BAB 18

Romance Completed 6961

Skrin telefon dipandang.

'Erin?'

Aisy.
Aku nak jumpa kau sekarang
Boleh?

untuk apa?

Aku nak discuss something dengan kau
Aku harap kau takde kerja sekarang
Nanti aku busy
that's why aku ajak kau jumpa sekarang

Erin sent a location.......

Kau boleh datang sini ?

Aisy hanya melihat pesanan ringkas itu,tiada niat niat untuk membalasnya semula.Agak hairan dia apabila tempat perjumpaan mereka adalah di hotel.

Dia mula bersiap dahulu sebelum Adrian balik ke rumah.

"Aisya.Nak pergi mana bersiap ni?!" Tanya Adrian sebaik sahaja dia pulang ke rumah dan melihat Aisy di dapur sedang meneguk air.

"Saya nak keluar kejap.Boleh?"

"Boleh.Tapi bagi abang yang hantar"

"No.It's ok! Saya dah telefon grab untuk ambil saya"

"Takpelah.Biar abang bayar grab tu.Naik je dengan abang"

"I said no.I'm ok.Saya pergi dulu"
Sempat Aisy menyalami tangan Adrian sebelum keluar dari rumah.

Adrian sedikit hairan apabila Aisy keluar dengan tergesa-gesa.Sudahlah waktu malam begini.
Bukan apa,dia risau.

Skip ⏮️........................

"Ada apa nak jumpa kat sini?"

"Kau dah sampai?! Come.Have a seat"
Lalu Aisy hanya duduk seperti yang diarahkan oleh Erin.

"Tujuan aku ajak jumpa sebab aku nak minta maaf pada kau.Aku tahu aku dah banyak buat salah pada kau.Aku sedar yang aku yang tak boleh move on dari Ad. Aku tahu kau takkan tergamaknya nak buat semua ni kan?! Aisy, I'm really sorry.Okay?!"

Jadi,itukah tujuan mereka berjumpa?!

"Erin.Aku dah lama maafkan kau.Aku pun nak minta maaf atas selama ni aku cakap berkurang ajar dengan kau.Aku tahu mesti kau anggap aku tak kenang jasa kau dengan Nad kan?Aku betul-betul minta maaf and aku berani sumpah,Erin.Aku tak buat semua ni.Bukan aku yang perangkap Adrian dalam bilik tu.Ini semua kerja orang lain.Aku masih tak tahu ini angkara siapa.
Aku.........."

Bukan dia tak tahu itu kerja siapa.Cuma,Erin tidak perlu tahu buat masa sekarang.Biarlah rahsia.

"Dah, Aisy.Aku tahu tu bukan salah kau.Tapi tu lah.Ini semua salah aku.Aku yang nak sangat keruhkan keadaan ni kan?!"

"Dahlah Erin.Kau tak salah.Dahlah tu cerita hal ni.....Aku pergi tandas sekejap,ya!"

"Ya,ya! Pergilah"

Setelah beberapa minit,Aisy tiba semula di tempat duduknya.Dia meneguk jus oren yang dipesannya tadi.

"So how hubungan kau dengan Adrian?"
Tanya Aisy bagi memecahkan kesunyian.

"Macam tu lah.Kitorang dah break.Lagipun baguslah tu.Kau kan isteri dia.Aku tak sepatutnya rampas dia dari kau"

Aisy memegang tangan kanan Erin lembut.

"Erin.Kalau apa pun yang terjadi pada korang berdua, tolonglah! Jangan sampai putus.Aku tahu Adrian masih sayangkan kau.Dan aku tahu kau pun masih sayangkan dia.Aku nampak dalam mata Adrian.Dia masih nak fix hubungan korang.Korang cubalah berbaik semula.
Aku tahu hubungan korang masih lagi jauh.Aku dah boleh terima yang aku dan dia memang takde jodoh dan aku pasti! Korang memang dah ditakdirkan untuk bersama.Tolong! Jangan mengalah lagi"

'Ini janji aku pada Adrian.Aku akan pujuk kau,Erin.Aku bukan seorang yang mungkir janji orang lain'

Jeda seketika.

"Dengar cakap aku ya,Erin.Aku nak tengok korang berdua hidup bahagia.Aku ni belum tentu umur panjang. At least! Aku.....a-aku......"
Tiba-tiba kepala Aisy terasa berat.

"Aisy! Kau kenapa ni?Aisy!"
Erin menepuk bahagian pipi Aisy supaya dapat menyedarkannya.

"Erin.Aku kat mana ni? Apa dah jadi semalam?"

Mata Aisy masih berpinar.

"Aisy.Kau pengsan semalam.Aku dah tanya doktor semalam.Dia cakap kau penat sebabtu boleh pengsan"

"Tapi kenapa aku masih ada kat sini? Kenapa kau tak hantar aku balik rumah?"

"Relaks,Aisy.Aku dah call Adrian yang kau stay dengan aku malam tadi.Dia cakap ok,so aku biarkan kau stay sini dengan aku malam tadi.Lagipun aku tak larat nak angkat kau.Semalam pun ada pekerja hotel yang tolong aku angkat kau.Sorry!"

"Maaf sebab dah susahkan kau Erin"

"Eh! No hal lah.Patutnya aku yang minta maaf.Ye lah aku buat kau tak selesa sampai nak tidur hotel pula kan?!"

"No.It's okay.Thank you,Erin"

Skip ⏮️......................

Sebaik sahaja Aisy pulang ke rumah,dia tidak dapat melihat kelibat Adrian.Ya lah! Mana taknya? Pasti Adrian sudah ke kolej.

Jadi dia memutuskan untuk tidak ke kolej kerana jika dia bertegas juga,pasti dia masuk ke kelas lambat.

Jam menunjukkan pukul 10 malam,namun kelibat Adrian masih lagi tidak muncul di depan Aisy hari ini.
Aisy putus asa untuk menunggu Adrian pulang.Dia mengambil keputusan untuk tidur dahulu kerana badannya telah berasa letih dan perlukan rehat.

Keesokan harinya,Aisy pergi ke kolej seperti biasa dengan menaiki teksi.

Seeloknya dia berjalan ingin menuju ke kelas,dia telah terserempak dengan Erin dan Adrian yang berjalan bersama.Agak terkejut tetapi dia hanya beriak biasa. Dia berasa sedikit lega apabila melihat muka Adrian di depan mata.

"Biy! You jalan dulu.I nak cakap dengan Aisy sekejap ya!" Adrian hanya mengangguk tanda setuju.

"Aisy.Thank you so much sebab kau dah buat hubungan kitorang bertahan sampai sekarang.Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku sekarang ni. Aku happy gila sebab dah berbaik dengan Adrian"

"Alhamdulillah.Syukurlah kalau hubungan korang dah baik semula.Semoga kekal lah ya.Aku pergi dulu.Class dah nak start ni"

Aisy memandang ke arah Adrian.Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Adrian.Tetapi Adrian langsung tidak melihat mukanya.Apatah lagi membalas kembali senyumannya?

Aisy menjadi hairan.

Nampaknya,hari ini dia memang akan keluar dari rumah Adrian. Lupakan niatnya untuk terus bertahan sehingga menjelang hari raya aidilfitri.Tugasnya sebagai seorang isteri kepada Adrian akan berakhir tak lama lagi. Sepatutnya,harini dia sudah pergi dari rumah itu. Namun,dia mahu berjumpa dengan Adrian terlebih dahulu sebelum dia pergi.Maklumlah semalam dia tidak berjumpa dengan Adrian kerana lelaki itu tidak pulang ke rumah.

Aisy menghantar pemergian Adrian dan Erin dari ekoran mata sebelum dia pula meneruskan langkahnya untuk masuk ke kelas.

"Hello, Assalamualaikum along"

"Haa, waalaikumussalam dik.Ada apa?"

"Adik dah bersedia nak tinggal dengan along and abang Irfan.Boleh tak along dengan abang datang ambil adik sekarang?Adik tengah bersiap ni.Baju semua adik dah pack"

"Hubungan adik dengan Adrian memang dah tak boleh diselamatkan ke?"

Aisy menukar topik.

"Adik tunggu along dengan abang datang ye.Nanti on the way message dulu,takut nanti adik tak perasan pula kalau korang dah datang lama kan?!"

"Haa ye laa.Along tunggu Irfan pergi hantar Aryan kejap.Dalam setengah jam lagi kitorang datang ambil adik"

"Okay, Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam wbt "

Aisy menarik bagasinya hingga ke luar biliknya.Hari ini dia betul-betul nekad untuk keluar dari rumah.Tiada apa lagi yang dia boleh pertahankan.Sudah takdirnya bukan berjodoh dengan Adrian walaupun dia sangat mencintai jejaka itu.

Aisy melihat Adrian yang santai menonton televisyen itu,lalu dia mendapati Adrian.Terus dia melutut di hadapan Adrian. Kalau hari itu apabila ditanya,dia mahu tinggal bersama Adrian sehingga sebelum malam raya, namun sekarang rancangannya sudah berubah.

"Awak.Saya dah nak pergi ni.Saya nak minta maaf selama saya jadi isteri awak,saya selalu sakitkan hati awak,buat awak marah dan segalanya.Saya gagal jadi isteri yang terbaik untuk awak.Saya sedar yang saya dah banyak buat kesilapan selama saya bergelar seorang isteri.Terima kasih.Terima kasih untuk semua yang awak dah bagi pada saya.Semua yang awak dah bagi dan jasa awak,saya tak akan pernah lupa.Saya akan ingat sampai bila-bila.Maafkan saya sekali lagi"

Aisy ingin menyalami tangan Adrian tetapi Adrian menepis dekgan kasar tangan Aisy itu.

"Tangan jijik kau tu tak layak sentuh tangan aku lah!"
Adrian yang menengking telah membuatkan Aisy tersentak.

'K-kenapa dengan awak ni? Apa salah saya sampai awak hina saya lagi? Tak cukup selama ni awak dah mengata saya macam-macam? Dan awak dah minta maaf pun.Dan harini! Awak buat lagi.Kenapa?! Hina sangat ke saya ni?!'

Agak terkejut apabila nada Adrian menengking dirinya.

"Kau bukan sahaja hina.Jijik dan murah! Tak ubah macam pelacur!"

"Adrian! Jangan sampai saya tampar awak!" Terasa tahap kesabarannya sekarang tidak boleh dibendung lagi dalam diri.

"Berani kau nak tampar aku?! Tampar lah! Jangan sampai aku buat anak dalam kandungan kau ni mampus lah!"

Tersentak Aisy dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Adrian.

Apa sudah jadi dengan lelaki itu?

"Tengku Adrian Mikhail Ar-Rayyan! Awak sedar tak apa yang awak dah cakap ni?!"

"Aku sedarlah pompuan! Kau tu! Belum sedar lagi kan?! Dasar tak kenang budi.Aku ingatkan kau ni suci sangat,
rupa-rupanya belakang aku bukan main lagi kau erh?! Berapa laki tu bayar kau untuk buat semua tu?!"

Aisy mengerutkan dahinya tanda dia tidak mengerti apa soalan yang diajukan kepadanya?

"Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan.Lelaki mana pula ni?!"

"Tak perlu berpura-pura bodohlah Aisy! Aku dah saksikan semuanya pembohongan kau pada aku! Puas lah hati kau kan sekarang?! Dah tak tahu dosa pahala ke tentang apa yang kau buat ni?! Entah-entah anak dalam perut kau ni anak h*r*m hasil hubungan kau dengan laki tu kan?!"

Pap!

Aisy menampar pipi Adrian dengan kasar sehingga tangannya juga turut berasa kebas.

"Awak dah melampau Adrian! Apa lagi yang saya boleh buat untuk yakinkan ini anak awak?! Saya masih tahu semua dosa pahala! Apa bodoh sangat ke saya sanggup jual diri sendiri pada orang lain?! Kalau disebabkan harta tak perlu saya perangkap awaklah! Saya boleh je perangkap sesiapa saja saya suka lah! Orang yang lebih kaya dari awak pun saya boleh buat mereka tunduk pada saya lah!"

Tahap kesabaran Aisy sudah pun habis.Kalini dia betul-betul sakit hati dengan apa yang Adrian ungkapkan tentang dirinya.

"Eh tak payahlah nak berlakon yang kau ni yang terpaling suci lah! Semalam kau pergi mana?! Kau check-in hotel kan?! Kau nak bermesra dengan laki tu?! Patutlah kau tak bagi aku hantar kau semalam kan?!"

Sinis sahaja pandangan Adrian kepada Aisy.

"Kalau awak tak tahu apa-apa jangan sibuk nak menuduh ya! Saya cabar awak tunjukkan bukti apa yang awak dah nampak semalam! Apa yang saya buat semalam dekat hotel tu?! Jangan ikut sedap mulut sahaja nak tuduh melulu!"

"Kau nak bukti sangat kan?! Kau tengok sekarang! Ni apa?!"

Adrian menunjukkan telefonnya kepada Aisy.

Aisy amat terkejut apabila melihat gambarnya yang sedang tidur lena.Aisy telah memeluk seorang lelaki yang tidak dia kenali.Tetapi wajah lelaki itu seakan-akan mirip dengan wajah lelaki yang sama seperti gambar yang pernah dia lihat waktu dulu.

Siapakah gerangan lelaki itu?!

"Kenapa?! Dah kantoi?! Ini nasib Erin yang bagitahu aku yang dia nampak kau check-in hotel dengan laki tu! Kalau aku tak berkeras nak pergi dan bodoh percaya kau bulat-bulat,aku takkan nampak kerja jijik kau ni kan?!"

"Tak! Semua gambar ni palsu! Saya tak buat semua ni lah!"

'Erin tipu aku ke?! Kenapa dia buat macam ni pada aku?!'

Adrian mencengkam dagu Aisy dengan sedikit kuat.

"Kau dengar sini baik-baik ya pompuan! Untuk pengetahuan kau,Aku jadi saksi semua ni! Aku nampak sendiri yang kau dan laki ni bermesra dalam bilik hotel tu! Apa lagi yang kau nak nafikan?!"

Flashback.............

"Hello,Ad!"

"You nak apa Erin?!"

"You dengar cakap i ya! Datang kat hotel sekarang!"

"Hotel? Buat apa i kena pergi situ?! You nak perangkap i ke?!"

"No! I nampak Aisy check-in hotel dengan sorang laki ni!"

"Nonsense! Takkanlah.I kenal dia tu bukan perempuan yang macamtu"

"Check whatsapp you sekarang.I dah sent location di mana i berada sekarang.Please! Percaya cakap i kalini.
Kalau you datang sini and ternyata i menipu you,then you tak payah percaya i lagi dah lepasni.Okay?!"

"Tengoklah macam mana.Bye!"

Adrian menutup telefonnya.

Dia berfikir sama ada percaya akan Erin atau tidak. Baginya mustahil Aisy akan menduakannya dengan sarat mengandung.

Hatinya tergerak untuk pergi ke hotel tersebut.

Sesampainya dia di sana,dia terus merempuh pintu hotel itu.Ternyata,apa yang telah diceritakan oleh Erin, semuanya benar belaka.Aisy telah tidur lena dengan auratnya banyak yang telah terdedah.Aisy bertindak memeluk lelaki itu.

Adrian seakan tidak percaya yang Aisy boleh buat perkara begini di belakangnya.Sungguh dia tidak menyangka.

Oleh akibat perasaan marah yang membuak-buak, Adrian menghadiahkan tumbukan padu kepada lelaki yang telah tidur bersama Aisy itu.Selepas sahaja ditumbuk,lelaki itu terus melarikan diri dan keluar dari bilik.

"Ad! Now you percaya kan why i tak suka dia kahwin dengan you? And now you juga tahu why bapak dia buang dia kan? Sebab hal macam ni lah.At first,i percaya dia takkan buat kerja-kerja macamni,but harini dia betul-betul tunjukkan bad side dia depan i.Depan you pun sebagai suami dia"

"Macam mana you boleh tahu dia ada di sini?!"

"Ouh! Kebetulan i ajak Nad lepak kat restaurant hotel ni tadi.Lepastu i tertinggal wallet.Nasiblah staff kat sini dah simpan.So i datang nak ambil balik,and then i nampak dia dengan lelaki tu jalan berpimpin tangan bagai check-in sini.I pun follow diorang sampai lah i jumpa bilik ni yang diorang masuk"

"Tapi Aisy cakap dia sepatutnya jumpa you?! Takkanlah dia nak menipu?!"

"Ad! Apa you cakap ni? Bila masa pula i nak ajak Aisy jumpa?! Malam-malam pula tu.Lelbih-lebih lagi Aisy tengah pregnant.Why pula i nak kena jumpa dia?!"

"No-i............"

"Okay,now enough.Ad! You bawa lah dia ni balik.I bukan apa.I kesian kat dia lah"

"Tch! Kesian?! Orang macam ni you kesian? Agak-agaklah! Dah! Tinggalkan je dia di sini! Pandai-pandailah dia hidup lepasni.Mulai harini,saat ini! Aku dah takkan ambil peduli hal dia lagi! Lantaklah apa nak jadi pada dia nih! Dasar murah!"

End flashback................

"Ya Allah! Adrian.Tolonglah! Saya tak buat semua ni! Saya berani sumpah lah! Saya dah dikhianati oleh Erin! Saya pergi sana nak jumpa Erin! Lelaki tu pun saya tak kenal.Apatah lagi kami nak tidur bersama?!"

"Kalau dah namanya penipu,selamanya akan jadi penipu lah! Eh dahlah! Semak kepala otak aku ni! Kau berhambus sekarang dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi di sini! Keluar!"

"Adrian tolonglah.Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap! Takkanlah takde rasa secebis pun dalam hati awak untuk awak percaya pada cerita saya?!"

"Tahap kepercayaan aku pada kau dah mati lepas saja kau buat aku macam ni! Bila anak tu dah keluar nanti, kau tunggu je surat dari mahkamah! Aku dah tak sabar nak bercerai dengan kau! Aku dah tak nak ada apa² ikatan lagi dengan kau atau semua orang yang berkaitan dengan kau!"

"Adrian,please! At least dengar dulu apa saya nak explain! Saya memang akan pergi pun harini!"

"Aku tak perlukan penjelasan dari kau lah!"

Adrian mengheret Aisy hingga ke luar rumah.

"Adrian,tolonglah dengar cakap saya sekali je! Please!"

Adrian tidak menghiraukan kata-kata Aisy.Sebaliknya, dia terus mengheret Aisy seperti orang yang tiada perasaan.Tiada hati perut.

Adrian terus mengheret sehingga Aisy hampir tersungkur di tanah tetapi nasib sahaja telah disambut oleh Hafiz yang baru sahaja tiba.

"Kurang ajar!" Irfan yang juga menghampiri terus bertindak menumbuk sebelah kanan pipi Adrian.

Melihat pergaduhan itu berlaku,Hafiz berusaha untuk menghentikan perbuatan masing-masing.Dia menarik Irfan supaya berhenti dari menumbuk Adrian.

"Sudah! Nanti jiran-jiran nampak susah!"

"Aku ni dah lama bersabar dengan dia ni long! Eh jantan! Mana hati dan perasaan kau haa?! Aisy merayu kat kau macam orang pengemis! Sanggup kau kan buat dia macamtu? Apa hina sangat ke dia sampai layak kau buat macamtu?! Aisy ni isteri kau! Mana pergi hati kau yang penyayang tu?!"

Makin menyinga Irfan dibuatnya.

"Ya! Dia memang hina! Kau tak kenal lagi lah perangai dia! Kau tak tahu apa yang dia dah buat belakang aku lah! Kalau kau nak tahu aku sendiri yang tangkap dia tidur dengan lelaki lain di hotel semalam! Aku dan Erin jadi saksi atas perbuatan terkutuk dia nih buat dengan lelaki tah dari mana tu!"

"Tak! Along.Irfan!percayalah! Adik tak buat semua tu lah! Adik masih boleh beza dosa pahala! Adik ni isteri orang! Takkanlah adik nak menduakan suami adik sendiri, along?!"

"Eh dahlah pompuan! Dengan diorang ni kau bolehlah tipu hidup-hidup tapi bukan dengan aku lah!
Eh kau pergilah dari sini! Aku tak nak tengok muka korang kat sini! Berhambus!"

"Jom dik.Mari kita pergi dari sini"

"Tak along! Adik tak akan pergi selagi adik tak ceritakan hal sebenar yang berlaku semalam pada Adrian. Dia dah salah faham!"

"Aku dah cakap aku tak nak dengar apa-apa lagi penjelasan dari kau lah! Berhambus sajalah dari rumah aku!"

"Aisy,jom! Kau tak dengar ke apa dia cakap? Tak perlu buktikan pada dia apa pun! Biarlah! Dia rasa diri dia tu hebat sangat! Dia agungkan ego dia! Biar!"

Hafiz menolong adiknya memasuki kereta.
Sebelum Aisy masuk ke dalam kereta,Adrian sempat memesan,"Aku tak nak anak tu berbin atau berbintikan aku.Dia tak layak jadi anak aku langsung.."

"Eh kau sedar tak apa yang kau cakap ni setan?!"

"Ya! Aku sedar! Berhambus sekarang!"

Adrian menutup pagar rumahnya selepas dia berjaya menghalau semua.

Puas hatinya dapat memaki hamun kepada Aisy dan Irfan tadi.

Di dalam kereta.........

"Along! Bawa adik pergi jumpa Erin sekarang!"

"Adik nak buat apa? Dah lewat malam ni.Esok-esok ajalah kita jumpa dia"

"Tak! Disebabkan dia Adrian cemuh pada adik! Dia dah khianat adik,along! Sakit hati ni tahu tak?!"

"Ya,along tahu.Adik sabar ya! Jangan risau! Allah tu ada.Minta kat Allah supaya tunjukkan jalan pada adik agar dapat selesaikan hal ni baik-baik.Along tak nak adik jumpa Erin sebab along tahu adik tengah marah sekarang.Syaitan suka kalau kita dalam keadaaan marah.Adik puas ke kalau adik pergi serang dia,kata macam-macam pada dia? Adik tak takut berdosa?!"

Aisy hanya diam.

Dia menangis tanpa ada sebarang bunyi.

Sedihnya seseorang sehingga tangisannya tidak kedengaran, percayalah sakit di hatinya sangatlah mendalam.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam.....Eh! Aelise ada sekali?"

Aisy bertindak menyalami tangan tua itu.

Jelas kelihatan mata Aisy sembap seperti baru sahaja lepas menangis.

T. Aida bertindak menyuruh Hafiz membawa Aisy ke bilik supaya Aisy dapat berehat dengan tenang.

"Abang.Kenapa dengan Aelise tu? Mummy tengok mata dia sembap.Dia menangis ke?"

Irfan mengangguk tanda ya.

"Nanti abang ceritakan.Abang nak hantar bagasi ni masuk blik kejap ya,mummy"

"Haa ye lah"

Di ruang tamu ...............

T. Aida menangis teresak-esak apabila mendengar semua cerita yang Irfan ceritakan padanya. Sanggup anak buahnya bersikap kejam terhadap Aisy.

"Mummy tak sangka,abang! Mummy minta maaf sebab dah ada anak saudara macamtu.Maafkan mummy" Kata T. Aida dengan nada masih teresak-esak.

"Tak mummy.Ni bukan salah mummy sebab ada anak saudara macamtu.Adrian sendiri yang pilih nak jadi macam tu.Abang pun tak faham apa yang dendam sangat Erin tu pada adik sampai dia mampu ubah Adrian jadi macam ni"

"Dahlah.Semua dah jadi.Mungkin Allah nak tunjuk pada kita semua yang jodoh Aelise dengan Iyan sampai setakat ni sahaja.Kita doa aja yang baik-baik" Kata T. Ahmad pula.

Skip ⏮️..............

"Adik.Nak pergi kolej juga ke harini? Kalau rasa tak larat better tak payah pergi"

"Adik kena pergi juga.Dalam sebulan ni dah berapa kali adik ambil cuti sakit.Lagipun banyak assignment yang tertangguh"

"Takpe.Biar abang tolong kau.Kau cakap je nak buat macam mana.Nanti waktu lepas zohor kita pergi library sama-sama"

"Haa,eloklah tu.Abang jaga Aelise ni.Mummy takut jadi apa-apa pada Aelise sekurang-kurangnya abang ada boleh tolong kan?!"

"Oklah kalau macamtu.Kita jumpa maghrib nanti. Harini along dah start kerja dekat syarikat daddy"

"Good luck long!"

"Thanks bro"

"Bang! Turunkan aku kat sini jelah.Kau pergi park kereta"

"Tak payah.Tunggu! Kita jalan sama-sama.Lantaklah diorang nak fikir apapun"

Aisy hanya pasrah apabila Irfan berkata begitu.

Sesuai mereka berjalan,mereka telah terserempak dengan Erin.Hal itu membuatkan amarah Aisy menyerang dirinya semula.

"Aisy! Kau dah sihat?!"

Aisy menampar pipi mulus milik Erin lembut tetapi masih berasa sakit bagi Erin.

"Sakit kan?!"

"Apa kau buat ni Aisy?!" Nadya yang berada di situ turut panas apabila Aisy bertindak begitu.

"Kau diam.Kau takde dalam masalah antara aku dan dia.Jangan sibukkan diri kau nak campur tangan tangan hal kitorang "

"Nad.Kau pergi dulu.Nanti dah settle aku masuk kelas"

"Tapi......."

"Dah.Masuk aja.Takde apalah yang jadi!"

Nadya hanya menurut arahan Erin.Dia pun berlalu dari situ.

"Apa ni Aisy? Kita baru je berbaik beberapa hari lepas. Kau pun dah minta maaf pada aku dan aku juga dah maafkan kau.Apa lagi yang kau tak puas ni!"

"Eh perempuan! Kau cerita pada aku sekarang apa dah jadi malam tu?! Apa yang kau dah buat pada aku? Apa yang kau letak dalam air minuman aku dan siapa laki tu?!"

Dengan serta merta perangai Erin berubah semula.

"Ouh,kau dah tahu lah ni ya?! Well,macam mana? Bijak tak plan aku? Kesian kau kan?! Mesti Ad dah buang kau jauh-jauh dari hidup dia kan?! Itulah kau! Percaya sangat bulat-bulat kat aku,kan dah kena tu?"

"Eh pompuan! Kau dendam apa lagi dengan Aisy haa? Baik kau bagitahu sekarang.Jangan sampai aku batu apikan Nad supaya dah tak perlu berkawan dengan kau lagi dah!" Irfan pula mencelah.

"Go ahead! Dia tak percaya kau lah Irfan! Aku kenal dia. Dia tu kawan baik aku.Bukannya kawan baik si sundal ni!"

"Eh,jaga sikit kata-kata kau ni ya! Jangan nak biadap sangat!"

"Irfan.Kau masuk kelas dulu.Nanti aku menyusul"

Irfan baru sahaja ingin berkata tetapi Aisy terlebih dahulu memotong.

"Tolonglah.Ini masalah aku dengan dia je.Eloklah kalau kau tak dengar Irfan"

Irfan pun berlalu pergi dari situ untuk menuju ke kelas.

Aisy mencerlung tajam ke arah Erin.

"What?!"

"Erin! Bagitahu aku! Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku haa? Sanggup kau buat semua ni pada aku kan?! Hina sangat ke aku ni sebab dah pernah berkawan dengan kau? Aku tahu Adrian tu hak milik kau tapi bukan aku sengaja nak dapatkan dia dan jauhkan dia dari kau.Aku tak perangkap dia.Apa lagi kau nak aku buktikan?!" Suaranya mula mengendur.

"Ya! Kau memang hina di mata aku! Memang bukan kau sengaja dapatkan dia! Tapi kau dah goda dia! Kau buat dia mengandungkan kau! Aku tak suka! Aku tak nak bila aku kahwin dengan dia,dia pernah ada status duda ada anak! Aku tak suka!"

"Macam mana kau tahu aku mengandungkan anak Adrian? Sedangkan dia boleh nafikan anak dalam kandungan aku ni bukan anak dia"

Muka Erin berubah menjadi cuak.

"S-suka hati aku lah! Habistu korang duduk tinggal berdua bersama.Tak mustahil takde apa yang jadi antara korang berdua kan?!"

Aisy hanya menggertak.Rupanya,Erin ada menyembunyikan sesuatu darinya.

"Erin kalau disebabkan tu aja alasan kau,aku anggap kau bodoh je lah.Lepas kitorang bercerai,anak ni tak akan tahu pun siapa ayah diorang yang sebenar dan Adrian juga takkan ambil kesah tentang anak ni.
Jadi kau tak perlu risau dengan status dia.Aku takkan bebankan dia langsung untuk jaga anak-anak aku ni"

"Whatever.Apa saja yang kau nak kata sekarang ni, it's up to you! Aku dah puas! Puas sangat-sangat sebab dah buat kau menderita lebih dari aku derita sebab pernah hilang Adrian! Got it?! I get to go.Bye!"

Erin melanggar bahu Aisy sebelum dia pergi meninggalkan Aisy.

'Semoga Allah berikan hidayah pada kau Erin.Aku harap sangat kau bertaubat.Kau masih ada peluang,Erin! Kalau betul pun kau nak Adrian,bukan ni caranya!'

Skip ⏮️.....................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience