RUMAH yang sentiasa kemas dan teratur seperti di landa garuda dengan kehadiran dua orang kembar yang tidak di undang itu.
Tengku Haizard mengurut belakang lehernya yang terasa tegang melihat barang bersepah, dan melepaskan keluh kasar.
Kasut berterabur di depan pintu masuk, baju dan seluar di atas lantai dan sofa, majalah berterabur atas meja dan sisa makanan tidak dikemas.
" Huarr sejukkk... Good morning bro." tegur Ghaus masih berbungkus dengan selimut duduk sebelah Tengku Haizard.
" Kau tak ada kelas ke hari ni?."
" Public holiday kelas apanya, Ghan mana?."
" I don't know. Jogging kut Mengantuknya... Sejukk gila wehh." kata Ghaus berbaring di atas sofa, memeluk erat selimut ketubuhnya.
" Hushh sejuk gila dohh." sungut Ghani yang baru balik sebelum menompat atas Ghaus yang sedang berbungkus itu.
" Sejuk gila jangan sentuh aku." Ghaus menolak Ghani yang cuba masuk ke dalam selimutnya.
" Zard, present." Ghani mencampakkan satu sampul surat berisi wang atas meja.
" Malam ni kita enjoy." jerit Ghani memeluk kembarnya.
" Dah tahu sejuk pergilah tukar baju yang kau menyempit dekat aku kenapa?!." marah Ghaus.
Flashback.
" Hi, My name is Ghaus and he is my twin brother Ghani. We are 13 years old, what about you?" kata Ghaus memperkenalkan diri.
" Haizard, 13 years old."
" Mak aku kata kau dari luar negara dan baru pindah balik sini betul ke?." Tengku Haizard hanya mengangguk kepala.
" My name Tengku Adam Haniff and he is my twin brother Tengku Adam Hasiff. Kami 6 years old." sampuk si kembar.
" Korang semua dah selesai berkenalan ke?." sampuk Khairul.
" Zard dorang ni anak murid ayah kau so kau kena tolong ajarkan dorang apa yang patut okay. Uncle Khai ada kerja lain nak buat."
" Okay." balas Tengku Haizard menarik tangan adik kembarnya ke gelanggang.
End Flashback.
" Woii bangun kemas barang korang lepas tu pergi mandi." arah Tengku Haizard melempar baju pada Ghaus dan Ghani.
" Sejuk. Tak nak mandi."
" Eeee... Selekehlah kau ni." kata Ghani menendang Ghaus jatuh dari sofa sebelum berlari ke dalam bilik.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
Ghani mendekati Tengku Haizard yang sedang melukis plan sekitar kawasan yang bakal dimasukki mereka.
Dia menyusun senapang jenis sniper gun miliknya yang diseludup masuk dari Malaysia melalui geng penyeludupan senjata haram satu persatu diatas meja.
Wajahnya kelihatan puas hati dan bangga dengan koleksinya itu.
" Ohh sh*tt. Mana kau dapat ni?!. Aku punya macam mana, kau tak bawa sekali ke?." tanya Ghaus tidak puas hati.
Dia tidak membawa senjatanya kerana dia sangka kembarnya juga tidak membawa.
Ghani menjongkek bahunya 'I Don't know' dengan tanpa rasa bersalah membuat kembarnya itu bertambah geram.
" Okay bro attention." Tengku Haizard menepuk kedua tangannya.
Dia membuka slide show yang dibuat, memaparkan peta kawasan target.
" Ghan nanti kau akan guna atap blok ni sebab ni je bangunan kedua tertinggi antara tiga bangunan yang ada dekat area sini tapi kau kena hati-hati dengan dua bangunan yang ni."
" Kenapa aku tak duduk bangunan ni je sebab aku rasa bangunan ni paling tinggi."
" No outsider allowed dan kalau kita nak menyelinap masuk pun tak guna, buang masa sebab bangunan ni milik syarikat security yang terkenal disini."
" Ohh... Alpha Force tu ke?."
" Yup."
" Aku dengar syarikat tu menawarkan system satelit sebagai security pada clients dorang, jadi syarikat itu memang hebat sangat ke?." tanya Ghaus.
" Aku tak sure sama ada dorang hebat atau tidak sebab Uncle Amir yang akan godam system dorang nanti."
" Wow aku rasa benda ni makin menarik, kau tak rasa gitu ke Ghan?."
" Not interested." balas Ghani bosan, sudah lama dia tidak bertemu dengan orang yang semahir dia sebagai seorang snipper.
" Aku tak sabar nak tengok Uncle Amir godam system syarikat tu." ujar Ghaus lagi.
" Okay, okay fokus. Aus kau akan bawa keluar our second target for the next job ikut second exit."
" Ehh dia ada dalam tu juga ke?."
" Yup, dia regular customer dekat situ so aku yakin dia akan ada at that time, jadi kita tak perlu buat dua kali kerja." terang Tengku Haizard.
" Ghan nanti kau parking kereta kau dekat belakang blok ni, dekat sini ada laluan keluar yang jarang orang guna."
" Okay bos."
" Ghan kau kena kawal trafik light area sini dan bahagian ni, total semua trafik light ada 6 dan Aus nanti kau guna laluan ni untuk bawa dia keluar."
" Ok bos."
" Matikan lampu lepas 5 minit kita orang masuk sebab siren akan berbunyi 30 seconds after lampu dimatikan so masa tu block semua lampu isyarat." Ghani mengangguk faham.
" Peratus untuk berjaya berapa?." tanya Ghaus.
" 96% even though dorang ada professional hackers dan NIS sebagai back up. Hacker kita tak kalah hebat so let's enjoy this moment."
" Kerja baru. Duit baru. Baju baru. Awek baru.. Lalalala." nyanyi Ghaus sambil menari kecil ke parking kereta.
" Aku nak naik kereta Porches silver kau." jerit Ghaus berlari ke base parking kereta.
" Wehhh! Mana kereta kau?. Hilang? Ke kena curi? Or kena tarik?." tanya Ghaus mencari kereta porches kelabu yang dimaksudkan.
" Bawa audi hitam tu je kau nak tarik perhatian orang ke?!. Porsche tu aku bagi budak kolej aku pinjam."
" Hmmmm." Ghaus menarik muncung panjang dan menghempas pintu kereta menunjuk tanda protes.
Ghani terus memandu ke belakang blok dan meninggalkan kereta di situ sebelum berlari ke blok yang akan di dudukinya setelah menurunkan Tengku Haizard dan Ghaus.
Dengan nafas lelah dia mengeluarkan sniper gun dan mencari abangnya dan Tengku Haizard dari atas.
" Okay ready. Turn right. Go Straight. Guna lift tu. All the best bro." kata Ghani.
Tengku Haizard membuat isyarat okay.
" Bye." bisik Ghaus sebelum pergi mendahului Tengku Haizard.
Ghaus berbual dengan penjaga kuanter sebelum tiba-tiba lampu di matikan.
Ghaus memakai earpiece dan mula memanjat naik keatas penyambung bumbung, dia melepasi dua orang lelaki bersuit hitam sedang berkawal.
" Weh Zard kau tak cakap pun yang dekat atas ni ada club. Pehh mantap."
Ghaus memerhati sekeliling, matanya liar memandang beberapa pasang kekasih sedang melakukan hubungan intim ditengah-tengah club, wild party.
" Itu pun kau. Come to Papa big baby bold. Ish ish ish kalau isteri kau nampak ni mahu perang dunia ke-tiga."
Tengku Haizard dan Ghani ketawa kecil dengan omelan Ghaus itu.
" Bye Aus aku keluar dulu." ujar Tengku Haizard sambil berjalan keluar menuju kesebuah peti surat yang tidak jauh dari bangunan itu.
Dia tersenyum sinis melihat sekumpulan lelaki berkot hitam berlari masuk ke dalam bangunan itu.
Kerja mereka sudah selesai.
" Aus keluar sekarang. Keluar! Keluar!." arah Ghani memasukkan sniper gun dalam beg.
" Shitt!!. Aku cau dulu." kata Ghani berlari turun dari bangunan itu sambil mengalas sniper gun dibelakangnya.
" Kau lambat bro." kata Ghaus terus menekan minyak memecut laju bila mendengar bunyi siren kereta polis.
" Hahahaha. Cun weh peluru dia." Ghani menunjukkan peluru yang sempat di kutip, peluru itu hampir saja mengenai kepalanya.
Sedikit lagi peluru itu hampir menembusi kepalanya mujur saja dia tunduk untuk mengambil pin riflenya yang tercicir.
" Weh hidup lagi ke mamat ni, bernyawa ke tak ni, berapa dos kau bagi dia?." tanya Ghani.
" Dua." balas Ghaus selamba.
" Lol kau nak bunuh dia ke gila! Kang sia-sia usaha kita." marah Ghani meluku kepala abang kembarnya itu.
" Tak matinya orang tua tu. Nyawa dia liat kalah shark."
To be continued...
Share this novel