BAB 22

Romance Completed 6961

"Alhamdulillah.Majlis berjalan dengan lancar.Terima kasih banyak-banyak,Mak Mah dan Pak Mat ucapkan pada Iyan sekeluarga.Kami tak mampu nak balas semua jasa mummy dan daddy Iyan sejak dari dulu lagi.Tak pernah putus-putus menolong kami.Sudahlah sponsor kami ke umrah,lepastu buat lagi majlis ni untuk kami lagi"

"Eh,takpelah. Keluarga Iyan dah anggap yang Mak Mah dan Pak Mat ni sebahagian daripada keluarga ni juga. Jadi,tak perlulah Mak Mah ke,Pak Mat ke rasa terhutang budi sangat,ya"

"Ye lah.Mak Mah ke dapur dulu.Mak Mah nak sediakan lauk untuk kawan mummy kamu nak datang nanti"

Adrian hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

"Baiknya suami saya ni.Untunglah Erin nanti.Ye laa,tak lama lagi korang kan dah nak kahwin"

Baru sahaja Adrian ingin menghadiahkan senyuman manis kepada Aisy,tetapi tidak jadi sebaik nama Erin keluar dari mulut Aisy.

"Sayang.Datanglah macam mana sekalipun ~abang tak akan kahwin dengan dia lah.Abang menyesal sebab pernah suka dia dulu.Sampai hilang dia macam orang mati bini.Abang nyaris-nyaris nak korbankan nyawa sendiri semata-mata nak pujuk dia kembali.Tapi apa dia buat? Langsung tak endah.Lepas abang tak layan dia,dia pula meroyan datang sini.Kononnya dia dah salah la apa laa"

"Abang cubalah berbaik dengan Erin tu.Mummy berkenan sangat nak suruh Erin jadi menantu dia.Mana tahu lepas-lepas ni hidup abang lebih bahagia.Saya ni bukan selamanya ada untuk bersama dengan awak"

'Dan lepas sahaja bersalin,kita masing-masing kena buka buku baru dan saya akan pergi jauh dari hidup awak, Tengku Adrian Mikhail Ar-Rayyan'

"Sayang.No lah.Jangan cerita hal ni please? Abang tak nak rosakkan mood sesiapa.Boleh kan?"

Aisy hanya mengangguk seraya tersenyum kelat.

Di meja makan..............

"Alahai sweetnya diorang tu!"

"Payahlah nak cari laki yang handsome,baik hati, bertanggungjawab macam anak T. Adnan ni kan?!"

"Segak noh~dia tu!"

"Sepadan lah diorang tu.Sama² cantik and handsome!"

Beberapa orang jiran yang hadir ke majlis tersebut turut memuji pasangan itu.

Siapa lagi kalau bukan Adrian Dan Aisy?!

Suara-suara itu telah membuatkan T. Maria panas hati.
Apalah baiknya Aisy jika nak dibandingkan dengan bakal menantunya? Waktu dulu semasa Adrian dan Erin mahu bernikah,inilah perkataan yang sama keluar dari mulut jiran tetangga.Padahal mereka juga sibuk mengata tentang Aisy.Sekarang lain pula jadi umpatan mereka?!

"Mummy!"

"Eh! Erin dah sampai?! Cantiknya Erin pakai tudung.
Walaupun tak tutup sepenuhnya,mummy suka sebab Erin buat perubahan ni" kata T. Maria,teruja.

"Ye lah.Kan Erin dah nak kahwin dengan Ad.Ad cakap Erin kena pakai tudung.Sebab lepas nikah nanti,dia dah tak nak tegur.Kalau Erin tak buat juga~dia paksa je Erin"

Syok sendiri ke??!

"Baguslah tu.Haa, pergilah ke khemah sana.Cari Iyan. Ajak dia makan sekali.Kalau Erin nak letakkan makanan Iyan,letak aja.Mummy lagi suka"

"Tapi mummy ~ tadi Erin nampak Aisy ada dengan Adrian bawah khemah layan abang Aisy.Nanti kalau dia tak kasi Erin letakkan lauk pada Ad macam mana?"

"Takpe.Erin bagitahu aja pada mummy kalau dia buat macam tu"

Erin mengangguk lalu dia pun menuju ke khemah di mana Adrian berada.

"Sayang,jom makan.Abang dah lapar ni" Perutnya digosok tanda dia lapar.

"Alolololo,siannya anak orang ni.Lapar ya? Jom² kita ambil makanan" Terus Aisy memimpin tangan Adrian.

"Uwekk! Nak muntah tahu tak? Eii pergilah korang sweet jauh-jauh.Aku dengan along dah lah tak jumpa jodoh lagi.Boleh ya korang buat kitorang macamni?"

Adrian juga telah berbaik dengan Irfan selepas menyedari banyak kesilapan yang dilakukan oleh dirinya kepada Irfan.

"Eh eh.Kau sorang je takde lagi.Along dah jumpa buah hati lah.Hari-hari along pergi office jumpa buah hati pengarang jantung tau!"

"Gatal ko ye,long! Bagitahu mummy erk~kau dah miang sangat nih nak kahwin an?!"

"Baguslah.Si Aisy dengan Adrian dah happy².Si Hafiz dah jumpa buah hati.Si Irfan on the way nak jumpa jodoh tengah jalan.Tinggallah aku sorang lagi single mingle triangle sensorang............"

"Tak payah nak sedih sangat.Tuh! Kau ambil yang tu je la.Apa kau panggil dia haritu? Haa! Keturunan sotong.
Jalan liuk lentok an! Haa,pergi layan dia! Sian sangat tu. Takde partner" Irfan mencelah sebelum Aryan menghabiskan kata.

"Sotong tak sotong.Lebih baik aku jumpa yang tomboy la dari dapat dia nih"

"Weh! Tak baik kau Riyan.Mana tahu nanti tu lah jodoh kau.Haa,macam mana?! Dahlah kau kutuk dia" Adrian mencelah.

"Takde maknanya tu jodoh dia.Itu jodoh awak lah.Dah! Pergi layan dia.Nanti mummy marah pula"

Aisy pun duduk semula di kerusi yang masih berbaki dua di meja adik-beradiknya makan itu.

"Apa ni sayang? Cakap nak makan sama-sama. Jom lah!" Adrian mencebik seperti kanak-kanak yang sedang merajuk.

"Takpe.Saya belum pergi lagi saya dah tahu apa jadi nanti.Mesti dia nak letakkan lauk pada awak"

'Dari sakit hati nanti~baik aku sakit hati sekarang'

"Alaa sayang.Tak nak lah! Jom lah.Tak baik tau buat macam ni pada abang.Dosa tahu tak?"

"Pergi dik.Tak baik buat suami macam tu.Apa hak dia pula nak letak? Kan suami adik suruh adik yang letak kan?!"

Aisy hanya pasrah apabila Hafiz berkata demikian manakala Adrian telah tersenyum kemenangan.

"Awak nak lauk apa nih?"

"Opss! Cop cop cop.Aku tahu Adrian suka apa and apa yang dia tak suka.Biar aku yang letakkan"

Aisy memandang wajah Adrian dan Adrian memandang wajah Aisy.

Adrian menggelengkan kepalanya tanda tidak suka apabila Erin yang mahu letakkan lauk di pinggannya.

Aisy pula mengangguk tanda biar sahaja Erin yang buatkan.Dia tidak mahu bertengkar di situ pula.Tak pasal-pasal dia tanggung malu seperti majlis haritu.
Sudahlah kena tampar depan orang ramai.Lagipun dia yang minta supaya Erin dan Adrian berbaik semula.

"Awak.Sekejap ya.Saya nak ambil ulam.Dah habis tu kat sana"

Aisy berura-ura ingin pergi tetapi Adrian menggenggam tangan Aisy lembut.

Adrian menggelengkan kepala supaya Aisy tidak tinggalkan dia dengan Erin sahaja di situ.

"Sekejap je.Tak lama pun.Lepas dah ambil~saya datanglah balik.Awak cari tempat duduk dulu untuk saya sekali ya"

Adrian hanya membuat muka hendak merengek sahaja apabila Aisy tidak memahami isyaratnya.

"Iyan! You suka ayam masak merah ni kan? Ni! I dah letak.Atau you nak tambah ayam lagi?"

'Macam mana lah aku boleh couple dengan dia ni dulu? Dah berapa kali aku cakap aku kurang minat makan ayam masak merah.Boleh pula dia pelawa.Siap kata aku suka lagi? The heck?!' Getus di dalam hati Adrian.

"Eh you ambil lah untuk you makan.Rasanya dah berbuih lah i bagitahu yang i kurang sikit makan ayam masak merah ni.Dahlah! Biar i letak sendiri je lah. Nampak macam menyusahkan you sangat"

"Eh,tak susah pun.Sorry! I nak cakap ayam masak lemak cili padi tadi.Tersasul sebut ayam masak merah"
Tergagap-gagap Erin berkata.

"Banyaklah kau tersasul,sampai dah ter 'letak' dalam pinggan juga!" Kata Adrian di celah-celah gigi sebelum dia ke meja di mana Hafiz,Irfan dan Aryan berada.

Di dalam rumah...............

"Hey,pompuan! Bila kau nak berhambus dari rumah aku ni ya? Kalau Iyan minta kau stay lagi dua tiga hari di sini~ tak payah mimpi lah.Aku tak suka.Baik kau kemas pakaian kau sekarang dan berhambus sekali dengan abang kau tuh selepas selesai majlis ni.Faham?!"

Aisy hanya mengangguk.Ini lah dia takutkan.T. Maria langsung tidak memberi dirinya peluang untuk menjadi menantu walau sementara.Padahal Aisy sudah setuju sahaja dengan permintaan T. Maria yang ingin bermenantukan Erin.

Selepas sahaja T. Maria berkata demikian,Aisy terus ke tingkat atas untuk mengemas bajunya dan diletakkan ke dalam beg.

"Ad.Ni ke perempuan yang kau suka sangat tu?! Not bad,taste nya.Level-level sotong!" Bisik Aryan sebelum melihat Erin sudah menghampiri meja mereka.

"Kenapa kau makan kat sini? Dah takde meja lain ke kau nak duduk?" Tanya Irfan dengan suara agak keras.

"Suka hati i lah.Yang nak marah-marah sangat ni kenapa? Bukan you pun owner khemah ni.Iyan pun tak marah i duduk sini.Kan sayang?"

"Siapa izinkan you panggil i dengan panggilan keluarga? You tak layak" Adrian berkata dingin.

"Alaa,si Irfan ngan Ryan ni panggil you Iyan.You tak marah pula diorang?!"

"Sebab diorang keluarga i sekarang.....Opss! Bukan sekarang.Dari dulu lagi diorang ni part of my family"

"Whatever" Baru sahaja Erin ingin makan~Adrian menghalangnya.

"You tak dengar ke apa? Dah takde meja lain ke? Boleh tak you pergi dari sini? Sebab kerusi ni sepatutnya wife i yang duduk.You tak layak duduk sebelah i"

Erin merengus kasar apabila Adrian melayannya begitu.

Dia pun bangun dari tempat duduknya.

"I bagitahu mummy you!"

"Go ahead! Thanks in advance"

Erin berlalu pergi dengan mulut muncung.
Dia juga telah melagakan sisi bahunya apabila berselisih dengan Aisy.

"Kenapa tu?!" Aisy yang datang hanya menayangkan muka blur apabila Erin yang melintasi tadi menjelingnya dan membuat muka tidak puas hati.

"Biasalah.Angin meroyan dia tu dah datang.Macam tu lah jadinya" Kata Irfan.

"Eh tak baik kau ba-......." Aisy tersasul.

Dia belum beritahu hal hubungannya dengan Irfan adalah adik-beradik kepada Adrian.

Adrian mengangkat keningnya sebelah seperti mempunyai tanda tanya.

Muka Aisy gelabah teruk.

Padahal Adrian telah diberitahu segalanya dari minggu lepas lagi.Cuma Irfan saja yang tidak berterus-terang dengan Aisy.Aisy pula tidak mahu berterus-terang dengannya.

"T-takde pape"

Semua disitu hanya menahan diri dari ketawa apabila melihat muka Aisy yang gelabah dan comel itu.

Skip ⏮️................

Setelah selesai majlis..............

"Mak Mah.Ni nak suruh Iyan angkat ke tak?"

"Haa,boleh juga"

"Eh,Iyan tolong Mak Mah ke? Baru Pak Mat nak minta tolong kamu"

"Apa dia Pak Mat? Bagitahu laa.......Mak Mah,saya tolong Pak Mat dulu.Nanti dah selesai,saya tolong Mak Mah angkat barang-barang ni pula ya"

"Ya,boleh²"

Sementara di dalam rumah........

Masih ada beberapa lagi tetamu atau lebih tepat rakan-rakan kepada T. Adnan dan T. Maria masih belum pulang.

Sudah tiba masanya T. Maria patut mengumumkan sesuatu kepada khalayak ramai.

"Eh dik.Along dengan abang Irfan balik dulu tau"

"Eh,nanti lah.Adik nak ambil beg kejap.Adik balik dengan korang sekali"

Hafiz berasa hairan.Setahunya,semasa Aisy masuk ke dalam rumah,Adrian telah meminta izin darinya dengan bersaksikan Irfan dan Aryan bahawa Aisy akan tinggal dengannya buat beberapa hari lagi.

Namun,Hafiz tidak mahu berfikir panjang.Sudah adiknya berkata demikian,dia hanya menurut sahaja.

"Haa,ye lah.Adik pergi ambil beg.Along tunggu kat bawah"

Aisy pun naik ke tingkat atas.

"Dengar sini semua.Dengar!"

Semua yang ada memasang telinga apabila T. Maria ingin mengumumkan sesuatu.

"Along tunggu lah adik sekejap.Irfan nak ke tandas. Tak tahan nak terkencing pulak"

Hafiz hanya mengangguk.Alang-alang dia ada di situ, dia turut memasang telinga.

"Pertama sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis kecil-kecilan ni.Saya pun pada mulanya tak terfikir nak buat,dan plan ni last minit dibuat lepas saya bincang dengan T. Adnan sendiri.Dan majlis harini bukan sahaja sempena untuk orang gaji kami.Majlis ni juga bertujuan untuk saya umumkan yang tak lama lagi ~anak saya akan bertunang"

Hafiz berfikir seketika.

'Tunang? Siapa yang nak tunang? Bukan ke abang Adrian tu dah kahwin ke? Anak pun dah ada?! Takkan kahwin lain kot?!'

"Ini,kenalkan.Bakal menantu saya~ Aireen Erina,anak kepada Dato' Mazlan dan Datin Aini"

Sebaik sahaja nama itu disebut,jelas riak wajah Hafiz berubah.

Jangan kata............

"Aireen Erina akan bertunang dengan anak saya, Tengku Adrian Mikhail Ar-Rayyan"

Semua disitu bertepuk tangan dan bersorak.

Hafiz yang berada di situ sangat bengang.Seolah-olah Adrian sengaja ingin menyakiti hati adiknya buat sekalian kalinya lagi.

"Adik tak siap lagi ke along?"

"Entah.Tak turun pun lagi"

"Kalau macam tu biar Irfan call aje lah dia,tanya lambat lagi ke nak siap"

Hafiz hanya mengangguk.

Baru sahaja mendail,Aisy sudah pun turun dengan begnya.

"Tu,dah turun"

Irfan pun menutup panggilan tersebut.

"Dah dah dah.Jom kita balik sekarang.Along ada hal pula nanti"

Keadaan Hafiz yang menggesa membuatkan Aisy dan Irfan hairan.

"Opss! Nanti dulu.Aisy sayang ~ sini sekejap"

Langkah Aisy terhenti apabila T. Maria memanggilnya.
Hafiz dan Irfan turut sama berhenti.

"Perkenalkan ~ menantu saya yang bakal jadi bekas menantu.Namanya Aisy.Thank you so much ya, sebab dah izinkan anak mummy kahwin lain dan mummy minta maaf sebab jodoh korang berdua tak panjang"

Aisy yang baru sahaja ingin tersenyum apabila T. Maria memanggilnya lembut,terus mukanya beriak biasa sahaja.

Biasa maksudnya??

Pfft.

Adrian yang menolong Mak Mah mengangkat barangan untuk diletakkan di dapur,terkejut apabila mummy nya memanggil.Dia menayangkan senyuman manis pada semua orang apabila mummy nya sedang memegang tangan Aisy seolah sudahpun berbaik.

"Sini barang tu.Biar Mak Mah pula angkat"

Adrian hanya mengangguk seraya terus menuju ke arah mummy nya.

"Ada apa ni mummy? Mummy dah berbaik dengan Aisya?!" Tanya Adrian dengan teruja.

"Haah.Mummy tengah announced yang tak lama lagi Iyan dengan Erin akan bertunang.Itu pun Aisy yang dah izinkan.Kan, Aisy?!"

Aisy mengangguk perlahan sambil tersenyum kelat.

Perkara yang T. Maria umumkan sebentar tadi tidaklah membuatkan dia terkejut sangat bagi Aisy kerana dia sudah puas menangis tadi.Aisy dah pun tahu dahulu.

Flashback.........

"Ouh,lagi satu! Aku akan umumkan pada semua kawan-kawan aku yang hadir nanti yang Erin dan Iyan akan bertunang tak lama lagi'

Aisy sedikit terkejut.

"Kenapa? Tak suka sebab aku lebih sayangkan Erin daripada kau?! Memang padanlah sangat.Kau memang tak layak pun jadi menantu aku lah"

"Aisy sedar diri.Aisy tahu Aisy tak layak untuk Iyan.Dan Aisy juga tahu yang mummy akan benci Aisy sampai bila-bila.Tapi,Aisy harap ada cara yang dapat Aisy buat supaya mummy dapat terima Aisy jadi menantu.Aisy tak kesah walaupun hubungan Aisy dengan Iyan hanya sementara je, tapi sekurang-kurangnya pernikahan ini direstui oleh mummy dengan daddy.Itu je dah buat Aisy lega and happy sangat-sangat "

"Kau nak sangat kan aku terima kau?Maaf lah apa yang aku nak cakap ni kau nak terasa sampai ke hati ke apa~tapi aku tak boleh terima kau sebagai menantu aku.Macam mana aku nak restu kan kalau hati ni tak suka?!"

"Faham.Aisy faham sangat.Hina sangat ke Aisy, sampai nak mengaku menantu pun tak boleh? Jahat sangat ke Aisy ni? Mummy.Kalau Aisy betul-betul ada buat salah silap pada mummy~ Aisy minta maaf sangat-sangat. Aisy takde niat nak sakitkan hati mummy ke apa. Percayalah.Kejadian ni berlaku ada hikmahnya.Aisy tak perangkap Iyan supaya duduk dalam bilik tu sama-sama dan call pihak JAIS tu.Aisy terima yang Erin akan kahwin dengan anak mummy masatu walaupun Aisy mengaku, yang Aisy sukakan Iyan dah lama"

"Okey,kalau kau dah cakap macam tu.Syaratnya,aku nak kau bagitahu Iyan yang kau setuju yang dia akan kahwin dengan Erin.Kau suka ataupun tak~keputusan aku tetap sama.Muktamad!"

"Aisy dah restu kalau diorang berkahwin mummy. Sebab Aisy yakin yang Erin dapat bahagiakan abang. Aisy tengok sendiri yang abang bahagia bila dia bersama dengan Erin.Mummy jangan risau,ya.Aisy akan buat sampai abang terima Erin.Itu yang mummy nak kan?"

"Ya! Memang itu yang aku mahukan.Lebih baik untuk kau dan lebih baik untuk Iyan.Eh dia happy je lah kalau kau takde dalam hidup dia.Bukan kau sorang aja boleh mengandung.Dan dia juga masih layan kau baik-baik sebab kau mengandungkan anak dia ni je.Aku nak kau pastikan yang anak dalam kandungan kau dan kau sekali tak menyusahkan keluarga aku lagi!"

"Kalau hal anak-anak,mummy jangan risau.Aisy takkan sesekali pun susahkan anak mummy dalam urusan hal anak dalam kandungan Aisy yang bakal dilahirkan nanti.Walau umur Aisy tak panjang ~Aisy akan pastikan anak-anak Aisy tak akan menyusahkan keluarga mummy"

"Bagus sangat cadangan kau tu.Jadi~bila aku dah umumkan nanti~kau jangan pura-pura terkejut pulak ye?!"

T. Maria pun beredar dari dapur.

End flashback........

"Mummy! Apa semua ni? Sejak bila pula Iyan cakap nak kahwin dengan Erin nih?!" Suara Adrian mula meninggi.

"Iyan.Jangan malukan mummy ya,depan kawan-kawan mummy.Iyan juga kan yang tak sabar-sabar sangat nak ceraikan dia nih.Iyan sendiri cakap dulu yang Adrian tak akan pernah sukakan dia ni pun.Iyan dah cakap lepas korang cerai,Iyan akan kahwin dengan Erin.Dah lupa?"

Kata T. Maria sedikit berbisik apabila ramai tetamu melihatnya seperti tidak percaya.

"Mummy! Itu dulu.But not now! Sejak bila mummy suka control hidup Iyan ni? Mummy tak sayang Iyan ke?!"

"Sebab sayang lah mummy buat macam ni.Mummy buat semua ni sebab mummy nak tengok Iyan bahagia dengan Erin.Bukan dengan perempuan nih! Iyan dah lupa ke macam mana Erin terseksa sebab orang kat kolej mengata bukan-bukan pasal Iyan,pasal Erin.Tak ingat?!"

"Mummy, please! Hentikan semua ni.Iyan tak minta pun mummy buat announcement macam ni"

"Terpulanglah.Mummy dah bagitahu semua orang dah. Iyan akan bertunang dengan Erin bulan depan.Mummy tak kira! Hal ni pasti akan berlaku!"

"Iyan tak nak! Mummy ni kenapa haa?!"

Aisy yang mendengar semuanya hanya setakat mendengar.Sudahlah dia malas fikir tentang ni lagi.
Apa nak jadi,jadilah.Asalkan hal tu tak memberi kesan kepada dia dan kandungannya.

"Tengku.Saya balik dulu.Terima kasih atas jemputan ke rumah ni.Harini adalah hari terakhir saya akan jejakkan kaki saya ke rumah ni.Terima kasih untuk segalanya"

Aisy sedaya upaya melutut di kaki T. Maria walaupun perutnya menghalang.

"Saya nak minta maaf atas apa yang dah terjadi.Semua masalah ni memang berpunca daripada saya.Saya yang rancang semua ni.Dan saya setuju dan restu hubungan Tengku Adrian dan Aireen Erina hingga ke jinjang pelamin.Saya yang kahwin dengan Tengku Adrian adalah sebagai perosak hubungan diorang.Terima kasih kepada semua yang ada menegur saya waktu hari tu saya dinikahkan dengan Tengku Adrian,dan saya maafkan semua yang dah mengata saya juga.Saya minta maaf sekali lagi"

Aisy berlalu pergi diikuti dengan Hafiz,Irfan dan Adrian di belakang.

"Aisya! Wait.Stop! Kita boleh bincang kan? Please! Dengar dulu penjelasan dari abang.Abang tak tahu hal ni.Ini plan mummy dengan Erin.Diorang takde bincang langsung dengan abang!"

Aisy tidak mempedulikan Adrian.Mahu memandang pun tidak.Hatinya betul-betul terluka.Ya! Terluka dengan setiap kata dari T. Maria.

"Aisya! Please.Buka pintu ni sayang.Give me a chance to explain.Please! Abang merayu sangat dengan Aisya"
Perlahan sahaja tutur katanya.Tapi apakan daya? Aisy telahpun masuk ke dalam kereta.

"Along,Irfan.Tolong percayakan Iyan.Sumpah! Iyan tak tahu hal ni.Tolong pujuk Aisya supaya cakap dengan Iyan.Sekejap pun jadi lah.Iyan dah janji kan dengan korang yang Iyan akan perbaiki kesilapan Iyan,Iyan nak kekalkan hubungan Iyan dengan Aisya"

"Iyan.Along minta maaf.Along percaya kau.Along ingatkan kau saja ajak Aisy tinggal sini and layan dia baik-baik,end up kau saja je buat macam tu.Kau saja nak sakitkan hati Aelise.Kau saja nak tunjuk yang kau nak kahwin dengan Erin tu"

"Tak along.Iyan dah janji.Takkan Iyan nak buat lagi? Ni peluang kedua dah Iyan dapat.Iyan tak nak sia-siakan peluang yang ada"

"Kau sabarlah,Iyan.Adik aku tu tak keras hati pun.Dia pun sayangkan kau.Sangat-sangat! Aku tahu dia tak tak boleh nak tahan rindu.Hari-hari dia mengigau.Dia asyik sebut nama kau! Jadi,kau bagi peluang kat adik aku.Biar dia tenang dulu.Nanti aku sendiri bawa dia jumpa kau.Okay?!"

Kata-kata Irfan sedikit sebanyak telah memujuk Adrian.

"Sayang.Buka tingkap ni sekejap"

Aisy buka sedikit tingkap.

"Sayang.Nanti dah tenang,kita jumpa ya.Jangan tinggalkan abang sebelum dengar penjelasan dari mulut abang sendiri"

"M-maafkan saya" hanya itu yang keluar dari mulut Aisy.

"No,It's okay" Sempat Adrian menghadiahkan senyuman manis kepada Aisy sebelum kereta beredar dari situ.........

Seusai semua sudah siap dikemas..............

"Haa,masuk pun Iyan.Iyan ni kenapa? Buat malu mummy jelah depan kawan-kawan mummy tadi.Kenapa lari macam tu?"

"Puas ke hati mummy sekarang?Haa?Puas?!"

"Puaslah! Mummy dapat luah apa yang mummy pendam selama ni.Mummy memang nekad nak bermenantukan Erin.Iyan juga cintakan Erin kan? Apa yang salah pula dengan plan mummy?!"

"Mummy! Itu dulu.Yes! Iyan mengaku Iyan pernah suka dia tapi tu dulu,bukannya sekarang.Iyan dah takde hati pada dia.Iyan sayangkan isteri Iyan.Iyan cintakan Aisya.Kenapa mummy tak nak faham Iyan?!"

"Eh apa perempuan tu dah buat pada Iyan ni sampai Iyan beria sangat benci pada Erin?!"

"Aisya tak buat apa-apa pun pada Iyan! Erin tu yang buat diri dia sendiri dibenci oleh Iyan!" Suaranya naik seoktaf.

T. Adnan yang baru sahaja sudah solat isya' dan ingin turun,tak jadi.Dia hanya mendengar pergaduhan anak-beranak itu dari atas.Dia tak berapa faham kerana dia tiada di tempat kejadian tadi.

"Mummy tak percaya.Apa yang Erin dah buat sampai Iyan benci dia? Apa?!"

"Sebab dia jahat lah mummy!!" Suara Adrian bergema satu rumah.

Mak Mah yang melakukan kerja di dapur bertemankan Pak Mat turut terkejut apabila mendengar suara Adrian.
Bagi mereka,inilah kali pertama mereka dengar anak majikan mereka meninggikan suara.

"What?! Jahat? Iyan fitnah Erin? Fitnah pun berdosa! Iyan tak takut dosa ke ?!"

"Buat apa Iyan nak fitnah dia mummy? Apa yang Iyan dapat sebagai balasan?!"

Jeda seketika.

"No.Mummy tak percaya.Mustahil lah Erin jahat and main kotor untuk dapatkan Iyan.Erin tu baik,jujur....."

Baru sahaja mahu menghabiskan kata,Adrian lebih dulu mencelah.

"Mummy,hati manusia lain-lain mummy! Luaran dengan dalaman tak sama! Ya! Mummy nampak dia baik tapi mummy tak pernah nak pandang baiknya menantu mummy sekarang.Aisya yang sepuluh kali ganda lebih baik dari dia mummy tak nampak!"

"Apa bukti yang Iyan ada untuk cakap yang Erin main kotor untuk dapatkan Iyan?! Mana?!"

"Untuk pengetahuan mummy ~Erin dah perangkap Aisy.Dia buat pura-pura kononnya isteri Iyan curang dengan Iyan,padahal semuanya dirancang.Dia takut Iyan akan tinggalkan dia,lupakan dia lepas je Iyan dengan Aisya duduk bersama.Dia berjaya perdayakan Iyan!"

"Baguslah tu! Sekurang-kurangnya ia terbukti yang Erin betul-betul sayangkan Iyan.Dia sayangkan Adrian bukan main-main"

"Tapi cara dia salah mummy! Mummy pun tak reti beza dosa pahala ke?!Dia pakai cara kotor untuk dapatkan Iyan! Mummy tahu tak! Dialah punca selama ni anak mummy ni jadi dayus! Tak hormat perempuan langsung! Hanya dia yang dapat kawal Iyan.Kalau semua ni jadi pada mummy.Apa mummy rasa? Mummy tak marah ke?!"

"Hari-hari mummy! Hari-hari hidup Iyan penuh dengan rasa bersalah.Boleh dikatakan dalam sebulan,dah berapa kali Iyan dah pukul Aisya,mummy.Iyan pukul dia tanpa sebab.Iyan hina dia,sakitkan hati Aisya sebab hal yang remeh-temeh"

T. Maria agak terkejut dengan pernyataan dari Adrian.

"Kalau mummy nak tahu~Aryan yang bantu Iyan untuk pulihkan keadaan semula.Riyan yang cari tahu yang Erin dah perangkap isteri Iyan sendiri.Kalau mummy nak tahu,lepas je kejadian isteri Iyan dituduh curang, hari tu juga Iyan halau dia keluar dari rumah Iyan.Iyan halau dia macam anjing kurap! Dan hari ni! Lepas Iyan sedar semuanya,Iyan tekad nak berbaik dengan Aisy! Dia terima! Dia terima anak mummy yang dayus ni! Dia maafkan Iyan macam Iyan tak pernah buat dosa sebesar hama pun pada dia! Dan sekarang! Peluang tu musnah macam tu saja,mummy! Mummy buat Aisy jauh dari anak mummy ni!"

"I-iyan tak sanggup.Iyan tak sanggup nak hilang isteri Iyan lagi, mummy! Please, mummy! Iyan penat! Ya,memang salah Iyan sebab pernah jatuh suka pada Erin.But now, Iyan dah cuba jauh dari dia,tapi mummy! Mummy pula dekatkan lagi Iyan dengan orang yang dah jadikan anak mummy ni sebagai lelaki dayus........... Kalau mummy nak tahu,Aisya, isteri Iyan yang ada,bantu Iyan.Iyan nyaris sahaja nak kena langgar dengan kereta semata-mata nak kejar Erin. Cuma Aisya, mummy! Hanya dia yang dah selamatkan anak mummy dari maut.........Hari-hari Iyan sakitkan hati dia, pukul dia.langsung dia tak balas, mummy.Apa yang dia tahu, dia hanya cintakan anak mummy ni sorang sahaja! Iyan patut bersyukur dengan pemberian Allah lebih awal lagi"

Hanya mampu diam.

"Dahlah mummy.Bertaubatlah! Minta maaf pada Aisya sebelum terlambat.Buat dosa apa-apa yang tak melibatkan manusia~mummy boleh bertaubat dan mohon pada Allah.Allah Maha mendengar. Allah Maha Mengampun.Tapi kalau manusia~jika dia enggan memaafkan~Allah pun enggan"

Adrian pun ke tingkat atas.Dia sedar sahaja yang T. Adnan berada di situ,tetapi dia langsung tidak memandang wajah itu.

Adrian memang boleh dikatakan seorang yang tidak begitu alim juga.Hanyalah biasa-biasa sahaja.Dia juga hanyut. Tapi,dia sudah sedar akan kejahilannya sejurus berubah secara drastik untuk mendapatkan cinta Allah serta mendapatkan cinta dan keampunan dari isterinya.

Skip ⏮️...................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience