Aisy terjaga dari lenanya apabila dia mendengar deringan telefon. Dia melihat jam sebelum menutupi bunyi alarm jam yang dia kunci semalam.
Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Rupanya dia telah salah menetapkan masa.Agak terkejut dia.Boleh pula dia terlajak tidur.Biasanya tak pernah-pernah dia bangun lambat seperti ini. Ada lah juga tapi jarang.Mungkin dia penat sangat disebabkan semalam majlisnya. Dia pun menggeliat kecil sebelum mengikat rambutnya yang sudah serabai.Nasib sahaja dia belum boleh solat.
Dia bangun perlahan-lahan dan keluar dari stor itu.Dia berniat untuk membuat sarapan pada pagi itu dan baru dia teringat yang dia masih memakai baju gaun bersanding semalam dan belum ditukar.
Dia cepat-cepat ke bilik Adrian untuk bertanya tentang pakaiannya.Kata Adrian bajunya telah dihantar ke sini atas bantuan kawannya tetapi tiada pula Adrian memberi kepadanya semalam.
Sebelum masuk,dia mengetuk terlebih dahulu supaya dia tidak mengganggu Adrian.
Lama dia ketuk namun tidak pula Adrian bukakan mahupun menyahut.Jadi nak tak nak,dia perlu buka sahaja pintu bilik itu.
Dia mendekati Adrian yang masih lena.
"Awak.Bangunlah,dah siang ni" Ditepuk bahagian sisi Adrian perlahan supaya tersedar dari tidurnya namun tiada sebarang respon.
"Awaakk.Baju saya ada di mana? Bangunlah.Saya perlu tukar baju dahulu sebelum saya buat sarapan untuk awak"
"Awwa..." Tidak semena-mena badan Aisy ditolak kasar sehingga dia terjatuh dari katil dengan sekali tolakan oleh Adrian sahaja.
Begitu ringannya badan Aisy.Dia meringis sakit akibat jatuhan itu.
"Ihh! Tangan dia ni batu ke besi ke apa? Orang kejutkan dia elok-elok boleh pula badan aku yang melayang!" Aisy bangun perlahan-lahan dan dia baru tersedar ada ruang pakaian di dalam bilik Adrian.
Dia pun cuba untuk masuk manalah tahu kalau-kalau bajunya ada disitu.
Dia melihat sekeliling ruang pakaian itu.
Penuh dengan baju yang berjenama. Baju pula sudahpun tersusun rapi seperti tiada siapa yang pernah menyentuh pakaian-pakaian itu
"Wah,bagusnya dia.Kalau macam ni mudah aja lah kerja aku! Semua dah susun rapi.Takdelah kaki tangan aku lenguh nanti nak kemas satu rumah ni nanti!"
Setelah dia meninjau sekeliling,dia melihat ada suatu beg di atas sofa mewah itu yang dia sangat kenali.
Beg kartun gambar singa itu.Kalau dia tak silap, memang itu kepunyaannya.
Dia mengambil beg itu dan membuka zip untuk melihat kepunyaan siapa.
Memang betul sangkaannya.Itu adalah beg kesayangannya.
Tanpa berlengah, dia pun keluar cepat-cepat dari ruangan pakaian itu dan tidak semena-mena dia rasa dia telahpun melanggar sesuatu akibat dia berlari tanpa melihat kedepan sebaliknya ke belakang.
'Aduh aku langgar apa ni? Nak kata dinding takkan la berbengkok pula!'
Selepas dia menggosok kepalanya, wajahnya berubah pucat serta merta kerana apa yang dilanggar bukanlah dinding atau apa,sebaliknya ialah Adrian.
"A-awak.M-minta maaf.Saya dah kejutkan awak tadi tapi awak tak bangun saya hanya ambil beg pakaian saya dekat dalam tu.Saya tak ambil barang-barang awak pun.Jangan marah ya.Saya pergi dulu!" Kata Aisy laju seiring dengan langkahnya.
Entah macam mana dia terpijak gaunnya sendiri menyebabkan dia tersembam menyembah lantai.
Adrian sedikit terkedu apabila melihat Aisy tersungkur disitu.
Aisy bangun dari rebahan lalu dia cepat-cepat keluar dari bilik Adrian.Gaun yang labuh itu dia angkat setinggi yang mungkin supaya dia tidak terpijak lagi.
'Mati aku mati! Malunya aku Ya Allah!!'
Setelah sarapan pagi telah siap dibuat, Aisy mencari di mana keberadaan Adrian.Baru sahaja ingin ke tingkat atas,
dia telah melihat dengan jelas yang Adrian duduk di luar rumah.
Dia pun menuju ke arah tersebut.
"Ehem.Adrian.Jom kita breakfast.Saya dah siap masakkan Spaghetti Carbonara sebab benda tu je yang ada kat dapur awak" kata Aisy dengan gugup.
Adrian pun masuk ke dalam rumah tanpa memandang ke arah Aisy.Dia menuju ke meja makan.
Aisy tolong menyendukkan mee spaghetti itu ke dalam pinggan Adrian.
Selepas itu diletakkan pula kuah spaghetti itu.
Adrian mengambil sudu dan garpu lalu merasa masakan Aisy.
Melihat seperti muka Adrian tidak memberi sebarang reaksi sedap atau tidak,jadi dia menganggarkan makanan yang dimasaknya tiada masalah.Aisy pun duduk di kerusi.
"Siapa benarkan kau duduk atas kerusi mewah aku ni? Sedar diri tu yang kau hanyalah dianggap sebagai pembantu rumah ni"
Aisy mencebik bibirnya.
'Semalam cakap aku bahan buangan macam sampah.Pagi ni kata aku macam pembantu rumah pula.Tengah hari nanti, petang nanti,malam nanti dia kata apa pula?' kata Aisy hanya di celah-celah gigi tetapi sangat jelas dapat didengari oleh Adrian.
"Kau mengata aku?!"
"T-tak.Haa ok saya tak duduk.Makanlah awak" Aisy bangun dari duduknya dan dia mahu beredar dari situ.
"Engkau nak ke mana?"
"Makan kat dapur"
"Tak payah nak mengada! Kau kena tunggu aku habis makan dulu dan kemas meja ni baru kau boleh makan. Faham?!"
"Baik" Aisy hanya mampu menjuihkan bibirnya.
Setelah selesai mengemas semua yang patut,Aisy beranikan diri untuk menegur Adrian.
"Er,awak.Saya nak bagitahu sesuatu ni"
Adrian tidak memberi apa-apa respon sebaliknya hanya melihat ke arah televisyen bagai nak tembus.
"Erm~Macam ni.Saya nak minta tolong awak untuk bawa saya ke rumah sewa saya.Saya perlu ambil barang-barang saya lagi.Baju dalam beg tu hanya ada dua.Saya dah pakai satu.Balance lagi satu.Pastu esok saya nak pakai apa?"
"Kau dah takde kaki tangan ke apa? Tak boleh pergi sendiri?"
"Saya minta tolong awak sebab saya takde kenderaan nak pergi sendiri.Kalau ada saya dah tak bersusah payah nak minta tolong awak.Lagipun saya tak nak bazir duit nak naik grab mahupun teksi" Bukan apa,tapi dia ingin menyimpan wang yang dia ada sekarang untuk hal yang lain.
"Macam ni lah cara kau perlahan-lahan nak kikis harta aku kan? Berapa yang kau nak aku bayar untuk harga diri kau ni? Seratus? Seribu atau sejuta? Ouh, aku lupa.Kau mana ada harga diri kan? Sebabtu lah dah pernah tidur dengan lelaki lain kan? Lepastu dah takde duit sanggup jerat aku sebab lepasni kau boleh kaut harta keluarga aku.Macam tu? Sanggup gadai maruah dan khianat kawan baik sendiri semata-mata nakkan kemewahan? Kau memang pelacur!"
Aisy yang mendengar sudah panas hati.
Sanggup Adrian memaki hamun padanya.
"Saya tak faham! Kenapa bila saya kata tak nak bazir duit untuk naik grab atau teksi tiba-tiba awak kaitkan dengan saya nak kaut harta awak? Keluarga saya pun berduit dan saya juga mampu. Saya tak perlu kikis harta orang lah!!"
Suara menaik seoktaf.
"Kau ni dah lupa ingatan ke apa? Bukan ke papa kau dah buang kau and kau dihalau sehelai sepinggan? Ke kau nak aku ceritakan balik kejadian di mana kau kena buang keluarga disebabkan kau jadi pelacur? Kau tak ingat ke siapa kutip kau kalau bukan Erin dan Nad semata-mata nak lindungi dan tolong kau? Mungkin aku lupa orang yang hamakkan harta mana reti mengenang jasa budi baik orang lain kan?!"
"Saya tak hamakkan harta awak,Adrian! Saya pun tak hamak nak kaut harta kawan-kawan saya atau keluarga awak! Kalau betul saya nak kikis harta diorang dan tak ingat jasa budi baik diorang,dah lama saya buat tu sebelum awak nak bernikah dengan Erin lagi lah saya boleh buat.Sekarang saya nak tanya awak pula! Macam mana awak boleh tahu tentang saya dibuang keluarga? Siapa yang bagitahu awak? Saya tak rasa yang saya bagitahu awak sendiri.Jujur dengan saya! Erin ke yang bagitahu awak?"
Adrian terdiam.
"Kenapa diam? Maknanya betul lah ya Erin bagitahu?"
"Kalau betul pun dia bagitahu apa masalahnya? Niat dia hanya nak berkongsi sebab dia kesian pada kau. Kenapa? Kau malu sebab kau betul-betul dah jual maruah kau kan?"
Aisy menampar pipi Adrian sehingga terteleng ke kiri.Dia menahan sabar dengan percakapan Adrian.
"Berani kau tampar aku?" Adrian tidak menunggu lama.
Dengan serta-merta dia turut menampar pipi Aisy.Bukan sebelah tetapi kedua-dua pipi Aisy menjadi sasarannya.Sekarang perangainya sudah menyinga.
Baru Aisy tahu sisi Adrian yang orang lain tidak tahu.
"Adrian s-sakit" kata Aisy dengan air mata berlinangan.
"Ini balasan untuk kau yang berani berani nak naik tangan pada aku!"
"A-awak nak saya buat apa Adrian? Kenapa saya tak boleh marah sedangkan awak cemuh saya macam-macam.Siapa saja tak sakit hati kalau orang memaki hamun pada kita?" Tanya Aisy dengan teresak-esak.
"Sebab kau memang layak dimaki! Kau layak dibenci dan kau layak digelar pelacur pemusnah perampas dan semuanya! Kau dah buat hidup aku derita Aisy! Erin sepatutnya yang kahwin dengan aku! Bukannya kau! Kau silap besar rancang ni pada aku sebab aku tak suka orang yang telah menyusahkan hidup aku! Kau juga dah buat hidup kau sendiri derita!"
"S-saya tak buat Adrian.S-saya tak buat.Saya takkan dapat apa-apa pun pada akhirnya nanti kalau betullah saya nak kikis harta keluarga awak" kata Aisy dengan lemah.
"Kau tak perlu menipu lah Aisy! Aku dah tahu semuanya! Mummy dah cerita pada aku semalam! Mummy betul-betul kecewa bila dia dapat tahu hal ni dirancang dengan sengaja oleh kau! Kakak tiri kau dah hantar pada aku bukti chat antara kau dengan dia tentang rancangan bodoh ni!"
Aisy naik hairan.Bukti chat? Apa yang Adrian cuba sampaikan? Setahunya terakhir dia mesej dengan kakak tirinya adalah kelmarin tapi disebabkan Aina memberitahu tentang hubungan keluarganya dengan keluarga Adrian. Itu sahaja.
"Sekejap.Bukti chat apa ni? Saya mengaku yang kitorang chat malam sebelum pernikahan awak dengan Erin tapi dia yang mula dulu.Dia bagitahu saya yang dia akan hadir majlis nikah awak dengan Erin sebab dia adalah sepupu tiri awak sedangkan saya tak tanya pun tentang hubungan awak dan dia! Kalau awak betul-betul tak percaya saya boleh bagi awak tengok telefon saya sekarang juga"
Aisy berura-ura mahu pergi mengambil telefon bimbitnya.
"Tak payahlah nak buat muka innocent bodoh kau tu! Memang lah takde sebab kau dah kata pada Aina yang kau akan delete mesej tu supaya orang takkan tahu bukti yang kau mesej dia.Eh kau tak payah nak berlakon sangatlah. Berlakon jadi baik kononnya diri tu suci.Cuba kau cerminkan diri kau tu. Kau rasa kau layak ke digelar sebagai seorang isteri?"
Jeda untuk seketika.
"Aku tak akan hantar kau ke rumah sewa kau.Aku nak rehat.Kau boleh pergi sendiri.Cuba berusaha sendiri kalau betul kau memang tak hamakkan harta aku.Jadi kau perlu buktikan!"
Sempat Adrian menunjal dahi mulus milik Aisy sebelum dia ke tingkat atas.
Aisy yang berada di situ beredar pergi ke stor.
Aisy menangis semahunya.Tidak sangka dia.Semakin lama,semakin banyak masalah yang dia hadapi.
Tiba-tiba dia teringat kembali sewaktu dia dihalau keluar dari rumah oleh papanya sendiri.
Flashback............
"Assalamualaikum" Aisy memasuki rumahnya.
Langkahnya terhenti apabila dia melihat wajah papanya yang garang sambil memegang sebuah tali pinggang.
"Kau dari mana?"
"B-baru balik dari jumpa Erin dengan Nad"
"Kau pergi jumpa diorang atau kau pergi jual diri?" Tanya Dato' Rashid dingin.
"Astaghfirullah.Apa yang papa cuba katakan ni? Aisy tak tipulah.Aisy baru sahaja keluar jumpa diorang.Aisy masih tahu nak bezakan mana halal atau haram"
"Kau tak perlu main dengan agama lah! Diri kau pun tak betul!" Kata Aina pula entah dari mana dia muncul.
"Akak tak perlu masuk campur.Ini urusan Aisy dengan papa Aisy.Akak hanyalah orang luar dan selamanya akan jadi orang luar!"
"Kurang ajar! Sini kau!" Dato' Rashid melibas tali pinggang miliknya terkena pada lengan Aisy.
Dia memukul Aisy lagi depan dan belakang sekuat-kuatnya seperti orang yang tiada perasaan.
Dia membuka pintu utama rumah.Lalu ditariknya Aisy hingga ke luar.Rayuan dari Aisy dia tidak hiraukan kerana dia memang bengang dengan sikap anaknya itu.
"Paa sakit paa.Lepaslah paa.Aisy betul-betul minta maaf kalau Aisy ada buat salah ke apa! Tapi percayalah Aisy takkan buat perkara terkutuk tu! Aisy pandai lagi nak jaga maruah diri.Aisy berani sumpah paa" Rayu Aisy.
Sudahlah sekarang guruh kedengaran. Hanya tunggu masa untuk hujan turun membasahi bumi.
"Pandai ye kau bermain sumpah!! Habis apa semua ni?!" Dato' Rashid melemparkan beberapa keping gambar dimana Aisy tidur bersama seorang lelaki dengan aurat terdedah sana sini.
Aisy mengutipnya dan terkejut dengan apa yang dia lihat.Lelaki dalam gambar itupun dia tak kenal apatah lagi nak tidur bersama?
"Sekarang bukti dah ada depan mata! Aku nak kau berambus daripada rumah aku ni!" Dato' Rashid masuk ke dalam rumah lalu mengambil bagasi kepunyaan Aisy lalu ditolak sehingga bagasi itu terhempap mengenai kepala Aisy.
"P-paa.Papa sanggup percayakan gambar ni daripada anak papa sendiri?"
Tanya Aisy.
"Ya! Aku lebih percayakan gambar tu dari kau! Aku tak rasa gambar itu di edit! Dan aku tak perlukan kau lagi dalam rumah ni.Selepas ni pandai-pandailah kau hidup sendiri.Aku tak akan bagi satu sen pun duit aku pada kau! Kau hanya akan dapat harta peninggalan arwah isteri aku sahaja dan aku hanya bagi sebahagian daripada yang sepatutnya kau dapat"
Dato' Rashid pun beredar masuk ke dalam rumahnya meninggalkan Aisy yang masih terduduk rebah di atas tanah di luar rumahnya.Dicampaknya bagasi milik Aisy ke luar sehingga bagasi itu terkena badan Aisy.
Hujan mula membasahi bumi dengan lebat.
Dan malam itu,Aisy tidak tahu ke mana hala tujunya.Dia betul-betul kecewa dengan papanya kerana lebih percayakan gambar itu dari dirinya sebagai anaknya.
Dalam pada perjalanannya ke perhentian bas,muncul sebuah kereta mewah berjenama Toyota wish seperti dia kenali.
"A-Aisy! Kau buat apa dekat sini?"
Betul sangkaannya.Dia adalah Irfan Hanif.
Aisy hanya terdiam dan air matanya lebat mengalir dengan tiba-tiba. Kalaulah Irfan adalah perempuan,sudah lama dia memeluk badan itu.Dia hanya terduduk lemah dalam keadaan hujan itu.
Irfan sedikit terkejut dengan perlakuan Aisy dan cepat-cepat membantu Aisy bangun.
"Jom,aku bawa kau ke suatu tempat.Aku
tahu kau tak ok.Sampai sana kau ceritakan semua pada aku.Aku berhak tahu.Aku dah janji dengan arwah umi untuk jaga kau"
Aisy hanya menurut tidak membantah.
Sesampainya mereka di sebuah restoran,Irfan memarkir keretanya di tempat yang sepatutnya.
"Pan,kau pergi dulu.Aku perlu tukar baju.
Takkanlah aku nak masuk restoran dengan basah kuyup ni?"
Irfan hanya mengangguk.Dia pun keluar terlebih dahulu lalu masuk ke restoran dan memesan minuman sementara menunggu Aisy.
Setelah air sampai dan Aisy juga sudah masuk ke restoran,Irfan pun cuba berkomunikasi dengan Aisy.
"Now,aku nak kau cerita pada aku.At least kau tak pendam seorang diri"
Aisy menghela nafas yang berat sebelum menceritakan kejadian tadi.
Dan setelah itu,Irfan membantu Aisy ke rumah Nadya dan sehinggalah Nadya berfikir supaya dia,Erin dan Aisy boleh tinggal bersama di rumah sewanya......
End flashback....
"Hiks hiks.Aku tak sangka Erin.Kau ceritakan hal tu pada Adrian.Perlu ke kau bagitahu hal tu? Bukan aku pernah kata yang aku tak nak orang lain tahu selain kau,Nad dan juga Irfan?! Aku tak tahu nak cakap apa sekarang. Tiba-tiba aku rasa ragu dengan kau Erin.Seolah- olah kau adalah musuh dalam selimut aku selama ini"
Aisy merebahkan badannya perlahan ke atas cadar lalu dia tertidur.
Seusai dia terjaga dari tidurnya,Aisy melihat jam pada telefonnya.
Jam menunjukkan pukul 2.30 tengahari dan tahu sahaja dia telah terlajak tidur sehingga Zohor telahpun tiba dari tadi.
Seusai siap menunaikan solat zohor,Aisy
bersiap untuk keluar.Dia ingin ke rumah sewa di mana dia pernah tinggal bersama Nadya dan Erin selepas dia dibuang keluarga.Dia juga akan ke pasaraya besar untuk membeli-belah. Dia ingin membeli barang keperluan harian yang sepatutnya ada di dapur memandangkan dapur Adrian kurang bahan asas.Lagipun masa inilah dia boleh buktikan pada Adrian yang dia tidak rancang semua ini dan tidak berniat untuk mengaut harta keluarga Adrian.Dia melihat ke arah beg tangannya.Dompet miliknya diambil lalu dilihat isi di dalamnya.
Setelah siap,dia mencapai beg tangannya lalu keluar dari stor.
Sempat dia menghantar pesanan ringkas kepada Adrian.
Adrian Mikhail Ar-Rayyan
Me:
●Awak
●Saya pergi rumah sewa kejap
●Alang-alang tu saya singgah supermarket
●Saya nk beli brang dpur sikit sebab saya tgk dpur awak dah takde keperluan asas
●Saya minta tolong Irfan bawa saya
●Harap awk tk mrah lah ya
Saya pergi dulu.Assalamualaikum
Selesai meninggalkan pesanan ringkas,Aisy mengunci pintu sebelum dia beredar dari situ.
Setelah lama dia berjalan tanpa henti ke perhentian bas,muncul kereta mewah milik Irfan menuju ke arahnya.
"Lahh! Yang kau degil sangat dah kenapa? Kan aku dah cakap yang aku akan ambil kau dari rumah lagi!" Marah Irfan kerana Aisy tidak mendengar katanya.
"Alaa kau ni.Relakslah rumah Adrian tu tak jauh sangat pun dengan bus stop nih" kata Aisy dengan mengah.
"Ini kau kata tak jauh? Dengan muka kau yang mengah ni pun aku dah tahu jarak tu jauh! Kau takyah menipu sangatlah Aisy! Muka kau tak boleh menipu orang pun!"
"Ihh yelah yelah.Kau menang,aku kalah, fine! Now boleh tak bergerak sekarang abang Ipan? Kita ni dah lambat tau! Bukan satu tempat je kita nak tuju ya!"
Kata Aisy membuatkan tawa Irfan terletus jua.
"Weh!! Kau panggil aku abang Ipan? Terasa diri ini tua pula! Tapi sebab kau panggil kan? Hmm apa kata aku panggil kau adik! Amacam? Mantap tak?"
"Suka hati kaulah bang!" Aisy tayang muka menyampah.
Irfan ketawa lagi.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Irfan Hanif mempunyai perangai yang hampir sama dengan abangnya.Jadi tidaklah dia rasa kekok untuk panggil Irfan dengan panggilan itu.
Setelah tiba di perkarangan rumah sewa milik Nadya,Irfan memutuskan supaya dia tunggu di luar sahaja manakala Aisy masuk ke dalam mengambil barangannya.
"Assalamualaikum" Salam diberi sebelum Aisy masuk ke dalam rumah itu.Dia melilau mencari kelibat kawan-kawannya.Dia sangkakan mereka tiada kerana hanya sunyi tetapi dia dapat menangkap suara dari dalam dapur membuatkan langkahnya terhenti mencari kelibat kawan-kawannya.
Aisy cepat-cepat ke tingkat atas untuk mengemas barang-barangnya.
Dia tidak perlu mengemas terlalu banyak kerana bajunya sudah banyak disimpan ke dalam bagasi.
Kalau ikutkan,Aisy sudah nekad untuk bertukar kolej dan pergi jauh sebaik sahaja Adrian dan Erin berkahwin supaya dia lebih mudah untuk melupakan Adrian tetapi lain pula yang jadinya.
Selepas dia zip bagasi itu,dia turun ke tingkat bawah.
Dia dari jauh dapat melihat Nadya dan Erin bergelak ketawa sambil menonton televisyen seperti dia tiada di dalam rumah itu.
Dia beranikan diri untuk berhadapan dengan Erin.
"Erin.Aku ada hal nak bagitahu kau dan aku perlu nasihatkan kau sedikit" Kata Aisy tanpa memandang muka Erin dan Nadya.
Erin tidak menjawab sebaliknya buat bodoh seperti tiada siapapun yang bercakap dengannya.
Aisy yang geram dengan Erin terus menarik Erin supaya bangun dari duduknya dan jauh dari sofa yang diduduki oleh Erin tadi.
"Lepaslah! Kau tak layak pegang ataupun sentuh lengan atau mana-mana bahagian badan aku! Jijiklah aku dengan kau nih!"
"Look,Erin! Aku tak nak kurang ajar dengan kau dan kau tak perlu berkurang ajar dengan aku,simple!" Aisy berkata tenang.
"Kau nak apa? Aku takde masa nak bercakap dengan kau" Tanya Erin dengan nada menyampah.
"Aku nak tanya kau! Betulke kau ceritakan hal aku dibuang keluarga pada Adrian?"
"Ye! Memang aku cerita pasal tu pada dia.Habistu kau nak buat apa?"
Irfan yang baru sahaja ingin menjenguk di dalam rumah tersebut terhenti langkahnya apabila mendengar perbualan di antara Aisy dengan Erin.
Dia pun memasang telinga.
"Kenapa kau perlu ceritakan hal tu pada dia? Kau siapa nak bagitahu dia?"
"Kenapa? Kau malu? Sebab kau betul-betul jual diri kan?"
Tangan Aisy laju sahaja ingin menampar tetapi cepat-cepat dihalang oleh Nadya.
"Kau tak perlu berkasar lah! Kalau kau kata perbuatan ni salah sebab privasi atau apa sekalipun alasan kau,aku tak rasa tindakan Erin tu salah.Habistu yang kau bagitahu Irfan tu boleh pula, ya? Siapa dia pada kau? Aku rasa kau memang tak ikhlas nak kawan dengan kitorang.Kalau betullah kau tak nak hal ni diperbesarkan,aku rasa tak patut kau share.Ini kau yang share pergi canang. Erin punyalah baik.Dia cuma kongsikan penderitaan yang kau alami dan sanggup kau marah sampai macamni sekali? Huh,dasar tak kenang budi!"
Aisy terdiam dengan kata-kata pedas dari Nadya.Tiba-tiba dia berasa bodoh kerana telah menceritakan tentang aib keluarganya.Sepatutnya dia tidak perlu menceritakan hal itu pada Irfan mahupun pada Nadya dan Erin.Ada betul kata-kata Nadya itu.Tetapi soal beritahu pada Irfan,nak tak nak dia perlu beritahu kerana Irfan dah banyak menolong dirinya.
"Ya, memang aku bodoh masatu sebab aku bagitahu korang.Aku ingat kita ni sahabat baik sehidup semati.Sebab tu aku share.Tak tahu pula aku yang ada orang nak jadi musuh dalam selimut aku" Jawab Aisy dengan nada sarkastik.
"Kau tak payahlah berlakon kononnya kau lah yang derita sedangkan Erin lagi derita disebabkan rancangan bodoh kau nih" Marah Nadya lagi.
Aisy sudah muak dengan tuduhan yang tidak berasas itu.Tak Nadya yang tuduh,
Adrian apatah lagi?
"Dahlah.Aku tak nak bergaduh dengan korang berdua.Aku takkan dapat apa-apa pun.Cuma aku nak cakap ya! Aku dah selamat bernikah dengan Adrian.
Sekarang aku bolehlah pikat Adrian.Aku dah selangkah ke depan dari kau,Erin. Aku tak nak kau cuba-cuba rapat lagi dengan Adrian.Sekarang dia dah jadi milik aku sepenuhnya.Aku tak suka berkongsi dan kau tahu tu! Satu lagi aku nak pesan.Hal aku kau tak perlu nak sibuk canang pada semua orang.Aku menyesal sebab bagitahu semua tu. Kalau aku tahu akan jadi macam ni,aku
lebih rela mati pendam pasal hal ni lah!"
Ya! Dia sengaja berkata demikian untuk menyakiti hati Erin.Biarlah semua orang menganggap dia jahat.Dia rela.
Aisy berlalu pergi bersama bagasinya.
Erin terduduk lemah.Dia menangis semahunya.Tidak sangka dia yang perangai Aisy begini.Dia cuba untuk jadi baik.Cuma dia akan berkasar bahasa pada orang yang telah mengkhianatinya.
Salahkah kalau dia bencikan perangai Aisy?
"Dahlah tu Erin.Jangan macam ni.Aku tak boleh tengok kawan aku sedih macam ni.Aku nak minta maaf Erin.
Sebenarnya Aisy ada bagitahu aku yang dia suka pada Adrian dan aku dah setuju nak plan supaya dia boleh kahwin dengan Adrian.Tapi aku silap, Rin! Plan tu aku batal sebab dia sendiri cakap dia dah terima kau akan kahwin dengan Adrian dan dia percaya yang Adrian bukan jodoh dia.Dan pasal tu aku hanya bergurau senda.That's why aku ingat dia betul-betul ok.Tapi aku tak sangka pula dia halang aku sebab dia dah ada rancangan sendiri.Aku cukup kecewa dengan dia,Erin.Aku nak kau maafkan aku,Erin.Aku dah buat silap besar dengan percayakan dia lagi lebih daripada kau!" Kata Nadya dengan nada yang kesal.
"Sudahlah Nad.Aku dah redha dengan apa yang jadi.Aku nak minta maaf pada Aisy tapi kau tahu kan mulut aku macam mana kalau orang dah cari pasal dengan aku kan? Salah ke aku termaki dia? Bukan aku yang minta tapi amarah aku yang mengawal aku!"
Kata Erin dengan teresak-esak.
Nadya cuba menggosok belakang badan Erin bagi menenangkan Erin. Betapa baiknya Erin sehingga sanggup Aisy mengkhianati kawan baiknya sendiri.
"Kau baik,Erin! Kau still kuat dengan apa yang Aisy dah buat pada kau. Kau kuat Erin! Takpe! Aku akan tolong kau.Aku tak kesah kalau kau nak aku tolong kau untuk dapatkan Ad balik sekalipun.Aku sanggup.Ini je peluang untuk aku tebus balik kesalahan yang aku pernah buat pada kau,Erin!"
Di dalam kereta............
"Aisy! Kau okay ke?" Tanya Irfan.
Aisy hanya mengangguk tanda menjawab pertanyaan Irfan.
"Why Aisy?" Aisy naik hairan tiba-tiba Irfan berkata begitu.
"Why? About what?" Tanya Aisy pula.
"Kenapa kau bagitahu macamtu kat diorang tadi? Kenapa kau sanggup nak tengok diorang benci kau?"
"Haih,kau ni! Itu je ke yang kau nak tanya?!............Aku saja lah buat macam tu sebab aku kan memang jahat?! Aku yang buat semua ni kan? Aku yang khianat kawan baik aku sendiri" kata Aisy selamba.
"Kau ni kan! Ihh! Aku tak tahu lah nak cakap macam mana! Erin memang tersakiti tapi kau yang lagi tersakiti. Kenapa pula dia overreacting dalam hal ni?"
"Entahlah Pan.Aku malas nak fikir.
Sudahnya aku yang sakit hati.Erin tu baik Pan! Cuma aku yang tak pandai nak hargai dia.Macam tu juga dengan Nad.Aku sedar aku dah banyak susahkan diorang masa kitorang tinggal bersama tapi aku lagi banyak susahkan kau kan?Aku ni hanyalah beban dalam hidup orang,Pan. Aku tak layak bahagia pun kan?" Kata Aisy dengan nada yang dingin untuk menutupi rasa sebak.
"Jangan cakap macam tu,Aisy.Kau bukanlah beban tapi anugerah kurniaan Allah untuk seseorang.Kau layak disayangi,dikasihi,dibelai dan semuanya setelah kau dibuang keluarga sendiri"
'Aku boleh tengok yang kau kuat Aisy. Kau masih lagi teruskan hidup walaupun macam satu dunia ni dah benci pada kau.Dan aku harap satu hari nanti Adrian akan bukakan hati dia pada kau dan dia akan nampak keikhlasan dan ketulusan hati kau mencintai dia'
Dan keadaan menjadi sunyi hanya ditemani dengan bunyi radio yang perlahan yang menyapa halwa telinga mereka.
Di rumah pula...............
"Aisy!' Adrian mencari kelibat Aisy di mana.
Dia telahpun mencari Aisy di dalam dapur dan juga stor.Aisy tiada di kedua-dua ruang tersebut.Adrian menjadi bengang seketika.
Dia pun naik ke tingkat atas semula untuk mendapatkan telefonnya.
Baru dia perasan yang ada mesej dari Aisy untuknya.
Setelah pesanan mesej dari Aisy dibaca,telefon nya dihempas kasar ke atas katil.
Menyirap darah Adrian.Sudahlah dia tengah lapar dan Aisy tidak pula menyiapkan makanan sebelum dia pergi.Tambah lagi Aisy pergi dengan dibantu oleh Irfan membuatkan dia lebih naik angin.
'Siap kau balik nanti pompuan!'
Di supermarket...............
"Aisy kau dah beli semua barang ke? Sekarang dah pukul 4.30 ni"
"Erm,dah lah kot.Takpe kalau nanti ada benda lagi aku pergi beli sendiri pula. Terima kasih Pan! Kau dah tolong bawa aku ke sana ke sini"
"Eh,no hal lah.Jom,kita balik"
Dalam pada Aisy dan Irfan berjalan,Aisy
tercengang apabila dirinya ditampar dengan kuat oleh seseorang.Rupa-rupanya itu adalah T. Maria.
"Kurang ajar punya perempuan! Baru sehari bernikah dah buat perangai curang dengan lelaki lain!" Jerkah T. Maria.
Pandangan orang ramai sekeliling sudah tidak dihiraukan.
"Mummy! Ipan rasa baik kita berbincang elok-elok.Malulah orang tengok sekarang ni"
"Kamu pun Irfan! Nak malukan keluarga sendiri ke? Kamu sedar tak kamu keluar dengan siapa ni?"
Aisy sudah naik hairan.T. Maria dan Irfan ada kena-mengena ke? Dah kenapa pula Irfan menggelarkan T. Maria dengan panggilan 'mummy'?
Mereka pun keluar dari pasaraya itu untuk berunding.
"Mummy.Kenapa buat kecoh kat sini? Nanti tak pasal-pasal ada orang rakam kita lepastu video tu jadi viral"
"Biarlah jadi macam tu pun! Biar satu dunia ni tahu perangai buruk perempuan nih!"
"Apa kena dengan mummy ni? Semalam elok saja layan Aisy baik,tiba-tiba harini lain pula!"
"Mummy layan dia elok sebab ingat dia ni baik sangat.Bertutup satu badan macam ni.Rupanya perangai lebih daripada pelacur!"
"Astaghfirullah.Mummy! Apa yang Aisy dah buat sampai mummy gelar Aisy macam ni? Apa salah Aisy?" Tanya Aisy setelah lama dia berdiam diri.
"Engkau tak perlu tanya lah! Kau sendiri dah ada jawapannya! Jangan sampai aku bagitahu Adrian kau keluar dengan sepupu dia ni!"
Aisy tersentak.T. Maria maksudkan sepupu ialah Irfan?
Irfan sepupu kepada Adrian?
Aisy memandang wajah Irfan yang dipenuhi dengan rasa bersalah.
T. Maria berlalu pergi meninggalkan Aisy dan Irfan disitu.
Terkejut juga dia apabila ternampak Aisy dan Irfan berdua di dalam supermarket.Entah-entah ada benar kata adik tiri dan anak buah tirinya semalam.
"Ipan! Apa semua ni? Boleh kau jelaskan?" Tanya Aisy dengan wajah yang dingin.
"A-aku minta maaf sebab tak bagitahu awal-awal hal ni.Tapi aku buat benda ni bersebab.Adrian nak aku rahsiakan yang kitorang ni sepupu.Sebab kitorang tak nak Aryan rasa tak selesa.Ye lah manalah tahu kalau-kalau kitorang bergaduh dan Adrian back up aku ke apa takdelah Aryan rasa apa-apa kan?
Kitorang terpaksa tak bagitahu yang lain juga sebab tak nak la nanti terlepas cakap"
Aisy terfikir sejenak.Ada betul juga apa yang Irfan kata.Mungkin Aryan akan kurang selesa dan rasa tak layak berkawan dengan Adrian mahupun Irfan sebab status nya hanya sekadar sebagai kawan bukan ada pertalian hubungan seperti Adrian dan Irfan.
"Hmm yelah.Jom lah kita balik.Dah pukul berapa ni? Aku pun tak makan lagi"
"Serious lah kau tak makan lagi? Jangan kata pagi tadi pun tak makan?"
"Eh, takdelah! Pagi tadi aku makan cuma tengahari je tak sebab aku bangun pun dah lewat pukul 2.30 camtu tadi then aku bersiap lah nak ajak kau ke sini haa"
"Habis Adrian takde kat rumah ke?"
Aisy tersentak.Baru dia teringat yang dia keluar tadi tidak pun dia memasak untuk Adrian.Mula-mula dia dah ingat nak masak tapi bahan-bahan tidak cukup.Sudahlah dia melengahkan masa di dalam pasaraya tadi.
"Aduh! Mampus aku! Kau tahu tak Pan! Aku ajak kau ke sini nak beli barang dapur sebab kat rumah tu takde barang dah! Kita boleh pula berlengah-lengah tadi kat dalam! Ya Allah janganlah mati kebuluran laki aku!"
Aisy berlari anak sedikit.
"Eh kau tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah drive! Nanti kalau jammed teruk haa sudah pukul berapa baru sampai rumahnya!!" Sempat Aisy membebel dan Irfan hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Dia yang salah sendiri,Irfan juga kena tempiasnya.
Setelah sampai ke rumah mewah milik Adrian,Aisy cepat-cepat membawa barang yang dia beli ke dapur.Selepas itu,dia menutup bonet kereta Irfan.
"Pan, terima kasih sebab dah banyak tolong aku harini.Aku dah betul-betul susahkan kau! Aku minta maaf ya!"
Aisy menghulurkan 2 keping not Rm 100 kepada Irfan.
"Aku tahu duit ni tak cukup dengan apa yang kau bayar tadi untuk barangan ni.
Ni aku bagi dulu 200.Nanti-nanti sikit aku tambah lagi erk! Harga dia semua sekali Rm 220.60 sen kan? Nanti kalau kita jumpa kat kolej esok aku bagi pada kau ya"
"Eh,apa pula ni Aisy! Aku ikhlas lah nak belanja untuk kau.Aku tahu kau takde duit sebabtu aku belanja kau dan aku tahu Adrian tak bagi kau duit kan?"
"Eh,takpe takpe! Aku dah niat nak bayar balik lagipun aku tak selesa lah.Ada pula orang tolong belanjakan barang dapur rumah aku? Sudahlah kau ni sepupu Adrian! Malulah aku.Mesti orang kata tak boleh kikis harta laki aku, aku gatal pula nak kikis harta sepupu dia.Tak nak aku!"
"Haa,suka hati kau lah! Nih besok kau pergi dengan apa ke kolej? Tumpang aku lah"
"Eh,kau nih! Aku dah ada laki.Aku pergi dengan laki aku lah esok! Asyik tumpang kau aja! Bosan juga aku.Cey, takdelah aku gurau! Dahlah aku masuk dulu.Nanti kan ada yang mengamuk tak tentu pasal kan!"
Aisy masuk ke dalam meninggalkan Irfan yang masih berada disitu.
'Haih! Aisy! Kenapalah kau ni baik sangat? Ni bukan sekali tau,kau reject aku daripada tak belanja kau.Tapi dah banyak kali! Aku rasa lain kali aku kena buat alasan lah supaya kau terima juga aku belanja!'
Irfan memasuki keretanya.
Di dalam rumah.
Setelah menunaikan solat asar,Aisy ke dapur.
Aisy menyusun barang-barang yang dibeli tadi di kabinet yang masih kosong.
Setelah siap menyusun semua barangan,dia keluarkan pula barang yang mahu digunakan untuk memasak.
Oleh disebabkan hari sudah petang,dia bercadang untuk memasak nasi goreng sahaja.
Dia juga membuat hidangan lain yang boleh dimakan dengan nasi goreng iaitu ayam goreng kunyit dan sup kosong.
Dia memotong sayur-sayuran dahulu sebelum dia memotong ayam pula.
Adrian yang sudah turun dari tingkat atas terus menuju ke dapur untuk melihat Aisy.
Dia mendekati Aisy yang sedang khusyuk melakukan kerja memotong sayur-sayuran itu.
Dia menjerut leher Aisy dari belakang sehingga membuatkan Aisy tersentak dan jari telunjuk kirinya terkena pisau yang tajam.
"Argh! Astaghfirullah! Ad-drian s-sakit"
Kata Aisy dengan nada tersekat akibat lehernya dijerut kuat oleh Adrian.
Aisy memegang lengan Adrian supaya dia dapat menarik tangan kekar milik Adrian jauh dari lehernya.
"Kau sengaja nak naikkan darah aku kan?! Kau tahu tak dah berapa jam aku tunggu makanan? Kau dengan selamba badak boleh keluar macam aku ni tunggul kayu,takde kat rumah! Sekarang kau pembantu rumah aku.Berani kau keluar kan!"
"S-saya minta maaf Adrian.Saya takde niat pun.Saya keluar pun sebab saya nak beli barang untuk masak.Barang semua dah habis.S-sekarang juga saya masak.Awak tunggu kejap ya"
Kata Aisy sedikit tercungap apabila lehernya sudah tidak dijerut kuat.
Darah di jarinya tidak dia hiraukan.
"Ada pula duit kau nak beli semua ni? Ke kau dah minta Irfan yang bayarkan? Berapa inci ketebalan muka kau ya? Langsung takde rasa malu? Sanggup mengemis nak duit orang?"
Tanya Adrian sinis.
"Baik,saya jujur dengan awak.Irfan memang tolong bayarkan barangan ni. Saya dah cakap saya tak cukup duit. Sebabtu dia tolong bayarkan.Saya dah bagitahu dia yang saya akan bayar balik nanti.Awak yang nak sangat saya buktikan yang saya tak hamak harta awak kan?" Aisy berani untuk mempertahankan dirinya kali ini.
Adrian terdiam dengan kata-kata Aisy.
"Baik! Memang aku perlu bukti yang kau tak nak kikis harta aku.Sekarang,aku nak kau masak cepat sikit untuk aku! Aku dari tadi dah kebuluran tunggu makanan! Kau pula boleh menggatal di luar tu!" Adrian berlalu pergi meninggalkan Aisy di dapur.
Aisy mengesat air matanya.Lalu dia mencapai beberapa helai tisu untuk mengelap darah yang masih mengalir di jari telunjuk kirinya itu.
Selepas itu,dia sambung memasak...
Seusai makanan sudah siap dihidangkan,Aisy ke ruang mini kolam renang luar rumah di mana Adrian berada untuk memanggil Adrian makan.
"Adrian.Makanan dah siap.Hidang pun dah.Awak dah boleh makan di sana"
Kata Aisy dan cepat-cepat dia beredar apabila Adrian memandang ke arahnya.
Dia menyendukkan nasi goreng yang dia masak ke dalam pinggan Adrian.
Dia melihat Adrian sudah duduk di tempat duduknya lalu dia pun menjauh sedikit supaya tidaklah Adrian berasa tidak selesa.
Setelah selesai kerjanya,dia hanya menunduk menekur lantai ketika Adrian sudahpun menjamu selera.
Memang tidak dapat dinafikan yang Aisy memang mempunyai kemahiran memasak.Dia sempat belajar beberapa masakan dari arwah uminya.Dia rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kerana uminya memaksa dia supaya belajar memasak.Dan sekarang ilmu yang bermanfaat dari uminya telah pun dia guna pakai kerana sekarang dia sudah berumahtangga.
Setelah Adrian siap makan,dia pun mengemas meja makan sebelum dia pula makan.
Selepas isya'..................
Adrian masih berada di tingkat bawah untuk menonton televisyen.Aisy yang tidak tahu untuk buat apa pergi ke ruang tamu juga.
Dia beranikan diri untuk menegur Adrian.
"Awak.Saya nak tanya.Esok awak dah pergi ke kolej ke belum? Atau masih cuti lagi?"
"Esok pergi" kata Adrian sedikit dingin.
Aisy mengangguk walaupun dia tahu Adrian tidak memandangnya pun.
"Awak.Pasal apa yang saya beritahu awak masa kita terperangkap dalam bilik game tu,saya jujur.Saya memang suka pada awak.Saya dah jatuh cinta dan sayangkan awak.Saya tahu awak memang tak akan pernah cuba untuk suka saya buat masa sekarang sebab awak masih cintakan Erin.Saya faham tu tapi saya harap di masa hadapan, awak boleh terima saya pula.Sayang dan cintakan saya macam mana awak sayang dan cintakan Erin"
"Kau siapa nak arahkan aku itu ini? Kau cakaplah macam mana pun,Erin tetap jadi pilihan aku! Dan selamanya hati aku hanya untuk Erin! Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah sukakan kau dan aku rasa patut kau lupakan angan-angan kau tu supaya aku akan jatuh suka pada kau pada masa hadapan. Sebab benda tu tak akan jadi sama sekali!"
"10 bulan Adrian! Saya minta 10 bulan. Izinkan saya pikat awak.Buat awak jatuh cinta dan sayangkan saya.Kalau sudah berlalu 10 bulan dan hubungan kita masih begini,then fine! Saya akan mengalah.Saya tak akan tunggu awak halau sebab saya sendiri yang akan pergi.Perginya saya,saya janji tak akan pernah kembali lagi di hadapan awak mahupun semua orang yang saya pernah kenal yang di mana orang tu berkaitan dengan awak"
"Baik! Aku nak tengok selama mana kau boleh bertahan dengan aku! Aku rasa kau perlu hitung dengan teliti sebab aku tahu yang belum 10 bulan,kau akan pergi sebab takde siapa yang boleh tahan dengan sifat baran aku.Itulah! Kau yang nak sangat sifat baran aku keluar balik kan? Jadi kau terima sajalah kalau aku dera kau atau aku cemuh kau!"
"Baik.Terima kasih sebab beri saya peluang.Awak jangan risau.Saya akan cuba bertahan selama 10 bulan ni.Saya
sanggup mengemis cinta awak sekarang.Saya harap awak jodoh saya dan sekarang saya akan letak harapan tinggi pada awak"
"Huh! Kita tengok nanti! Siapa yang akan tewas dengan permainan ini.Aku hanya ikut rentak kau!"
Jeda seketika.
"By the way,saya masuk dulu.Thanks sebab masih lagi nak berunding dengan saya.Selamat malam.Jangan tidur lewat ya! Esok kita ada kelas.Cuba-cubalah tidur tu mimpi saya.Mana tahu nanti awak bangun aja dah jatuh hati pada saya kan?!"
Aisy menyalami tangan Adrian.Selepas itu dia terus berlari masuk ke dalam stor.
Sah! Dia sudah tidak waras!
Share this novel