Chapter 47

Action Completed 4911

Malaysia

Adam membantu Zulaikha berpindah ke rumah yang baru saja selesai di belinya dan mendapatkan kerja sebagai seorang nurse di sebuah klinik kesihatan.

" Macam mana? Selesa tak rumah ni." Tanya Adam selepas meletakkan bagasi dalam bilik.

" Cantik. I like it thank you uncle Adam." Sorak Aisy Amni.

Pemandangan beranda panhouse itu berlatarkan menara KLCC sangat cantik.

" Terima kasih banyak Encik Adam. Maaflah kami anak beranak banyak susahkan Encik Adam sejak datang sini."

" Ish apa pula terima kasih dekat saya. Semua ni Haizard yang sediakan lagipun Puan Zulaikha adalah kenalan Tengku Mikhail." Balas Adam.

" Uncle, Aisy dengar uncle ada anak perempuan. Kenapa uncle tak bawa dia datang sini sekali. Boleh kami berkenalan."

" Haah anak uncle baru je habis SPM sebab tu uncle tak boleh joins majlis graduation Zard. Nama dia Nor Ansha tapi anak uncle tu introvert."

" Owhh really but Mia extrovert though."

" Hahahaha mungkin dia ikut uncle. Uncle pun introvert tau." Aisy Amni tertawa kuat mendengar ucapan Adam itu.

Selama perkenalan mereka dia sangat selesa dengan Adam yang dianggap seperti bapa saudara kandung sendiri itu.

Adam juga tidak menunjukkan bahawa dirinya kekok berurusan dengan mereka berdua.

" Sorry Encik Adam, coffee 3 in 1 saja yang ada. Jemputlah minum." Pelawa Zulaikha.

" It's okay ini pun dah cukup. Lagipun saya tak boleh lama-lama dekat sini..."

Ring. Ring. Ring.

" Where are you?"

" Give me 10 minutes darling I'll be there." Jawab Adam sebelum menamatkan panggilan.

" Nampaknya saya kena minta diri dulu Puan Zulaikha."

" Terima kasih tolong kami angkat barang." Ujar Zulaikha kekok, segan kerana telah banyak menyusahkan lelaki itu.

" Tak hal lah puan. Aisy, uncle balik dulu." Pamit Adam.

" Okay uncle. Bye-bye see you later and drive safely."  Pesan Aisy Amni.

Adam membuka pintu bahagian penumpang mempersila madam besar. Dia ketawa melihat mulut muncung isterinya itu.

" Kenapa you lambat? Lama tau I tunggu."

" Sorry darling I thought you keluar dengan kumpulan datin-datin you tu." Ujar Adam memasangkan seat belt untuk Jessica.

" Kalau I keluar dengan kawan-kawan I sekali pun bila I call you kena datang on time. You tahu kan yang Datin Anis tu selalu menyakitkan hati I. Ish benci betul."

" ..."

" Ada ke patut dia cakap you dah ada perempuan lain that's why, you selalu sibuk sampai tak sempat nak luangkan masa dengan I."

" ..." Adam sudah lali dengan rungutan isterinya itu hanya ketawa kecil.

" You dengar tak ni. I sakit hati tau. Datin Anis tu suka sangat sakitkan hati I. Minggu lepas dia sengaja pamer latest edition of Ralph Lauren sedangkan dia tahu yang I nak sangat dress tu."

" Jangan dilayankan sangat kawan-kawan you tu."

" I don't need them but they need me so takkan I nak menyombongkan diri pula. By the way you pergi mana tadi?" Tanya Jessica menunggu Adam membuka pintu kereta untuknya.

Adam membantu mengangkat beg shopping Jessica ke dalam rumah dibantu oleh bibik.

" Mummy pergi mana?" Tanya Nor Ansha muncung.

" Shopping."

" Kenapa tak bagitahu Ana. Mummy kan dah janji nak picnic dengan Ana petang ni."

" Can you please shut up. I'm tired." Balas Jessica mengangkat tangannya menghalau Nor Ansha naik ke bilik.

" But mummy dah janji. Lama Ana tunggu mummy." Rungut Nor Ansha, maknya itu selalu membatalkan aktiviti mereka tanpa memberitahunya.

Jessica merengus berat sambil mengeleng kepala merenung Nor Ansha dari atas ke bawah.

" You nak keluar dengan I, pakai macam ni?" Jessica menunding jari pada pakaian yang dipakai anak perempuannya itu.

" Apa yang salah dengan pakaian Ana. Pakaian mummy tu yang tak sopan." Balas Nor Ansha geram.

" Ini fashion okay."

" Fashion yang membawa mummy ke neraka."

" You jangan nak ceramah I, okay. Oh god apalah dosa I dapat anak kolot macam you ni. You dengan mak saudara you tu memang selevel but kalau you jalan dengan I, mesti orang ingat you tu bibik I."

" Darling, tak baik cakap macam tu dekat Ana. Lagipun kitakan islam mestilah berpakaian menutup aurat."

Wajah Jessica cemberut, masam mencuka bila Adam menyebelahi Nor Ansha bukan dirinya.

Adam mengeleng kepala sudah penat dan pelbagai cara digunakan untuk merapatkan hubungan antara isteri dan anaknya itu tetapi Jessica tidak memberi kerjasama.

" Sampai hati mummy kutuk Ana macam tu." Rajuk Nor Ansha.

" I'm talking about facts ? Hey wait. You dah call Zard ke belum?"

" Nope." Balas Nor Ansha sepatah terasa hati dengan sikap maknya yang mementingkan orang luar berbanding keluarga sendiri.

" Why? I told you to contact him everyday, right? Benda simple macam tu pun susah ke?" Marah Jessica.

" Abang Zard tu busy bukan macam mummy." Adam tertawa mendengar jawapan anaknya itu. Sempat lagi mengutuk isterinya.

" Lagipun whatApps tanya khabar 3 kali seminggu pun dah cukup. He has his own life and I have mine."

" I tak faham betullah dengan you ni. You cakap you nak kahwin dengan Zard, right. Tunjuklah effort tu sikit."

" Ish apa mummy ni, itu kan cerita lama. Lagipun takkan perigi nak cari timba. Tak malu ke?" Bantah Nor Ansha.

" Sekarang ni zaman moden mana ada perigi, you tu saja yang tak nak berusaha..."

Adam menepuk perlahan bahu Nor Ansha  supaya bersabar dan berhenti bertikam lidah dengan Jessica.

" You nak dia kena rampas dengan perempuan lain baru you nak menangis ke? Masa tu you jangan menyesal pula."

" Ana tak nak ganggu abang Zard tengah sibuk membuat persiapan untuk pembukaan syarikat dia disana." Nor Ansha tak faham kenapa maknya itu terlalu obses dengan sepupunya.

" What? Zard dah buka syarikat sendiri. Hahaha really?" Jessica senang mendengar berita itu.

Adam dan Nor Ansha pelik dengan sikap Jessica itu, kebelakangan ini sikap Jessica semakin menjadi-jadi seperti telah kembali pada sikapnya yang lama.

" Babe, Zard ada update apa-apa berita tentang Mika tak?"

" Kenapa dengan Mika?" Tanya Adam semula.

" I heard that he and Amira have been missing for almost a month, right?"

" You dengar dari mana?" Tanya Adam lagi, perkara itu adalah hal sulit hanya anak buah Tengku Mikhail dan Tengku Haizard saja yang tahu kerana jika berita itu tersebar reputasi Mikhail Holdings akan terjejas.

" Bik, buatkan I jus melon. I dahaga. Orang dalam rumah ni semua kena suruh baru nak buatkan." Bebel Jessica.

" Darling, I'm asking you this. Where did you hear that Mika disappeared?" Tanya Adam lagi.

" You told me. Yes, you told me and then I asked Zard. Kenapa I tak boleh tahu tentang my cousin ke?"

" No. Not like that."

" Ish dah lah. I malas nak cakap dengan you ni. Babe tolong ambil phone I dalam kereta. I terlupa." Kata Jessica sebelum naik ke bilik.

Adam masih dalam dunia sendiri. Dia yakin tidak pernah memberitahu sesiapa tentang perkara itu.

" Daddy... Daddy. Daddyy dah sampai bulan ke tu?" Panggil Nor Ansha.

" Ya Allah, Ana terkejut daddy. Kenapa?"

" Ana nak keluar study dekat library dengan kawan kelas boleh tak?"

" Boleh honey. Nak daddy hantar tak?"

" It's okay I can go by myself and I don't think you have time." Ujar Nor Ansha menunjuk pada telefon Adam yang tidak henti berbunyi itu.

Adam mengangguk dia terlupa bahawa dia harus bertemu dengan Shahrul untuk membincangkan pembukaan cawangan baru mereka di Pahang dan Johor.

To be continued..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience