Chapter 2

Action Completed 4911

TENGKU HANIFF menjeling kembarnya tajam kerana dipersalahkan atas punca mereka berdua dipanggil Tengku Mikhail.

" NO aku tak buat apa-apa pun kali ini." balas Tengku Haniff mempertahankan dirinya, menyilang lengan ke dada.

" Manalah tahu kau kan selalu cari pasal dengan anak clients Papa Si Pidul tu."

" Siapa suruh budak tu lembik sangat, tak macam lelaki lansung." balas Tengku Haniff membela dirinya.

" Tu aku setuju tapi aku tak suka bila kena panggil dengan papa."

" Sama. Aku pun tak suka." keluh Tengku Haniff.

" Padan muka korang berdua kena panggil, sorang suka kacau anak dara orang, sorang lagi pula tak habis-habis bergaduh." sampuk Tengku Damia.

" Eleh Mia tu cakap dekat kita orang, Mia ingat kita orang tak tahu ke yang Mia kena gantung sekolah sebab patahkan hidung anak pengetua sekolah semalam."

Kakak mereka itu baru saja tingkatan satu tapi telah mempunyai ramai pengikut sendiri di sekolah.

" Ohhh Aniff rasa Aniff tahu kenapa Mia dekat rumah sebab kes tulah kan." usik Tengku Haniff membuatkan muka Tengku Damia bertukar merah padam.

" Itu Tak Sengajalah!." balas Tengku Damia mengetap gigi.

Kemalangan itu terjadi kerana anak pengetua sekolah membaca diary miliknya didepan semua rakan kelasnya.

Pihak sekolah tidak mahu membesarkan perkara itu dan terpaksa memanggil ibunya ke sekolah.

Pihak sekolah telah memutuskan untuk memberi cuti kepada Tengku Damia dan anak pengetua sekolah.

Hal itu membuatkan dia di hukum oleh ayahnya untuk menggunakan sebelah tangan ketika berlatih memasang pistol selama seminggu.

" Niff jom tolong Mama dekat dapur, duduk sini lama-lama nanti kita pula yang patah hidung."

" Lari!." kembar dua orang itu mengekek ketawa bila Tengku Damia membaling bantal kearah mereka.

Mereka sangat suka mengusik Tengku Damia kerana kakak mereka itu mudah menanggis dan selalu bereaksi seperti yang mereka inginkan.

Tengku Haizard tertawa melihat Tengku Damia yang melepaskan amarahnya pada remote tv itu.

Kasihan remote yang tidak bersalah itu menjadi mangsa, seperti nak tercabut punat remote itu ditekan.

" Abang nak pergi mana?."

" Abang nak pergi jumpa papa."

" Mia nak ikut."

" Abang nak jumpa Papa sweetheart." ulang Tengku Haizard lagi.

Hanya orang yang punya urusan penting saja yang dibenarkan untuk turun ke basement rumah itu.

Bahagian rumah itu telah diubah suai sebagai pejabat dan tempat Tengku Mikhail menyimpan dokumen milik clientnya.

Tengku Mikhail masih boleh bertolak ansur jika anak-anaknya masuk ke pejabatnya tetapi tidak pada bahagian tertentu dalam basement itu.

" Alaa takkan abang nak Mia duduk sini sorang-sorang. Bosanlah." rengek Tengku Damia membuat muka meminta simpati pada abangnya itu.

Tengku Haizard mendekati adiknya itu semula, dia menyamakan ketinggian mereka.

" Abang nak jumpa papa, remember rules is rules nanti abang dah siap kita keluar okay."

" Hmmm yelah, promise." balas Tengku Damia terpaksa mengalah menunjuk jari kelinkingnya.

" Promise. Mia pergilah tolong Mama dekat dapur."

" What do you mean tolong Mama?. Nak suruh Mia masuk dapur ke? Memang tak lah, itu kan kerja orang lelaki."

Tengku Haizard mengeleng kepala, adik perempuannya itu memegang prinsip tugas perempuan hanya melayan suami.

" Whatever lah princess Abang dah lambat nak jumpa Papa ni."

Knock. Knock.

" Come in."

" Thank you, ada apa-apa yang Zard boleh tolong?." tanya Tengku Haizard sebaik saja melabuhkan punggungnya di kerusi depan ayahnya, tubuhnya ditegakkan.

" Semua persiapan ke sana dah settle?."

" Dah semua dah selesai, Zard tak rasa Papa nak tanya benda itu saja, kan?."

" Haha. Of course." Tengku Mikhail menolak sampul surat berwarna coklat kearah anaknya.

Tengku Haizard dengan wajah tertanya-tanya membuka sampul surat itu.

" Papa serious ke? Papa nak suruh Zard buat benda ni."

Tengku Haizard mengeleng kepala tidak setuju dan wajahnya jelas menunjukkan yang dia tidak suka dengan kerja itu.

" Untuk 4 tahun kamu di sana, after that dia akan ikut kamu balik sini."

" Okay fine. Zard akan cuba tapi Zard tak janji sebab benda ni... Aduhh susahlah nak cakap." Tengku Haizard melepaskan keluh kasar.

" Alah benda kecil je tu Papa yakin Zard boleh buat."

" Ishh Papa sengaja kan." kecil besar saja dia tengok Tengku Mikhail yang masih mengetawakan dirinya itu.

Jika bukan ayahnya sudah dirobek senyuman yang baginya kelihatan sangat sinis itu.

" Papa belum habis cakap lagi." kata Tengku Mikhail kembali serius bila Tengku Haizard ingin mengangkat kaki dari situ.

" Ni tugas kedua kamu masa dekat sana nanti selebihnya Uncle Amir akan emails."

Tengku Haizard terus mencapai fail merah itu, senyuman lebar terukir dibibirnya.

" Thank you Papa."

" Papa tak akan ganggu kerja atau perniagaan yang bakal kamu buat disana nanti tapi pastikan kamu selesaikan tugas kamu sebelum balik ke sini." pesan Tengku Mikhail.

" Okay pa."

" Mana adik-adik kamu?."

" I don't know."

" We are here." jawab kembar mengintai dari pintu pejabat ayah mereka.

" Zard keluar dulu."

Tengku Mikhail ketawa melihat wajah tak puas hati anak sulungnya membaca semula kerja utama di sana nanti itu.

" Habislah korang berdua." bisik Tengku Haizard pada adik-adiknya membuatkan raup wajah mereka berubah ketakutan.

" May we come in Papa?."

" Yes please help yourself and have a sit gentlemans." arah Tengku Mikhail seperti seorang perniaga professional.

" Papa ada something nak minta korang buat. Baca dan fahamkan kalau korang setuju we can proceed."

" Kami setuju tapi papa nak bila?."

" Well, what about in three day?. Atau nak papa panjangkan lagi masa." tanya Tengku Mikhail pada dua orang anak kembarnya itu.

Tugasan kali ini berbeza dari tugasan yang pernah diberikan kepada anak kembarnya itu dan sedikit berbahaya.

Jika tertangkap mungkin anak kembarnya itu akan menjadi tebusan pihak lawannya dan kemungkinan anaknya bakal dibuang sekolah.

" Dalam 3 hari kami akan selesaikan tugasan ini bos." balas si kembar serentak.

" Kami hanya perlu cari tahu tempat mereka simpan barang itu dan berapa orang yang jaga tempat tu."

" List nama cikgu yang terlibat dan ambil gambar tu saja kan." tanya kembar adik selepas membaca dokumen itu.

" Yup betul tu rekod masa, tempat dan berapa orang saja."

" Mudah!." balas kembar serentak sambil tersengih.

Tengku Mikhail tersenyum bangga mendengar jawapan anak-anak lelakinya itu.

Bak kata pepatah melayu 'Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi'

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience