Selama sebulan bulan,Aisy hanya berkurung di dalam bilik.
Tahun ini mungkin adalah sambutan raya yang paling biasa buat Aisy.
Dia hanya akan keluar untuk makan sahaja.
Selama sebulan ini juga dia telah belajar untuk melepaskan.Dia mengubah hidupnya perlahan-lahan.Apapun yang jadi,dia perlu kuat menghadapi semuanya.
Sekarang,hatinya masih berbelah bahagi terhadap Adrian.Rasa sayangnya masih ada walaupun Adrian telah membuat dia sakit dan sebagainya.
Dia cuba melepaskan Adrian perlahan-lahan dari ingatannya.Tapi tak boleh.Mungkin,tiba waktu pernikahan Erin dan Adrian berlangsung, barulah dia boleh berjaya lupakan Adrian.
Mungkin?!
"Aelise! Meh sarapan dulu"
"Ya,mummy.I'm coming!"
"Suka mummy tengok Aeliese sekarang.No more sedih² ya!"
"In Syaa Allah.Aelise cuba jadi kuat macam arwah umi.
Cukuplah Aelise dah pernah merisikokan nyawa baby ni" Aisy mengusap perutnya yang memboyot itu.
Dia sedar yang dia sendiri boleh menyebabkan bayinya terancam nyawa disebabkan dia tidak makan dan terlalu stres.Sekarang dia telah memaksa dirinya untuk selalu makan supaya dapat memberi dirinya tenaga sama juga dengan bayi dalam kandungannya.
"Harini kau buat check up kan dik?"
"Haah.Kenapa?"
"Takde aaa.Tanya je.Nanti habis kelas abang hantar kau"
"Okay,thanks"
Tiba di kolej.............
"Bang! Kau perasan tak?!"
"Perasan? Perasan apa?"
"Apa hal ramai laki kat kolej ni pandang aku? Tak selesa lah!"
"Sebab terserlahnya wajah berseri keibuan yang comel lah kot. Alah relaks la.Takde siapa nak try.Kalau ada juga yang nak try, try lah.Berani ke dia langkah mayat aku dulu?!"
"Wuish! Caya lah kau!" Aisy memberi high five pada Irfan.
"Hello guys! Lambat sampai harini guys.Buat apa guys?! Lama ni tunggu guys!"
"Guys,guys! Aku tampar sebelah pipi kau senget dengan gigi² kau sekali karang! Nak?!"
"Dah betul lah! Korang lambat apa hal? Nak berjanggut aku tunggu bhai! Sempat aku masuk jamban tadi pergi berak tunggu korang lah lama sangat!"
"Oi! Tak malu betul kau ni! Tak senonoh! Berak pun cerita kat kitorang! Apa pasal?!" Aisy tergelak mendengar pengakuan jujur oleh Aryan.
"Eh,dah dah dah! Sekarang ni kita nak ke library kan? Jom lah! Kata nak buat assignment sama-sama kan?!"
Aisy mencelah perbualan Aryan dan Irfan.
"Haa,jom²!"
"Ouh,ya! By the way~kau comel lah Aisy! Jalan macam penguin! Aku nak tergelak pun tak jadi sebab comel sangat"
"Woi! Adik aku tu! Agak-agaklah nak try! Hello! Abang dia ada kat sini kot!" Irfan menjeling sekilas.
"Haa,terima kasih lah kerana memuji.Ni aku pula nak tanya kau"
"Haa,apa dia? Tanyalah cik adik oii"
Seram sejuk Aisy dibuatnya.
"Wayar dalam otak kau tu sure lah belum putus? Aku ghisau kadang-kadang kau merepek ni.Takut je dah tercabut.Nanti susah.Baik kau dapatkan rawatan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kan?! Aku pergi dulu.Bye!" Aisy mengambil langkah untuk beredar dari situ.
"Kurang asam!"
"Wayar otak terputus di tengah jalan ke bang?! Sian"
Irfan membahan Aryan.
"Siut!"
Skip ⏮️...............
Aisy terpaksa mencari bahan rujukan terlebih dahulu disebabkan Irfan dan Aryan pergi mengambil komputer di dalam kelas.Sebaliknya,dia dah ambil dari tadi jadi tidak perlulah dia membuat dua tiga kali kerja.
Dalam masa mencari bahan,Aisy tersentak apabila dia melihat kelibat yang dia amat kenali.
Ya! Itu Adrian Mikhail Ar-Rayyan.
Aisy terus mengambil sebuah buku yang agak besar saiznya untuk menutupi mukanya supaya Adrian tidak melihatnya.
Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba.Sudah lama dia tidak melihat wajah ini.Walaupun sebulan berlalu,Aisy tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Adrian.Rutinnya,pergi ke kelas,dan balik kelas. Itu sahaja.
Dia cuba mengintai sedikit sekiranya Adrian sudah berlalu pergi, namun tanggapannya salah.Oleh sebab dia mengintai,Adrian telah melihat wajahnya.
Tiada apa lagi yang boleh disorok.Benda dah jadi.Aisy pun menyimpan semula buku tu dan memandang ke arah lain seolah-olah dia tidak perasan akan kehadiran Adrian di situ.
Dia kembali ke tempat duduknya.Dia sengaja menyibukkan dirinya dengan membuka komputer ribanya.Selepas dihidupkan,dia pura-pura membaca buku yang diambilnya tadi.
Dia perasan Adrian mengambil tempat yang menghadap ke arahnya.Dia jadi sedikit tidak selesa.
Dia mengambil telefonnya pula untuk menghantar mesej kepada Irfan agar segera ke pustaka.
'Eii! Bongok punya abang! Boleh pula dia pergi beli chocolate! Sakitnya hati aku!'
Dia membaca semula buku yang ada di tangannya.
Entahlah bagaimana dia tiba-tiba berasa mengantuk lalu terlelap di situ juga.Nasib sahaja dia mencari tempat yang sedikit berselindung.Jadi,tidak ada lah orang dapat melihatnya tidur.
Adrian yang perasan akan perbuatan Aisy, terus dia menuju ke arah meja yang Aisy tidur.Dia mengambil tempat berhadapan dengan Aisy.Dia menatap muka Aisy.Agak lama,sehingga dia tersedar akan perbuatannya.
'Apa kau ni Adrian?! Bukan ke kau benci dia sangat² ke?! Kenapa pula kau tatap muka dia macam ni?!'
Adrian bangun lalu dia menuju ke mejanya semula.
Dia ingatkan,bila dia duduk jauh dengan Aisy dia akan fokus membuat kerja,tetapi boleh pula dia tenung Aisy yang lena tidur itu.
Selama sebulan dia hanya mengingati Aisy yang jauh dari pangkuannya.Tetapi apabila mengenangkan kembali kejadian yang berlaku di depan matanya membuatkan dia menyanjung egonya tinggi melangit.
'Comel' hanya perkataan itu yang terdetik di hatinya.
'Apa kena dengan kau ni Adrian?! Kau benci dia! Kau tak suka dia! Tapi sekarang! Apa ni? Aku tak faham dengan diri aku sendiri!'
Aisy terjaga apabila dia mendengar bunyi notifikasi tanda mesej masuk dari telefon bimbitnya.
Dia melihat jam seketika.Jantungnya kembali berdegup kencang.
Dia tersedar yang dia baru sahaja terlelap dan itupun telah dilihat oleh Adrian.
'Aduh! Mati aku! Malu laa macam ni! Ihh! Mana dua orang tu?! Lamanya nak sampai sini!' merungut Aisy dalam hati.
Aisy menutupi mukanya dengan buku itu supaya matanya tidak perlu bertembung dengan Adrian.
Adrian yang melihat tersenyum dia seketika.Dia bangun dari duduknya,baru sahaja ingin ke arah Aisy namun dia ke haluan lain sebaik melihat kelibat Irfan dan Aryan.
"Weh! Korang pergi mana haa? Lama tahu tak menunggu! Aku sampai dah tertidur kat sini pula tau tunggu korang!"
"Lahh! Sorry lah.Kau kena marahkan si Irfan ni.Sibuk je nak beli coklat la,air la apa lah itu lah! Aku juga jadi mangsa kena menunggu dia nih!"
"Ye lah².Semua salah aku! Dah aa.Sambung buat assignment laa!"
Aisy menghulurkan tangan ke arah Irfan.
Irfan menepuk tangannya dengan tangan Aisy.
"Ihh! Pehal pergi tepuk tangan pula?! Orang minta coklat laa!"
"Lahh! Tak bagitahu awal-awal.Haa,nak perisa apa?!"
"Biasalah.Gula-gula yang ada banyak flavour masam tu"
Dalam marah-marah,menyempat dia meminta coklat dari abangnya.
"Weh! Tak sakit ke gigi kau tahan masam coklat tu?"
Seriau pula Aryan.
"Apa yang masam?Okay je.Takdelah masam mana"
Lalu mereka bertiga sambung melakukan tugasannya yang tergendala itu...
Skip ⏮️.................
"Erm,Riyan.Kau balik naik apa nih? Nak tumpang aku? Kalau nak tumpang ~boleh sangat tapi aku kena hantar Aisy pergi check up dulu lah"
"Eh,takpe aa.Aku datang bawa superbike aku dah"
"Haa, suka hati aa.Aku ngan Aisy cau dulu"
"Haa,ye lah!"
Di parkir kereta.........
Aisy dan Irfan telah serempak dengan Adrian dan Erin.
Aisy hanya melihat ke arah lain seolah-olah dia tidak perasan akan kehadiran pasangan sejoli terhangat itu.
"Jom lah, cepat sikit.Panas lah kat sini"
"Alolololo siannya.Baby kat dalam panas ye?! Wait ya, kita dah nak sampai kat kereta papa ni!" Sengaja Irfan meninggikan suara supaya Adrian dan Erin turut mendengar perbualannya dengan Aisy.
"Biy! Kita pergi mall lepastu i nak ajak you tengok wayang tau!"
Erin berasa sangat marah apabila Adrian tidak menjawabnya sebaliknya hanya fokus melihat Aisy yang berjalan sambil bergelak tawa dengan Irfan.
"Biy! I cakap dengan you lah sekarang ni! Tak dengar ke?"
"Haa? Yes! I dengar.Tak perlu tengking lah!" Marah Adrian pula.
Erin bertindak memeluk lengan Adrian dengan erat sebaik sahaja dia dan Adrian berselisih dengan Aisy dan Irfan.
Aisy hanya melihat tanpa sebarang reaksi terus tepat ke mata Adrian.
Adrian hanya membiarkan sahaja kerana sekarang dia tengah sakit hati,sakit mata dan semua lah sakit disebabkan kemesraan Aisy dan Irfan di depan matanya sendiri.
'Kurang ajar punya pompuan! Laki dah ada sibuk duk menggatal dengan lelaki lain! Depan mata laki dia sendiri ni! Patutlah tak sabar-sabar sangat nak keluar dari rumah aku kan?!' kutuk Adrian dalam hati.
Skip ⏮️...............
"Haa,dik! So how check up? Baby sihat?"
"Alhamdulillah.Sihat je along.Cuma doktor pesan suruh makan banyak lagi sebab berat adik turun bila timbang tadi"
"Haa,itulah.Mummy dah pesan suruh makan banyak-banyak,Aelise nak juga makan sikit kan"
"Lain kali Aeliese tak buat lagi dah.Lepasni Aelise akan makan banyak-banyak.Amacam?!"
"Haa,macam tu lah anak mummy" T. Aida mengusap kepala Aisy lembut.
Mereka pun sambung makan malam.
"Dik.Esok kan cuti.Kau nak ikut tak abang dengan along pergi jogging?!"
"Hmm,na......"
"Tak boleh.Apa lah abang ni? Aelise ni pregnant.Buatnyadia jogging lepastu terberanak kat situ juga.Haa,macam mana? Nak jadi mak bidan?! Aelise tak payah ikut ya. Duduk rumah je,rest"
"Alaa, mummy.Tapi Aelise nak ikut lah.Bosan lah kalau asyik duk kat rumah.Lagipun dah lama Aelise tak exercise pagi-pagi sejak Aelise pregnant.Boleh err mummy? Please!" Aisy membuat muka simpati supaya T. Aida membenarkan dia ikut serta Irfan dan Hafiz.
"Awak nih! Biar lah Aelise ikut.Betul lah tu cakap Aeliese.Kalau asyik duduk rumah,bosan juga.Bukan awak juga ke kata yang bakal ibu-ibu ni kena lah exercise selalu supaya nanti urusan nak bersalin dipermudahkan"
"Ihh! Ye la².Aelise boleh ikut.Nasib esok mummy kena pergi butik je tau.Kalau tak mummy ikut serta dengan korang juga"
"Aii! Tengku Aida nak join exercise? Biar betul?"
"Eii,abang nih! Saya siku awak nanti! Biar sampai tak boleh pergi office esok pagi.Nak?!"
T. Ahmad hanya tersengih seperti kerang busuk.
Sebaliknya,Aisy,Irfan dan Hafiz hanya menahan diri daripada ketawa.
'Syukur,ya Allah. Masih ada insan yang ikhlas menyayangi aku dan abang-abang macam anak kandung diorang sendiri'
Skip ⏮️..............
"Dik! Cepatlah.Nak ikut ke tak nak nih?!"
"Nak.Tapi rasa tak sedap hati lah"
"Ihh! Takde pape laa.Baik kau bersiap cepat sebelum mummy turun.Nanti dia dengar kau cakap macam ni,dia tak izinkan pergi baru kau tahu!"
"Ihh ye laa ye laa.Tunggu lah kejap.Nak isi air jap"
Hafiz dan Irfan pun masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.
Di taman...........
Aisy hanya duduk di bangku yang berhadapan dengan tasik.Sekali-sekala dia melihat abang-abangnya yang berjoging melintasi di hadapannya.
"Bertuah punya umi kan,baby? Orang ajak pergi nak suruh exercise.Ini dari tadi umi duduk aja.Ish ish ish. Pemalas betul umi,kan sayang?!" Aisy berinteraksi dengan bayi dalam kandungannya.Sesekali dia menggosok perutnya itu.
Tinggal sebulan sahaja lagi untuk dia tunggu perutnya akan meletup.Tak lama dah.Dalam masa sebulan, macam-macam boleh jadi.Disebabkan itu,dia telah membuat persediaan awal sekali sebelum menunggu kelahiran bayinya itu.
Aisy memakan roti yang dibelinya tadi sebelum mereka ke taman.
Setelah habis dimakan,Aisy tidak sempat meletakkannya ke dalam plastik sampah.Oleh disebabkan angin,plastik roti itu telah jatuh ke tanah.
Dalam pada Aisy ingin mengambil,ada seorang hamba Allah yang telah membantunya terlebih dahulu.
Tangannya dan tangan seseorang itu telah memegang plastik.Setelah melihat siapakah gerangan,Aisy menarik kasar plastik itu.
'Patutlah hati aku tak berasa nak sedap aja tadi. Rupanya sebab jumpa dia nih!'
"Terima kasih" Hanya perkataan itu yang terbit dari mulut Aisy.
Dia membuang plastik itu ke dalam tong sampah.
"Kau buat apa kat sini? Saja stalk aku?"
"Eh wah! Boleh tahan juga awak perasan ya?! Saya tengok kat sini takde pun"
"Takde apa?!"
"Nama awak lah yang tertulis.Manalah tahu taman ni kepunyaan awak ke,daddy awak ke,boleh lah juga awak nak mengata saya macam-macam kan?!"
Jeda seketika.
"Kau datang dengan siapa ke sini? Dengan jantan tak guna tu ke?"
"Siapa jantan tak guna yang awak maksudkan tu? Setahu saya dia lah yang paling berguna kalau nak dibandingkan dengan awak ni.Harap muka je macho, tapi langsung tak berperikemanusiaan"
"Amboi amboi amboi! Sedap ye kau mengata aku kan? Aku tengok sekarang kau berani erh melawan kata-kata aku?!"
"Ye lah.Siapa yang ajar kalau bukan awak sendiri kan?!"
Jeda seketika.
"Eh dahlah! Kalau awak takde apa nak cakap,baik awak pergi sekarang.Saya tak nak diganggu oleh sesiapa pun.Lebih-lebih lagi orang tu adalah awak"
"Kenapa pula aku kena pergi? Nama kau pun takde kat sini.Jadi tak salah pun aku nak ke mana-mana saja"
"Ye lah! Awak menang! Kalau awak tak boleh pergi,biar saya sahaja yang pergi.Puas?!"
"Haa, pergilah!"
Aisy sempat menjeling sekilas dan berjalan pergi dari situ tetapi dia berhenti sebaik melihat Hafiz dan Irfan telah berada di hadapannya.
'Nasiblah diorang datang sini.Boleh la aku jauh sikit dengan mamat nih!'
"Dik! Si Adrian ke tu?" Tanya Hafiz
"Haah"
"Dia nak apa lagi dari kau?" Irfan pula bertanya.
"Entah.Dia lalu² je terus tegur.Dia cakap aku datang sini sebab stalk dia"
"Boleh tahan perasan juga si jantan bodoh tu ye?!"
"Aii! Mulut tu elok sikit bahasa.Anak saudara kau ada dalam ni.Kau nak ke dia keluar nanti,bila dah besar sikit, dah pandai mencarut?!" Bebel Hafiz pula.
"Ye la.Sorry!"
"Jomlah pergi makan.Laparlah!" Ajak Aisy.
"Amboi! Kitorang yang jogging~adik pula yang lapar"
"Alaa,jomlah! Baby nak makan nasi lemak sambal kerang lah.Boleh tak along carikan?!"
"Haa yelah.Nak berapa bungkus?"
"Tiga kuasa dua" Aisy berkata dengan suara selembut lembutnya.
Terbuntang luas mata Hafiz.
"Uih! Pehal kau tak biar cukup sampai 10 terus?!"
Irfan galak ketawa.
"Along tengok abang tu! Saja lah tu nak cakap orang kuat makan kan?!"
"Betullah apa Irfan cakap tu.Tiga kuasa dua berapa? 9 kan? Kenapa tak cukup kan 10 terus?!"
"Ihh! Korang saja an nak memerli secara halus?!"
Aisy menjegil matanya ke arah kedua-dua abangnya itu.
"Dik.9 bungkus tu banyak.Along takut adik tu baru makan sebungkus dah semput nak habiskan bungkusan kedua.Macam mana? Nanti membazir pula................. Macam ni,along belikan dua bungkus dulu.Nanti kalau tak cukup juga,kita pergi beli lagi sekali.Deal?!"
"Okaylah" Aisy hanya mampu pasrah apabila Hafiz berkata begitu.
Adrian yang dari tadi curi-curi dengar perbualan mereka tersenyum kecil mendengar rengekan Aisy.
Dia juga mula berfikir panjang.Dia hairan.
Mengapa Aisy selalu sahaja memanggil Irfan dengan panggilan 'abang'?! Setahu dia yang Irfan hanyalah bergurau yang dia jadikan Aisy sebagai adik angkatnya.
Tetapi,mengapa Adrian dapat rasakan hubungan Aisy dan Irfan lebih daripada seorang kawan mahupun sebagai adik dan abang angkat?!
Dia pun bergegas beredar dari situ apabila dia melihat Aisy dan yang lain telah menghampiri dengan pokok yang dia berselindung itu.
Skip ⏮️...............
"Apa hal kau nak jumpa aku kat sini?!"
Tanya Aryan dengan nada yang dingin.
"Berani kau kan cakap dengan aku acuh tak acuh? Apa yang kau nak bela sangat si Aisy dan Irfan tu?!"
"Look! Aku tak nak bergaduh ngan kau.Aku datang ni sebab kau yang suruh.Kalau aku tak fikirkan tentang persahabatan kita,aku dah tak jejak lah kaki aku ke sini" Aryan berkata dengan nada selamba.
"Apa yang baik sangat dua ekor tu sampai kau sanggup saja kalau kita berdua dah tak berkawan haa? Dulu, bukan main lagi kau benci pada Aisy tu kan? Sampai aku hampir nak rapat dengan Aisy~bukan main lagi kau cemuh dia, bercakap buruk belakang dia.Semua tu apa?"
"Aku tahu.Aku dah salah sebab dah cemuh dia.Aku manusia.Kau pun manusia.Semua manusia tak pernah lari daripada tak pernah buat kesilapan.Dan aku dah minta maaf pada Aisy atas apa semua yang aku dah kata belakang dia dan dia dah maafkan aku dan sekarang ni! Kitorang dah berbaik.Kenapa? Kau pelik? Aku,Irfan dan Aisy dah lama berkawan.So,tak ada sebab kot untuk kau rasa pelik why aku berbaik semula dengan dia"
"Yang kau ni pula.Bila nak insaf? Bila nak taubat? Aku nak tanya kau lah sikit.Kau ni tak pernah buat salah ke? Tak pernah buat dosa? Sempurna sangat ke kau? Agung sangat ke ego kau sampai kau boleh buat macam tu pada Aisy?! Ya! Aku tahu.Dulu pun aku sibuk duk cari semua kesalahan Aisy sampai aku lupa yang diri aku ni pun banyak kesalahan juga" sambung Aryan lagi.
"Eh kau cakap senanglah! Kau tak pernah lagi hidup dengan dia.Kau tak tahu apa yang aku rasa dan kau tak tahu apa yang dia dah buat belakang aku lah!"
"Memang.Aku sememangnya tak hidup dengan dia. Tapi kau lupa.Kau lupa yang kau pun apa kurangnya?
Kau nak cakap dia curang tapi macam mana pula dengan kau? Siapa pula Erin dalam hidup kau? Apa kena-mengena pula dia dengan kau? Eh Ad! Kau yang bawa Erin masuk campur dalam hal urusan rumahtangga kau dengan Aisy.Ikutkan,Aisy pun boleh buatlah macam kau buat pada dia kan? Kau reti pula sakit hati,nak marah bila dia rapat dengan Irfan.Tapi kau tak fikir ke yang dia juga sakit hati bila kau asyik bersama dengan Erin? Aisy tu takde perasaan ke bila kau buat dia macam tu? Kau ingat dia robot? Kau saja boleh kawal,boleh arahkan.Macamtu?"
"Selagi aku tak tahu apa hubungan Aisy dengan Irfan, selagi tu aku takkan pernah jemu untuk maki dia tuh!"
Aryan menayangkan wajah dengan senyuman sinis pada Adrian.
"Kau nak tahu sangat ke apa hubungan diorang?"
Adrian hanya diam.
"Kalau kau nak tahu sangat,biar aku je bagitahu.............
Aisy dan Irfan adalah adik-beradik kembar tak seiras yang terpisah"
"Kenapa? Kau terkejut?!"
Jelas riak muka Adrian sangatlah terkejut.
"Kalau kau nak tahu,Aisy sengaja buat-buat rapat dengan Irfan supaya dia dapat uji setahap mana kau akan rasa cemburu bila mereka bersama.Dia buat semua tu sebab dia nsk tengok kau ada perasaan pada dia atau tak! Kau cintakan dia ke tak.Eh kau untung tahu tak?! Selama dia hidup dengan kau~tak pernah sekali pun dalam sehari dia tak sebut nama kau.Hari-hari dia risau pasal kau.Hari-hari dia akan tanya aku atau Irfan macam mana keadaan kau sewaktu belajar. Kau ok ke? Kau sakit ke? Kau tak datang kolej ke?! Semua dia tanya.Sampai aku dan Irfan dah muak nak jawab semua pertanyaan dia yang ulang berkali-kali tu"
Jeda seketika.
"Aku tak faham.Kenapa kau ni boleh bersifat kejam sangat dengan dia.Dia ikhlas sayangkan kau.Cintakan kau.Tapi apa kau buat? Kau khianati cinta dia! Kau layan dia macam sampah.Kau tahu tak~ hari kau berbaik dengan dia walaupun sekejap sahaja,dia ceritakan pada Irfan,abang kandung dia yang dia happy bila kau layan dia baik-baik.Tapi kau! Takde apa pun yang kau kesah tentang dia kan? Hebatnya kau kan sebagai seorang lelaki yang sanggup permainkan perasaan perempuan yang sayangkan kau separuh mati"
"Dahlah.Pandai-pandailah kau fikir yang selebihnya. Aku rasa aku takde hak nak ceritakan semua.Kalau kau terdesak sangat nak tahu,then jumpa sendiri abang Aisy.
Kau tanya dia sendiri"
"Habistu macam mana pula dengan dia yang dah tidur dengan jantan tah mana-mana dekat hotel,sambil berpeluk bagai! Aku sendiri jadi bukti yang dia buat semua tu! Kalau bukan sebab Erin yang tunjuk,aku akan bodoh percaya saja dia bulat-bulat lah!"
Masih mahu tidak mahu mengalah dalam perdebatan.
"Terpulang pada kau,Ad! Kalau kau rasa Aisy curang dengan kau.Aku dah bagi penjelasan yang sangat mudah untuk kau faham.Kau sengaja tambahkan ego dalam diri kau tu.Fikirlah sikit! Aisy tu ada otak.Ilmu agama dia pun tinggi.Takkanlah benda terkutuk tu yang dia buat belakang kau.Dia tengah mengandungkan anak kau.Kau hanya percaya dengan mata kau.Macam mana pula kata hati kau?! Kau percaya dia buat semua ni? Takpelah Ad.Aku tak minta pun kau termakan dengan kata-kata aku ni.Jangan sampai dia dah takde nanti,baru kau menyesal.Baru kau terhegeh-hegeh nak minta maaf pada dia.Dan aku pasti pada waktu tu,dia akan tutup hati dia serapat yang mungkin dan waktu tu juga hati dia dah mati.Mati dengan perasaan cinta terhadap kau,Adrian Mikhail"
Aryan berlalu pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang sekali pun.Dia cukup bengang dengan sahabatnya yang seorang tu.
Hatinya mulai rasa bersalah kerana telah menceritakan kepada Adrian bahawa Aisy dan Irfan adalah adik-beradik kembar.Dia tidak sepatutnya buka cerita tu, sebaliknya dia perlukan kebenaran untuk ceritakan hal itu terlebih dahulu.
Skip ⏮️.............
Seusai siap solat isya',Adrian terus merebahkan badannya ke atas katil.Fikirannya mula menerawang jauh mengingati kata-kata Aryan petang tadi.
Perasaannya bercampur baur sekarang.Kepalanya tengah kusut sekarang.Erin yang mengajaknya keluar pun dia tak layan.
'Ya Allah.Kalau betul lah isteriku tidak berperangai begitu,maka Kau ampunilah dosa ku.Ampunilah dosa hamba-Mu ini yang telah hukum isterinya sendiri dengan kejam,ya Allah.Mana perginya sifat perikemanusiaan dalam diri aku ni?! Aku jahil! Sanggup nya aku menuduh isteri aku sendiri dengan macam-macam hal.Lembutkanlah hatinya Ya Allah, supaya dia dapat ampunkan juga kesalahan ku terhadapnya'
Mengalir air mata jantannya tatkala mengingati semua perbuatan kejamnya terhadap Aisy.Dia sedar semestinya kesalahannnya tidak dapat dimaafkan begitu sahaja.Dia tahu hati Aisy benar-benar terluka dengan perbuatannya.Sekarang,dia hanya memikirkan cara untuk mendapatkan kembali kemaafan dari Aisy sebelum dia terlambat.
Banyak sudah peluang yang Aisy berikan padanya, namun dia telah membuatkan peluang itu hanyalah menjadi sia-sia sahaja.
Share this novel