Chapter 61

Action Completed 4911

Hotel, Moscow - OCT-04 19:00 PM

Knock. Knock.

" Yes, come in." Melihat Jessica didepan pintu biliknya Tengku Haizard berdiri berpeluk tubuh bersandar pada pintu bilik.

" Oh Jesse, nak apa?"

" Kenapa you tunggu someone ke?"

" Nope. Ada apa you datang bilik I?"

" You nak keluar ke? Boleh I masuk?"

" Masuklah. I baru balik dari hospital. Duduklah mana-mana you selesa." Kata Tengku Haizard sambil menanggal pakaiannya.

" Okay apa yang I boleh tolong you." Tanya Tengku Haizard yang hanya bertuala paras pinggang berdiri di sebelah Jessica.

" Woah you got a nice body." Tengku Haizard mengelak bila Jessica cuba menyentuh perutnya.

" What brings you here, Jesse?"

" Sorry can you please wear a shirt. Your body keeps distracting me." Tengku Haizard ketawa mencapai tuala dan disangkut pada bahunya.

" About the tea yang I bagi pada Mia tu memang dari I tapi gula tu bukan dari I. I baru ingat yang kawan I bagi pada I."

" Okay... so?"

" I nak minta tolong you untuk cari siapa yang cuba racun Mia dan cuba gunakan I sebagai kambing hitam. So please help me." Rayu Jessica.

Tengku Haizard tak dapat menahan tawa sinisnya.

" You kena percayakan I, Zard. Nevermind, bagi I jumpa Mika. I tahu Mika dekat sini. Mika will trust me because I would never do something like that." Kata Jessica dengan yakin menyentuh lengan Tengku Haizard.

" I sayang Mia macam I sayangkan anak I sendiri. Tak mungkin I buat benda bodoh tu. I tak tahu siapa yang cuba perangkap I tapi kalau I dapat orang tu I ketuk-ketuk kepala dia."

" Okay."

" Are you serious? 'Okay' untuk bagi I jumpa Mika or 'okay' untuk tolong I?" Melihat wajah terdesak Jessica Tengku Haizard tertawa.

" Both."

" Really?"

" Hm-hmm."

" Thank god. Thanks Zard. Thank you so much. Pukul berapa dan di mana kita nak jumpa papa you?" Terlalu gembira dengan jawapan itu dia memeluk Tengku Haizard.

" Nanti I bagitahu." Jawab Tengku Haizard meleraikan pelukan Jessica dengan lembut.

" Then I will see you tomorrow." Sambungnya lagi sebelum tutup pintu.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Hospital, Moscow - OCT-05 10:00 AM

" Zard, you cakap nak bawa I jumpa papa you. What are we doing here?" Dia tidak suka bau hospital.

" Papa I dekat sini."

" Oh so Mika akan datang visit Mia. Pukul berapa Mika akan sampai? Kalau I tunggu dekat cafe saja boleh tak?" Tengku Haizard tertawa dengan soalan Jessica itu.

" Let's go."

Tengku Haizard membuka pintu bilik wad VIP yang menempatkan ayah dan ibunya.

" Oh my God. Itu mama you? Is that Amira?" Dia menunjuk pada Amira yang terbaring atas katil pesakit itu.

" What happened to her?"

" Can't you see, she's sleeping. Oh sorry, are you awake?" Tengku Haizard mencium dahi Amira yang membuka mata melihatnya.

" Ahem hm. Bila Zard sampai?" Tengku Haizard memberi segelas air pada Amira.

" Baru je."

" What happened to you?" Tanya Jessica lagi melihat lengan Amira yang berbalut itu.

" Zard tolong mama duduk. Bila awak sampai, Jess?"

" Yesterday." Jawab Jessica acuh tak acuh.

" Ma, doctor cakap mama tak boleh banyak bergerak lagi." Tegur Tengku Haizard membantu Amira menukar posisi.

Selepas 10 minit Amira tertidur semula selepas di beri ubat, Jessica menarik lengan Tengku Haizard.

" Apa dah jadi? Mika mana?" Tanpa banyak bicara Tengku Haizard menyelah langsir menunjukkan Tengku Mikhail yang terbaring secara meniarap atas katil itu.

" Oh my God! Mika, is that you?" Terkejut tak terpalang melihat keadaan sepupunya itu.

" Sudah berapa lama keadaan papa you macam ni? Kenapa you rahsiakan dari I?" Marah Jessica.

" Hm I think dah sebulan papa I koma dan dah sebulan juga Mia admitted tapi you tak pernah datang so I thought you are very busy." Perlian Tengku Haizard itu membuat Jessica terkedu.

" Jesse I nak jumpa Dr. Aryan. Anything just call me, okay." Pesan Tengku Haizard sebelum keluar.

Jessica melihat hiasan ruang wad VIP itu sebelum menarik tutup langsir memisahkan mereka dan Amira.

" Mika.. Mika.. I am so shocked. You are full of surprises. Hilang selama bertahun tanpa berita and now tiba-tiba muncul dalam keadaan macam ni."

" Well siapa sangka Tengku Adam Mikhail Bin Tengku Amir akan terbaring seperti mayat hidup." Ujar Jessica sambil ketawa kecil menepuk lembut pipi sepupunya itu.

" You betul-betul koma ke?" Jessica mencuit kelopak mata Tengku Mikhail dengan jarinya.

" Oh my god. Terbakar ke ni eww?" dengan wajah kegelian dia mengintai bawah bandage melihat luka di belakang Tengku Mikhail.

" Sebab you dah terbaring macam ni, I think you should know something. Who knows nyawa you tak panjang."

" No. No you tak boleh mati. Mika, you satu satunya family I. You tak boleh mati. You kena hidup. You kena terus bernyawa untuk tengok I hancurkan keluarga you." Jessica mengusap rambut Mikhail.

Satu ketika dulu wajah itulah yang telah menambat hatinya sehingga dia sanggup membelakangkan ayahnya sendiri.

" Actually masa hari Julia mati I was there." Kata Jessica selepas lama berdiam.

" I tengok dengan mata I, dia hembus nafas terakhir. At first, I tak tahu nak buat apa, I rasa takut but happy at the same time. I told my father and he said it's okay, it's done."

" But now I know... I know why I feel happy. I hate your mother so much. She ruined my father's life. Ayah I seorang yang berjaya tapi bila nòn·no pilih Julia as pewaris semuanya berubah. Keluarga I musnah."

" I love you, I selalu fikir yang you should be mine but now I hate you. I hate you so much sampai I terbayang bagaimana reaksi you kalau I bunuh your beloved wife. I nak you rasa sakit yang I rasa bila I dapat tahu you bunuh ayah I."

Jessica mengesat air matanya. Mengingati peristiwa menyakitkan itu membuatkan luka dihatinya terbuka semula.

" Sebab orang tua bodoh tu lebih sayangkan Julia dari ayah I, dia tinggalkan semua harta dia untuk mak you."

" Tapi apa yang mak you buat. Mak you lari ikut ayah you. Tinggalkan semuanya dan ayah I yang terpaksa handle everything."

Masih terbayang di matanya, ayahnya bertukus lumus menaikkan perniagaan keluarga mereka semula selepas datuknya meninggal.

Sampai tiada masa untuk dirinya.

Hingga satu tahap timbul rasa cemburu pada Tengku Mikhail kerana Jonathan lebih banyak meluangkan masa bersama Tengku Mikhail berbanding dirinya.

" But at the end disebabkan kesalahan kecil yang ayah I buat, you tak boleh maafkan dia dan you bunuh dia! Put yourself in my shoes, Mikhail." Luah Jessica.

Tengku Hasiff menghalang kembarnya dari masuk ke ruangan wad ibubapa mereka.

" Jomlah masuk. She needs to know the truth, ayah dia yang bunuh nòn·no dan bukan papa yang bunuh Jonathan." Ujar Tengku Haniff.

" Shhh."

" Julia Jewelry sepatutnya jadi milik I bukan you. Ayah I yang usahakan semua tu tapi you tamak! semua benda you nak ambil."

" You ingat I tak tahu yang you letak nama I as the owner of Julia Jewelry untuk tutup mata semua orang tapi sebenarnya you makan dari belakang."

" And now Mikhail Holdings pun you nak bagi pada anak you. I tak akan benarkan itu terjadi. I akan hancurkan semua yang you ada termasuk anak kebanggaan you tu."

" I puas Mikhail. Puas tengok wife you dah cacat. Jijik I tengok badan dia yang penuh dengan parut tu hahaha. Lepas ni bolehlah you ceraikan dia sebab you're perfectionist, Mika. Dia dah tak sesuai dengan you."

Jessica membelai pipi Tengku Mikhail.

" I kesian tengok Mia sakit tapi sebenarnya I patut berterima kasih dengan orang yang dah racun anak you tu. I hope she dies but nyawa dia masih panjang." Bisik Jessica tepi telinga Tengku Mikhail.

" Well sekarang anak you hidup dengan sebuah kidney saja. Mungkin kalau dia diracun sekali lagi dia akan mati sebelum you haha..."

Air mata Tengku Mikhail mengalir mendengar luahan dan dendam sepupunya itu.

Knock. Knock.

Jessica cepat-cepat mencapai tas tangannya dan ingin keluar.

" You nak pergi mana?" Tengku Haniff menahan Jessica di depan pintu.

" Oh hi twins. I nak balik. Tiba-tiba rasa tak sedap badan."

Tengku Hasiff geleng kepala menyuruh kembarnya membiarkan Jessica pulang.

" It seems that our work will increase." Kata Tengku Hasiff.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience