BAB 11

Romance Completed 6961

Pada pagi itu,Adrian telah keluar dari rumah untuk membeli sarapan pagi untuk dia makan bersama dengan Aisy.

Aisy yang masih lena tidur tiba-tiba terjaga apabila telefonnya berdering seketika.

'Unknown number'

Setelah dia mengambil telefonnya,dia melihat skrin telefonnya bahawa nombor yang menelefonnya tidak diketahui.Jadi dia tidak berniat untuk mengangkat, sebaliknya dia menutup sahaja telefonnya.Sempat dia melihat jam di telefonnya.

"Allahuakhbar! Dah pukul 9.30 pagi? Ya Allah! Aku dah terlepas subuh! Eii! Apa nak jadi dengan kau ni,Aisy?!"

Terus dia bangun semula untuk membersihkan diri.

Skip ⏮️...............

Aisy mencari kelibat Adrian di seluruh rumah.Namun tidak pula dia nampak.Akhirnya dia putus asa untuk mencari dan terus ke dapur.

Dia menuju ke peti sejuk dan sejurus itu dia tersenyum seperti kerang busuk.

Adrian telah meninggalkan sehelai sticky note dan dilekatkan pada peti sejuk.

"Aku pergi beli breakfast untuk kita.Tak perlu masak.
Just wait"♡

Aisy melompat sedikit kegirangan.Pesanan begitu sahaja mampu membuatkan hatinya berbunga-bunga.

Apabila dia mendengar enjin kereta yang kuat berbunyi di luar,dia terus ke biliknya.

Adrian memasuki rumah.Sunyi sahaja seperti tiada penghuni.

"Aisya!" Sahut Adrian.

Dia ke ruang dapur untuk meletakkan makanan yang dibelinya serta mencari kelibat Aisy.

Aisy tiada di dapur.Nak hairan tapi mungkin Aisy masih lena dibuai mimpi.

Dia pun naik ke tingkat atas tanpa melihat di bilik yang hampir dengan dapur dimana bilik yang dia berikan kepada Aisy.

Setelah dia masuk ke dalam biliknya,dia hairan.Biliknya
kemas.Bermakna Aisy sudahpun bangun. Dia pun duduk di atas katilnya.Mungkin Aisy sedang membersihkan diri fikirnya.

"Eii! Dia nih buat-buat tak nampak ke apa? Aku ingat dia nak datang bilik ni jenguk aku!" Muncung mulut Aisy.
Fikirnya Adrian akan menjenguk dirinya di dalam biliknya, namun hampa.Setelah Adrian meletakkan makanan,terus dia menuju ke tingkat atas.

Aisy pun berbaring di atas katilnya.Dia dapat rasakan dirinya masih penat.Setelah lama dia duduk dalam keadaan begitu,tidak semena-mena dia turut terlelap.

Adrian menunggu lama untuk Aisy keluar dari tandas.
Dia pun tergerak hati untuk melihat tandasnya.Kosong.
Kalau Aisy tiada di dalam biliknya,jadi sekarang Aisy berada di mana?

Baru dia teringat bilik di bawah.

Dia pun terus turun ke tingkat bawah.

Dia mahu mengetuk pintu tetapi dia cuba memulas tombol pintu terlebih dahulu.Sepertinya tidak dikunci, lalu Adrian terus membuka pintu itu perlahan-lahan.

Dia terpana melihat Aisy yang sangat lena tidur.Entah bagaimana sekarang dia rasa Aisy sangat cantik di matanya.Dia rasa dia dah mula jatuh suka pada Aisy.

Dia terus menghampiri Aisy.

Diusapnya kepala Aisy lembut supaya Aisy tidak terjaga.Dia bertindak menghadiahkan ciuman di dahi Aisy.Selepas itu turun ke bibir sekilas.

Entah mengapa dia rasa semalam adalah peluang yang sangat besar untuk dia terus rapat dengan Aisy.

Dia pun berbaring di sebelah Aisy.

Sudahnya mereka sama-sama beradu.

Telefon Aisy berdering membuatkan Adrian terjaga dari lenanya.

Dia melihat nama pemanggil.

Irfan Hanif ?‍? is calling............

'Apa jantan ni nak waktu sekarang nih?!' Getus di hati Adrian.

Dia mengangkat panggilan itu.

IRFAN: Hello, assalamualaikum Aisy

Adrian: Waalaikumussalam. Ada apa kau call Aisy ni?

Agak hairan Irfan apabila suara Adrian yang menyapa halwa telinganya.

IRFAN: Aisy kat mana? Boleh aku cakap dengan dia sekejap?

Adrian: Dia masih tidur

IRFAN: Aii! Dah pukul 11 ni takkan dia tak bangun lagi? Ke kau nak tipu aku? Tak percaya aku Aisy tak bangun lagi

Adrian: Kau ingat aku ada masa ke nak menipu kau? Dah takde kerja lain? Aisy betul-betul masih tidur. Mungkin dia penat sangat sebab semalam kot

Sudah Adrian tersasul.

IRFAN: Penat sebab semalam? Aisy buat apa sampai penat?

Cuak habis muka Adrian.Nasib sahaja Irfan tidak berada di depan matanya sekarang.

Adrian: Penat lah.Semalam kitorang kemas rumah.Aku ajak Aisy kemas rumah.Rumah aku ada tikus.Itu yang kitorang kemas terus.

Jawab Adrian sedikit gagap.

IRFAN: Ye ye je kau nih.Ok lah.Kalau macamtu ~ kau suruh dia call aku balik bila dia dah bangun nanti

Adrian: Kau nak cakap apa je dengan Aisy? Bagitahu jelah.Biar aku sampaikan pada Aisy nanti lepas dia dah bangun.Tak payah susah-susah dia call kau balik.

Jelas raut wajah Adrian bertukar.Dia tidak suka sedikit dengan perangai Irfan kerana rapat dengan Aisy.

IRFAN: Tak boleh,bro.Benda ni aku nak Aisy sorang aja yang tahu.Ini rahsia.Sebab aku dah janji pada dia aku nak bagitahu.Haritu sebenarnya aku ada bagitahu Aisy yang aku nak bagitahu sesuatu pada dia.So kalau Aisy nak tahu~then dia kena ikut serta juga kem tu.Tapi tulah,dia demam kan? Nak tak nak aku bagitahu je lah bila kitorang berjumpa dekat mana-mana ke kan?

Adrian: So maknanya Aisy nak pergi kem tu semata-mata nak tahu rahsia kau lah?

IRFAN: Haah.Tapi kau jangan salah faham pula. Sebenarnya dia memang tak nak pergi.Aku yang paksa.Yelah,dia takut dia pergi benda yang tak diingini pula berlaku.Dia takut kalau dia sakit hati tengok kau berkepit dengan Erin. Dia pun tak nak bila dia pergi nanti dia ada sakitkan hati Erin.Mesti Erin lebih menyampah kalau dia ada juga. Kau pun tahu hubungan diorang sekarang renggang,jadi Aisy tak nak besarkan kes ni.Lagi satu dia tak nak lah kacau.Sebab kedatangan dia siapapun tak alu-alukan kecuali aku sorang.Aku pun kesian dekat dia.Bila kau kata dia demam aku gembira.Takdelah aku rasa bersalah sangat sebab dah paksa dia kan?! Kau tahu tak bro! Kadang aku fikir juga pasal korang ni.Duduk sebumbung macam tak aja!

Adrian: Maksud kau?

Adrian mula rasa sikit serba salah.Dia pun ada memarahi Aisy tentang kem ini.Tak sangka yang Aisy akan buat begitu.

IRFAN: Yelaa.Boleh pula Aisy tanya aku yang kau join ke tak.Padahal dia duduk sebumbung dengan kau kot?! Pun tak tahu! Aku rasa la kan~ dia mungkin akan jealous and sakit hati bila dia dengar sendiri dari mulut kau kan?

Adrian: Oklah.Nanti aku bagitahu Aisy yang kau call dia

IRFAN: Haa ye ye.Assalamualaikum

Adrian: Waalaikumussalam.

Sebaik sahaja dia meletakkan semula telefon Aisy di atas meja, tiba-tiba tangan Adrian dipegang sedikit erat oleh Aisy.

"Siapa call?" Tanya Aisy dalam keadaan mamai.

"Entah.Salah number" Bohong Adrian.

Aisy hanya mengangguk tanda faham.

"Bila kau nak bangun ni Aisy? Penat sangat ke,hmm?"
Rambut yang menutupi alis mata diseret dan diletakkan di celah atas telinga.

Aisy hanya mengangguk.

"Bangunlah.Jom kita sarapan.Sekarang dah pukul 11.15 dah"

Terus terbuka luas mata Aisy.

"Haa? Pukul 11.15? Biar betul awak ni? Tadi baru je pukul 9.30?" Tanya Aisy seakan tidak percaya dengan Adrian.

"Bak sini handphone.Saya nak tengok sendiri jam"
Adrian hanya memberi telefon itu kepada Aisy.

Berkedip mata Aisy melihat.Memang betul.Sekarang dah pukul 11 lebih.

Sekejap sahaja masa berlalu.Padahal tadi baru je dia rasa yang dia hanya berbaring dan tidak pula menutup mata.

"Aku menipu ke?"

Aisy menggelengkan kepalanya.

"Kenapa awak ada kat sini? Awak tidur sebelah saya err? Betul?!"

"Kalau betul pun kenapa? Aku suami kau kan?"

Aisy hanya diam.

"Dah,jom! Kita breakfast dulu.Tadi aku ingat nak kejutkan kau makan sekali tapi tak sampai hati. Kau dah bangun sekarang.So, let's go!"

Adrian menarik tangan Aisy supaya bangun dari duduknya.

"Aisya.Aku nak ajak kau pergi mall nanti.Kau prefer pukul berapa?"

"Lepas asar tak boleh ke?"

"Aku okay je bila-bila pun.That's why aku tanya kau"

"Kalau macamtu,lepas asar je lah.Tapi awak ajak saya pergi mall buat apa?"

"Pergi dating"

"Dating? Serious? Awak ajak saya pergi dating? Boleh percaya ke ni?"

"Kenapa? Kau tak suka?"

"Gila tak suka? Nak nak crush saya yang ajak! Siapa je nak tolak kan?!" Kata Aisy teruja.

"I'm only your crush? Not your husband?" Soal Adrian dengan gaya keningnya dijongketkan sebelah.

"Nope!"

"Are you sure?" Adrian mengangkat kening lagi.

Aisy mengangguk seraya tersenyum manis.

"So who's your husband?"

"Mikhail Ar-Rayyan"

"Then who i am?"

"My crush,Tengku Adrian"

"Alright,now you're talking with your husband"

Adrian membisikkan sesuatu di telinga Aisy sebelum beredar naik ke tingkat atas.

"Thanks sebab sudi berbaik dengan aku,and semalam..."

Adrian menggosok kepala Aisy lembut.

Perbuatan dan kata-kata Adrian membuatkan Aisy membahang malu.

Malu tapi dalam hati ada taman?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience