"Habis kalau bukan sebab perempuan ni,sebab apa? Iyan jangan lupa ya! Iyan yang beria sewaktu nak bernikah dengan Erin dulu.Kononnya tak boleh teruskan perkahwinan dengan dia nih sebab dalam hati Iyan hanya ada Erin.Sekarang apa dah jadi ni?!"
"Dahlah mummy.Iyan dah penat nak hadap Erin.Dia sendiri yang putuskan hubungan ni! Iyan hampir nak korbankan nyawa sendiri masa nak kejar dia untuk teruskan hubungan kami.Tapi sikit pun dia tak pandang!Dia cemuh Iyan,mummy! Hari-hari kalau dia tak puas hati tengok Aisy gembira dia akan cemuh Iyan! Dia kata Iyan tak reti jaga perasaan dia.Dia cakap Iyan dah tak sayang and cintakan dia lagi dah. Kalau mummy nak tahu!........I almost spent most of my time with her in a week! Iyan langsung tak pedulikan Aisy. Iyan tak kesah pun kalau Aisy sakit,Aisy tengah sedih, Aisy tengah ada masalah, semuanya Adrian tak pedulikan.Iyan ni suami yang berdosa,tak guna! Iyan tak jalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik untuk Aisy!"
Air mata Aisy mula berlinangan.Dia tak sangka selama ini Adrian hanya menceritakan hal buruk tentang dirinya tapi harini baru sekali dia dengar Adrian berkata baik tentang dirinya.
'Ya Allah! Petunjuk apa ni?! Masih ada sinarkah dalam hubungan kami?! Tapi aku tak nak memaksa dia untuk terima aku! Aku tak nak seksa dia! Aku tahu Erin yang terbaik untuk dirinya.Erin baik! Aku tahu perangai dia berubah berpunca dari aku sendiri!'
"Apa Iyan cakap ni?! Dah buta ke dengan apa yang dia dah buat pada keluarga kita?! Atau dah tak ingat?!"
"I remembered it all, mummy! Enough is enough!
Iyan dah tak nak seksa Aisy.Cukuplah apa yang Adrian dah buat pada dia selama ni!"
Adrian menghulurkan tangan untuk Aisy bangun dari melutut di hadapan T. Maria.
"Aisya! Jom kita balik"
"Tunggu! Iyan! Dengar sini apa mummy nak cakap ni! Kalau betul pun dah tak nak seksa dia ni~ mudah saja! Ceraikan dia! Kahwin dengan Erin.Mummy tak nak dengar apa-apa alasan pun dari Adrian.Mummy dah berkenan untuk jadikan Erin sebagai menantu mummy. Dari dulu lagi! Dan kau perempuan! Kalau kau nak aku restu hubungan kau ni! Kau izinkan Iyan kahwin dengan Erin dan kau patut bercerai dengan Adrian! Tak kira berapa talak sekalipun asalkan korang berdua bercerai juga!"
"Cukup,Maria! Apa benda awak buat nih?! Apa lagi yang awak dah buat tanpa bincang dengan saya dulu haa?!" Tegas T. Adnan berkata.
Dia telah mendengar semuanya di luar rumah bersama Mak Mah dan Pak Mat kerana dia telah pulang dari masjid.
"Iyan! Bawa Aisy balik.Nanti kita akan bincangkan hal ni.Dan awak,Maria! Apa yang awak nak sebenarnya?! Kenapa awak tak boleh terima Aisy masuk dalam keluarga kita?! Apa yang dia dah buat sampai awak benci macam ni sekali pada dia?!"
"Dia tu pembawa malang! Kalau bukan sebab dia, kita sekeluarga tak pula dimalukan! Takdenya orang mengata keluarga kita yang kita ni tak pandai jaga anak lah,kita ni biar Iyan bergaul bebas sangat lah! Kalau awak,tak sakit hati ke dengar?! Tak rasa ke telinga tu nak bernanah kalau dengar hari-hari?! Awak ingat kita boleh tutup mulut orang?!"
"Astaghfirullah! Ingat Tuhan bila bercakap,Maria! Awak tu yang tak sedar hadirnya Aisy dalam keluarga ni dah membawa rezeki pada kita semua satu keluarga!"
"Sudahlah bang! Saya tak nak kita tak bertegur sapa hanya disebabkan dia tu!" T. Maria berlalu pergi ke biliknya.
Skip ⏮️............
Sesampainya mereka di rumah..........
Aisy keluar dari kereta untuk membuka pintu utama rumah.Setelah dibuka,dia ingin masuk ke dalam bilik tetapi Adrian terlebih dahulu menarik lengannya supaya berhentikan langkahnya.
"Aisya.Kau ok tak ni?"
Adrian memegang kedua-dua belah bahu Aisy dengan kedua-dua tangannya.
Aisy mengangguk.
"Kau tak ok,Aisya"
"Saya ok.Sa-saya o-okey" Sekali lagi lagi air mata Aisy laju mengalir.
Dia mahu nampak kuat tetapi hakikatnya hatinya ibarat seperti kaca yang mudah retak.
Adrian terus memeluk tubuh Aisy.Tidak terlalu erat kerana perut Aisy yang semakin memboyot besar.
"Aisya.Aku minta maaf.Aku m-minta maaf" Air mata Adrian juga turut mengalir.Luluh hatinya melihat Aisy menangis sebegini disebabkan dirinya.
"Aku gagal jadi suami yang baik untuk kau.Aku gagal jadi bakal ayah kepada anak kita dengan baik!"
"Tak.Awaklah suami yang terbaik saya pernah jumpa. Walaupun awak tak jalankan semua tanggungjawab awak, sekurang-kurangnya awak masih tanggung saya. Walau bukan dari segi duit,dengan makan pakai minum pun dah cukup bagi saya.Saya dah tak nak apa-apa dari awak Adrian.Terima kasih! Dan saya nak minta maaf atas segalanya dengan apa yang saya dah buat pada awak"
Masing-masing melayan perasaan sendiri.Tiba-tiba Adrian merasakan pelukan dari Aisy menjadi longgar.
"Aisya! Aisya! Kenapa nih?! Bangun, sayang!" Adrian menampar lembut pipi Aisy dengan harapan Aisy akan bangun.Hatinya bertambah gusar melihat Aisy tidak respon akan dirinya.Lalu dia memapah tubuh Aisy masuk ke dalam biliknya.Setelah itu,dia menelefon doktor untuk ke rumahnya.
"Macam mana? Isteri saya tak apa-apa kan?!"
"Alhamdulillah,takde apa pun.Isteri tengku hanya pengsan.Saya kesan yang isteri tengku ada gangstrik rupanya.Tadi waktu berbuka dia tak makan ke macam mana?"
"Dia makan.Tapi sikit sangat.Bila tanya dia cakap takde selera"
"Ouh,begitu................Macam ni.Saya nasihatkan tengku bagitahu isteri tengku supaya makan banyak.Ni soal baby.Saya dapat rasakan ada dua nyawa dalam kandungan isteri tengku.Kalau isteri tengku tak makan,ada kemungkinan akan terjejas pada baby dalam kandungan"
"Maksud doktor apa? Dua nyawa?"
"Saya pun tak pasti.Kalau nak tahu boleh pergi check up.Sekarang dah masuk 7 bulan.So you pergi scan akan nampaklah tu"
"Thanks doktor sebab sudi datang malam-malam.Saya terhutang budi dengan doktor"
"No hal lah.Ini memang kerja saya.Kalau saya tak datang,mungkin ada lagi doktor lain boleh tolong tengku kan? Baiklah.Saya balik dulu,ya! Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Setelah menghantar pemergian doktor,Adrian terus mengunci pintu lalu naik ke tingkat atas.
Adrian mengusap lembut perut Aisy.Dapat dia rasakan benda bergerak dari dalam perut Aisy.Dia rasa teruja pula.
'Macam ni lah agaknya perasaan Aisy setiap kali dia usap baby kan?.......Baby! Daddy minta maaf sebab berkasar dengan your mum.Daddy pukul! Daddy cemuh! Your mum tak pernah balas walaupun sikit! Macam mana lah nanti rupa anak-anak daddy?! Mesti comel and handsome.Ikut muka your mum and ikut muka daddy..........Ya Allah! Berdosanya aku! Aku sepatutnya bersyukur sebab Engkau dah hadirkan isteri sebaik Aisy untuk diriku.Kenapa aku tak sedar yang Aisy lah yang ada tika aku senang atau aku berduka?! Dia tak minta apa-apa pun dari aku.Dia hanya nak dirinya disayangi dan dikasihi dari suaminya sendiri.Itupun aku tak holeh buat,ya Allah! Kenapa bila dia dah nak pergi jauh dari hidup aku,baru aku nak sedar semua benda nih?!'
Skip ⏮️.............
"Aisya.Bangun! Kau kena bersahur"
Terus Aisy bangun dari lenanya.
Adrian memimpin tangan Aisy untuk turun ke tingkat bawah.
"Jap,saya nak masuk tandas"
Adrian mengangguk.
Di meja makan..............
"Makan banyak sikit.Kesiankan baby dalam perut tu"
Aisy hanya mengangguk.Dia hanya ikut arahan Adrian.
"Maaf.Lauk ni je abang mampu masakkan"
Jantung Aisy berdegup agak kencang.Dia tak salah dengar bukan?
"Takpe.Saya makan je apa yang awak makan.Terima kasih sebab sudi masakkan.Sepatutnya saya yang kena buat semua ni.Saya minta maaf"
"No.It's okay.Kerja ni bukan isteri je perlu buat.Suami sepatutnya tolong isterinya menyediakan makanan. Tolong buat kerja-kerja rumah.Ringankan beban isterinya"
Aisy hanya mengangguk lagi.Terus dia sambung makan.
Masih berbaki separuh nasi di dalam pinggan Aisy yang telah menarik perhatian Adrian.
"Nak pergi mana?!"
"Saya rasa dah kenyang.Tekak saya tak boleh sumbat dah"
"Habiskan, sayang.Sayang kan mengandung.Semalam sayang pengsan.Doktor cakap sayang ada gangstrik. Kalau abang tahu sayang gangstrik,abang dah suruh sayang berbuka kalau perut tu tak tahan.Habiskan ya, kalau nak puasa.Sini abang suapkan"
Seram sejuk Aisy rasakan sekarang.Tak pernah² Adrian bahasakan begitu dengannya.
"Takpe.Saya boleh makan sendiri.Saya....."
"Aaaaa..........buka mulut.Biar abang suap"
"Ta-tak pe.Saya boleh makan sendiri.Kotorlah nanti tangan awak.Baru je basuh tangan tadi"
"Sayang saja nak mengelak kan? Takde apa lah.Tangan boleh basuh lagi nanti.Cepatlah buka mulut tu!"
Adrian sengih suka sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipit pada pipinya.
Sudah lama Aisy tidak melihat Adrian tersenyum manis begitu.Senyuman Adrian lah yang buat dia angau,jatuh katil,jatuh hati,jatuh cinta dan jatuh semuanya lah.
"Aik?! Kenapa sayang tengok abang macamtu?! Muka abang sekarang tak handsome lah.Bangun-bangun tidur macam ni,belum mandi lagi! Nanti dah mandi semua sayang tenung puas-puas ya!"
Adrian terus mengambil gelas dari tangan Aisy yang dari tadinya tidak dilepaskan.Adrian suka apabila dirinya ditenung oleh Aisy begitu.Nak-nak pula Aisy suka buat muka gelabah depan dia membuatkan dia rasa Aisy comel begitu.
"Amboi sayang! Tengok abang sampai tak berkedip. Angau kat abang erk?!"
"Haa? Apa bangau?" Aisy tersedar yang dia telah tenung Adrian dengan terlalu lama.Pipinya mula berona merah
"Angau lah sayang! Dah cepat makan.Dah nak dekat waktu imsak, sayang"
Muka Aisy membahang malu.Sudah lama Adrian tak buat dia malu teruk seperti situasi sekarang ini.
Skip ⏮️..............
"Assalamualaikum warahmatullah......Assalamualaikum warahmatullah" Salam terakhir diberi.
"Ya Allah! Ampunilah dosa kedua ibu bapaku ya Allah. Ampuni juga dosaku dan isteriku ya Allah.Kau ampunilah juga semua dosa saudara mara ku ya Allah.
Kau luaskan rezeki pada keluarga kecil kami.Kau lindungilah kami semua dari azab api neraka ya Allah. Kau permudahkanlah juga segala urusan isteriku waktu dia nak bersalin nanti.Kau lembutkanlah hati mummy supaya memaafkan sekiranya isteriku ada membuat kesalahan padanya Ya Allah.Sesungguhnya hanya padaMu hamba ini bergantung harap................. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin"
Tersentuh Aisy dengan doa yang dibacakan Adrian itu.
Baru pertama kalinya dia mendengarkan Adrian berdoa bersungguh-sungguh seperti tika ini.Kalau sebelum ni mereka sembahyang bersama pun tiada doa ini kedengaran.
Adrian menoleh ke belakang dan tersentak apabila melihat Aisy menangis.
"Sayang.Kenapa ni? Abang ada buat salah ke?! Atau ada sakit mana-mana?"
Aisy laju sahaja menggelengkan kepalanya.
"Terima kasih atas doanya, Adrian.Saya tersentuh dengar awak berdoa.Saya bersyukur sebab awak dah doakan agar urusan saya nak bersalin nanti dipermudahkan.Terima kasih sangat-sangat.Semoga cepat-cepat awak jumpa kebahagiaan awak yang sebenar"
"Sayang lah kebahagiaan abang yang sebenar.Abang dah jumpa pun.Cuma abang yang tak bersyukur.Allah tunjuk lama dah pada abang yang sayang lah orangnya tapi abang butakan mata,tak nampak" Adrian tersenyum kelat.
Aisy hanya tunduk menekur lantai.Kenapa Adrian seakan menyeksa hatinya.Perbuatan Adrian buatkan dia susah untuk melepaskan Adrian jauh dari hidupnya.Dia tidak mahu jadi begitu.Dia telah berjanji untuk satukan Adrian bersama Erin kerana dia tahu cinta pertama Adrian adalah yang lebih baik.Dia hanya perosak hubungan mereka.
"Sayang.Nanti petang kita pergi check up boleh? Abang nak tengok perkembangan baby.Doktor pun ada nasihat semalam suruh bawa sayang pergi check up"
"Saya memang nak pergi pun sebab temujanji nya harini"
"Okay.Abang bawa sayang,ya! Nanti kita scan sekali"
Kata Adrian sedikit teruja.
"Awak.Saya nak tanya ni awak jangan terasa,ya"
"Tanyalah sayang.Apa dia?"
"Kenapa awak buat semua ni? Sebab simpati je ke? Kalau sebab simpati,saya ok aja.Awak tak perlu berlakon demi nak jaga hati saya.Jujur saya ok je"
"Kenapa sayang cakap macam tu? Sayang rasa ragu-ragu nak percayakan abang?"
"Tak.Bukan macamtu.Macam saya cakap tadi.Jangan awak buat semua ni atas sebab awak kasihankan saya. Saya baik² sahaja.Saya tak nak paksa awak buat benda yang awak tak suka"
Adrian meletakkan tangannya pada perut Aisy yang memboyot itu.
"Adrian! Apa awak buat ni?" Aisy cuba menepis perlahan tangan Adrian daripada menyentuh perutnya.
"Sayang.I'm sorry.Abang tahu abang tak patut buat macamtu pada sayang.Abang tahu abang kejam dengan sayang.Abang maki sayang macam-macam, cakap sayang ni murah dan sebagainya.Dan dengan cara ni je abang boleh tebus balik kesalahan abang. Abang buat ni bukan sebab terpaksa atau apa.Abang buat ni sebab abang sedar yang sayang adalah tanggungjawab abang sepenuhnya.Bagi peluang pada abang,boleh?"
"Apa awak merepek ni?! Anak yang saya bakal lahirkan pun awak tak mengaku ni anak awak.Siap tak nak jumpa walau sekalipun nanti lepas kita dah bercerai. Saya tahu awak tak lupakan lagi apa yang awak cakap beberapa hari yang lepas, kan?!"
"Yaa,abang tahu abang teruk.Abang cakap semua tu. Sekarang abang dah sedar.Baby dekat dalam perut ni zuriat kita berdua"
"What do you mean kita berdua? Saya lah ibu dan bapa pada baby ni selepas saja awak kata macamtu!"
Suara Aisy semakin meninggi.
"Abang tahu sayang saja buat macam ni sebab nak sakitkan hati abang kan? Takpe.Abang terima kalau dengan cara marah,cemuhan atau makian yang boleh buat sayang puas"
"Awak cakaplah apa sekalipun! Perjanjian tetap perjanjian.Hari ini adalah hari terakhir kita bermesra macam ni. Mulai hari esok,kita akan buat haluan masing-masing sepertimana perjanjian kita sebelum ni.Tak akan ada apa-apa peluang yang boleh saya bagikan pada awak lagi.Saya dah penat hidup dengan orang yang tak pernah nak hargai saya! Awak pun tahu sekarang ni pun saya bertahan sebab tak nak langgar janji saya ni!" Aisy bangun dari duduknya lalu keluar segera dari blik Adrian.
Mata Adrian sudah berair.Hatinya berasa sakit.Memang patut pun apa yang dia rasa sekarang ni.Baru dia rasa sakitnya kejar orang yang kita sayang tapi tak dihargai.
Tapi bila orang dah nak tinggalkan,baru dia terhegeh-hegeh minta peluang simpati.
Di dalam bilik Aisy...........
'Kenapa Adrian?! Kenapa bila saya dah nak nekad untuk pergi dari hidup awak,baru awak nampak usaha saya selama ni?! Kenapa?! Kenapa tak sebelum sebelum ni? Saya tak pernah penat cintakan awak! Sayangkan awak! Saya hanya cakap bohong di bibir mulut sedangkan hati saya berkata lain.Dalam hati,hari-hari saya doa agar awak sayangkan saya balik.Cintakan saya balik macam mana saya cintakan awak. Tapi saya tak nak jadi perosak untuk segalanya. Mummy perlukan Erin untuk jaga awak lebih baik dari saya yang jaga awak.Erin pun cinta pertama awak. Korang memang ditakdirkan untuk bersama.Saya redha kalau jodoh kita tak kekal lama. Dan awak berhak dapat kebahagiaan yang lebih baik bersama Erin'
Kedua-dua hati ini,masing-masing mempunyai sebab tersendiri.
Adrian cuba untuk baiki hubungannya dengan Aisy dan dia mula rasa yang kebahagiaan sebenar-benarnya adalah Aisy.Dia tak sepatutnya kejar Erin sebaik sahaja dia telah melafazkan ijab kabul dengan Aisy.Tapi dia pun dah tersilap langkah.
Dan dalam pada masa yang sama,jujur dalam hati Aisy masih rasa ada sayang.Bukan semakin pudar,malah semakin berbuah lebat.Tetapi dia juga memikirkan hati dan perasaan Erin.Erin itu kawan baiknya suatu ketika dahulu.Dan cinta pertama Adrian adalah Erin.Dia sedar yang cinta pertama tidak akan setanding dengan cinta kedua mahupun ketiga.Baginya,cinta pertama sahaja yang boleh menjadi cinta terakhir sampai ke akhirnya.
Dia tak boleh salahkan Adrian sekiranya cintanya tidak dibalas balik kerana itu soal hati dan perasaan. Dia, ataupun yang lain tidak boleh memaksa seseorang sekiranya ia melibatkan soal hati dan perasaan.
Skip ⏮️......................
Pada pukul 4.40 petang,baru Adrian keluar dari biliknya setelah berapa jam melayan perasaan sendiri.
Dia pergi ke bilik Aisy.Dia masih cuba berbaik dengan Aisy walaupun hakikatnya dia tahu Aisy sudah tawar hati dengannya.
Baru sahaja ingin ketuk,Aisy telahpun keluar dari biliknya.
"Dah siap?! Jom! Kita ke klinik sekarang.Maaf! Pagi tadi saya terlebih emosi pula"
Pujukan Aisy membuatkan Adrian hanya mengikut.
Di dalam kereta........
Seusai selesai menjalankan pemeriksaan..........
"Yaa,daddy! Alhamdulillah.Doktor kata anak kitorang sihat!"
Aisy hanya melihat muka Adrian yang begitu teruja mengatakan hal itu kepada T. Adnan.
Jujur dia suka melihat reaksi itu tapi dia tak mahu tunjukkan kegembiraan dia,kerana esok hari dia mahupun Adrian akan turut berduka.
"Daddy! Apa-apa hal kita call nanti erk.Iyan tengah drive ni...........yee! Waalaikumussalam warahmatullah"
"Awak.Lepasni nak singgah mana-mana lagi ke?"
"Nak.Kita pergi mall"
"Buat apa kat sana?!"
"Ada lah.Nanti dah sampai tahu juga!"
Skip ⏮️...............
Di mall..................
"Awak! Kita nak ke mana sebenarnya ni? Dari tadi asyik jalan je.Masuk kedainya tidak"
"Kenapa?! Sayang dah penat sangat ke?!"
Aisy hanya mengangguk dan membuat muka dengan mulut sedikit muncung.
"Ok lah.Kalau macam tu.....Haa,sayang duduk kat kerusi sana tu dulu.Biar abang pergi belikan benda tu"
"Apa yang benda tu?!"
"Alaa,benda tu!"
Naik hairan Aisy dengan Adrian.
"Benda tu apa dia? Makanan? Benda tak hidup?!"
"Ada lah! Sekejap abang pergi belikan erk!"
Adrian mengusap perut Aisy dan berkomunikasi seketika membuatkan Aisy jadi malu.Malu tatkala orang sekeliling yang tengok perlakuan Adrian terhadapnya.
"Baby jaga your mum kejap ya! Daddy nak beli something.Sekejap je,tak lama pun! Baby jangan naughty² eh,jangan kick² your mum punya tummy tau!"
"Eh,apa awak ni?! Malu lah orang lalu lalang tengok. Macamlah kita duorang je sepasang suami isteri kat dalam mall ni!" Kata Aisy sedikit berbisik.
Lalu sepasang suami isteri yang lebih berusia dari mereka melintasi di hadapan mereka sambil berbisik,
"Sweetnya diorang tu biy! Buat lah dekat yayang macamtu juga! Kalau tak sweet macamtu,balik nanti tidur luar rumah!"
"Amboi awak nih!"
"Haa,tengok tu! Diorang bukan mengata bukan-bukan pun.Ish sayang nih! Janganlah buat muka macamni! Comellah! Tak boleh buat gini! Nanti lelaki lain nampak.
Eh,ghisau lah nak tinggal sayang sekejap ni!"
"Ihh mengada lah awak ni! Dahtu pergi lah beli cepat-cepat.Kalau ada orang ngorat saya,awak terima ajalah.
Awak mana sayang saya kan?!"
Adrian memuncungkan bibirnya.
"Tak payah lah buat muka macamtu.Dah buruk muka. Nanti kalau saya dah hilang penat saya pergi kedai yang awak masuk tu.Okay?!"
Adrian tersenyum kecil.Dia hanya mengangguk lalu pergi dari situ.
Masuknya dia di butik itu,Adrian menjadi rambang mata...........
"Ya,encik! Nak beli apa ni?" Tanya salah seorang pekerja butik itu.
"Saya nak beli baju saiz babyborn. Boleh recommend tak design yang cantik-cantik?"
Lalu pekerja itu membawa Adrian ke sana ke mari untuk memperlihatkan corak-corak atau design baju baby yang boleh menarik perhatian Adrian untuk membelinya.
Di butik lain pula..........
"Kalau macamtu,saya pilih yang tadi lah.Sampin tu pun saya nak match dengan baju tu" Kata Aisy.
Pekerja butik itu hanya menurut arahan.Lalu dia bungkuskan baju itu seperti diarahkan Aisy.
Setelah selesai membuat pembayaran,Aisy mencari semula tempat duduk yang tersedia untuk berhenti rehat.Semasa dia melihat orang yang lalu-lalang, tiba-tiba Aisy mengecam dia terjumpa seseorang yang dia kenal.
Siapa lagi kalau bukan Irfan? Abang kembarnya bersama Amani yang juga kawannya.
"Eh,dik! Buat apa kat sini? Datang sorang-sorang ke?"
"Eh,tak lah.Dengan Adrian.Dia pergi beli barang dia.
Adik duduk sini sekejap nak rehat"
"Ouh.Ingat sorang-sorang je tadi.Baru nak bagitahu along!"
"Ek eleh dia nih! Macam budak kecik! Suka betul mengadu! Mengadu lah,tak kesah! Along akan back up ibu yang mengandung ni juga wokey! Korang berdua ni kan....fuh! Diam-diam erk!"
"Eh,kau ni Aisy.Mana ada lah.Kitorang kawan je dulu nyah!" Amani buka mulut apabila Aisy menuduhnya.
"Okay la dik! Kitorang gerak dulu.Nak iftar kat restaurant mewah gitu.Ko ado?!"
"Ada! Adrian dah bagitahu harini berbuka kat luar! Tak kesah memana pun boleh!.............Kau ni pun satu lah,bang!Ajak pun sampai restaurant mewah bagai! Bankrap macamtu je nanti duit kau bang! Kalau dah cinta,lepak mamak pun boleh je laa. Kan,Amani? Sedih la kau ni bang! Dulu taste Amani macam abang-abang bangla tu ya! "
"Betul ke kau nih? Pergh tak percaya aku!" Irfan membuat riak muka pura-pura terkejut.
"Eiyy! Mana ada laa! Eh mak buyung ni! Puasa² pun buat dosa kering! Fitnah pula tu! Kalau aku taste bangla dah lama aku kawan dengan bangla je dari dulu! Takdenya kawan dengan korang pula!"
"Alah,gurau bakal adik ipar dengan kakak ipar.Apalah sangat! Malu ler tu! Minta maaf kak! Adik janji tak buat lagi!" Aisy galak ketawa sambil terasa sedikit senak di perutnya akibat ketawa.
"Dah kau kata gitu lagi lah aku tak jadi nak bawa Amani pergi mamak.Memang aku plan nak makan sana pun.
Tak boleh jadi nih! Nanti mamak tengok dia tak berkedip mampus aku takde chance dah!"
"Eii bongoknya perangai dua beradik nih!! Astaghfirullah!Kan aku dah mencarut tu! Habis lah pahala puasa aku!" Mereka terus bergelak ketawa.
"Dah lah.Kitorang gerak dulu laa ek! Assalamualaikum"
"Haa,ya ya. Waalaikumussalam wbt"
Adrian yang dari jauh melihat Irfan dan Amani menyapa Aisy terus ke arah Aisy.
"Sayang! Diorang buat apa kat sini? Irfan stalk sayang sampai sini ke?"
"Apa benda awak ni? Tak nampak ke dia dengan siapa tadi?"
"Nampak.Dengan Amani kan?!" Aisy hanya mengangguk tanda ya.
"Dah,jomlah cari kedai makan cepat.Dah nak berbuka ni" Aisy bangun dari duduknya.
"Sayang! Tunggulah kejap! Tadi sayang cakap apa dengan diorang? Irfan cakap apa dengan sayang sambil gelak besar lagi abang tengok?!"
"Kenapa? Jealous?"
"Haah" Adrian tersengih miang.
"Lelebih lah awak nih! Dah lah!"
"Sayang! Cepat lah! Borak pasal apa je tadi?!"
Aisy langsung tidak hiraukan pertanyaan Adrian.
Skip ⏮️.............
Seusai mereka sudah sampai ke rumah.........
"Eyy,awak! Sana lah sikit.Kenapa asyik menempel dekat saya ni?"
Semakin sesak nafasnya dengan perlakuan Adrian yang bertindak memeluk pinggangnya dari belakang sampai ke depan.Kepala Adrian pula dilentokkan di atas bahu sebelah kiri Aisy.
Setelah beberapa minit dalam keadaan begitu, Adrian mengubah posisi.
"Sayang! Baby kick tummy lah! Abang rasa ni!" Adrian menghalakan telinganya di perut Aisy pula setelah mengesan terdapat pergerakan.
"Ish ish ish! Aktifnya babies,sayang! Sakit tak?!"
"Takdelah sakit sangat"
"Ou,kira sakit jugalah erk?!" Adrian kembali menggosok perut Aisy.
"Sayang prefer mana? Mummy daddy,mama papa or ibu ayah? Or umi abi? Untuk babies panggil nanti?"
"Saya nak diorang panggil saya umi.Kalau awak pula terpulang nak suruh diorang bahasakan apa pada awak"
"Kalau diorang panggil sayang umi,diorang kena panggil abang abi laa!"
"Suka hati"
Adrian merasakan tendangan di perut Aisy agak kuat.
"Anak-anak abi.Janganlah aktif sangat malam-malam ni,tendang tummy umi.Sakitlah umi,sayang! Dah dah! Tidur erk!" Lembut sahaja Adrian berkata.
"Awak rasa diorang faham ke apa awak cakap?"
Aisy tahan tawa sahaja dengan perlakuan Adrian.
"Faham lah tu.Haa,tengok! Terus duduk diam! Dah tak gerak dah!"
"Babies! Tendang perut umi lagi.Jangan dengar cakap uncle nih!"
"Lahh!! Pasal apa pula suruh diorang panggil abang uncle? Abi laa.Abi!"
"Jangan babies.No no no! Abi marah awak kan!"
"Eiy! Dengar lah cakap umi.Dengar cakap abi buat apa?! Baby kan anak umi!" Aisy ingin menepuk perutnya tetapi laju sahaja Adrian menghalang.
"Eh sayang! Kenapa nih nak pukul diorang pula?!"
"Dah diorang tak dengar cakap saya.Diorang pergi dengar cakap awak pula.Mana adil.Saya yang mengandungkan diorang.Bukan awak!"
"Amboi! Garangnya.Itu namanya anak abi lah.Hehehehe"
"Ou! Maksudnya kalau dia dengar cakap saya dia anak saya lah?"
"Nope! Dia tetap anak abang.Anak abang and sayang!"
Adrian mencubit pipi kanan Aisy.
"Au! Sakitlah awak! Ihh! Tak nak kawan lah! Dah,jauh sikit dari saya!"
"Eii! Comellah sayang ni.Geram! Ok lah.Abang dah tak buat dah ya! Janganlah marah! Babies tengok ni! Umi suka marah-marah kat abi lah!"
Aisy hanya menjeling sekilas ke arah Adrian.
"Sayang.Jom,tidur.Dah lewat malam ni.Cerita ni esok pun boleh tengok lagi"
Aisy hanya menurut sahaja.Dia tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ni untuk bersama dengan Adrian.Kerana esok dah tiada masa untuk mereka bersama seperti begini lagi.
Jam menunjukkan pukul 1 pagi............
Aisy terjaga dari lenanya kerana baby dalam kandungannya begitu aktif menendang.
Aisy meringis sakit sedikit.Dia cuba sedaya upaya untuk tidak berbuat bunyi kuat supaya tidak membiarkan Adrian turut terjaga disebabkan dirinya.
Namun usahanya sia-sia apabila dia melihat Adrian turut bangun.
"Sayang kenapa nih tak tidur lagi?!" Matanya ditenyeh seketika.
"S-sakit.Baby tendang" Hampir menangis dengar nada suara Aisy.
"Sekejap ya" Adrian memasuki bilik air.Selepas itu,dia membuka lampu meja yang berhampiran dengan kepala katil lalu mengambil senaskah Al-Quran yang telah disimpan di rak tersedia ada untuk dibacakan.
"Baring sayang" Aisy hanya menurut.
Adrian meletakkan bantal di atas ribanya sebagai alas melapik Al-Quran.Tangannya sibuk mencari beberapa surah yang sesuai untuk dibacakan.
Setelah jumpa,dia pun membaca surah itu serta sebelah tangannya sibuk mengusap perut Aisy dengan lembut.
Setelah memastikan Aisy telah terlena semula,Adrian menamatkan bacaannya dan sambung tidur semula.
Share this novel