" Zard said knives are not allowed here." tutur Ghaus sepatah-sepatah pada Thomas yang sedang mengupas kulit epal dengan sebilah pisau rambo itu.
" Hell! dia ignore aku."
Ghani merebut bantal di tangan Ghaus yang cuba dibaling pada Thomas bimbang akan menyebabkan pergaduhan.
" Lemas aku gila." jerit Ghaus menolak Ghani yang menekup mukanya dengan bantal hingga terjatuh dari sofa.
" Padan muka kau, yang kau suka sangat teasing dia tu kenapa." ujar Haq mencapai bantal dan mencampaknya pada Ghaus.
" Aku bosan. My future wife dah tak ada dan korang bukannya nak layan aku pun."
" Eee kau ni pervert ke apa? kau ingat dia nak ke dengan kau." kata Haq.
" Cuba kau tengok muka aku yang kacak ni, kau rasa layak ke aku dipanggil pervert?"
Melihat anggukkan dari mereka yang berada disitu Ghaus termalu sendiri.
" Haram betulah korang ni! Support lah sikit kawan korang ni yang sedang belajar mencintai dan dicintai."
" Hmm suka hati kau lah bro, kalau kena reject jangan bising dekat kami dah lah." balas Haq mengalah sebab tahu tidak akan menang berbetah dengan Ghaus.
" My future wife dah sampai ke belum eh? Risau aku. Apalah nasib dia dekat tempat orang."
" Ceh kau ni. Dia lebih selamat dekat sana berbanding dengan kau." ujar Ghani.
" Ohh Allah I miss her so much. Her cute smile. Her eyes." jerit Ghaus membingitkan rumah sunyi itu.
" Sekarang pukul berapa dekat sana?" tanya Tengku Haizard dengan jari-jemarinya yang tidak berhenti di kekunci laptopnya.
" 5 am. Aku terima email dari uncle Amir, dia dah jemput dan hantar budak itu dekat rumah Tengku. Mak Su pun ada dekat sana." maklum Haq.
" What the! Mak aku buat apa dekat rumah Tengku?" tanya Ghaus bingkas bangun duduk.
" Majlis graduation korang lah, apalagi." balas Haq.
" Ohh sh*t! Habislah." keluh kembar serentak.
" Hari tu aku call. Mak aku cakap dia tak datang sebab dia takut ikan masin dia tak ada orang nak tolong tengok." ujar Ghani.
" Ish mak aku ni." Keluh Ghaus.
" Well no comment, dia mak kau bukan mak aku." balas Haq bersahaja.
Mereka cadang membiarkan Maria tinggal di rumah Tengku Mikhail buat sementara waktu sebelum mereka pulang untuk memaklumkan perkara itu pada Mak Su.
" Sabtu ni dorang gerak sini. Tengku arah budak dia jemput Mak su untuk datang sekali." terang Haq.
" Aduh mak aku ni pun! Selalunya bapak payah nak tinggal ikan-ikan dia tu, sekarang tiba-tiba rajin pula aduh." keluh Ghaus.
Kusut kepalanya memikirkan reaksi Mak Su jika tahu yang mereka rancang untuk menjadikan Maria sebagai anak angkat maknya itu.
" Biar lah mak datang bukan selalu mak dapat tengok negara orang." balas Ghani.
" Tu betul, tapi masalahnya sekarang kalau mak tak setuju nak ambil Maria jadi anak angkat dia macam mana?"
" Bukan korang cakap nak adopt dia ke?" tanya Haq pelik.
" Yup but not as my daughter, but as my cousin. Tak boleh lah aku nak kahwin dengan Maria kalau dia jadi anak aku." terang Ghaus.
Tengku Haizard geleng kepala mendengar keluhan Ghuas itu.
Mujur saja Tengku Haizard memberitahu Ghaus bahawa jika Maria menjadi anak angkatnya, mereka tidak sesuai untuk berkahwin.
" Ohhh my! We're dead bro." jerit Ghaus.
" Thomas senyum dia dengar ke apa yang kita cakap?." tanya Ghaus tiba-tiba.
Ghani mengepit kepala abangnya dengan lengan sasanya, abangnya itu kalau bercakap bukan nak pandang kiri kanan.
" Mestilah dia dengar! dia bisu sebab kotak suara dia rosak bukan sebab anak telinga dia rosak!. Sorok sikit bodoh tu."
" Ohhh jadi dia boleh bercakaplah sebelum ni? Aku ingat dia bisu dari kecil dan tak faham ke apa yang kita cakap."
" Faham lah, bahasa melayu dia lagi lancar daripada kau, mak dia kan orang Brunei." sampuk Haq.
" 30 minit kejutkan aku." pesan Tengku Haizard cuba melelapkan matanya.
Majlis graduasi mereka semakin hampir banyak perkara yang perlu di selesaikan.
Keselamatan keluarga dan Aisy Amni menjadi tumpuan utamanya, bagaimana dia ingin membawa gadis itu keluar tanpa pengetahuan pihak sebelah sana.
" Hmmm." Haq sudah terlentok diatas sofa sebelah Tengku Haizard manakala kembar masih segar bermain games.
Ring! Ring! Ring!
Mereka saling memandang sesama sendiri sehingga panggilan telefon itu termati sendiri.
Jam 1:30 pagi. Malaysia 5:30 pagi.
" Good Morning Master, you received one voice mail..." Haq terus menekan butang hijau untuk mendengar pesanan suara itu.
" GHAUS! GHANI! BAIK HAMPA JAWAB TELEFON AKU!" Haq terus mematikan voice mail itu.
" Pehhh suara mak Su ke tu, macam petir. Nasib baik tak pecah gegendang telinga aku." kata Haq mengurut dadanya.
Tengku Haizard turut tersentak dan hilang rasa ngantuknya mendengar jeritan itu.
" Kau tak kenal mak aku bro, tu baru sikit kalau dia mengamuk satu kampung kecoh. Kalau kau nak tahu Aus ni masa tingkatan 3 kena baling dengan parang sikit lagi nak kudung nasib baik aku sempat tarik dia."
" Hush kau buat salah apa Aus?" tanya Haq.
" Alah biasalah masa kecil nakal sikit."
" Dia tak nak buka cerita lah tu, malu lah tu." usik Ghani.
Haq ketawa melihat wajah cemberut Ghuas bila diusik.
RING! RING! Ring.
" Hah tu dia bunyi lagi baik korang jawab kang tak pasal kena parang lagi." usik Haq sambil ketawa.
" Hello Mak."
" Hello mak kepala otak hang! Aku panas sungguh dengan hang ni..."
" Assalamualaikum mak?" potong Ghuas.
" Waalaikummusalam! Aus hang memang sengaja nak buat darah aku naik kan! Aku bagi hang pi sana belajar hang pi buat dosa!"
" Mak apa khabar? Mak sihat ke?" potong Ghuas lagi.
" Aku sihat ke tak sihat ke hang peduli apa!yang hang tau buat darah aku naik ja."
" Amboi mak garangnya, kenapa garang sangat ni." gurau Ghuas lembut.
" Hang tok sah loya buruk dengan aku Aus. Silap hari bulan putus kepala hang aku kerjakan! jangan main-main dengan aku!" tengking Mak Su.
" Sabar mak bawa bertenang." ujar Ghani mencapai telefon ditangan Ghaus.
" Awat hang tak jaga abang hang, Ghani? Tengok apa dia dah buat malu mak tau dok, malu dengan Tengku. Malu dengan orang kampung pasal kes dulu pun tak habis lagi, ni dia buat perangai lagi."
" Mak sabar mak. Ni bukan salah Aus sorang tapi ni salah Ghani juga."
" Awat hang pun nak buat perangai macam abang jugak ka, Ghani? Budak ni anak sapa, habak mai. Budak ni anak hang ka anak Aus? Ya Allah, apa salah aku ya Allah." luah Mak Su.
" Budak tu bukan anak kami, mak. Balik nanti kami cerita dekat mak tapi buat masa sekarang ni kami nak minta tolong mak tengokkan budak tu dulu." pujuk Ghani.
" Habis anak sapa? Aku tak mau hampa ambil balik budak ni. Aku tak mau jaga dia."
" Mak, budak tu anak yatim piatu dekat sini tak ada orang nak jaga dia." Ghani menerangkan secara ringkas tentang perkara yang telah terjadi pada Maria.
Suara Mak Su mula mengendur dan kembali tenang.
" Bagi telefon dekat Zard, mak nak cakap dengan dia."
Ghani menyerahkan telefon pada Tengku Haizard, dia menjungkit bahu tidak tahu kenapa maknya ingin berbicara dengan Tengku Haizard bukan dengan abangnya.
" Assalamualaikum, mak su apa khabar? Alhamdulillah kami semua sihat... Ye betul... mak su jangan risau tentang tu lepas majlis nanti saya uruskan."
" Insha Allah tak ada masalah, don't worry. Ye baik mak su... Ye baik Insha Allah saya akan tengok-tengokkan dorang berdua ni." kata Tengku Haizard sebelum menyerahkan semula telefon pada Ghani.
" Ye mak."
" Hang kawal sikit abang hang tu jangan bagi dia buat benda tak elok." pesan mak Su sebelum menamatkan panggilan.
Ghani melihat riak wajah abangnya, dia tahu walaupun abangnya itu kelihatan bersahaja, abangnya itu pasti kecewa bila tidak dipercayai oleh mak sendiri.
" Aus, let's talk."
Ghaus mengeluh berat sebelum bangkit mengikut Tengku Haizard meluju ke bilik meeting.
To be continued...
Share this novel