Seminggu kemudian,majlis pernikahan di antara Adrian Mikhail Ar-Rayyan dan pasangan tercintanya Aireen Erina akan dilangsungkan sebentar sahaja lagi.
Sakitkah dia? Gembirakah dia? Atau kecewa? Semua perasaan ini dia rasa sekarang. Mana tak rasanya sedangkan orang yang dia suka dan mulai jatuh cinta akan berkahwin dengan pilihan sendiri dan malangnya bukan dia yang dijadikan pilihan.
Tetapi dia tetap berasa gembira kerana hari ini adalah hari yang paling penting dan bermakna.Ia juga bakal menjadi detik bersejarah yang tidak akan dia lupakan.Siapa sahaja tidak gembira apabila kawan baiknya sendiri akan berkahwin,bukan?
Dia mengenakan baju kebarung moden berwarna biru cerah (baby blue) dengan tudung shawl berwarna cream kerana warna itu adalah tema warna ahli keluarga Aireen yang telah ditetapkan. Dia hanya mengikut sahaja.Warna sahaja ditetapkan tetapi stail baju bebas membuat pilihan sendiri.
Aisy melihat Aireen yang duduk berhadapan dengan meja solek itu yang sedang bersiap.
'Kau cantik Erin.Kau baik,comel, penyayang dan bijak.Sebabtu Adrian pilih kau.Bertuah kau sebab dapat memiliki Adrian sedangkan aku yang suka pada dia pun tak dipandangnya.
Selamat pengantin baru,Erin.Selamat pengantin baru Adrian.Aku harap korang berdua hidup bahagia hingga ke anak cucu' monolog Aisy dalam hati.
"Aii mak cik! Termenung nampak? Aku tahulah aku ni cantik!" Jawab Erin selamba.
Aisy tersedar dari lamunan apabila Erin menegurnya begitu.
"Eh,takdelah.Aku saja je tatap muka kau.
Nanti kan,kau dah jadi bini orang! Mana boleh aku tatap dah.Nanti tinggal aku dengan Nad aja kat rumah sewa tu.Nanti
mestilah kitorang rindu kat kau,kan? Betul tak nad?!"
Nadya melihat muka Aisy itu.Dia tahu sukar untuk sahabatnya seorang itu menerima kenyataan ini tetapi sudah takdirnya begitu.
"Erm haah! Weh Aisy! Kau tahu tak?....."
Belum habis tutur katanya tetapi Aisy terlebih dahulu memotong.
"Tak tahu.Kau tak bagitahu"
Nadya berdecit geram.Sudah dia masak dengan perangai Aisy yang kadangkala suka menyakat dan kadangnya mood serius nak mati itu.
"Sabarlah minah! Aku belum bagitahu habis lagi.Nih! Kat bawah tadi aku nampak papa kau,mak tiri kau and akak tiri kau datang! Dia pakai sedondon macam kita! Aku peliklah! Ke diorang ni ada kena mengena dengan keluarga si Ad?"
"Haah.Mak cik Hajar tu adik tiri mummy Adrian.Sebabtu lah kot diorang hadir juga.Aku pun baru je tahu semalam sebab Aina chat bagitahu dia attend majlis ni and bagitahu pasal mak cik Hajar even aku takde lah pula nak tanya. Jadi,aku bagitahu la dia,apa kena mengena cerita pasal hal ni semuanya pada aku"
"Jahat jugak kau ni kan Aisy! Hahaha. Tak sangka aku kau ni! Aku yakin seratus peratus yang dia dendam gila ngan perangai annoying kau ni kan?"
Tanya Erin.
Mereka bertiga bergelak ketawa seketika.
"Eh jap! Tapi dah kenapa diorang datang rumah Erin kalau dia ada kena mengena dengan keluarga Adrian?" Tanya Nadya lagi.
"Hmm,bijak soalan kau.Tapi kau rasa aku ada masa nak jawab? Aku pun tak tahu.Biarlah diorang nak kemana pun, aku tak kesah sebab diorang kan dah buang aku apa?!" Kata Aisy selamba.
Mukanya dibuat-buat gembira walaupun nampak dengan jelas hidupnya tak bahagia.
Setelah mendengar pernyataan Aisy itu,
Nadya dan Erin hanya terdiam seketika kerana tidak tahu untuk membalas.
"Alaa korang! Chill dah lah.Aku tak ambil hati pun dengan diorang.Aku tahu papa halau aku pun sebab aku yang salah kan? Diorang mana ada buat silap.Dah dah dah! Kalau dah siap,better kau bagitahu sebab aku nak inform Mummy kau yang kau dah siap"
"Erm,haa.Dah siap.Tunggu aku letak crown ni dulu"
Nadya dan Aisy hanya mengangguk.
Skip ⏮️..............
Setelah selesai Erin bersiap,mereka semua bertolak ke rumah Adrian.
Majlis akad nikah diadakan di rumah Adrian atas kehendak Adrian dan Erin sendiri.Jadi pihak keluarga masing-masing hanya menurut sahaja.
Sesampai sahaja di sana, jurusolek mencari bilik kosong di rumah Adrian supaya dia boleh membetulkan apa yang patut sebelum Erin ke ruang tamu.
Setelah yakin kerjanya sudah siap,dia memberitahu Erin yang Erin boleh keluar kerana sentuhan terakhir sudahpun siap.
"Erm,Nad!! Kau iring laa Erin dulu.Aku tak tahan laa.Aku rasa kena pergi tandas dulu!! Aku nak kencing ni. Nanti kalau aku tahan mampus aku ada batu karang!"
"Aih,mak cik nih! Tadi takde pula nak pergi tandas ke apa! Hmm yelaa ii. Jangan lambat sudah lah.Jom,Erin!"
Aisy berlalu pergi ke ruangan dapur untuk mencari tandas.Malangnya tandas tiada di dapur.Biasalah rumah orang kaya raya.Mana ada tandas di dapur? Jarang sekali.
Sementara dia berlalu pergi dari dapur, dia melihat seorang wanita tua mengangkat dulang makanan menuju ke dapur.
'Err~ agak-agak mak cik ni siapa er? Argh! Tak tahan! Aku tanya aja lah!'
"Erm,mak cik.Maaf bertanya.Tandas kat mana ya? Saya betul-betul tak boleh nak tahan dah ni"
"Ouh,anak ni cari tandas.Macam ni.... Tandas ada satu yang hampir sebelum ke ruang tamu.Tapi rasanya ada orang tengah guna sekarang.Kamu boleh ke tingkat atas.Ada satu bilik tu.Kamu hanya jalan straight aja lepastu sebelah kiri ada bilik pengantin lelaki dan kamu pergi ke sebelah kanan tu ya"
"Ouh, terima kasih mak cik.Lain kali kalau jumpa lagi,saya upah gula-gula erk! Hehehe!" Kata Aisy selamba sebelum pergi meninggalkan mak cik itu.
Setelah berada di tingkat atas,dia melihat Irfan,Aryan dan lelaki yang lain keluar dari sebuah bilik.
'Maknanya,tu bilik Adrian lah ya? Kata mak cik tu tadi aku kena ke sebelah kanan.Jadi, let's go!' Aisy cepat-cepat masuk ke bilik itu supaya dia tidak bertembung dengan sesiapa.
Irfan yang berada di pintu itu berasa musykil seketika.
'Jap! Perempuan tu siapa pula? Nampak macam Aisy je?!' Terdetik di hati Irfan.
"Erm,korang! Ad mana?" Tanya Irfan.
"Ouh! Ada kat dalam tandas.Dia suruh kita turun dulu,nanti dia turun" Kata Aryan.
Irfan hanya mengangguk tanpa menyoal banyak.
"Fuhh,lega!" Aisy keluar dari tandas.
Sempat dia meneliti segenap ruangan bilik itu.
'Hmm~mesti ni bilik game kan? Ps5 ada,tv pula besar gedabak macamtu, koleksi kereta mainan bagai.Mustahil ni bilik tetamu!' katanya dalam hati.
Selepas itu,dia pula melihat ada sebuah pintu yang tertutup rapat.
'Ini apa pula? Bilik sambung dengan bilik sebelah ke apa?hmm lantaklah'
Aisy menuju ke cermin yang jelas terpampang besar gedabak itu.
Dia membaiki tudungnya dan melihat penampilannya itu.
"Cantik juga aku ni kan?! Huh! Dalam mimpi aja lah.Kalau cantik takdenya aku kena reject sebelum aku bagitahu perasaan aku ni laa"
Setelah lama dia berangan,baru dia tersedar yang dia sudah terlambat. Majlis itu bila-bila masa sahaja akan dimulakan.
Adrian menyimpan semula sebuah kotak yang penuh dengan kenangan memori indah sewaktu dia kecil. Rasanya sekejap saja masa berlalu.Tup tup dia nak jadi suami orang dahpun. Kalau nenek dan datuknya masih ada, pasti majlis akad nikahnya lagi meriah. Abang sulungnya sempat berkahwin sebelum nenek dan datuknya memejam mata.Asbab itulah dia berasa sedikit sedih kerana datuk dan neneknya tidak sempat melihat majlisnya hari ini.
Setelah dia berasa sudah terlalu lama di dalam bilik itu,dia mengambil keputusan untuk bergegas keluar.Dia sengaja membohongi kawan-kawannya yang dia mahu ke tandas padahal dia ke bilik game nya.
Aisy mendekati pintu.Dipulasnya tombol itu tetapi tiba-tiba dia gelisah. Pintu tidak boleh dibuka,bermakna pintu itu telah dikunci dari luar.Dia cuba dan cuba tetapi masih tak boleh.
Adrian yang membaiki songkoknya yang senget sedikit tersentak apabila mendengar bunyi pintu dipulas dan diketuk dari dalam bilik,bukannya di luar bilik.
Dia pun menutup pintu yang menutupi ruang privasi itu dan melihat ke arah pintu utama bilik itu.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat muka cuak milik gadis ayu yang dia sangat kenal.
"A-awak buat apa dekat sini?! B-bukan majlis dah nak start ke?!" Aisy juga terkejut apabila dia mendengar ada seseorang menutup pintu.Lebih terkejutnya apabila wajah Adrian yang muncul.
"Ini bilik aku.Kau tu buat apa kat sini?! Kenapa pintu tu tertutup?!" Tanya Adrian.Tegang sahaja wajah yang ditayangkan kepada Aisy membuatkan Aisy terketar-ketar seram sejuk dibuatnya.
"Saya pergi tandas tadi.Saya nampak kawan-kawan awak semua dah nak keluar dari bilik depan ni.Saya tak tahan sangat jadi saya masuk je laa bilik ni. Tak tahu pula awak ada kat sini sebab saya ingat awak dah keluar sekali dengan yang lain tadi.Saya minta maaf sebab masuk bilik ni sesuka hati" Ujar Aisy memberitahu penjelasan.
Adrian hanya melihat wajah gugup milik Aisy itu.Tiba-tiba boleh pula dia rasa tergamam melihat gadis itu mengenakan baju dan tudung.Nampak cantik dan sepadan sangat dipakai.
"A-awak dah kenapa tengok saya macamtu?! Saya ada buat salah ke?! Kan dah minta maaf?!" Tanya Aisy.
Terasa dia jadi tunggul pula apabila pertanyaannya itu tidak dijawab.
Dia melambai-lambai tangan kanannya ke kiri ke kanan untuk menyedarkan lamunan Adrian.
"Awak boleh buka pintu ni?! Cepatlah. Majlis awak dah nak berlangsung. Mesti ramai tertanya-tanya pengantin lelaki berada di mana.Nak pula kita berdua dalam ni.Saya takutlah kalau-kalau lepas buka pintu ni ada mak cik ii tengok kita berdua ke?! Naya je!!"
Adrian terus menuju ke arah pintu. Dipulas tombol pintu itu kuat sedikit namun gagal untuk dibuka.
Aisy bertambah gelisah.Sudahlah mereka bukan mahram.Tangkap khalwat bersama nanti naya je.
"Awak! Macam mana ni?! Awak takde cara lain ke nak buka pintu ni?!"
"Kau ada phone?" Tanya Adrian,pendek.
"Takde.Phone saya dah pass pada Nad tadi.Dia tahu saya nak ke tandas.Takkan lah saya nak bawa phone pergi tandas kan?! Haa manatau......"
"Shh! Aku tanya sikit je.Tak perlu ulas ayat kau lebih-lebih"
Aisy hanya mencebik.Dia hanya berharap agar pintu itu segera dibuka. Itu sahaja.Tak kuasa dia nak duduk berdua-duaan mesra dengan Adrian. Gila ke apa nak mesra mesra dengan bakal suami orang?! Nak kena pelempang dengan pak Rashid?! Naya naya!!
"Pintu ni tak boleh dibuka.Ada orang dah kunci pintu bilik ni dengan sengaja dari luar"
Kata Adrian.Mukanya berubah menjadi dingin.
Dia sedikit hairan apabila bilik ini tiba-tiba dikunci kerana kebiasaannya dia memang tidak akan kunci bilik ini dan sudah mengatakan kepada ahli keluarganya mahupun pembantu rumah supaya tidak mengunci bilik ini.
Aisy menjadi lebih cuak.Macam mana pintu itu dikunci sedangkan dia masuk tadi dia hanya tutup dan tidak pula menguncinya.
Di ruang tamu pula...........
Ramai tetamu yang hadir berbisik-bisik sesama sendiri apabila pengantin lelaki tidak turun lagi.Padahal pengantin perempuan dahpun turun lama.
"Weh,Erin!! Dah kenapa Ad belum turun haa?! Member dia semua dah turun.
Entah-entah dia buat hal?!" Sangkal Nadya.
"Ehh!! Apa kau nih?! Gila ke apa dia nak buat perangai?! Ada laa tu ke tandas ke?! Manatau kalau-kalau dia sakit perut ke apa kan?! Cuba positive sikit otak tu!!"
Nadya hanya mencebik.Dia pun terfikir semula tentang rancangan yang akan dilakukan.Tetapi tidak jadi.Aisy dah halang Nadya daripada teruskan rancangannya kerana Aisy sudah dapat menerima hakikat bahawa dia memang tak ada jodoh dengan Adrian.Dekatlah macam mana sekalipun,kalau bukan jodoh dia,memang dia tak boleh nak buat apa-apa.Siapa dia nak melawan takdir Tuhan,kan?
Setelah lama berfikir dia teringat akan Aisy.
'Haa,bercakap pasal Ad,ke mana pula perginya si Aisy?! Elok Adrian hilang, dengan dia sekali yang hilang.Pelik?!
Hmm~entah entah......eh,jap! Jangan cakap yang Aisy bbuat..........'
"Assalamualaikum semua.Kami dari pejabat agama mendapat laporan daripada seseorang mengatakan ada orang berdua-duaan bukan mahram duduk bermesra di dalam rumah ni. Boleh pihak kami periksa semua bilik yang ada?!" Tanya pihak JAIS.
Zass!
Share this novel