Setelah bacaan Yasin serta doa selesai dibacakan, Adrian menuang air yang dibawa dari rumah tadi. Dijirusnya ke kubur bidadari nya.
"Assalammualaikum bidadari syurga. Apa lah sayang buat sekarang kan? Harini hari Raya Aidilfitri pertama.
Tahun ni tahun pertama abang beraya dengan anak-anak kita je. Abang nak sangat rasa beraya dengan sayang.......Aisya. Abang banyak buat salah pada Aisya.Abang nak sangat minta ampun pada sayang.Abang redha sayang pergi. Abang tahu walau perit sekalipun nak telan semuanya, tapi abang tetap kena telan.Abang dah janji pada Aisya kan,nak jaga Naura dan Naufal sorang diri,kan" sayu sahaja kedengaran.
Tengku Naufal Mikhail Hans bin Tengku Adrian Mikhail Ar-Rayyan dan Tengku Naura Anneliese Andrea binti Tengku Adrian Mikhail Ar-Rayyan. Nama ini yang telah Adrian berjanji dengan Aisy untuk diberi setelah sahaja anak-anak mereka dilahirkan.
"Takpelah.Abang balik dulu lah ya. Nanti abang datang lagi dengan anak-anak kita.Kalau ikutkan,abang nak sangat hari-hari jenguk sayang, tapi abang ada assignment banyak yang delay.Patutnya, beberapa bulan lagi kita akan grad sama-sama, sayang.Tapi dah takdir,kan.Abang akan buktikan pada semua orang yang abang mampu jaga anak-anak kita sampai abang dijemput Ilahi juga nanti.Takkan siapa-siapa pun yang dapat ganti tempat sayang dalam hati abang.You are my everything even you are not in my hug anymore.
I love you.Very much!..................... Selamat tinggal. Assalammualaikum"
Setelah selesai sesi bermaafan satu sama lain,maka sesi makan pun bermula.
T. Maria telah memasak banyak makanan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Antaranya rendang,nasi minyak,sate ayam,ketupat, lemang dan lain-lain lagi.Makanan yang dimasak memang kedengaran banyak,tetapi apa nak hairan? Adik-beradik menantunya juga datang.Adik iparnya juga datang bagi memeriahkan lagi suasana dalam rumah itu.
Dia gembira sangat sekarang.
Anaknya masih mampu bahagia walaupun bersederhana.Dia turut merasa kehilangan setahun yang lalu setelah menantunya telah kembali menghadap Ilahi.
Selama beberapa bulan ini juga dia telah melihat anaknya sangat matang dalam menjaga cucunya.
Selepas pemergian Aisy,Adrian lah yang menguruskan cucu-cucunya. Adrian lah yang menjaga,memberi mandi pakai,membeli barang keperluan dan semuanya.
Walaupun perginya Aisy buatkan Adrian murung seketika, tetapi T. Maria bersyukur.Sekurang-kurangnya Adrian telah memaafkan dirinya. Hatinya juga tenang kerana dia sempat memohon maaf pada menantunya.
Dia rasa teruk.Saat-saat akhir,baru lah dia menerima Aisy sebagai menantunya.Hal itu akan membuat dia rasa terkilan dan bersalah sekiranya selalu berlegar-legar di benak fikirannya.
Ding dong!
"Siapa datang tu?" Pelik T. Adnan apabila loceng rumab beberapa kali ditekan.
"Entah.Sekejap lah mummy tengok"
T. Maria ke arah pintu utama.Sedikit terkejut apabila dia melihat seseorang yang sangat dikenalinya datang ke rumah.
"Assalammualaikum" tangan T. Maria disalam.
"Waalaikumussalam.Eh, Aina? Datang sorang sahaja ke?"
Aina hanya mengangguk seraya tersenyum kecil.
"Takpe.Jemput masuk,ya" Terus
T. Maria mengajak Aina masuk ke dalam rumah.
"Ada apa kau datang sini?" Dingin sahaja kedengaran.
Hafiz yang sudah masak benar dengan perangai adiknya itu hanya menggosok di belakang badan Irfan supaya dapat meredakan kemarahan.
Terus Aina melutut.Sekarang,semua mata hanya tertumpu ke arahnya. Pelik.
"Aina datang sini nak minta maaf pada semua orang atas semua kesalahan yang Aina dah pernah lakukan................Aina sedar dah banyak sangat kesalahan Aina pada semua orang. Baik pada arwah Aelise,pada mummy, pada Adrian, semuanya"
Jeda seketika.
Semua disitu sedikit kebingungan. Kesalahan apa yang Aina telah lakukan sehingga sampai melutut di depan semua?
"Apa yang kamu dah buat ni Aina? Jelaskan semuanya pada kami"
Tanya T. Adnan kepada Aina.
Hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang Aina telah lakukan sehingga beria datang ke rumahnya untuk memohon maaf.
Aina mengangguk.
"Pertama sekali,Aina nak minta maaf pada Adrian. Memandangkan semua dah ada,biar Aina cerita semuanya. Semua dosa yang Aina dah buat baik pada Aeliese,pada Adrian,pada semua lah.Kalau kau nak tahu Adrian~ pasal plan kau ditangkap khalwat dengan Aisy, tu semua plan aku dan....................E-erin"
Semua di situ tercengang. Bagaimana Erin juga boleh terlibat sama pula?
"Apa maksud kau? Erin juga terlibat sama?" Tanya Irfan seakan tidak percaya.
Aina mengangguk.
"Ya.Aku plan benda ni dengan Erin. Dia yang suruh aku buat macam tu. Aku buat semua ni atas arahan dia. Waktu tu,aku terdesak nak pakai duit. Baik mama, mahupun papa.Diorang tak bagi aku duit.Aku marah sangat-sangat.Papa pula bandingkan aku dengan Aeliese.Perkara tu buat aku panas hati.Sebab tu,aku ikut saja plan Erin.Hanya dia yang boleh bagi aku duit waktu tu" mukanya mula menunduk.Dia tidak sanggup untuk bertentang mata dengan semua orang.
"Aku masih tak faham. Dah kenapa Erin kena buat macam ni pada kawan baik dia sendiri? Bukan dia ke kemaruk sangat nak kahwin dengan Ad dulu? Eh dia beria tampar adik aku lah waktu dulu! Jadi kau nak cakap semua ni hanyalah lakonan semata-mata?!" Nadanya mula bertukar.
"Sabar Fan.Biar dia ceritakan sampai habis dulu" Hafiz mencelah.
"Ya.Itu semua hanyalah lakonan semata-mata.Erin buat macam tu sebab dia tak suka Nadya lebih rapat dengan Aelise.Dia benci dengan Aeliese sebab dia juga kena banding dengan parents dia.Dia tak tahu apa yang baiknya tentang Aelise sehingga dia kena banding macam tu.Kehidupan yang dia lalui, selalu kena banding, buatkan hati dia sedikit demi sedikit menimbulkan perasaan benci,dengki dan dendam pada Aisy.Jadi apa yang korang tengok dia sebelum ni,itu hanya lakonan.Korang tak pernah tengok sisi gelap dia..........Aku yang cadangkan nak kenakan Aelise.Aku benci juga sebab aku dah cuba minta duit pada Aelise,tapi dia tetap tak bagi sebab sebelum tu,aku dah pinjam banyak sangat dari Aelise sampai duit dalam bank dia perlu keluar banyak.Sebab tu dia sampai kerja bagi nak sara hidup dia sendiri"
Kedengaran suaranya telah teresak-esak.
"Adrian, aku minta maaf sebab dah khianat kau dengan Aelise.Aku tahu walaupun kau dah tahu,tapi aku nak juga bagitahu sekali lagi tanda aku betul-betul rasa bersalah dengan kau dan Aisy.Biarlah aku mengaku salah aku depan orang ramai"
Adrian bingung seketika.Apa yang dia telah tahu tentang rancangan itu? Setahunya tiada pula Aisy ceritakan hal itu.Inilah kali pertamanya dia tahu angkara siapa sehingga dia dan Aisy ditangkap berdua-duaan bersama.
"Apa maksud kau? Aku tak tahu apa-apa pun hal tu"
Mendengar kata-kata Adrian membuatkan Aina lebih rasa bersalah. Bibirnya dikemam menahan sebak yang dihurung di dada.Betapa beruntungnya dia mempunyai seorang adik yang solehah.Tapi sayang,dia bukanlah kakak yang berguna.
'Allah.M-maafkan akak, Aeliese. Kenapa Aeliese masih tak bagitahu walaupun waktu tu juga Aeliese dah tahu? Kenapa tak bongkarkan saja apa yang akak dah buat tu?................' Terasa sempit di dadanya tika ini.
"Adrian kalau kau nak tahu waktu selepas saja majlis akad nikah and kitorang nak balik, Aelise dah tahu segalanya.Aku dah bagitahu dia semuanya rancangan tu angkara siapa. Aku tak tahu pula dia takde cerita hal ni pada kau atau pada Irfan. Aku minta maaf sangat-sangat"
Lagilah semua yang ada disitu terkejut dan berasa sebak.
"Dan,aku dapat tahu dari Erin cerita sendiri yang dia dah letak pil perangsang dalam air minuman kau waktu korang jumpa haritu.Dia buat macam tu sebab dia nak Aeliese mengandung anak kau and then dia nak kau rasa serba salah sebab dah mungkir janji dengan dia.Dia cerita yang kau dah janji yang kau takkan sentuh Aeliese langsung apatah lagi nak jatuh hati.Dengan cara tu juga kau akan merayu and pujuk dia.Kau akan benci Aeliese dan kononnya kau akan salahkan Aeliese sebab dah goda kau.Aku tak tahu plan tu berhasil atau tak sebab setakat tu sahaja yang aku tahu"
Sejurus mendengar kata-kata itu,Adrian menepuk dadanya dengan tangan.Sakit.
Kerana rancangan bodoh yang dibuat oleh Aina dan Erin nilah yang buat dia tanam rasa benci pada isterinya sendiri.Air matanya turut mengalir jua.
'Ya Allah, sayang! Kenapa tak bagitahu abang pasal hal ni? Kalau abang tahu abang takkan hukum sayang. Abang takkan taruh dendam pada sayang! Abang minta maaf. Patutlah bila balik dari jumpa Erin,abang rasa lain sangat waktu tu'
"Aina minta maaf juga pada mummy.Aina dah tipu mummy dengan katakan yang semua ni jadi sebab plan Aisy.Padahal ini plan Aina dengan Erin.Dulu Aina yang sengaja kata pada papa yang Aelise buat perkara tak senonoh dekat belakang, tapi tengoklah sekarang. Benda tu terpalit pada Aina sendiri.Aina dah dapat balasannya.Mama dengan papa pun dah buang Aina"
Kata Aina sambil mengusap perutnya yang tidaklah kelihatan mana.Dia sendiri yang melakukan dosa besar setelah dia sengaja fitnah adiknya sendiri.
T. Maria hanya mampu menangis sahaja di situ.Rasa bersalah semakin membuak-buak kerana dia telah membenci Aisy hanya disebabkan rancangan bodoh yang orang lain buat.
"Kau tahu tak disebabkan kau dan Erin,adik aku kena buang dengan bapak kandung dia sendiri.Kau tuduh dia tidur dengan lelaki lain,kau tuduh dia curi duit kau sampai dia trauma, Aina! Malam dia dihalau dia hanya duduk dekat perhentian bas! Duduk dalam keadaan menggigil kesejukan. Kau buat dia kena halau macam dia tu binatang! Takde hati perasaan! Dan kawan dia sendiri kononnya tolong dia.Bila tiba adik aku kena kahwin dengan Adrian,bukan main lagi si Erin tu tampar dia! Dia maki adik aku! Aku pun bodoh masatu! Aku tak tahu nak percaya pada siapa.Aku biar je pompuan tu buat macam-macam pada adik aku!"
Irfan bersuara setelah lama berdiam diri sahaja menahan amarah.
"Kau tahu tak waktu aku tanya angkara siapa perbuatan ni dia langsung tak bagitahu.Takde sepatah mahupun sebutir huruf pun keluar nama kau atau Erin dari mulut dia. Kau ni nama je kakak kandung dia tapi perangai macam orang luar yang cuba rosakkan hidup adik-beradik sendiri! Dia anggap mak kau tu mak kandung dia dan kau sebagai kakak kandung dia sendiri walaupun mak kau tak pernah suka pada dia,tapi apa dia dapat? Satu sen pun takde guna lah!"
Kata-kata yang keluar dari mulut Irfan menimbulkan tanda tanya dari semua orang.
"Irfan,aku minta maaf atas salah silap aku.Cuma aku nak kau jelaskan balik.Aku tak faham.Ya,aku tahu mak aku kahwin dengan papa korang,tapi selepas dah lahirnya aku.Mama aku cakap yang ayah aku dah mati waktu dia tengah mengandungkan aku"
Aina terasa ragu dengan pernyataan Irfan kerana pernyataan Irfan dan Puan Hajar sangat bertentangan.
"Kalau kau nak tahu yang tujuan sebenar mak kau kahwin dengan papa kitorang tu sebabnya hanyalah harta.Ayah kau yang kau kata dah mati sebenarnya masih hidup.Kau sebenarnya adik kandung kitorang. Yang membezakan hanyalah kami dilahirkan dari kandungan umi kami,dan kau dilahirkan dari kandungan mama kau sendiri.Untuk pengetahuan kau,mama kau adalah perampas kebahagiaan kami sekeluarga.Aku minta maaf atas kata-kata kasar ni,tapi kau kena terima hakikat.Papa kahwin dengan mama kau tanpa pengetahuan umi kami.Selepas setahun kau dilahirkan, umi aku mengandungkan adik-adik aku,Irfan dan Aelise.Sebab tu umur kau ,Irfan dan Aeliese hanya beza setahun.Selepas sahaja umi lahirkan diorang,umi aku dapat tahu tentang perkahwinan papa dengan mama kau"
Kata-kata Hafiz membuatkan hati Aina rasa terpukul.Dia tidak tahu menahu pula tentang hal ini. Mamanya tiada pula ceritakan hal ini.
"A-aku minta maaf pada korang. A-aku tak tahu semua ni.Aku tak tahu yang mama tipu aku selama aku hidup ni.Terima kasih banyak-banyak sebab dah ceritakan hal sebenar. Kalau kau tak cerita sampai bila-bila pun aku tak tahu hal ni"
Semua di situ diam sahaja sehinggalah Adrian bersuara.
"Mummy,daddy.Iyan naik dulu,nak rehat dengan anak-anak"
"Ye lah" Kata T. Adnan.
"Adrian.Kau maafkan aku ke tak? Aku tak kesah kalau kau nak benci aku sampai mati sekalipun tapi aku hanya nak mohon kemaafan dari kau.Aku tak sempat nak minta maaf pada Aelise sendiri.Dengan kemaafan kau,tenang sikit hati aku"
Nafas dihela perlahan sebelum sambung percakapannya.
"Aku dah maafkan kau.Arwah Aisya pun dah maafkan kau. Siapa aku nak berdendam dengan kau? Siapa aku nak benci kau sampai mati? Bidadari aku dah pesan kalau aku jumpa kau,dia nak aku sampaikan pada kau yang dia dah maafkan semua salah silap kau pada dia.Dia juga minta maaf kalau selama dia hidup,dia tak pernah bertolak ansur dengan kau sebagai adik-beradik dia. Jadi kau tak perlu risau.Teruslah dengan kehidupan kau.Bidadari aku nak tengok kau hidup bahagia"
Adrian pun mengangkat Naufal manakala T. Aida menolong mengangkat Naura untuk dibawa ke bilik Adrian.
"T-terima kasih" Terasa mahu meraung sahaja dia disitu.Allah kurniakan adik sebaik Aisy kepada dirinya.
Namun mengapa? Mengapa sanggupnya dia melakukan kekejaman pada adiknya itu?
Demi Allah.Andai dia dapat putarkan masa kembali,dia tidak akan melayani adiknya seperti sebelum ini.Tapi, lebih baik dari sebelum ini.
Di bilik Adrian.............
"Thanks mummy"
"Takde apa lah. Ni betul ke boleh jaga anak-anak tu? Kalau Iyan nak berehat sorang diri,mummy boleh je jaga diorang ni.Mummy Iyan pun ada kat bawah tu haa" T. Aida melihat muka Adrian itu.
Dia tahu bahawa anak saudaranya sedang merindukan seseorang yang tidak akan kembali lagi ke dunia nyata ini.
"Takpelah.Iyan tak nak susahkan sesiapa.Lagipun diorang dah tidur. Diorang tak kacau Iyan pun" senyuman kelat diberi.
"Yelah.Mummy turun dulu.Ada apa-apa,call je.Nanti mummy naik atas,tolong"
Adrian mengangguk sahaja.
Sebaik memastikan anak-anaknya betul-betul telah lena dibuai mimpi, Adrian pun turut merebahkan badannya ke atas tilam katil.Bingkai gambar yang ada di meja di tepi katil diambil.
Itu adalah gambarnya dan bidadari nya.Gambar terakhir mereka ambil sebelum bidadari nya pergi buat selama-lamanya.
Flashback...............
"Abang cepatlah!" Laung Aisy yang sudah berada jauh di hadapan.
"Sabarlah sayang.Dia dahlah buli kita suruh angkat barang-barang.Lepastu nak suruh orang jalan cepat-cepat. Sayang kena ingat yang kaki manusia hanya dua saja dan ada 10 jari.Bukannya sejuta" Adrian menjeling sekilas.
"Hehehehe.Apa abang ni dah petang ni cuaca pun takde lah terik mana. Nak emo² pula.Period ke?" Aisy tanya bersahaja.
"Kepala dia.Habis apa gunanya sayang yang mengandungkan anak abang? Hmm?" Keningnya terangkat beberapa kali.
"Abang! Tak baik! Di 'kepala' kan kita,pula ya! Sampai hati"
Kata Aisy sedikit berjauh hati.
Maka muncullah muncung itik sedepanya itu.
"Alolololo.Dia ajak kita bergurau,dia pula yang cepat sentap.Sorry lah. Mulut ni terlepas pula"
"Abang tu memang! Mulut tu laju sangat! Jangan sampai anak-anak kita dah besar nanti,dia tiru perangai daddy dia nih!"
"Alaa biarlah.Mulut daddy dia ni manis tau.Sweet apa! Kalau ikut mulut umi dia,boleh darah tinggi lah.Mulut masin!"
Mata Aisy menjegil kecil ke arah Adrian.
"Ihh,dia nih! Abang ni nak kena ke? Elok mood saya ok karang saya ajak balik,tak yah picnic.Nak?!" Ugut Aisy.
"Ok ok ok.Tak buat dah! Hish! Garangnya.Takut kita!"
Aisy menjeling sekilas.
Setelah selesai berkelah,mereka berjalan-jalan pusing keliling tasik itu sahaja memandangkan Aisy telah sarat.
Adrian pun hanya berjalan juga walaupun pada niat asalnya ingin jogging.
"Abang.Sini sini! Jom tangkap gambar jap"
"Hmm? Nak buat apa?" Kepalanya yang gatal digaru.
"Ihh dia nih! Tak sporting lah.Orang nak ambil gambar lah buat kenangan.Mana tahu nanti kalau saya dah takde boleh lah gambar ni abang tenung sampai tembus kan?!"
"Takde? Nak pergi mana?" Adrian bertanya blur.
"Haa-ehh erm,maaf cik.Boleh tak ambilkan gambar kami sekejap?!" Pertanyaan Adrian tidak dijawab seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
"Haa,abang! Posing cantik-cantik sikit,ya! Jangan sampai rosak gambar kita ni" Bisik Aisy kerana malu ramai yang melihat mereka yang ingin bergambar.
Lalu mereka acah-acah menjadi model tidak berbayar seketika demi mendapatkan sekeping gambar yang sangat cantik.
"Ok,terima kasih ya,cik"
"Sama-sama.By the way,korang ni sesuai sangatlah. Like Romeo and Juliet.Harapnya anak korang pun handsome and cantik-cantik macam parents diorang lah" kata pemuda itu sebelum dia memberika telefon kepada Aisy semula.
"In Syaa Allah.Terima kasih sekali lagi"
Mereka sambung berjalan untuk beberapa pusingan lagi.
"Abang.Cuba pilih gambar mana yang nampak Aisya cantik and abang handsome?" Telefon diberi kepada Adrian.
"Haa,yang ni kot!" Adrian menunjuk gambar yang mereka posing peace jadi pilihan.
"Tak nak lah.Muka masa ni tak ready"
"Pulakk! Sayang orang kalau save memory kan,gambar yang tak ready lah selalu melekat kat otak kita. Asyik teringat 'ouh,gambar ni masa pergi sini,gambar ni masa pergi sana'.Haa,cam tu!"
"Ermmmmmm.Haa,yang ni lah!"
Gambar itu menunjukkan tangan Adrian memeluk pinggang Aisy sebelah dan sebelah lagi diletakkan di perut Aisy, manakala kedua-dua tangan Aisy menindih tangan Adrian.
"Wow! Class juga sayang pilih gambar erk?! Suka ler tu orang peluk dia kan? Gatal erk mak buyung nih?!"
Aisy menayangkan muka tidak puas hati.
"Eeee mana ada lah.Orang pilih sebab gambar ni cantik.
Tengok ni! Abang handsome sangat dalam gambar ni.Pastu orang pun cantik dalam gambar ni! Suka suka! Nanti kita singgah kat kedai cuci gambar erk,bang"
Adrian mengerutkan dahinya.
"Sayang nak buat apa pula cuci gambar ni? Zaman sekarang orang pakai save dalam phone je sayang oii"
"Alaa saya nak kembalikan vibe orang dulu-dulu.Lagipun gambar ni kalau dicuci barulah nampak special sikit nak jadikan kenangan.Gambar yang boleh pegang kat tangan tak sama dengan gambar yang tengok dalam phone"
"Apa pula? Mana ada beza pun.Kalau nak tengok gambar dalam phone, sayang pegang pakai tangan juga kan?"
"Suka hati lah! Malas nak layan!"
Adrian tergelak sakan.Sungguh dia suka melihat wajah Aisy yang cemberut itu.
"Sayang! Wait lah! Abang gurau aja. Laju lah mak buyung ni jalan.Tak padan dengan penguin!"
"Shut up,husband!"
"No! I don't want!"
"Eeeeeeee!!!"
End flashback..........
'Allah! Beratnya rindu ni.Hamba harap sangat yang hamba dapat pergi sama-sama dengan bidadariku.Rindu ni dah tak tertanggung lagi ya Allah. Kuatkanlah hamba supaya dapat didik anak-anak supaya jadi insan yang berguna pada masa hadapan, Ya Allah'
'Sayang.Abang janji.Abang akan jaga anak-anak kita sampai abang mati. Abang akan didik mereka supaya jadi anak yang taat dan soleh, solehah. Abang harap sangat bila mereka dah besar dan abang dah tiada, diorang pandai jaga diri dan didikan abang diorang akan ingat sampai bila-bila. Itu janji abang.Selamat Hari Raya, bidadari'
Adrian merenung baju Melayu yang masih tersarung di badannya.Baju ini.Baju bidadarinya belikan untuk pertama kalinya dan juga untuk kali terakhirnya semasa mereka hidup bersama.
Alhamdulillah, Adrian sekeluarga telah hidup bahagia semula walaupun bersederhana.
Aireen Erina telah pun dihantar ke hospital sakit jiwa.
Selepas sahaja dia ditangkap,polis dapat mengesan bahawa Erin mempunyai masalah gangguan mental.
Aryan dan Nadya pula telah mendirikan rumahtangga.
Manakala menjadi tanggungjawab Hafiz dan Irfan untuk menjaga Aina bersama kandungannya.
Walaupun perasaan marah,benci dan semuanya masih berada di hati,tetapi perlahan-lahan Hafiz dan Irfan buang. Mereka telah kehilangan seorang adik yang solehah. Mana mungkin dia sanggup melihat salah seorang adik-beradiknya lagi dalam kesusahan,bukan? Lagipun Aina tetap tidak diterima oleh Puan Hajar kerana telah mengandungkan anak luar nikah.Tapi tidak dengan Dato' Rashid.
Sampai sekarang Dato' Rashid menyesali atas semua perbuatannya terhadap arwah isteri dan anak bongsunya.Setelah semua kebenaran telah terbongkar, Dato' Rashid mengambil keputusan untuk bercerai dengan Puan Hajar,iaitu ibu kepada Aina Arisya.Dia telah menerima semula Aina Arisya dalam hidupnya.
Cukuplah dia telah berlaku kejam terhadap arwah Aisy. Dia tidak mahu mengulangi perbuatan yang sama lagi.
Dia harap,dia dapat gantikan tempat Aisy.Dia juga rindu akan bidadarinya. Biar sahaja dia yang pergi dahulu.
Sangat besar silapnya.Dia tahu bidadarinya juga hidup menderita sejak dia berkahwin dengan Puan Hajar.
Andai boleh diputarkan masa, membuat keluarganya hidup bahagia bersama adalah satu sejarah dalam hidup yang sangat dia idamkan. Namun,ini dikatakan TAKDIR.
'ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG UNTUK MAKHLUKNYA '
SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI PELUANG UNTUK BERUBAH. SEDANGKAN ORANG YANG INGIN BERTAUBAT,ALLAH MASIH MENERIMA HAMBANYA.
JADI KITA SEBAGAI MANUSIA,SIAPA KITA UNTUK TIDAK BERTAUBAT DAN BELAJAR MEMAAFKAN ANTARA SATU SAMA LAIN?
DARI KISAH INI,DAPAT KITA JADIKAN PENGAJARAN.
SATU PENYESALAN ITU SUDAH TIADA GUNA SETELAH HILANGNYA JASAD SESEORANG.
Dengan itu berakhir sudah perjalanan cinta antara Adrian dan Aisy.
Permulaan mereka bukanlah menjadi idaman orang ramai, tetapi saat-saat akhir mereka sama-sama membaiki kesalahan diri masing-masing.
Pemergian Aisy telah membuatkan ramai mengambilnya sebagai iktibar. Pemergiannya dicemburui oleh orang ramai kerana pergi dengan keadaan yang sangat tenang.Melahirkan di dunia.Berpantang di syurga. Tidak ramai ibu-ibu mendapat nikmat yang satu itu.
Benarlah orang kata.
Cinta memang susah untuk dilepaskan apabila melibatkan perpisahan.
Perpisahan pula lebih menyakitkan apabila menyebabkan kematian berbanding perpisahan sewaktu masih hidup.
Pengakhiran hidup kita adalah berbeza.
Ketika masih hidup,hargai orang yang paling kita sayang.Jangan ada yang melukakan antara satu sama lain.
Janganlah bersedih sekiranya berpisah sekarang kerana akan adanya akhirat kelak di mana kita dipertemukan semula dan hidup bahagia bersama selama-lamanya.
Dengan ini,
AISYA ANNELIESE ANDREA: Her Fate
melabuhkan tirai.
ʚOFFICIALLY SAD ENDING ɞ
Alhamdulillah,Syukur. Akhirnya saya dapat menyelesaikan penulisan untuk bab yang terakhir ini.Terima kasih kepada semua yang sudi membaca hasil karya dari saya yang tak seberapa ini. Mohon maaf andai terlalu banyak kesalahan serta penggunaan bahasa yang tidak sesuai.Sekiranya saya ada masa,saya akan mengubah suai semula untuk membaik pulih penulisan saya. Maaf sekali lagi andai ada segelintir pihak yang tidak suka dengan karya ini. SEHINGGA BERJUMPA KELMBALI UNTUK PENULISAN SAYA YANG SETERUSNYA. •~•
Share this novel