"Abang! Good news for you.Anak sial abang tuh dah mampus.Kak long bagitahu i tadi"
Dato' Rashid yang ingin menghirup air kopi,gelas di pegangannya jatuh menyebabkan air melimpah hingga ke lantai.
"Abang betul-betul terkejut ke ni?! Tak sabar nak bagitahu Aina adik pembawa malang dia tu dah takde!"
Muka Dato' Rashid jelas tidak gembira.
"Abang macam tak happy je? Bukan ke saat ni abang dengan Aina tunggu? Aisy dah takde.Dia dah ikut jejak umi dia tu!"
"Sudah! Saya nak bersendirian sekarang!"
Puan Hajar pun berlalu pergi apabila diarahkan begitu.
Hatinya melonjak gembira kerana tiada siapa dapat menjadi penghalang untuk dia dan anaknya supaya dapat mengaut harta Dato' Rashid.Itulah tujuan sebenar untuk dia berkahwin dengan Dato' Rashid.
Fikiran Dato' Rashid mula melayang.Dia teringat akan setiap kata-kata terakhir Aisy padanya...........
"Paa.Kalau Aelise dah mati nanti~papa sanggup tak,nak kebumikan Aelise? Papa happy ke kalau Aelise dah takde nanti?......."
"Aeliese sedar.Aelise ni hanya pembawa malang dalam hidup semua orang.........Paa~ sebelum Aelise keluar dari rumah ni,izinkan Aeliese peluk papa,cium papa. Boleh?............"
"Baik paa.Aelise akan pergi.Perginya Aelise,Aelise janji tak akan pernah kembali.Terima kasih sebab dah pernah jadi papa yang terbaik untuk Aelise.Terima kasih paa, sebab dah besarkan along dengan Aelise. Terima kasih untuk segalanya..........
I love you, my hero.........."
Tanpa dia sedar,air matanya sudah mengalir deras.
'Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Sanggupnya aku berlaku kejam dan tak adil pada anak-anak aku.Aliya. Maafkan abang,ya.Abang gagal jadi ayah yang baik untuk anak-anak kita'
Dia teringat juga akan kata-katanya yang kejam kepada Aisy.........
"Kurang ajar.Anak tak kenang budi! Macam ni ke cara kau balas budi aku dengan mak kau yang membesarkan kau,haa?.........."
"Papa macam mana? Sihat tak?"
"Aku belum nak mati! Dah kau tengok sendiri aku masih berdiri tegak! Maknanya apa? Soalan bodoh juga kau nak tanya!"
"Kau ingat hidup aku ni nak bagi tumpuan hanya pada kau? Ingat aku takde kerja lain ke nak buat?"
"Aisy tahu,tapi Aisy kan anak papa.Takkan lah takde sikit pun masa yang Aisy boleh curi untuk bertanya khabar pada papa?"
"Aku tak pernah ada anak yang malukan aku dengan keluarga aku sendiri"
Sungguh kejam dirinya itu.Di mana sifat belas kasihannya? Di mana sifat kebapaannya?
Betullah orang kata.Sesal kemudian tidak lagi berguna.Kini,dia telah kehilangan seorang anak bongsu yang sangat menyayangi dirinya.
Setelah selesai jenazah dimandikan,dikafankan dan juga telah disembahyangkan,semua tetamu yang hadir turut ke tanah perkuburan untuk upacara pengebumian.
"Tunggu.Saya nak ikut serta kebumikan anak saya"
Semua orang yang berada di situ agak tersentak dengan kehadiran Dato' Rashid yang mengejut itu.
"Kau siapa nak kebumikan adik aku? Kau dah lupa? Kau tak mengaku dia ni anak! Kau buang dia! Kau campak dia jauh-jauh dari hidup kau! Kau bahagia,kan bila dia dah takde? Kenapa sekarang baru nak tunjuk muka? Bukan ke kau yang tak sudi nak kebumikan dia?!"
Dato' Rashid terkejut apabila Irfan membahasakan Aisy sebagai adik.
"Dahlah Fan.Tak baik kita buat macam ni. Biarlah dia nak kebumikan adik juga.Ingat! Ini permintaan terakhir dari adik juga.Kau lupa?"
Dia tidak mahu adanya berlaku pertengkaran.Lebih-lebih lagi dengan keadaan yang sekarang di mana mereka baru sahaja kehilangan orang yang tersayang.
"Tak lupa long.Irfan hanya nak ingatkan dia.Dia mana mengaku kita ni anak dia.Dia tak sayang kita.Along! Adik minta nak salam,peluk,cium dia buat kali terakhir! Apa dia buat?! Dia halau kita macam orang pengemis jalanan,long! Langsung tak fikir pasal adik yang sarat mengandung tu! Siapa dia?! Hebat sangat ke dia ni?!"
Irfan sudah lama hilang sabar.
"Abang.Dah! Biarkan.Kita kebumikan sama-sama arwah Aelise,ya.Kita tunaikan apa yang Aeliese nak. Boleh?"
T. Ahmad datang pula memujuk Irfan supaya dia bertenang. Suasana yang tegang ini tidak sesuai kerana mereka di tanah perkuburan.
Adrian yang masih bersedih dengan kehilangan hanya mampu diam sahaja.
Seusai semuanya selesai...................
"Iyan.Jom kita balik"
Adrian menggelengkan kepalanya.
"Iyan nak duduk sini kejap.Nanti Iyan balik lah"
Oleh kerana faham akan perasaan anaknya itu,T. Adnan mengajak isterinya pulang terlebih dahulu.
"Pan,along.Baliklah dulu.Terima kasih banyak-banyak sebab dah bantu aku uruskan jenazah arwah isteri aku.
Aku hargai sangat-sangat" kata Adrian dengan nada yang sebak.
"Yelah.Fan,jom.Kita balik dulu.Esok kita datanglah sini lagi"
Irfan hanya diam.Dia hanya menurut sahaja arahan alongnya.
'Adik. Along dengan abang Irfan balik dulu. Esok-esok kami jenguk lagi. Terima kasih dik,sebab pernah jadi adik along.Adik baik sangat.Sebabtu Allah ambil adik dulu kan?....Along pergi dulu. Assalammualaikum'
Seusai mereka beredar pulang......
"Adrian.Tolong! Maafkan papa ya! Papa tahu papa dah banyak buat salah pada Aeliese......"
Dato' Rashid melutut dan merayu.
"Dahlah paa.Orang yang sepatutnya papa minta maaf bukan pada Ad. Ianya pada Aisya sendiri.Kenapa papa sedih dengan pemergian Aisya? Bukan itu ke yang papa minta? Papa dah boleh hidup senang sekarang. Anak yang papa kata pembawa malang tu~dia dah betul-betul pergi. Aisya betul-betul dah pergi seperti yang diminta oleh papa sendiri........ Dah lah.Papa balik jelah"
Dato' Rashid beransur pulang apabila Adrian berkata begitu.Tahu sahaja dia bahawa Adrian susah untuk memaafkan dirinya.Dan dia tahu, perkara itu tidak sesuai diperkatakan waktu sekarang.
Dia tahu semua orang sudah membencinya atas apa yang dia telah lakukan. Sekarang,dia betul-betul menyesal dan ingin berubah.Tapi apa dayanya? Dia tidak mampu berbuat apa-apa supaya semua orang memaafkan dirinya.Dia faham benar akan hakikat itu.
"Alhamdulillah.Hari ni semuanya berjalan lancar. Abang tak sangka ramai yang datang melawat sayang abang ni.Semua orang sayangkan Aisya sangat-sangat.Ramai yang cemburu dengan sayang.Untung abang kan? Dikurniakan bidadari sebaik sayang.Bidadari yang solehah. Taat pada suami,pada keluarganya.Abang tak sangka yang sayang akan tinggalkan abang dulu. Abang tak sempat nak luangkan masa dengan sayang betul-betul....... Abang dah plan banyak benda, sayang.Benda yang terakhir abang rancang yang kita akan buka buku baru" Adrian berkata dengan nada yang tertahan-tahan.
"Abang dah nekad selepas sahaja sayang dah lahirkan anak-anak kita, abang nak jaga sayang waktu dalam pantang.Abang nak sangat tunggu waktu sampai kita ke hari tua. Tapi,takdir kita dah macam ni kan? Siapa abang nak melawan takdir? Abang doakan sayang tenang saja kat sana.Sekarang abang kena pergi hospital balik.Nak tengok anak-anak kita.Muka diorang comel sangat sayang!" Air matanya diseka.
Mahu ditahan seboleh-bolehnya. Namun,rasa sebak yang menghurung di dada tidak dapat ditahan lagi.
"Naura ikut muka macam umi dia. Naufal pulak handsome macam abi dia..........Thank you so much sayang. For everything.Nanti abang datang lagi.Assalammualaikum.Abang balik dulu ya,bidadari syurga"
Seelok sahaja Adrian beredar,cuaca mulai mendung tanda mahu hujan.
It's bless.
∆ THE END ∆
Share this novel