BAB 23

Romance Completed 6961

"Adik.Jom,makan"

Aisy menggelengkan kepalanya.

"Sampai bila ni dik? Dah 4 hari kau macam ni.Tak kesian pada baby ke?!"
Risau Irfan dibuat Aisy.

"Takde selera bang.Adik rasa tak boleh nak sumbat makanan.Nanti makanan keluar balik"

Irfan memandang ke arah Aisy.Dia sangat risau dengan keadaan Aisy sekarang.Aisy bersikap pelik semenjak dua menjak ini.

"Along mana?"

"Macam biasalah.Dah masuk office dengan daddy"

"Abang.Adik nak abang dengan along bawa adik petang nanti.Boleh?!"

"Boleh.Tapi nak pergi mana?"

"Adik nak jumpa papa.Dah lama adik tak tanya khabar.
Sihat ke papa sekarang? Apa dia buat?"

"Boleh.Tapi kenapa tiba-tiba ni dik? Cuba bagitahu.Ada apa-apa yang kau sembunyikan dari aku,dengan along atau mummy daddy ke?!"

"Takde apa lah.Adik cuma rindu.Dah berapa bulan tak jenguk.Nanti apa pula kata papa"

"Adik.Dia tu kesah ke kita ni tak jenguk dia? Kau dah lupa ke dik? Dia halau kau dari rumah.Dia buang kau dari keluarga.Dia buat aku dan along tambah benci pada dia"

"Kalau papa jahat sekalipun ~kita tak boleh benci dia bang.Kasih sayang orang ada pertalian kita ni hanya ada sekali.Gunakan peluang sebaik mungkin sementara kita masih ada dia.Luangkan masa sementara kita masih hidup.Tak salah kan?!"

Irfan hanya diam.Mati kata.

"Lepastu~adik nak jumpa Iyan.Adik nak minta maaf pada dia.Adik banyak dosa dengan suami adik.Adik tuduh dia macam-macam"

"Dahlah dik.Aku sure Iyan dah maafkan.Kau chill je.
Nanti aku call dia nak jumpa kat mana"

Aisy hanya mengangguk.

Skip ⏮️...............

"Dik.Seriouslah ni nak jumpa papa?"

Aisy mengangguk seraya tersenyum kecil.

"Bang.Bagi salam"

Irfan pun menekan butang loceng rumah.

Di dalam rumah Dato' Rashid.............

"Ada apa kau datang rumah aku ni? Bukan ke aku dah kata yang kita ni dah takde apa-apa?!"

Bengang Hafiz dan Irfan dengan sikap ayah kandungnya.

Aisy melutut di hadapan Dato' Rashid.

"Paa.Aelise datang nak minta maaf.Ampunkan semua salah silap Aelise dari hujung rambut hingga hujung kaki ya.Aelise tahu selama Aeliese jadi anak papa~ Aelise selalu buat papa,mak cik dengan akak sakit hati.
Aeliese tahu Aelise ni anak tak guna.Aelise dah malukan papa pada kawan-kawan papa dan semua jiran tetangga.Maafkan Aeliese ya paa"

"Baguslah kalau kau dah sedar semua tu! Tapi aku pelik?
Kenapa tiba-tiba kau datang minta maaf melutut bagai ni? Dah nak mati ke?!"

Hafiz bangun ingin belasah papa nya tetapi dengan cepat Irfan menahannya dari membuat hal demikian berlaku.

"Paa.Kalau Aelise dah mati nanti~papa sanggup tak nak kembumikan Aelise? Papa happy ke kalau Aelise dah takde nanti?"

"Adik! Apa adik cakap ni?!" Tanya Hafiz seakan tidak percaya dengan apa yang Aisy baru sahaja katakan.

"Ya,memang aku happy.Itu lah yang aku tunggu.Dah lama! Walaupun aku tak menyibuk hal kau~tahu tak telinga nih?! Nak bernanah telinga ni dengar semua kawan aku ejek yang aku tak reti ajar anak.Aku ni tak bagi didikan pada kau! Kau tahu tak sakit hati ni?!"

"Aeliese sedar.Aelise ni hanya pembawa malang dalam hidup semua orang.........Paa~ sebelum Aelise keluar dari rumah ni~ izinkan Aeliese peluk papa,cium papa. Boleh?"

"Eh kau tak payah nak mengada sangatlah! Bukan harini pun kau mati kan?!"

"Papa sedar tak apa papa cakap nih? Apa hina sangat ke kami adik-beradik sampai tak layak dapat layanan yang baik? Along tak kesah kalau papa layan along lebih teruk.Tapi apa salah adik ni?! Setiap manusia buat salah paa! Kenapa perlu dengar mulut orang? Kira bagus lah adik datang sampai melutut nak minta maaf pada papa. Takkanlah tak ada sikit pun perasaan rindu pada kami adik-beradik? Kami tak minta lebih pun paa.Kami hanya nakkan kasih sayang daripada seorang ayah.Cukuplah kami dah hilang kasih sayang seorang ibu"

"Dah habis cakap dah? Korang semua boleh berhambus dari rumah aku sekarang!" Kata Dato' Rashid dengan angkuhnya.

"Manusia yang bongkak! Kau sanjung ego kau sampai ke langit! Jangan satu hari nanti kau menyesal sebab penyesalan tu dah takde gunanya nanti! Jom along, adik! Kita keluar dari rumah manusia yang angkuh ni!"

"Eh kau siapa haa? Orang luar tah datang dari mana-mana! Ada hati nak nasihatkan aku? Sedar sikit diri tu! Kau orang muda sepatutnya hormat orang tua!"

"Buat apa aku nak hormat orang tua macam ni? Perangai tak ubah macam setan! Takde hati perut langsung! Jom,semua! Kita keluar dari sini!"

"Paa.Sekurang-kurangnya bagi Aelise salam papa buat kali terakhir.Boleh ye paa?" Aisy ingin mengambil tangan Dato' Rashid, tetapi papa nya terlebih dahulu menepis dengan kasar tangannya.

"Aku tak nak sentuh anak yang pembawa sial dalam keluarga aku! Eh kau pergi je lah! Jangan kembali lagi ke sini! Aku dah gembira dengan kehidupan aku sekarang! Kalau kau dah mampus lagi bagus! Tak perlu aku dengar cemuhan orang lagi pada aku!"

"Baik paa.Aelise akan pergi.Perginya Aelise,Aelise janji tak akan pernah kembali.Terima kasih sebab dah pernah jadi papa yang terbaik untuk Aelise.Terima kasih paa, sebab dah besarkan along dengan Aelise. Terima kasih untuk segalanya..........I love you, my hero"

Aisy menayangkan senyuman manis sebelum dia keluar dari rumah itu.

Sesekali dia memandang ke belakang dengan harapan papa nya akan toleh ke arahnya.Namun dia hanya boleh bermimpi.Perkara itu takkan berlaku sama sekali.

"Adik! Kenapa adik degil sangat nak pergi rumah manusia tu? Dia hina adik macam-macam.Dia layan kita macam sampah,dik! Tergamak dia buat semua ni. Manusia jenis apa dia tu? Pentingkan kata orang lain dari anak sendiri!"

"A-adik mimpi umi,along.Dalam mimpi tu ~umi marah adik sebab adik dah lama tak jenguk papa.Adik dah lama simpan benci dan marah kat papa.Umi suruh adik minta maaf.Itu yang adik buat.Tapi,kalau bukan sebab umi muncul dalam mimpi adik pun ~adik memang dah pasang niat nak jumpa papa sebelum adik bersalin"

"Tapi papa dah buang kita dik! Dia tak pernah sayangkan kita.Irfan pun dia tak kenal! Anak kandung dia sendiri ni!"

"Adik tahu papa dah menduakan umi dalam diam.Dan adik tahu umi berkorban sendiri untuk lahirkan kita semua.Papa tak pernah tahu pun pasal abang Irfan.
Tapi apa umi buat? Saat-saat akhir dia~dia minta maaf pada papa.Tak putus-putus.Apa salahnya kalau kita ikut jejak umi? Mudah memaafkan orang.Hati kita akan lebih tenang dan tenteram,long.Along dengan abang maafkan je lah papa.Adik tahu perkara tu sukar untuk buat tapi tolong.Buat tu dengan ikhlas.Bukan sebab nak penuhi permintaan adik je.Boleh kan?"

Baik Irfan mahupun Hafiz.Kedua-duanya hanya diam.
Langsung tidak mempedulikan kata-kata adiknya.

Skip ⏮️.................

"Hai, mummy! How are you?!" Erin datang ke rumah T. Adnan tanpa mempunyai rasa bersalah atau malu langsung.

"Mummy,mana semua orang kat dalam rumah ni? Takde erk?.........ouh,lupa! Semalam Mak Mah and Pat Mat dah flight kan? Daddy pergi kerja.Tinggal Iyan sorang lagi. Haa,mana Iyan mummy?"

Pap!

T. Maria bertindak menampar pipi Erin dengan kuat.

"Auu! Sakitlah mummy.Kenapa mummy buat macam ni pada Erin?!"

"Kau dah buat apa pada anak dan menantu aku? Haa?!"

"Buat apa ni mummy?"

"Kau dah perangkap menantu aku ,kau buat aku dan anak aku benci pada Aisy.Apa semua nih?!"

"Alaa mummy.Erin buat macam tu sebab Erin sayang kat Iyan dengan mummy sangat-sangat.Erin sayangkan Iyan.Erin cintakan Iyan.Dan hanya sorang je yang boleh miliki Iyan.Siapa lagi kalau bukan Erin kan?"

"Tapi perbuatan kau tu tak betul.Berdosa Erin! Ingat Allah sebelum buat sesuatu perkara.Allah Maha Melihat segala perbuatan manusia"

"Kalau Erin buat dosa~mummy pun buat.Mummy marah dia.Mummy kutuk dia.Mummy tak mengaku dia tu menantu mummy.Haa,macam mana? Tak berdosa?! Habis Iyan dah pernah dera Aisy tu macam mana? Tak dosa jugak ke?!Alaa.Tak mati pun mummy kalau pompuan tu tak hidup bersama lagi dengan Iyan"

"Dia tak sengaja dera.Hal terjadi disebabkan kau yang kawal anak aku! Aku tahu dia tak akan pernah sesekali jadi dayus! Patutlah aku tengok selepas saja dia kahwin dengan Aisy dia berubah.Rupa-rupanya sebab kau.Ya! Aku tahu aku dah buat dosa pada dia.Aku kutuk,caci maki hamun pada Aisy. Tapi aku buat semua tu sebab aku ingatkan dia betul-betul jahat.Aku ingat dia sengaja perangkap diri dia dengan Adrian.Aku fikir dia tamakkan harta padahal dia tak pernah sekali pun minta apa-apa dari aku,dari suami aku atau suami dia sendiri"

"Lahh! Betul ke macam tu?"

"Eh bertaubat lah Erin! Kau takde kuasa untuk tundukkan sesiapa termasuk anak aku sendiri"

"Kalau benda ni cukup tak untuk kau tunduk pada aku?!" Erin menayangkan sebilah pisau ?️ dan dekatkan pada leher T. Maria.

"Eh pompuan! Apa kau nak buat ni haa? Menyesal aku sebab dah pernah nekad nak jadikan kau menantu. Terima kasih banyak-banyak sebab kau dah tunjukkan perangai kau yang terkutuk nih sebelum kau jadi menantu aku ni!"

"Diam! Eh orang tua! Kau ingat aku buat semua ni sebab nak dengar kau bebel ke haa?! Takde masa lah aku nak layan! Better kau diam sebelum lidah kau tu jadi mangsa!"

T. Maria mula ketakutan melihat muka Erin sekarang.
Dia tidak menyangka bahawa Erin punya perangai begini.

"Jalan! Kau kena ikut aku!"

"Lepaskan aku dulu.Aku boleh jalan sendiri"

"Kau ingat aku bodoh? Nanti aku lepaskan,kau lari dari aku.Aku dah boleh bau plan bodoh kau ni lah!"

Terus dia mengheret T. Maria untuk ke kereta miliknya.

Skip ⏮️................

"Dik.Ada nak beli apa-apa lagi ke? Barang baby? Sebab along tengok dah banyak sangat ni.Tadi cakap sikit je"

"Dah takde dah barang baby.Adik beli biar cukup lah beberapa bulan.Nanti kalau adik takde macam mana? Nanti susahkan along,abang dengan mummy daddy pula"

"Dik.Kau nak pergi mana? Apa yang takde?"

Soalan Irfan dibiarkan tidak terjawab.Cukuplah Aisy sorang sahaja yang tahu ke mana dia akan pergi nanti.

"Adik nak pergi beli air lah sekejap.Dahaga pula"

"Eh,takpe.Biar abang pergi beli"

"Haa,along ikut.Adik boleh ke tunggu sini? Nak ikut cakap.Nanti along cari kerusi yang dekat sikit dengan kedai nak beli air ni"

"Takpe.Adik boleh je tunggu sini.Nanti hilang penat adik cari korang erk.Takpun bagi kunci kereta.Nanti kalau takde apa-apa, adik masuk dalam kereta dulu lah"

"Tak yah lah dik.Along risau lah.Adik tu pregnant.Along tak nak ada perkara terjadi kat luar nanti"

"Betul tu.Kalau macam tu~Along pergilah beli.Biar Irfan teman adik kat sini ke, kat kereta terus ke"

"Eh,takpe takpe.Korang pergilah beli.Adik tunggu kat sini je.Adik cakap kalau kan? Kalau tu tak semestinya adik akan buat"

Hafiz dan Irfan hanya mengangguk tanda setuju.

Pada dasarnya,Hati Hafiz berat untuk meninggalkan Aisy di situ seorang sahaja.

Elok sahaja Hafiz dan Irfan jauh dari mata,Aisy berjalan ke arah lain.

"Ya Allah.Baby,umi penat sangat lah.Lain kali lah kita jalan-jalan lagi erk? Kita tunggu papa long dengan papa ngah kat kereta ya"

Aisy pun beredar dari situ dengan berjalan perlahan-lahan.

"Eh,Iyan! Kau buat apa kat sini?"

"Eh,along dengan Irfan?.......... Takde.Ni aku beli barang baby sikit.Aku ingat nak shopping barang-barang macam ni dengan Aisya.Tapi dah jadi macam ni~aku.........."

"Dah dah dah.Jangan mengarut.Kau sorang je lah kiranya sekarang ni?"

Adrian mengangguk.

"Aku ingatkan nak suruh kau jumpa aja dengan adik aku kat rumah"

"Along,Pan! Aisya mana? Dia ikut sekali?"

"Ikut.Dia pergi duduk atas bangku sekejap tadi.Letih katanya.Dah,jom lah.Kesian pula adik tunggu lama ni"

Mereka pun berjalan bersama mencari kelibat Aisy.

Sesampainya mereka di bangku itu,Hafiz dan Irfan hairan apabila tiada seorang pun yang duduk di bangku itu.

Mereka saling memandang seketika.

"Mana Aisya?" Adrian bertanya.

"Tadi dia duduk kat bangku sini.Mana pula adik pergi, long?!"

"Dah pergi kat kereta lah tu.Degil betul mak buyung tu. Orang dah lah risaukan dia! Ish ish ish!"

"Jom lah kita cari Aisya cepat-cepat.Aku tak sedap hati lah!" Seperti akan ada sesuatu yang terjadi.

Hati Adrian sangat-sangat tidak enak.Takut sahaja dia jika ada sesuatu perkara buruk berlaku pada isterinya.

"Haa,jom jom"

Mereka pun cepat-cepat keluar dari mall itu.

Keluar sahaja dari mall,Aisy terus menuju ke kereta.

"Huh! Kalau aku tak boleh dapatkan Ad~jadi pompuan tu pun tak boleh dapat!"

Keadaan ini telah memberi peluang besar kepada Erin.
Sedangkan dia ke mall hanya untuk mencari Adrian supaya dia dapat apa yang diimpikan.Dia mendapat maklumat itu dari T. Maria sendiri yang mengatakan Adrian pergi ke mall.Sebaliknya,dia telah berjumpa dengan Aisy juga di mall ini.Dia telah menukarkan rancangannya.

'Orang tua ni kalau mati bukan aku dapat apa pun! Sekadar derita sebab kehilangan ~boleh laa! Tapi kalau pompuan tu! Mesti bagi impak yang sangat besar pada orang lain kan?! Huh!'

"Kau nak buat apa pada menantu aku haa?!"

Erin keluar dari kereta.Lalu dia ke pintu kereta belakang dan menarik T. Maria supaya keluar dari keretanya.

"Eh lepaslah! Jangan sampai aku jerit! Orang ramai kat sini!"

"Berani kau buat? Ke kau nak aku kelar lidah kau tu sekarang juga? Baru reti nak diam?! Hmm?!"

T. Maria pasrah apabila diperlakukan begitu.

"Hi! Nice to meet you!"

Tersentak Aisy apabila disapa begitu.Memang suara itu sangat dia kenali.Dia pun berpusing ke belakang untuk melihat siapa gerangan yang menyapanya itu.

"E-erin? Kau buat apa kat sini? K-kenapa kau buat macam tu pada T. Maria,haa?"
Terkejut Aisy melihat apabila ibu mertuanya diikatnya tangan dengan tali.

"Macam ni lah.Mudah je ceritanya sebenarnya.Jadi, kau tak patut rumitkan.Simple je! Kau ikut aku sekarang atau mak mertua kau yang bodoh ni jadi tebusan.Kau nak?!" Erin memandang sinis ke arah Aisy.

"Apa kau dah buat ni Erin? Ingat Allah! Kau sedar tak apa kau buat ni?!"

"Sebab aku sedar~aku buat macam nih! Dah! Kau nak ikut ke tak nak? Tapi kalau apa-apa terjadi pada orang tua bodoh ni~jangan salahkan aku pulak ya!"

"Ya.Aku ikut kau.Tapi, kau lepaskan T. Maria tu dulu"

"J-jangan Aisy.Biarlah mummy kena apa sekalipun. Jangan berkorban untuk mummy.Aisy dah banyak berkorban selama ni .Maaf kan mummy atas segala kesalahan mummy pada Aisy.Kalau boleh ~mummy nak Aisy maafkan mummy sebelum mummy mati.Mummy minta maaf ya,sayang" Berair matanya memohon maaf kepada Aisy.Dia tahu dia telah melakukan banyak kesilapan.

Dia faham sekiranya kesalahannya tidak dapat dimaafkan.

"Takpe, mummy.Aisy dah maafkan mummy dah lama. Aisy tahu mummy tak sengaja kata macam tu pada Aisy.Alhamdulillah.Akhirnya hati mummy dapat juga terima Aisy.Terima kasih.Tapi soal ni~biarlah Aisy saja yang berkorban....."

Terasa sebak di dada.Bagaimana lah dia boleh berbuat jahat dengan menantunya yang sangat berharga itu.

"Eh dah lah! Kau ingat aku pertemukan kau dua orang ni semata-mata nak tengok drama murahan korang ke haa? Jijik lah! Dah dah dah! Aku akan lepaskan orang tua ni kalau kau ikut aku"

"Ya,aku janji aku ikut kau.Tapi lepaskan T. Maria dulu"

Erin pun melepaskan T. Maria.Dia telah menolak T. Maria sehingga T. Maria telah melanggar perut Aisy.

"Argh! Astaghfirullah." Aisy menggosok perutnya yang sakit itu.

"Kau tunggu apa lagi? Cepatlah ikut aku!"

"Sekejap! M-mummy. Mummy tunggu lah kat luar ni.Nanti abang dengan along keluar........Nih! Beg Aisy.Kalau apa-apa jadi~ pakai phone Aisy kat dalam beg ni.Jangan cakap pada abang atau along,pasal ni ya?!...........Aisy pergi dulu.Mummy jangan risau,ya"

Aisy menayangkan senyuman manis kepada T. Maria sebelum dia bertindak mengikuti langkah Erin.

Sebaik Hafiz,Irfan dan Adrian keluar dari mall...........

"Aisy! Aisy! Ya Allah! Tolong aku!"
Adrian amat mengenali siapa yang meminta tolong itu.

"Mummy?!" Dia melilau mencari kelibat T. Maria.

Elok dia menghadap ke kanan,dia melihat T. Maria ada di tepi jalan.

"Mummy! Kenapa nih?!" Laju sahaja dia mendapatkan mummy nya.

"Iyan! Iyan tolong Iyan!"

"Ya,Iyan tolong! Ada apa mummy?!" Cemas sahaja muka T. Maria membuatkan Adrian kian gelisah sama.

"E-erin! Dia dah culik Aisy!"

"Apa?!" Terkejut bukan kepalang Irfan mendengarkan kenyataan adiknya telah diculik.

"M-mana diorang sekarang?!"

T. Maria menunjukkan kereta Erin dengan jari telunjuknya.

Kereta Erin sudah mengundur ke belakang.Bila-bila sahaja kereta itu akan berada jauh dari pandangan sekiranya mereka tidak bertindak segera.

"Along,Pan! Kau pergi kejar dia tu! Biar aku naik kereta dengan mummy.Aku follow korang dari belakang!"

Hafiz dan Irfan bertindak sejurus selepas diarah begitu.

Dalam perjalanan...................

"Bodoh! Apa hal lah diorang ikut kereta aku dari belakang haa?!"

Erin melajukan keretanya.

Aisy yang berada di dalam kereta hanya mampu berdoa agar kandungannya selamat walaupun dalam keadaan yang teramatlah sakit.

Sesampainya mereka di satu tempat..........

"Irfan! Call polis sekarang! Tolong!" Hafiz mengarahkan Irfan supaya lebih segera bertindak.

"Tak boleh! Signal kat sini takde!" Puas Irfan menghubungi pihak polis.Namun, rangkaian internet tidak dapat memberi kerjasama.

Mereka keluar dari kereta.

Kereta Adrian kemudian turut sampai dari belakang kereta Irfan.

"Iyan.Kau ada call polis tak? Kitorang nak call tapi kat sini dah takde signal"

"Aku tahu.Sebabtu sebelum masuk kawasan ni aku dah call and bagitahu location.Dia saja pilih tempat hutan ni supaya kita takkan dapat call polis and kau tak boleh buat apa-apa dah bila sampai sini"

"Hi guys! Semangat ya datang sini! Gigih betul nak selamatkan pompuan ni kan?!"

"Woi! Apa kau nak haa? Tak puas lagi ke kau dah buat adik aku menderita selama ni?!" Jerkah Irfan.

T. Maria jadi pelik.Apa yang Irfan dah katakan? Bukankah Irfan itu anak buahnya??Macam mana pula dalam masa yang sama boleh jadi abang kepada Aisy?!

Semua orang sudah mengetahui tentang Irfan adalah adik-beradik kembar tak seiras dengan Aisy kecuali T. Maria dan T. Adnan sahaja belum tahu apa status hubungan Aisy dan Irfan.

"Tak! Aku belum puas.Aku nak tengok pompuan ni mati dulu! Baru aku puas!"

"Eh kau jelah yang mati dulu!" Irfan bertindak untuk mendekati Erin tetapi Erin terlebih dahulu memberi amaran keras.

"Kau langkah saja setapak lagi maju ke depan ~kau jangan fikir dia akan selamat!"

"Jangan abang.Erin! Kalau kau nak buat apa-apa pun, buat saja pada aku.Aku tak kesah.Tapi kau janji pada aku.Lepas je kau dah siap balas dendam pada aku~ aku tak nak kau kacau lagi hidup keluarga aku mahupun keluarga Adrian.Boleh?!" Lembut sahaja nada Aisy bertanya.

"Sayang! Apa sayang merepek nih?! Takkan ada apa-apa yang terjadi pada sayang.Abang tak benarkan dia buat apa-apa pada Aisya sekalipun!"

"Hmm~aku boleh pertimbangkan.Tengoklah macam mana!.......Kau dah sedia ke Aisy? Kata-kata terakhir sebelum kau ditanam?!"

Jeda seketika sebelum Aisy memulakan percakapan.

"Erin.Aku harap lepas aku dah takde~aku nak kau berubah.Jadilah seorang perempuan yang berharga.
Jadi perempuan umpama bidadari.Aku yakin kau akan jumpa dengan orang yang lebih baik.Aku minta maaf Erin.Selama aku jadi kawan kau~ aku selalu buat kau marah,sakit hati.Tapi percayalah.Aku sayang kat kau Erin.Aku sayang Nad juga.Aku sayang semua sahabat kita Erin.Sayang sangat-sangat.Dunia akhirat,aku sayang korang.Kalau betul jodoh kau dengan Adrian, aku terima Erin! Aku akan lepaskan Adrian pada kau dengan hati yang rela dan terbuka. Aku tak akan berdendam langsung pun dengan kau.Cuma aku ada permintaan untuk kau Erin. Permintaan terakhir"

Erin hanya diam.

"Jangan apa-apakan anak-anak aku.Aku tahu nyawa aku takde nilai pun di mata semua.Tapi,izinkan anak-anak aku tengok dunia ni.Aku redha kalau dia tak akan dapat kasih sayang dari seorang ibu.Tapi aku nak diorang dapat kasih sayang daripada seorang ayah. Kasih sayang dari atuk nenek dia.Boleh ya?"

"Tak! Aku tak mahu! Kalau kau pun aku benci~ apatah lagi anak-anak kau nih? Dua kali ganda aku benci!"

"Tolong,Erin.Ni je permintaan terakhir aku.Kau tunaikan ya.Aku tak minta kau suka anak-anak aku.Aku hanya minta dia dapat tengok dunia ni.Tak salah kan?" Lembut sahaja nada yang dituturkan oleh Aisy.

Aryan yang tiba-tiba muncul perlahan-lahan sembunyi di belakang kereta,tahu-tahu sahaja telah berada di belakang Erin dan Aisy.

Hal itu membuat semua orang terkejut dengan kehadirannya.Tetapi dia terlebih dahulu memberi isyarat supaya semua tidaklah memberikan reaksi terkejut sangat.Takut sahaja Erin akan perasan kehadirannya dari belakang.

Aryan bertindak menjerut leher Erin dengan sedikit kuat.

"Lepaskan Aisy sekarang!"

Erin masih tidak melepaskan tangannya yang dari tadi menjerut leher Aisy.

"Aku cakap lepaskan! Jangan degil!"

Jerutan yang agak kuat membuatkan Erin terpaksa mencengkam tangan Aryan supaya dapat dilepaskan dan secara tidak langsung pegangannya pada leher Aisy kian melonggar.

Erin bertindak menolak Aisy sehingga tersungkur ke tanah.Hanya itu sahaja caranya supaya Aisy tidak boleh jauh darinya.

"Aisya!" Laju sahaja Adrian mendapatkan isterinya.

Aryan pun menolak Erin sehingga pisau di tangan Erin tercampak jauh dari Erin.

Selepas itu,dia juga melihat keadaan Aisy.

"S-sakit" Hanya perkataan itu yang keluar dari mulut Aisy.

"Bertahan sayang.Kita pergi hospital sekarang,ya!"

Aisy menggenggam erat tangan Adrian seperti enggan melepaskannya.

Erin yang melihat semua ingin beredar,terus dia mengambil pisau yang tercampak tadi lalu terus ke arah Aisy semula.

"Mampus lah kau Aisy!"

Aryan menghalang terlebih dahulu menyebabkan bahunya telah dikelar.

Aisy menggagahkan diri untuk bangun,lalu pisau Erin telah menikam tepat ke arah dada Aisy.

"Arg!"

Terasa dunia bagaikan terhenti masanya.

Aisy berasa hidupnya sudah tidak lama.

Erin ketawa selepas kejadian itu.Dia berasa puas dengan apa yang dia dah lakukan.Dia bangga dengan dirinya.

"Angkat tangan ke atas sekarang! Berserah diri pada polis!"

Nasib sahaja pegawai polis datang tepat pada masanya.

Erin enggan melakukan.Sebaliknya dia terus melarikan diri ke dalam hutan.

"Ya Allah,Aisy! Mummy minta maaf sayang! Kalau mummy tak buat dia marah, dia takkan buat Aisy macam ni!" Melihat keadaan Aisy begitu,T. Maria perlahan-lahan mula rasa bersalah yang teramat.Dia menyesal! Selama ini,dia yang menanamkan sifat benci itu sendiri.Walhal,Aisy tiada niat walau sebesar hama pun untuk membenci dirinya setelah banyak kesalahan yang dia dah lakukan.

"Along! Tolong! Kita angkat Aisya! Kita ke hospital sekarang!" Irfan sudah pun mengalirkan air mata.

Mungkinkah? Mungkinkah adiknya akan menyusul pergi seperti uminya? Sudahlah dia tidak sempat meluangkan banyak masa bersama uminya,apatah lagi bersama adiknya.

Di hospital.................

"A-abang!" Aisy memanggil Adrian lembut.

"Ya,sayang!"

"M-maafkan A-aisya,abang.A-ampunkan Aisya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. A-aisya d-dah buat b-banyak dosa dengan a-abang.H-halalkan m-makan minum s-saya"

Kesakitan akibat dadanya yang ditikam dan di perutnya akibat ditolak oleh Erin tadi sepertinya separa hilang.
Senyuman kecil dengan gagah ditayangkan.

"Aisya takde buat salah langsung dengan abang.Kalau ada sekalipun abang dah maafkan ya,sayang. Abang dah halalkan semua benda yang abang dah bagi pada isteri abang ni.Satu je abang minta sekarang......... Tolong bertahan.Tolong bertahan demi abang! Demi anak-anak kita.Please?!"

Aisy hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.Ajalnya sudah tiba.

"A-adik minta m-maaf,ya.A-along, a-abang"

"Adik takde apa salah pun pada along.Adik baik! Jangan buat along macam ni.Along nak adik bertahan hingga baby dah selamat dilahirkan.Tolong bertahan"

Gugur air mata seorang abang apabila melihat keadaan adiknya sedemikian rupa.Dia baru pulang ke Malaysia beberapa bulan.Niatnya balik agar dia dapat bina kehidupan bahagia bersama keluarga.Dia mahu meluangkan masa bersama adik bongsunya setelah sekian lama dia berada di negara orang.

Dia harap dia sempat.Sempat untuk meluangkan masa lebih lama dengan Aisy.Hanya itu yang dia mahu sekarang.Tidak mahu minta lebih.

"Adik! Kau kena kuat.Lawan dik! Jangan tinggalkan kitorang dulu! Kau ada anak untuk dijaga! Kau tak kesian ke pada diorang nanti?!" Irfan pula bersuara.
Kalau alongnya dan Adrian sudah mengalirkan air mata,
kenapa tidak dia.Semakin melebat ada lah.

"Halalkan makan minum saya,Ad-Adrian Mikhail Ar-Rayyan.Le-lepaskan saya pergi ya?" Tangannya yang dari tadi menggenggam tangan Adrian kian melonggar.

"T-tak! Jangan cakap mengarut sayang! Tak kesah apa pun yang jadi! Abang just nak sayang dengan baby kita selamat.Please! Sayang janji dengan abang,ok!"

Aisy hanya mampu menggelengkan kepalanya seraya tersenyum manis.

'Allahuakhbar' kata itu dituturkan di dalam hati buat kali terakhir sebelum matanya mula terpejam rapat.

"Sayang! Aisya! Bangun! Jangan tidur dulu,Aisya!"

"Maaf tengku.Sampai di sini sahaja.Kami tidak boleh membiarkan tengku masuk ke dalam.Minta maaf semua.Berdoalah yang baik-baik semoga urusan isteri tengku dipermudah segalanya,dan semoga ada keajaiban yang berlaku"

Adrian rebah.Lututnya melemah longlai.Dia tak boleh melihat Aisy dalam keadaan begitu.Depan matanya sendiri isterinya ditikam dengan kejam oleh kawan baik sendiri.

T. Adnan yang mendapat berita itu dari isterinya terus bergegas ke hospital.

Setelah lama menunggu ~akhirnya doktor yang merawat Aisy keluar dari wad.

"Macam mana doktor? Macam mana dengan adik saya?!"

Doktor perempuan yang berumur lingkungan 40-an itu hanya menggelengkan kepalanya.

"Doktor! Cakaplah! Macam mana dengan isteri saya? Anak-anak saya macam mana?!"

"T-tahniah.Isteri tengku telah selamat melahirkan bayi kembar.Lelaki dan perempuan"

Lega sedikit hati semua yang mendengar.

"Tapi,isteri tengku..................K-kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan,tapi Allah lebih sayangkan isteri tengku.Maafkan kami.Kami tak mampu selamatkan Puan Aisy"

Pernyataan itu membuatkan Adrian terkejut.Dia telah rebah.Pengsan.

"Iyan! Ya Allah! Kenapa nih?!" Turut gelabah T. Adnan melihat anaknya rebah.

"Nurse! Tolong bantu saya!" Panggil doktor itu apabila melihat Adrian pengsan.

"D-doktor.M-macam mana adik saya tak boleh diselamatkan? Ki-kitorang dah datang sini secepat yang mungkin! Kenapa doktor? Ke-na....."

"Maafkan saya,encik.Adik encik ditikam di bahagian dada.Kita semua tahu yang bahagian tu yang paling berisiko.Adik encik kehilangan banyak darah juga.
Salam takziah buat encik sekeluarga.Kami minta maaf.
Kami pergi dulu"

Doktor itu beredar dari situ untuk menjalankan tugasnya yang belum selesai.

"Dah,Irfan.Terima ketentuan Allah.Allah lebih sayangkan adik.Sekurang-kurangnya adik dah tak perlu tanggung derita.Dah lama dia derita,Fan! Papa mesti happy sekarang.Apa yang dia minta memang dah terjadi"

"Jangan sebut pasal dia along! Irfan benci dia! Disebabkan dia,adik jadi macam ni! Kalau dia tak kata macam tu mesti semua ni takkan terjadi! Adik takkan mati lah!" Air matanya dihapus kasar dengan tangannya.

"Ya Allah! Bawa mengucap Irfan.Mummy tahu peritnya hilang orang yang kita sayang,tapi kita kena terima ketentuan Ilahi" T. Maria pula bersuara.

"Tengku diam! Tengku pun sama je! Sanggup tengku cemuh adik kami kan?! Kononnya di mata tengku adik saya tu terlampau hina! Tengku yang buat dia dibenci oleh suaminya sendiri!"

Hafiz yang memegang Irfan tadi terus melepaskan kerana Irfan meronta untuk dilepaskan.

Sebaik sahaja Irfan mahu beredar dari situ,T. Aida dan T. Ahmad turut hadir ke situ................

"Doktor.Macam mana dengan kawan saya?"

"Alhamdulillah.Lukanya takde lah dalam sangat.Saya dah balut bahagian bahu tu.Cuma dia belum sedarkan diri lagi sekarang"

"Terima kasih doktor.Erm doktor.Boleh saya tahu tentang pesakit bernama Aisya Anneliese Andrea?"

"Kenapa ya?" Hairan doktor itu tatkala mendengar soalan yang diajukan oleh Nadya.

"Err,takde pape.Thanks again, doktor"

"Kalau macam tu,saya pergi dulu"

Nadya tersenyum kecil dan mengangguk sahaja.

Sebaik Nadya keluar dari bilik Aryan,dia menangis tersedu sedan.

"A-aisy! A-aku minta maaf.Aku minta maaf! Aku tak sempat nak minta maaf dengan kau depan-depan.
Aku pengecut! Aku tak tahu kau dah banyak derita selama ni! Bangunlah.Kau patut hukum aku,Aisy"

Dia menangis semahu-mahunya.Perasaan tidak enak di hati semakin menggunung.Seakan sesuatu yang buruk terjadi.

Apa pun yang dia telah sesali,masa tidak boleh diputarkan kembali.Aisy telah pergi.Pergi buat selamanya.Tinggalkan dirinya dan juga meninggalkan dunia ini.

'Aku maafkan kau,Aisya Anneliese Andrea'

Flashback...................

Pertemuan terakhir Nadya dan Aisy..............

Aisy berjalan dengan perutnya yang telah membesar ke depan menuju ke perpustakaan.

Sewaktu berjalan,dia telah berselisih dengan Nadya.

Nadya langsung tidak memandang mukanya.Hal ini membuatkan Aisy merasa bersalah tiba-tiba.

"Nad" Laju sahaja langkah Aisy mencapai tangan Nadya.

"Apa hal ni?! Lepaslah!" Tangan direntap kasar.

"M-maaf.Aku tak sengaja"

"Maaf? Boleh pergi mampus lah"

'Allahuakbar.Ini ke Nadya, sahabat baik yang aku pernah kenal?'

"Nad.A-aku.....Sebenarnya, aku nak jumpa dengan kau"

"For what?! Kau dah hancurkan masa depan kawan aku sendiri kot!"

"Aku tahu.Memang salah aku.Tapi sekali ni sahaja.Tak boleh ke kau maafkan aku?............Aku memang dah buat banyak salah silap pada kau.Pada Erin.Aku mengaku salah.Jadi,maafkanlah aku.Aku janji.Lepas pada ni,aku takkan sakitkan hati sesiapa lagi dah.Dan aku janji.Aku takkan ganggu ikatan persahabatan kau dengan Erin.Dan Erin akan dapat cinta dia balik dengan Adrian"

"Aku akan pergi jauh dari semua orang.Jadi,maafkan aku ya?Jangan risau.Semua kebaikan yang kau dah buat dengan Erin pada aku,sampai aku mati aku kenangkan.Aku dah maafkan korang dah untuk segalanya.Halalkan semua makan minum yang aku pernah makan waktu kita bersama.Kalau kau perlukan ganti rugi,aku bersedia untuk bayar" Semakin mengendur suaranya.

"Eh dahlah! Semak kepala lah! Baiklah...........
Memandangkan kau dah ada kat sini kan,aku nak cakap.
Aku tak sudi nak maafkan kau"

Hati terasa bagaikan tertoreh luka di dalam.

Entah harus bagaimana lagi cara yang perlu dia lakukan agar dia mendapat kemaafan dari kedua-dua rakannya itu.

Memang dia tak nafikan.

Nadya dengan egonya berpisah tiada.Dia lebih rela menyanjung egonya.

"Sampai hati kau kan,Nad? Mana kau yang dulu? Mana Nad yang aku pernah kenal?" Air mata yang terkumpul sudah mengaburi matanya

"Ya! Memang sampai hati aku.Aku yang dulu dengan sekarang dah berubah, semuanya disebabkan kau sendiri! Kau yang paksa aku jadi macam ni,Aisy! Kalau kau tak khianat Erin,tak khianat persahabatan kita,aku takkan jadi seperti hari ni yang kau tengok! Inilah diri aku yang sekarang!"

"Tak.Nad! Aku tahu kau baik.Aku tahu kau penyayang.
Aku cuma nak minta maaf.Itu sahaja.Kalau kau nak benci aku sampai aku mati sekalipun aku dah tak hiraukan.Cuma permohonan maaf aku diterima sahaja yang aku perlukan keluar dari mulut kau"

Aisy bersedia melutut.Dia berharap supaya cara ini mampu untuk dia menebus semua kesalahannya.

"Kau buatlah apa cara sekalipun,aku tetap takkan maafkan kau,Aisy.Aku takkan!"

Nadya terus melangkah ke hadapan tanpa menghiraukan permintaan maaf dari Aisy.Walaupun Aisy siap berlutut di hadapannya,namun hatinya tidak merasa apa-apa.

Sesaknya terasa di dada.Sampai begitu sekali Nadya membenci dirinya.

End flashback..................

"A-aisya?"

"Eh,abang dah bangun?"

Adrian memerhati wajah Aisy itu.Aisy memakai baju berwarna putih.Wajahnya tenang sahaja.Berseri lagi.

"Aisya nak pergi mana sayang? Pakai baju putih ni?"

"Aisya nak pergi jauh dah lah" Aisy tersenyum manis.

"Jauh? Tapi ke mana?"

"Jauhlah.Jauh dari abang,dari anak-anak kita,jauh dari semua orang lah"

"Kenapa? Aisya dah tak sayangkan abang ke sampai nak pergi jauh ni?"

"Mestilah sayang sangat kat suami saya ni.Sebabtu Aisya kena pergi jauh"

Adrian sedikit berjauh hati.Dia langsung tidak memandang muka Aisy.

"Hey! Abang marah kat Aisya ke? Janganlah marah-marah.Nanti sampai masa kita jumpa lagi ya? Abang sanggup tunggu dan sabar tak?"

"Aisya.Tak boleh ke kalau abang ikut Aisya sekarang juga?"

Aisy menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan cadangan Adrian.

"Tak boleh.Kalau abang ikut,anak-anak kita siapa nak jaga?"

"Kita bawa diorang sekali lah"

Sekali lagi Aisy menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

"Ish ish ish.Tak bolehlah abang.Abang jaga lah anak-anak kita dulu.Jangan susahkan orang lain pula,nak tolong jagakan anak-anak.Nanti sampai masa,Aisya datang lagi.Masatu kalau abang nak ikut~ Aisya izinkan............Takpelah.Aisya pergi dulu ya! Umi dah panggil tu. Abang janji tau,jaga anak-anak kita"

"Umi?!" Adrian mengerutkan dahinya.

"Yaa! Umi Aisya lah.Aisya dah happy sekarang.Umi ada temankan Aisya.Janganlah risau ya! Aisya sayang abang! Sangat sangat. Ingat tau! Jaga anak-anak kita.
Jangan biar anak-anak kita susahkan orang. Assalammualaikum,syurga Aisya!"

"Aisya! Tunggu!"

"Aisya sayang! Tunggu abang!" Semakin lama,semakin hilang kelibat Aisy dari mata Adrian.

"Aisyaaaaaaaaaaa!" Terus Adrian terbangun dari pengsannya.

"Iyan,kenapa ni?"

"Daddy isteri Iyan mana? Iyan nak jumpa dia daddy! Bawa Iyan jumpa dia!"

Air mata T. Maria terus mengalir deras.Dia memandang T. Adnan.

Adrian telah hilang arah.

"Iyan.Jangan macam ni Iyan!"

"Apa daddy?! Iyan nak jumpa isteri dengan anak-anak Iyan daddy!"

"Ok.Kita pergi tengok sekarang"

T. Maria memandang T. Adnan seperti ingin meminta penjelasan.

"Takpelah.Biar Iyan tengok anak-anak dia dulu sebelum dia tengok Aisy"

Masuk sahaja di dalam wad,Adrian bertindak mengalunkan azan dan iqamah pada anak-anaknya.

Seusai selesai,diletaknya anak-anaknya ke dalam inkubator yang tersedia.

Dia menangis.Perasaannya bercampur baur sekarang.
Dia gembira kerana isterinya telah berjaya selamat melahirkan anak-anaknya.Dalam perasaan sama dia bersedih akan kehilangan isterinya.

"Assalammualaikum anak-anak daddy.Daddy datang sayang.Daddy minta maaf sebab anak-anak daddy ni lahir² je dah tak dapat kasih sayang dari umi............ Comelnya sayang² daddy nih.Sorang ikut muka umi,sorang lagi ikut muka daddy.Daddy minta maaf ya,sayang...Allahuakbar! Kuatkan lah aku Ya Allah untuk lalui semua ini!"

T. Maria dan T. Adnan yang melihat dari luar turut merasa simpati dengan anaknya.

Sekurang-kurangnya mereka masih bangga dengan anaknya.Walaupun Aisy pergi,Adrian tetap gagahkan diri untuk menerima semua ini dengan redha.Siap boleh mengazankan dan iqamah pada anak-anaknya lagi walaupun baru sahaja mengetahui bahawa isterinya sudah tiada.

"Daddy.Iyan nak jumpa dengan isteri Iyan buat kali terakhir" Perlahan sahaja suara itu dituturkan.

Nampaknya Adrian sudah menerima hakikat bahawa isterinya sudahpun dijemput Ilahi.

Langsung Adrian tidak memandang mummy nya yang ada di situ.Suaranya sayu sahaja kedengaran. Seolah sudah penat dengan semua benda yang telah terjadi.

"Ye lah.Ikut sini" T. Adnan menunjukkan jalan menuju ke bilik mayat.

Sampai sahaja di sana,Adrian telah melihat Hafiz,Irfan serta T. Ahmad dan T. Aida juga ada di dalam bilik di mana Aisy ditempatkan.

Adrian mendekati dirinya di katil Aisy.

Dilihatnya wajah yang sudah lagi tidak bernyawa seolah-olah senyum padanya.Mukanya pucat. Langsung tidak mempunyai aliran darah di bahagian bibir itu.

Adrian menangis di situ juga.Tidak dipinta tetapi ia secara terus-menerus mengalir membasahi pipi.

Wajah ini yang pernah menceriakan hari-harinya. Wajah ini yang membuat dia cemburu gila-gila.Wajah ini yang membuat jantung dia berdetak kencang bagai nak pecah.Dan wajah ini juga yang hari-hari dia akan rindu dan sayang.

Selepas ini,Adrian tidak dapat lagi menatap wajah bahagia ini.Wajah bidadari syurganya.

Wajah itu dicium dengan lamanya.Adrian tidak mampu menahan air matanya dari mengalir berterusan.Bukan dia yang minta.Perasaan sedih yang menguasai dirinya sekarang.

'Kenapa sayang pergi dulu? Sayang tak kesian kat abang ke? Abang tahu abang ada banyak salah silap pada sayang.Tapi perlu ke sayang pergi untuk selamanya? Kesian anak-anak kita sayang.Dia perlukan kasih sayang umi dia.Kasih sayang hanya pada daddy dia tak cukup sayang.Kalau boleh,abang nak sangat sayang bangun.Tapi nak buat macam mana kan? Sayang nak tidur untuk selamanya kan? Takpe.Rehatlah sayang.Abang izinkan'

'Happy Ending tidak semestinya berakhir dengan sebuah pasangan hidup bahagia untuk masa yang lama'

'Perpisahan pasti terwujud sama ada masih di dunia ataupun perpisahan disebabkan alam yang berbeza'

Ending dan epilogue akan menyusul. Stay tuned! ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience