BAB 14

Romance Completed 6961

Pada pukul 10 malam,Aisy telahpun sampai ke rumah.

Masuk sahaja dia ke dalam rumah,Adrian pun sudah memerlinya.

"Kau ingat rumah aku ni apa? Hotel? Boleh keluar masuk sesuka hati? Apa dah tak sabar sangat nak berhambus dari sini ke?" Kata Adrian sambil tersenyum sinis.

Aisy tidak menghiraukan kata-kata Adrian.Sebaliknya dia terus menuju masuk ke dalam biliknya.Tak kuasa dia nak menghadap muka Adrian lama-lama.

Setelah siap solat isya',Aisy keluar dari biliknya menuju ke dapur kerana dia berasa haus.

Dia meletakkan air kosong suam ke dalam sebuah jag kecil dan satu gelas kaca ke dalam dulang untuk dibawa masuk ke dalam bilik.

"Kau keluar jumpa jantan mana pulak kalini,haa? Lepas satu, satu kau ni kan?!"

Aisy meletakkan semula dulang itu di atas meja makan.

"Saya nak keluar dengan jantan mana sekalipun kenapa awak perlu kesah? Kan awak dah ada Erin? Dah nak kahwin pun bila awak dah lepaskan saya nanti,kan? Apa lagi tak puas?" Aisy memberanikan dirinya berkata begitu. Itu semua berkat Hafiz menolongnya.

Kata Hafiz, seseorang yang lembut dan penyabar,bila dah marah sekali,pasti akan ada orang yang mula tergugat dengannya.

Jadi dia cuba memberanikan diri untuk melawan kata-kata Adrian.Sudah lama dia berdiam diri apabila dirinya ditengking.Ada lah dia pertahankan dirinya tetapi dia ingin menunjukkan sikapnya yang agresif.Sisi dirinya ini hanya papa,mak tiri dan kakaknya sahaja yang baru lihat.

"Kalau macamtu,kau boleh keluar sekarang! Pergi tinggal hidup semati dengan jantan tu! Tak perlu balik ke sini lagi!"

"Fine! Saya akan pergi.Awak tak perlu mengarah.Saya dah bagitahu awak kan? Kalau usaha saya pada akhirnya jadi sia-sia,saya janji saya akan pergi dari hidup awak buat selama-lamanya.Sekarang saya masih ada baki beberapa minggu lagi sebelum saya keluar dari rumah awak ni.Awak dah tak sabar sangat nak bercerai dengan saya kan? Baik.Selepas saya melahirkan anak ki-.... maksud saya,selepas anak saya dah selamat dilahirkan,saya akan cepat-cepat berurusan dengan awak tentang hal penceraian kita.
Dan masatu kalau awak nak lafazkan talak tiga pada saya pun saya tak kesah"

"Kita tengok nanti lah! Kau tak payah mengajar pun aku reti jatuhkan talak tiga!"

Aisy mengangkat dulang itu semula lalu masuk semula ke dalam biliknya.

Dia menjadi lemah sebaik sahaja berhadapan dengan Adrian.Pada mulanya memang dia berani tapi saat akhirnya dia tak mampu melawan kata-kata Adrian.
Adrian memang tidak sabar menunggu hari di mana dia keluar dari rumah ini.

'Aku cintakan kau,Adrian!Kenapa kau tak pernah cuba balas balik? Mulut je kata yang kau cuba bagi aku peluang, tapi hanya sekadar meniti di mulut.Tak sampai pun pada hati kau.Jahat sangat ke aku sampai kau betul-betul tak boleh terima? Hina sangat ke aku ni? Kenapa orang yang aku sayang sanggup panggil aku murah?! Takde maruah diri! Kenapa?!'

Skip ⏮️...............

Pagi itu seperti biasa Aisy menyediakan sarapan.
Sebaik dia menghidangkan makanan,muncul Adrian dari tingkat atas ke bawah untuk bersarapan.

Aisy pun terus mencedok nasi goreng ke dalam pinggan Adrian.

Dia mulai rasa bersalah kerana kebelakangan ini dia selalu menengking Adrian.Sebagai seorang isteri,dia tidak sepatutnya menengking pada suaminya begitu.

Setelah siap semua makanan dihidang,Aisy menarik tangan Adrian lembut untuk dia menyalami tangan itu.

"Saya minta maaf pasal hal semalam atau sebelum-sebelum ni sebab saya dah menengking awak.Saya tahu saya dah banyak buat salah dan gagal jadi isteri awak yang baik.Saya tak jaga maruah suami saya.Saya keluar dengan lelaki lain belakang awak.Tapi demi Allah saya takde niat nak curang dengan awak ke apa.Kalau awak nak tahu,semalam saya berjumpa dengan abang sulung saya yang baru balik dari Jerman.Irfan yang tolong.Mungkin itu sebab awak tuduh saya macam-macam kan? Takpe,saya tak kesah.Semua yang jadi memang sebab saya.......Saya pergi kolej dulu. Makanan ni awak biarkan saja atas ni.Bila dah balik nanti saya kemas semua ni" Aisy menghadiahkan senyuman kecil.

Kadang Adrian rasa bersalah dengan apa yang dia dah buat.Tapi disebabkan ego yang disanjung,dia rasa hanya dirinya sahaja yang betul.

Aisy berjalan kaki untuk ke stesen bas.Agak mengah dan tenaganya mula berkurang.Dia bukan sahaja membawa dirinya malah anak yang dikandungnya juga.

Adrian yang baru sahaja ingin meneruskan perjalanannya,dia telah melihat Aisy berada di stesen bas.Dia pun berhentikan keretanya.

Dia melihat Aisy sedang menolong seorang pak cik tua berjalan menuju ke stesen bas.Lalu Adrian bersembunyi di sebalik pokok untuk mengetahui apa yang Aisy buat di situ.

'Dengan pak cik tua pun kau ada taste jugak,ke? Tch!'

"Terima kasih nak,sebab dah tolong pak cik.Pak cik rasa kalau kamu tak tolong pak cik tadi,dah lama kereta yang lalu lalang hon pak cik supaya jalan dengan cepat"

"Sama-sama.Takde apa pun pak cik.Ni,pak cik nak ke mana? Sorang je ke?"

"Haah,sorang je.Pak cik sebenarnya dengan anak pak cik tadi.Pak cik ke kedai makan sebab pak cik lapar.
Pak cik nak tunggu dia habis beli barang kat pasar lama sangat.Itu lah pak cik pergi dulu"

"Ouh.Habis nak balik ni naik apa? Dah call anak pak cik?"

"Tak.Pak cik takde telefon.Lupa nak bawa.Tapi tadi pak cik dah bagitahu dulu nak pergi kedai.Entah dia dengar ke tidak"

"Erm~kalau macamtu saya tolong tempahkan teksi lah untuk pak cik balik.Kesian juga pak cik dah tunggu lama kan? Mana tahu kalau anak pak cik tak ingat nak ambil, haa"

"Eh takpe lah.Pak cik dah takde duit nak bayar tambang nanti.Duit yang ada tadi cukup-cukup makan je"

"Takpe lah.Saya ada duit balance.Anggap aja saya belanja.Saya pun nak ke kolej.Boleh lah kita naik sama-sama"

"Takpelah nak.Kamu dah tolong pak cik lintas jalan tadi pun pak cik dah rasa terhutang budi dah.Inikan pula kamu nak belanja.Sepatutnya pak cik yang belanja kamu"

"Lahh! Saya tolong pak cik ikhlas.Takpe lah!"

"Yelah.Ni kamu seorang je? Dah kahwin?"

"Saya dah kahwin,pak cik.Dah hampir 7 bulan macamtu kira-kira"

"Habistu suami kamu mana? Kenapa dia biarkan kamu jalan kaki seorang diri ke sini?"

"Dia ada kerja,pak cik.Saya faham je kerja dia.Alaa lagipun okey,apa? Kalau saya tak jalan kaki ke sini,saya tak jumpa pak cik dah kan?! Dan saya tak dapat nak tolong pak cik lintas jalan tadi"

"Ye tak ye juga,kan! Alhamdulillah.Rezeki pak cik jumpa kamu.Kalaulah pak cik ada anak teruna lagi sorang yang belum kahwin,pak cik dah masuk minang kamu untuk dia kalau tadi kamu kata belum kahwin lagi"

"Uish! Cepatnya pak cik! Baru kenal beberapa minit dah berkenan nak buat saya jadi menantu? Biar betul pak cik?! Hahahah" mereka ketawa seketika.

"Nama kamu ni siapa nak? Lupa pula bertanya"

"Nama saya panjang.Pak cik boleh panggil saya Aisy je"
Aisy menghadiahkan senyuman manis kepada pak cik tua itu.

"Macam mana pula nama diberi panjang,panggilnya Aisy?" Hairan pula dia dengan nama Aisy.

"Eh,bukan pak cik! Maksud Aisy,nama sebenar,Aisya Anneliese Andrea binti Rashid.Haa,nama Aisy panjang nanti berbelit pak cik nak panggil.Sebabtu saya suruh pak cik panggil saya Aisy aja"

"Ouh! Maaflah.Pak cik kurang faham pula.Ingatkan nama kamu 'panjang'"

Pfft!

Adrian yang berada di belakang pokok tersenyum kecil mendengar perbualan mereka. Terus dia menampar mukanya dengan tidak terlalu kuat agar sedar dengan kelakuannya sekarang.

Dah kenapa senyum sorang-sorang?

"Aisy.Maaf kalau kata-kata pak cik ni boleh menyinggung perasaan kamu.Tapi pak cik rasa suami kamu bukan jenis lelaki yang sangat bertanggungjawab. Cubalah tengok.Dengan keadaan kamu mengandung,boleh pula dia biarkan kamu pergi sendiri.Sepatutnya kena utamakan isteri.Dengan keadaan ni pak cik boleh kata dia pentingkan diri"

"Mana tahu saya mengandung,pak cik?"
Agak tersentak dengan kata-kata pak cik itu,namun terus sahaja Aisy berfikir, 'kalau pak cik dah tahu, kenapa nak kena tanya lagi?'

Mahu sahaja dia tanya begitu,namun pertanyaan itu bunyinya agak tidak sopan.

"Perut kamu tu dah timbul sedikit.Tadi masa kamu berjalan pun pak cik dah boleh tahu cara kamu mengah.Arwah isteri pak cik dulu kalau mengandung nafas dia kuat kedengaran dalam keadaan mengah. Macam kamu buat tadi.Pak cik tanya kamu kahwin ke belum sebab tadi kamu tutup perut kamu dengan beg tu.Manalah nak tahu kamu mengandung"

"Ouh.........Suami saya bukan tak bertanggungjawab,
pak cik.Saya yang banyak kekurangan.Saya tak layak berada di samping dia.Saya selalu buat dia marah,buat dia hilang sabar,semualah"

"Betul ke nih? Bagi pak cik, orang lelaki ni,kalau dia dah sayang dan cintakan sangat isterinya,dia takkan sanggup biarkan isteri dia berada dalam kesusahan. Kalau boleh dia selalu nak permudahkan urusan isteri dia sebab dia sedar yang para isteri dah banyak mengorbankan nyawa, melahirkan zuriat mereka. Datanglah mana pun sekiranya isteri dia tak sempurna pun,dia akan terima.Kalau bergaduh pun,dia sanggup mengalah demi kesayangan dia"

Kata-kata pak cik itu sedikit sebanyak membuatkan Adrian merasa serba salah.Dia dalam keadaan sangat keliru sekarang.

"Haa,tu! Teksi dah sampai.Jom,pak cik!" Aisy cuba membantu pak cik tua itu bangun dari duduknya.

Baru sahaja giliran dia pula untuk masuk ke dalam teksi,sebuah kereta mewah berjenama Toyota wish berhenti di stesen bas itu dengan membuat bunyi hon beberapa kali.Keadaan itu membuatkan Aisy tidak jadi untuk masuk ke dalam teksi.

Adrian yang juga ingin menuju ke arah Aisy terbantut apabila sebuah kereta berhenti di situ.Terus dia bersembunyi di belakang pokok semula.

Seorang wanita yang lebih berusia dari Aisy keluar dari kereta mewah itu lalu ke arah pintu teksi.

"Ayah! Dah berapa kali orang cakap jangan pergi merata tempat! Satu pasar Dina cari ayah dengan abang tadi, tahu tak!" Wanita yang bernama Dina itu menengking kepada ayahnya.

"Akak.Bawa bersabar.Jangan marahkan pak cik dulu"
Lembut sahaja nada Aisy berkata.

"Kau ni siapa pula? Ada hati nak tegur aku? Kau tak tahu yang orang tua nih dah bebankan hidup aku satu keluarga!"

"Astaghfirullah.Bawa mengucap,akak! Akak sedar tak? Orang tua yang akak panggil tu ayah akak!"

Dina menampar pipi mulus milik Aisy dengan agak kuat.Aisy meringis sakit.

