Hospital, Moscow - OCT-07 10:00 AM
" What are you doing here? I told you to go to America, didn't I?" sejam yang lepas dia telah mengarahkan lelaki itu ke TH Invictus Firearms untuk membantu Ghani.
'I'm sorry but I have something to tell you'
" About what? Is it urgent? I nak kena pergi lab untuk dapatkan results."
Sudah tiga hari dia mencari ginjal yang sesuai untuk Aisy Amni tapi tiada seorang pun pekerjanya yang memiliki ginjal yang sesuai.
Thomas angguk. 'Please.'
Tengku Haizard setuju, menarik tutup pintu bilik dengan perlahan tak mahu membangunkan maknya yang baru saja tidur.
" Follow me." Arah Tengku Haizard menuju ke cafe hospital.
" Okay tell me."
' This is about your cousin. Something bad happened to her. So I think you should know. Actually...'
Ring.Ring.Ring.
'Wait.'
Melihat wajah serius Tengku Haizard berbicara di talian itu Thomas memilih untuk mencuit tangan Tengku Haizard dan berkata ' I want to be her bodyguard.'
Tengku Haizard memandang kawannya itu pelik, pertama kali Thomas dengan rela hati mendekati seorang wanita.
'May I?'
'?'
Sebaik saja mendapat persetujuan Tengku Haizard, Thomas terus bangkit dari kerusinya dan bertolak ke hotel tempat Adam sekeluarga menginap.
Hospital, Moscow - OCT-07 12:00 PM
Tengku Haizard telah menghantar plan serangan balas terhadap Mr. Bill yang telah menyerang perniagaan pada Ghani pada petang itu juga.
Rakaman CCTV tersembunyi yang dipasang telah merakam dua orang lelaki memecah masuk tempat letak kereta bangunan itu.
Pada jam 03:00 AM tingkat 6 bangunan TH Invictus Firearms telah terbakar, dokumen penting seperti dokumen kewangan syarikat dan senarai pembeli telah hangus.
Pihak bomba tiba 5 minit selepas kebakaran berlaku, satu letupan kuat menghancurkan satu aras bangunan TH Invictus Firearms di syaki akibat dari lintar pintas.
Tapi dia tahu itu adalah perbuatan khianat pesaingnya dan ada dalang disebalik semua itu.
" Semua dah ready. Budak kita pun dah bersedia." Maklum Ghani melalui video call itu.
" Hantar budak kita ke tempat Donald." Tidak sedap hati bila pesaingnya itu senyap saja sejak akhir ini.
" Copy boss." Tengku Haizard menonton aksi Ghani menyerang rumah banglo milik Mr. Bill.
Lelaki tua itu meniarap atas lantai dengan tangan dibelakang kepala dalam ketakutan merayu agar keluarganya tak dicederakan.
Lelaki tua itu juga berjanji akan memberikan apa saja yang di minta oleh perompak yang memecah masuk rumahnya itu.
" Sign and stamp here." Ghani menyuruh Mr. Bill menanda tangan satu surat perjanjian dan mengarahkan anak buahnya untuk mengambil semua barang berharga dalam banglo itu.
" Hoii. Hoi. Put it back." Arah Ghani bila salah seorang anak buahnya mengangkat pasu bunga.
" Boss should I take this?" Tanya anak buahnya yang lain menunjuk sebuah lukisan keluarga milik Mr. Bill.
" Damnit. Hey take over here. Hit him if he moves." Ghani menyuruh anak buahnya mengawal Mr. Bill sebelum naik ke tingkat dua banglo itu.
" Even if he scratches?"
" Yeah."
" Awesome!" Sorak anak buahnya sengaja mengetuk kepala Mr. Bill dengan pistolnya.
" Tunjuk gambar tu pada aku." Ghani mendekatkan kamera badannya pada lukisan keluarga itu.
" Take it." Arah Tengku Haizard. Ghani mengangguk faham.
Ghani mengarahkan anak buahnya mencabut dan mengambil semua lukisan yang tergantung pada dinding rumah itu.
" Boss I see treasure." Ghani melihat apa yang di maksudkan oleh anak buahnya itu.
" Wait." Mendengar arahan Tengku Haizard, Ghani menghalang anak buahnya dari menyentuh peti besi itu.
" Check dinding in case ada sensor alarm." Arah Tengku Haizard.
" We are done boss." Maklum Ghani sebelum mereka semua beredar dari rumah banglo Mr. Bill itu bersama sebuah lorry.
Mr. Bill tepuk kepala. Dalam masa 30 minit hampir satu rumah dikosongkan oleh perompak.
Sia-sia dia memasang alarm berjuta dollar tapi rumahnya tetap di pecah masuk dan satu kelu tentang perompak pun mereka tidak dapat huraikan.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
" Apa ni Taufik. Awak tak faham bahasa ke. Saya dah cakap jangan kacau saya."
" Jom ikut aku." Nor Ansha cuba melepaskan diri dari pegangan Taufik yang mengheretnya kearah kereta lelaki itu tapi gagal.
" Awak nak bawa saya pergi mana ni, Taufik?"
" Kau duduk jelah diam-diam." Tengking Taufik mengikat tangan Nor Ansha dengan seutas tali kasut.
" Lepaskan saya!" Jerit Nor Ansha menendang perut Taufik hingga lelaki itu terpelantik ke pintu kereta.
Taufik menampar Nor Ansha sekuat hatinya dan menekup hidung Nor Ansha dengan kain berisi kloroform.
Taufik melihat sekeliling parking bawah tanah hotel milik maknya itu sebelum mendukung Nor Ansha ke sebuah bilik yang telah di siapkannya.
" Bangun sayang." Nor Ansha terkejut melihat wajah Taufik dekat dengan wajahnya.
" Cantik tak? Saya suruh pekerja mama saya untuk hias bilik ni jadi bilik berbulan madu kita."
" Stay away!" Tengking Nor Ansha mencampak bantal pada Taufik.
" Okay. Okay fine. Kita ada banyak lagi masa sebelum kita bermadu kasih." Ujar Taufik sambil cuba menyentuh Nor Ansha pada bahagian yang tidak sepatutnya.
" No! No! Stay away...!" Bukannya takut malah lelaki itu ketawa senang melihat wajah ketakutan Nor Ansha itu.
" Ana. Eh Ana wake up. What's wrong with you hah." Jessica mengejut anaknya yang menjerit-jerit dalam tidur itu.
" Tulah I dah kata jangan tidur petang. Bangun mandi kita nak keluar dinner di luar. Haizard dah janji nak bawa I pergi seafood garden."
" Ana rasa tak sihatlah mi."
" You jangan nak mengada eh. Bangun." Jessica menarik Nor Ansha suruh berdiri. Anaknya itu asik terperuk saja dalam bilik sejak mereka ke situ.
" Cepat-cepat siap. Btw I tak nak budak bisu tu ada dengan kita so nanti you bagitahu dia, okay." Nor Ansha mengangguk faham.
Restaurant, Moscow - OCT-07 08:00 PM
" Hi, you look tired." Tegur Jessica pada Tengku Haizard yang sudah menunggu mereka di meja makan itu.
" Darling, I need a napkin." Adam memasangkan alas itu atas riba Jessica dan meletak sudu dalam susunan yang betul di depan isterinya itu.
Belum sempat makanan sampai Tengku Haizard menerima satu panggilan telefon dari orang yang di tunggu-tunggunya.
" Hello. Thank you for contacting me..." Tengku Haizard menepuk bahu Thomas untuk memaklumkan pada Jessica, Adam dan Nor Ansha bahawa dia terpaksa meminta diri.
' He needs to go, urgent.' Jessica mencampakkan kertas itu setelah membacanya.
To be continued...
Share this novel