BAB 15

Romance Completed 6961

Hari ini Aisy sudah dibenarkan pulang.Dia menempah teksi untuk balik ke rumah Adrian.Dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

Sampainya di rumah,dia berasa lega sedikit kerana kereta Adrian tiada.Jadi takdelah dia perlu berperang mulut.Dia masih perlu rehatkan diri tapi dia sedar sepanjang dia berada di hospital,dia tidak pedulikan makan minum pakai Adrian.Langsung dia tidak tanya apa yang Adrian makan atau sudahkah Adrian makan.

Dia pun terus ke dapur untuk melihat bahan yang boleh dia gunakan untuk memasak.

Dia menanak nasi dahulu sebelum membuat lauk pauk.

Setelah kerja memasaknya telah selesai,Aisy masuk ke biliknya untuk membersihkan dirinya dan berehat.

Skip ⏮️.................

Hampir pukul 10 malam jarum jam ditunjukkan tetapi Adrian masih belum pulang.

Makanan yang Aisy masak tadi langsung tak bersentuh kerana dia juga tidak makan.

Baru sahaja Aisy memutuskan untuk masuk ke biliknya, kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumah bermakna Adrian sudah pulang.Aisy pun duduk semula di atas sofa ruang tamu itu.

"Awak dah balik? Awak nak makan? Saya boleh panaskan balik lauk tu"

"Tak payah tunjuk baik dengan aku lah!" Kata Adrian dengan muka dinginnya.

"Saya tanya je.Bukannya ambil berat tentang awak"
Bohong Aisy.Biarpun dalam hati dari tadi dia rasa bersalah terhadap Adrian tentang apa yang dah berlaku di hospital tempoh hari.

Adrian malas untuk bertekak.Jadi dia terus menuju ke tingkat atas.

Aisy terus ke dapur untuk memasukkan lauk yang dimasak ke dalam peti sejuk.Hendak dibuang seperti membazir sahaja.

Kebetulan esok hari pertama masuk bulan Ramadhan.
Bolehlah dia makan lauk itu pada sahur nanti.

Skip ⏮️.............

Aisy terjaga setelah bunyi deringan telefon yang dia tetapkan pada pukul 4.50 pagi.Dia terus ke dapur untuk panaskan lauk pauk dan nasi untuk bersahur.

Setelah yakin semua makanan sudah siap dihidangkan,Aisy naik ke tingkat atas untuk mengejutkan Adrian.

Dia cuba memulas tombol pintu dan ternyata pintu itu tidak pun terkunci.Jadi dia terus masuk ke dalam.

"Awak, bangun.Kita bersahur dulu" Lembut sahaja nadanya.

Adrian tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah terjaga dari lena.

"Adrian,bangunlah sahur! Esok puasa nanti awak tak larat pula.Awak kan ada gangstrik.Nanti tak makan tak sampai maghrib awak dah berbuka"

Adrian masih belum bangun.

"Awak....."

"Eh diam lah! Memekak je lah kau nih! Nak je aku tampar muka kau! Kalau kau nak sahur sangat,sahur jelah sorang-sorang! Apa kau peduli kalau aku sakit ke apa?"

"Awak,bahayalah tak makan.Awak ada gangstrik.Perut awak tak boleh tahan lapar dalam masa yang lama"

"Eih semaklah pompuan nih!" Adrian bangun dari perbaringan lalu masuk ke dalam tandas.

Aisy hanya menunduk menekur lantai.Kadang melihat Adrian menikmati makanan itu.Tidak dia lupa yang Adrian akan menyuruhnya makan selepas sahaja dia selesai mengemas semua.

Jam menunjukkan pukul 5.50 pagi.Adrian baru sahaja selesai makan.Aisy dapat rasakan jika dia mengemas terlebih dahulu,dia pasti akan terlepas waktu sahur kerana sekarang hampir masuk waktu imsak.

"Awak,saya makan dulu boleh? Nanti saya kemas.
Sekarang dah waktu imsak.Tak sempat kalau kemas dulu"

"Takde! Aku nak kau kemas sekarang juga.Kau tu orang gaji! Orang gaji perlu ikut arahan majikan"

Aisy pun hanya pasrah.Dia menurut sahaja arahan Adrian.

Sebelum Aisy memulakan mengemas,dia sempat minum air kosong suam sahaja segelas.

Selepas itu dia cepat-cepat mengemas supaya ada lebihan masa.Dapatlah juga dia makan walau sedikit.

Setelah selesai mengemas,tepat masa dia mahu minum sekali lagi,azan subuh sudahpun berkumandang.
Adrian yang melihat dari ruang tamu hanya tersenyum sinis.Puas hatinya apabila dia dapat melihat Aisy tidak sempat bersahur.

"Itulah padahnya kalau kau ganggu aku tidur! Kalau kau buat lagi,bukan setakat hari esok,setiap hari aku akan buat macam ni!" Ditunjal dahi Aisy sekali sebelum dia naik ke tingkat atas.

Perbuatan Adrian membuatkan Aisy berasa sangat sedih.Tanpa dia sedar air matanya mula mengalir. Sehingga tersedu-sedan sehingga telah kedengaran di telinga Adrian.

"Kau ni dah kenapa! Tak bersahur je pun menangis bagai! Dasar manja!"

Adrian terus ke tingkat atas tanpa menoleh ke belakang.

Aisy dengan air mata yang tidak berhenti mengalir mengusap perutnya perlahan-lahan.

' I'm sorry '

Skip ⏮️.....................

"Dik kau kenapa ni haa? Pucat je muka.Cuba cakap. Lepas hari tu dia ada pukul kau ke? Dia ada marah kau ke?!" Tanya Irfan dengan muka penuh kebimbangan tentang adiknya.

"Marah tu ada.Biasalah.Pukul macamtu takde lah pula"
Aisy tersenyum kelat.

"Tadi bersahur makan apa dik?" Hafiz pula mencelah.

"Adik tak makan.Rasa tak berselera.Sempat minum air kosong suam je" Bohong Aisy.Walaupun Adrian yang menyebabkan dia tidak makan,dia tetap tidak cuba untuk aibkan Adrian kerana atas dasar seorang suami.
Jahat walau macam mana sekalipun,Aisy tidak mahu menjadi isteri yang derhaka.

"Adik! Kenapa tak makan? Kesian baby kat dalam tu. Kan along dah bagitahu adik kalau adik betul-betul tak berselera at least fikirkan pasal baby kat dalam tu.Ada nyawa yang perlukan tenaga juga.Kalau jadi apa-apa pada baby macam mana?"

"Along janganlah cakap macamtu.Adik bukan sengaja tak nak makan.Adik tak nak lepas makan adik muntahkan balik.Sama je.Baik tak payah makan kalau macamtu"

Hafiz hanya menggelengkan kepalanya dengan perangai Aisy.

Kadang-kadang,memang dia akui bahawa adiknya seorang yang keras kepala.

"Haa, Aeliese! Harini berbuka di rumah mummy lah. Aeliese cakap je Aelise nak makan apa.Biar mummy masakkan" Pelawa T. Aida.

"Eh,harini tak boleh lah mummy.Adrian cakap daddy dengan mummy dia ada call suruh berbuka di rumah sana.Takpe,lain kali Aeliese berbuka kat sini pula,erk!"

"Ouh~ berbuka kat sana.Haa,takpe! Lain kali kalau nak berbuka di sini Aeliese bagitahu.Boleh kita pergi mall sama-sama beli barang dapur pastu kita masak sama-sama"

"Boleh mummy" kata Aisy dengan sedikit teruja.

"Ye lah! Mummy nak naik atas kejap"

"Okay!"

Sebelum melangkah ke tingkat atas,T. Aida curi-curi pandang belakang dan melihat kemesraan adik-beradik yang sudah lama berpisah itu.

'Dah besar anak-anak awak Aliya.Semua dah matang.
Pandai awak didik Aeliese dengan Hafiz.Walaupun Irfan dan adik-beradik dia baru bertemu,saya tengok mereka tak janggal pun! Untung awak dapat anak yang berbudi bahasa dan hormat orang tua.Semoga syurga tempat awak berehat sekarang'

Skip ⏮️............

"Kau ni kalau tak sakitkan hati aku sehari tak boleh, kan?! Aku atau kau orang gaji sekarang ni? Kenapa aku yang perlu tunggu kau pula?!"

"Maaf.Saya pergi singgah bazaar Ramadhan sekejap, beli kuih nak bawa pergi rumah sana"

"Maaf,maaf,maaf! Itu saja kau tahu! Dah tahu salah, buat lagi!"

Aisy menunduk menekur lantai.

Mereka pun bergerak ke rumah Tengku Adnan...........

Setelah berbuka...........

"Aisy! Kamu ok ke tak nih? Mak Mah tengok kamu pegang perut kamu je dari tadi.Sakit perut ke?'

"Haah.Sakit sikit.Ni sebab lambat makan lah ni.Sebab tadi Aisy tak sempat sahur"

"Lahh! Ye ke? Habis Adrian pun tak terkejut sahur jugak ke?"

"Adrian bangun je sahur.Masatu Aisy masuk bilik air.
Time tu jugalah dia nak sakit perut.Sedar sedar je dah imsak.Aisy sempat minum air kosong suam je"

"Aloo,kesiannya.Lain kali bangun awal lagi.Haa,bangun awal sempatlah bersahur"

Aisy hanya mengangguk.

"Kau ingat erh tempat kau kat mana! Aku tak nak kau duduk langsung di sofa atau atas katil.Pompuan macam kau sepatutnya duduk atas tanah je! Tapi disebabkan hati aku masih lagi baik,aku benarkan kau duduk atas lantai saja.Pandai-pandai kau lah nak cari alas untuk kau tidur malam ni.Aku tak akan bagi kau guna pun cadar yang ada kat rumah aku ni!"

"Tempat saya memang sesuai duduk atas tanah pun sebab manusia memang asal dari tanah dan bila ajal menjemput pun tempat kita masih atas tanah.Tak pernah pula saya dengar ada orang lahir berasal dari emas ke,perak ke,gangsa" Perli Aisy.

Bunyinya meraban apa yang dikatakannya tetapi Aisy mahu menjentik hati Adrian itu agar sentap dengan perlian darinya.

Aisy terus masuk ke tandas untuk mencuci muka sebelum tidur.

Setelah selesai,dia mengambil kain selimut yang dibawa dari rumah Adrian dan satu bantal kecil kesukaannya untuk mengalas dia tidur.Dia merebahkan badannya perlahan-lahan lalu mengambil selimut menyelimuti seluruh badannya kecuali di bahagian kepalanya.

Atas lantai pun,lantai lah.Asalkan dia ada masa nak berehat.

Skip ⏮️...................

"Hello.......yes sayang?!..........hmm~harini ke? Erm~ bolehlah.Nanti i text you kalau i dah sampai rumah you....ok! Love you sayang.....mmuah!"
Aisy yang mengurut kaki Adrian hanya sekadar mendengar tanpa sebarang reaksi pada muka.Kalau ikutkan memang dia sakit hati tapi dia tidak mahu Adrian melihat sisi lemahnya itu.

"Dah! Berhenti!" Adrian menolak tangan Aisy kasar dengan menggunakan kakinya.

"Harini kau tak payah masak banyak! Aku pergi berbuka puasa dengan bakal isteri aku!" Bakal isteri ditekankan.

"Kalau macamtu saya pun nak keluar.Pergi rumah bakal suami saya" kata Aisy dengan nada perlahan.

"Apa kau cakap?"

"Saya nak pergi berbuka rumah keluarga Irfan.Semalam dia ada ajak saya datang rumah berbuka di sana tapi semalam kan kita berbuka dekat rumah Mummy and daddy awak"

"Tak boleh.Kau takkan ke mana-mana harini.Aku tak izinkan kau keluar!"

"Habistu saya bawa diorang datang sini aje lah"

"Kau ingat aku bodoh? Nanti senang lah kau kan! Mengata pasal aku pada aunty dengan uncle!"

"Niat saya nak ajak diorang berbuka sekali je pun.Bukan untuk jadikan awak sebagai bahan umpatan. Awak juga yang tak izinkan saya keluar"

"Kalau aku cakap tak boleh tu,tak boleh lah! Apa yang bengap sangat kepala otak kau ni? Nak sangat ke jadi biul?!" Dahi mulus milik Aisy ditunjal kuat sehingga kepala Aisy sedikit terdorong ke belakang.

Adrian bangun lalu menuju ke tingkat atas.

Skip ⏮️................

Pada waktu maghrib itu,seperti diarahkan oleh Adrian,Aisy hanya berbuka seorang diri.

Dia hanya makan nasi dan lauk-pauk yang biasa sahaja kerana dia berasa sangat letih pada hari ini.

"Sorry,baby.Hanya mampu goreng ikan dengan lauk sayur kangkung je untuk kita berbuka harini.Rasa tak larat pula.Takpe, nanti sahur kita makan sedap sikit,ya!" Aisy menggosok perutnya kerana berasa ada pergerakan di dalam.

Di restoran pula..........

Tiada mood untuk Adrian makan.Kalau dia tahu dari awal yang Erin tidak jadi untuk berbuka dengan dia,tadi dia dah patah balik rumah dan berbuka di rumah sahaja.
Benda dah jadi.Dia pun dah sampai di restoran tu.

Awal rancangannya,memang Adrian yang akan ambil Erin tetapi Erin berdegil nak pergi sendiri.Itu sebab dia sampai dulu.

Adrian dengan cepat menghabiskan makanan supaya dia boleh sampai ke rumah dengan kadar segera.

Dalam pada Aisy mengelap meja,dia tersentak apabila terdengar pintu utama seperti diketuk.

"Sekejap!" Laju sahaja Aisy mendapatkan pintu utama.

Buka sahaja pintu,Aisy sudahpun melihat muka bengis milik Adrian.Tahu sahaja dia tak perlu menegur atau dia sendiri akan jadi mangsa Adrian.

Selepas menghantar pemergian Adrian melalui ekoran mata,Aisy menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.

Skip ⏮️..............

Beberapa hari kemudian................

"Biy! Kenapa muka you monyok gila ni? Ada problem ke? Share lah! I akan jadi wife you nanti"

"Takde apa.I just serabut kepala.Dengan hal Aisy lagi.."
Kata-kata Adrian membuatkan Erin membuak-buak ingin tahu.

"Wait.Why? What's wrong? Pompuan tu curang belakang you lagi ke?!"

"I guess,yes.Sebab haritu dia kena masuk hospital then malam tu i nak melawat dia and then i nampak Irfan pegang lengan dia waktu dia tidur.Langsung tak rasa bersalah diorang tuh!"

"Kurang ajarnya,diorang nih! Habistu kenapa dia masuk hospital?!"

"I jumpa dia kena tolak dengan sorang pompuan tah siapa tah dekat bus stop.Lepastu dia jatuh"

"Habistu takkanlah sebab jatuh je dia sampai duduk hospital,kena tahan wad?"

"Dia jatuh.Doktor suruh stay sebab nak tengok keadaan kat dalam rahim" Adrian sudah terlanjur kata.

"Biy! Is this your work?" Wajah Erin sudah mula kedinginan.

Selepas Adrian tersedar dengan kata-katanya,dia hanya kaku disitu.

"Jawab,biy! I want to know the truth! Is she pregnant?!"

Pertanyaan Erin membuatkan jantung Adrian berdegup laju.Sukar untuk dirinya ungkapkan kebenaran itu.

"Cakap biy!" Kata Erin dengan suara yang tegas.

Adrian hanya diam.Dia tidak tahu bagaimana dia boleh katakan pada Erin.

"Biy! Bawa i jumpa pompuan tu.Biar i tanya dia sendiri.
I tanya you pun,macam takde function!"

"No.Tak payah jumpa dia.Kita discuss je elok-elok"

"No! Benda macam ni tak boleh discuss elok-elok. Biy you know kan after a few weeks you kahwin dengan dia,apa janji you pada i? You promise yang you akan benci dia sampai both of you bercerai! And you takkan sekali pun jatuh cinta pada dia and apatah lagi akan mengandungkan dia! Now,i tak kira! Better you bawa i jumpa dia sekarang! Jangan sampai i yang pergi sendiri and i takkan teragak-agak putuskan hubungan kita ni!"

"Ok,fine! I bawa you jumpa dia sekarang "

Mereka bergegas ke rumah Adrian untuk mencari Aisy.

Skip ⏮️..............

Pintu utama dari luar diketuk dengan kuat oleh Erin sehingga Aisy yang sedang menyuci pinggan mangkuk terus fokus terhadap bunyi ketukan itu.

"Sekejap!" Sahut Aisy walaupun orang diluar tidak akan dengar pun suara dia.

Buka sahaja pintu utama itu,Aisy terus ditampar kuat oleh Erin.Tamparan itu agak kuat sehingga di tepi bibir Aisy berdarah.

"Apa masalah kau ni,Erin?!" Terus naik suara Aisy seoktaf.Tiba-tiba sahaja dia ditampar sebegitu tanpa tahu apa penyebabnya.Puasa tak puasa.Baran juga dia!

"Kau tanya apa masalah aku? Hey,pompuan! Kau yang goda Adrian kan sampai dia pregnant kan kau?!"

"Aku goda dia? Lambat lagi lah! Kalau ya pun,aku goda dia,aku ada hak! Aku isteri dia.Apa hak kau datang rumah orang tanpa bagi salam lepastu tampar orang sesuka hati?"

"Kau ni kurang ajar lah! Kalau kau tak goda,takdenya sampai kau macam ni sekarang, bodoh!"

"Anak yang aku kandung pun dia tak mengaku lah ini zuriat dia! Yang kau gelabah apesal?!.......Kenapa awak Adrian tak bagitahu dia nih? Bukan awak cakap anak yang saya kandung ni bukan anak awak ke? Kenapa buat dia nih salah faham?!" Aisy mencerlung tajam ke arah Adrian.

Adrian yang melihat sedikit terkejut apabila Aisy berani berkata demikian.Jujur selama ni jika Aisy tinggikan suara pun,masih dia rasa Aisy berlembut dengannya. Tapi apabila melibatkan hal Erin,sifat Aisy menjadi berani ingin mati.

"Ihh! Kau dua orang ni saja kan nak sakitkan hati aku?! Okay! Aku akan pastikan hidup kau selamanya dipenuhi dengan derita! Takde apa hari pun yang akan buat kau bahagia,Aisy!............Dan you,Adrian! I will stop our relationship! I dah tak nak ada kena mengena pun dengan you lagi! I takkan teruskan hubungan dengan orang yang suka betray about their promise!"

Erin keluar dari rumah itu.Adrian yang melihat Erin mula jauh dari mata terus mengejar Erin.

"Erin,wait! Erin!"

"Let me go,Adrian! You tak sayangkan i!"

"I sayangkan you! Kalau i tak sayang,kenapa hubungan kita masih sama macam first kita couple dulu? Why?"

"Habistu you dah betray i.You tahu tak? I tak suka orang yang khianat janji dia pada i.I setia dengan you, Adrian.Macam-macam i buat and i tak pernah niat nak cari lain dengan harapan you masih setia dengan i juga! I langsung tak layan lelaki lain sebab you, Adrian! It's all about you!"

"Sayang! I janji i akan lepaskan dia lepas sahaja dia bersalin! I dah nekad dengan keputusan i! I takkan tarik balik! Itu janji i.Please! Give me one chance,more! I need you,sayang! You je yang bagi kebahagiaan pada i!"

"Apa yang akan jadi selepas ni dah tak sama Adrian! You dah buat dia pregnant! After you divorce dengan dia,but you stil ada ikatan dengan dia! You ayah pada anak tu! Of course you akan kesah pasal benda tu nanti!I tak nak bila kahwin orang cop i jadi perampas! Nanti diorang fikir korang cerai sebab i! I tak nak orang kata i ambil bekas orang!"

'Habis kau still kejar Adrian buat apa? Buat bodoh? Kalau aku bercerai nanti Adrian masih dapat status bujang ke?!'

Aisy yang lihat dan dengar dari jauh cuba untuk pergi meleraikan pergaduhan antara Adrian dan Erin.Seburuk mana pun perangai Erin,Aisy masih ingat yang Erin dah pernah bagi ihsan terhadap dia.

"No! Please! Semua orang buat silap,sayang! Macamtu juga dengan i! Please! Kalau baby tu dah lahir I takkan pergi jumpa anak dia sekalipun lepas dah bercerai nanti! Percayalah!"

Langkah Aisy terhenti apabila Adrian berkata begitu. Sesak dadanya.Dia tidak tahu perkara apa yang dia telah lakukan sehingga Adrian sanggup layan dia sebegitu rupa.Kalau dia tahu Adrian akan hina dia secukupnya selepas dia mengandung,dia takkan minta pun peristiwa itu berlaku.

Erin tidak menghiraukan kata-kata Adrian.Sebaliknya dia tegas pergi dari situ.Mujur sahaja kebetulan ada teksi yang lalu di depan rumah Adrian.

"No! Erin! Wait! You tak boleh putuskan hubungan kita macam ni saja. Tolonglah!"

Adrian yang ingin mengejar teksi itu tidak melihat ada kereta yang laju di belakang lalu Aisy yang melihat perkara itu terus laju mendapatkan Adrian.

"Adrian!" Aisy menolak dirinya dan Adrian ke tepi jalan.
Kereta yang laju sempat membunyikan hon sebelum melintasi rumah Adrian.

Mujur sahaja Aisy rebah di atas Adrian.Tidaklah ada masalah bagi kandungannya.

Aisy cepat-cepat bangun dari jatuhan kerana dia tahu dia telah menyakitkan badan Adrian.

"Awak.Jom, masuk dalam.Dah nak hujan nih" Kata Aisy dengan muka penuh kebimbangan terhadap Adrian.

"Aku takkan masuk! Aku nak Erin! Kenapa kau halang aku tadi?! Ada aku suruh ke?! Kalau bukan sebab kau, Erin takde pula nak minta putus dari aku lah! Pompuan macam kau ni hanya pembawa malang! Aku tak faham kenapa kau kena masuk dalam hidup aku! Semaklah!"

'Sabar Aisy! Kau kena kuat.Berapa bulan sahaja lagi kau tinggal sini.Ya,kau tahu Adrian takkan pernah sukakan kau! Tapi,ingat! Kau sendiri buat perjanjian bodoh dengan dia!' Getus di hati Aisy.

"Habistu awak sangguplah kalau nyawa awak melayang tadi?!....... Awak patut bersyukur sebab saya dah tolong awak! Kalau tadi awak kena langgar and what if kalau awak patah tangan ke patah kaki ke,awak ingat Erin nak pandang awak lagi ke? Awak rasa dia akan ada belas kasihan pada awak,lepas dia tahu awak alami kecacatan pada mana-mana bahagian anggota badan awak?!"

Jeda seketika.

"Masuklah.Bagi Erin ruang untuk dia bersendirian. Saya tahu Erin masih sayangkan awak.Cuma dia perlukan masa.Saya tahu sebab saya perempuan.Awak jangan risau.Kalau awak nak sangat saya keluar, saya memang akan keluar dari rumah ni,tapi sekarang belum masanya"

Aisy perasan air mata jantan milik Adrian mula membasahi pipinya.Mahu sahaja dia peluk badan itu tapi dia takut Adrian hanya tepis sahaja.

"Awak,dengar cakap saya! Bagi ruang pada Erin.Orang perempuan akan rimas kalau lelaki suka mendesak dia banyak-banyak kali!"

"Tak! Erin tak akan rimas dengan aku! Dia jadi rimas bila cerita kau dikaitkan! Kenapa kau susahkan hidup aku?! Kau pergi je lah!"

"Hujan semakin lebat.Saya takut awak demam.Jom!" Aisy cuba menarik tangan Adrian supaya bangun dari jatuhnya tadi.

"Awak! Bangun!" Aisy sedaya upaya cuba mengangkat Adrian namun badan Adrian sedikit pun tidak bergerak.
Apalah sangat tenaganya dengan badan kurus seperti lidi itu.

Aisy memikirkan satu cara untuk buat Adrian mendengar nasihatnya.

'Kalau ni je lah caranya,aku redha! Kau kuat, Aisy!'

"Awak.Saya janji dengan awak.Nanti saya akan cuba pujuk Erin.Bagi saya masa nak pujuk dia.Saya akan pastikan awak kahwin dan hidup bahagia dengan Erin selepas sahaja pemergian saya nanti dari hidup awak"

'Dan perginya saya nanti,tidak akan saya kembali lagi ke dalam hidup awak,Adrian'

Mendengar kata-kata Aisy,Adrian termakan sedikit pujukan.

Aisy menghulurkan tangan untuk membantu Adrian bangun seraya dihadiahkan senyuman manis kepada Adrian.

Adrian pun menyambut huluran Aisy.

"Kita masuk dalam,ya" Aisy memimpin tangan Adrian untuk masuk ke dalam rumah.

'Ya Allah! Aku redha kalau hamba-Mu ini dapat merasa bahagia buat seketika waktu dengan cara begini.Tak kan ku lupa kenangan ini.Akan ku sematkan dalam hati buat selamanya!'

Skip ⏮️.................

Masuk harini,sudah dua hari Adrian mengalami demam panas yang teruk sehinggakan nak bergerak pun terbatas.Disebabkan itu, Aisy mengambil keputusan untuk cuti,tidak ke kolej semata-mata ingin menjaga Adrian.

"Awak,bangun.Saya dah panaskan lauk saya bersahur tadi.Harini awak tak boleh puasa lagi,sebab awak kena makan ubat"

Aisy menepuk lengan Adrian dengan lembut sahaja.

Adrian masih tidak bangun dari lenanya.

Aisy mulai rasa bahagian dahi Adrian.Masih rasa membahang panasnya.Aisy cuba lagi mengejutkan Adrian dari tidurnya.

"Awak.Bangunlah.Awak mandi dulu,nanti awak makan,ya" Aisy menggosok perlahan tangan kekar milik Adrian dengan tangannya supaya Adrian terjaga.

Mata Adrian dicelik perlahan-lahan.Aisy pun terus menjauhkan tangannya dari tangan Adrian.

"Saya turun dulu.Nanti awak dah siap mandi awak turun bawah.Saya siapkan meja untuk awak makan"
Aisy menghadiahkan senyuman manis kepada Adrian.

Aisy pun terus beredar keluar dari bilik tidur Adrian.
Niatnya memang ingin mengejutkan Adrian untuk bersahur.Disebabkan dia merasa suhu badan Adrian masih panas,dia hanya bersahur sendirian.

Share this novel

Zai Zai
2024-06-03 20:46:27 

up lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience