.Dia just tak boleh terima kenapa semua ni terjadi pada keluarga dia.Tambah lagi awak kan anak kesayangan. Dan Erin tu menantu pilihan dia.Saya sedar saya tak layak pun jejak masuk dalam hidup keluarga awak.Dan saya tak minta juga semua benda ni jadi.Saya anggap ni adalah satu ujian dari Yang Maha Esa"

Kata-kata Aisy membuatkan Adrian tidak sedap hati. Aneh sahaja rasa di hatinya.Mengapa ya? Seperti tidak rela ingin melepaskan Aisy pergi dari hidupnya.

"Bila kau pergi dari sini?"

"Dah dekat.Mungkin malam raya.Saya bercadang nak berbuka dekat rumah family awak esok.Macam mana? Atau awak ada kerja? Kita boleh pergi lusa"

"Tengoklah esok macam mana"

Aisy menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih"

"Mak Mah.Dah sediakan lauk yang menantu saya suka? Tak lama dah dia nak sampai sini"

"Ye,dah siap tengku.Tunggu saya panaskan lagi sekali sebab dah sejuk lauk tu"

T. Maria yang mendengar terasa berasap pula telinganya.

"Yang abang ni dah kenapa? Beria teruja bagai! Abang kena ingat dia tu menantu yang kita tak iktiraf tau!"

"Siapa yang tak iktiraf? Itu awak je.Bukan saya! Bagi saya Aisy tu adalah jodoh yang terbaik untuk Adrian"

Tengku Maria menjeling sekilas sebelum dia keluar dari dapur.

Tengku Adnan pula masih teruja, lebih-lebih lagi apabila dia dapat mengetahui yang tidak lama lagi dia akan bergelar seorang datuk.Datuk mana sahaja yang tidak suka menimang cucu bukan?

"Assalamualaikum" Adrian memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah T. Adnan.

"Waalaikumussalam.Eh,ya Allah! Dah sampai anak bertuah ni! Jom jom jom! Masuk!"

Seperti biasa.Aisy dianggap seperti tunggul yang bergerak apabila sampai sahaja di rumah itu.Tetapi dia tidak kesah walaupun dilayan begitu.Niatnya datang bukan untuk buat hatinya sendiri sakit tetapi disebabkan hari itu adalah hari terakhir dia akan berjumpa dengan semua orang di rumah itu. Hari ini sahaja untuk dia rebut peluang berbaik dengan ibu mertuanya sebelum dia pergi jauh dari hidup Adrian.

Di meja makan...........

"Haa,dah nak azan ni.Adrian! Pergi dengar azan kat luar.Panggil isteri kamu masuk sekali" arah T. Adnan.

Adrian hanya akur pada arahan.

"Aisya.Daddy suruh masuk dalam.Dah nak berbuka ni"

"Sekejap.Lagi lima minit saya masuk,ya.Nak tengok pemandangan kat luar rumah ni.Cantik!"

Adrian terus duduk di kerusi yang sudah tersedia ada di luar rumah T. Adnan.

"Kenapa kau nak tengok pemandangan kat sini? Dekat rumah aku tak puas ke?"

"Aawaakk.Dekat rumah sana lain,kat sini pun lain.Kat rumah sana saya hari-hari dah tengok.Kat sini kadang-kadang je boleh tengok.Ni pun untuk kali terakhir.Nanti saya dah tak boleh tengok pemandangan dekat rumah ni"

Kata-kata Aisy membuatkan Adrian sedikit tersentak.
Perasaannya bagai tidak mahu melepaskan Aisy pergi.
Apa yang dia rasakan sekarang hatinya sangat tidak tenteram.Lebih² lagi apabila Aisy berkata begitu. Bukankah dia patut gembira dengan berita bahawa Aisy akan pergi dari hidupnya? Bukankah itu yang dia minta selama ini?

"Dahlah.Pergi masuk.Nanti daddy bising pula"

"Haa,Aisy,Iyan! Kamu berdua masuklah.Biar Pak Mat saja yang tunggu azan"

Adrian hanya mengangguk tanda setuju.

Dia pun mengajak Aisy masuk ke dalam rumah.

"Jom,masuk" Mereka berdua berjalan seiringan,sambil sebelah tangan kanan Adrian diletakkan pada atas bahu Aisy.

Hampir sahaja mereka ingin masuk ke dalam rumah, kedengaran enjin kereta yang kuat masuk ke dalam ruangan garaj.

Tengok sekelip mata pun Adrian dan Aisy tahu siapa pemilik kereta itu.Siapa lagi kalau bukan kereta mewah milik Erin?!

"Saya masuk dulu lah.Awak iring lah Erin sampai dia masuk dalam,ya.Saya dah cakap.Erin tu hati dia sangat lembut. Jangan risau lah.Beberapa minit saja lagi awak akan berbaik semula dengan dia" Aisy menurunkan tangan kanan Adrian yang tadinya diletakkan di atas bahunya dengan perlahan-lahan.

Adrian baru sahaja ingin masuk sekali tetapi dia tidak mahu lepaskan peluang untuk berbaik dengan Erin juga.

"Erin.You datang berbuka di sini? You datang sebab..."

"Cause of your mum.Not because of you!" Erin sengaja berbuat sombong di depan Adrian.

Biarpun dalam hati sudah rasa bahagia disebabkan Adrian masih tergila-gilakan dirinya.

Erin pun masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Adrian.

Semasa berbuka.........

"Haa,Aisy.Kenapa makan sikit je,daddy tengok? Takde selera ke? Makanlah banyak.Kesian nanti kat baby tu"

Aisy hanya mengangguk sambil senyuman kekok diberikan.

"Kamu ni Iyan,tengok aja! Sendukkan lah kuah ke pinggan isteri kamu! Haih!"

Baru sahaja Adrian ingin menyendukkan kuah ke dalam pinggan Aisy,bekas kuah itu telahpun T. maria capai.

"Haa,nah! Makan tau! Inikan laut favourite Erin!"
T. Maria tolong menyendukkan kuah itu ke dalam pinggan Erin.

"Waa.Thanks Mummy.Macam mana mummy boleh tahu ni?" Terasa dirinya sangatlah dihargai.

"Tahu lah sebab Iyan yang bagitahu.Itu sebab dia suruh Mak Mah masakkan lauk ni tadi" Bohong T. Maria.

Padahal sudah terang-terang T. Adnan yang menyuruh Mak Mah masak.Itupun disebabkan Adrian yang memberitahu T. Adnan yang lauk kegemaran Aisy adalah kari kepala ikan.

Setelah lauk itu diletakkan, Adrian pula mengambilnya untuk diletakkan ke dalam pinggan Aisy pula.

"Ya Allah! Sedapnya mummy! Serious tak tipu.Erin nak tambah lagi boleh tak?! Erin nak ikan"

Dan sekali lagi bekas itu dirampas oleh T. Maria untuk diberikan kepada Erin.

Sebenarnya Erin sengaja berbuat demikian.Dia sengaja mahu menyakiti hati Aisy.Dia tahu yang lauk kegemaran Aisy ialah kari kepala ikan.Dan disebabkan itulah dia ingin menyeksa jiwa dan raga Aisy.Dia dapat memerhati wajah Aisy yang jelas terliur melihat kuah itu seolah-olah mengidam.

"Lah! Mummy,lauk ni dah habis lah! I'm so sorry.Lauk ni sikit sangat.Ingat nak bawa balik juga lepas berbuka ni. Boleh sambung makan kat rumah pula.Rupanya dah habis" muka berpura-pura mencebik.

"Kamu tak payah mengada sangat Erin! Lauk tu memang sikit sahaja sebab lauk tu dibuat khas untuk menantu uncle makan.Lauk tu bukan dibuat untuk orang lain sebab kat rumah ni takde yang penggemar kari kepala ikan ni" Kata T. Adnan sedikit dingin.

Nak naik angin juga dia melihat perangai Erin yang baginya nampak agak tidak cerdik dan tidak tahu malu.

"Sorry,daddy.Erin tak sengaja habiskan.Erin memang tak tipu.Kuah ni sedap sangat.Kalau Erin tahu ni untuk Aisy,Erin dah tak makan tadi" Kata Erin dengan nada sedikit berjauh hati.

Biarpun dalam hatinya nak saja menyumpah seranah pada orang tua itu.

"Dah! Makan je Erin.Jangan dilayan daddy tu.Suka sangat bergurau dia tu" pujuk T. Maria.

"Awak ada nampak sekarang muka saya tengah bergurau ke? Tak kan?!"

"Halah! Lauk je pun! Takkan nak sentap kot?! Aisy tak kata apa pun kan? Dia pun diam je! Manalah nak tahu dia suka juga lauk ni!" Marah T. Maria pula.

Adrian yang melihat muka Aisy yang sedikit muram terus berbisik.

"Nanti aku suruh Mak Mah buatkan lagi sekali.Nanti sampai rumah kau makan puas-puas,ya"

Aisy menggeleng.

"Tak apa.Saya ok je.Kesian pula nak suruh Mak Mah masakkan lagi sekali.Mak Mah pun ada kerja lain juga. Lagipun kuah tu saya sempat rasa sikit.Takde apa la"

Adrian tiba-tiba rasa bersalah disebabkan tindakan.T. Maria dan Erin.

Dia nampak.Isterinya pasti mengidam,mahukan kuah itu.

"Awak,kita balik pukul berapa? Kalau saya nak rehat sekejap dekat bilik awak,boleh ke?"

"Kau rehatlah dulu.Lepas Mak Mah,Pak Mat and daddy balik dari masjid,kita balik lah.Kau kata kan nak jumpa diorang sebelum balik"

Aisy hanya mengangguk tanda faham.Dia pun menuju ke sofa untuk duduk berehat seketika.

"Aisya"

"Ya?!"

"Kenapa kau baring kat sofa? Baringlah atas katil.Aku tak kesah pun kau baring sana"

"Saya nak baring sekejap aja.Tak lama pun"

"Tak kesah lama atau sekejap.Pergi baring atas katil. Nanti belakang badan kau sakit"

"Ye lah" Aisy sengih.Lalu dia pun naik ke atas katil apabila Adrian menegurnya begitu.

"Mummy.Daddy dah balik ke belum?" Tanya Adrian sebaik dia turun ke tingkat bawah.

"Belum.Sekejap lagi balik lah tu"

Adrian hanya mengangguk.

"Erin.I nak cakap dengan you sekejap.Kita berdua saja, dekat luar sana"

"Korang bercakap lah dulu.Mummy nak ke dapur
sebentar"

Laju Adrian mengangguk.

"Jom!"

"Apa niat sebenar you datang?"

"Amboi! Macam tak suka je i datang sini?! Kalau bukan sebab mummy yang ajak,i dah tak pergi lah! I pun takkan pergi kalau i tahu dari awal yang you dengan pompuan tu ada sekali" muka angkuhnya ditayangkan.

"I tak faham.Macam mana hubungan kita sebenarnya?
You cakap kita dah putus but at the same time you still bagi harapan pada my mum! You buat dia berharap yang you akan jadi menantu dia nanti! Kenapa you buat semua ni?Kalau betul pun you marah pada i,but you tak boleh lah campur aduk dengan family i sekali"

"Hello! You yang tergila-gilakan i,okay! You yang buat mummy you berharap sendiri! Bukan i yang buat! You dah bagi harapan pada mummy yang i akan jadi menantu dia soon!"

"Okaylah,salah i.But you boleh je kan tell her the truth. You boleh je cakap tentang kita dah putus kan?!"

"So,maknanya betul lah ya! You dah kena goda dengan pompuan tu? You dah jatuh cinta pada dia?!" Soalan itu tiba-tiba sahaja terpacul keluar dari mulut Erin.

"Apa you cakap ni? Jangan libatkan orang lain lah dengan hubungan kita.Dia tak ada kena mengena dalam hal ni!"

Adrian turut bertegah agar Aisy tidak perlu dikaitkan dengan hubungan mereka berdua.

"Kenapa dia takde kena mengena?! You kena ingat you kahwin dengan dia sebab apa je?! You yang cakap benci and menyampah tengok muka dia.And now you tengok! Apa you dah buat?! You dah mengandungkan dia!"

"I buat semua tu bersebab! Kenapa you tak cuba nak faham i?!"

"You buat bersebab? So,apa sebabnya? Sebab dia dah goda you dulu?!" Erin sengaja mengasak Adrian untuk naik angin.

"Erin! Kan i dah bagitahu you yang both of us akan bercerai nanti! So ini hadiah i untuk dia.At least dia tak keseorangan lepas bercerai nanti.Dan dia janji dia tak akan kacau hubungan kita! Apa lagi yang you tak puas?!"

Erin mula pelik dengan apa yang Adrian ungkapkan.
Macam tak kena pula cerita tu.

"Apa you fikir haa? Benda boleh je ambil anak angkat kan? Sama je! Anak juga!"

'Tak,Erin! Tak sama! Dia berhak bahagia! Cukuplah i dah sakitkan dia selama ni dengan perbuatan,dengan kata cemuhan! Dia langsung tak balas.I nak bagi dia anak.Hadiah tu mungkin akan jadi hadiah terakhir i untuk Aisy sebab sebelum-sebelum ni,i tak pernah bagi sesuatu pada Aisy yang boleh buatkan dia rasa dihargai'

"Enough,Erin.It's okay! If you still berkeras nak putuskan hubungan ni then just go ahead.I pun dah penat.Asyik kena jaga hati you.Dah lama i tak rasa hidup i bebas!"

"So you nak cakap i control life you la selama ni? Haa?!"

Adrian hanya diam.

"Jawab,Adrian! I tanya you ni!"

"Jangan cabar i Erin!"

"I memang cabar you pun sekarang ni!"

"Yes! Memang you control hidup i pun! You kongkong i macam i ni suami you! Habis semua benda you tak bagi i buat! You just suruh i ikut telunjuk you macam lembu kena cucuk hidung!" Jerkah Adrian.

Dia sudah geram dengan Erin.

Di dalam rumah pula.........

Aisy turun ke tingkat bawah apabila dia merasakan tekaknya haus,meminta untuk diisi dengan air. Setelah minum,dia melihat T. Maria yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Dia cuba untuk menegur T. Maria.

"Mummy.Mummy sibuk tak? Aisy nak cakap sesuatu dengan mummy"

"Siapa mummy kau? Aku takde menantu macam kau! Panggil aku tengku! .........Apa yang kau nak cakap?! Aku takde masa nak dengar lama-lama!" Kata T. Maria dengan angkuh sekali.

Aisy hanya mengangguk serta seraya tersenyum kecil.

"Tengku.Saya nak minta maaf pada tengku,kalau selama ni saya dah banyak menyusahkan tengku sekeluarga.Saya takde niat pun nak rampas Adrian dari keluarga ni.Apa yang jadi memang kitorang diperangkap.Tapi terpulanglah kalau tengku tak mahu percaya cerita saya pun.Tapi satu saja saya minta.Saya nak minta tengku restu perkahwinan saya dengan Adrian untuk sementara ni.Kitorang dah sepakat.Bila baby dah keluar,kitorang akan ulang-alik ke mahkamah untuk cepatkan proses perceraian kami.Saya nak minta ihsan Tengku supaya doakan saya.Semoga Allah permudahkan urusan saya nak bersalin nanti"
Kepala menekur lantai sahaja. Mahu memandang muka T. Maria,namun wajah itu sedikit pun tidak memandangnya.

"Kau siapa nak suruh aku doakan kau haa?! Apa aku dapat?! Nothing! Untuk pengetahuan kau,aku takkan pernah restu hubungan korang ni! Aku tak nak mengaku ada menantu yang dah malukan keluarga aku! Apa yang nak jadi pada kau pun aku tak kesah lah! Apa yang patut jadi adalah Adrian akan kahwin juga dengan Erin! Dan kau tak boleh sesekali pun membantah sebab anak aku ada hak! Dia mampu nak beristeri lagi! Ada kau pun bukan berguna untuk dia! Cuba kau bagitahu aku! Adrian layan kau tak baik pun kan?! Kau masih bertahan dengan hubungan sebab kau nak hidup mewah kan? Ye lah! Bapak sendiri pun tak mengaku kau ni anak dia!"

"Takpe,tengku.Kalau tengku tak boleh doakan saya, takpe.Saya ingat saya merasa lah juga dapat berkat doa dari seorang ibu walaupun bukan ibu kandung saya. Saya bersyukur dapat tinggal di rumah Adrian.Memang saya mengaku.Selama saya duduk dengan Adrian di rumah sana,saya rasa saya sedang hidup bermewah. Tapi saya masih ada maruah.Saya tak harapkan duit dia satu sen pun.Arwah umi saya selalu ajar saya yang tak boleh meminta walaupun saya sedar saya patut tuntut nafkah dari Adrian.Tapi dia dah bagi saya makan,bagi saya tempat tinggal.Bagi saya,itulah nafkah yang dia beri pada saya.Beruntung tengku,ada anak macam Adrian.Adrian sangat bertanggungjawab. Dia baik. Bukan sahaja kaya dengan harta,tapi juga dengan ilmu.Dan dia memang sesuai dengan Erin.Betul kata tengku.Saya tak sesuai dan tak layak untuk Adrian" Lembut sahaja nada suara berkata.

"Bagus kalau kau sedar diri! Kau pun tahu yang aku hanya terima Erin jadi menantu aku,kan.Beberapa hari lepas,aku dapat tahu diorang bergaduh dan berpunca dari kau!Kalau apa-apa jadi pada hubungan diorang,aku tak teragak-agak nak suruh Adrian seksa hidup kau hari-hari.Biarkan kau derita! Biar kau rasa macam mana Erin dah pernah rasa sebelum ni!"

"Jangan risau. Saya sendiri akan pujuk Erin untuk kahwin dengan Adrian.Saya tahu semua ni salah saya"

"No! Tak akan!" Sergah satu suara.

Dia adalah Adrian.Agak terkejut Aisy dan tubuhnya mula berasa kejung apabila melihat Adrian di belakangnya.Entah-entah Adrian sudah dengar semuanya.

"Apa yang tak akan Iyan?!"

"Iyan tak nak kahwin dengan Erin!"

Aisy yang menekur lantai terus memandang wajah bengis milik Adrian.

"Iyan! Kenapa nih?! Ini semua mesti sebab perempuan ni kan?!"

"Tak! Apa yang jadi semua bukan salah Aisy.Ini keputusan Iyan sendiri.Tak berkait dengan sesiapa pun!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience