Pagi itu Mak Mah sibuk membuat persiapan untuk majlis kesyukuran yang diadakan selepas solat jumaat nanti.
Oleh kerana T. Maria sudahpun menempah katering, jadi Mak Mah bertugas untuk membuat beberapa jenis pencuci mulut untuk majlis itu nanti sahaja.Ringanlah sikit kerja Mak Mah.
Tidak lupa juga Aisy.Dari tadi bertungkus lumus membantu Mak Mah di dapur.
"Aisy tengok Mak Mah buat pudding buah ni senang aja.Nanti boleh lah Aisy pula cuba buat kat rumah sana"
Kata Aisy sedikit teruja.
"Memang senang sangat.Yang Mak Mah buat ni,acuan nya dah dibuat cuma tinggal kita masak aja atas dapur.Kalau betul-betul nak buat hasil semua dari air tangan sendiri,kena tengok resepi lah"
"Hmm,ye tak ye juga" Mereka berdua ketawa kecil seketika.
"Amboi! Meriahnya kat dapur ni!"
"Lahh! Bila sampai ni Amy?" Tanya Mak Mah.
"Dari tadi lagi dah.Amy dengan abang Ammar bersembang dengan daddy and mummy.Itu lah tak terjenguk orang kat dapur"
Mak Mah hanya mengangguk tanda faham.
"Er~Aisy.Macam mana? Aisy sihat?" Tanya Amylia dengan prihatin.
Aisy agak terkejut apabila kakak iparnya menegurnya.Dia fikir apabila dia difitnah,Amylia akan turut membenci dirinya seperti T. Maria,tetapi tidak.
"Alhamdulillah.Aisy sihat kak.Akak dengan baby macam mana? Sihat?"
"Sihat.Baby pun,Alhamdulillah sihat"
Aisy hanya mengangguk.
"Erm Mak Mah nak buat apa-apa lagi tak? Kek ke? Kalau ada,Aisy nak tolong lagi.Best apa main buat-buat kek nih!"
"Haa,kebetulan! Mak Mah reti tak buat kek coklat kukus? Amy tiba-tiba mengidam nak makan kek tu.Abang dah cuba beli dekat kedai tapi tak kena dengan tekak pula.Amy nak rasa yang homemade punya. Mana tau yang Mak Mah punya kena dengan selera Amy, kan?!"
"Maaf Amy.Mak Mah tak reti pulak nak buat kek tu.Dulu masa muda-muda ada lah pernah buat sebab mak kepada Mak Mah pernah ajar.Tapi sekarang dah lupa.
Sekarang pun dah maju.Mak Mah tak terlintas pula nak belajar semula. Biasalah sekarang order je sudahnya dah sampai depan rumah tu haa.Tak perlu tunggu lama-lama"
Amylia tersenyum kelat.Tahu-tahu sahaja bila perempuan mengandung kalau tak dapat apa yang diidamkan.
"Erm,akak.Aisy pernah belajar dengan arwah umi dulu buat kek ni.Takpe.Aisy cuba buat kek ni ya! Aisy cuba tunaikan apa yang akak nak.Tapi kalau tak kena dengan tekak~harap akak tak marah lah"
"Wah! Betul ke ni? Aisy buatkan ya! Akak tak sabar nak rasa.Akak yakin kek tu mesti jadi punya.Akak dengar yang Aisy ni pandai masak.Setakat kek mestilah boleh juga kan?!..........ok lah. Akak nak ke depan dulu.Nak sambung berborak dengan mummy daddy"
Amylia berlalu pergi meninggalkan Aisy dan Mak Mah.
Skip ⏮️....................
Aisy membantu Mak Mah menghidangkan pelbagai jenis makanan di kanopi luar rumah.Majlis itu tidaklah besar-besaran tetapi T. Adnan sengaja menempah kanopi itu kerana kebiasaannya tetamu lebih suka makan di luar rumah.
Ketika dia ingin masuk ke dalam rumah semula,dia telah melihat kereta mewah berjenama Honda Civic memarkir di garaj.Namun kereta itu tidak asing bagi Aisy.Dia sangat mengenali pemilik kereta mewah itu.
Ya! Itu Erin.Ditemani dengan Nadya.
"Assalamualaikum mummy" Erin menyalami tangan Tengku Maria.
"Waalaikumussalam.Alhamdulillah! Erin masih sudi datang sini.Mummy ingat Erin dah tak nak datang sini lagi dah"
Kata T. Maria sayu.
"Mestilah Erin datang.Lagi-lagi yang jemput pulak mummy.Takkan lah Erin tak sudi,kan?! Haa ni mummy sihat?"
"Sihat.Cuma tu lah.Mummy kurang selera makan dua tiga hari ni"
"Kenapa Mummy? Cakap sihat, kurang selera ni~mesti mummy sakit"
"Eh, takdelah.Mummy kurang selera mungkin sebab ada orang luar tinggal di rumah mummy kot! Rasa menyemak pula"
Aisy terus masuk ke dalam rumah agar dia tidak sakit hati mendengar perbualan T. Maria dan Erin.Tahu sahaja dia siapa yang T. Maria maksudkan. Siapa lagi yang T. Maria perli kalau bukan dirinya?
"Eh, jomlah kita masuk dulu.Majlis pun belum bermula. Nad sekali! Marilah masuk!" Pelawa T. Maria.
"Haa,Aisy! Tengoklah kek kamu tu.Mak Mah rasa dah boleh angkat"
"Iyaa? Sekejap Aisy tengok"
Setelah diangkat, Aisy mencucuk kek itu dengan lidi untuk mengetahui kek itu betul-betul masak dengan sempurna atau belum.
"Betullah Mak Mah! Kek Aisy dah masak lah!" Kata Aisy sedikit teruja.
Aisy memotong kek itu.Hirisannya tidaklah terlalu nipis mahupun tebal.
"Cuba Mak Mah rasa.Sedap tak? Aisy tak reti nak rasa lah.Dia kena sifu yang rasa dulu"
Dihulurnya sepotong kek yang berada di dalam pinggan kecil itu kepada Mak Mah.
"Masyaallah! Sedapnya Aisy" Ikhlas Mak Mah memuji.
"Betul ke ni Mak Mah? Ke Mak Mah nak ambil hati Aisy? Jujur aja Mak Mah. Kalau tak tegur,macam mana Aisy nak improve lagi skill Aisy kan?"
"Eh,budak nih! Betul lah sedap.Ikhlas tau,Mak Mah puji ni.Kek ni betul-betul sedap.Kalau tak percaya,rasalah sendiri"
"Ye erk? Hihihi.Takpelah.Kalau Mak Mah kata sedap, bolehlah Aisy bagi akak rasa nanti.Mak Mah jangan bagitahu kak long dulu tau.Aisy nak buat suprise"
"Iyaa.Mak Mah tak bagitahu lah.Mak Mah buat-buat diam aja!"
Aisy menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis.
Tiba-tiba T. Maria memasuki ruangan dapur.
"Haa, ni Mak Mah.Tolong potong kek tiramisu ni kecil-kecil ya! Kek ni bakal menantu saya yang bawa.Bolehlah
hidang diluar sana nanti" T. Maria berkata selamba tanpa menjaga hati Aisy selaku menantunya yang sah.
"Baik,tengku" Mak Mah mengambil kek itu lalu dia terus memotong kek itu oleh kerana dia sudah tiada kerja lain untuk dibuat.
Sebaik T. Maria beredar, sempat dia memesan pada Mak Mah.
"Kalau boleh saya nak Mak Mah hidangkan kek tiramisu ni dengan dessert yang Mak Mah buat aja.Saya tak nak Mak Mah hidang makanan yang dibuat oleh orang lain selain Mak Mah"
Agak kecewa Aisy apabila mendengar kata-kata itu. Lagipun dia tidak berharap lebih.Kek yang dibuat pun sedikit sahaja.Itupun sebab Amylia yang mahu makan.Kalau tidak,Aisy dah tak buat tadi.
Skip ⏮️................
Setelah tetamu hadir menjamu selera,Aisy hanya berada di dapur.Dia tahu tiada siapa yang selesa apabila dia ada.Dia juga berasa sedih kerana papanya sendiri tidak menghiraukan dirinya.
Flashback................
"Paa? Papa datang juga" Aisy menyalami tangan tua itu.
Tetapi cepat-cepat Dato' Rashid menepis kasar.
Aisy hanya mampu tersenyum manis.
"Papa macam mana? Sihat tak?"
"Aku belum nak mati! Dah kau tengok sendiri aku masih berdiri tegak! Maknanya apa? Soalan bodoh juga kau nak tanya!" Jawab Dato' Rashid acuh tak acuh.
Aisy senyum lagi.
"Alhamdulillah.Papa masih sihat.......... Paa.Aisy rindu kat papa tau.Aisy nak telefon papa nak tanya khabar tapi papa tak angkat.Aisy mesej pun papa tak reply. Sampai hati papa kan?!"
"Kau ingat hidup aku ni nak bagi tumpuan hanya pada kau? Ingat aku takde kerja lain ke nak buat?"
"Aisy tahu,tapi Aisy kan anak papa.Takkan lah takde sikit pun masa yang Aisy boleh curi untuk bertanya khabar pada papa?"
"Aku tak pernah ada anak yang malukan aku dengan keluarga aku sendiri" Dato' Rashid berlalu pergi meninggalkan Aisy yang air matanya sudah mengalir lebat.
End flashback............
Hiks Hiks!
'Sampai macam tu sekali papa benci aku.Nak mengaku aku ni anak pun dia tak nak.Huh! Kau hanya pembawa malang aja dalam hidup ni,Aisy!'
"Uit! Termenung apa cik kak oii?!! Jauh betol!" Sergah Irfan entah datang dari mana membuatkan Aisy terkejut.
Aisy cepat-cepat mengelap sisa air matanya dengan menggunakan hujung lengan baju jubah yang dipakainya.
"Eh,Aisy! Kau menangis ke? Siapa yang buat kau menangis ni?Cakap! Biar aku telengkup kepala orang yang buat kau nangis nih dengan sandal aku! Ini kalau kena mata,bukan setakat bengkak au! Sekali package cukup lengkap sampai buta aku buat!"
"Haha.Tak kelakar bang!" Kata Aisy.Gelaknya dibuat-buat.
"Dik! Aku serious au! Siapa buat kau nangis ni? Aduu! Aku takleh aa tengok kau nangis macam ni! Lemah bontot aku!"
Pftt.
Aisy memukul lengan Irfan yang masih berlapik dengan baju Melayu sedikit kuat.
"Adoi! Kau nih! Kalau serious,nak serious sangat! Time tak serious karang~crack sangat! Tan pangham amkum ngan kau nim!(tak faham aku dengan kau nih)"
Aisy kembali diam.
"Sudah! Diam pulak dah! Aisy aku serious ni nak tahu. Kau kenapa haa? Ada masalah dengan Adrian ke apa? Ke korang gaduh?"
"Tak.Ni pasal papa aku"
Irfan membuat muka serious untuk mendengar penjelasan dari Aisy.
Aisy menceritakan kejadian tadi kepada Irfan.Entah mengapa dia rasa sangat selesa untuk berkongsi cerita dengan Irfan.Padahal ini tentang hal peribadinya sendiri.Tentang aib keluarganya sendiri.Mungkin dia berasa selesa kerana mereka sudah lama kenal antara satu sama lain.Mungkin juga kerana Aisy menganggap Irfan seperti abangnya.
"Serious lah papa kau cakap camtu? Sorry to say but aku rasa papa kau dah melampau.Tak sekarang ni yang alami masalah ni semua adalah kau! Bukannya dia. Kenapa dia pula terasa lebih? Apa yang nak dimalukan?Kau bukan buat apa-apapun dengan Iyan kan?!Kalau sekarang kau dah boleh terima semua ni, kenapa dia tak boleh terima juga?"
Bengang Irfan dengan sikap papa Aisy yang sanggup buang anak kerana malu dengan orang lain. Walhal Aisy tidak pula minta semua ini terjadi.
"Entahlah.Aku rasa kalau aku mati sekalipun nanti, mesti dia lebih puas hati kan? Yelah! Anak yang dah conteng arang kat muka dia dah takde. Sekurang-kurangnya dia dah tak perlu nak hadap malu sebab pernah ada anak macam aku ni" Kata Aisy sayu.
"Eh eh kau! Jangan nak cakap benda bukan-bukan sangat.Aku sumbat durian dalam mulut kau nanti biar sampai kau muntah hijau! Haa kalau takde durian, tempoyak pun jadi!"
"Berani kau buat? Aku dah tak mengaku kau ni kawan aku nanti!" Kata Aisy sambil badannya dibuat geli geleman.Dapat dia rasakan kalau perkara itu betul-betul berlaku.Dia lebih rela duduk dalam reban ayam daripada menghidu bau durian.Dia juga rela makan belacan dari menjamah buah durian.
Salah satu fakta yang menjengkelkan gadis itu adalah durian.Dia tidak boleh makan buah itu sejak dia masih kecil.Sudah puas juga arwah uminya memaksa untuk rasa tetapi Aisy memang tak boleh menerima jikalau buah itu masuk ke dalam mulutnya. Baginya,buah itu adalah satu virus yang sebarkan bau yang boleh membuatkan dia mabuk alah orang menaiki boat. Kalau telan,mahunya muntah habis semua isi perut keluar.
"Haa tau takut! Kau cakaplah lagi.Nanti aku buat betul-betul baru tau! Eh jomlah kita keluar.Aku belum makan ni.Tadi ramai sangat orang.Aku kan jenis yang tak reti sabar,sikit! Aku takut karang ada aja senduk yang melayang atas muka orang!"
"Tak naklah aku keluar.Nanti jumpa dengan Erin,Nad, Riyan.Dahlah diorang benci gila-gila kat aku.Nanti boleh potong mood diorang nak makan sebab aku ada yang acah-acah jadi tuan rumah"
"Ouh~kau tak nak keluar lah ni? Takpe! Lepas aku ambil makanan,aku datang sini balik! Amacam?!"
"Eh! Tak payahlah.Kau ni tetamu.Ada pula makan kat dapur?"
"Ye lah! Dah kau tak nak keluar dari rumah.Aku terpaksa lah ambil makanan buat masuk dalam"
Aisy menjeling sekilas pada Irfan.
"Ish! Ye lah! Aku keluar.Kau pun makan kat luar.Puas?"
"Haa,centu laa adik aku!"
"Erm,ni Pan! Aku nak bagi kau rasa sesuatu lah!"
Irfan menjongketkan keningnya sebelah kanan.
Aisy mengambil sepotong kek yang dia buat tadi dan dihulurkan kepada Irfan.
"Nah! Kau rasa lah.Sedap ke tak? Aku cuba menjinakkan diri dalam bidang ni"
Irfan mengangkat kedua-dua belah keningnya pula sebelum merasai kek itu.
"Weh,sedap dik! Betul ke ni kau yang buat? Tak percaya aku!" Kata Irfan sambil mulutnya penuh dengan kek coklat kukus itu.
"Haa ye laa.Bukan aku yang buat.Ni semua aku rembat kat kedai mana tah,bagi kau makan!" Aisy menggulingkan bebola mata.
Di luar rumah............
"Erm,awak.Dah nak makan ke belum? Kalau dah nak makan,saya nak tolong letakkan ni"
Adrian hanya mengangguk tanda mahu.
Datang pula T. Maria di situ sambil menolak sedikit badan Aisy membuatkan Aisy hampir terjatuh.
"Haa,Erin! Mummy nak Erin yang hidangkan untuk Iyan.Kesian mummy tengok Iyan.Iyan hari-hari takde mood. Asyik serious saja muka.Ni Erin dah ada depan mata,elok pula dia boleh senyum sampai ke telinga.Erin ambilkan lauk ni untuk Iyan ya! Mummy pergi dulu.
Ada tetamu yang baru hadir nak kena layan"
Sekali lagi Aisy dikecewakan dengan kata-kata ibu mertuanya.Namun sedaya upaya dia masih menayangkan senyuman manis.Adrian hanya melihat. Tidak tahu apa yang dia rasa sekarang. Baginya T. Maria tidak salah dan disebabkan egonya,dia hanya membuat reaksi biasa seperti bukan salah mummy nya.
Kejadian itu membuatkan Irfan berasa sangat bengang.
'Kalau ikutkan hati,nak aja aku marah orang tua nih! Nasib tengah majlis tau! Kalau tak dah lama melayang penumbuk sulung aku ni!'
Irfan bangun dari duduknya lalu pergi ke arah Aisy berada.
"Takpe,Aisy.Kalau Erin dah hidangkan untuk Ad,apa kata kau hidangkan untuk aku?Aku kan abang kau! Kau dah iktiraf pun!" Kata Irfan dengan sedikit kuat supaya Adrian mendengarnya.
"Haa,nak lauk apa bang?" Kata Aisy pula selamba.
Dia saja berlembut dengan Irfan supaya dia boleh buat macam mana Erin layan Adrian.Manalah tahu Adrian akan cemburu?
Di meja makan.............
Keadaan menjadi sunyi.Aisy rasa mahu saja dia cepat-cepat lari dari situ.Mana tak nya Irfan menyuruhnya duduk di tengah antara Adrian di sebelah kanan dan Irfan di sebelah kirinya.Aisy juga menunduk menekur tanah kerana dia tahu kawan-kawannya tidak selesa akan kehadirannya.Sudahlah meja itu bulat dan jika dia pandang ke atas semestinya semua boleh nampak mukanya.
Erin memberanikan dirinya untuk menyuapkan nasi kepada Adrian.Mujur sahaja masih memakai sudu.
Aisy hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa.
Kata-kata Adrian terngiang-ngiang di benak fikirannya.
"Kalau nak dibandingkan kau dengan Erin,kau akan tetap kalah dengan dia"
Memang betul pun.Tengoklah dengan situasi sekarang.Dia tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya mampu melihat
betapa mesranya Adrian dan Erin.
"Err~ Kau suap aku lah pula!"
Aisy yang menghirup air sirap limau tersedak sedikit dengan permintaan Irfan.
Dah gila agaknya si Irfan Hanif ni?
"Tak payah nak mengada sangat.Kau makan jelah sendiri.Tangan kau tu still ada.Tak payah minta aku suapkan macam kau ni takde tangan!" Bisik Aisy perlahan pada Irfan.
"Eh eh dik! Kau nak kata aku OKU lah ni? Tak sekarang ni,aku bagi kau chance tahu tak? Aku nak tengok kalau kau layan aku,Ad akan jealous ataupun tidak? Kalau dia tak jealous bermakna hati dia batu! Kalau dia jealous bermakna dia dah jatuh suka pada kau!" Bisik Irfan pula di telinga Aisy.
Mendengar kata-kata Irfan membuatkan Aisy hanya menurut permintaan Irfan.Yelah! Masa begini sahaja dia boleh menguji Adrian.
Adakah Adrian langsung tidak menyukai dirinya? Tiada sekelumit rasakah perasaan cemburu jika dia menyuapkan makanan kepada mulut Irfan?
"Uih! Tadi aku rasa makanan ni rasa biasa-biasa saja! Tapi lepas Aisy suap ni kan! Puih!!! Rasa sedap dia lain macam dho!........Haa suap lagi Aisy!" Kata Irfan tanpa segan silu.
Melihat Aisy yang tidak membantah, Adrian menyuruh Erin berhenti dari menyuapnya makan.Entah dia rasa bengang apabila Irfan menyuruh Aisy yang suapkan makan.
Benda boleh saja makan dengan tangannya sendiri,tapi seakan sengaja laparkan perhatian orang.
Nadya dan Aryan yang melihat pun bertambah benci pada Aisy.
'Kau ni memang perempuan murahan, Aisy! Tak boleh Adrian,kau Tackle Irfan pula? Memang tak reti bersyukur kau nih! Aku tahu! Ni sebab kau nak kikis harta Irfan kan? Kau tunggu ajalah Aisy! Satu hari nanti kau akan menderita juga sama macam kau buat pada Erin! Aku takkan biarkan Erin derita disebabkan pernah ada kawan perangai setan macam kau,Aisy!' Kutuk Nadya tentang Aisy dalam hati.
"Irfan. Kau beli ke tak coklat ? yang aku suruh kau beli tu?" Tanya Aisy tiba-tiba memecahkan kesunyian.
"Eh! Ada ke kau pesan? Bila erk? Aku takde lah ke mall pula?"
"Kau jangan cakap kau tak beli erh,Pan!" Aisy menunjuk jari telunjuknya ke arah Irfan.
"Alah chill chill ajalah.Aku gurau je. Coklat tu ada kat dalam kereta.Japgi aku ambil erk!"
"Eh,mana boleh.Ni mesti dah cair.Dah berapa lama kat dalam kereta kau tu! Erm,mehlaa kunci kereta kau.Biar aku yang pergi ambil sendiri.Kau makan aja lah!"
Elok juga dia ambil.Sekurang-kurangnya,dia boleh lah jauhkan diri dari Adrian dan yang lain.
"Haa,nah! Kau tahu kan tekan button mana satu?"
Aisy hanya mengangguk lalu dia berura-ura beredar dari situ.
"Weh,Irfan! Kau ada taruh duit tak dalam kereta? Atau benda berharga ke kat dalam kereta? Dahlah kau suruh dia yang pergi ambil.Entah-entah kau nak balik nanti semua dah hilang harta benda dalam kereta kau karang" Kata Nadya.
"Betul tu,Pan! Berani kau pass kunci kereta pada dia ni? Nanti barang kau hilang~menangis tak berlagu lah kau nanti!" Kata Aryan pula.
Aisy yang masih ada di situ mendengar apa yang Nadya dan Aryan menyindirnya.Tidak jadi dia nak melangkah pergi.
"Erm,takpelah Pan.Aku tunggu kau habis makan.Kau ambilkan lah ya. Lagipun tu kereta kau.Nantikan aku ambil kesempatan pula.Macam Nadya dan Aryan kata"
Aisy menghulurkan kunci kepada Irfan sejurus itu dia masuk ke dalam rumah.
Adrian tiba-tiba memegang pergelangan tangannya lembut.
"Stay here until all of us are done!" Bisik Adrian pada Aisy.
'Apa hal mamat ni?'
"Saya tak kesah.Saya pun tak makan di sini.Jadi buat apa saya tunggu? Dahlah! Awak pergi makan sampai kenyang.Erin kan ada boleh suapkan.Kalau saya ada di sini,mesti mengganggu korang nak bermesra kan? Lepaskan tangan saya ni.Awak nak ke Erin jealous? Sanggup tengok dia sakit hati?"
Aisy meleraikan pegangan tangan Adrian dari pergelangan tangannya.Lalu dia pergi dari situ tanpa melihat orang sekeliling.
'Apa kena dengan kau nih? Bukan ke kau patut happy sebab dapat luangkan masa dengan Erin? Kenapa pula aku nak Aisy stay di sini?'
Soal Adrian dalam hati.
Dia betul-betul tidak faham dengan dirinya sekarang ini.
Keadaan menjadi sunyi sepi selepas pemergian Aisy.
Irfan yang sudah selesai makan terus menuju ke keretanya untuk mengambil coklat.
Sebaik sahaja Aisy keluar dari rumah,Irfan pun cepat-cepat mendapatkannya.
Adrian pula yang ingin dengar perbualan antara Irfan dan Aisy, cepat-cepat sembunyikan diri supaya Aisy dan Irfan tidak perasan akan kehadirannya.
"Ni,Aisy! Aku beli coklat kacang almond je.Sebab yang ni aja aku jumpa dan ada kat mall tu"
Plastik itu dihulurkan kepada Aisy.
"Wah!! Thanks Pan sebab tolong beli.Nak harapkan aku yang pergi beli lambat lagi"
"Ni kau beli untuk siapa? Takkanlah kau yang nak makan sorang kan? Nak cakap kau mengidam kan ada yang aku balik dengan kaki terhinjut sebelah nanti"
"Haa,tau pun! Takdelah.Coklat ni aku nak bagi pada Mak Mah.Kau tahu kan haritu majlis Mikha dengan Erin,
aku kan nak ke tandas.Yang tunjuk arah tu,Mak Mah lah.Itu pasal aku ke bilik game Mikha tu.Pastu aku cakap kat Mak Mah yang kalau kitorang jumpa lagi,aku nak hadiahkan coklat sebab dah tolong aku.Itulah aku beli betul-betul ni.........Haa nih! Lagi satu~Aku nak kau masukkan dalam buku 355 kau erk.Pasal coklat ni mahal! Aku kena bayar sikit-sikit kat kau erh? Kau jangan marah au! Dekat perkhidmatan kau je aku boleh buat suka-suka hati aku nak bayar bila-bila masa! Bolehlah erk?" Tanya Aisy sambil menayangkan muka simpati.
"Ihh,yelah yelah! Aku penatlah ngan kau nih! Kenapa erk selalu kalau aku nak belanja kau tolak? Tak boleh ke kalau seorang abang angkat nak belanja adik angkat dia? Berdosa erk?"
"Takdelah berdosa,kau nih! Aku bukan apa.Arwah umi selalu ajar aku.Selagi aku mampu,aku kena tolak sebab masih ada orang yang lebih memerlukan dari aku.Samalah macam kau nak belanja aku.Aku still mampu.Takpe! Nanti kalau betul-betul duit aku dah habis, kau belanjalah apa kau nak! Aku takkan tolak! Tunggu aku jatuh miskin dulu laa erk! Hehehe"
Irfan pula menjeling sekilas pada Aisy.
"Yela yelaa.Tapi tolong lah! Harga kau bayar coklat ni Rm 5 je tau.Aku betul-betul nak belanja kau.Please lah.Kalini je jangan tolak pelawaan aku"
"Serious lah kau harga 5 ringgit je? Agak-agaklah kalau nak menipu,Pan!" Aisy cuba untuk mencari resit pembayaran itu.
Terbuntang luas mata Aisy melihat harga mencekik darah itu.
"Pan! Agak-agaklah kau nak tipu aku.Dah tertulis kat sini harganya Rm 40 ringgit.Takpelah! Lepasni aku tak hutang dengan kau dah.Asyik menipu aja kerjanya"
"Tengoklah.Sebabtu lah aku tak bagi kau tengok resit. Aku dah murahkan sikit.Kira aku bagi diskaun pada kau.
Satu bar ni 20 ringgit.Aku bagi diskaun jadi kau bayar 5 ringgit aja setiap satu.Tapi aku nak belanja kau.Jadi kalau kau nak bayar sangat,bagi jelah Rm 20 ringgit. Amacam?"
"Ihh! Coklat tu mahal lah! Takkanlah 20 je aku hutang kau? Takde takde.Aku bayar kau~haa,Rm 30 ringgit sahaja.10 ringgit tu kiranya kau belanja aku erh? Cantik!"
"Haa,deal! Nanti aku masuk buku 355 erk!"
'Takkanlah sampai macamtu sekali? Atau dia nampak aku perhatikan dia dengan Irfan? Sebabtu dia pura-pura berlakon baik? Kononnya tak nak kikis harta aku?' Adrian masih ragu-ragu dengan Aisy.
Dia teringat kembali sewaktu dia memeriksa aplikasi WhatsApp Aisy pada pagi tadi selepas dia menutup alarm jam.
Flashback...............
Me:
●Assalamualaikum bang
●Weh kau tolong ak bole tak??
Irfan Hanif
●Haa waalaikumussalam
●Tolong ap tu??
Aisy:
●Aku nak suruh kau tlg belikan coklat ? ikut suka lah apa punya perisa pun
●Kalau kau nak tnya buat ap
●Ak bagitahu kau hri mjlis kat rumh Adrian nanti
●Kau boleh tlg kn? Ty,semoga sihat sejahtera slalu
●Assalamualaikum
Irfan Hanif sent a sticker
(↼_↼)
Adrian menutupi telefon itu.
End flashback...........
'Jadi coklat ni lah yang dimaksudkan Aisy tu?'
Adrian menyambung memasang telinga semula.
"Erm,pasal Nad dengan Riyan tadi,kau jangan ambil hati tau.Aku minta maaf.Kalau lah aku tak suruh kau ambil sendiri tadi,mesti diorang tak perli kau kan?" Kata Irfan sedikit serba salah.
"Eh,takdelah.Aku nak berasa hati dengan diorang? Lambat lagi.Lagipun diorang dah banyak makan hati dengan perangai aku.Tak ada yang salah pun apa yang diorang kata.Betullah tu.Nak nya aku curi barang yang ada kat dalam kereta kau tadi macam mana?"
"Kau tak yah nak sedapkan hati sangat erh! Takyah buat yang kau tu hati batu sangat.Kalau aku kat tempat kau tadi,aku akan terasa juga dengan kata-kata diorang"
"Alah biarlah.Kau ni tak relaks lah.Aku yang kena kau yang over! Pehal? Dah dah dah! Kau ke sana sekarang! Pergi makan lagi kuih yang ada di kanopi sana.Penat tau aku buat pudding tu dengan Mak Mah!"
"Haa,ya ya!"
Sejurus itu Adrian berlalu pergi dengan perasaan bergolak balik.
Kata-kata Aisy membuatkan dia separuh ingin percaya pada Aisy dan separuh lagi tidak mahu.
Seusai Aisy siap memasuki tandas,Aisy terus ke dapur untuk melihat kek buatannya.
Aisy sedikit hairan apabila kek buatannya tiada di atas meja.
"Mana pula kek tu? Atas meja takde,dalam peti pun takde.Habis kat mana?"
"Aisy! Cari apa tu?"
"Haa,Mak Mah! Ada nampak tak kek Aisy ada di mana? Aisy letak atas meja ni aja tadi.Entah sekarang takde pula"
"Mak Mah nampak tadi Irfan yang ambil bawa pergi luar.
Katanya sedap.Rugi pula kalau tak dikongsi bersama"
Aisy cepat-cepat ke luar rumah apabila mendengar apa yang Mak Mah memberitahunya.
Dia pergi ke arah kanopi.....
Dilihatnya bekas yang dia letakkan kek itu.Kosong.
"Hem! Aku nak cakap dengan kau sikit" Tiba-tiba Adrian datang menegur Aisy.
'Aduh masa ni lah pulak dia nak cakap! Dari tadi tak nak!' Aisy hanya mengendahkan kata-kata Adrian.
Apa yang dia mahu lakukan sekarang adalah lebih penting baginya berbanding mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Adrian.
"Kau dengar ke tak apa aku kata ni?" Agak geram Adrian apabila pertanyaannya itu tidak dijawab oleh Aisy.
Aisy melihat ada seorang wanita sebaya dengan ibu mertuanya masih tidak menjamah kek itu.Lalu pantas dia ke arah wanita itu tanpa menghiraukan Adrian.
"Erm,maaf andai saya mengganggu Tengku.Tapi saya mohon sangat.Izinkan saya ambil kek ni.Saya tahu tengku belum jamah kek ni kan?!" Kata Aisy dengan lembut.Takut sahaja dia akan mengguriskan hati wanita tua itu.
"Kau dah kenapa? Biarlah kawan mummy nak makan" Kata Adrian agak tidak puas hati dengan perlakuan Aisy.
Baginya tidak sopan sekiranya Aisy mengambil begitu sahaja.
"Awak diam.Saya minta sangat janganlah nak marah saya dulu.Kalau nak marah nanti-nanti aja!" Kata Aisy pula sambil berbisik.
"Tengku.Boleh ya,saya ambil? Takpe saya gantikan dengan kek tiramisu ya!"
Baru sahaja Aisy ingin mengambil piring berisi kek itu, dia telah ditampar oleh T. Maria di depan khalayak ramai.
Agak kuat sehingga boleh nampak sedikit kesan merah bekasan ditampar.
"Kau ni memang sengaja nak malukan keluarga aku kan? Kau ingat kek buatan kau tu sedap sangat ke haa? Mana adab kau ni? Macam ni ke cara mak bapak kau ajar adab bila dengan orang tua?"
Tercengang Adrian apabila mummy nya berani berbuat demikian.Aisy hanya diam.Air matanya yang mula bertakung dia tahan supaya empangan itu tidak pecah sekarang.
Aisy tebalkan muka pergi ke kanopi semula untuk ambil sepotong kek tiramisu untuk diberikan kepada tengku tadi sebagai ganti dengan keknya.
"Nah,tengku.Saya minta maaf sangat-sangat sebab tak jaga adab.Ini ganti dengan kek saya,ya" Aisy menghulurkan kek itu kepada wanita itu seraya menghadiahkan senyuman manis.
Kebetulan Amylia juga turut keluar dari rumah.
"Akak! Nah,kek yang akak request tadi. Mujur sahaja ada baki sikit. Dapatlah baby akak rasa" Hulur Aisy dengan mukanya dibuat tersenyum manis.
Baru sahaja Amylia ingin menyambut huluran itu,T. Maria terus menepis kasar dan kek itu jatuh ke tanah.
"Kenapa jahat sangat perangai Tengku ni? Hina sangat ke saya? Kenapa? Tengku takut saya letak racun ke dalam makanan ni?" Lantang Aisy bersuara. Sudah hilang kesabarannya.
"Jangan nak berkurang ajar dengan mummy aku!" Adrian memberi amaran.
"Awak diam!" Aisy berani membalas semula.
"Ya! Memang kau jahat! Untuk mengelakkan supaya tak jadi apa-apa pada cucu aku,aku terpaksa buat begini.
Amy! You makan kek tiramisu yang Erin bawa tu saja.Entah kek ni dibuat dengan elok ke tidak?"
"Jom ke kanopi sana.Nanti mummy suruh bakal menantu mummy yang tolong letakkan" perkataan bakal menantu ditekankan.
Amylia kesian melihat Aisy yang baru sahaja dimarahi oleh ibu mertuanya. Mahu tak mahu dia mengikuti sahaja langkah ibu mertuanya ke kanopi.
Irfan yang melihat dari jauh tadi, terus mendapatkan Aisy.
"Aisy! Aku minta maaf.Aku tak tahu yang kau simpan kat dalam nak bagi kak long rasa.Niat aku hanya nak berkongsi dengan semua" Kata Irfan dengan penuh serba salah.
"Tak-takpe.Aku ok je.Aku masuk dalam dulu" Kata Aisy sambil mengesat air matanya yang telahpun mengalir deras. Dia terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling yang memerhatikan dirinya.
"Bro,aku balik dulu.Kau tolong pujuk Aisy untuk aku tau.Aku tahu kalau kau tak pujuk pun Aisy akan okay je dengan aku,tapi tolonglah erk.Aku betul-betul tak sengaja.Kalau aku tahu dari awal Aisy buat kek tu khas untuk kak long, aku dah tak bawa kek tu ke luar tadi. Aku betul-betul rasa bersalah dengan Aisy.Kau tolong erk? Aku balik dulu, assalamualaikum"
Irfan berlalu pergi dengan keadaan tergesa-gesa kerana ada sesuatu yang perlu dia selesaikan dengan segera.
"Maaf aunty,atas apa yang terjadi" Kata Adrian dengan sopan.
"Eh,takpelah.Aunty ok aja.Bagi aunty dia tak salah.Kak long you tu mengidam. Mungkin sebabtu dia ambil dari aunty"
Adrian menunduk sahaja dengan telinganya mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh wanita tua itu.
"Orang mengidam mana boleh buat main. Diorang hati tisu..........Ouh ya! Dia isteri you kan? Nanti you akan rasa pula bila isteri you mengandung dan mengidam apa-apa" sambung wanita tua itu lagi.
Adrian hanya mengangguk seraya tersenyum kekok.
"Aunty tengok wife you ni cantik je. Baik,berbudi bahasa pula tu.Lemah-lembut semestinya.Ini kalau aunty yang jumpa wife you dulu,sudahnya dia dah jadi menantu aunty dah sekarang"
Entah mengapa hati Adrian mula berasa sakit apabila kawan mummy nya berkata demikian.
"Kenapa muka you berkerut ni? Jealous erh?! Aunty gurau je lah"
Hanya mampu tersenyum kekok.
Adrian ingin memasuki bilik memandangkan pintu biliknya tidak ditutup sepenuhnya.Namun langkahnya terhenti tatkala dia mendengar luahan Aisy.
"Umi. Hiks Hiks! Aelise tak layak bahagia ke dekat dunia ni? Kenapa semua benci dengan Aelise? Aelise cuba jadi baik.Cuba tersenyum walaupun dah banyak kali Aelise makan hati dengan diorang.Aelise dah takde siapa-siapa untuk Aelise ceritakan masalah Aelise. Takkanlah semua benda Aelise nak cerita pada Irfan? Dia hanya seorang kawan.Bukan ada pertalian darah dengan kita.Abang pula takde kat sini.Tiada tempat untuk Aelise mengadu,umi! Papa,isteri baru dia, dan anak tiri dia! Semua benci Aelise.Suami dengan ibu mertua Aelise pun benci Aelise! Tiada siapa suka kewujudan Aelise! Hiks Hiks"
Mendengar luahan Aisy,timbul rasa kasihan dalam diri Adrian.Dia pun masuk mengejut ke dalam biliknya.
Aisy cepat-cepat mengelap sisa air matanya lalu bangun dari duduknya.
Dia segera ingin menuju ke bilik air tetapi dapat dia rasakan haba dari tangan Adrian menyentuh kulitnya.
"Menangislah,kalau kau rasa dengan cara ni kau akan jadi lebih baik" Tanya Adrian lembut.
Aisy terus memeluk tubuh Adrian dengan erat dengan tangisannya semakin kuat didengari.Rasa sedikit terharu apabila Adrian berkata begitu. Dia tidak tahu jika Adrian bertanya dengan ikhlas atau sahaja ingin beri dia harapan.Dia lebih rela percaya sahaja.
Automatik badan Adrian menjadi kaku.Perlahan-lahan tangannya ingin membalas pelukan dari Aisy.
Setelah reda tangisan Aisy,dia menolak lembut supaya sedikit menjauh dari Adrian.
"M-maaf" Itu sahaja yang Aisy ungkapkan sebelum dia masuk ke bilik air.
Adrian menghalang lagi.
"Aisy.Aku nak minta maaf atas apa yang mummy buat pada kau.Aku tahu dia tak sengaja ........."
"Takpelah.Saya faham.Mummy awak cuma takut kalau saya ada letak apa-apa dalam kek tu.Dia tak nak ada apa-apa yang jadi pada kak long atau baby. Sebabtu dia halang kak long makan. Awak jangan risau.Saya takde niat pun nak berdendam dengan mummy awak"
Dia tersenyum kecil sebelum masuk ke dalam bilik air.
Di luar rumah...............
"Hey,sayang.Kenapa monyok je muka nih? Cuba cerita apa yang jadi? Abang takde kat sini tadi.Abang pergi borak dengan kawan-kawan abang yang datang tadi" Tanya Ammar apabila melihat isterinya hanya menayangkan muka yang monyok.Hampir menangis pun ada.
"Tadi Aisy ada buat kek coklat kukus untuk sayang"
"Okay,then?"
"Irfan pergi keluarkan kek tu,lepastu dah takde.Aisy ada tengok kawan mummy yang last ambil kek tu and belum makan lagi.Then,Aisy minta izinlah nak ambil kek tu.Lepastu mummy datang pergi tampar muka Aisy.Aisy sanggup tebalkan muka gantikan kek tu dengan kek tiramisu yang Erin bawa bagi pada kawan mummy tadi.Pastu kek yang dia buat,dia nak bagi pada sayang.Mummy pun tepis pinggan pastu kek tu jatuh semua and sayang tak sempat rasa,pun"
Mata Amylia sudahpun berair.
"Eh,sayang jangan nangis. Takpe. Nanti sayang suruhlah Aisy buat lagi sekali. Nanti abang try slowtalk dengan mummy.Abang perasan perangai mummy berubah jadi teruk sikitlah sekarang ni"
Amylia mengangguk tanda setuju sambil mengelap air matanya dengan tisu.
"Sayang pergi rehatlah kat dalam bilik.Kesian pula abang tengok.Mesti penat,kan?"
Amylia hanya menurut sahaja apa yang Ammar suruh.
TYSM sesiapa yg baca karya saya yg tk seberapa ni ^_^
Share this novel