Chapter 54 Engagement Party

Action Completed 4911

Majlis pertunangan Tengku Haizard dan Aisy Amni meriah walaupun tanpa kehadiran Tengku Mikhail dan Amira.

Anak buah Tengku Mikhail iaitu Rayyan, Hafiz, Shahrul, Iskandar, Adam, Hazid, Amirul, Khairul bersama keluarga mereka berkumpul dirumah Tengku Mikhail untuk meraikan majlis pertunangan Tengku Haizard dan Aisy Amni. Amir tidak bersama mereka kerana tugasannya di luar kawasan.

" Congratulations on your engagement abang. Mia doakan jodoh abang dan kak Aisy berpanjangan. Orang kata tempoh pertunangan ini banyak rintangan."

" Sedangkan laut sanggup ku renang apakan pula rintangan pertunangan. Small matter." Usik Ghuas menerima sorakkan dari anak buah Tengku Mikhail.

Meluat melihat kegembiraan itu Jessica bangkit ingin pulang.

" Darling, you nak pergi mana?"

" Majlis dah selesaikan. Semua orang pun dah balik." Ujar Jessica malas berlama di situ.

" Kenapa ni darling? Tadi I tengok you happy je berbual dengan rakan kongsi Mikhail Holdings. Sekarangkan satu family tengah berkumpul nanti kalau Zard tak nampak you kecil hati dia."

" Ish whateverlah. I penat I nak balik kalau you nak stay, you stay lah tapi kalau you balik lambat siap you." Balas Jessica.

Nor Ansha mendekati Tengku Haizard dan menyerahkan sebuah hadiah semperna pertunangan abang saudaranya itu.

" Tahniah." Ucapnya sepatah sebelum berlalu ke dapur.

Nor Ansha mengesat air matanya, sedar bahawa hati lelaki itu bukan untuknya bila Tengku Damia memperkenalkan Aisy Amni sebagai seseorang yang istimewa ketika datang bertandang ke rumah mereka.

Hatinya tetap terluka kerana sudah lama dia menyimpan perasaan lebih dari seorang adik pada abang saudaranya itu.

" Buat apa tu?" Tegur Ghaus dengan nada bergurau.

Nor Ansha menoleh kebelakang melihat Ghuas dan Thomas berdiri di pintu dapur. Ghaus memegang cawan manakala Thomas pula bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh.

" Eh Ana pun ada dekat dapur." Tegur Ghaus baru perasan dengan kehadiran Nor Ansha itu.

" Kenapa Aus nak tambah air ke?"

" Haah ye. Air minum dekat depan dah habis. Kek pun dah habis." Ujar Ghaus meletak cawannya di atas meja dapur.

" Jap Ana siapkan."

" Kau buat apa dekat sini." Tanya Ghaus pada Thomas yang memerhati gerak geri Nor Ansha itu.

" Nanti kau bawa air ke depan kalau kau busy sangat merenung anak dara orang. Kau jerit je nanti Ghan datang ambil." Pesan Ghaus menepuk bahu Thomas.

Nor Ansha tidak selesa untuk bergerak kerana rasa dirinya diperhatikan.

" Nah." Nor Ansha menyerahkan dulang air pada Thomas tanpa memandang mata lelaki itu. Dia mendongak bila hulurannya itu tidak disambut.

Thomas senyum kecil mengambil dulang dari Nor Ansha dan meninggalkan Nor Ansha terpinga-pinga disitu.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Keesokan harinya…

Amir menghubungi Tengku Haizard sebaik saja dia menerima pesanan video daripada Tengku Mikhail.

Tengku Haizard mengarah semua untuk berkumpul di dalam bilik meeting.

" Assalamualaikum banyak benda yang berlaku sepanjang aku tiada dan Mikhail Holdings juga mungkin akan bertukar tangan." Ujar Tengku Mikhail bersahaja.

" Baliklah bro tak kan bawa diri sampai bertahun." Sorak mereka walaupun tidak didengari oleh Tengku Mikhail.

" But I'm not here to talk about that shit. I know my son can handle anything." Tengku Haizard gembira mendengar pujian ayahnya itu.

Mereka tertawa mendengar pembukaan Tengku Mikhail itu.

" For my eldest son, congratulations on your engagement with Aisy. Papa doakan kamu tetap bersabar sepanjang tempoh pertunangan ini. For my princess and twins papa and mama miss you guys so much and I hope twins dah ada matlamat apa yang korang nak buat bila dah habis study nanti."

Tengku Mikhail menegur beberapa perkara yang terlepas pandang oleh Tengku Haizard dalam menguruskan perniagaan mereka.

" Papa dan mama akan balik dalam masa terdekat sorry sebab tak contact kamu. Oh my why do I have to apologize. Please note, I am busy with my wife. Since you were born, we don't have much free time together so don't call me for little things."

Mereka tertawa mendengar ucapan Tengku Mikhail itu.

" Zard, I believe you can be a good leader and now is the time for you to practice. If anything happens to us make sure you contact Amir because he knows what to do next." Tengku Mikhail mengingatkan anak sulungnya itu buat ujung kalinya.

" Don't worry I have been practicing it for a long time." Jawab Tengku Haizard perlahan.

" Anak kau leader yang baik Mika. Baliklah cepat oi kami semua rindu penangan kau." Ujar Rayyan.

Walaupun itu hanya video rakaman mereka menjawab semua yang ditanya oleh Tengku Mikhail seperti ketua mereka itu didepan mereka.

" Update me if anything happens." Pesan Tengku Mikhail lagi.

" Kalau tak update pun kau tahu sendiri." Ujar Rayyan lagi.

" Abang, sayang nak cakap juga." Tengku Haizard senyum lebar melihat wajah Amira di screen.

" Kenapa sayang tak tidur lagi?" Tanya Tengku Mikhail mencium pipi kiri kemudian pipi kanan sebelum berhenti dibibir Amira.

" Wooo show time." Tengku Haizard cepat-cepat melajukan video tersebut bila mendengar sorakan anak buah Tengku Mikhail.

Tengku Haniff menarik tangan kembarnya yang menutup matanya dari melihat aksi ibubapa mereka itu.

" That's how you treat your wife." Tengku Mikhail mengenyit matanya dengan senyum lebar. Amira memukul lengan kekar suaminya itu, malu walaupun hanya mereka berdua disitu.

" Abang, dah rakam ke belum? Jangan rakam lagi tau malu nanti anak-anak tengok." Tengku Mikhail ketawa memeluk pinggang ramping Amira dan menarik Amira duduk diatas ribanya.

" Abang dah rakam ke ni? Sayang nak tengok mana?" Tanya Amira mencari kamera.

" Abang dah rakam dari tadi lagi sayang. Sayang tengok sini."

" Ya Allah ye ke. Nanti abang crop bahagian tadi tau." Marah Amira menepuk lengan kekar suaminya itu.

" Bahagian mana?" Tanya Tengku Mikhail mencium Amira lagi.

" Bahagian ni."

" Bahagian mana?" Tanyanya lagi sambil mencium Amira tanpa henti.

" Ish abang ni..." Rengek Amira geram.

" Weh dorang ni nak pamer kemesraan ke apa? Tahulah aku ni masih single. Hormat sikit orang single oii" Tegur Hafiz geram.

Mereka diruang itu tertawa.

" Tahniah Zard jaga Aisy baik-baik tau. Tengokkan adik-adik sekali. Aniff dan Asiff dengar cakap abang, jangan nakal-nakal. Mia jaga diri, jaga tutur kata..."

" Dengar tu Mia cakap kena lemah lembut jangan macam jantan." Tengku Damia menarik muncung panjang dengan teguran Iskandar itu.

" Mama dan papa love you guys so much." Kata akhir Amira.

" Zard, papa lantik kamu jadi penganti papa sepanjang papa tak ada so Rayyan dan semua apa saja keputusan Zard adalah keputusan aku juga." Pesan Tengku Mikhail sebelum video tamat.

" Ai ai captain kami menurut perintah."  Jawab semua anak buah Tengku Mikhail sebelum bersurai.

Tengku Haizard mengusap belakang badan Tengku Damia sudah dua minggu batuk adiknya itu tak reda-reda.

" Doktor cakap apa masa check-up haritu?"

" Tak ada apa-apa pun cuma batuk biasa. Kena banyakkan minum air."

" Batuk biasa apa macam ni. Ghan nanti tolong bawa Mia buat medical check-up dekat hospital. Haq belikan flight tickets ke Langkawi untuk Mak Su dan auntie Zu."

" Roger boss."

" Final games bila?" Tanya Tengku Haizard pada adik kembarnya.

" Next week's semi final. Minggu satu lagi baru final." Jawab Tengku Haniff.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience