Paitan, Sabah - DEC-12 12:00PM
" Aus, laju sikit aku rasa kereta dekat belakang tu dari tadi ikut kita."
" Ai ai captain." Ghaus menekan minyak sepuas hatinya.
Mereka tertawa bila kereta yang mengekori mereka itu gagal mengejar tidak sedar bahaya menanti mereka di hadapan.
" Aus!" Ghaus memusing stering kereta mengelak dari sebuah kereta yang dipandu laju bertentangan arah.
Belum sempat mereka menarik nafas lega, kereta mereka dilanggar oleh sebuah dump truck dari sisi menyebabkan kereta mereka terpelanting.
" Aus. Aus kau okay tak." Panggil Tengku Haizard mengoncang bahu Ghuas. Derapan kaki mendekati kereta mereka yang terbalik itu semakin dekat.
" Pull him out." Suara itu sayup-sayup di telinganya itu sebelum dirinya ditarik keluar dari kereta yang terbalik itu dengan kasar. Dia cuba meronta.
" Give it to me." James memukul belakang kepala Tengku Haizard dengan kayu baseball menyebabkan Tengku Haizard jatuh tertiarap diatas tar.
Dia melihat Ghaus yang tidak sedarkan diri dalam kesamaran dan terasa tubuhnya di heret ke sebuah kereta.
" What about him boss."
" Light it up." Arah James sebelum naik kereta.
Sebaik saja kereta mereka berlalu beberapa meter dari tempat kejadian, satu letupan kuat berdetum di tengah-tengah hujan Jalan Sapi Nangoh, Sabah itu.
DEC-12 15:00PM
Haq meminta bantuan Amir kerana gagal melacak lokasi Tengku Haizard sebaik saja alat peranti yang dipasang pada kereta Tengku Haizard terputus di tengah-tengah hutan.
" Biar aku, Shah dan Is ke sana." Ujar Hafiz.
Berita Terkini Jam 3:30 Petang
" Pada jam 11 pagi balai polis ampang telah diserbu oleh wartawan setelah menerima berita tentang sebuah bungkusan misteri yang ditinggalkan dihadapan ibu pejabat polis ampang."
" Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki menaiki kereta BMW telah meninggalkan sebuah bungkusan yang dibalut dalam bentuk hadiah dihadapan balai polis. Pihak polis mendapati bungkusan kotak itu berisi seorang lelaki berusia antara 25-30 tahun."
" Mangsa kini telah dihantar ke hospital besar ampang untuk mendapatkan rawatan, siasatan awal pihak polis mengesahkan bahawa mangsa telah dipukul dan diseksa sebelum ditinggalkan dihadapan ibu pejabat polis."
" Pihak polis masih menjejaki dua orang lelaki yang dipercayai sebagai suspek. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau saksi diminta tampil untuk membuat laporan dibalai yang berdekatan." Tengku Mikhail mengalih saliran bila melihat isterinya turun dari bilik.
" Abang tengok cerita apa?"
" Berita."
" Sayang nak pergi mana? Kenapa tak rehat je dekat atas."
" Abang tu kenapa tak baring. Nanti luka tu terbuka lagi macam mana?" Bebel Amira bimbang kulit terbakar belakang tubuh suaminya akan terkopek.
" Abang penat baring."
" Mana anak-anak?"
" Dorang lepak dekat rumah Zard. Bak kata Haniff mana boleh tinggal rumah kosong nanti ada yang tumpang." Amira tertawa.
" Zard bagitahu abang yang dia akan stay dekat Sabah 2 minggu. sayang nak order apa-apa tak?" Sambung Tengku Mikhail lagi.
" Hi auntie." Tegur Aisy Amni di ikuti oleh Tengku Damia dan Tengku Hasiff. Mereka bertiga mengintai dari depan pintu.
" Hi. Kenapa tercegat dekat situ masuklah."
" Tak ada apalah auntie. Aisy ada benda sikit nak discuss dengan uncle tapi takpelah nanti kami datang lagi." Ujar Aisy Amni sebelum berlari keluar.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
Paitan, Sabah - DEC-13 01:00AM
" Kitaorang dah sampai. Kereta Zard hangus terbakar. Aku dah tanya polis dan orang sekitar sini tapi dorang tak jumpa Zard atau Ghuas dalam kereta ni." Maklum Hafiz.
Hampir dua jam mereka mencari Tengku Haizard dan Ghaus sekitar hutan tempat kejadian dengan bantuan pihak polis dan penduduk kampung.
" GPS terakhir dorang dekat situ. Nanti saya hantar budak kita tolong. Saya masih belum dapat detect lokasi Zard atau Aus sekarang ni."
" Kitaorang nak cari tapi polis ni suruh sambung esok sebab dorang kata hutan sini bahaya waktu malam." Maklum Hafiz.
" It's okay uncle. Thanks, saya dah book hotel."
" Esok pagi baru kitaorang akan luaskan kawasan pencarian. Jangan bagitahu Mika dulu." Pesan Hafiz.
Mereka berkeras untuk teruskan pencarian tapi dihalang oleh polis dan orang desa itu kerana faktor keselamatan.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
Dua hari kemudian...
DEC-15 07:00AM
" Kenapa tak inform aku?"
" Kitaorang tak nak kau susah hati. Lagipun kau masih belum sembuh sepenuhnya." - Amir. Haq, Hazid dan Rayyan diam membisu.
" Aku belum nazak lagi." Balas Tengku Mikhail sinis, walaupun terpaksa mengunakan bantuan kerusi roda tidak bermaksud dia tidak boleh bekerja.
" Dah hantar budak cari dorang?"
" Dah tapi masih belum ada berita. Hafiz, Shah dan Is pun di sana jadi kau jangan risaulah." Tenang Rayyan.
" Keputusan autopsy kereta macam mana?"
" Ada kesan pelanggaran yang kuat dari belah kiri dan mungkin kereta dorang terperlanting hampir 2 KM dari tempat pelanggaran berlaku." - Amir.
" So it wasn't an accident but an ambush."
" We believe so. Hafiz dah tanya Gan Kok Sy yang merupakan orang terakhir yang jumpa Zard pada hari tersebut. Dia tak ada motif sebab meeting tu berjalan lancar dan Zard setuju untuk dahulukan tender dari syarikat dia bila Mikhail Holdings buka projek." Terang Amir.
" Benda lain..." Tanya Tengku Mikhail lagi sambil membelek ipad ditangan.
" Anak buah Donald dekat mana sekarang?"
" Flight dorang ke United States 3:00 pagi tadi." Kali terakhir dia menyemak lokasi James, lelaki itu tidak pernah ke Sabah.
" Check semula lokasi terakhir dia." Amir mengangguk faham.
" Jangan risaulah Mika. Aku yakin dorang selamat. Selagi kita tak jumpa mayat dorang, budak kita akan teruskan pencarian."
Paitan, Sabah
Kepalanya seperti dihempap batu besar dan seluruh badannya rasa berbisa tapi dia memaksa dirinya untuk membuka mata.
" Tok! Tok!" Jerit seorang budak perempuan berlari ke pintu.
" Bangkit sudah ngkau." Tegur lelaki yang dipanggil Tok itu.
" Saya dekat mana ni pak cik?" Tanya Ghaus sambil memicit kepalanya.
" Ngkau dekat rumah aku. Aku jumpa ngkau itu di dalam kerta sana. Itu di jalan besar sana. Mujur saja aku cepat bawak ngkau keluar. Kalau ndak sudah mati terbakar ngkau."
" Kawan saya mana pak cik?"
" Ndak ada kawan kau. Kau saja yang aku tulong." Ghaus cuba bangun tapi dihalang.
" Pak cik boleh saya pinjam telefon."
" Bentar aku tanya sama anak ku dulu. Sini isyarat ngak ada." Ghaus cuba menghubungi Haq tapi tiada signal. Dalam hati dia berharap Haq menerima pesanan ringkasnya.
Sejam kemudian...
" Mika budak kita yang ikut James tu di temui mati dan CCTV Airport Lahad Datu show James dan anak buah dia." - Amir.
" Macam mana dengan pencarian di Sabah?" Hatinya kuat menyatakan Tengku Haizard telah di culik oleh James.
" Hafiz masih belum jumpa mereka tapi pukul 6 tadi kami terima satu miss called dari area pendalaman Paitan." - Amir.
To be continued...
Share this novel