"Korang berdua buat apa ni haa?" Jerkah Adrian yang baru sahaja keluar dari rumah.
Dia tidak sedar apa yang berlaku kerana dia pergi membersihkan badannya tadi.Setelah siap,dia mencari kelibat Aisy di seluruh dalam rumah tetapi tidak jumpa sehinggalah dia melihat pintu utama terbuka sedikit luas.
Erin yang terkejut dengan jerkahan itu terus menolak tangan Aisy dari menolongnya bangun.Dia bertegas bangun sendiri.
"Kau buat apa ni Aisy?" Tanya Adrian.
"Apa yang saya buat?" Tanya Aisy pula.
"Tak payah buat buat bodoh lah,Aisy! Mengaku je lah apa yang kau buat kat aku!" Muka Erin dibuat rasa kecewa dengan Aisy.
"Apa yang kau cakap ni haa? Apa aku buat? Yang tolak aku sampai ke atas jalan tu siapa? Dah gila ke aku nak bahayakan nyawa aku sendiri?"
"Kau mengaku lah Aisy.Aku tahu kau benci aku tapi aku takde niat nak rampas Adrian dari kau.Adrian dan aku tak boleh dipisahkan.Kitorang memang ditakdirkan ada jodoh. Kau yang sanggup jadi pemusnah antara aku dan Adrian.Aku terseksa,Aisy.Kau tahu tak? Sakit hati aku bila kawan baik aku sendiri yang tikam belakang aku"
Erin memulakan lakonan murahannya.
"Eh cukuplah dengan lakonan murahan kau tu,Erin! Baru aku tahu yang kau ni talam bermuka-muka!"
"Enough! Erin.You balik sekarang.Malam nanti kita jumpa.I need to talk with Aisy alone" Arah Adrian.
Erin hanya mengangguk tanda faham.Mukanya dibuat sedih supaya tidak menampakkan kesalahannya.
Adrian pula mengheret tangan Aisy untuk memasuki rumah.
Di dalam rumah...........
"Kau nak cuba buktikan apa pada aku,Aisy?"
"Saya tak faham apa yang awak tanya"
"Apa semua ni? Kau nak buktikan apa pada aku dengan buat semua ni?"
"Adrian! Saya tak buat apa-apa pun!" Jelas muka Aisy tidak berpuas hati dengan tuduhan itu.
"Kau dah tolak Erin sampai dia jatuh! Nasib jatuh tepi jalan raya.Kalau tadi korang bergaduh di tengah jalan, kereta ada yang lalu lalang.Macam mana?! Kerja bodoh apa yang kau buat nih?" Marah Adrian.
"Saya masih waras lah! Saya boleh fikir dengan baik. Takkan lah tergamaknya saya nak nyawa saya mahupun Erin melayang macamtu je?!"
"Kenapa Aisy? Kenapa bila aku baru nak berbaik dengan kau,kau pula yang nak buat aku jauh dari kau? Kalau aku tahu perangai kau macam ni,lebih baik aku tak beri peluang langsung lah pada kau!"
"Awak ingat saya ni apa Adrian? Awak ingat saya tak cuba ke cari cara yang boleh buat kita berbaik and boleh buat kita semakin rapat? Siang malam saya berdoa supaya kita semakin akrab,semakin bersefahaman.Kenapa bila jadi macam ni awak tak cuba nak faham saya? Betullah apa yang Erin cakap. Hidup saya takde guna.Orang yang saya sayang semua dah tak percayakan saya! Buat apa lagi hidup kalau semua orang dah membenci? Kalau macamtu baik saya mati saja kat atas jalan tadi lah! Saya biarkan jelah dia tolak saya dekat tengah jalan tadi.Yelah,tiada siapa yang pedulikan saya!"
Tersentak Adrian mendengarnya.Betulkah Erin sanggup untuk lihat Aisy mati begitu saja?
"Aisy....a-aku......."
Adrian berasa kasihan pula pada Aisy.Tetapi dia juga sakit hati apabila melihat Erin cedera di depannya kerana Aisy.
"Dahlah Adrian.Kalau awak percaya apa yang Erin cakap,then just stay with it.Saya tak boleh paksa awak untuk terima apa yang saya cakap.Saya jujur dengan awak.Dan kalau awak masih ragu untuk percaya,
saya ok je.Tadi Erin datang cari awak.Saya tak suka dia datang hanya nak cari awak macam perempuan takde maruah.Ye,saya tahu kata-kata saya ni agak kasar tapi itulah kebenarannya.Saya memang takde hak nak halang dia dari jumpa awak.Saya just nak dia jaga maruah dia sendiri.Itu je.Dia boleh sabar kan?"
"Kalau betul awak milik dia untuk selama-lamanya, awak jangan risau lah.Takde yang mustahil la.....Kalau awak nak tahu dia yang heret saya hingga ke tengah jalan.Saya dah cuba halang dia,tapi dia lebih sanggup tengok nyawa saya yang melayang.Saya tolak dia supaya saya tak perlu libatkan nyawa dia sendiri. Dengan takdir Allah,saya masih dipanjangkan umur dan saya juga terselamat. Mungkin pengakhiran hidup saya bukan begitu.Ajal saya akan tiba tapi bukan sekarang waktunya dan bukan takdir saya mati di tangan Erin"
Aisy berura-ura pergi tetapi Adrian lebih pantas mendapatkannya lalu Adrian menarik Aisy masuk dalam dakapannya.
Perbuatan Adrian membuatkan air mata Aisy mengalir deras.Tangannya hanya kaku disisi.Tiada niat untuk membalas pelukan dari Adrian.
"Aku minta maaf,Aisy.A-aku keliru.Tadi bila aku keluar je aku nampak yang kau tolak Erin sampai dia jatuh.Aku sangka kau sengaja buat tu.Aku tak tahu yang kau tolak Erin supaya kau boleh selamatkan dia.Aku minta maaf"
Nada Adrian jelas menyatakan bahawa dia betul-betul kesal.
"Takpelah.Awak ada hak nak percaya pada siapa.Saya tahu kita mesti percayakan orang yang kita sayang. Memang betul tindakan awak memarahi saya.Saya yang dah buat Erin marah.Saya dah tampar dia.Sebab tu dia sanggup kalau saya ni mati tadi" kata Aisy tersedu-sedan.
"No,Aisya.Aku dah buat kau rasa tak dihargai.Aku betul-betul minta maaf.Aku akan cuba bercakap dengan Erin hal ni"
Setelah reda tangisan Aisy,dia meleraikan pelukan.
"Adrian.Awak cuba lah selesaikan hal ni baik-baik dengan Erin.Orang tengah marah akan cakap apa-apa je padahal dia takde niat pun nak cakap atau buat benda tu.Erin tak salah.Dia ada hak nak buat macam tu pada saya.Saya memang dah betul-betul rampas awak daripada dia. Siapa je suka orang yang dia sayang kena rampas sekelip mata kan?! Awak jangan marah Erin,tau! Saya kenal Erin tu.Kalau dia dah betul-betul merajuk, susah sikit nak pujuk.Awak pun tahu tu kan?" Aisy hanya tersenyum menutupi perasaannya yang sedikit kecewa dengan Adrian.Lalu dia menuju ke biliknya untuk membersihkan dirinya.
Entah apa yang bermain di fikirannya.Dia inginkan Adrian selalu bersama dengannya dan dalam pada masa yang sama,dia kasihan akan Erin.Dia rasa dia yang telah rampas Adrian dari Erin.Dia juga merasakan bahawa disebabkan dialah kawan baiknya berkelakuan buruk,berubah 360 darjah seolah-olah dia tidak pernah kenal dengan gadis bernama Aireen Erina itu sekarang.
Skip ⏮️..................
Semasa Aisy ingin ke ruang tamu,dia berselisih dengan Adrian.
"Awak nak keluar ke?" Tanya Aisy.Pelik pula Adrian memakai air wangi semerbak.Takkanlah pakai air wangi nak duduk rumah je? Dengan bajunya macam nak keluar.
"Haah.Aku nak keluar.Tadi kan kau dah dengar yang aku akan jumpa Erin"
Aisy hanya mengangguk tanda faham.
Aisy pun terus menyalami tangan Adrian.
"Hati-hati drive.Jangan bawa laju-laju pula"
Sempat Aisy memesan pada Adrian.
Adrian mengangguk lalu menghadiahkan senyuman kecil pada Aisy.
Skip ⏮️...............
Di restoran..............
Sepanjang Erin bercerita,Adrian hanya termenung dan teringat akan kata-kata Aisy.
'Adrian.Awak cuba lah selesaikan hal ni baik-baik dengan Erin'
'Awak jangan marah Erin,tau'
"Biy,you dengar tak apa i cakap nih?!" Bengang Erin apabila Adrian seperti tidak mempedulikan kata-katanya.
"Haa,dengar.I dengar apa yang you cakap.Wait! I nak pergi toilet sekejap" Adrian pamit pergi ke tandas.
Erin berdecit geram.Kebelakangan ini,Adrian seperti mengelak untuk berjumpa dengannya.
'Tak guna punya pompuan.Dahlah rampas orang punya! Kau tunggu jela! Kita tengok last last nanti siapa akan jadi pilihan Adrian dengan mummy dia!'
Skip ⏮️................
Semasa Aisy khusyuk menonton televisyen filem aksi, sampai tidak sedar yang Adrian telahpun pulang ke rumah.
Adrian yang melihat Aisy begitu leka,dia terus mengunci pintu utama lalu mendekati Aisy.
"Eh! Awak dah balik?! Bila sampai? Tak sedar pun?!"
"Mana nak sedar minah oi dah kau tu pasang filem ni macam nak ajak jiran sebelah rumah join sekali!"
Adrian menunjal dahi mulus milik Aisy dengan lembut.
Aisy hanya sengih.Dia lebih suka melihat filem dengan suara yang kuat.Jadi tidak hairanlah kalau sampai luar rumah boleh dengar.
"Aku naik atas dulu"
"Tak nak join ke tengok sekali?"
"Nanti lah.Bagi aku mandi dulu"
Aisy hanya mengangguk tanda faham.
Skip ⏮️..........
Setelah memakai baju tidur,Adrian berasa tidak sedap badan.Terasa panas sahaja malam itu.Padahal dia baru sahaja mandi dan biliknya juga suhu sejuk.Panas dalaman.
Peluh habis membasahi pipinya.Dia turun ke tingkat bawah untuk menjenguk Aisy.
Di ruang tamu...........
Adrian yang duduk di sebelah Aisy tiba-tiba memegang tangan Aisy.
Aisy dapat merasakan tangan Adrian menggeletar.Dia juga perhatikan peluh yang turut membasahi muka Adrian.
'Dia ni kenapa? Nak kata panas~aku rasa sejuk aja'
Getus di dalam hati Aisy.
"A-Adrian.Tangan awak menggeletar ni.Awak okay? Atau awak demam?" Aisy pula cuba memegang tangan Adrian.Kalau tadi,Adrian yang pegang tangannya dahulu.
Adrian hanya menggelengkan kepala.
Aisy pun sambung menonton televisyen.
Ketika leka dia menonton,Aisy agak tersentak apabila televisyen itu ditutup oleh Adrian.
"Kenapa awak tutup?" Tanya Aisy.Naik hairan dia dengan Adrian.
"Aisya.Tidur bilik aku malam ni"
Automatik degupan jantung Aisy menjadi sangat laju.
"Ap-......"
"Yes.Kita kan dah berbaik "
Agak terkejut Aisy dengan pernyataan jujur dari Adrian.
Seram sejuk dibuatnya.
"Tapi kenapa?" Tanya Aisy dengan muka dibuat seperti blur.
"Please,Aisya" Kata Adrian seperti merayu.Jelas mukanya dilihat seperti sangat berharap yang Aisy akan bersetuju.
Aisy bukan berniat untuk menolak permintaan Adrian. Dia cuma takut Adrian buat kerana terpaksa. Benarkah Adrian selesa akan keberadaannya di dalam bilik nanti?
Aisy mengangguk dengan perlahan tanda dia menerima permintaan Adrian.Tidak sampai hati untuk menolak.
"Thanks" Adrian berbisik di telinga Aisy.
Terasa meremang bulu roma Aisy.
Share this novel