" Our daughter." Mike menunjukkan gambar anak perempuannya yang sebijik seperti Aisy Amni.
" Ya Allah..." Zulaikha menangis, dia ingat anaknya benar-benar telah mati.
" I named her Aisha Tyson. She is healthy now." Ketika Tengku Mikhail menyerahkan Aisha padanya hidupnya berubah 180°.
Tengku Mikhail mencampak Aisha padanya tanpa dia sempat mempersiapkan dirinya.
Dia banyak meluangkan masa mencari doktor terbaik untuk membuat pembedahan anaknya berbanding mengembangkan perniagaannya. Kepalanya yang dulu dipenuhi dengan wang kini berubah.
Keadaan Aisha berlarutan hingga gadis itu berusia 15 tahun, selepas menerima hati yang sesuai, Aisha tidak lagi harus bergantung pada ubat-ubatan.
Mike pernah berjumpa Aisy Amni tapi sayang bila dia mencari background tentang gadis itu satu petunjuk pun tidak di temui.
Mike yakin ada orang yang menyembunyikan latar belakang gadis itu, tak sangka rupanya Tengku Mikhail di belakang semua itu.
Bagi mengelakkan dari pesaingnya sedar tentang kewujudan gadis itu Mike memutuskan untuk berhenti mencari tahu.
Melihat Aisy Amni yang terbaring diatas katil dengan alat bantuan penafasan itu buat Mike hilang kata. Wajah gadis itu sebijik seperti wajah puterinya walaupun gadis itu kelihatan pucat dan kurus.
Hospital, Moscow - OCT-10 09:00 AM
Tengku Haizard menyuruh adik kembarnya menjaga ibubapa mereka walaupun Dr. Aryan mengatakan bahawa pembedahan itu tidak berbahaya dia tetap susah hati.
" Zard, duduklah. Penat aku tengok kau ni." Tegur Ghaus sambil menunjuk pada Zulaikha yang tak henti berdoa dan beristighfar itu.
Dia tidak mahu Zulaikha bertambah susah hati bila melihat Tengku Haizard gelisah.
Pembedahan Mike dan Aisy Amni di jalan serentak bagi memudahkan pemindahan gingal dilakukan pada masa yang sama.
" What the h*ll hey sir this is a hospital you can't stand here like this... You guys will scare the other patients." Tegur jururawat itu.
10 orang bodyguards Mike mengawal sepanjang koridor termasuk pintu masuk bangunan hospital itu.
" What's your problem. I want to go inside too." Ujar jururawat itu ingin mengikut Tengku Damia.
" No." Balas bodyguard itu sepatah menghalang jururawat itu dari masuk.
" It's okay nurse you can go first." Ujar Tengku Damia pada nurse yang menolak kerusi rodanya itu.
Keselamatan Mike sepanjang pembedahan adalah tugas utama mereka. Line kerja mereka membuat mereka harus lebih berwaspada.
" Mia buat apa dekat sini?"
" Ish abang ni Mia dah sihatlah. Mia nak tunggu kak Aisy juga." Balas Tengku Damia memukul lembut lengan abangnya itu.
Ring. Ring.
" Yes. Okay." Tengku Haizard mencapai ipad dan membuka berita.
'Berita terkini: Pada 7 Oktober Amerika digemparkan dengan berita kes rompakan besar melibatkan Mr. Bill bekas president United States. Dilapurkan bahawa kes rompakan itu bukan hanya berlaku dikediaman beliau malah rompakan bersenjata tersebut itu juga berlaku di dua buah rumah lelongan dan muzium milik bekas president itu.'
' Pada 8 Oktober sekali lagi rumah lelongan milik bekas presiden itu dirompak, anggaran kerugian adalah mencecah 30 billion dollars (RM142.02 billion). Pagi ini kita digemparkan lagi dengan kematian Mr. Bill akibat serangan jantung.'
' Keluarga mangsa telah membuat laporan polis kerana percaya kes ini adalah disebabkan oleh mangsa telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan sekumpulan kumpulan kongsi gelap.'
' Pihak polis telah menahan seorang tycoon dan juga dipercayai merupakan ketua kumpulan itu bagi membantu siasatan. Suspek berjaya ditahan di Los Angeles International Airport..."
Ghaus tidak henti mengekek ketawa di sebelah Tengku Haizard.
" Pandaikan adik aku hehehe..."
" Jauh sikit." Tengku Haizard menolak muka Ghaus ke belakang.
" Hehe adik akulah tu yang buat rancangan balas pada Donald." Tengku Haizard malas membetulkan Ghaus.
" Apa yang lawak sangat tu." Tegur Tengku Damia menjengguk ipad Tengku Haizard.
" Adalah rahsia hehe... budak-budak tak boleh tahu." Jawab Ghaus dengan tawa mengambil ipad dari Tengku Haizard.
3 jam Kemudian...
" I'm with them." Tengku Haizard keluar untuk melihat kekecohan yang berlaku di depan pintu itu.
" Zard, you tengok dia ni. Dia halang I dari masuk." Marah Jessica kerana pengawal peribadi itu menghalang mereka dari masuk.
" Jesse, you tunggu dekat cafe dulu nanti Mia dah keluar I call you okay. Ana bawa mummy you ke cafe dulu." Nor Ansha mengangguk faham.
" Dah berapa lama dah Aisy dekat dalam?"
" Hampir 3 jam lebih."
" Uncle dah check location Odessa. Pagi tadi salah seorang anak buah dia ada di airport." Maklum Adam.
Odessa Mafia dianggap sebagai kumpulan jenayah terancang Rusia yang dominan di Amerika Syarikat.
Dengan kehadiran Mike di negara itu, jika dua kuasa besar itu bertembung pastikan membuat keadaan menjadi kacau.
" Excuse me..."
" Oh sorry doc. So how was the surgery?"
" Successful. Both patients are stable but we still need to monitor your fiancé's condition." Maklum Dr. Aryan sebelum pergi.
Mereka tak henti bersyukur dan Zulaikha menangis kegembiraan mendengar berita itu.
Hospital, Moscow - OCT-12 10:00 AM
" Where are you going?" Tanya Tengku Haizard yang datang melawat Mike dengan salinan surat perjanjian kerjasama mereka.
" I'm done here." Jawab Mike sambil memakai baju kotnya di bantu oleh orang kanannya.
" Awak dah nak pergi?" Tanya Zulaikha yang baru datang bersama makanan.
Mike memandang Tengku Haizard meminta bantuan lelaki itu menerangkan pada Zulaikha, telepatinya tak berfungi Tengku Haizard meletak surat itu diatas katil dan pergi meninggalkan pasangan itu.
Jessica mendekati sepupunya dan Amira yang sedang berbual mesra itu, menyampah tengok.
" Dah sihat nampak."
" Oh hi Jess, bila you sampai?" Tegur Amira dengan ramah.
" Bila you sedar Mika?"
" 3 or 4 days ago." Balas Tengku Mikhail acuh tak acuh sambung berbual dengan isterinya.
" Mika, I have something to discuss with you." Terasa dirinya di abaikan disitu Jessica sengaja menghentak meja dengan tasnya.
" What is it?"
" Mira doesn't even work at Mikhail Holdings so I think tak sesuai kalau Mira untuk pegang saham syarikat. Semua director pun setuju so apa kata you tukar saham Amira pada I."
" Hahaha is 25% not enough?" Jessica terdiam, tak sangka yang Tengku Mikhail sudah tahu tentang hal itu.
" Bukan tak cukup I just nak manage company kita lebih baik. Pekerja syarikat kita semua tak dengar arahan I dan mereka lebih dengar arahan Haq so I guess I have to show them the difference between me and your son." Terang Jessica panjang.
" So you just have to remind Haq yang you lebih berkuasa dari Zard." Balas Tengku Mikhail.
" I dah penat remind dia but he still...he would only obey Zard's orders."
" If he doesn't follow your instructions, just fire him."
" I tak boleh pecat dia sesuka hati. He's Haizard's secretary."
" But you are the COO. Anything else?" Tanya Tengku Mikhail bila sepupunya itu mendiamkan diri.
To be continued...
Share this novel