Aisy terjaga dari lenanya.Dapat dia rasakan sedikit hairan.Fikirnya di mana dia berada kerana tilam di biliknya tidaklah seempuk ini.
Dia membuka matanya perlahan-lahan dan meneliti sekelilingnya.
'Kalau ni bukan bilik aku jadi bilik ni bilik sia........'
"Kau dah bangun? Kau pergilah solat isya' dulu.Nanti dah siap turun bawah.Aku ada masakkan sup ayam untuk kau" Kata Adrian sejurus dia memasuki biliknya dan melihat Aisy sudah sedar.
"Solat isya' awak kata? Saya dah terlepas maghrib ke?"
"Tadi kau pengsan.Aku dah kejutkan kau solat maghrib.Kau hampir pitam dalam tandas.Aku yang papah kau sampai atas katil"
Automatik wajah Aisy membahang.
'D-dia angkat aku? A-ku pitam? Sejak bila pula aku lemah cam ni?'
"Solatlah dulu.Aku turun bawah,nak panaskan sup"
'Dia ni kenapa? Mengigau?' kata Aisy di celah-celah gigi.
"Apa gau?"
"Gau? Tak-takde.Tak cakap apa-apa pun" Kata Aisy sedikit gagap.
Aisy cepat-cepat turun dari katil untuk menuju ke bilik air.
"Kau nak gi mana?"
"Tandas lah"
"Apa rumah aku ni macam orang kaya kedekut ikan masin ke? Kau ingat bilik aku takde bilik air ke sampai kau nak guna yang kat luar?"
"Tak nak lah saya.Nanti tak pasal-pasal kita kena tangkap basah berdua-duaan dalam bilik macamni.
Kahwin free dengan awak buat apa?"
Sah! Otaknya sudah biul lepas pitam tadi.
Tercengang Adrian dibuatnya.
Like~kau dah kenapa senah?
"Ouh~Tangkap basah? Teori mana kau ikut kalau dah kahwin kena tangkap basah lagi?"
Aisy terfikir sejenak.Dahinya berapa kali berkerut tanda susah memikirkan jawapan apa yang dia boleh katakan pada Adrian.
"Kau ni dah kenapa senah oi! Kau dah lupa ke kita ni dah kahwin?"
"B-bila masa pula saya dah kahwin dengan awak,haa? Perasan!" Kata Aisy tidak puas hati.
"Auuu! Sakitlah.Awak ni kenapa?" Aisy mengaduh sakit apabila dahinya dijentik oleh Adrian.
"Haa, sekarang dah sedar belum?"
"Orang gurau sikit pun tak boleh" kata Aisy sambil menggosok bahagian dahinya yang dijentik tadi.
"Dah! Pergi solat cepat.Nanti kita makan sama-sama kat bawah.Jangan nak merepek je kerja!"
Aisy hanya mengangguk tanda faham.Sempat lagi bibirnya dijuihkan.
Di meja makan........
"Awak yang masak semua ni?" Agak terkejut Aisy.
"Kau ingat takde ke lelaki yang pandai masak?"
"Apa pula? Saya tak kata macamtu.Kalau takde lelaki yang pandai masak~habis Chef Wan pun tak pandai lah!"
"Duduk"
'Aku? Duduk atas kerusi ni? Biar betik dia ni?!'
"Kau termenung apa lagi? Duduklah!"
"Awak dah lupa? Saya mana layak duduk sekali dengan awak kalau waktu makan atau semua pun.Awak juga yang tak kasi.Sudahnya sekarang bagi pula.Lepastu nanti tak bagi pula.Jangan sebab saya demam aja awak buat macam ni"
"Aku tak nak bergaduh depan rezeki.So please! Bila aku arah,kau ikut arahan.Simple je kan?" Suara Adrian menjadi tegas.
Melihat Adrian begitu,Aisy terus mengikut sahaja.Tiada niat untuk dia bermasam muka dengan Adrian.Tetapi dia sedar dia tak layak berada disitu.
Pada waktu tengah malam..................
"Paa~jangan paa.S-sakit"
"S-sakit paa.Hiks Hiks!"
Melihat Aisy seperti meracau, Adrian terjaga dari tidurnya.
"Aisy,kau mengigau nih!"
"Pa-pa.S-saya takut awak.Papa n-nak pukul saya"
Kata Aisy tersedu-sedan.Matanya lansung tidak dibuka.
Adrian sedikit tersentak dengan kata-kata Aisy.
'Takkanlah sampai macam ni sekali? Ada apa-apa yang dia trauma ke?'
"Aisy,aku ada ni.Mana ada papa kau kat sini?.......Dah dah dah! Aku ada ni" Adrian terpaksa mendodoi Aisy supaya Aisy berhenti mengigau dan tidur seperti biasa.
Melihat Aisy sudah lena,Adrian pun merebahkan badannya semula.
Untuk mengelakkan Aisy jadi begitu lagi,Adrian mendepa tangannya sebelah kiri dan diletakkan di bawah kepala Aisy.Dia bertindak memeluk badan Aisy.
Skip ⏮️...................
Pada paginya,Aisy tersedar dari lena kerana dia dapat merasakan ada sesuatu yang melilit di pinggangnya.
Dia membuka perlahan-lahan matanya.Rupa-rupanya itu tangan Adrian.Dia cuba untuk mengalih perlahan-lahan dan tidak semena-mena dia telah buat Adrian terjaga.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Adrian dengan suara serak basahnya.
'Auch! Boleh tergugat iman aku macam ni!!'
"S-saya nak masuk bilik saya.Nak sambung tidur sana"
"No.Aku tak izinkan.Just stay here"
"Kenapa pula?"
"Kau masih demam.Aku tak nak kau pitam macam semalam.Lagipun masih awal pagi.Sambung tidur"
Adrian bertindak memeluk Aisy lagi membuatkan jantung Aisy tidak berhenti berdegup kencang.Dia cuba tenang dan biarkan sahaja perlakuan Adrian terhadapnya.Sebenarnya dia takut Adrian tidak berasa selesa kerana adanya dia disitu.
Lama juga dia berfikir dan baru dia teringat sesuatu.
"Ehem! Harini kan hari awak pergi kem.Kenapa tak bangun lagi?"
"Aku tak pergi"
"But why?"
"Selagi kau demam aku takkan tinggalkan kau sorang-sorang kat rumah.Aku akan jaga kau sampai kau sembuh sebab kau tu tanggungjawab aku"
Terasa terharu sedikit apabila Adrian sanggup tidak menyertai kem kerana ingin menjaganya.Dia tidak sangka langsung yang Adrian bertindak begitu.
"Ada apa-apa lagi kau nak tanya? Kalau takde~dah boleh sambung tidur balik.Aku tak nak kau bergerak langsung.Kau keluar tak keluar, tengahari nanti"
Terbuntang luas mata Aisy.
"Amboi! Melampau awak nih! Habis saya nak terkencing macam mana?"
"Aku dukung kau"
"Eiii! Tak nak lah saya.Habis sarapan macam mana? Awak nak makan apa kalau saya tak sediakan?"
"Aku makan kau jelah" kata Adrian perlahan dan selamba.
"A-apa awak kata? Makan apa?"
"Diamlah minah.Aku cakap tidur,kan?!" Adrian menarik Aisy supaya kedudukannya sangat rapat.
"Ih! Mana boleh! Nanti awak gastrik lah kalau tak makan!" Aisy cuba menahan dirinya daripada duduk rapat dengan Adrian.
"Aku makan kau jelah! Senang.Kenyang juga.Bukan setakat tu aja.Dapat pahala lagi!"
Tiba-tiba Aisy berasa seram sejuk dengan apa yang Adrian kata.
"T-takpelah.S-saya nak ke tandas dulu"
"Tak boleh"
"Awak, please lah"
"Tak boleh,nanti kau lari"
"Tak! Saya tak lari lah.Saya betul-betul nak ke tandas ni.Tolonglah"
"Aku dukung kau"
"Awak.Saya serious ni nak ke tandas.Tak lari ke mana-mana pun.Percayalah! Nanti kalau saya dah keluar dari tandas semula,kalau saya lari ~awak tangkaplah saya"
"Okay! Kalau kau lari,siap kau! Aku takkan lepaskan kau"
Aisy terus berdesup keluar dari bilik Adrian sambil menutup pintu.
"Gila lah awak nih!!" Aisy memecut ke dalam biliknya.Tiba-tiba dia rasa demamnya sudah kebah.Jadi tak perlulah Adrian menjaganya lagi.
Kan kan kan?!!
"Tunggu kau,lepas aku dah siap mandi nanti!"
Sempat juga Adrian membalas.
Terbit satu senyuman kekok dari wajah Adrian.
"Riyan! Ad mana? I call dia tak jawab lah.Kita dah nak naik bas ni.Dia belum sampai lagi" Adu Erin kepada Aryan.
"Entah.Semalam lepas habis kelas,Ad cakap dia datang paling awal.Harini lain pula jadinya"
Irfan yang mendengar sedikit pelik.
'Aii! Pelik nih! Kalau Adrian cakap sampai awal tapi sekarang tah mana batang hidung~habis dia di mana?
Aisy pun...........Ish! Kat mana diorang ni?'
Irfan bertindak menelefon Aisy.Tapi malangnya, tidak diangkat.
"Kita dah nak kena gerak nih.Dah lambat.Kau send location ajalah pada Adrian suruh datang sendiri.Siapa suruh lewat sangat?! Pandai-pandailah dia cari" Kata Nadya pula.
"Haa ye lah ye lah" kata Aryan.
"Weh,Irfan.Pompuan tu ikut sekali ke?" Tanya Erin sedikit kasar.
"Perempuan mana?"
"Halah! Buat-buat tak tahu pula.Pompuan yang duk menggedik dengan you,lah! Dasar perampas!" Kata Erin dengan sinis.
Irfan yang mendengar sudah panas hati.Aryan yang ada di tepi menggosok belakang badan Irfan supaya dapat mengawal amarahnya.
"Perempuan mana yang kau maksudkan? Kau nak kata Aisy? Punyalah cantik nama dia~pompuan juga kau panggil?"
"Eloklah Erin panggil dia pompuan.Atau kau nak suruh si Erin panggil dia tu sundal? Atau,nak suruh panggil penyondol?!" Balas Nadya pula.
Mahu sahaja Irfan menampar pipi mulus milik Nadya tetapi dia masih cuba bersabar kerana dia bukanlah sejenis lelaki yang suka berkasar dengan mana-mana perempuan.
"Kalau mulut kau takde benda elok nak cakap pasal Aisy,better kau diam!"
"Kenapa Nad kena diam? Betul lah apa yang Nad bagitahu. Asal erk? You bela dia cukup-cukup dari waktu kejadian sampai sekarang.Atau dia ada hasut you sampai dia salah pun you still nak bela?!"
Irfan hanya diam.Dia malas nak berperang mulut dengan Erin atau Nadya kerana dia tahu yang di mata mereka,ni semua salah Aisy dan mereka langsung takde buat salah apa pun.
Lebih baik dia masuk ke dalam bas sahaja.Aryan pula perlahan-lahan boleh melihat perangai sebenar Erin seperti yang dimaksudkan oleh Irfan.
Di rumah............
Aisy menyediakan roti telur sahaja sarapan pada pagi itu.
Uhuk uhuk! Uhuk uhuk!
Aisy yang minum air kosong tersedak tiba-tiba.
"Kau dah kenapa tersedak bagai?"
"Entah.Ada orang sebut nama saya kot"
"Entah-entah Irfan yang sebut" Kata Aisy lagi.Perlahan namun masih boleh didengari oleh Adrian.
Muka Adrian berubah tegang.Entah mengapa panas sahaja hatinya apabila Aisy menyelit nama Irfan di dalam percakapannya.
"Kenapa muka awak merah ni? Awak marah ke? Janganlah marah-marah.Nanti tak handsome! Cubalah minum air.Mana tahu nanti tersedak juga?!..........Saya confirm 100 peratus orang yang sebut nama awak tu mesti Erin! Kan kan kan?"
"Iya juga kan? Kalau aku tersedak ~ pastu terbatuk banyak kali~maknanya Erin sebut nama aku banyak-banyak kali lah ya?"
Aisy menjuihkan bibirnya tanda menyampah.
"Kau buat boleh,aku buat kau tarik muka pula!"
"Ihh! Orang tarik muka tu maknanya orang sayang lah! ORANG JEALOUS! Takkan tak faham lagi? Benci!"
Aisy terus masuk ke ruangan dapur.Kakinya dihentak kuat tanda protes.
"Kau tu lidi, bukannya gergasi nak jalan macam tu!"
"Whatever! Suka hati label orang lidi! Habis awak tu apa? King Kong?!"
Tergelak kecil Adrian dengan perlakuan Aisy itu.Dia tiba-tiba suka apabila Aisy mengatakan cemburu dengan Erin.Baginya, perlakuan Aisy itu comel!
Eh?!
Pada malam hari..............
"Pan! Kau ada apa-apa berita tak dari Ad? Aisy ke?"
Tanya Aryan tiba-tiba.
"Ada.Aku dapat message dari Ad yang Aisy tu demam. Dia kata dia nak jaga Aisy.That's why dia tak join kita.
Aku pun yang call Aisy tak dapat sebab bateri phone Aisy takde lah tu kot.Kalau off data~aku call mesti masih sampai.Ni,takde pula sampai"
"Ouh! Baguslah tu.Aku rasa mesti Ad dah ambil berat pasal Aisy"
Irfan melihat Aryan dengan muka yang tidak percaya.
Haritu bukan main lagi mengutuk Aisy dan cemuh macam-macam.Harini lain pula jadinya.
"Asal kau pandang aku macam tu?"
"Tak.Aku just pelik"
"Ya,aku tahu aku banyak buat salah pada Aisy.Aku tak sepatutnya kata macam tu pada dia.Aisy punyalah baik dan aku just butakan mata tak nampak kebaikan Aisy tu.............Tadi masa kau perang mulut dengan Nad, dengan Erin kan~ baru aku tahu bisa juga mulut Erin tu.Entah aku rasa Erin annoying pula.Aku tengok macam dia belum move on yang Ad dengan dia takde jodoh.Kalau haritu, yes! Aku sokong dia asyik berkepit dengan Ad sebab aku tahu dia kebahagiaan Ad and lepas dengar cerita kau bagitahu pasal Aisy,buat aku sedar yang Ad dah salah.Dia dah ada isteri dan tak patut dia masih bermesra dengan orang yang takde apa-apa kaitan dengan dia macam Erin tu"
"Yes.Macam ni lah kawan aku.So,now! Aku nak kita sama-sama tolong Ad untuk yakinkan dia yang Aisy betul-betul jodoh dia.Aku bukan nak masuk campur hal diorang tapi aku kesian dekat Aisy. Adrian dahlah layan dia acuh tak acuh je.Tambah lagi mummy Adrian pun tak suka Aisy"
"Serious lah? Bukan ke waktu diorang nikah mummy Ad okay ke dengan Aisy?"
"Yaa.Hari ada majlis kat rumah Ad~ kau,Erin dengan Nad kan balik awal~ so korang tak sempatlah nak tengok mummy Ad tampar Aisy............"
Irfan pun menceritakan kejadian itu hari kepada Aryan sambil menikmati makan malam.
"Aisy.Boleh aku tanya sesuatu?"
Aisy yang sedang khusyuk menonton televisyen terus mengalihkan pandangan ke arah Adrian.
"Apa? Tanya lah"
"Papa kau ada buat sesuatu pada kau ke sampai kau trauma?"
Pertanyaan itu membuatkan muka Aisy menjadi pucat.
"Aku just tanya but kalau kau tak nak cerita~then fine"
Aisy duduk di sebelah Adrian.
"Boleh saya pegang tangan awak?"
Adrian tidak berkata ya mahupun tidak.Jadi Aisy memegang sahaja tangan Adrian.
"Ceritanya.......Lepas habis SPM~saya tak tahu nak buat apa jadi saya minta izin dengan papa untuk buat part-time job sebab saya nak cari duit sendiri. Masatu
papa kasi je saya buat apa yang saya suka sementara nak tunggu result SPM nak keluar.Takkanlah saya nak terperap kat rumah je kan?"
Adrian hanya mengangguk tanda faham.
"Satu hari tu,hari jadi papa saya dah tiba.Saya happy sangat sebab saya dah ada gaji.Bolehlah saya pakai duit gaji saya beli hadiah untuk papa.Saya rela ikat perut supaya boleh beli hadiah tu.Lepas saya balik dari beli hadiah papa~ saya kena tuduh curi duit kakak tiri saya.Saya rasa bengang sangat sebab papa cakap saya yang curi duit kakak saya sedangkan saya kerja, duit saya ada je.Takkanlah saya nak mencuri? Dia tak percaya pada anak dia sendiri"
Flashback...........
"Aeliese! Kau dapat dari mana duit beli hadiah aku ni?"
Tanya Dato' Rashid dingin.
"Apa papa tanya ni? Semestinya lah pakai duit Aelise"
Naik hairan Aisy apabila ditanya begitu.
"Sini kau!" Dato' Rashid menarik tudung yang masih tersarung di kepala Aisy supaya Aisy duduk lebih dekat dengannya.
"Aduh.Paa,sakit paa!Kenapa papa buat macam ni kat Aelise?"
"Kau tanya aku? Baik! Aku tanya kau sekali lagi! Kau guna duit siapa beli hadiah ni?" Dato' Rashid menarik telinga Aisy pula.
"Kan Aelise dah cakap.Aeliese pakai duit Aelise hasil dapat gaji" Air matanya sudah mengalir deras menahan sakit atas perbuatan papanya.
"Kau tipu! Kau pinjam duit dari Aina lepastu kau tak bayar balik.Lepastu sanggup kau mencuri duit dia! Dasar anak tak tahu malu! Siapa ajar kau perangai macam ni haa?"
"Aelise takde pinjam duit kak Aina pun! Apatah lagi nak curi duit dia! Kalau papa nak tahu kak Aina yang selalu pinjam duit Aisy!"
Aina yang santai menonton televisyen naik berang apabila Aisy memetik namanya.
"Kau tipu! Kalau betul aku yang pinjam~ habis mana semua duit aku? Kenapa tak ada baki walau se sen pun?"
"Itu masalah akaklah! Akak pergi berjoli sakan sana sini pakai duit Aisy! Aisy takde pun nak desak akak bayar sekaligus macam mana akak pinjam dengan Aisy!"
Tengking Aisy.
"Tak paa! Dia ni tipu! Kenapa pula Aina nak pinjam duit Aisy? Aina kan dah minta pada papa,pada mama.Buat apa nak pinjam pada dia? Aina tahu Aina masih tak kerja paa,tapi Aina masih tahu nak bahagikan duit untuk diguna bila perlu.Aisy fitnah Aina,paa! Sanggup kau kan Aisy,fitnah aku bagitahu yang aku pergi berjoli? Aku tak pernah pun burukkan kau pada papa kan?"
Kata Aina.Mukanya dibuat-buat seperti kecewa dengan Aisy padahal sikap sebenarnya memang begitu.
"Paa! Apa kata kita pergi check bilik Aisy.Mana tahu ada bukti kukuh?! Barulah kita boleh tahu Aisy menipu atau tidak" Kata Aina selepas diam seketika.
Dato' Rashid pun dengan pantas menarik Aisy ke bilik untuk mencari bukti.
Dato' Rashid menyuruh Aina dan puan Hajar menggeledah bilik Aisy.
Aisy hanya diam menekur lantai.
Tiba-tiba Aina terjumpa satu sampul surat yang tidak asing baginya berada di dalam almari milik Aisy.
"Paa! Kan betul apa yang Aina cakap! Ini sampul surat yang Aina simpan dalam laci.Aina simpan duit dalam tu untuk kegunaan kecemasan.Tapi kenapa sampul ni boleh ada dalam bilik Aisy? Duit yang sedia ada dalam sampul ni pun dah hilang"
"Apa semua ni?!" Naik seoktaf suara Dato' Rashid.
Terkejut Aisy apabila Dato' Rashid seperti menggertaknya.
"Aisy! Kalau kau betul-betul takde duit~ please! Janganlah sampai mencuri.Akak kan ada.Aisy minta je berapa yang Aisy nak.InsyaAllah akak bagi" Kata Aina lagi dengan muka dibuat kesian terhadap Aisy.Padahal dalam hatinya sudah tergelak jahat sebab dia mampu membuatkan Dato' Rashid mempercayainya.
"Sudah! Semua keluar dari bilik ni! Budak ni biar aku yang ajar!"
Setelah puan Hajar dan Aina keluar dari bilik, Dato' Rashid pun melibas tali pinggangnya pada badan Aisy.
"S-sakit paa! Tolong paa! Aelise tak buat semua tu!"
Ronta Aisy namun sikit pun papanya tidak endahkan.
"Berani kau ya buat semua ni! Dah tak takut dosa ke apa? Aku penat² hantar kau ke sekolah dapat pendidikan yang cukup~ini ke yang aku dapat? Anak tak guna!"
Dia melibas lagi.Tubuh Aisy penuh dengan kesan berbirat.
Selesai melibas,Aisy dibiarkan tidur di luar rumah yang ditemani dengan hujan lebat yang bercampur kilat pada malam itu.
End flashback........
"Lepas kejadian tu~saya dah tak buat kerja part-time tu,dan saya alami trauma"
Menggigil-gigil tangan Aisy menceritakan kejadian itu.
Adrian yang dapat rasa terus memeluk badan Aisy.
Tiba-tiba dia rasa kasihan kepada gadis itu.
Setelah reda tangisan Aisy,Adrian cuba memulakan perbicaraan semula.
"Aisy,aku minta maaf sebab tanya hal ni pada kau"
"Takpe.Saya happy sebab awak masih ambil berat pasal saya.Thanks"
"Aku nak minta maaf juga pada kau pasal hal sebelum sebelum ni.Aku bukan apa,tapi aku tak boleh kalau ada orang yang cuba nak khianat aku.Aku jadi marah dan aku tak boleh nak kawal sifat baran aku pada kau.Aku minta maaf sebab dah dera kau.Aku tahu,aku ni lelaki tak guna"
"Takpe.Saya dah maafkan awak.Saya tak salahkan awak pun.Siapa je suka orang khianat kita, kan?"
Adrian mengangguk.
"Awak.Sekarang 2 bulan lebih dah berlalu.Saya masih ada lebih kurang 7 bulan lebih lagi untuk pikat awak. Saya masih belum berjaya ke?" Soalan itu diajukan secara tiba-tiba.
"Aisy,pasal ni pun aku nak minta maaf.Aku tak tahu dengan perasaan aku sendiri.Aku masih ada rasa suka pada Erin"
Aisy hanya mengangguk sambil tersenyum kelat.Dia tahu jawapan ini yang akan Adrian katakan padanya.
"Tapi,aku cuba"
"Cuba?"
"Aku akan cuba buka hati aku untuk kau"
Serentak mendengar itu, jantung Aisy berdegup bagai nak meletup.
Betulkah apa yang dia dengar atau itu hanyalah mimpi? Andai ini mimpi~ dia tidak mahu bangun dari lenanya.
Andai ianya benar,maka dia tidak persiakan usahanya untuk memikat Adrian.
"Terima kasih sebab bagi saya peluang.Saya rasa pelik sebab awak bagi saya peluang,sedangkan saya tahu yang jawapannya hanya Erin yang ada dalam hati awak"
"Aku bagi peluang sebab aku hargai pengorbanan kau"
"Maksud awak?" Hairan Aisy apabila Adrian berkata begitu.
"Aku hargai pengorbanan kau yang suka aku dah lama tapi aku sikit pun tak pernah nak jaga hati kau dan aku sikit pun tak tahu hal tu"
"Jangan cakap yang saya bagitahu awak semalam?"
Adrian mengangguk seraya tersenyum manis.
Aisy menekup mulutnya sendiri akibat terkejut.
'Eww!! Disgusting! Kenapa aku kena bagitahu dia masa aku tengah sakit? Aku nak juga luah pada dia dalam keadaan romantik! Ish'
Sebab itulah dia tidak suka bila dia demam.Mulutnya habis nak merepek.
"A-apa lagi saya bagitahu awak time tu?"
"Kau cerita balik waktu first kita terserempak,kau kenalkan aku dengan Erin dan kau bagitahu aku yang Erin sebenarnya baru je putus cinta time tu"
Terbuntang luas mata Aisy.Dia kah yang menceritakan semua itu? Oh,tidak!
"Err~ saya bagitahu putus je kan? Takde ulas panjang kan?"
"Kau bagitahu diorang putus sebab Erin yang nak.Dia takut kawan sekolah kau dah jumpa pengganti di universiti baru dia nanti.And bila dia dapat tahu aku suka dia,dia approve nak couple dengan aku masatu juga"
Aisy menelan air liur sekali.
"Awak jangan fikirkan sangat apa yang saya merepek, tau! Awak jangan rasa Erin tu playgirl ke apa.Mungkin waktu tu~ bila dia dah jalin hubungan dengan awak,dia akan lupakan kawan saya tu kan?! Haa,ok lah tu.Masa dia dengan awak,dia happy kan? Tak macam baru putus cinta pun"
"Kawan kau tu handsome sangat ke,sampai Erin boleh jatuh hati pada dia?"
"Haah.Bolehlah daripada takde.Tapi bagi saya awak lagi handsome dari dia ataupun yang lain" Aisy sengih seperti kerang busuk.
Adrian rasa malu sedikit apabila dipuji begitu tetapi cepat-cepat dia berubah kepada muka macho.
"Ouh.Baguslah kalau aku lagi handsome daripada dia.
Nanti senang kalau kitorang terserempak ke apa,Erin takdelah pandang dia sebab aku kan lagi handsome"
Aisy hanya menjuihkan bibirnya.
"Hmm,yelaa~ betul tu.Eh,tapi kan! Saya rasa tiba-tiba muka Irfan lagi handsome kalau nak dibandingkan dengan awak.Irfan semart wou! Untung siapa jadi bini dia!"
Adrian pula tiba-tiba panas apabila mendengar nama Irfan.
"Apa istimewanya Irfan yang kau suka and sebab kau jadikan dia kawan?"
"Ni awak tanya sebab jealous ke hmm?" Kening terangkat beberapa kali.
"Takde masa nak jealous.Aku just nak tahu"
"Hmm ye laa.Irfan istimewanya dia sebab bila dia dengan saya~saya rasa dia dapat lindungi saya.Saya dapat rasa vibe abang-abang pada dia.Saya tak tahu kenapa sepanjang kami kenal~saya tak pernah nak suka atau jatuh hati pada dia.Saya just anggap dia kalau lebih dari seorang kawan pun~ saya anggap dia abang saya je.Haa,macamtu.Lagipun dia je yang ada waktu saya susah dan senang.Macam kejadian di mana kita kena tangkap basah.Irfan yang ada tenangkan saya waktu Nad,Erin dan Aryan tak percayakan saya, buang saya.Hanya dia yang percaya yang semua tu bukan rancangan saya. Saya rasa kecewa sikit bila kawan kita tak percaya saya.Hanya Irfan saja saya rasa kawan sejati saya even Nad dan Erin dah banyak tolong saya sebelum sebelum tu.Tapi,tak lupa juga dengan Irfan. Kalau nak dibandingkan,memang Irfan sorang sahaja yang ada waktu susah dan senang saya"
Jeda seketika.
"Saya berani sumpah saya tak buat benda tu. Saya tak tahu chat tu datang dari mana.Kalau betul saya buat ~ kenapa haritu saya tak bawa phone saya masuk bilik game tu? Awak tak cuba ke perhati pukul berapa mesej tu dihantar? Takkanlah tergamaknya saya nak call pihak JAIS? Saya pun tahu nak jaga air muka keluarga saya.Kalau betul sekalipun saya nak rampas awak dari Erin,saya takkan buat perkara yang boleh mengaibkan keluarga saya mahupun keluarga awak sendiri"
Adrian diam.Ada betulnya juga apa yang Aisy bagitahu.
Seingatnya kejadian haritu dia ada meminta telefon Aisy supaya dapat hubungi seseorang untuk tolong membuka pintu bilik itu tetapi Aisy memberitahu bahawa telefonnya sudah berada dengan Nadya.
"Kau rasa ada kemungkinan tak Nad yang buat?"
"Eh,taklah.Saya percaya Nad.Dia takkan buat semua ni.
Dia sayang sangat dekat Erin dan saya tahu dia takkan tergamaknya nak buat semua ni hanya untuk saya. Awak tengok sendiri haritu.Dia marahkan saya sebab buat Erin macam tu"
"Aisy kau ada musuh ke sebelum-sebelum ni? Kalau bukan kawan rapat kita~habis siapa? Takkanlah aku pula yang ada musuh?"
"Entah.Siapa pula nak bermusuh dengan saya? Awaklah kot yang ada musuh.Saya ni takde keistimewaan pun. Duit pun takde apatah lagi harta pusaka"
"Tapi kau ada satu keistimewaan"
"Apa dia?"
"Kau ada senyuman yang menarik dan cantik"
Muka Aisy sudah membahang malu apabila Adrian memuji nya begitu.
"Hahaha.Cantik ke,senyuman menarik ke~ianya kelebihan.Tapi saya rasa Erin lebih cantik kot~ kalau nak dibandingkan dengan saya.Yelah~ kalau saya vs Erin,memang confirm saya kalah.Kecantikan Erin langsung tak setanding dengan saya sebab kitorang macam langit dengan bumi" Aisy tersenyum manis melihat ke arah Adrian.
Adrian berasa sentap sedikit dengan apa yang Aisy katakan.Masih dia ingat dialah yang memberitahu Aisy begitu.
Melihat Adrian hanya diam membuatkan Aisy berasa serba salah.Takut sahaja dia ada salah cakap atau apa.
"Err~awak.Saya nak masuk bilik dulu ya.Saya dah mengantuk"
Aisy berura-ura mahu pergi.
"Kau tidur dalam bilik aku Aisy.Aku izinkan"
"Kalau saya tidur bilik awak~ awak pula nak tidur kat mana?"
"Atas katil"
'Ou~ dia sengaja ajak aku tidur dalam bilik dia tapi dia nak buli aku lah ya? Aku kena tidur atas lantai lagi? Aii! Tadi baru je minta maaf.Tapi kalau aku tolak~berdosa ke erk?'
"Takpelah.Saya tidur kat bilik saya je.Takut nanti awak tak selesa"
Adrian menutup televisyen.Sejurus itu dia menghampiri Aisy lalu tangan kiri Aisy digenggam bersama tangan kanannya.
"Jom,kita naik atas"
Aisy dapat rasa degupan jantungnya tidak boleh dikawal.Rasanya nak meletop sahaja disitu.Tidak pernah-pernah Adrian melayannya begini.Tapi dia bersyukur.Walaupun Adrian tidaklah mesra mana dengannya sekurang-kurangnya dia ada teman yang boleh bersama dengan dia walaupun untuk sementara.
Di dalam bilik............
"Tercegat dekat situ buat apa lagi? Naiklah"
Ajak Adrian apabila melihat Aisy yang masih berdiri statik disitu manakala dia sudahpun berbaring di atas katil.
"Naik mana? Saya kan tidur bawah.Turunlah"
"Naik Aisy sebelum aku dukung kau"
"Aaa ye ye.Nak naiklah ni" Gelabah Aisy dibuatnya.
Aisy berbaring perlahan-lahan.
Adrian tersenyum kecil menahan dari ketawa melihat Aisy tidur membelakanginya serta tidur betul-betul hujung.Kalau dah tidur nanti pusing sikit je lagi maka Aisy akan mencium lantai lah jawabnya.
"Aisy.Bukan kau ke yang kata kalau tidur tak baik membelakangi suami? Habis kau buat ni takpe ke?"
"Haa? M-mana ada saya belakangkan awak.Saya cuma dah biasa kalau tidur mengiring sebelah kiri" Nafi Aisy.
"Tak kesah lah biasa ke tak,tapi sekarang kau tidur dengan suami kau.Mana boleh!"
Aisy pun berhenti mengiring.Dia duduk straight pula dan cuba tutup mata.Pandangannya menatap syiling bilik itu.
"Kau memang suka tidur hujung ke macam mana? Kalau boleh nak je sampai jatuh katil"
Aisy bergerak ke kanan sedikit.Tahu sahaja Adrian memerlinya.
"Sikit lagi" Aisy bergerak lagi.
"Lagi aku cakap!"
"Aii! Lebih dah awak ni.Kenapa saya nak duduk rapat-rapat dengan awak pula? Saya tak nak lah.Saya takut awak tak selesa.Saya ni bukanlah orang istimewa pada awak untuk mesra macam ni"
Aisy tiba-tiba teremosi.
"Err~minta maaf.Saya terlebih pula.Saya just cakap saya takut awak tak selesa.Lagipun saya tak nak paksa awak.Saya nak awak suruh saya bila awak dah betul-betul ready"
"Aku okay.Aku cuba nak berbaik dengan kau.Jadi,kau masih rasa tak selesa dengan aku?"
Aisy tergamam sahaja mendengar suara lembut Adrian menyapa halwa telinganya.
"Aisy.Boleh ke kalau kau tak payah pakai tudung only between us? Aurat kau dan aku takde"
"K-kenapa?"
"Sebab aku suka tengok rambut panjang kau"
'Dan aku suka bau haruman rambut kau' kata Adrian sekadar dalam hati.
"S-sekejap.Saya nak letak tudung saya di sofa sana"
Aisy bangun dari duduknya dan menuju ke arah sofa.
Dia menanggalkan tudung sarungnya lalu diletakkan tudung itu di atas sofa.
Maka terserlah rambutnya yang panjang itu.Bau harumannya semerbak hingga dari jauh telah masuk menusuk ke dalam hidung Adrian.
Aisy menaiki katil semula.
"Kau nak salam tangan aku tak?" Adrian menghulurkan tangan.
Aisy pun menyambut huluran itu.Baru sahaja ingin dilepaskan,Adrian meletakkan tangan kirinya di atas kepala Aisy sama sewaktu perkahwinan mereka.
Aisy cepat-cepat meleraikan pegangan tangannya dengan Adrian.
"Awak! Nak kiss dekat dahi boleh?" Tanya Aisy dengan teruja sambil menunjuk ke arah dahinya.
Adrian bukannya menghadiahkan ciuman,sebaliknya
menjentik dahi mulus milik Aisy.
"Gatal!"
Aisy memuncungkan bibirnya.
Lalu Adrian terus mengucup dahi Aisy membuatkan Aisy terkaku di situ.
Lama juga Adrian mengucup dahi Aisy sehingga Adrian melepaskan dengan lembut.
"Kau suka?"
Aisy menjadi malu.Gila dia tak suka? Sudah lama dia ingin Adrian melayannya begitu dan akhirnya dia sempat merasa pengalaman ini.
"Dah,jom tidur.Aku ingat nak ajak kau ke suatu tempat"
"Pergi mana?"
"Tengok esok lah kita ke mana"
Aisy hanya mengangguk.
Adrian yang melihat Aisy sudah ingin merebahkan badannya, cepat-cepat dia meletakkan lengan kirinya di bawah kepala Aisy.
"Eh,awak.Tak payahlah letak tangan awak.Nanti lenguh lah"
"Takpe.Aku okay.Kau tidur je and anggap yang kau tengah baring atas bantal, bukannya lengan aku"
Aisy hanya mengangguk.
Terasa indah tidur malamnya hari itu.
Share this novel