Nor Ansha mengemas buku diatas meja tidak sedap hati untuk duduk disitu lebih lama. Rasa seperti dirinya diperhatikan sejak dia berada di perpustakaan awam itu.
Dia menghantar mesej pada Tengku Damia untuk menjemputnya.
" Oh my sorry... Sorry saya tak sengaja." Ujar Nor Ansha tunduk mengutip bukunya yang jatuh kerana terlanggar seorang lelaki didepan pintu keluar perpustakaan.
" It's okay. Oh my god. Nama awak Ansha kan? budak kelas Sains." Tanya lelaki tu.
" Ya saya tapi awak ni siapa ye?" Tanya Nor Ansha tidak lupa mengucapkan terima kasih kerana lelaki itu membantunya mengutip buku.
" Saya Taufik. Awak tak ingat saya ke?"
Nor Ansha mengeleng kepala dan meminta diri tapi dihalang oleh Taufik.
" Wait.. wait takkan awak tak ingat saya. Saya pernah datang rumah awak untuk celebrate birthday awak tahun lepas..."Â
" Sorry mungkin awak salah orang." Nor Ansha berlari anak kearah pagar keluar.
" Tak kan awak tak ingat saya kot... Saya ni famous tau dekat sekolah kita dulu... Ramai student perempuan minat dekat saya." Kata Taufik mengejar Nor Ansha.
" Awak nak apa sebenarnya?"
" Saya nak berkawan je. Jom saya hantarkan awak balik. Kereta saya dekat parking sana."
" No thanks saya boleh balik sendiri."
" Hmm okay kalau macam tu, jom saya teman awak sampai bus stop."
" No thanks. Better awak pergi sekarang sebelum driver saya sampai." Ujar Nor Ansha tidak selesa dengan kehadiran Taufik itu.
" Alah kalau driver awak sampai pun, apa salahnya saya temankan awak dekat sini." Tanpa di pelawa Taufik duduk disebelah Nor Ansha.
" Awak selalu datang study dekat sini ke? Awak jawaplah soalan saya." Taufik menarik tali beg Nor Ansha.
" Tolong jangan ganggu saya boleh?" Tanya Nor Ansha memandang Taufik di sebelahnya.
" Saya cuba nak berkawan... Kitakan sama umur dan saya selalu nampak awak sorang-sorang je dekat sini. Tak ada teman."
" Awak stalk saya ke?"
" Hahaha mana ada. Saya selalu datang sini dan ternampak awak tapi awak je yang tak pernah pandang saya." Ujar Taufik cuba merapatkan tempat duduk mereka.
Pin pin
" Jumpa esok Ansha." Jerit Taufik melambai tangan pada Nor Ansha yang pergi menaiki sebuah kereta Alphard itu.
" Siapa tu?" Tanya Tengku Damia pelik melihat Nor Ansha bersama seorang lelaki duduk berduaan walaupun ditempat awam.
Sepupunya itu adalah seorang yang pemalu dan pendiam bila dengan orang yang tidak dikenali.
" Entah tak kenal. Dia tiba-tiba je tegur macam kami ni dah kenal lama."
" You ada ambil gambar dia tak?"
" Ya Allah, Ana lupa. Mia jangan bagitahu daddy ye. Ana takut nanti daddy risau." Ujar Nor Ansha, kenal benar dengan sikap protective ayahnya itu.
Jika Adam tahu pasti dia tidak akan dibenarkan untuk datang ke perpustaan itu lagi.
" Yelah tapi you kena teman I sampai malam hari ni."
" Tapi Mia cakap kita akan balik sebelum 6 petang. Ana kena minta kebenaran dari..."
" Don't worry I dah bagitahu daddy you yang you tidur rumah I malam ni." Potong Tengku Damia sudah lali dengan perangai Nor Ansha.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
" I'm home. Bik mana semua orang?"
" Tuan Adam masih di pejabat puan. Cik Ana pula tidur di rumah Tengku Mikhail malam ini."
" Ish dia tak bagitahu I pun." Rengus Jessica geram mencapai telefon bimbitnya.
" Hello you dekat mana? Nanti I datang pick-up you kita pergi shopping. You pakai baju yang I belikan tu tau... Jangan malukan I." Jessica tertawa senang sambil melangkah naik ke bilik.
" Puan mahu makan atau puan mahu mandi terlebih dahulu?" Panggil Bibik.
" I nak mandi dulu and I nak spaghetti." Balas Jessica.
" Baik puan."
Melihat Jessica berjalan turun dari tingkat atas Adam tersenyum lebar melihat kecantikkan isterinya itu.
Bibik berlari mengejar Jessica yang berjalan kearah pintu rumah.
" Puan.. puan.. Makanan sudah terhidang puan."
" You makan sajalah Bik." Balas Jessica mencapai kunci kereta.
" You nak pergi mana darling?" Tanya Adam, menunggu Jessica di meja makan untuk menjamu selera bersama.
" Bila you balik?" Jessica mendekati Adam, memeluk dari belakang dan mencium pipi Adam.
" I baru je sampai. Tunggu you nak makan sekali. Duduklah darling kita makan sama-sama." Ajak Adam menarik kerusi untuk Jessica.
" I'm sorry babe. I dah janji dengan kawan I nak dinner sekali. Kita malam sama-sama lain kali okay. Bye. Love you." Ujar Jessica mencium pipi Adam sebelum keluar.
Adam hanya mampu memandang kereta isterinya keluar dari parking kereta rumah.
" Tuan, tak mahu makan?"
" Takpe lah Bik. Bik kemas jelah meja ni lepas tu Bik boleh masuk rehat. Saya naik atas dulu." Ujar Adam.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
" Mia jom lah balik Ana dah penatlah." Rungut Nor Ansha penat mengikut Tengku Damia membeli belah dan tangannya sudah lenguh membawa beg.
" Alah kita baru saja sampai... Wait..." Nor Ansha bangun mengejar Tengku Damia yang tiba-tiba berlari mengejar seseorang.
" You buat apa dekat sini?" Tanya Jessica terkejut melihat Tengku Damia dan Nor Ansha yang sedang berjalan mendekati mereka itu.
" Shopping. Siapa ni?"
" Hmm kawan I." Jessica melepaskan tangannya dari lengan kawan lelakinya itu.
" You pergi dulu nanti I call you." Arah Jessica pada lelaki itu.
" Mummy buat apa dekat sini? Siapa tadi tu?" Tanya Nor Ansha.
" I temankan kawan I cari hadiah. Jom duduk dulu kaki I sakit, tak kan kita nak berbual sambil berdirikan." Ajak Jessica.
" Mesra betul you dengan kawan you tu sampai berpegang tangan." Hembur Tengku Damia tanpa berselindung.
" Mummy pegang tangan dengan lelaki tadi tu? Seriously? Are you cheating?" Tanya Nor Ansha masih mengawal suaranya.
" Nope. I'm not cheating."
" Then who is he?"
" My friend. I sakit kaki so dia tolong sebab takut I terjatuh. Jangan bagitahu daddy ya. Please honey..." Pujuk Jessica cuba memegang tangan Nor Ansha tapi di elak.
Wajah Nor Ansha berubah tegang.
" First and last warning, if I see you with any man again besides daddy I will make you regret it. Let's go Mia." Ujar Nor Ansha.
" You better stop this Jesse before it's too late and if you don't want my brother to know." Pesan Tengku Damia sebelum mengikut Nor Ansha.
" Sh*t how dare she so f*king rude to me. We'll see how long you can be arrogant to me Mia." Maki Jessica menghempas pintu keretanya.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah fikirannya bercelaru.
Panggilan telefon yang diterima dua hari lalu dari seorang lelaki yang tidak dikenali, memberi tawaran untuk membantunya menjadi CEO Mikhail Holdings masih terngiang-ngiang ditelinganya.
Haruskah dia menerima tawaran lelaki itu?
Dia muak dengan cara anak-anak Tengku Mikhail melayannya seperti mereka setaraf sedangkan dirinya lebih tinggi kedudukan dari Amira yang merupakan seorang anak yatim dan anak kepada bekas pemandu ayah saudaranya.
To be continued...
Share this novel