BAB 7

Romance Completed 6961

Pada malam harinya..............

"Iyan! Mana isteri kamu? Tak turun makan ke?" Tanya T. Adnan.Pelik dia kerana menantunya berkurung dari petang tadi dan tidak melintas turun ke bawah sehingga sekarang.T. Adnan tidak mengetahui tentang kejadian tadi kerana dia sibuk berbincang dengan kawan karibnya memandangkan di belakang rumahnya dijadikan taman mini.

"Nanti dia turun kot,daddy.Tadi Iyan nak panggil,dia ada dalam toilet"

T. Adnan hanya mengangguk.

Selepas hampir selesai mereka makan,kelibat Aisy masih belum muncul.

"Iyan! Betul ke Aisy nak turun makan nanti?" Tanya T. Adnan.

T. Maria yang mendengar sudah berasap telinganya.
Dia pun menghempaskan sudu ke pinggan dengan kasar.

"Yang abang tak henti-henti tanya pasal dia dah kenapa? Suka hati dialah nak turun ke tak nak.Dia tu orang luar! Masa ni lah kita boleh berkumpul rapatkan lagi hubungan.Ini tak! Sibuk pula tanya pasal dia tuh! Tak fahamlah saya! Dahlah.Hilang dah mood saya nak makan!"

T. Maria berlalu pergi dari situ ke tingkat atas.
Aisy betul-betul membuatkan hidup dia rasa tak aman.

T. Adnan hanya buat tak endah.Sebaliknya dia sambung makan.Adrian juga sambung makan.

Di dalam bilik.....................

Seusai Aisy siap menunaikan solat isya',dia cepat-cepat menyimpan telekungnya kerana Adrian sudah memasuki bilik itu.

Setelah itu,dia pun merebahkan diri di atas lantai.
Dia sudahpun mengantuk dan perlukan berehat.Seperti
biasa lengannya menjadi alas pada kepalanya.Dia menutup rapat matanya.

Melihat perlakuan Aisy itu,Adrian menghampiri dirinya.

"Hem! Aisy.Kenapa kau tak turun makan tadi?" Tanya Adrian tiba-tiba.

"Saya tak lapar" Matanya masih tidak dibuka.

"Kenapa kau tidur sini?"

"Awak yang suruh"

"Aku tak cakap apa-apa pun?"

"Kalau awak tak kata sudahlah.Biar saya tidur disini aja"

"Bangun.Tidur atas sofa sana.Kau tak sakit badan ke tidur atas lantai ni? Lagipun lantai ni tak sejuk ke? Bilik aku kan pakai air cond! Kau..........."

Mendengar kata-kata Adrian membuatkan Aisy rimas lalu dia bangun dari perbaringannya.

"Dah! Cukup tu.Arwah umi saya pernah kata,kalau saya dah berkahwin~kalau boleh jangan tidur membelakangi suami.Tak baik.Inilah apa yang saya buat.Saya nak ucap terima kasih sebab awak dah tegur saya semalam supaya tidur tak membelakangi awak.Kalau saya
tidur atas sofa,saya dah pun membelakangi awak"

Terdiam Adrian dibuat Aisy.

"Dah clear kan? Jadi izinkan saya tidur. Selamat malam"

Aisy merebahkan badannya semula.

Melihat Aisy seperti tidak menghiraukannya,Adrian mengambil keputusan untuk tidur juga.Dia tidur di bahagian hujung sebelah kanan kerana dekat dengan Aisy.Kebiasaannya dia akan tidur di tengah-tengah.

Adrian tersedar dari lenanya.Dia melihat jam di telefonnya sudah menunjukkan pukul 5 pagi.Dia memutuskan untuk mandi dulu sementara menunggu subuh.

Pada jam 5.20 pagi,Adrian sudah siap mandi.Dia mengenakan baju t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan memakai kain pelekat.

Baru dia sedar yang Aisy masih belum bangun.Dia pun ke arah Aisy tidur.

'Nyenyaknya tidur! Tak sakit ke lengan dia? badan dia ke?'

Adrian mahu mendekati Aisy lagi tetapi perbuatannya terhenti apabila Aisy sudah terjaga.Laju sahaja Adrian menuju ke sofa supaya Aisy tidak syak bahawa dia merenung Aisy tidur tadi.

Baru sahaja Aisy ingin menggeliat,dia terjerit kecil.

"Arg! Au au au! Aduh, sakitnya!" Lengannya menjadi cramp.Mungkin sebab dah tampung kepalanya dengan lama.

"Lain kali, lawanlah cakap suami lagi! Boleh dapat balasan cash lagi" kata Adrian.Mukanya dibuat-buat macho.

Aisy hanya mencerlung tajam ke arah Adrian.
Dia pun bangun perlahan-lahan dengan menongkat tangan kirinya supaya dia boleh bangun dengan stabil.

Sebaik Adrian ingin mengambil telefon miliknya di meja lampu berhampiran dengan katil, Aisy hampir rebah dan nasib sahaja dia sempat menyambut.

"Lain kali hati-hati.Ni tak pasal-pasal nak jatuh.Nasib aku sambut! Kalau tak muka kau dah cium lantai! Tahu tak?" Bebel Adrian.

Aisy tergamam melihat muka Adrian tika ini.

"Sini!"

"Eh eh,au au au! Awak!" Aisy memukul lengan Adrian agak kuat dengan tangan kirinya.

"Woi! Sakitlah bongok! Kau dah kenapa?" Adrian menggosok bahagian yang Aisy pukul tadi.

"Sedap kata orang! Awaklah yang bongok! Dah kenapa pergi tarik tangan kanan saya? Tahu tak tangan saya cramp ni?"

"Tahu! A-aku tak sengaja lah,Ngek!" Kata Adrian gagap.

Padan mukanya.Nak sangat kata orang bongok.Padahal dia lagi bongok.

"Duduk atas ni!" Adrian menunjukkan arah katil.

"Tak nak"

"Aku kata duduk"

"Tak nak"

"Kenapa tak dengar sangat nih?"

"Bukan tak dengar! Awak yang tak izinkan saya duduk atas kan?"

"Bila pula aku kata?"

"Haritu bukan awak ke kata? Saya tak layak duduk mahupun tidur atas katil mewah macam ni.Sebab saya bukan orang penting! Apa awak kata? Family awak dengan Erin je boleh! Orang luar macam saya mana boleh sesuka hati duduk atas ni?!"

Adrian terdiam.

Aisy mahu berlalu pergi tetapi Adrian terlebih dahulu menghalangnya.

"Tak kira.Sekarang aku dah arahkan kau supaya duduk atas ni"

"Tak nak"

"Nurul Aisya Anneliese Andrea! Aku rasa kau masih dengar dengan jelas suara aku kan?" Adrian sudah berubah menjadi tegas.

Aisy hanya mengalah.Lalu dia duduk sahaja di atas katil itu.

'Haa, senang pun nak dengar kata.Orang gertak baru nak gerak!'

Adrian duduk di sebelah Aisy.Dia menarik tangan kanan Aisy yang cramp itu.

"Eh eh! Awak nak buat apa ni? Dah lebih laa nih! Tadi awak suruh saya duduk saya dah dengar kan? Sekarang awak nak buat apa? Dera saya?"

"Memang! Aku nak dera kau.Bak sini tangan!"

Aisy sudah cuak.Pandai pula dia takut.Tadi bukan main berani nak bercakap acuh tak acuh dengan Adrian.

Adrian meletakkan tangan kanan Aisy ke atas pehanya.

Aisy tidak tahu apa yang bakal Adrian lakukan terhadapnya jadi dia menutup matanya sahaja berdoa agar Adrian tidak menyakitinya.

Adrian mengurut perlahan lengan Aisy.Perbuatan Adrian membuatkan Aisy terkejut.Lalu dia tidak jadi untuk menutup matanya.

Dia memerhati sahaja apa yang Adrian lakukan.

'Kan best kalau dia layan aku macam ni selalu.Takdelah aku kecil hati dengan layanan dia yang jahat tu!'

"Aisy.Kau masih rasa sakit lagi ke?" Aisy tidak mengangguk.Tidak juga menggelengkan kepalanya.

Apabila Adrian menyedari bahawa Aisy memerhati perbuatannya dia menjentik sebelah kiri telinga Aisy menyebabkan Aisy mengaduh sakit.

"Awak ni kenapa? Sakitlah telinga orang!" Marah Aisy.

"Bila orang cakap tu,dengar! Inilah padah untuk kau sebab tak dengar apa aku kata!"

"Orang dengar lah!"

"Kalau dengar,apa yang aku kata tadi?"

"Awak tanya saya (sakitnya macam kena gigit kerengga ke?)"

"Banyaklah kau, kerengga! Apa jadahnya aku nak tanya macam kena gigit dengan benda alah tu?"

"Habis awak cakap apa? Eleh! Dekat-dekat lah tu!"

Definisi perempuan mana pernah salah.?

Adrian menggulingkan bebola matanya.

"Dah! Kau pergi mandi and ambil wudhuk.Nanti kita solat sama-sama.Aku tunggu!"

"Haa? Kita? Solat berjemaah sekali?" Tanya Aisy seolah-olah tidak percaya.

"Kenapa? Kau tak nak aku jadi imam kau? Kalau macamtu takpe.Aku solat sen......."

"Eh! Apa pula tak nak? Ini impian saya dari dulu nak awak imamkan solat saya setiap hari kalau boleh tau! Fuh! Macam mimpi lah awak nak kita solat sekali! Tapi takpe! Awak jangan tarik balik tau kata-kata awak! Nanti saya SmackDown awak! Keh! Saya masuk tandas mandi dulu! Tunggu ya encik imam saya!"

Kata Aisy tiba-tiba teruja.Dia juga sempat memeluk Adrian seketika.Entah dia sedar atau tidak dia yang buat begitu.

Adrian disitu sudah tercengang dengan perlakuan Aisy.
Tiba-tiba dia rasa naik seram pula!

Aisy yang sudah berada di dalam bilik air sudah melompat kegirangan.Dia rasa dia masih ada peluang untuk memikat hati Adrian.

'Misi memikat hati suami onz!!'

"Aisya Anneliese Andrea!! Batal air sembahyang aku!!"

"Eleh! Dari tadi lagi awak dah sentuh saya! Baru sedar ke air sembahyang tu dah batal?!"

Eh! Ya tak ya juga!

Skip ⏮️..............

Sebulan kemudian..................

Sekarang adalah cuti semester pertengahan.Kolej mereka telah menganjurkan kem sebelum cuti sem berakhir.

Jadi ramai juga yang ingin menyertai kem ini.

Sudah semestinya Nadya,Erin,dan Aryan juga menyertai.

Cuma itu lah.Aisy masih memikirkan sama ada dia mahu pergi atau tidak.Dia tahu bila dia pergi dia akan tanggung sakit hati.Tapi entahlah.

"Hmm.Aku tak nak pergi lah! Aku pergi sana nanti takde function pun! Kos lagi! Aku ni dahlah batak wang ringgit! Elok duit ada lagi nanti dah habis!" Omel Aisy sendirian.

Aisy menutup botol yang sudah berisi air sejuk penuh lalu beredar ke luar rumah.

"Kau dah siap belum?"

"Haa,dah dah! Jap awak.Saya pakai kasut"

Sahut Aisy apabila Adrian memanggilnya dari dalam kereta.

"Okay,stop stop! Sini aja.Nantikan orang nampak pula kita berdua-duaan saja"

Adrian hanya menurut.

"Okay! Saya pergi dulu.Thanks hantar saya tanpa mengenakan sebarang caj.Lain kali kalau ada duit lebih~ saya belanja awak minum au! Tapi takdelah kat restoran mewah ke apa.Mamak jadi lah kan?"

"Suka hati kau.Dahlah cepat turun.Dah lambat ni"

"Amboi! Menghalau betul! Yelah! Orang nak pergi lah ni.
Kalau Erin yan naik kereta ni mesti tak marah-marah macam ni kan?"
Aisy menyalami tangan Adrian sebelum keluar dari kereta dengan mukanya kian monyok sahaja.

"Aku salah cakap ke?" Adrian menggaru belakang tengkuknya yang terasa tiba-tiba gatal.

Setelah melihat kelibat Aisy semakin menjauh,Adrian pun memandu semula untuk memarkir keretanya.

Di cafeteria................

"Weh! Assalamualaikum sobat! Apa kabaq?" Irfan bernada tinggi.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, jahanam!" Kata Aisy selamba.

"Sedap mulut kau erk! Sampai hati kau panggil aku jahanam kan!" Kata Irfan sedikit berjauh hati.

"Itulah kau! Orang datang sini nak makan minum.Bukan nak dengar kau memekak macam ni!.Buatnya orang tengah minum air ke tengah makan ke nanti tercekik! Kau nak tanggung ke? Cakap slow² boleh aja kan?!"

"Haa ye laa,salah aku.Apa kesah? Aku bagi cpr laa dekat mangsa-mangsa yang tercekik tu!"

"Kau ni belajar je tinggi-tinggi tapi otak tak reti pakai dengan fungsi yang sebenar.Apa jadahnya kau nak bagi orang tu cpr kalau dia tercekik?!"

"Apa kau? Aku belajar dulu-dulu kalau orang tercekik teknik cpr lah penyelamatnya!"

"Aku kata kau bodoh kan marah! Itu Heimlich Manoeuvre. Orang kalau tercekik pakai teknik Heimlich ni.Bukannya cpr!"

"Eleh! Mentang-mentang budak sains! Nih kau datang sini nak apa?"

"Aku nak tanya kau.Adrian ikut serta ke? Kem tu?"

"Pehal pula kau tanya aku? Kenapa kau tak tanya dia? Peliklah kau nih! Tinggal sebumbung macam tak aja!"

"Ihh! Kau ni kan! Aku tanya ajalah manatau kau tahu kan? Aku nak tahu sebab kalau dia ada,aku tak nak ikut serta.Tak nak aku sakit hati nanti kalau dia asyik berkepit dengan Erin"

"Ouh~ Haa,dia pergi.Kau tahu tak? Dia............"

"Tak tahu" Jawab Aisy selamba lalu meneguk air botol bekalannya tadi.

"Ihh! Kau nak dengar ke tak nih?"

"Nak"

"Haih! Si Adrian tu, awal-awal sekali dah daftar nama.
Sehari selepas penyebaran tentang kem tu.Aku tengok bukan main gedik lagi Erin semalam.Ada ke patut dia menggatal dengan laki kau! Dia bagitahu dia tak sabar nak shopping baju nak matching ii dengan baju laki kau!
Adrian pun satu! Ikut aja cakap si Erin tu! Aku yang dengar pun dah panas telinga! Apatah lagi kalau kau ada kat sana dengar sendiri semalam kan?"

Aisy terfikir sejenak.

'Dia masih tak boleh terima kau,Aisy! Kau kena sedar tu.
Hati dia masih pada Erin dan selamanya untuk Erin.Dia baik dengan kau hanya sebab dia simpati jee!'

"Haa,kau! Aku cakap sikit, termenung! Bila kau termenung jee mesti masa aku tengah bercakap! Kenapa erk?! Kau termenung kan apa je?"

"Takde apa.Aku cuma fikir yang Adrian masih lagi sayangkan Erin.Sebabtu dia melayan Erin.Takpelah.
Aku tak kesah dia suka siapa pun.Lagipun kuota dia masih available.Itu hak dia"

"Pergh! Kau rela ke hidup bermadu?"

"Gila kau aku rela? Sekarang aku ni isteri dia.Tunggulah
aku kena cerai dulu! Baru aku tak kesah dia nak kahwin berapa pun!"

"Nih Aisy! Aku nak tanya kau.Aku harap kau jujur erk?!"

"Apa?"

"Hubungan kau dengan Ad macam mana? Dia ada dera kau? Maki hamun kau ke?"

"Takde lah.Alhamdulillah.Lepas kejadian hari majlis kesyukuran tu, kitorang bertegur sapa lah.Takdelah rapat sangat tapi boleh laa.Dia takde laa nak cakap dengan aku tu tengking tengking ke apa.Dia cakap biasa macam sebelum sebelum ni dia cakap dengan aku.Haa macamtu lah!"

Irfan hanya mengangguk.

"Erm,by the way ~ Aku nak kau ikut serta kem ni"

"Eh,tak nak lah aku.Kan aku dah cakap~ kalau Adrian pergi,aku tak nak pergi"

"Alaaa, tolonglah ikut.Kalini aja aku nak kau ikut.Sebab nanti aku takde kawan nak bercakap.Aryan pun layan aku acuh tak acuh je.Nanti mesti dia rapat dengan Ad.
Habis aku nak cakap dengan siapa,kan?"

"Dahtu kalau tahu takde kawan,takyah pergi! Senang! Habis cerita!"

"Tapi aku nak pergi.Lagipun orang yang dah daftar awal-awal tak boleh tarik diri dah.Sebab last minute dah.Cukup cari lagi dua student,semua nama tu disemak.Jadi sekarang! Dah balance satu lagi.Aku dah pelawa Amani suruh join and dia dah setuju.Kau bolehlah jadi roommate dia kalau nak pergi sana nanti! Bolehlah erk?"

Aisy memerhati muka Irfan dengan menayangkan mukanya yang penuh berharap.

"Join lah Aisy.Haa,satu lagi! Kalau kau pergi kan~ aku nak bagitahu kau sesuatu.Suprise au! Ni rahsia antara kau dengan aku je yang akan tahu"

"Rahsia? Rahsia apa? Kau dah jumpa girlfriend ke? Serious? Tak percaya aku,dengan kau nih!"

Irfan mencebik.

"Bukan tu lah! Kalau kau nak tahu~kau kena lah join. Kalau tak~aku tak bagitahu kau! Aku biar je rahsia ni"

"Ihh! Yelah yelah! Kau tolong lah daftarkan nama aku"

"Serious kau join? Mantap aa kalau camni! Terdesak sangat ni kau nak tahu rahsia aku kan?"

"Iyelah! Kalau bukan sebab rahsia kau nih~ aku tak nak pergi dah.Tapi kau jangan nak cuba gula-gula kan aku pula.Nanti aku tak percaya dah,baru kau tahu!"

"Apa barang nak gula-gula kan kau?! Betullah aku ada rahsia nak kongsi dengan kau!"

Skip ⏮️................

Sebaik sahaja Aisy selesai mengemas di ruangan dapur,
dirinya dipanggil oleh Adrian untuk ke ruang tamu.

"Kau join kem tu jugak ke?"

Aisy menganggukkan kepalanya.

"Kau nak ikut semata-mata sebab Irfan ke?"

Aisy angguk lagi.

"Habis kalau Irfan suruh kau makan tahi,kau makan juga lah ya?"

Aisy angguk lagi.

"Aisy! Aku serious ni" Tegang sahaja wajah Adrian.

"Saya pun serious.Dah awak yang tanya macam tu kan?"

Jeda seketika.

"Kalau aku kata aku tak izinkan kau pergi macam mana?"

"Kenapa awak tak izinkan? Saya menyusahkan awak ke? Atau awak takut saya kacau hubungan awak dengan Erin dekat sana nanti?"

"Tak sekarang ni kau tiba-tiba babitkan Erin dalam hal ni kenapa? Aku tak mention pasal dia pun?"

"Habistu kenapa awak tak bagi saya join?"

"Sebab aku tak nak kau sakitkan hati Erin bila kau ada kat sana!"

Lain pula yang keluar dari mulut Adrian.Sebenarnya dia ingin katakan yang dia tidak suka jika Aisy asyik berkepit dengan Irfan.Itu saja.

"Tch! Setia sangat awak ni kan? Awak tak nak saya sakitkan hati Erin? Habistu saya macam mana? Orang yang takde apa-apa ikatan dengan awak,awak masih jaga! Saya yang ada kaitan selaku isteri kepada awak yang sah,awak tak jaga pula? Kalau hati saya ni sakit, siapa yang akan jagakan? Saya yang kena rawat sendiri.Sebab apa?Sebab kalau hati Erin yang sakit, sekurang-kurangnya ada awak tolong pulihkan,ya?! Macam tu??"

Jeda seketika.

"Saya ni sebenarnya siapa dalam hidup awak? Ouh,lupa! Seorang pembantu rumah. Seorang yang murah di mata awak.Seorang yang gilakan harta! Itu lah saya kan? Terima kasih sebab awak buat saya terlalu berharap pada awak yang tak pernah nak menghargai cinta saya yang tulus ni! Saya tahu saya ni tiada nilai langsung di mata awak dan di mata semua.Saya sedar tu.Cuma tu lah kelemahan saya.Bila orang dah buat baik pada saya, saya jadi lemah.Saya rela percaya pada orang tu walaupun saya sedar yang dia buat semua tu hanya sebab simpati.Tak lebih dari itu.Awak lelaki pertama yang saya pernah cinta,sayang,rindu! Awak juga lelaki pertama yang saya pernah kenal dengan sifat baran, hancurkan hati saya dan permainkan saya!..............
Ok,fine! Kalau awak tak bagi saya ikut serta,then you should tell this to Irfan.Saya dah suruh dia daftarkan nama dan masih belum terlambat untuk awak buang nama saya sebagai peserta kem tu!"

Aisy berlalu pergi dari situ meninggalkan Adrian yang masih diam di tempat duduknya.

Skip ⏮️.....................

Pagi itu Aisy sempat menggoreng makanan segera seperti nugget ayam dan kentang goreng sahaja kerana kepalanya tiba-tiba berasa berat.Dia juga berasa badannya sekejap sejuk sekejap panas.

Dia mungkin akan alami demam.Jadi dia memutuskan untuk tidak pergi ke kolej.

Seusai dia siap menghidangkan makanan,dia meminta supaya Adrian turun makan.Walaupun hatinya masih berasa sakit tentang hal semalam,dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Seusai Adrian turun,dia tolong menuangkan air teh panas ke dalam cawan.

"Awak makanlah ya.Saya nak minta maaf.Benda ni je yang boleh saya goreng.Nanti tengahari saya masak banyak sikit"

Aisy ingin berlalu pergi tetapi pergelangan tangannya digenggam lembut oleh Adrian.

"Kau tak pergi kelas ke harini? Kau tak bersiap pun lagi?"

"Tak.Saya tak pergi kelas.Tiba-tiba rasa malas nak pergi.Awak pergi kan? Tolonglah bagitahu Irfan pasal hal semalam.Saya tak nak pergi pun" Bohong Aisy.Dia bukan sebenarnya malas untuk ke kolej,tetapi dia rasa dia nak demam.Untuk mengelakkan diri daripada menyusahkan sesiapa,jadi dia pilih untuk tidak pergi.

Aisy menarik tangan Adrian.Tangan itu disambut untuk bersalaman.

"Lepas awak dah siap makan,awak tutup je makanan ni.
Nanti saya kemas"

Sejurus selepas itu, Aisy berlalu pergi meninggalkan Adrian yang masih makan.

Skip ⏮️...................

Sesampai sahaja di kolej,Irfan terus mencari kelibat Aisy.Dilihatnya hanya Adrian yang keluar dari kereta.
Bermakna Aisy tiada di dalam.

"Weh,Iyan! Aisy mana? Korang tak pergi sekali ke?"

'Sibuk saja cari isteri aku! Macam dah takde kerja lain!'

"Dia tak pergi kelas harini.Katanya malas"

"Aii! Tak pernah-pernah dia malas nak ke kelas?! Ke kau buat apa-apa pada Aisy?"

"Aku buat apa?"

Irfan menjungkitkan bahunya.

"Ni pasal Kem-..............."

'Jap! Nanti kalau aku bagitahu~mesti dia pujuk Aisy punya! Tak payah bagitahu lah!'

"Kem? Haa kenapa?" Tanya Irfan.Hairan apabila Adrian bercakap separuh sahaja.

"Tak ada apa.Aku dah tak ingat aku nak kata apa.Jomlah
masuk kelas" Ajak Adrian.
Irfan hanya menurut.

Sepanjang kelas berlangsung,Adrian hanya termenung.
Dia juga rasa gelisah tak tentu pasal.Tiba-tiba dia fikirkan tentang Aisy.Tadi masa Aisy menyalami tangannya,dapat dia rasakan tangan itu hangat.

Di cafeteria....................

"Woi! Kau asal ni Ad? Aku tengok dari dalam kelas lagi.
Gelisah semacam aja? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
Aryan menyoal untuk memecahkan kesunyian.

"Haa,betul tu,betul!"
Irfan yang ada disitu hanya menyokong apa yang Aryan tanyakan pada Adrian.

"Aku rasa lain lah.Entah.Aku tiba-tiba fikirkan pasal Aisy.Aku rasa hati aku macam tak tenteram je sekarang ni"

"Kau jangan cakap yang kau dah mula sukakan Aisy,Ad?
Kau jangan nak buat main! Erin tu kau nak letak mana?"
Tanya Aryan.

"Eh,apa pula kau nih? Biarlah dia sukakan Aisy pun! Dia ada hak.Lagipun Aisy tu isteri dia.Kalau bukan isteri dia yang dia suka,dia nak suka pada siapa lagi? Beruk? Kau cakap Erin nak letak mana kan? Letak ajalah atas puncak gunung.Bukan ada masalah dengan Adrian pun!"

"Kau tak payah cari pasal,Pan!" Jawab Adrian, serious.

"Aku cakap benda betul,Ad! Kau dengan Erin tu takde ikatan pun nak suka-suka bagai.Itu Aisy tu! Bini kau! Dia berhak rasa dicintai oleh suami dia sendiri!"

Adrian jadi buntu seketika.Dia tidak faham dengan sepupunya.Adakah Irfan suka akan Aisy atau tidak?

"Kau kata Aisy tu isteri? Huh! Adrian nak mengaku Aisy tu isteri dia pun tak? Apatah lagi Ad nak suka dia? Kan, Ad?"

"Dahlah.Korang berdua diam.Aku lepak sini nak suruh hilangkan stress! Ini kau dua orang menambah lagi stress aku!"

"Eh! Ad kau nak ke mana pula ni?"

"Aku nak balik.Fikiran aku ni dahlah tengah kusut.Kalau aku stay,bukan setakat makin kusut aja! Boleh sakit jiwa aku!"

Kata Adrian sebelum berlalu pergi meninggalkan Irfan dan Aryan.

"Puas hati kau? Batu apikan Ad?" Tanya Irfan tiba-tiba.

"Aku batu apikan apa? Dah memang betul! Kau sendiri nampak kan? Ad tu kalau dia dengan Erin,bukan main sengih sampai ke telinga.Bila kau tanya pasal Aisy pada dia~pernah ke muka dia senyum? Asyik murung aja! Kalau aku tak kata pun aku tahu lah Ad akan bagitahu kita yang dia memang takde hati langsung dengan si Aisy tu! Eh aku peliklah! Apa baiknya si Aisy tu sampai kau butakan mata? Kau sedar tak sekarang kau lebih bela Aisy daripada Erin yang tersakiti.Erin yang lebih derita disebabkan oleh Aisy.Pernah ke kau tanya pada Erin apa yang dia rasa bila Aisy khianat dia sendiri? Kawan baik dia sendiri tu!"

'Aii! Dasar mangkuk bermangkuk mangkuk ayung! Tak boleh jadi nih! Aku kena cerita juga! Berani dia mengata
Aisy? Siap kau! Lepas kau dengar ni,baru kau boleh beza mana betul mana salah! Sudah! Aku tak tahan!
Maafkan aku,Aisy!'

"Riyan! Kalau aku bagitahu benda ni, confirm kau menyesal sebab mengata Aisy macam tu"

"Ye ye je kau! Ha cepatlah cerita! Aku dah nak balik ni! Dah berapa jam kita lepak sini!"

"Macam ni............."
Irfan menceritakan kembali tentang Aisy.Dia perlu juga cerita kepada Aryan supaya Aryan boleh menyokongnya untuk meyakinkan Adrian yang Aisy tidak bersalah langsung dalam hal ni.Dia ada cuba untuk bagitahu pada Nadya tetapi dia nampak Nadya ragu-ragu dengan Aisy membuatkan dia tahu Nadya susah untuk percaya akan cerita yang bakal disampaikan olehnya nanti.

"Haa, sekarang kau nilai lah sendiri macam mana perangai Aisy. Kau rasa dia masih jahat? Kau rasa dia punca rancangan semua ni dan kau pasti? Dia yang khianat Erin? Kawan dia sendiri? Tergamak ke dia nak buat semua ni?"

Aryan hanya terdiam.Masih menghadam
cerita yang disampaikan oleh Irfan.

"Kau juga cakap kalau aku yang tanya pasal Aisy pada dia~bukan main masam lagi muka.Kau tahu tak kenapa? Kalau bukan sebab jealous sebab apa lagi? Aku kenal si Ad tu.Kalau dia ada tak suka pasal seseorang ke apa ke~ react muka dia cool aja buat macam takde apa-apa.Kalau kau tengok~kau pun tak boleh teka yang si Ad tu ngam ke tidak dengan orang yang dia tak suka tu.Adrian tu tengah keliru.Dia tak tahu pasal perasaan dia sendiri sebabtu dia tak nampak Aisy yang ada depan mata dia dan masih dengan Erin. Muka dia masam waktu aku tanya pasal Aisy,itu maksudnya dia tak suka.Dia cemburu.Dia tak nak aku sibuk hal tentang isteri dia"

"Kalau pasal kau nak cakap Aisy nak kikis harta Ad,aku anggap kau buta aja lah.Haritu dia ada jumpa kita lepak di sini.Kau tengok kan dia buat apa? Dia bayar hutang. Sedangkan aku tak minta and aku ikhlas nak belanja tapi dia nak juga bayar.Kau tahu tak haritu aku yang teman dia pergi rumah sewa dan ke pasaraya untuk beli barangan dapur.Aisy kata dia tak nak susahkan Adrian. Dia kata Ad nak rehat.Aku tahu dia bohong. Muka dia langsung tak boleh tipu aku.Dan aku tahu Ad tak bagi duit satu sen pun pada dia waktu tu.Kalau tak,takdenya duit dia tak cukup.Sebabtu aku yang tolong bayarkan. Kau masih rasa dia jahat ke,Riyan?"

Aryan masih diam.

"Aku tak nak lah kata yang aku tengok Aisy ni sempurna sangat-sangat sedangkan kau tengok pengorbanan dia banyak mana.Dia ada bagitahu Nad yang dia dah lama suka pada Adrian.Tapi dia tak bagitahu pun kejadian yang dia dilanggar oleh Adrian dan macam mana dia boleh jatuh hati pada Adrian.Cuma dia just cakap kat Nad yang dia yang kenal Adrian dulu.Lepastu Nad sendiri nak tolong dia untuk dapatkan Adrian.Tapi dia tolak.Why? Sebab dia redha kalau jodoh dia bukanlah Adrian.Kau tengoklah sekarang.Takdir dia memang berjodoh dengan Adrian.Aku rasa kalau rancangan seseorang tentang perangkap dia dengan Adrian tak buat sekalipun,kalau diorang berjodoh~ tak kemana juga"

Jeda seketika.

"Ok lah.Aku cau dulu.Kita jumpa di kem esok hari.Kau fikirkan lah tentang apa yang aku kata.Tapi kalau kau rasa kau tak boleh percayakan aku~ eh kau pergi terjun bangunan jelah! Eh,takde takde.Aku gurau.Terpulang pada kau lah!"

Irfan menepuk sisi bahu Aryan sebelum berlalu pergi dari situ.

Skip ⏮️.................

Adrian sudah tiba di rumahnya.Dia memarkir keretanya di dalam garaj.

Dia pun masuk ke dalam rumah.Seusai mahu naik ke tingkat atas,Adrian melihat Aisy yang tidur lena di atas sofa di ruang tamu.

Lalu dia menghampiri Aisy.Ditenungnya wajah Aisy yang lena dibuai mimpi itu.

Dia meletakkan tangannya di dahi Aisy.

Terasa panas bahang di dahi Aisy membuatkan dia menjauhkan tangannya dari dahi Aisy.

'Dia demam? Patutlah tadi masa dia salam tangan aku,rasa hangat je tangan dia!' Omel Adrian dalam hati.

"Aisy.Kenapa kau tidur sini? Kenapa tak tidur dalam bilik? Kau demam ni Aisy" Beritahu Adrian dengan lembut.

Tangan Adrian yang menyentuh kulitnya membuatkan Aisy terjaga.

"A-awak dah balik? Minta maaf sebab saya tidur atas sofa awak tapi saya betul-betul tak larat.Lepas saya dah kemas dapur tadi,saya tak tahan sangat.Kepala saya rasa berat je.Itu sebab saya tidur sini.Maaf juga sebab saya tak sempat sediakan makan tengahari untuk awak" Kata Aisy dengan mata kuyu.

"Dah dah dah! Masuk bilik.Kau tidur kat dalam.Dekat sofa ni tak selesa lah.Lagipun sakit badan kau nanti"

Aisy hanya diam.

Adrian pun dah tak tahu nak buat apa jadi dia mahu masuk ke biliknya untuk bersihkan diri.

"A-awak.J-jangan tinggalkan saya,ya.Saya dah takde siapa-siapa.Pada awak je saya boleh bergantung sekarang.Sebabtu saya letakkan harapan tinggi pada awak" Kata Aisy bersungguh-sungguh.

Nak tak nak dia kena buat sesuatu.Timbul suatu idea yang terlintas di fikirannya.Adrian memapah Aisy masuk ke dalam biliknya.

Fakta tentang Aisy..........

Dia akan lebih manja jika dia demam atau sakit apa-apa.Nak-nak pula dengan orang yang tersayang.Dia juga akan jujur tentang apa yang dia suka atau tidak suka semasa dia sakit.Contohnya macam sekarang ni.

Adrian memandang Aisy sekilas.Dia ingin melepaskan tangan Aisy tetapi Aisy memegang lebih kemas tangannya.

"Saya tahu awak memang tak suka saya dari dulu lagi. Tapi saya suka awak.Cuma awak tak perasan.......... Macam mana nak perasan kalau awak buka hati untuk Erin sorang aja kan?"

Kata-kata Aisy membuatkan Adrian sedikit tersentak.

Apa maksud Aisy yang dia tak suka pada Aisy dari dulu lagi?

"Apa maksud kau? Sejak bila kau suka aku?"

"Saya suka awak dah lama.Sebelum saya kenalkan awak pada Erin lagi saya dah jatuh hati pada awak"

Kata-kata Aisy kali ni membuatkan Adrian terkejut dan jantungnya berdegup tidak menentu.Dia tertarik untuk mendengar lagi dan lagi.

"Kita pernah berjumpa ke sebelum kau kenalkan Erin pada aku?" Adrian rasa ingin tahu membuak-buak selepas sahaja Aisy berkata jujur dengannya.

"Awak pernah langgar saya.Masatu saya bawa skuter. Awak pula tengah memandu kereta,rushing nak ke kolej.
Awaklah yang bawa saya ke klinik untuk rawat luka saya dan awaklah yang pelawa saya supaya tumpang awak ke kolej"

Jeda seketika.

"Bila berapa minggu kita kenal,awak ungkapkan pada saya yang awak dah jatuh suka pada Erin membuatkan saya rasa kecewa.Sakit hati ni saya sahaja yang tahu rasanya macam mana.Lepas je awak kata awak suka Erin,saya batalkan niat saya untuk berterus terang tentang perasaan saya pada awak.Dan masatu juga Erin tiba-tiba sukakan awak sedangkan dia baru je putus cinta dengan kawan sekolah saya dulu.Kawan saya tu dapat pindah ke kolej lain dan Erin putuskan hubungan sebab katanya hati lelaki cepat berubah.Memang pun. Mungkin bila dah sampai ke kolej baru,dia akan jumpa yang baru pula.Mesti dia akan lupakan Erin juga. Saya makan hati dengan Erin.Saya juga ada cerita tentang awak pada dia dan selepas dia kata dia juga suka pada awak,saya lebih rela tak bagitahu dia tentang awak yang saya selalu ceritakan tu.Saya rela cakap itu semua tentang Irfan,bukan awak" Jujur Aisy.Matanya tertutup tapi mulutnya masih berkata-kata.

Baru Adrian teringat tentang peristiwa dimana dia melanggar Aisy di jalan raya.Sungguh dia tak sangka Aisy begitu cinta akannya bermula dari waktu itu juga.

Dia juga ingat pada mulanya yang Aisy memang betul-betul sukakan Irfan,tetapi rupa-rupanya dirinya sendiri.

Sebegitu besarkah rasa cinta Aisy pada dia? Kenapa dia tiada rasa suka pada Aisy pun? Ego kah dia?

"Kalau betul kau suka aku~kenapa kau rancang semua ni?" Tanya Adrian lagi ingin tahu.

"Saya tak buat semua ni.Saya tak tahu pun akan jadi macam ni.Ya,memang saya mengaku saya suka awak dalam bilik tu dan tak bermakna saya yang rancang semua tu lepas saya dah tahu yang jawapan awak masih tidak"

Melihat Aisy yang sudah terlelap,Adrian memutuskan untuk bersihkan dirinya.Dia rasa kali ini dia perlu percayakan Aisy.Dengan keadaan Aisy yang demam~ takkanlah tergamaknya Aisy nak menipu dia pula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience