Chapter 70

Action Completed 4911

DEC-10 10:00AM

" Kenapa kau nak jumpa aku? Kalau kau nak aku curi maklumat syarikat tu lagi aku angkat tangan." Sambil geleng kepala.

" Keluarga tu gila tau tak?! Dorang tu dah macam satu keluarga kongsi gelap tau. Seram aku."

" Habis duit yang aku bayar kau tu mana? Pulangkan lah balik duit aku." Pinta Datin Anis.

" Eh kau ni tahu ke buat-buat tak tahu. Duit tu dah jadi hak aku walaupun kerja tak settle. Siapa suruh kau upah aku buat benda bodoh tu." Datin Anis naik berang bila dirinya pula di salahkan.

" Kau ni!"

" Apa? Apa? Kalau bukan sebab si Fuat dan si Kamil tu silap-silap aku ke dalam tau. Nasib baik aku cepat-cepat blah lepas dorang kena buang."

" Whatever... kerja yang aku suruh kau buat 2 minggu lepas macam mana?" - Datin Anis.

" Aku ni stalker professional tau. Aku dah buat apa yang kau suruh tapi kau tak takut ke? dorang tu gila tau tak."

" Kalau aku takut tak adanya aku setuju bekerjasama dengan 'orang tu'. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Sekarang aku nak kau hantar benda ni dekat rumah Jessica. Aku nak tengok macam mana reaksi dia." - Datin Anis.

" Duit mana duit?"

" Lepas kerja settle baru aku bayar."

" Alah tak kan seratus dua pun tak ada. Buat duit kopi dan minyak." Dia senyum riang menyambut huluran 4 keping duit 50 itu.

" Weh bagilah lebih sikit. Mana cukup aku nak bayar upah budak-budak aku lagi." Datin Anis mencampak dua keping note 50 atas lantai.

Seperti orang tiada maruah, dia ketawa senang mengutip duit itu.

" Datin, aku dengar anak kau hilang. Aku boleh tolong carikan anak kau tapi kau kena top-up lah lebih sikit hehe."

" Kau tak payah busybody hal keluarga aku. Benda kecil pun tak settle, kerja kau minta duit je kalau kau nak hidup senang siapkan apa yang aku suruh buat tu." Marah Datin Anis.

Setelah hampir seminggu lebih Taufik hilangkan diri Datin Anis telah membuat laporan polis tanpa pengetahuan suaminya.

" Alah kedekutlah kau ni. Share lah nombor telefon 'orang tu' janganlah makan sorang2 je." Dia ketawa bila wanita separuh abad itu pergi tanpa menjawab soalannya.

Sial punya orang tua, kau nak bolot semua duit sebab tu kau tak bagi aku direct contact dengan diaorangkan.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

" My girlfriend got these packages a week ago." maklum Hazid.

Teman wanita Hazid adalah seorang model jadi tidak pelik kalau wanita itu mempunyai ramai peminat dan juga haters.

Hazid membuka bungkusan patung teddy bear yang dirobek dan disapu dengan darah haiwan itu dan meletaknya atas meja.

" Siapa yang hantar ni?" - Rayyan.

" Kau ingat tak anak buah En.Fuat yang kena pecat baru-baru ni?" - Hazid.

" Ha'ah kenapa dengan budak tu?" - Iskandar.

" Aku syak budak tu sebab dia selalu ada dekat event gf aku, macam stalker tapi aku tak ada bukti." - Hazid.

" Bawak jelah budak tu datang sini. Bukti kemudian pun boleh cari." Ujar Hafiz selamba.

" Aku rasa Hana pun ada stalker." - Rayyan.

" Siapa berani stalk wife kau bro. Memang jiwa kental eh stalker tu." Ujar Hafiz sambil tertawa.

" Kental tak kentallah bro kalau dapat dekat aku memang lunyai aku kerjakan budak tu. Hana dapat text ni minggu lepas tapi aku dah jumpa budak tu. Ip address dia budak sekolah punya."

" Habis kau buat apa dekat budak tu." - Hazid.

" Nak buat apa? Lepas jelah tak kan aku nak tibai budak kecik. Tapi semalam dia dapat text yang lebih kurang sama, ip address dekat Kelantan. Haq tolong check." kata Rayyan meletak telefon bimbit isterinya atas meja.

" Uncle Ryan ada melawat kubur Uncle Dani ke minggu lepas?"

" Tak ada sebab uncle ingat minggu ni baru nak pergi, why?"

" Nothing. Apa-apa Zard contact uncle." kata Tengku Haizard.

Pelik dengan manusia sekarang, kubur pun nak di kianat, batu nisan kubur arwah Daniel dipatah dan disimbah cat merah. Terlalu banyak kejadian pelik-pelik berlaku sekitar mereka sejak dua menjak ini.

Dr. Raihana memeluk Rayyan yang baru keluar dari dapur diikuti oleh anak buah Tengku Mikhail yang lain.

" Takut?"

" Hmm I'm not scared but tak sedap hati je."

" Don't worry, Zard says he'll take care of everything."

" A few minutes ago I just received a message from a private number again." kata Dr. Raihana menujuk pesanan dari nombor yang tidak dikenali itu pada Rayyan.

Rayyan baru saja menukar nombor telefon isterinya itu dua hari lepas.

" Zard, we got another text." maklum Rayyan.

" Buat masa sekarang Zard cadangkan uncle Ryan bawa aunt Hana tinggal saja dibanglo depan tu dulu sebab dekat situ security ketat sikit dan dekat dengan papa. Aunt Hana ambil leave dari hospital buat masa ni ya."

" Okay contact me if you need anything." Tengku Haizard menganggukkan faham.

Ghaus menyerahkan telefon bimbitnya pada Tengku Haizard, dia menerima panggilan telefon dari Ozzie memaklumkan berita yang tidak mahu didengar.

" James is here. Dia baru turun di KLIA suruh budak kita ikut dia. Pastikan setiap pergerakkan dia dipantau." kata Tengku Haizard.

" Okay bos."

" Zard, lusa kau ada important meeting dengan Mr. Alvin dekat Sabah. Dia cakap dia nak tambah order sebab barang hari tu panas. Kau nak aku ikut?" Tanya Haq.

" Aku pergi dengan Ghaus saja."

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Paitan, Sabah - DEC-12 10:00AM

" Yo, selamat petang Tengku. Sudah lama tak jumpa." Tegur Mr. Gan Kok Sy a.k.a Mr. Alvin berjabat tangan.

" Bukan I tak mahu jumpa you tapi you sekarang sudah jadi tauke besar. Sibuk sampai tak sempat jumpa I." Perli Tengku Haizard.

" Hahaha business banyak masyuk sekarang. Barang lu banyak cantek. Ramai customers I repeat order. Macam ni lah Tengku. I ada satu tawaran baik punya untuk you."

" Tawaran?"

" Iya tawaran. Kita sudah kerjasama lama ma. You pun tahu I punya orang macam mana, I jaga barang you baik punya. I dengar bapak you orang besar, you tolonglah I sikit."

" You tolong I dapatkan tender untuk projek baru bapak you. I tolong you jaga barang you dekat sini ma." Sambung Mr. Alvin lagi.

" Hahaha ayah I orang biasa-biasa saja... "

" Aya you banyak humble lah. I tahu bapak you pemilik Mikhail Holdings. Sikit saja ma. You tolong I, I tolong you. Barang ambil dari you apa macam? Okay? Okaylah 10% I bagi you."

" Okay." Mr. Alvin tertawa senang mendengar jawapan Tengku Haizard itu.

" Nanti pekerja I sent you a contract." Ujar Tengku Haizard sebelum pergi.

" Hello. He's agreed." Mr. Alvin gembira kerjasamanya berjaya, dia terus menghubungi pelabur syarikat, dengan kehadiran pelabur itu dia dapat membeli hampir 30% senjata yang dikeluarkan oleh syarikat TH Invictus Firearm.

" How much?"

" I managed to get 30% of his company's production and 20% from Mikhail Holdings. But I have to give him 10% of our sale profits lah."

" Damn! You're so stupid." Ujar lelaki itu ditalian.

" Lancau punya orang! Currently we have 50% of their production, same as we already become one of their subsidiaries ma. Now I give him 10 after you take over, we waiver la cibai." Marah Mr. Alvin.

" 10% is too much! Ask him 5% okay?"

" Ayoo, who wants to work with you hah? 5% for 20% no one wants it la. 10% is okay lah."

" No. Ask him for a discount, 7%."

" Bodohlah you! Mula-mula saja ma. Only for now after confirming or two tenders I will ask for a discount lah. Ayo how you be a businessman if you are so stupid."

" Damn you calling me stupid?"

" No lah, I talk to myself lah. You don't have to worry, you said you would take over Mikhail Holdings ma. So what's the problem?"

" Bodoh punya orang. Duit ada otak tak ada." Maki Mr. Alvin.

Kalau bukan sebab lelaki itu telah invest banyak dalam syarikat dia, dah lama dia maki lelaki itu.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience