Chapter 34

Action Completed 4911

" Kau tak ada kerja ke?" tanya Haq lepas sekian kalinya mengeluh.

Naik rimas melihat Ghaus duduk melepak saja sedangkan mereka semua sedang kalut membuat persiapan sebelum pulang ke Malaysia.

" Ada tapi kami saja nak tengok kau buat kerja." balas Ghaus tidak bersalah.

Ghaus tidak puas hati melihat kerja Haq yang kelihatan mudah itu.

Hanya perlu menatap komputer tanpa bergerak.

" Dari kau tengok saja baik kau tolong aku hack system syarikat kapal yang Zard nak tu." ujar Haq, jari-jemari yang masih laju menaip diatas keyboard.

" Malas." balasnya selamba.

" Kau ni boleh tahan tamak eh." tangan Haq berhenti, dia menoleh kearah Ghaus yang sedang bermain game itu.

Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh orang kanan Tengku Haizard itu.

" Apa maksud kau?"

" Yelah sampai tiga komputer kau sorang je guna. Adik aku hacker juga tapi dia guna satu je laptop."

" Aku tengok satu je, yang kanan tu untuk location dan kiri untuk pelaburan." terang Haq.

Dia harus memantau aliran saham mereka dari masa ke semasa kerana bimbang jika ada perubahan mendadak dan akan disoal Tengku Haizard. 

" Ohh patutlah kau tahu je kami dekat mana. Aku ingat kau pasang spy ikut kami." kata Ghaus.

" Aku pasang GPS dekat kereta kau." jawab Haq selamba.

" Dah macam stalker pula kau ni kan. Eee seram. Tah tah kami tengah membuang pun kau tahu."

" Tak ada lah sampai situ gila. Tu bila perlu je"

" Ee stalker plus pervert." gurau Ghaus sambil membaca kertas yang baru di print oleh Haq itu.

Haq mencapai kertas ditangan Ghaus dan mengerakkan kerusinya ke meja meeting.

" Okay guys, aku dah masuk system dorang tapi aku dapat bertahan 5 minit saja so ni je yang aku dapat." Haq menunjukkan kertas keatas meja.

" Location yang aku hantar tu adalah lokasi gudang dorang tapi aku tak pasti barang apa." sambungnya lagi.

Haq memaparkan beberapa keping gambar pada papan putih.

" Urusan jual beli dekat gudang yang ni. Berdasarkan perjanjian perjumpaan malam tu hanya Zard dan Nicko saja." Haq menerangkan urusniaga yang bakal dilakukan itu.

Ghaus, Ghani dan Thomas mengangguk faham.

Tengku Haizard menyambut huluran Shahrul itu dan ketawa kecil bila membaca perkataan yang ditulis pekerja ayahnya itu.

" Yang lain standby dekat luar." sambung Haq memandang Tengku Haizard.

" Aku dengan Hafiz yang akan escort Zard malam tu nanti." ujar Shahrul.

" Kami pun ada sniper uncle Shah." pangkah Ghaus.

" Lagi ramai lagi meriah. Lagipun kami dah lama tak beraksi sejak 'Mikhails Holding' kena audit." balas Shahrul.

" Berapa jam dari sini?" sampuk Ghani mengintai map di telefon Tengku Haizard.

" Tiga jam dari sini."

Haq kembali menghadap komputernya dan memaparkan beberapa gambar yang berkaitan.

" Ganja." kata Tengku Haizard sepatah selepas melihat gambar itu.

Gambar sebuah gudang besar dipenuhi dengan kotak-kotak hingga ke atas itu ditenung Ghaus.

" Seriously? Banyak tuh!."

" Yup."

" Aku tak nampak macam ganja pun. Kotak-kotak je." ujar Ghaus.

" Kau tengok bahagian bawah sebelah kanan ni." arah Tengku Haizard.

" Shit memang ganja... Kalau kita dapat ni kaya kita." kata Haq.

" Kaya memang kaya tapi jangan lupa 'Mikhails' tak main benda kotor tu." tegur Hafiz yang dari tadi menjadi pendengar.

Ghaus mengeluh, susah betul nak masuk 'Mikhails' ni terlalu banyak peraturan.

" Barang siapa ni?"

" Barang yang James sorok dari Donald atau dari kata lain barang ni Donald punya."

Tengku Haizard menyambung cable pada telefonnya dan memaparkan gambar seorang lelaki pada layar putih itu lengkap dengan data peribadi.

" Martin Joe, bekas ahli politik seorang yang jujur dan selalu buat donations. Ada dua isteri dan empat orang anak." Haq membaca maklumat yang diperolehi.

" First wife Jenny Joe, 48 years old and decreased. Doktor sahkan dia mati sebab serangan jantung. Dia ada dua orang anak nama Felix Joe dan Alice Joe. Alice Joe adalah kawan Aisy."

" Pelik. Muda lagi tapi ada sakit jantung." komen Ghaus.

" Tak pelik bila hidup bermadu. His second wife's name is Charlotte dan anak tiri dia nama Dominic Joe dan David Joe masing- masing ada estate sendiri."

" Cari nama tempat dia donated tu." arah Tengku Haizard.

" Dia banyak donate tempat paling banyak dekat gereja dan rumah anak yatim. Tapi semuanya bersih." terang Haq.

" Zoom lukisan pada dinding gereja ni." jari telunjuk Tengku Haizard pada gambar yang dimaksudkan.

" He did money laundering." ujar Haq yang baru perasan perbezaan pada lukisan itu selepas ditanya oleh Tengku Haizard.

Tengku Haizard menunjuk beberapa gambar yang diperoleh dari instagram Alice. 

" Siapa dia ni? Target baru kita ke?"

" Nope. He's our new client."

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Malaysia.

Nor Ansha menghempas kasar beg sekolahnya atas sofa, kesal dengan sikap maknya.

" What's wrong with you hah? You sengaja nak malukan I depan kawan-kawan I kan!." marah Jessica yang baru masuk rumah.

" Mummy yang malukan diri mummy sendiri. Siapa suruh mummy pandai-pandai janji nak kahwinkan Ana dengan anak kawan mummy tu." balas Nor Ansha tidak puas hati.

Mendidih darah Jessica dengan jawapan anaknya itu.

" You tahu tak, kawan I tu anak Tan Sri dan anak kawan I tu cucu tunggal. Dia setaraf dengan kita bukan macam kawan-kawan you tu." sambung Jessica lagi.

" Mummy, Ana SPM pun belum habis lagi, dah paksa-paksa Ana kahwin. Kalau mummy dah tak ada duit sangat minta lah dekat daddy. Jangan jual anak sendiri."

Nor Ansha memegang pipinya yang terasa kebas ditampar Jessica.

Dia mengesat kasar air matanya dan berlari naik ke bilik.

" I buat semua ni untuk you juga!." jerit Jessica geram.

Pening kepala Jessica dengan perangai Nor Ansha itu. Semakin besar makin liar dan susah untuk ditegur.

" Where are you going?" tanya Jessica berpeluk tubuh di atas sofa.

" Ana nak keluar dengan kawan-kawan Ana."

" No. I tak benarkan. You're grounded. Pergi naik atas." arah Jessica tegas.

Pin. Pin. Pin.

" Pergi naik atas!." arah Jessica lagi tidak menghiraukan bunyi hon yang memekak diluar itu.

Dengan terpaksa Nor Ansha naik semula ke biliknya, dia mengintai dari tirai bilik melihat maknya sedang memarahi kawan-kawannya.

" Hish benci betullah. Kalau tak balik pun tak apa tadi." regusnya mencapai telefon.

Dia cuba mendail nombor Tengku Haizard tapi panggilannya tidak disambut.

" Hello Mia... Bila korang balik sini?" tanya Nor Ansha tanpa salam.

" Waalaikummusalam. Not sure lagipun cuti panjang lagi." perli Tengku Damia di talian.

" Abang Zard mana? Kenapa I call tak dia angkat?"

" You ingat, I 24/7 hours dengan abang I ke?"

" Abang Zard mana?" tanya Nor Ansha lagi sedikit kasar, geram bila soalannya tidak dijawab.

" Keluar dating dengan kak Aisy. Okay bye." jawab Tengku Damia sengaja ingin menyakitkan hati sepupunya itu.

" Wait..." belum sempat Nor Ansha menyambung talian dimatikan terlebih dahulu.

Dia menjerit seperti orang hysteria.

Sakit hatinya bila dapat tahu Tengku Haizard keluar bersama Aisy Amni.

Nama Aisy Amni sering kali di dengar sejak keluarga Tengku Mikhail ke sana.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience