BAB 4

Romance Completed 6961

Pagi itu Aisy sempat membakar roti sahaja akibat dia mengalami sakit perut.
Jika dia berdegil untuk membuat makanan berat juga,dia akan lewat datang ke kelas.

"Maaf.Yang ni saja saya mampu buat sebab saya sakit perut"

Aisy cepat-cepat menyapu jem perisa kacang itu ke atas roti yang siap dibakar.
Dia berasa lega sedikit kerana Adrian tidaklah memarahinya.

Seusai siap dia mengemas dapur,dia meletakkan lebihan roti tadi ke dalam Tupperware untuk dibawa bekal.Selepas itu,dia mengisi sebotol air sejuk. Bekalnya diletakkan di dalam begnya.

Aisy memakai kasut karipap yang hampir haus di bahagian tapak itu. Sebaik sahaja dia menutup pintu pagar rumah,dia telahpun ditinggalkan oleh Adrian.Baru sahaja dia berniat ingin tumpang kerana dia tiada sebarang kenderaan.

"Ihh!! Kalau dia dah pergi aku nak naik apa haa? Kurang asam betul!"

Terpaksalah dia mengeluarkan duit untuk mencari grab atau teksi untuk menghantar dirinya ke kolej.

Setelah sampai di kolej..............

"Terima kasih pak cik! Kalau pakcik pandu slow lagi tadi,tak masuk kelas dah saya.Cey! Takdelah tipu je....Nah pak cik!"

Aisy menghulurkan sekeping not Rm 50 kepada pemandu teksi itu.

"Cik ada duit kecil tak? Tambang ni Rm 20 ringgit sahaja"

"Takpe.Pak cik simpan aja ya! Saya ikhlas bagi pada pak cik.Saya rasa terhutang budi sangat sebab pak cik dah tumpangkan saya ni walaupun saya tahu dah ada orang tempah dulu.Sebab saya,pak cik kehilangan seorang pelanggan tadi"

"Eh,takpelah cik.Rezeki ada di mana-mana sahaja. Lagipun cik ni nak cepat kan?Pak cik tak boleh terima ni. Jaraknya sekejap aja pun.Tak berbaloi bagi banyak"

"Takpe.Pak cik ambil je.Saya dah niat nak bagi lebih.Ini rezeki pak cik sekeluarga.Jangan tolak,pak cik.Saya ikhlas"
Aisy senyum kecil melihat reaksi pemandu teksi seakan terkejut dengan pemberiannya.

"Terima kasih cik.Semoga Allah meluaskan rezeki kamu lagi"

"Aamiin.Saya pergi dulu ya pak cik.Dah lambat ni. Asalamualaikum"

"Ya, waalaikumussalam wbt"
Aisy melambai tangan tanda menghantar pemergian pemandu teksi itu.

Aisy berjalan dengan tergopoh gapah supaya dia tidak terlambat masuk ke dalam kelas.

Baru sahaja ingin masuk ke kelas,dia melihat Adrian seperti memujuk Erin.Hatinya mula berasa sakit.

Dia bersembunyi supaya dia boleh memasang telinga mendengar perbualan mereka.

"Erin,percayalah.I tak bahagia dengan dia.Tolonglah bagitahu Mummy daddy yang semua ni bukan salah i"
Rayu Adrian.

"Dahlah Ad.I rasa tak berbaloi pun buat macam tu.You dah kahwin,Ad! I tak nak digelar perampas suami orang pula.You ingat i apa? Takde hati dan perasaan?"

"Tapi kita dah janji kita akan kahwin kan, walaupun ada apa rintangan yang perlu kita hadapi? Sayang you dah lupa ke about our promise?" Tanya Adrian.

"Entahlah.I rasa kita kena bubarkan janji tu.Aisy dah warning i haritu yang dia tak nak i rapat dengan you lagi dah.You dah jadi milik dia sepenuhnya so i dah takde apa-apa kekuatan untuk stay dengan hubungan kita ni"

Erin berlalu pergi meninggalkan Adrian.

Aisy pula keluar dari tempat persembunyiannya dan melalui jalan bertentangan dengan laluan Erin.

'Boleh tahan juga kau ya,Erin! Licik kan kau! Takpe! Kita tengok nanti'

Di cafeteria............

"Assalamualaikum" Aisy memberi salam sebaik sahaja dia menuju ke arah di mana Irfan dan Aryan berada.

"Waalaikumussalam wbt.Ya dik ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Jawab Irfan dengan teruja.

Aryan yang ada disitu sudah berubah jadi dingin.Dia masih lagi tidak puas hati dengan cara Aisy mendapatkan Adrian.

"Ihh,kau nih! Nah! Hutang dah langsai! Thanks au sebab bagi aku pinjam. Lain kali ada apa-apa aku pinjam pakai perkhidmatan dari kaulah erk! Amacam?
Lagipun bayaran aku buat takdelah ambil masa yang lama an?" Aisy menghulurkan duit Rm 30 kepada Irfan.

"Weh! Pehal banyak pula yang kau bayar nih? Semalam cakap 120.60 sen. Confirm math kau dapat G ni! Tulah kau,cikgu tengah mengajar kau tidur dalam kelas. Sekarang tengok! Mengira pun tak reti.Harganya Rm 120.60 sen dik! Bukan Rm 130 ringgit! Budak nih!"

"Amboi! Sedap er kau mengata aku? Aku punya math SPM haritu dapat A solid apa? Kau jangan macam-macam. Ini,pasal apa harga dia Rm 130 ringgit sebab bunga lah naik! Aku dah bayar lewat beberapa jam. So,naiklah bunga!"

"Kau ni kan! Aku tak pernah berkira pun bunga.Kemain pula kau kira! Dah lah! Ambil balik"

"Tak nak" Aisy menghulurkan kembali apabila Irfan memberi kepadanya.

"Ambil aku cakap" Geram Irfan apabila Aisy tidak mengambil.

"Tak nak aku cakap" Kata Aisy pula.

"Ihh! Kau pilih! Kau nak bayar hutang ni atau tak? Kalau nak,ambil balik 10 ringgit ni tukar dengan 60 sen.Atau kau tak nak bayar pun lagi bagus.Tak perlu hulur apa-apa pun pada aku.Senang! Habis cerita"

"Ish,dia nih! Sekejap lah aku cari 60 sen kau!" Kata Aisy sedikit geram.

Irfan menggelengkan kepalanya dengan perangai Aisy.

Aisy cuba mencari duit syiling di celah-celah dalam beg dompetnya tapi malangnya tiada sehinggalah dia mendapat idea untuk menukar dengan cashier cafeteria itu.

Setelah ditukar,dia memberi duit syiling itu pada Irfan.

"Nah!!"

"Amboi, garangnya dik! Kalau boleh nak roboh aja meja ni kau hentak!"

Aisy menjeling sekilas pada Irfan.

"Dahlah.Sakit jiwa aku melayan kau lama-lama.Aku cau dulu.Apa-apa aku roger kau erh! By the way,terima kasih sekali lagi sebab dah bagi aku pinjam. Aku hargai sangat-sangat bang! Byeee!" Aisy pun keluar dari cafe itu.

"Aisy,Aisy! Apa nak jadi lah kau dik!"
Kata Irfan selamba tanpa dia sedar yang dia telah membahasakan Aisy dengan panggilan adik di depan Aryan.

"Dah kenapa pula kau panggil dia adik?"

"Sebab dia adik aku"

Aryan yang baru menghirup air kopinya tersedak.

"Kau! Serious benda ni tak kelakar,Pan!"

"Be..... Lahh kau nih! Aku gurau-gurau sikit pun dah serious teruk.Maksud aku,adik angkat.Haa aku baru angkat dia sebagai adik angkat aku.Aku tahu kita semua sama umur so,maybe aku anggap dia adik angkat kembar haa! Baik kan aku?!" Dadanya ditepuk bangga.

"Tch! Dia tu kau jadikan adik angkat? Dah buta gamaknya kau nih! Kau tak sedar lagi ke apa yang dia dah buat macam-macam pada Erin dengan Adrian? Kau masih nak bela dia? Kau dengar sendiri kan dia mengaku yang tu semua plan dia yang buat!"

'Eh mangkuk nih! Tanya aku sedar ke tak? Dia tu lah yang tak sedar! Aku brainwash dia satgi! Mahu dia ruqyah kan akunya balik!'

"Kau tak boleh move on lagi ke? Dia tak buat semua tu lah.Dia cakap macam tu sebab dia geram sebab kau tengok sendiri Nad desak dia bagitahu benda betul.Dah dia pun tak tahu siapa yang buat,dia nak cakap apa lagi? Dia cakap aja lah semua tu rancangan dia untuk puaskan hati kita semua sebab desak dia!"

"Aku tak percaya.Aku rasa dia lah yang buat! Ni mesti ada apa-apa dia bagitahu kat kau pastu kau ni dahlah cepat lurus! Nak je kau bulat-bulat percaya cakap dia!"

"Huh! Suka hati kaulah Riyan.Kalau kau rasa Aisy yang buat semua ni, terpulanglah.Aku dah explain tapi kau tak nak ambil peduli sebab di mata kau yang ni semua salah Aisy.Dahlah! Aku cau dulu.Kau fikirkan lah. Jangan nanti kau menyesal sebab kau benci pada orang yang salah"

'Di mata kau,Aisy buruk.Di mata aku,kau beruk.Huh!'

Irfan berlalu pergi meninggalkan Aryan.

Pada malam hari..............

Selepas makan malam tadi,Adrian berehat sebentar di ruang tamu.

Aisy yang baru selesai bersihkan ruangan dapur terus ke ruang tamu.

"Adrian.Saya nak minta awak tumpangkan saya esok. Boleh ke? Kalau awak minta suruh bayar,saya akan usahakan asalkan saya boleh tumpang awak. Lagipun sekarang naik grab ke teksi ke tambang dah mahal sangat.So saya harap awak takde lah caj tinggi. Bagi harga kawan la pada saya ya"

Adrian hanya diam.Tidak berkata ya mahupun tidak.

Melihat seperti kata-katanya tidak dibalas,Aisy mengambil keputusan untuk ke stor.

"Haih! Apalah nasib haa! Bayangkan hari-hari jadi tunggul kayu bila bercakap dengan dia.Aaa nanti dah lama jadi tunggul dia upgrade sikit jadi tugu negara!" Bebel Aisy sendirian sambil tangannya sibuk membuka tudungnya lalu disangkutkan pada rak yang sudah ada di dalam stor itu.

Dia merebahkan dirinya di atas cadar.
Baru sahaja ingin melelapkan matanya,dia mempunyai perasaan yang tidak enak.Dia dapat rasa ada sesuatu yang melintas dari kepalanya hingga ke kaki.
Dia bangun semula dari perbaringan lalu dia melihat di kawasan kotak yang benda asing lalu tadi.

Dia mengalihkan kotak itu perlahan-lahan dan dia terkejut kerana benda itu mendekatinya membuatkan dia terjerit.

"Aaaaaa!!!!T-tolong!!!!" Aisy segera membuka pintu stor itu dan memecut selaju yang boleh tanpa melihat di depannya.

Sedarnya dia terlanggar sesuatu lalu dia memeluk benda itu.Rupa-rupanya itu Adrian.

"Tolong! Tolong saya! Awak, A-ada cik siti!" Kata Aisy dengan nada yang hampir menangis.Dia sudah tidak sedar bahawa dia telah memeluk Adrian dan rambutnya sudah terdedah.

"Dah kenapa kau memekik malam-malam buta ni? Cik siti siapa pula? Saka kau ke?" Tanya Adrian pelik.

"Ihh bukanlah! Tikus lah awak! Saka datang mana pula?"

Tanpa Adrian sedar dia telah tergamam melihat rambut gadis itu.Panjang rambut itu ala-ala Rapunzel pula. Sudahlah baunya harum campuran strawberi dan sweet mint.Kalau nak dibandingkan dengan Erin,rambut Aisy yang lebih panjang.Hari-hari dia sudah lihat rambut Erin kerana Erin masih belum menutup aurat sepenuhnya manakala Aisy pula menutup aurat dan ini kali pertama dia melihat rambut milik gadis itu secara keseluruhannya.

"Awak dengar tak saya cakap dengan awak ni? Tolong buangkan.Saya tak bolehlah dengan menatang tu. Sumpah geli!"

Baru Adrian tersedar.Dia pun menjauhkan dirinya dengan Aisy.

"S-sorry.Saya terpeluk awak" kata Aisy sedikit gugup.Kalau keadaan panik semua benda dia tak sedar apa yang dia dah buat.

Adrian pun pergi ke arah stor.Dia melihat keadaan dalam stor itu.
Ianya sempit.Entah macam manalah Aisy boleh tidur di dalam.

Dia cuba mengalihkan beberapa kotak untuk mencari keberadaan tikus.
Setelah menjumpai, Adrian juga terkejut.
Tikus itu sangat besar.

"K-kau dah buat apa kat rumah aku haa? Tikus ni betul-betul kenyang dah ni! Engkau yang tidur hari-hari kat sini baru harini rasa yang binatang ni ada kat dalam?" Adrian juga geli.Tikus kecil boleh lah lagi dia tahan ini besar penumbuknya ada lah.Mananya tak geli?

"S-saya tak tahu.Baru malam ni dia muncul"

Mereka berdua memerhati tikus yang menyembunyikan diri sehinggalah tikus itu bergerak ingin keluar dari stor.

"Aisy! C-cik siti nak keluar!"

Terus Adrian keluar dari stor itu berikutan dengan Aisy.Adrian menutup pintu stor itu sebaik sahaja Aisy keluar.
Entah di mana silapnya Aisy ingin berlari menuju ke ruang tamu tidak semena-mena dia berlaga dengan Adrian dan membuatkan mereka terjatuh.

Buk!

Mereka jatuh dalam posisi yang sama seperti mereka terperangkap di dalam bilik game itu hari.

Kejatuhan mereka menyebabkan rambut milik Aisy menutupi mukanya.

Entah Adrian sedar atau tidak dia telah membantu menyelitkan rambut Aisy ke belakang agar rambut itu tidak menutupi muka Aisy.

Perbuatan Adrian membuatkan Aisy menjadi kaku seketika.Dia bangun dengan cepat kerana dia tahu Adrian mungkin tidak selesa.

"M-maaf.....Terima kasih sebab tolong saya pasal tikus tu"

Jeda seketika.

"Adrian.Saya tahu benda yang saya nak cakap ni, mungkin awak tak bagi,tapi saya harap awak bagi juga.Saya nak minta satu bilik kosong.Bilik pembantu rumah pun jadi lah.Lagipun tikus tu tak keluar lagi............Haa,kalau tak boleh pun takpelah.Malam ni saya boleh tidur di ruang tamu la dulu.Esok-esok keluarlah tikus tu" Aisy berura-ura untuk ke ruang tamu namun ditegah oleh Adrian.

"Aku bagi kau tidur bilik yang hampir dengan dapur.Itu bilik pembantu rumah.Sesuai sangat dengan kau"
Adrian berlalu pergi ke tingkat atas.

Aisy mencebik.Dia terus menuju ke bilik yang dikatakan oleh Adrian tadi kerana badannya perlu berehat dan dia pun sudah berasa mengantuk.

Skip ⏮️.................

"Woi,bangun!" Jerkah Adrian sekali.
Aisy terus terjaga dari lenanya.

"Semalam kau gatal sangat nak bilik. Tidurnya dekat ruang tamu ni! Kau dah kenapa?"

"Haih! Awak bagi saya bilik tu tapi kuncinya tak bagi. Saya dah puas ketuk pintu bilik awak,minta kunci.Ada awak menyahut? Tidur mati ada lah!" Kata Aisy sambil tangannya sibuk menenyeh matanya.

"Banyak pula songeh kau.Aku nak kau bersiap sekarang.Kau lambat,aku tinggal aja! Aku bagi 10 minit untuk kau bersiap.Now,move!"

"A-apa? 10 minit? Mana cuk...."

"Takde.Kalau kau siap lewat seminit pun memang aku tak akan tunggu"

"Ihh! Sabar lah"

"Kau tu mak lampir saja.Bukan anak kerabat diraja untuk aku tunggu macam patung cendana kat luar rumah"

Aisy hanya mampu menjuihkan bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience