Chapter 67

Action Completed 4911

Disclaimer: this chapter have violent scene, rape and strong language. Skip if you are under 16.

Adam membersihkan muka dan badan anaknya dengan kain lembab selepas doktor membuat pemeriksaan, mulutnya tak berhenti mengucapkan permintaan maaf.

" Maafkan daddy, Ana. Maafkan daddy. Daddy pentingkan diri sendiri sampai daddy abaikan Ana. Maafkan daddy, baby."

Nor Ansha membuka mata dan terkejut bila tangannya di sentuh oleh tangan kasar.

" Ni daddy, baby." Baru sedar bahawa lelaki didepannya itu adalah ayahnya, Nor Ansha memeluk Adam dengan erat sambil menangis teresak-esak.

" Maafkan daddy. Maafkan daddy." Ulang Adam dalam tangisan.

" How is she?" Tanya Jessica yang berdiri di depan pintu bilik anaknya itu sebaik saja Adam keluar.

" She is asleep."

" Okay good." Jessica tidak mampu untuk berdepan dengan Nor Ansha, hatinya terasa pedih dan sesak melihat keadaan anaknya itu.

Adam mendepakan tangannya, tanpa bicara Jessica memeluk Adam dan menangis seperti anak kecil dipelukkan suaminya itu.

" It's all my fault. Kalau I tak kenalkan Ana pada dia semua ni tak akan terjadi." Adam mengusap lembut belakang badan isterinya itu.

Adam membisu, tak berdaya menenangkan hati isterinya. Dia juga tak dapat menahan perasan sedih dan amarah yang dirasakan saat ini.

" Babe." Tegur Aisy Amni memberi segelas air pada Tengku Haizard.

" Kenapa you keluar." Tegur Tengku Haizard sambil membetulkan selimut di tubuh tunangnya itu.

" I know you serabut dengan apa yang telah berlaku tapi you still kena rehat. Dah pukul 3 pagi ni, you tak nak masuk tidur ke."

"Haha, cakap dekat orang you tu kenapa tak tidur lagi?" Suasana pagi itu sunyi.

Mereka semua kepenatan hanya Ghaus, Ghani, Iskandar, Sharul dan Hafiz yang masih berbual di dapur.

Thomas mendekati Tengku Haizard yang sedang mengasah pisau itu.

' I've something to tell you.' Dia mencuit bahu Tengku Haizard.

" Okay." Balasnya sepatah. Thomas mengerling sekilas pada Aisy Amni yang duduk di sebelah Tengku Haizard itu.

" It's okay tell me." Ulangnya meletakkan pisau yang telah di asah diatas meja.

Menggunakan bahasa isyarat Thomas menceritakan pada Tengku Haizard apa yang pernah berlaku pada Nor Ansha sebelum ini.

Flashback.

" Okay. Okay fine. Kita ada banyak lagi masa sebelum kita bermadu kasih." Ujar Taufik cuba menyentuh Nor Ansha pada bahagian yang tidak sepatutnya.

" No! No! Stay away...!" Bukannya takut malah lelaki itu ketawa senang melihat wajah ketakutan Nor Ansha itu.

" Wait Taufik. Wait let's talk."

" Nak cakap apa lagi baby."

" Kita belum kahwin so saya tak boleh pregnant. Kalau saya pregnant nanti mak awak mesti tak terima saya." Pujuk Nor Ansha.

" Time macam ni pun awak masih fikirkan mama saya. Hahaha sebab ni lah saya suka awak. Awak pandai dan prihatin." Puji Taufik mengusap pipi Nor Ansha.

" Awak kena beli protection." Nor Ansha tahu niat Taufik padanya. Dalam hati dia berdoa pada Allah agar lelaki itu setuju dengan alasannya.

" Oh yelah. Protection hmm tapi saya tak kisah dan lagi suka kalau awak mengandung. Itu akan jadi anak kita berdua."

" Ta-tapi saya tak nak pregnant sebelum naik pelamin, nanti tak cantik. Awak mesti nak saya nampak cantik masa hari bahagia kita kan." Pujuk Nor Ansha lagi.

" Okaylah sebab saya sayang awak saya pergi beli rubber tu. Tunggu sekejap ya sayang. Kita tak boleh ada baby sebab kita belum kahwin." Ujar Taufik sambil ketawa sebelum keluar.

Nor Ansha melepas nafas lega dia mencari telefon bimbitnya tapi tak ada, dia berusaha menenangkan dirinya dan cuba membuka pintu bilik tapi terkunci.

" Ana nanti tiap kali keluar, lekatkan benda ni dekat pinggang seluar or skirts." Teringat pesanan Tengku Haizard dia menekan butang pada seluarnya itu bertalu-talu.

Nor Ansha mencapai lampu meja bila pintu di buka dari luar.

" Hi sayang... I'm back. Tengok berapa banyak saya beli. Awak dah tak perlu takut kalau termegandung. Kita boleh main puas-puasss."

" Stay away Taufik." Ugut Nor Ansha menghala lampu meja kearah Taufik. Bukannya takut malah lelaki itu ketawa senang melihat ketakutan Nor Ansha itu.

Taufik berjaya mengelak dari lampu yang dicampak itu, dia menolak Nor Ansha atas tilam dan menindih tubuh gadis itu.

" Aku cakap baik-baik kau tak nak dengarkan. Kau saja nak jual mahal dengan aku, kan." Ujar Taufik sambil merabut tudung Nor Ansha.

Nor Ansha tidak berhenti meronta dan memohon agar Taufik tidak meneruskan niat busuknya itu.

" Hmm wangi. Kau nak tahu tak, tiap kali aku tengok kau. Aku terbayang-bayang tubuh kau tanpa pakaian. Akhirnya impian aku hampir jadi kenyataan." Ujarnya sambil mencium dan mengigit leher Nor Ansha.

Puas melihat kesan yang dibuat pada leher gadis pujaan hatinya itu.

Tanpa menghiraukan rayuan dan rintihan gadis itu dia menyetap baju bahagian dada Nor Ansha hingga terkoyak.

Nor Ansha sedaya upaya cuba menutup bahagian tubuhnya yang terdedah itu dan menolak muka Taufik dengan tangannya.

" Akhirnya... Akhirnya kau akan jadi milik aku juga Ana." Ujarnya sambil menanggalkan bajunya dan membuka butang seluar.

Bam! Bam! Bam!

" Ish menganggu betullah." Marah Taufik bila ada orang mengetuk pintu bilik mereka.

" Tolong! Tolong!"

" Shhh." Taufik sambung mencium Nor Ansha walaupun gadis itu meronta dan menjerit sekuat hati meminta tolong.

Tanpa menghiraukan larangan pekerja hotel Thomas memecahkan pintu dan menarik tubuh Taufik hingga terpelantik ke belakang.

Thomas membalut tubuh Nor Ansha yang menangis ketakutan itu dengan selimut.

Dia mengangkat Taufik yang lebih kecil daripadanya itu dan menghempas lelaki itu ke lantai.

Tanpa sempat Taufik bangun Thomas menyepak dan memijak perut Taufik bertalu-talu hingga lelaki itu termuntah.

" Datin. Bilik ni datin."

" Ya Allah anak aku. Berhenti! Stop! Stop! How dare you!" Marah Datin Anis menampar dan menolak Thomas.

Thomas menepis kasar tangan Datin Anis hingga wanita tua itu terpelanting.

" Stop! Stop it!"  Tanpa menghiraukan rayuan Datin Anis, dia menyepak muka Taufik menyebabkan batang hidung dan gigi lelaki itu patah.

" Tolong! Tolong hentikan dia. Pegang dia!" Jerit Datin Anis pada pekerjanya.

" Call police!" Jerit Datin Anis seperti di rasuk bila tiada sorang pun pekerja hotelnya berani mendekati Thomas yang sedang mengamuk itu.

" Stop it. It's okay. Take me out of here, please..." Nor Ansha menarik lengan kekar lelaki italy itu.

Nor Ansha takut jika Thomas menjadi pembunuh kerana dirinya.

" Let's go, please." Rayu Nor Ansha sambil menangis.

Dada Thomas berombak kencang, dia mencempung tubuh Nor Ansha yang berselimut itu pergi tanpa menghiraukan pekerja hotel yang cuba menahannya.

End flashback.

Jantung Tengku Haizard berdegup kencang dan tangannya mengeletar, dia tidak pernah rasa semarah saat ini.

Aisy Amni menyentuh lembut lengan tunangnya itu cuba menenangkan lelaki itu.

Rupanya ini bukan kali pertama lelaki itu cuba memperkosa Nor Ansha.

" Sleep tight." Dia mencium dahi Aisy Amni sebelum pergi ke rumah anak buah Tengku Mikhail.

Di bawah rumah itu terdapat sebuah basement yang sudah lama tidak memakan mangsanya.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience