10 tahun kemudian...
" Kau buat apa dekat sini. Puas kitaorang cari kau dekat atas." Terkejut dengan kemunculan Amir itu hampir terlepas pisau belati ditangannya.
" Dah nak jadi pengantin pun kau masih masuk sini. Habislah mengamuk mak kau kalau dia tahu. Dah pergi naik atas."
Dia berlari naik keatas takut terus di bebel oleh bapa saudaranya itu.
" Kau pergi mana bro?" Tanya Haq.
" Hehe ronda-ronda."
" Banyaklah kau ronda-ronda naik atas bersiap Mua dah sampai." Arah Haq menyepak punggung kawannya itu.
" Hi boleh kami masuk?" Tanya Haniff di depan pintu bilik bersama kembarnya dan Hafiz.
" Masuklah." Ajaknya tanpa berpaling kerana tidak mahu menganggu kerja Mua sedang memakaikan make up dan membuat rambutnya kemas.
" Aku nervous weh… kalau aku tersasul macam mana?"
" Kalau kau tersasul sampai mati kitaorang sakat kau." Jawab Haq mengundang tawa mereka semua.
Mereka ralit melihat tangan laju Mua itu mempersiapkan pengantin lelaki.
" Weh korang janganlah tenung dia macam tu." Haniff ketawa pipinya ditolak ke tepi. Dah macam nak masuk dalam beg Mua di tenungnya.
" Sis you belum kahwin right?"
Hampir tersedak air liur Mua itu bila tiba-tiba Haniff menanyakan soalan cepumas itu. Dia mengangguk mengiyakan soalan itu.
" Btw, my name is Haniff. I panggil you sis bolehkan." Mua itu mengangguk laju. Di kelilingi 5 orang jejaka tampan itu buat hatinya gugup dan berdegup kencang.
" I bet your age is around 28 and 30 years old right?" Mua itu mengangguk laju lagi. Bagaimana lelaki itu boleh meneka dengan tepat sedangkan ramai cakap umurnya seperti 25-27 tahun.
" Apa nama you?" Tanya Haniff lagi. Mereka berlima termasuk bakal pengantin fokus dengan perbualan itu sambil tersenyum sinis.
Mereka tahu yang Haniff nak masuk jarum sebab lelaki itu baru saja putus cinta.
" Nama I Sarah."
" Salam kenal Sarah." Balas mereka berempat serentak sengaja ingin mengusik.
" Weh korang janganlah usik dia. Tak siap mekap aku ni kang!"
Knock. Knock.
" Pengantin lelaki tak siap lagi ke? Kang lambat kita nak gerak ke Masjid." Tanya Shahrul di depan pintu.
" Harith sini dekat uncle." Harith adalah anak kepada Damia dan Haris, Harith mengeliat supaya Shahrul meletakkan.
Sejak pandai berjalan anak saudara sulong Tengku Haizard berusia 2 tahun itu sangat lincah dan hyperactive.
" Haris mana?" Tanya Haq. Suami Damia itu masih kekok bergaul dengan mereka semua lepas tahu pekerjaan sebenar mereka.
Flashback.
" Kau yang nak kahwin dengan adik aku!" Haris mengangguk laju dan terkurung antara dinding dan tiga orang lelaki berbadan sasa itu.
" Aku abang Mia."
" Kami adik kembar Mia."
Haris takut-takut menyambut huluran tangan Tengku Haizard, Haniff dan Hasiff. Dia terkejut bila melihat dua orang lelaki mengheret seorang lelaki terkulai tidak sedarkan diri.
" Bawa dia pergi dulu." Arah Tengku Haizard pada Ghuas dan Ghani.
" Kau ikut kami."
Sebaik saja sampai ke dalam sebuah bilik gelap kain yang digunakan untuk menutup mata Haris di buka oleh Haniff.
" Welcome." Bisik Haniff di telinga Haris buat jantung lelaki itu berdegup kencang.
" Macam mana kau boleh kenal dengan Mia?"
" Saya kenal Mia masa kami sama-sama outstation ke Brunei. Betul ke korang ni abang dan adik Mia?" Tanya Haris tanpa memandang Tengku Haizard matanya tertumpu pada Ghaus dan Ghani.
Dua orang lelaki itu memukul seorang lelaki tanpa henti walaupun lelaki itu merayu supaya mereka berhenti.
Tengku Haizard menoleh pada tempat yang di lihat oleh bakal adik iparnya itu, dia tersenyum sinis.
" Kau saja nak main-main dengan adik aku kan? Haris mengeleng laju."
" Tidak. Tak saya ikhlas cintakan Mia." Nafi Haris. Mereka sengaja ingin mendengar dari mulut lelaki itu sendiri wahal mereka sudah buat background check sebaik saja Damia membawa lelaki itu ke rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga.
" Kau tahu apa pekerjaan kami?"
" Tak... tahu saya tahu. Mia ada bagitahu saya tapi sumpah saya tak pernah bagitahu sesiapa pun."
" Kau tahu tapi kau masih nak kahwin dengan Mia."
" Ye! Saya betul-betul sayangkan Mia. Sejak kali pertama saya nampak Mia, saya yakin Mia adalah di cipta untuk saya." Jawab Haris dengan penuh yakin dan kuat.
Wajah Haris berubah pucat bila Ghaus berjalan kearah mereka sambil mengesat darah di tangan pada sehelai kain.
" Settle?"
"Done." Balas Ghaus.
" Kau ada mak ayah lagi kan. Bulan depan bawa keluarga kau datang. Kau lari aku cari kau sampai lubang cacing." Ugut Tengku Haizard.
Mereka membawa Haris ke situ tanpa pengetahuan Damia, jika adik perempuannya itu tahu pasti wanita itu akan mengamuk.
End Flashback.
Dari perkahwinan Damia dan Haris 3 tahun lalu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Harith.
Selain itu, Nor Ansha mempunyai 2 orang anak perempuan bersama Thomas. Haq telah berkahwin dengan pilihan hatinya tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Ghani pula masih single kerana belum ada wanita yang mampu mencuri hati jejaka itu.
Ghuas gugup mengenggam tangan tok kadi, akhirnya selepas 10 tahun hari yang di nanti-nantikan tiba jua.
Akhirnya, Ghaus berjaya menghalalkan hubungan dengan tunang Maria.
Aisha mendekati Tengku Haizard dengan berhati-hati kerana takut lelaki itu tidak selesa, dia menyesal dengan sikapnya dulu dan telah insaf.
10 tahun lalu ketika di hospital tujuan Aisha untuk melawat Tengku Haizard yang sakit berubah menjadi trajedi, Aisha mengamuk besar di rumah Tengku Mikhail hingga Tengku Haizard terpaksa menghubungi Mike untuk membawa balik Aisha ke Italy.
Aisha terlalu gilakan Tengku Haizard sampai sanggup mencederakan diri sendiri supaya Mike menghantarnya ke Malaysia.
Mike terpaksa masukkan Aisha ke hospital psychiatric untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dengan masalah mental anaknya yang semakin teruk.
" Haizard, I minta maaf dengan sikap I pada you dulu. I menyesal sebab paksa you cintakan I pada waktu yang salah."
" You sudah pandai cakap bahasa melayu." Puji Tengku Haizard.
" Lepas balik I study guna YouTube. I pun banyak belajar tentang kehidupan orang lain, cara hidup orang biasa." Ujar Aisha.
" Bila turn you pula?" Tanya Aisha merujuk pada Ghaus yang sangat gembira berbual dengan tetamu dan memeluk Maria tanpa segan silu didepan orang ramai.
Dah sah jadi isteri kan.
" You pula bila?" Tanya Tengku Haizard semula.
" I masih mencari tapi siapalah nak kan I, I dah tua."
" You baru 32. I ni lagi tua. I dengar you dapat adik baru."
Aisha ketawa kuat tak sangka berita tentang kelahiran adiknya sampai ke telinga lelaki itu.
" I pun tak sangka yang I akan jadi kakak pada usia 32 tahun... I got to go." Maklum Aisha melihat Zulaikha memanggilnya dari jauh.
" I doakan you jumpa pengganti adik I. See you again Haizard."
Tengku Haizard bahagia dengan dirinya yang sekarang, bergerak solo walaupun ramai wanita mencuba nasib.
~ Tamat.~
Terima kasih kerana setia hingga ke akhir cerita. Maafkan author jika tersilap tutur kata.
Cerita ini hanyalah rekaan tiada kena mengena antara yang hidup atau sudah tiada. ♥️
Share this novel