"Assalamualaikum semua.Kami dari pejabat agama mendapat laporan daripada seseorang mengatakan ada orang berdua-duaan bukan mahram duduk bermesra di dalam rumah ni. Boleh pihak kami periksa semua bilik yang ada?!" Tanya pihak JAIS.
Zass!
"Waalaikumussalam. Astaghfirullah. Maaf encik.Boleh kami tahu siapa yang buat aduan ni?! Encik sendiri nampak kan kami adakan majlis perkahwinan di sini?! Nak kata anak saya,bakal isterinya ada je disini.Cuma anak saya ada di atas mungkin dalam tandas" Kata T. Adnan dengan sopan.
Pelik juga dia apabila menerima aduan ini.
"Pihak kami pun ingin minta maaf jika kedatangan kami membuatkan semua disini kurang selesa.Tetapi kami hanya menjalankan tugas.Boleh tengku tunjukkan mana bilik keberadaan anak Tengku?!" Tanya salah seorang pihak itu.
T. Adnan mengangguk lalu dia mengajak pihak JAIS supaya mengikutnya ke tingkat atas.Tidak hairanlah mengapa pihak JAIS memanggilnya dengan panggilan tengku kerana beliau adalah orang yang sangat berpengaruh dan usahawan yang juga terkenal di Malaysia.
Aireen yang mendengar sudah menangis.Entah apa yang telah terjadi pada majlis bersejarahnya hari ini.Nasib sahaja ada Nadya yang menemani di sisi.
'Apa yang dah jadi ni?!! Aku harap kau tak buat kerja gila,Aisy!! Aku tahu kau takkan buat.Sanggup ke kau hancurkan kebahagiaan Erin?!' kata Nadya tapi hanya dalam hati.
"Err~Adrian.Boleh saya jujur dengan awak satu benda?!" Tanya Aisy dengan gugup.
"Hmm"
Aisy menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan.
"Sebenarnya saya suka awak,Adrian"
Dup dap dup dap dup.......
Jantungnya berdegup kencang secara automatik apabila dia berkata demikian.
Adrian sedikit terkejut dengan pengakuan Aisy.Serius jantungnya tidak berhenti berdetak dengan kata-kata itu namun cepat-cepat dikawal.
"Dah kenapa kau suka aku? Kau tahu kan aku ni dah nak jadi suami kepada...."
"Aireen Erina binti Dato' Mazlan?Ya,saya tahu tu" wajah ditundukkan sedikit.
"Habistu, kenapa kau suka aku?!"
'Andai mulut aku ni boleh berkata-kata semua yang terbuku di hati and sampaikan pada dia, dah lama aku ungkapkan! Ish!'
"Entah.Saya tiba-tiba suka dengan awak sebab awak handsome kot? Pastu pandai jadi imam bak kata Erin, tapi memang betul pun.Semualah pasal awak saya suka!" Tiba-tiba Aisy bercerita dengan sangat teruja.
Alasan yang tidak munasabah diberikan.Memang otak dia sudah tidak waras.
Entah dia sedar ataupun tidak yang dia sudah tidak mempunyai sifat malu hanya kerana seorang lelaki bernama Adrian Mikhail Ar-Rayyan itu.
"M-maaf.Saya tahu saya salah sebab jatuh suka pada awak.Yang lagi parah, saya suka orang yang sama bff saya suka.Tapi saya takdelah tergamak nak khianat kawan saya,kan(?)! Takpe. Saya dah redha.Jodoh saya mungkin tak sampai lagi but soon, In Syaa Allah. Allah akan hantar lelaki yang lebih baik untuk jaga saya sampai ke hari tua nanti"
"Saya minta maaf sebab saya terluah pada awak.Saya takde niat nak suruh hati awak rasa bergolak balik keliru ke apa. Saya just nak luahkan perasaan ni sebab saya rasa tak tenang kalau tak bagitahu" sambungnya lagi.
Jeda seketika.
"Saya nak pesan dekat awak.Jaga Erin elok-elok tau.Sayangkan dia lebih dari saya dengan Nad sayangkan dia.Erin tu cantik.Awak tu handsome.Korang memang sepadan sangat.Saya harap kita still bertegur sapa lepas ni even rasa sikit awkward sebab saya,kan? So,ya! Fighting! Selamat pengantin baru and semoga kekal hingga ke anak cucu" Kata Aisy sambil tersenyum manis yang dibuat-buat.
Keadaan mula menjadi senyap semula.
Semua bilik sudah digeledah namun tiada sesiapa yang ada di dalam.Hanya tinggal satu bilik sahaja lagi yang belum dibuka di mana keberadaan Adrian dan Aisy.
T. Adnan memulas tombol pintu bilik itu.
Dia sedikit hairan apabila pintu bilik itu dikunci.Rasanya Adrian tidak kunci bilik itu walaupun dia tiada di rumah.
"Mak Mah! Tolong saya ambilkan kunci untuk bilik ni"
"Baik tengku"
Mak Mah pun beredar dari situ ke ruang dapur untuk mengambil kunci.
Jantungnya berdegup kencang apabila pintu itu berkunci.Sudahlah tadi ada seorang gadis masuk ke bilik itu. Janganlah pula Adrian yang masuk juga bilik tu.
Di dalam bilik.............
"Eh!! Awak! Ada orang laa kat luar. Tengok tu.Ada orang pulas tombol pintu ni dari luar" kata Aisy sedikit lega.
Setelah lama dia dan Adrian berdiam diri selepas sesi luahan tadi.
Aisy menunggu betul-betul di hadapan pintu manakala Adrian mendekati Aisy lalu menghalang Aisy daripada tunggu disitu.
"Eh! Awak nak buat apa ni? Lepaslah!"
Kata Aisy sedikit takut.Tiba-tiba sahaja Adrian menarik tangannya.Takut sahaja walaupun berlapik.
"Yang kau tunggu betul-betul depan pintu ni kenapa?! Kau nak ke tertolak nanti?!"
Aisy baru sedar.Dia pun bergerak perlahan-lahan lalu badannya tertolak ke badan Adrian akibat tolakan pintu dari luar itu.
Aisy menutup rapat matanya apabila dia rasa dia di awangan dan kemudian mendarat dengan hentakan sedikit kuat walaupun dia tidak berasa sakit.
"Astaghfirullah! Iyan!! Kamu berdua buat apa ni haa?!"
Automatik mata Adrian melihat daddynya serta Aisy turut memandang ke arah pemilik suara garang itu.
Terkejut dia apabila ramai menyerbu bilik dimana dia dan Adrian berada.
Aisy dengan cepat bangun lantas mengejar Erin dan Nadya supaya tidak pergi.
"Tunggu! Semua disini dah salah faham! Kami tak buat apa-apa pun! Percayalah..
Erin! Nad! Tunggu.Aku boleh explain.Aku
tak buat semua ni laa.Aku tak buat apa-apa pun dengan Adrian kat dalam!"
Kata Aisy sedikit tercungap kerana mengejar Erin dan Nadya.
"Sudah! Semua ke ruang tamu.Kita bincang apa yang dah jadi di sana" Kata T. Adnan dengan tegas.
Tahu sahaja Adrian yang daddynya sangat marah sekarang.Entah mengapa mulutnya bagai dikunci seketika.
Pap!
Pipi Aisy ditampar kuat oleh Dato' Rashid.
"Kurang ajar.Anak tak kenang budi! Macam ni ke cara kau balas budi aku dengan mak kau yang membesarkan kau,haa?Dengan cara conteng arang dekat muka aku?! Kawan jenis apa kau ni?! Sanggup jual diri ya?! Kau buat semua ni sebab nak kikis harta orang kan?! Mentang-mentang aku dah halau kau, kau dah rasa bebas sangat ke?! Kau ni tak habis-habis malukan aku pada khalayak ramai! Haritu dah tidur dengan lelaki lain.Sekarang buat plan bodoh semata-mata nak kikis harta orang?! Dah takde kudrat ke nak cari makan pakai sendiri?! Apalah nasib aku dengan Aliya ada anak macam kau ni?!" Tempik Dato' Rashid.Dia cukup kecewa dengan sikap anaknya ini.Mengapalah perangai anaknya ini lebih buruk berbanding dengan anak tirinya?!
Aisy terdiam mendengar tempikan dari papanya.Sungguh dia rasa mulutnya telah dikunci.Tidak sangka dia papanya betul-betul benci terhadapnya.Dia kecewa dengan papanya.Hatinya telah remuk dan boleh rasa bagai ditusuk dengan duri.Betapa tiada nilainya dia di mata papanya.Sanggup papanya membuka aibnya di khalayak ramai.
Baru sahaja fitnah begini dia dah dimaki seperti kesalahan yang sangat berat. Tetapi dia tidak terkejut kerana ini bukan kali pertama.Haritu dia difitnah tidur dengan lelaki lain disebabkan oleh kakak tirinya sendiri dan sejurus itu dia telah dihalau serta tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga itu lagi.
Semua yang disitu melihat pun sudah berbisik-bisik.Ada juga yang terdiam kerana kata-kata pedas yang dilantunkan oleh Dato' Rashid itu.
"Sudahlah tu Dato'.Tiada guna nak marah.Hal pun dah terjadi.Kita tak tahu pun siapa yang salah kan?!" Kata T. Adnan pula.Kalau ikutkan,dia juga naik angin tetapi dia tidak tahu hal sebenar yang terjadi.Mustahil Aisy mahupun anaknya akan berbuat hal tidak senonoh di belakangnya?
"Macam ni lah.Untuk mengelakkan nama baik keluarga dua belah pihak jadi makin buruk,apa kata kita nikahkan diorang sekarang juga?" Kata salah seorang pihak JAIS itu.
"Mummy,daddy.Please! Iyan tak nak kahwin dengan dia.Kejadian yang korang tengok tadi semua tanggapannya tak betul.Aisy nak keluar dari bilik tu dulu.Iyan cuba halang dia supaya dia tak terkena tolakan pintu. Last ii dia kena juga and badan dia tak seimbang sebabtu dia terjatuh atas Iyan.
Tolonglah semua, percayalah! Takkan Iyan nak curang dengan Erin? Kitorang nak kahwin dah pun harini kan?!"
T. Maria hanya diam.Jelas raut wajahnya kelihatan sedikit kecewa namun dia tidak tahu siapa yang perlu dipersalahkan.Baginya Adrian dan Aisy tidak bersalah dalam hal ni.Dia juga tahu bahawa Aisy adalah kawan rapat kepada bakal menantunya.Takkanlah tergamaknya Aisy mengkhianati? Pasti ada sesuatu rancangan seseorang supaya rosakkan majlis ini.Mustahil itu perbuatan Aisy.
"Maaf tengku dan semua.Perkara yang baik yang dapat elakkan fitnah dan lain-lain,jalan penyelesaiannya hanyalah kahwin"
"Betul tu.Saya minta maaf tengku.Tapi saya masih ada dua tiga majlis lagi untuk akad nikah.Jadi saya rasa eloklah kita mulakan sekarang.Saya tak mahu lewat pula sampai ke lokasi seterusnya" Jelas tok kadi pula.
Setelah semua buat persiapan,maka bermulalah majlis akad nikah yang tergendala tadi.
"AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL AISYA ANNELIESE ANDREA BINTI DATO' RASHID DENGAN MAS KAHWINNYA RM 500 RINGGIT TUNAI"
"Sah? Alhamdulillah......"
Dengan satu lafaz sahaja Nurul Aisya Anneliese Andrea bt Dato' Rashid telahpun sah bergelar isteri kepada T. Adrian Mikhail Ar-Rayyan bin Tengku Adnan Mokhtar.
Hancurlah sudah harapan seseorang bernama Aireen Erina.Pelamin angan-angannya sudah musnah.Sudahlah dia juga dimalukan di khalayak ramai.
Sepatutnya dia yang perlu gembira dan berkahwin pada hari ini tetapi lain pula yang jadi.
"Ini ke kawan yang Erin puja tu? Mummy dah cakap jangan mudah terpedaya dengan orang.Erin langsung tak dengar.
Sekarang tanggung lah sendiri!"
Kata Datin Aini,Mummy kepada Erin.
"Sudahlah.Mari kita balik.Keluarga Adrian dah malukan kita.Majlis ni bukan untuk Erin lagi.Mari!" Dato' Mazlan pula berkata dengan menahan amarahnya.
"Sekejap.Mummy dan daddy boleh balik dulu.Erin nak jumpa Aisy dulu.Jahat mana pun Aisy,dia tetap kawan Erin" dia menguntumkan senyuman kelat.
"Suka hati kamu lah.Mari Aini,kita balik!"
Nadya yang ada disitu tidak tahu untuk duduk di pihak mana.Erin sudahlah sedih tidak berkahwin harini setelah beberapa hari membuat persiapan dan tidak cukup rehat semata-mata disebabkan majlis kahwinnya dengan Adrian.Namun akhirnya kerjanya menjadi sia-sia.Jadi Nadya memutuskan untuk duduk di sebelah Erin sahaja.
Seusai doa telah diaminkan,tiba masanya untuk Adrian menyarungkan cincin ke jari manis milik isterinya,Aisy.
Aisy tidak tahu apa perasaan yang sebenarnya dia alami.Dia sedih? Kerana dia dimalukan di khalayak ramai? Papanya sendiri yang malukan dia. Kecewa kah? Kerana papa dia sanggup tuduh dia macam-macam?Gembirakah?Kerana dia berkahwin dengan orang yang dia cinta? Entah. Dia hanya rasa kosong. Hanya air mata yang mengalir deras. Sudahlah tiada siapa pun duduk di sebelahnya untuk menemani dirinya.
Aisy tersedar dari lamunan apabila dia rasa ada suatu tangan menyentuh tangan kanannya.
"Hulurkan tangan tu sayang.Biar anak mummy sarungkan cincin" Bisik Tengku Maria dengan senyuman kecil.
Terkejut Aisy dengan perlakuan ibu mertuanya itu.Fikirnya T. Maria tidak suka akannya sama seperti orang lain, namun sangkaannya salah.
Dia pun perlahan-lahan menghulurkan tangan pada Adrian.
Adrian menyambut lembut tangan Aisy.
Tangannya sedikit terketar untuk menyarungkan cincin itu pada jari manis milik Aisy.Setelah selamat disarungkan,T. Maria menyuruh Aisy menyalami tangan Adrian.Aisy tidak membantah.Dia pun ikut sahaja arahan T. Maria.
Dia mengucup sekilas lalu cepat-cepat dia alihkan kerana dia tahu Adrian mesti tak selesa,tetapi cepat-cepat pula
Adrian meletakkan tangan kirinya ke atas kepala Aisy membuatkan Aisy terkaku seketika.Dia tak rela,tetapi apakan dayanya untuk membantah kata orang tuanya?
Seusai siap mengambil gambar,semua tetamu yang hadir telahpun menjamah selera walaupun majlis itu tidak seberapa menjadi.Gambar yang diambil bukanlah menunjukkan perkahwinan yang dibina itu bahagia, cuma untuk menunjukkan bukti tentang perkahwinan mereka.
Nasi sudahpun menjadi bubur.Tiada siapa dapat melawan takdir.
Aisy pula pantas mendapatkan Erin dan Nadya.
"Erin! Tunggu kejap.Aku nak cakap ngan kau.Please! Aku harap sangat kau dengar apa aku nak kata ni"
Setelah menghampiri Erin dan Nadya, Aisy melutut di kaki Erin ingin memohon maaf.
"Ihh!! Apa ni?! Lepaslah!Aku jijik dengan kau!! Kau memang tak kenang budi lah. Kau dah lupa ke siapa ada waktu kau susah dan senang?! Sanggup kau khianat aku,kan?! Khianat kawan baik sendiri.Bodoh betul aku ada kawan macam kau ni.Perampas! Kau sanggup buat kerja kotor untuk dapatkan Ad?!"
"Kau silap besarlah setan! Muka macam kau ni sok alim suci.Sekarang aku percaya! Yang bertudung tak semestinya baik dan sempurna. Punyalah kau tutup lingkup semua satu badan tapi.....huh!! Apa bapak kau kata tadi?? Kau dah tidur dengan laki lain erk?! Maknanya betul lah? Sampai kena halau. Ouh, murahnya kau nih! Dasar pompuan miang! Aku harap hubungan korang takkan kekal hingga akhir!! Kesian kat umi ngan papa kau kan, pernah ada anak macamni!!"
Aisy sudah bersedia untuk menampar Erin tetapi cepat-cepat dihalang oleh Nadya.
Mujur sahaja mereka duduk jauh sikit dari tetamu.
"Kau dah melampau,Erin! Kau sedar tak apa kau cakap ni?! Ingat Allah boleh tak?
Aku tahu time marah susah nak kawal but it's too much sampai main mak bapak orang! It's so rude!Umi dia dah takde,Erin!" Marah Nadya.
Dia cukup terasa apabila Aisy diperlekehkan.Cakaplah macam mana sekalipun memang akan nampak semua ni salah Aisy.Dia pun tak tahu siapa punya kerja.Kalau ikutkan rancangannya,dia merancang supaya Aisy dan Adrian disatukan oleh kerana dia mengetahui tentang perasaan Aisy sebelum ini yang menyukai Adrian. Tetapi dia sedar rancangan itu akan memakan diri sahaja.
Lagipun Aisy juga tak mahu hal ni dipanjangkan.Dia tahu Aisy sukakan Adrian kerana Aisy memberitahunya sendiri pada malam mereka semua berkumpul dan pada malam itu juga Erin dan Adrian umumkan tarikh perkahwinan mereka.Dia percaya itu bukan salah Aisy.
"Kau kata aku melampau?! Tadi bukan main kau bela aku dan terkilan dengan apa yang dia dah buat dan sekarang kau nak bela dia pulak?! Ok,then fine! Mulai harini dan selamanya! Aku Aireen Erina tak pernah ada kawan yang bertopengkan iblis macam pompuan nih!"
"Anggap je kita tak pernah kenal dan aku takkan menyesal sebab dah putuskan hubungan ni! Dan kau Nad! Aku masih nak berkawan dengan kau dan aku harap kau tak khianat aku juga!
Aku masih lagi nak jaga hubungan kita ni.Aku tak rasa apa-apa walaupun pompuan ni dah takde kaitan dengan kita"
Pap!
"Ini untuk kau! Balasan yang kau dah rampas kebahagiaan kawan kau sendiri!" Erin menampar sebelah lagi muka Aisy.Agak kuat dia menampar sehingga Aisy meringis sakit sedikit.
Langsung Aisy tidak membalas apa yang Erin lakukan terhadapnya.
Baru sahaja Erin mahu berlalu pergi, Adrian entah dari mana muncul mendapatkan dirinya.
"Erin! Please.Let me explain.You dah salah faham and semua orang pun! I dengan dia takde buat apa-apa pun. I masuk bilik tu sebab i simpan barang.
I tak sangka pula dia boleh tiba-tiba masuk! Elok kitorang nak keluar,pintu tu dah dikunci dari luar.So macam mana kitorang nak keluar? Yang pasal tadi dia nak jatuh i just nak jauhkan dia dari pintu then tiba-tiba badan dia tak seimbang and jatuh atas badan i. Percayalah!!"
Jeda seketika.
"Enough Ad! I dah muak.You asyik ulang benda yang sama dari tadi.You cakaplah macam mana sekalipun,you tak boleh patah balik.You dah selamat berkahwin dengan dia pun.You already married! I rasa kecewa dengan Aisy. Sanggup dia khianat kita.Kalau betul dia tak salah dalam hal ni, kenapa dia tak halang je benda ni daripada terjadi? Dia boleh je kan tolak daripada berkahwin dan terus pertahankan diri dia sendiri yang dia tak bersalah.Dia diam je!Ke memang betul apa papa dia cakap?! Dia nak kikis harta family you? Kalau itu la niat dia sebenarnya, memang dia tu setan bertopengkan manusia!"
"Sayang! I janji dengan you.Lepas pada ni,i akan ceraikan dia! Talak 3 pun i mampu buat.Atau you nak i dengan dia bercerai sekarang juga?! I boleh buat! Asalkan you happy and tak marahkan i and you boleh maafkan i"
Aireen berfikir sejenak.Jika Adrian bercerai dengan Aisy sekarang juga, mestilah semua orang fikir yang dia gila bayang sebab tak dapat lepaskan Adrian. Lagipun benda dah jadi.Dia tidak mahu orang melihat dirinya yang sebenarnya tidak boleh menerima hal ini terjadi walaupun boleh nampak siapa yang kejar siapa.
'Hmm~ kalau diorang bercerai sekarang,
mesti mummy daddy Adrian tak suka aku.Ye lah sebab nak suruh anak dia malukan diorang lagi?! Huh! Tak boleh jadi!'
"Hmm~tak payah lah Ad.I tak nak you malukan daddy and mummy you lagi. Kalau you bercerai sekarang,nanti ramai mak cik ii bawang bercakap pasal keluarga you ni.Takpe.I dah nekad. I cuba untuk move on dari you sebab i tahu kita berdua memang takde jodoh kan? I pergi dulu.Assalamualaikum"
Kata Erin lalu berlalu pergi dari situ meninggalkan Adrian.
"Erin! Wait!!!"
Langsung tidak berpaling.
Adrian meraup mukanya kasar.
Serabut! Itu yang dia rasakan sekarang.
"Ngah.Aku tahu kau tengah serabut sekarang.Aku tahu kau dah hadap banyak masalah harini.Dan aku yakin. Ada hikmah semua ni terjadi.Dah! Kau pergilah tenangkan diri dulu.Tetamu dekat sini biar aku yang uruskan dengan mummy daddy" kata abang sulungnya yang baru lalu di depan Adrian.
Adrian berlalu pergi naik ke tingkat atas tanpa menghiraukan tetamu yang masih berkunjung di rumahnya.
Dalam pada itu..............
"Aisy.Kau jujur dengan kitorang sekarang.Ini semua rancangan kau ke?" Tegas Nadya bertanya.Dia berasa kasihan pada Aisy dan dalam pada masa yang sama dia juga kasihan akan Aireen.
Aisy terdiam seketika.Entah bagaimana dia harus katakan.Semua masalah yang dihadapi harini betul-betul sudah menyerabutkan kepala otaknya.
'Patut ke aku cerita hal yang sebenar atau menipu diorang?' Tanya Aisy dalam hati.
Flashback...........
"Dah! Jom kita balik.Takde masa aku nak hadap majlis perempuan ni"
"Papa, ampunkan Aisy paa.Aisy tak buat semua yang papa kata pada Aisy.Aisy tahu Aisy takde duit tapi takkan laa sampai Aisy nak kikis harta orang pula? Aisy masih jaga maruah Aisy dengan keluarga kita paa" kata Aisy teresak-esak.
"Sudahlah.Mulai harini,kau bukan lagi anak aku.Anak aku hanyalah ada dua orang sahaja dan tidak termasuk kau.
Aku takde ahli keluarga yang sanggup jadi murah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri! Jom Hajar! Kamu sekali Aina!"
Dato' Rashid dan isterinya telahpun beredar dari situ manakala Aina masih disitu untuk berkata sesuatu kepada Aisy sebelum dia pergi meninggalkan tempat itu.
"Alolololo kesiannya kat kau,kan?! Dahlah dibenci package sekali dibuang?!
Tulah padahnya sebab melawan cakap aku kan? By the way aku ucapkan selamat pengantin baru and selamat tinggal pada kau! Kalau kau nak tahu~ semua plan ni aku dah susun baik-baik punya.Aku tahu tu bukan salah kau sebab yang rosakkan semua ni,aku!"
Terus Aisy memandang wajah Aina yang sinis itu.
Dia,tidak percaya!
"Aku tahu Adrian ada dalam bilik tu dan aku ternampak kau pun masuk bilik tu. So, tanpa aku lengahkan masa,aku pun call pihak JAIS.Aku yang buat laporan supaya kau dengan Adrian ditangkap khalwat bersama.Aku yang kunci pintu.
Kau nak tahu sebab apa aku buat ni? Sebab aku benci kau! Sekarang aku dah happy sebab papa kau betul-betul dah buang kau.Sekarang kau merempat tepi jalan je laa erk?! Opss lupa! Kau kan dah kahwin! Haih! Kesian pula aku tengok si Adrian tu sebab kena kahwin paksa dengan kau ni! Kawan-kawan kau pun mesti dah buang kau kan?Kesian, kesian!" Aina menunjal dahi Aisy kuat sebelum dia beredar pergi dari situ.
End flashback...........
'Kalau aku cakap pun, diorang mesti tak percaya.Kak Aina boleh buat macam-macam lagi yang boleh nampakkan aku yang salah'
"Kenapa kau diam? So betul lah ya kau yang plan ni?!" Tanya Nadya lagi.Geram juga dia apabila soalannya hanya tidak diendahkan kerana Aisy tidak mengatakan apa-apa.
"Ya.Aku yang rancang semua ni.Puas hati kau?" Aisy membalas dengan nada sedikit sarkastik.
Irfan,Aryan dan Nadya sudah tercengang dengan apa yang sudah Aisy katakan dan seolah-olah tidak percaya.
"Sampai hati kau kan,Aisy! Kau kata kat aku yang kau dah boleh terima yang Erin kahwin dengan Adrian.Tapi kenapa kau buat semua ni haa? Kau memang takkan pernah balas jasa baik aku dengan Erin kan?" Jelas nada suara Nadya kecewa dengan Aisy.
"Sekarang kau dah bahagia,atas penderitaan Erin? Aku tak sangka perangai kau macam ni. Patut aku sokong aja apa Erin buat kat kau tadi! Buang masa aku saja pertahankan kau dari Erin tadi.Aku benci kau,Aisy! Kau anggap je aku dan Erin bukan kawan baik kau lagi dan sekarang kitorang dengan kau adalah musuh!"
Beg tangan dicapai lalu diambil telefon bimbit milik Aisy lalu diberikan pada Aisy dan dia beredar dari situ.
"Kau pergilah! Aku dah tak kesah. Kau cakaplah apa pun,aku dengan Adrian selamat bernikah dah pun!"
Kata Aisy dengan wajahnya dibuat-buat teruja.
"Tak guna punya perempuan! Siap kau aku kerjakan cukup cukup! Kau dah salah orang lah pompuan!" Adrian yang dari tadi pasang telinga di sebalik pintu utama beredar naik ke tingkat atas.
Rupanya semua ni adalah rancangan Aisy.
'Patutlah tadi beria dalam bilik buat-buat gelisah and buat tak tahu macam orang bodoh! Rupanya kau yang plan ya? Baik! Kau cabar aku kan? Takpe.Kau tengok je nanti!'
"Kau kawan yang tak berguna lah! Sanggup kau kan?! Pan! Kalau kau masih nak mengaku dia sebagai kawan, then fine! Aku cau dulu!" Aryan juga telah beredar.
Sekarang yang tinggal hanyalah Aisy dan Irfan.Irfan menarik lengan Aisy yang masih berlapik supaya mereka duduk lebih jauh dari orang ramai.
"Lepaslah Irfan! Kau nak bawa aku pergi mana haa?"
Selepas melihat kiri dan kanan,Irfan melepaskan lengan Aisy perlahan.
"Aku nak kau ceritakan pada aku hal yang sebenar terjadi.Aku tak rasa ni plan kau! Dengan orang lain kau boleh tipu tapi bukan dengan aku,Aisy!" Kata Irfan sedikit tegas.
Irfan seorang kawan yang sangat baik. Antara dia,Nadya dan Erin,Irfan paling rapat dengan Aisy. Yang kedua rapat dengan Aisy ialah Nadya.
"Aku tahu Aisy! Memang kau suka pada Adrian tu tapi aku juga tahu kau masih waras untuk fikir mana kesan baik mahupun kesan buruk lepas buat rancangan tu.Aku kenal kau dah lama Aisy.Bukan baru sahaja harini"
Aisy sedikit tersentak apabila Irfan mengetahui tentang perasaannya yang suka pada Adrian padahal dia tidak pula memberitahu hal itu selain dari Nadya.
"M-macam mana kau tahu?!"
"Huhh.Aku tahu sebab aku sendiri dengar apa yang kau bualkan malam haritu.Kalau aku tak tahu pasal tu pun, muka kau dah jelaskan semua jawapan yang kau kecewa waktu tu, selepas sahaja Erin umumkan tarikh pernikahan dia dengan Ad.Sampai hati kau kan tak bagitau aku? Kau kata aku yang paling rapat dengan kau dan kalau apa-apa rahsia,aku yang tahu dulu sebelum yang lain tahu"
Jeda seketika.
"Aku minta maaf Pan.Aku sedar yang aku dah abaikan kau walaupun aku tahu yang kaulah paling setia dari yang lain.Aku bukan tak nak bagitahu tapi masatu semua dah balik. So yang tinggal hanya aku dengan Nad saja.Aku tak tahu pula kau masih ada kat situ" kata Aisy sedikit sayu.
Irfan turut berasa simpati.Dia bukannya tidak suka pada Aisy, cuma dia hanya rasa dia rapat dengan Aisy seperti adik-beradik sahaja,tidak lebih dari itu. Lagipun dia sudah mengenali gadis itu sejak mereka belajar di sekolah menengah dulu lagi. Nadya,Erin,Aryan dan Adrian pula baru sahaja kenal sebaik dia dan Aisy serta rakan-rakannya itu satu kolej.
Semua orang tidak tahu bahawa mereka berdua sudah lama mengenali antara satu sama lain kerana mereka pilih untuk berahsia.
"Hmm ye laa.Aku tak nak marah kau sebab aku tahu perasaan tu hadir secara tiba-tiba.Aku atau yang lain tak boleh halang kau dari jatuh suka pada Ad.Now,aku nak kau cerita hal yang dah terjadi semuanya.Jangan risau.Kalau kau tak nak aku bagitahu orang lain pun it's okay tapi aku harap kau tak bohong lah dengan aku"
Aisy menghela nafas yang berat.
Dia cuba untuk memberitahu Irfan tentang hal yang sebenar.
"Aku memang suka pada Adrian.Aku tahu yang dia hanya akan jadi milik Erin. Dan aku masih waras.Takkan lah aku sengaja plan semua ni? Aku tahu kalau tak buat plan ni pun, kalau jodoh aku dengan Adrian,tak kemana juga,kan?"
"Aku tak tahu nak kata apa tapi kenapa kau dah jatuh suka dengan dia pada masa dia dah berpunya?"
Aisy menghela nafas panjang sebelum menyambung ceritanya.
"Kau tak tahu hal yang sebenar Irfan.
Aku minta maaf kalau hal ni pun kau baru tahu tapi perasaan ni aku pendam sendiri dah lama dan aku tak pernah share pada siapa-siapa pun tapi ni kali pertama aku cerita dan kau orang pertama yang akan dengar...."
"Apa?"
"Huhhh....Sebenarnya aku dah lama suka pada Adrian.Sejak dia tak sengaja langgar aku setahun yang lepas.Dia mengaku salah dia and dialah bawa aku ke hospital untuk dirawat bahagian badan aku yang tercedera. Selepas tu,aku tak sangka dia ajak aku tumpang dia pergi ke kolej bersama.........."
Aisy menceritakan segalanya detik pertemuan antara dirinya dan Adrian.
Akibat insiden itulah membuatkan dia lama-kelamaan telah jatuh hati kepada Tengku Adrian.
"Bila dah sampai ke kolej sana,akulah yang kenalkan dia pada Erin.Pada mulanya,Erin langsung tak ada perasaan pada Adrian.Cuma satu haritu,
Adrian kata dia sukakan Erin.Dia tak tahu pun masatu yang aku dah start jatuh suka pada dia.Remuk hati aku masatu, Pan.Aku yang kenal dulu,tapi Erin yang dapat dulu"
Aisy tersenyum kelat.
"Aku cepat-cepat nak move on dari dia tapi tak boleh.Tapi apa aku buat masatu? Aku sanggup tolong dia dapatkan Erin.Aku langsung tak bagitahu pasal perasaan aku.Aku buat tu semata-mata tak nak jauh dari Adrian.Aku hanya buat macam aku bahagia sebab aku dah tolong dia. Tapi dalam hati ni hanya Allah je tahu banyak mana aku makan hati dengan dia mahupun dengan Erin.Aku cakap pada Erin pasal Adrian suka dia.Aku terkejut sebab rupanya aku dah terlambat.Dia dah tahu dulu sebab Adrian dah bagitahu dia dulu.Dan lepas je pengakuan tu, Erin cakap yang dia tiba-tiba suka pada Adrian tanpa jaga hati aku"
Aisy mengesat air matanya seketika.
"Aku hanya cakap aku happy sebab ada orang sukakan dia.Huh! Itulah aku kan? Beria sangat.Last last aku juga yang sakit.Aku pun bodoh sebab tak bagitahu awal-awal tapi aku tahu kalau dia dah suka Erin~takde maknanya dia akan suka aku walaupun aku mengaku depan dia sekalipun nanti"
"Adrian pula dah berubah.Bila dia dah officially dengan Erin,dah takde panggilan yang baik dia bercakap bila dengan aku.Hilang dah bahasa sopan. Dari saya awak sampai akhirnya dah jadi aku kau.Kau faham kan apa tu stranger?..........Pasal tu aku takdelah kesah mana.Cuma,dia berubah sikap jadi dingin. Cakap dengan aku pun nak tak nak macam aku dah buat kesilapan besar pada dia.Tapi aku fahamlah. Mungkin dia tak nak Erin jealous kan? Sebabtu lah kalau hari-hari kita kumpul berjumpa ramai-ramai aku tak bercakap dengan dia.Aku tak ramah dengan dia........So, macam tu jelah ceritanya.Sekarang aku masih lagi pegang watak jahat tu kan?!" Aisy tergelak kecil.
"Aku minta maaf.Aku nyaris-nyaris tak percaya kat kau,Aisy.Kalau besar tu lah pengorbanan kau,habis siapa yang rancang semua ni?! Siapa nak khianat kau dengan Ad ni?!" Tanya Irfan pelik.
'Ni semua kerja kakak tiri aku.Aina Arisya.Aku minta maaf Pan.Aku tak boleh bagitau siapa yang rancang semua ni.Kalau aku bagitahu,Aina mesti ada plan baru yang dia boleh buat untuk nampakkan aku lagi jahat'
"Dendam Pan.Orang sanggup buat apa sahaja supaya kita jatuh tersungkur sekalipun.Lagipun semua yang jadi ni mesti ada hikmah.Entahlah Pan.Aku rasa takdir aku macam ni.Mungkin ni peluang untuk aku pikat Adrian.Aku dah halal dengan dia.Tak mustahil tak jadi apa-apa.Sebab lepasni aku akan ada hari-hari dengan dia dan hari-hari aku tengok muka Adrian dan Adrian hari-hari akan tengok muka aku"
"Kau betul-betul nak caras Ad dari Erin ke? Aisy! Kalau kau buat,diorang semua mesti butakan mata diorang dan tengok je apa yang sebenarnya terjadi memang semua ni salah kau.Berpunca dari kau!Nanti diorang akan hina kau,Aisy.Kau akan dituduh perampas.Even aku tak kena tapi aku pun terasa tau tak? Sebab aku dah anggap kau ni macam adik aku sendiri dah!"
"Biarlah Pan.Sekarang aku dah kahwin.
Keluarga aku dah buang aku dah pun. Harapan terakhir untuk aku bergantung adalah pada Adrian dan keluarga dia.Aku harap keluarga dia boleh terima aku.Aku tengok mummy dia baik saja.Aku rasa sebak sebab dia ada sebelah aku time Adrian nak sarung cincin pada aku tadi.Perbuatan mummy dia buat aku teringat pada umi aku.Aku rindu arwah umi,Pan.Lepas dia pergi, kehidupan aku tak menentu. Ada je setiap hari benda untuk digaduhkan. Kalau bukan dengan papa aku,tapi dengan kakak tiri aku.Yang salahnya selalu aku.Aku dan aku.Dan sekarang. Aku dihalau.Siapa lagi tempat untuk aku bergantung kalau bukan pada suami aku kan?"
"Ok lah kalau macamtu.Aku hanya sokong apa yang kau nak buat.Kau cubalah pikat Ad.Kalau korang berdua berjodoh, percayalah takkan adanya nanti Erin jadi madu kau ke atau kau kena cerai ke kan?"
"In Syaa Allah.Tapi aku akan cuba bersedia untuk redha kalau lepas-lepas ni aku dengan dia takde jodoh ke apa. Aku akan ikhlaskan hati dan pergi dari hidup dia nanti"
"Aisy boleh berehat dulu di bilik Iyan.
Majlis bersanding malam nanti.Masih awal ni.Pasal baju,kalau Aisy takde baju nak salin,boleh minta dengan kak Amy, isteri Along tu" kata Tengku Maria dengan lembut.
Aisy hanya mengangguk.Dia pun bergerak perlahan menuju ke tingkat atas ke bilik Adrian.Mujur sahaja dia telah memakai satu t-shirt muslimah dan seluar slack yang tak begitu ketat di dalam sebelum dia memakai baju kebarung.Jadi dia tiada masalah untuk pinjam pakaian daripada kakak iparnya.
Setelah sampai di hadapan bilik Adrian,
Aisy mengetuk terlebih dahulu.
Dilihat seperti tiada respon,dia cuba memulas tombol dan nasib sahaja pintu itu tidak berkunci.
Dia masuk ke dalam bilik itu dan sedikit terkejut apabila melihat Adrian yang sudah tidur lena di atas katil yang bersaiz besar itu.
Tanpa melengahkan masa,dia cuba ke ruang pakaian supaya dia boleh mencari kain tuala untuk mengelap badannya apabila dia sudah siap mandi nanti.Seusai jumpa,dia terus memasuki tandas lalu bersihkan dirinya.
Setelah selesai mandi,dia menyikat rambutnya menggunakan sikat yang ada di meja solek milik Adrian. Rambutnya sangatlah panjang sehingga melepasi paras pinggulnya sedikit.
Jadi dia memutuskan untuk melepaskan sahaja rambut itu supaya kering sendiri.
Dia sempat menguap sebelum mendapatkan Adrian.Kain tuala tadi diletakkan di kepalanya menutupi rambutnya yang panjang itu.
'Saya minta maaf Adrian.Saya tak nak semua ni jadi.Tapi saya rasa apa yang dah jadi bagi saya peluang untuk saya pikat awak.Salahkah saya mencuba?' Tanya Aisy dalam hati.
Apabila dia melihat Adrian sedikit bergerak dia pun cepat-cepat ke sofa yang ada dalam bilik itu untuk tidur.
Skip ⏮️................
Jam menunjukkan pukul 6.50 petang.
Adrian terjaga dari lenanya.Dia menggeliat kecil sebelum turun dari katilnya.Dia terus menuju ke tandas untuk mandi sebelum masuk waktu solat maghrib.
Seusai siap mandi,baru dia terasa ada bau asing di dalam biliknya.Dia sedikit tersentak apabila dia telah melihat seseorang gadis yang masih lena tidur di atas sofa dalam biliknya itu.Dia mendekati sofa tersebut dan wajahnya terus berubah tegang apabila melihat muka yang tidur di atas sofa miliknya itu.
"Woi! Bangun.Siapa benarkan kau masuk dalam bilik aku haa?" Jerkah Adrian.
Terkejut Aisy dibuatnya sejurus itu terus tegak badan Aisy berdiri sambil tangannya sibuk menutup bahagian yang terdedah itu dengan kain tuala.
"Aku tanya kau sekali lagi! Siapa benarkan kau masuk dalam bilik aku ni?"
Aisy menjadi cuak.Dia dimarahi seolah-olah dia ingin merompak bilik itu.
"T-tengku Maria suruh saya berehat kat sini.Saya hanya menurut" Jawab Aisy terketar-ketar.
Adrian menarik lengan Aisy sedikit kasar.
"Kau ni kan..."
"Ehem.Sekarang dah masuk waktu maghrib.Mummy suruh korang berdua bersiap lepas dah solat.Erm,Aisy.Boleh solat tak?" Tanya Amylia.
"Err,tak boleh kak"
"Kalau macamtu jomlah kita pergi bersiap sekarang.Baju pun mummy dah sediakan.Sini akak tolong Aisy bersiap"
Aisy hanya mengangguk.Dia pun mahu pergi meninggalkan Adrian tetapi tangannya lebih cepat disambar oleh Adrian.
"Sekejap kak.Iyan nak cakap dengan Aisy.Akak pergi dulu.Nanti Aisy turun"
Amylia hanya mengangguk lalu dia menutup pintu bilik semula.
Ah sudah.Baru sahaja Aisy ingin melarikan diri,Adrian sudah menarik dia dahulu.
"Hal kita dari siang tadi belum selesai. Untung saja aku tak selesaikan petang tadi tau.Kalau tak dah lama kau kena dengan aku.Aku malas nak kata banyak cuma kau kena beringat.Kau dah salah perangkap aku.Apa yang aku boleh kata dah lama takde orang suka cari pasal dengan aku"
"Dan kau! Sekarang kau cuba cabar kesabaran aku kan? Takpe. Kau tunggu nanti. Selesai sahaja majlis nanti,kau jangan ingat kau akan selamat dan terlepas dari aku!" Adrian menunjal dahi mulus milik Aisy.Lalu dia berlalu pergi ke tandas untuk mengambil wudhuk.
Aisy menelan air liur sekali.Hatinya mula berasa tidak sedap apabila Adrian berkata demikian.Tahu sahaja dia akan dimarahi nanti.
Di majlis itu..............
Tetamu yang hadir sudah lengang.Majlis
itu terpaksa dibuat memandangkan T. Adnan sekeluarga telah membayar semuanya.Rugi kalau tak buat.
Tetapi bukan itu yang Aisy perhatikan.
Sepanjang majlis dia hanya tersenyum kelat dan termenung mengenangkan nasibnya selepas ini.Sudahlah tiada satu pun ahli keluarga kandungnya datang kecuali mak tiri dan kakak tirinya saja yang datang.Kawan-kawan baiknya pun juga tidak hadir kecuali Irfan.
"Kau termenung apa tu cik oi? Aku tengok macam dah sampai London pun ada gamaknya" kata Irfan sambil menjamah pencuci mulut yang ada di atas meja.
"Takde apa laa.Aku cuma fikir nanti aku mungkin rasa janggal sebab bila pergi kolej nanti aku akan belajar sorang-sorang.Buat assignment sorang-sorang.
Aku dah takde kawan.Aku dah takde siapa-siapa pun Pan.Aku cuma ada kau je yang aku boleh tegur.Dan aku rasa Adrian tu turut benci aku" Aisy tersenyum kelat.
"Alaa kau ni.Kawan tak perlu ramai lah. Diorang yang putuskan persahabatan ni.
Bukan kau yang buat.Pasal Ad tu~Kau cubalah bincang dengan dia.Aku rasa better kau bagitahu aja Ad tu yang kau dah lama suka dia.Kau terangkan pada dia macam mana kau explain kat aku petang tadi. Insyaallah hati dia nanti jadi lembut laa tu and maybe dengan cara tu dia buka perlahan-lahan hati dia untuk kau"
"Takde guna aku bagitahu Pan.Dia dah tahu aku suka dia"
Uhuk uhuk uhuk!
Irfan tersedak air kosong.
"Weh kau nih! Perangai tak semenggah.
Habis lah terpercik kat aku! ish!!" Merah muka Aisy menahan marah.
"Aduh! Kau laa buat kejutan budaya! Macam mana aku tak terkejut mangkuk?!" Memerah sedikit muka Irfan.
"Kejutan budaya pala kau! Aku bagitahu benda betul la.Kau tahu tak masa aku dengan dia terperangkap dalam bilik tu,
mulut aku gatal pergi bagitau dia yang aku suka kat dia.Mujurlah masatu dia tak marah tapi aku rasa nanti nanti dia akan marah sebab aku tak tahu akan jadi macam ni"
"Choi! Mulut kau! Laju je melepas!"
Mereka pun bergelak ketawa seketika tanpa sedar ada yang memerhati dari jauh.
"Haa kau tengoklah tu long! Boleh pula dia menggatal dengan Irfan tu! Aku rasa betul apa yang Aina nampak long! Dia ni pernah tidur dengan laki lain.Yang ini pun mesti plan dia kan?Entah-entah dah bunting sebabtu laa suruh Iyan yang bertanggungjawab" kata Puan Hajar selaku adik tiri kepada Tengku Maria.
"Apalah kau ni? Dah gila ke dia nak plan semua benda ni? Berani betul dia? Dah kenapa nak suruh Iyan yang bertanggungjawab kalau betul sekalipun dia dah mengandung?"
"Mungkin sebab duitlah tu.Kau kan tahu bapak dia dah buang dia.Sekarang dia tu masih belajar.Mana nak cari duit belanja apa semua tu kalau bapak dia dah buang dia? Haa lagi satu.Aku kenal sangat perangai dia long.Dia tu anak tiri aku bukannya siapa-siapa.Dia tu kurang ajar.Mulut dia tuh alah anak aku.
Anak aku walaupun dia kasar tapi takdelah macam si Aisy tu"
"Tak mungkin" T. Maria masih menidakkan hal itu.
"Err~maa,aunty long.Sebenarnya Aina ada bukti mesej pasal kejadian petang tadi.Kalau korang nak baca,ambil lah telefon Aina ni"
My b♥adik
●Akak
●Kau kena buat ni tau
●Aku betul-betul perlukan duit
●Papa pun tak hiraukan ak dh
●Tloglah buat ni
●Pls ? nnti aku bgi sama rata kalau aku boleh kaut harta family tu
●Ak tk kesah dh psal kwn ak
●And ak tk kesah klau org label ak prampas skalipun
Aina:
●Tolong apa ni?
●Ihh ye laa ye laa
●Kau nak suruh ak buat apa?
My b♥adik
●Aku nk kau buat smpai aku kena tgkap khalwat dgn Adrian
●Suka hati kau lah nak buat macm mn
●Aslkn kitorang akn dpaksa khwin
●Dn Adrian tkkan khwin dgn Erin sbaliknya kna khwin dgan aku
●Ak akn delete mesej ni nnti tau
●mampus laa kita klau kantoi nnti ada yg nmpak chat kita nih
●Kau pun delete chat kita ni tau
Aina :
●Kau dah gila ke apa?
●Apa yg teruk sngt perangai kau ni?
●Snggup kau nk khianat kwn sndri?
●Ak tk nak brsubahat er
●Kalau kau nak jugak,kau buat sndri
●Ok bye!
My b♥ adik
●Ok,fine!
●Kau tak nak tolong aku?
●Takpe,biar aku buat sendiri saja
●Dan kau!Aku dah tak anggap kau ni kakak aku
●Aku tak pernah ada kakak macam kau
●Dasar anak perampas!
"Astaghfirullah! Betul ke ni Aina?" Tanya T. Maria seolah-olah tidak percaya yang Aisy sanggup buat begitu semata-mata inginkan harta.
Adakah wajah polos milik Aisy hanya pura-pura ditayangkan semata-mata untuk membuatkan dia rasa simpati?
"Ye aunty long.Minta maaf sebab Aina tak bagitahu awal-awal tapi tadi keadaan sangat tegang.Kalau Aina bagitahu tadi pun, semestinya dia tak nak mengaku.And dia akan tetap kahwin dengan Adrian juga masatu.Tapi alhamdulillah Aina tak bersubahat dengan dia.Aina tahu ni mesti Irfan tu dah tolong dia untuk buat perangkap ni kan?!" Aina tergelak jahat dalam hati tatkala T. Maria percaya akannya bulat-bulat.
Dia sudah berjaya batu apikan orang supaya membenci Aisy.
"Kurang ajar! Aku takkan benarkan dia kikis harta anak aku walaupun satu sen! Kalau boleh nak bertutup lingkup semua satu badan.Rupanya nak tutup sisi jahat dia! Memang kurang ajar budak tu!" Kemarahan T. Maria semakin meledak.Apabila dia melihat wajah Aisy seketika, terserlah wajah penuh dengan kebencian terhadap menantunya itu.
Puan Hajar dan Aina sudah tersenyum sinis.
'Kau layak kena macam ni, Aisy!'
Skip ⏮️....................
Seusai majlis sudah habis dikemas, Adrian menarik lengan Aisy supaya mengikutnya.
"Awak nak pergi mana ni? Kenapa tarik tarik ni? Bagitahu elok-elok boleh aja kan?" Tanya Aisy sedikit gugup.
"Kan aku dah cakap kau tak boleh lepas dari aku. Hal tadi belum selesai!"
"Haa Iyan! Laju-laju nak kemana ni?"
Tanya T. Adnan pula.
"Iyan nak bawa Aisy balik rumah Iyan.
Lagipun baju dia takde kat rumah sini.
Susah dia nak tukar baju.At least kat sana dah ada baju dia.Iyan minta tolong Irfan minta dengan kawan dia tadi"
"Hmm ye laa.Kalau ada apa-apa nanti call daddy atau yang lain if ada apa-apa masalah.Sekarang kamu dah jadi suami orang,Iyan.Jaga Aisy elok-elok.Daddy tahu perkahwinan ni adalah satu paksaan tapi sekurang-kurangnya kamu berdua perlu belajar menerima dan mengenal antara satu sama lain. Mungkin korang dah ditakdirkan untuk berjodoh bersama"
"Insyaallah.Daddy,kami pergi dulu. Thanks sebab semua orang still buat majlis ni"
Adrian menarik lengan Aisy lagi untuk ke arah kereta.
Seusai sampai di rumah mewah milik Adrian,dia pun memarkir kereta di garaj yang sudah khas dibuat.
Sempat lagi Aisy tertidur di dalam kereta.
"Woi! Bangunlah.Kita dah sampai rumah aku!" Jerkah Adrian.
Jerkahan itu telah membuatkan Aisy tersentak dari tidurnya.
Dia pun cepat-cepat turun dari kereta supaya Adrian tidak jerkah pada dia lagi.
"Cepatlah sikit jalan tu! Kau ingat aku ada masa ke nak berunding dengan kau lama-lama? Aku dah mengantuk ni! Ke kau sengaja nak naikkan darah aku?"
Aisy berusaha untuk berjalan sedikit laju.Pergerakannya terhad kerana dia memakai gaun yang sangatlah labuh sehingga terseret di lantai.Sudahlah baju itu hanya dia pinjam.Kalau baju tu rosak,mahu botak kepalanya nak membayar balik ganti rugi baju tu.
Ingat harganya murah? Beribu riban juga habis nanti.
Adrian yang geram kerana Aisy berjalan begitu perlahan,lalu menarik Aisy dengan kasar.
Rasanya mahu melayang sahaja Aisy disitu dengan perlakuan Adrian.
Setelah masuk ke dalam rumah,Adrian bertindak mengunci pintu utama rumah itu sebelum mendekati Aisy.
"Aku nak tanya kau dan aku harap kau bercakap jujur.Siapa yang rancang semua ni?Ini semua kerja kau kan?" Tanya Adrian dingin.
Aisy sudahpun mengetap bibir apabila soalan itu dituju.Dia tidak tahu untuk berkata apa saat ini.Dia tahu jika dia ceritakan hal sebenar sekalipun,belum tentu Adrian akan mempercayainya.
"Macam ni lah Aisy.Kau belum tahu perangai jahat aku macam mana.Yang paling aku pantang bila aku perlu ulang balik soalan yang aku ajukan pada orang.Aku pernah pukul orang sampai ke ICU.Jadi kalau kau rasa nak kena,aku akan bagi sekarang juga" kata Adrian sedikit sarkastik.
Aisy menelan air liur sekali.
Adrian menahan amarahnya dari terletus.Lagipun dia berasa sangat penat dan perlu tidur.Dia seperti tiada daya untuk bergaduh.
"Baik.Malam ni kau terlepas sebab aku penat dan takde masa nak gaduh dengan kau! Tapi kau jangan ingat kau boleh lepas esok hari ya! Kalau bukan disebabkan aku rasa penat atau mengantuk,dah lama kau akan makan penampar aku.Kau kena bersyukur sebab aku masih tak buat! Dan kau boleh tidur di stor rumah aku di bawah tangga tu! Orang macam kau tak layak jadi isteri aku sebab kau hanyalah sama macam sampah.Bahan buangan dan tak diperlukan!" Adrian berlalu pergi meninggalkan Aisy menuju ke tingkat atas.
Mata Aisy sudah bertakung air matanya.
Baru harini dia berkahwin sudahpun dicemuh.Dia pun tidak menunggu masa yang lama.Dia terus menuju ke stor yang diberitahu oleh Adrian tadi.
Stor milik Adrian agak kecil dan barang yang ada di dalam pun agak padat. Tapi dia bersyukur.Sekurang-kurangnya Adrian masih memberi dia ruang yang boleh dia rehat dan menyalin pakaian.
Dia pun meneliti plastik yang dipenuhi dengan barang Adrian itu.Manalah tahu mungkin dia akan terjumpa benda yang boleh alaskan badannya.
Dalam pada dia mencari,dia terjumpa satu set cadar katil yang tebal.
Dia pun menghampar cadar yang tebal itu.Sejurus selepas itu,dia membuka tudungnya lalu disangkutkan pada penyangkut baju yang telah tersedia di dalam stor itu.
Sudah tiba masanya untuk dia juga merehatkan dirinya.
Selamat malam dunia?
Share this novel