Perbuatan Dina membuatkan Adrian yang melihat menjadi bengang.

"Dina! Apa kamu buat nih? Kamu nak kena saman ke tampar orang sesuka hati? Kalau betul ayah ni beban bagi kamu,hantar saja ayah pada rumah orang tua tu! Ayah takkan ganggu lagi hidup kamu,serta adik-beradik lain!"

"Memang! Dina dengan adik-beradik lain dah sebulat suara nak hantar ayah di rumah orang tua! Kami dah tak sanggup nak jaga ayah.Kami semua ada juga kerja lain. Bukan hanya kerja nak jaga ayah! Kami juga dah ada family! Ayah kalau tak menyusahkan hidup kami sehari memang tak sah,kan?! Kenapa ayah tak mati je sekali dengan arwah mak haritu?!"

"Kak! Akak sedar tak apa akak cakap nih? Saya memang takde kat tempat akak sekeluarga dan saya tak tahu apa masalahnya tapi saya rasa akak dah melampau.Akak dah lupa ke jasa ayah akak dengan arwah mak akak jaga akak dari kecik sampai dah besar dan sekarang dah berumahtangga dah pun? Diorang tak pernah nak merungut waktu diorang membesarkan akak dan adik-beradik yang lain kan? Mana pergi rasa hormat akak pada pak cik? Saya yakin pak cik takdelah menyusahkan akak.Makanan pun pak cik pergi beli sendiri.Tugas akak sebagai anak dia,akak peduli tak tentang pak cik? Akak tak pernah ke bayangkan waktu dulu pak cik dah besarkan akak? Kalau akak rasa jaga pak cik susah,cuba akak fikir pula betapa susahnya pak cik dengan arwah mak akak jaga akak serta dengan adik-beradik lain.Korang ramai, tapi nak suruh jaga seorang ayah pun tak boleh diharapkan?"

Aisy berani berkata-kata.Dia betul-betul bengang dengan apa yang Dina katakan.

"Eh kau tak payah nak mengajar aku sangat lah! Aku dan adik-beradik aku yang lain tahu apa yang terbaik buat ayah kami! Jadi tak perlu lah kau bagi ceramah yang hampir nak bernanah telinga aku dengar nih! Kau tak layak bagi nasihat pada aku lah! Dahlah ayah! Masuk kereta Dina sekarang! Jangan sampai Dina lagi naik angin!"

Aisy cuba menghalang.

"Eh,tepi lah! Kau siapa nak ayah aku ikut kau haa? Ayah!Tak dengar ke apa Dina cakap? Masuk kereta!"

Aisy cuba lagi menghalang namun malang tidak berbau.

Dina telah menolak Aisy hingga menyebabkan Aisy terjatuh.

Adrian yang terkejut melihat perbuatan Dina terus dia mendapatkan Aisy.

"Eh cik! Orang yang cik tolak ni isteri saya! Kalau ye pun nak halang dia perlu ke sampai bertolak bagai? Ada ke isteri saya berkasar dengan cik?!"

Adrian melutut melihat Aisy seperti menahan kesakitan di perut.

"Aisya! Kau okey ke? Jom! Kita pergi hospital
sekarang!"

Kata Adrian dengan cemas.Jelas raut wajahnya risau akan Aisy dan kandungannya di dalam.

Aisy menggeleng tanda tidak setuju dengan Adrian.

"Awak.T-tolong pak cik tu.Kalau akak tu tak boleh jaga pak cik,biar saya saja yang tolong j-jaga pak cik" Kata Aisy dengan nafas tercungap-cungap.

"Aisy.Takpe,nak! Pak cik baik-baik sahaja.Pak cik pergi dulu,ya.Pak cik rasa sesuai pak cik duduk sahaja di rumah orang tua.Aisy pergilah ke hospital sekarang ye nak! Nanti ada kesan pada kandungan kalau kamu lambat sampai ke sana.Jangan risau kan pak cik ya.
Terima kasih dah bantu pak cik,dan pak cik minta maaf bagi pihak anak pak cik,ya"

"Aisya,kau dengar kan tu? Jom! Kita ke hospital sekarang!" Aisy hanya diam tanpa menjawab.Dia cuba sedaya upayanya menahan sakit di perutnya.

Adrian bertindak mencempung tubuh Aisy lalu dimasukkan ke dalam kereta.Keretanya laju meluncur di atas jalan raya.

Skip ⏮️...........

"Dapat tak call adik?" Tanya Hafiz sedikit risau.

"Tak long.Dah berapa kali dah call!"

Jeda seketika sehingga telefon bimbit milik Irfan berbunyi tanda panggilan masuk.

"Hello..............hah? Hospital?! Ye ye,nanti kitorang sampai!"

"Haa dah kenapa pula tu? Siapa sakit?!"

"A-adik jatuh tadi.Sekarang dia ada kat hospital.Along nak ikut tak? Pergi sekali"

"Haa,ye ye.Sekejap!"

Skip ⏮️.............

Di hospital.............

Adrian setia menunggu Aisy sedar dari pengsan.Dia menggenggam lembut jari jemari Aisy.Syukur sahaja tiada apa-apa buruk yang terjadi pada kandungan Aisy
apabila dia bertanya kepada doktor tadi.

Flashback.......

"Doc,macam mana dengan wife saya? Baby okay ke?"

"Alhamdulillah, everything is okay right now.Encik dah bawa isteri encik cepat-cepat ke sini.Kalau encik lambat ke sini tadi,ada kemungkinan isteri encik akan alami keguguran.Sekarang isteri encik masih tidak sedar disebabkan pengsan.Nanti kalau dah sedar,encik
boleh panggil nurse atau direct terus pada saya kalau saya takde patient untuk buat pemeriksaan lanjut"

"Thanks,doctor.I will!"

End flashback................

'Aku sebenarnya dah jatuh cinta pada Aisy ke? Atau aku masih sayangkan Erin? Kenapa aku keliru? Aku tak nak kalau Erin tinggalkan aku dan dalam pada masa yang sama aku jadi bimbang tentang Aisy! Ya Allah! Petunjuk apakah ini? hamba-Mu ini berharap agar petunjuk semakin jelas supaya hamba ini boleh melepaskan seseorang pergi dari hidup ini'

Adrian tersedar dari lamunan apabila jari-jemari Aisy mula bergerak perlahan.

"Kau dah sedar?"

Bangun-bangun sahaja Aisy terus menolak perlahan tangan Adrian dari memegang tangannya.

"Kenapa awak ada kat sini? Tak pergi kelas ke?"

"Tak.Aku nak jaga kau"

"Nak jaga saya buat apa? Saya tak sakit pun lah"

"Erm,wait.Doktor ada bagitahu aku kalau kau dah sedar panggil dia.Sekejap aku panggilkan"

Tak lama kemudian,doktor yang merawat Aisy tadi masuk ke dalam wad.

"Hai cik Aisy.So how? Ada rasa sakit lagi ke di bahagian perut?"

Aisy hanya menggelengkan kepalanya.

"Dah tak sakit macam tadi.Kandungan saya macam mana doktor? Baby tak apa-apa kan?"

"Alhamdulillah.Baby ok je kat dalam.Syukur sebab suami cik bawa cik ke sini cepat tadi.Macam ni! Saya akan tahan cik di sini satu hari.Kita nak pantau takut berlaku pendarahan lagi.Andai kata esok buat pemeriksaan,and dah ok,cik bolehlah balik rumah"

"Baik.Terima kasih doktor"

"Ya,sama-sama.Saya keluar dulu"

Doktor itu pun keluar dari wad.

"Kenapa awak masih ada kat sini? Doktor kata saya takde apa-apa pun kan? Awak boleh pergi kolej.Saya okey je kat sini" Aisy berkata dingin.

"Aisya.Aku dah cakap aku nak jaga kau,kan?!"

"Saya tak perlukan pertolongan awak,lah! Saya dah besar.Hidup saya,pandailah saya berdikari.Sorry sebab dah bebankan awak untuk hantarkan saya ke hospital"

Aisy terus berbaring lalu menarik selimut hingga menutup kepalanya.

Dia menjadi terlalu beremosi disebabkan pembawakan budak.Tiada niat dia nak berkasar sedangkan pagi tadi baru sahaja dia telah meminta maaf pada Adrian.

Adrian yang melihat Aisy begitu, terus dia keluar dari wad dan sejurus itu dia terserempak dengan Irfan dan seorang lelaki yang lebih berusia dari Irfan.

'Ni ke abang Aisy?!'

"Bro! Macam mana Aisy boleh jatuh?"

"Dia nak selamatkan pak cik tadi tapi anak kepada pak cik tu tolak dia"

"Astaghfirullah.Habistu macam mana kandungan Aisy?"

"Alhamdulillah,ok je"

Irfan menepuk bahu Adrian.

Hafiz pula telah pun masuk ke dalam wad.

Pada pukul 2 tengahari...........

"Kau jagakan adik aku sekejap,boleh? Aku nak pergi belikan makanan untuk dia"

"Jap! Tadikan dah ada nurse masuk dalam hantar makanan.Tak cukup ke?"

"Kau ni baru je kenal adik aku ke? Dia tak suka duduk hospital.Makanan kat sini pun lagilah dia tak boleh nak jamah.Nampak sangat korang ni tak serasi!"

Dush!l Agak sentap dengan kata-kata abang iparnya.

Hafiz berura-ura ingin pergi tetapi Adrian terlebih dahulu menghalangnya.

"Takpe.Biar saya belikan.Saya tahu apa yang Aisy boleh makan"

Hafiz pun masuk ke dalam wad semula memandangkan Adrian berkata begitu.Tidaklah dia tolak kerana Adrian telah memudahkan urusannya.

Skip ⏮️,........................

Setelah makanan dibeli,Adrian telah naik ke wad untuk memberikan makanan.

Baru sahaja ingin masuk ke dalam wad,Hafiz sudah berada di luar.

"Nah! Makanan untuk Aisy"

"Thanks"

Adrian hanya mengangguk.

Tiba-tiba dia berasa ingin ke tandas.

Selepas siap berhadas kecil,dia menuju ke wad semula.

Telah menyirap darah Adrian melihat apa di depan matanya.

Aisy sedang makan dengan disuap oleh Irfan.

'Kau kata kau tak suka Irfan! Kau tak layan dia! Habis ni apa?! Gelak sakan lagi! Pompuan macam kau nih memang kan?! Aku ingat lelaki je tak pernah cukup satu.Rupanya pompuan pun ada! Dengan Irfan boleh pula kau layan dia elok-elok.Bila bercakap dengan aku siap nak tengking bagai!Apa kau ingat kau bagus sangat? Eh menyesal lah aku ambil berat pasal kau nih! Pompuan murah! Depan aku sendiri dia dah curang! Kau bodoh Adrian sebab masih nak percaya pompuan tu!'

Dia pun pulang ke rumah dengan kekecewaan dan dengan perasaan marah yang teramat.

"Ni Adrian pergi ambilkan baju ke untuk adik tukar?"

Aisy menggelengkan kepalanya.

"Along tolong belikan boleh? Adik tak nak suruh dia datang sini.Adik takut dia penat jaga adik.Along ke abang ke tak payah call dia suruh ambil baju ke apa erh?!"

"Haa,ye laa.Nanti along belikan.Adik tu kalau nak minta apa-apa bagitahu.Along dengan Irfan pergi balik dulu.
Nanti maghrib kitorang datang balik"

Aisy mengangguk tanda faham.

Skip ⏮️...............

Pada waktu malam...............

Adrian begitu gelisah.Dia tidur dengan keadaan mengiring ke kiri,ke kanan dan juga tidur secara mengadap siling.Serba tak kena.

'Ihh! Kenapa aku tak boleh tidur pula nih?!'

Adrian pun bangun dari perbaringannya.Ternyata dia memang tidak boleh tidur.

Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan tentang Aisy.

'Agaknya dia buat apa sekarang erk?Tah!...........Eh! Asal aku fikir pasal dia pula nih? Bukan ke aku yang benci dia?!'

Setelah lama berdiam diri,Adrian mengambil keputusan untuk pergi ke hospital untuk menemani Aisy di sana.

Di hospital...............

"Bolehlah nurse.Saya ni suami dia.Saya patut ada di sisi dia.Lagipun isteri saya susah nak tidur kalau saya takde dekat dengan dia" Bohong Adrian.Padahal dia yang tak boleh berjauhan dengan Aisy.

"Saya tengok cik Aisy elok je tidur.Encik ni siapa sebenarnya? Perempuan mana boleh kahwin dua.Pelik lah encik,ni! Suami dia dah dodoikan dia tadi.Dah tidur lena dah pun cik Aisy"

Kata-kata jururawat itu membuatkan Adrian menjadi bingung.Apa yang jururawat ini maksudkan? Suami pada Aisy? Dialah suami Aisy!

"Maksud saya,saya suami dia.Yang nurse tengok kat dalam,tu abang ipar saya.Saya nak lawat dia.Sekejap saja! Saya nak bincang dengan abang ipar saya.Kalau dia cakap dia nak jaga isteri saya, then saya balik lah.Saya kesiankan dia sebab dari petang tadi dah dia jaga"

"Ye lah! Sekejap saja,ya encik"

"Thanks" Adrian terus berlari tergopoh-gapah menuju ke wad Aisy.

Sampai sahaja dia di wad,dia telah melihat Irfan berani memegang lengan isterinya.Dengan perasaan marah yang tidak mampu dikawal lagi,Adrian masuk ke dalam.
Lantas dia menumbuk muka sebelah kanan Irfan.

"Kurang ajar kau ni kan?! Berani kau sentuh isteri aku?!"

Irfan memegang di bahagian pipi yang Adrian menumbuknya tadi.

"Tch! Dia isteri kau? Aku rasa kau dah mengigau ni! Dia ni kau panggil isteri? Bukan kau tak pernah ada isteri ke?!"

"Hal rumahtangga aku,kau tak perlu nak sibuk tahu! Kau tu siapa nak ambil tahu semua benda hal rumahtangga aku dengan Aisy?!"

"Aku siapa? Aku bakal suami dia! Sebaik sahaja kau bercerai dengan dia dan selepas je dia dah habis tempoh idah,aku yang akan masuk meminang dia!"

"Kurang ajar!" Adrian ingin menumbuk sebelah kiri pula tetapi Irfan sempat mengelak membuatkan buku lima Adrian tertumbuk ke dinding.

Aisy yang mendengar suara sayup kedengaran, matanya kembali dibuka untuk melihat apa yang telah terjadi.

"Korang berdua buat apa ni haa?" Aisy bangun dari perbaringannya lantas dia memberhentikan pergaduhan antara Adrian dan Irfan.

"Awak! Lepaslah Irfan tu! Apa awak buat ni? Nak jadi pembunuh ke haa?!"

"Kau diam! Jantan tak guna ni dah buat aku hilang sabar! Aku takkan lepaskan dia harini! Aku tak kira kalau dia sepupu aku sedarah semati sekali pun!"

Adrian masih mencekik leher Irfan dengan kuat sehingga muka Irfan telah berubah merah dan air mata keluar.

"Dah,Adrian! Kalau ye pun dia salah tak boleh ke bincang elok-elok?!"

Adrian tidak menghiraukan kata-kata Aisy.Dia teruskan sahaja perbuatannya tanpa ada rasa sedikit belas kasihan pada Irfan.

"Adrian Mikhail Ar-Rayyan, lepaskan!"

Aisy bertindak menampar pipi Adrian dengan kuat sehingga tangannya juga berasa kebas bekasan menampar.

Perbuatan Aisy telahpun memberhentikan perbuatan Adrian kepada Irfan.Dia tersentak dan terkejut kerana Aisy sanggup menampar mukanya.

"Balik Irfan"

"Aisy,aku........."

"Balik dulu!" Tegas Aisy berkata.

Irfan hanya menurut permintaan Aisy.Dia pun keluar dari wad itu.

"Saya cakap elok-elok dengan awak kan,lepaskan dia. Kenapa awak tak dengar sangat? Apa yang awak berdendam sangat dengan Irfan?!"

"Berani kau tampar aku?!" Adrian masih menyinga.

"Ya,memang saya berani pun! Awak dah melampau Adrian!"

"Habis perbuatan kau pada aku ni tak melampau?! Eh pompuan! Kau nak aku buat benda yang sama macam aku buat pada Irfan tadi ke?!"

"Cubalah buat! Awak tahu saya anak dalam perut ni masih lemah dan awak juga sanggup nak bunuh baby dalam perut saya yang tak berdosa nih kan?!"

"Kalau baby ni takde kat dalam,dah lama saya suruh awak buat macamtu pada saya lah! Biar saya sahaja mati sebab hidup saya dah takde guna! Hidup saya takde memberi makna apa-apa pun pada awak atau sesiapa! Sedikit pun awak tak akan berkesan dengan pemergian saya.Kan?!" Suaranya naik seoktaf.

"Memang! Memang hidup kau takde makna apa-apa pun pada aku! Kau memang pompuan murah lah Aisy! Aku sanggup datang sini sebab aku nak jaga kau dan aku sampai sampai sahaja aku tengok Irfan pegang tangan kau! Sukalah kau,kan! Dah bangga sangat sebab dah buat maksiat dengan dia? Kau cakap kau tak curang tapi ni apa? Bodohlah sebab aku bagi peluang pada pompuan macam kau nih! Patutlah bapak sendiri pun tak nak kutip! Memang perangai anak sendiri macam pelacur! Aku rasa kalau umi kau masih hidup dah lama kau makan penampar dari dialah! Anak tak guna!"

"Umi dengan papa saya,awak tak berhak nak sentuh lah hal diorang,Adrian! Kalau betul pun perangai saya ni buruk,saya ni anak tak guna,itu bukan atas sebab didikan ibu bapa saya.Ianya salah saya sendiri! Kekurangan tu datang dari saya sendiri"

"Awak masih ulang kesilapan sama kan,Adrian?! Awak dah lupa ke beberapa bulan lepas? Awak siap minta maaf sampai nak melutut bagai depan saya! Dah berapa kali awak panggil saya murah,pelacur takde maruah diri! Apa lagi awak tak sebut? Semuanya saya telan.Saya sedar diri saya ni memang tak sempurna. Saya ni memang tak layak langsung jadi isteri awak. Awak ingat saya nak sangat ke hadap awak haa? Kalau bukan sebab rancangan bodoh seseorang yang telah buat kita perangkap kahwin,saya rasa hari-hari hidup saya bahagia lah!"

"Saya ingatkan bila jadi macam ni saya ada peluang untuk dapatkan awak memandangkan saya pernah ada rasa suka,dan cintakan awak!Tapi saya silap! Awak kejam Adrian! Awak takde sifat perikemanusiaan.Sejak saya masuk dalam hidup awak,tak pernah sekalipun saya tak ucapkan yang saya cintakan awak.Setiap hari saya ungkapkan walaupun ianya tak disampaikan pada awak,namun sekadar diucapkan dalam hati sahaja. Cukup untuk saya mahu buktikan yang saya cintakan awak.Saya sedar juga yang bagi awak,ucapan cinta dari saya pada awak adalah satu ucapan yang murahan, kotor dan menjijikkan.Kalau satu hari nanti saya dah takde dekat muka bumi ni mesti awak bertambah bahagia kan? Lagi-lagi hidup bertemankan orang yang awak sayang,yang awak paling cinta.Kan?! Kenapa lah saya ni tak pernah nak percaya cakap orang yang orang yang kita suka,cinta dan sayang tak semestinya untuk dimiliki?!"

"Kalau kau rasa hidup kau ni dah penuh derita disebabkan aku, jadi kenapa kau tak tinggalkan aku je haa? Sanggup sangat dengan perjanjian bodoh kau tu!"

"Awak cakaplah apa pun Adrian! Saya tetap dengan pendirian saya.Kalau dah rasa benci sangat tengok muka saya,then fine! Awak tak perlu hadap muka saya lagi dah. Sekarang saya buat hanyalah disebabkan perjanjian.Saya dah mengalah.Mengalah untuk mengemis cinta awak lagi!" Dia penat.Cintanya selama ini dianggap murahan,tidak suci.Cintanya bertepuk sebelah tangan.

Hanya dia! Hanya dia yang cuba untuk mencintai,namun Adrian tidak sesekali berbuat demikian terhadap dirinya.

"Eh cakap je lah sebab kau nak Irfan gantikan tempat aku kan?!"

"Biarlah Irfan atau mana-mana lelaki pun yang sanggup kutip perempuan murah macam saya ni! Saya sudi menerima siapa sahaja yang nak masuk dalam hidup saya.Dan pada masatu hidup saya dah takde kaitan dengan awak langsung!"

Aisy menaiki katil semula.Lantas dia menyelimuti ke seluruh badannya.Sebak yang hurung di dada tidak dapat ditahan lagi.Air matanya mengalir sangat deras di sebalik dalam selimut.

Adrian pula meraup kasar wajahnya sebelum keluar dari wad itu.Dia sebenarnya terpukul dengan kata-kata Aisy.

Kenapa hatinya mula berasa sakit tatkala Aisy mengatakan sekarang dia bertahan hanya disebabkan janji sahaja? Bermakna,Aisy telah berputus asa untuk hidup bersamanya? Adakah Aisy sudah mengalah dan benar-benar mahu meninggalkan dirinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience