BAB 12

Romance Completed 6961

3 bulan kemudian...........

Mereka menjalani kehidupan seharian dengan selalu ceria dan merasa sangat bahagia.

Pagi itu,seperti biasa Adrian dan Aisy pergi ke kolej bersama.

"Alright! Sini je awak"

Adrian hanya menurut kata-kata Aisy.

Aisy menyalami tangan Adrian sebelum keluar dari kereta.

"Wait.Kita sama-sama masuk, please?!" Pelawa Adrian.

Aisy mengangkat keningnya sebelah kanan.

"Awak tak kesah ke kalau orang nampak kita berdua macam ni? Nanti kalau terserempak dengan Erin macam mana?"

Aisy melihat muka Adrian yang berubah sedikit murung.Tiada niat untuk menolak tetapi bila diingatkan Adrian masih ada perasaan sayang pada Erin,dia tak mahu jika Adrian dan Erin bergaduh disebabkan dirinya.

Ya,dia memang nak tunjukkan pada Erin yang dia hidup bahagia dengan Adrian sekarang.Dia nak Erin merasa cemburu dengan layanan Adrian padanya.Tapi dia sedar yang akhirnya nanti,pilihan Adrian masih lagi Erin.

"Jomlah.Sorry.Saya bukan apa,saya just cakap.Kita tak tahu nanti macam mana tanggapan orang pada kita, kan?"

Mana taknya? Tidak ramai pun yang tahu bahawa dia telah berkahwin dengan Adrian.Silap-silap nanti difitnah bukan-bukan pula.

Aisy menghulurkan tangannya pada Adrian.

"Jom.Kita pergi cepat-cepat.Sekarang tengah clear. Takde orang kat sini!"

Adrian terus menyambut tangan Aisy lalu mereka berjalan berpegangan tangan.

Semenjak dua menjak ini,dapat Aisy rasakan yang Adrian suka bermanja dengannya.

Dalam mereka berjalan berpegangan tangan,mereka telah terserempak dengan Erin.

"Biy!" Sahut Erin yang tidak berada jauh dari Aisy dan Adrian.

Melihat Erin menuju ke arah mereka,Aisy lantas meleraikan pegangan tangannya bersama Adrian.

"Biy asal lewat sangat you sampai ni? Dari tadi i tunggu you tau.I nak ajak you breakfast sekali dengan i!"

Adrian melihat Aisy seketika.

Aisy yang perasan hanya tersenyum dan mengangguk.

"Saya pergi dulu" Aisy terus berlalu pergi dari situ tanpa melihat muka Erin mahupun Adrian.

'Eii! Tak malunya panggil laki orang macamtu! Dia ingat dia siapa haa? Aku yang jadi bini Adrian pun tak panggil macamtu.Eyy! Geli lah!' Getus di dalam hati Aisy.

Setelah jauh dari Adrian dan Erin, Aisy menuju ke tandas.Apabila teringat balik Erin berani memeluk lengan Adrian di depan matanya tadi,hati Aisy berasa seperti direntap.Sangat sakit.Adrian juga langsung tidak bertindak untuk mengalih.Sebaliknya hanya biarkan sahaja Erin yang bukan mahramnya menyentuhnya walaupun masih dalam keadaan berlapik.

Aisy berasa seolah-olah dirinya dipermainkan oleh Adrian.

Mata Aisy sedikit berair lalu dia cepat-cepat membasuh matanya.Boleh pula dia menangis sedangkan bukan sekali ini dia pernah dimainkan begini.Sebelum-sebelum ini,dia juga merasakan benda yang sama tetapi dia tidak tahu bagaimana kali ini dia terlebih emosi dan lemah.

Tiba-tiba dia mendapat notifikasi menandakan mesej masuk.

Adrian:

Aisya,sorry
Aku tak boleh nak halang tadi
Kalau aku tak biarkan dia akan syak kita
Aku tak nak dia fikir bukan-bukan
Sorry,aku tak boleh hantarkan kau balik
Erin ajak aku pergi shopping lepas dah habis kelas
Jangan tunggu aku balik tau
Aku tak tahu pukul berapa aku sampai rumah
Jangan tak makan pula

Aisy hanya membaca di notifikasi utama tanpa membuka aplikasi WhatsApp untuk melihat mesej itu.
Dia menutup telefonnya semula lalu terus keluar dari tandas.

Skip ⏮️................

Pada pukul 8.50 malam.............

Sudah masuk kali ini,sudah 5 kali dia muntah.Aisy buntu memikirkan cara untuk hentikan dari isi perutnya terus keluar.Sejak dia balik dari kolej tadi,dia sudah merasa tidak sedap badan dan kepalanya sangat pening.Selepas menunaikan solat asar tadi,dia hanya tidur.Beberapa pelajar yang sama kolej dengannya ada juga menegur mukanya pucat sahaja seperti tidak bermaya di kolej tadi.

'Ya Allah! Aku salah makan apa ni,sampai muntah-muntah? Takkanlah kena keracunan makanan pula?'

Setelah reda sedikit tekaknya,Aisy mengambil keputusan ke klinik untuk membuat pemeriksaan.
Tidak tahan juga dia asyik loyar dengan sakit di kepalanya lagi.

Tanpa dia sedar dia telah terlupa untuk memaklumkan kepada Adrian.

Skip ⏮️..............

"Biy! Pilihkan lah untuk i.You prefer yang ni or ni?" Erin menunjukkan kedua-dua beg tangan yang telah mencuit hatinya kepada Adrian.

Adrian hanya termenung jauh.Pemikirannya sekarang hanyalah Aisy sahaja.

"Biy! You dengar tak apa i cakap ni? You ingat i tunggul ke?!" Menyirap darah Erin dengan perangai Adrian yang tidak mengendahkan kata-katanya.

"What Erin? Eh you tak payah memekik boleh tak? Malu lah orang tengok! Sejak bila perangai you macam ni haa? Kalau i tahu perangai you macam ni i dah reject you awal-awal! You sendiri kan tahu i tak suka perempuan suka memekik pastu buat suara gedik macam yang you buat nih?!.........Dahlah! I nak balik rumah.You pandai-pandailah balik sendiri.I takde mood nak layan karenah you ni!" Adrian terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Erin.Dia tidak kesah kalau semua mata-mata memandangnya.Sekarang dia hanya nak balik ke rumah segera dan dapatkan Aisy.

Erin menghentakkan kakinya dengan kuat.Geram betul dia dengan Adrian yang tiba-tiba berubah sikap bila dengannya sekarang.

Selepas Aisy ke klinik,Irfan telah meminta untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran.Katanya ada cerita yang perlu dikongsikan kepadanya.Dia hanya bersetuju.Alang-alang klinik yang dia pergi dah hampir sangat dengan restoran di mana Irfan mengajaknya berjumpa.

"Kau dah lama ke sampai? Sorry kalau aku buat kau tertunggu-tunggu.Traffic jammed tadi"

"Takdelah.Aku baru juga sampai.10 minit yang lalu.
Come! Have a sit.Aku dah order makanan kita and aku sure kau sukakannya.Lepas makan aku ceritakan apa yang aku nak bagitahu kau"

Aisy hanya mengangguk lalu duduk di kerusi meja makan itu.

Tengah mereka makan,Aisy memulakan bicaranya supaya dapat memecahkan kesunyian.

"Pan! Ini kau ajak aku pergi restoran mewah macam ni.
Macam ajak aku pergi dating pula!"

"Memang aku ajak kau dating pun sekarang"

Terus tersedak air yang diminum Aisy tadi mendengar pernyataan jujur dari Irfan.

Uhuk uhuk! Uhuk uhuk!

"Woi.Ngeklah kau ni.Aku gurau je la! Yang kau tersedak bagai ni dah kenapa?" Kata Irfan di celah-celah gigi.Dia hanya senyum dan menundukkan kepalanya sedikit apabila ada mata yang memandangnya dengan Aisy.

"Agak-agaklah.Engkau yang buat lawak nak salahkan aku pula? Sorry lah.Kau ingat kita boleh ke kawal orang tu yang nak tersedak kepada tak perlu tersedak? Haa?"

Irfan hanya menjuihkan bibirnya.

"Ni! Kau nak bagitahu aku apa sebenarnya sampai nak ajak jumpa ni? Ke ni pasal rahsia kau tu erk?!"

"Haa,pandai pun! Aku kan dah janji nak bagitahu kau"

"Tapi aku tak pergi" Aisy menjuihkan bibirnya.

"Haih! Kau tak pergi bersebab.Bukannya sengaja kau elak kan?!"

Aisy hanya mengangguk.Betul juga apa yang Irfan katakan padanya.

Irfan bangun dari duduknya lalu melutut di hadapan Aisy.

Aisy sangat terkejut dengan perlakuan Irfan sekarang.

"Aisya! Kau kat mana? Aku dah balik ni" Sahut Adrian.
Beberapa kali juga dia bersuara memanggil Aisy tapi tiada siapa pun yang jawab.

Adrian menjadi sedikit cemas.Ke mana pula Aisy pergi?
Puas sudah dia mencari di sekeliling dalam rumahnya.

Tiada.Dia mengalah lalu naik ke atas untuk membersihkan diri.Dia berharap Aisy tidaklah ke mana-mana dan Aisy telah pulang sebaik dia sudah siap mandi nanti.

Di restoran..............

"Weh, Pan! Apa kau buat ni? Orang nampak lah!"
Marah Aisy apabila Irfan berani melutut di depannya seperti ingin melamar.

Irfan membuka kotak berwarna merah yang ada di tangannya.

Aisy agak terkejut dan hairan sedikit dengan apa yang dilihatnya.

Dia cuba memegang di lehernya.Masih ada.

"Mana kau dapat rantai ni?" Tanya Aisy.

Irfan bangun dari melutut lalu dia kembali duduk di kerusinya.

"Kau masih ingat rantai ni?"

Aisy mengangguk.Dah tentunya dia ingat kerana dia masih memakai rantai sebiji dengan rantai Irfan tunjuk padanya itu.Rantai pemberian terakhir dari arwah uminya.

Irfan menghela nafas seketika.

"Aisy,kalau aku kata kita ada pertalian darah kau percaya aku?!"

Jelas riak muka Aisy sangat terkejut.Dia bingung sekarang.Bagaimana pula Irfan boleh ada pertalian darah dengannya?

"Tak.Mustahil! Kau kata kau sepupu pada Adrian.Macam mana pula kau boleh ada pertalian darah dengan aku?"

Di rumah............

"Aduh,Aisya! Jawablah call aku! Apa yang susah sangat nak angkat call ni haa? Kau pergi mana? Puas aku cari kau!" Adrian seperti orang gila bayang mencari kelibat Aisy.

Dia cuba membuat panggilan lagi.Namun hampa.Aisy tidak mengangkat panggilan dari nya pun.

"Aisy, percayalah.Takkan aku nak menipu kau pula?"

"Siapa kau sebenarnya,Irfan Hanif?" Aisy mula ragu-ragu dengan Irfan sekarang.Adakah Irfan yang dia kenal selama ni berkawan dengannya kerana ada udang di sebalik batu?

"Aku,Muhammad Irfan Hanif Hans bin Rashid.A-aku kembar kau,Aisy.Aku abang kau"

Zass!

Bagai nak luruh jantung Aisy mendengar pernyataan dari Irfan.Tidak tahu jika dia perlu percaya dengan Irfan atau sebaliknya.

Aisy menggeleng-geleng seperti tidak percaya.

"Aisy.Aku tahu pernyataan ni buat kau terkejut.Aku lagi terkejut Aisy.Dah berapa tahun aku hidup dan kenal kau sebagai kawan aku dan sekarang aku dapat tahu kau kembar aku!"

Sunyi seketika.

Sebenarnya,rahsia yang mahu dia ungkapkan kepada Aisy bukanlah perkara ini.Tapi,sudah masanya untuk Aisy tahu tentang hal semua ini.

Rahsia itu boleh dibongkarkan nanti sahaja.

"Macam mana kau tahu? Sedangkan papa,along atau arwah umi tak pernah pun bagitahu aku?"

"Aisy.Aku tahu semua ni juga atas pertolongan mummy dan daddy aku.Ibu dan bapa saudara kepada Adrian.
Sebab tu aku kata aku sepupu Adrian.Mummy bagitahu aku sebab dia kata tak sanggup nak menipu.............."

Flashback...............

Semasa Irfan menyimpan semula gambarnya di dalam sebuah laci,terdapat satu gambar yang telah menarik perhatiannya.

Gambar di mana dia baru sahaja lahir berada di pangkuan T. Aida.Dan di sebelah kanan mummy nya, itu adalah umi kepada Aisy.Bermakna bayi yang lahir yang berada di atas pangkuan puan Aliya ialah Aisy.

T. Aida yang baru sahaja ke ruang tamu terkejut apabila Irfan melihat gambar itu.Jujur terasa lututnya lemah longlai saja.

"Eh, mummy ada kat sini?Sini lah mummy.Abang nak tanya sesuatu ni" Irfan memanggil T. Aida supaya duduk di sebelahnya.Nak tak nak,T. Aida terpaksa juga duduk.

T. Aida dan T. Kamal sudah terbiasa memanggil Irfan dengan panggilan abang.Katanya nampak matang. Sampai Irfan juga bahasakan dirinya abang bila berbual dengan mereka.

"Mummy kenal Aunty Liya ni dah lama ke? Kenapa abang tak pernah tahu pun? Abang ingat mummy tak kenal?!"

"Abang kenal ke anak aunty Liya tu?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Apa pula tak kenal? Anak aunty Liya tu namanya Aisy.
Kitorang sekolah sama kot dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.Masa sekolah menengah,ada lah juga abang pergi rumah Aisy sebab kata Aisy aunty Liya rindu dekat abang.Diorang ajak abang makan sekali kat rumah sana" Kata Irfan dengan penuh teruja.

Terus air mata T. Aida mengalir deras.

Irfan naik hairan dengan mummy nya kerana tiba-tiba menangis.Takut sahaja dia ada tersalah cakap sehingga membuatkan mummy nya kecil hati.

"Mummy,kenapa ni? Abang ada salah cakap ke? Abang minta maaf kalau tersalah cakap...."

"Tak.Abang tak salah cakap.Cuma mummy rasa sebak and rasa bersalah dengan abang"

Kata-kata T. Aida membuatkan Irfan tertanya-tanya.

"Apa maksud mummy? Apa yang mummy dah buat sampai rasa bersalah dengan abang?"

"Abang.Kalau mummy cakap ni,mummy tahu mummy dengan daddy akan hilang abang buat selama-lamanya.Mummy tahu mesti abang akan tinggalkan kami.Tapi mummy redha kalau abang nak pergi juga. Mummy and daddy perlu bagi abang ruang dan masa untuk hadam semua ni"

Kata-kata T. Aida lagi merumitkan keadaan.Satu habuk pun Irfan tidak faham.

"Sekejap.Ada apa-apa yang abang tak tahu ke? Mummy bagitahu lah sekarang"

"Abang bukan anak kandung kami" T. Kamal bersuara setibanya dia di ruang tamu.Dia tahu isterinya susah untuk mengatakan hal itu.Jadi tanggungjawabnya untuk memberitahu kebenaran.

"Apa daddy cakap ni? Apa kaitan aunty Liya,Aisy dengan abang~ bukan a-anak mummy dengan daddy?"
Suara Irfan bergetar sedikit.Bukan niatnya untuk marah pada waktu sekarang.Cuma dia terkejut.

"Bawa bertenang,abang.Daddy akan ceritakan semuanya" T. Aida menggosok belakang badan Irfan supaya diri Irfan bertenang.

"Pertama sekali,daddy dengan mummy nak minta maaf sebab tak bagitahu awal-awal pada abang.Kami fikir kalau kami bagitahu awal-awal,abang mesti rasa janggal tinggal dengan kami.Daddy dengan mummy tak nak abang fikir yang abang hanyalah orang luar. Kami tak nak abang rasa tak selesa.Sebabtu kami masih tak bagitahu abang.Tapi,sekarang daddy dengan mummy rasa abang dah cukup matang.Sudah tiba masanya untuk kami ceritakan hal sebenar"

Jeda seketika.

"Habistu abang ni anak siapa?" Tanya Irfan sebak.

"Abang anak kandung aunty Liya.Abang adalah kembar tak seiras Aisy"

Terbuntang luas mata Irfan.Jantungnya berdegup kencang mendengar apa yang T. Kamal katakan.

Bergetar hebat bibirnya menahan dari tangisannya dari kuat didengari.

"Kami minta maaf,abang" T. Aida merayu di sebelah Irfan.Dia tahu pasti Irfan berasa kecewa terhadapnya dengan suaminya.

"D-daddy.Ce-ceritakan semua.Abang nak tahu"
Lembut sahaja Irfan berkata.

"Kami sebenarnya dulu dikurniakan zuriat pertama. Seorang anak lelaki.Sama umur dengan abang dan Aisy.Tapi Allah lebih sayangkan anak kami.Anak daddy dengan mummy meninggal disebabkan jangkitan kuman.Baru sahaja 3 hari dia dapat melihat dunia.Dan pada masa itu,kami telah berjumpa dengan Aliya.Ibu kandung kamu,Irfan.Dia tahu kami baru sahaja kehilangan anak.Disebabkan itu, dia telah berjanji untuk serahkan abang pada kami......"

Flashback...........

Aliya,Aida& Kamal POV..............

"Abang.Macam mana anak kita? Dah selamat dikebumikan?"

T. Kamal hanya mengangguk.

"Alhamdulillah.Semua dah selesai"

T. Aida hanya tersenyum kelat.Walaupun anaknya meninggal,dia telah redha dengan pemergian anaknya.
Dia tahu sampai satu tahap nanti,dia dan suaminya akan berjumpa dengan anaknya lagi di Sana yang Abadi.Tak perlu lah dia meratapi pemergian anaknya.

Aliya yang curi-curi dengar dari luar bilik tidak dapat menahan sebak di dada.

Setelah itu,dia telah nekad dengan keputusannya.

Aliya membuka perlahan-lahan pintu wad itu.

"Assalamualaikum" Salam diberi.

"Waalaikumussalam.Maaf,Cik cari siapa ya?" Tanya T. Kamal.

"Saya Aliya.Saya bukanlah sesiapa yang tengku sangat kenal. Saya ke sini memang nak jumpa dengan tengku dan isteri tengku"

"Ada apa,ya?"

Aliya datang memeluk tubuh T. Aida.Tidaklah terlalu erat kerana perutnya yang memboyot telah menghalang.

"Tengku,sabar ya.Salam takziah saya ucapkan.Saya turut simpati dengan pemergian anak tengku"

T. Aida menjadi buntu.Siapa sebenarnya Aliya yang begitu simpati terhadapnya?

"Terima kasih.Boleh saya tahu siapa sebenarnya awak ni? Kita pernah kenal?"

"Saya Aliya Syakira.Saya kenal tengku sebab kita pernah sekolah menengah sama dulu.Saya muda setahun je dari tengku"

"Jadi ada apa kamu datang jumpa kami?" Tanya T. Kamal setelah berdiam diri seketika.

"Saya dah buat keputusan.Saya nak serahkan baby yang akan lahir ni pada tengku berdua"

Kata-kata Aliya membuatkan T. Aida dan T. Kamal sangat terkejut.

"Apa yang awak katakan ni? Kami tahu kami dah kehilangan anak.Tapi kami dah redha dia dah pergi. Kenapa kami perlu gantikan anak kami?" Bengang T. Kamal dengan Aliya.

"Saya tahu,tengku.Tapi saya dah nekad dengan keputusan saya ni"

"Tapi kenapa kami? Kenapa bukan orang lain?"

"Sebab saya tahu tengku pasti akan terima.Saya tak suruh tengku jaga anak saya supaya dia dapat kemewahan.Tapi saya percaya keturunan tengku semua baik-baik dan boleh jaga anak yang bakal lahir ni"

"Kenapa Liya tak jaga sendiri? Ini kan anak kandung Liya.Seorang anak perlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah kandungnya.Liya tak kesian ke pada bayi yang akan keluar ni? Keluar sahaja dah tak dapat rasa kasih sayang ibu dan bapa kandung sendiri?Ingat Liya. Kasih sayang mak ayah kandung tak akan sama dengan mak ayah angkat" Kata T. Aida.

Aliya menceritakan sebab-sebab yang telah buat dia nekad untuk memberikan seorang bayinya kepada sepasang suami isteri itu.

"Doktor kata anak yang saya bakal lahirkan adalah anak kembar.Jantina nya lelaki dan perempuan.Saya nak serahkan baby lelaki pada tengku.Jangan risau. Saya orang yang menepati janji.Saya akan tunaikan. Tengku tolong doakan agar Allah permudahkan urusan saya nak bersalin,ya"

End POV Aliya,Aida&Kamal

End flashback...........

"Kami ambil keputusan dan bersetuju untuk ambil abang sebagai anak angkat kami.Jadi,mummy adalah ibu susuan abang.Abang jangan ragu-ragu dengan kasih sayang kami,ya.Kami sayang abang tak ubah macam anak kandung kami sendiri.Dan abang janganlah rasa umi abang tak sayang abang.Dia selalu datang jumpa abang sewaktu abang masih kecil.Dia ada sebab tersendiri" Terang T. Kamal lagi.

T. Aida menghulurkan sebuah kotak merah kepada Irfan.

"Dalam ni ada rantai peninggalan arwah umi abang.Dia kata kalau abang tak percaya,abang boleh minta Aisy punya.Sebab dia belikan rantai ni dua"

Irfan mengambil kotak itu.

'Patutlah haritu aku rasa berat je nak lepaskan umi pergi walaupun masatu aku belum tahu yang umi sebenarnya mak kandung aku' Getus di hati Irfan.

End of flashback............

"Aisy! Kau bayangkan.Mummy dengan daddy bagitahu aku yang hari sepatutnya umi kena tahan di wad,umi pergi sendiri je ke hospital.Dengan bawa beg yang berat.Kita pula masih ada dalam perut umi.Kau nak tahu apa mummy dan daddy bagitahu lagi?! Papa lebih pentingkan kerja dan sanggup curang dengan umi.Dia langsung tak ambil peduli tentang umi yang dah hampir nak melahirkan kita.Kita ni yang kembar pun dia tak tahu. Sikit pun dia tak peduli Aisy!"

Air mata Irfan turut mengalir.Dia dah tak tahan menanggung rasa sakit di hatinya.

"A-apa lagi yang mummy dengan daddy kau tahu tentang umi dan papa?" Tanya Aisy pula.

"Umi ada cerita pada mummy dan daddy.Dia bukan saja-saja nak buka aib tapi memang dah terang-terang perkara tu berlaku.Daddy sendiri ada bukti dia jumpa papa dengan mak Aina pergi masuk hotel haritu sebab dia pergi outstation.Apa yang paling menyedihkan, papa kau dah kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan umi.Umi baru je start berpantang.Hari umi keluar hospital dia dapat tahu sebab kawan kepada daddy tahu yang papa kau dah kahwin dengan mak Aina"

"Tak! T-tak mungkin.Habis kenapa papa minta izin pada aku selepas je umi meninggal? Kalau betul dia dah kahwin lama,kenapa dia tak jujur saja awal-awal? maknanya ~ Aina tu adik beradik kandung kita?"

Irfan menganggukkan kepalanya.

"Papa kau dah nikah dengan mak Aina masa kita belum wujud.Sebabtu dia tua dari kita 1 tahun.......Papa tak nak kau tahu sisi kejam dia.Dia hanya nak kau tengok dia pada sisi baik je"

"Allah!" Terasa sakitnya hati Aisy sekarang ini.Sungguh pedih kebenaran yang dia telah tahu.

"Serious aku cakap.Kalau aku tahu papa buat semua ni dari awal,aku takkan minta untuk menagih kasih daripada dia.Kalau aku tahu macam ni~aku dah ambil keputusan untuk tinggal bersama dengan along di Jerman.Aku ingat perangai along yang melampau, biadap.Rupanya tindakan along tu lah kebenarannya. Tapi kenapa along tak bagitahu aku? Kenapa dia diam je? Macam semua tu salah dia sebab sengaja berkurang ajar dengan papa?"

"Kau belum matang pada waktu tu.Kau mungkin takkan faham. Dan sebab itu along tak bagitahu pada kau"

"Tapi kenapa? Apa yang kurangnya umi di mata papa sampai sanggup dia curang? Aku rasa diri aku ni berdosa pula.Aku langsung tak siasat semua ni dan butakan mata yang kononnya umi betul-betul bahagia dengan papa.Aku mati-mati ingat papa baru berubah sikap bila dia dah start kahwin dengan aunty. Rupanya~dah lama kahwin! A-aku ingat......selama ni umi betul-betul happy"

Diam seketika.

"Pan! Kenapa umi pisahkan kita? Kenapa umi serahkan kau pada mummy dan daddy kau?"

"Umi kata,dia kesian dengan mummy daddy.Baru je hilang anak waktu tu.Umi bukan tak sayang aku. Cuma,dia nak bagi mummy daddy dapat rasa nikmat dikurniakan cahaya mata"

"Ternyata umi salah selama ni.Dia telalu bersangka baik pada papa kau.Papa langsung tak pernah pedulikan pasal umi bermula dia dah kahwin dengan mak Aina.Umi pilih untuk kekalkan hubungan dengan papa walaupun dia dapat tahu papa kahwin lagi......Mummy kata,arwah umi cakap dia nak tengok yang papa sedar atau tak yang kita ni adalah kembar sebab selama umi mengandung,papa langsung tak tahu perkembangan kita.Macam aku cakap tadi,papa tak tahu kita ni kembar.That's why umi buat tu.Tengoklah sekarang. Anak sendiri pun dia tak kenal.Dia tu layak ke nak dipanggil ayah?"

"Patutlah hari kematian umi dia langsung tak sedih! Aku rasa bodoh sebab percaya kata papa bulat-bulat.Dia layan aku baik sebab tak nak aku tahu yang dia dah lama kahwin lain?! Bila aku dah tahu,dia layan aku macam sampah je! Dia buat macam kalau aku takde kat dunia pun lagi hidup dia tenang!"
Kata Aisy tersedu-sedan.

"Sabar,Aisy.Ni ujian untuk kita.Aku lagi terseksa.Aku bukannya ada selalu dengan arwah umi sebelum-sebelum ni.Patutlah aku rasa berat je nak lepas umi pergi.Hari terakhir kita jumpa~ arwah umi peluk aku. Umi cakap yang dia sayang aku.Aku hanya biarkan sebab aku tak tahu nak react macam mana" Luah Irfan lagi.

Masing-masing diam melayan perasaan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience